SMK Kemburongoh Panel Penceramah Sekolah
Tahun 2022 Jemputan Kebangsaan
Jemputan Panel Penceramah Sekolah
Menyampaikan Ceramah Jemputan Sekolah
Motivasi SMK Sungai Kebangsaan
Damit Panel Penceramah
Jemputan Sekolah
Pusat Belia YouthPREP,
Alamesra (YPC) Dengan Panel Penceramah Sekolah
Kerjasama Kupi-Kupi Jemputan Sekolah
FM IPG Kampus Gaya
Panel Hakim
Jemputan Sebagai
Penceramah Program Panel Penceramah
Kepimpinan Pelajar SK Jemputan
Pekan Ranau Sesi 2022 –
2023 Panel Penceramah
Jemputan
Jemputan Sebagai
Penceramah Program Panel Penceramah
‘I Love Myself’ SK Jemputan
Kinasaraban, Kundasang
Panel Penceramah
Jemputan Sebagai Juri Jemputan
(Inovasi Pendidikan)
Karnival Inovasi Zon
Tengah, PPD Kota
Belud, PPD Ranau dan
PPD Telupid Tongod
(KoRaTT) 2022
Jemputan Sebagai
Penceramah “Program
Pengurusan Emosi dan
Tekanan Kerja’ Guru
dan Staf Maktab Rendah
Sains Mara MRSM Kota
Kinabalu
Pn Nurul Fildza binti Jemputan Sebagai
Kumil Abdullah Penceramah Motivasi
Kepada Semua Staf SM
La Salle (Hari Qualiti
2022)
Jemputan Sebagai
Penceramah ‘I Believe I
Can Fly’ Sempena
Sambutan
Jemputan Sebagai
Penceramah Program
Kesihatan Mental
‘Mindfulness’ Sempena
Program Kesedaran
Kesihatan Mental
Peringkat IPG Kampus
Gaya
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 244
Pn Nurul Fildza binti Jemputan Sebagai Panel Penceramah Sekolah
Kumil Abdullah Penceramah Seminar Jemputan
Pemantapan IPG Kampus Kent
Pn Siti Mahani Profesionalisme Jurulatih IPG Kampus Kent
Mohamad Pensyarah (Pro-P) 2022 IPG Kampus Kent
SMK Limbanak Hakim IPG Kampus Kent
Penampang IPG Kampus Kent
Lantikan Sebagai Auditor
Jurulatih Program Pengacara Majlis Sekolah
Perkhemahan Bina Insan
Guru (BIG) PISMP Auditor
Ambilan Jun 2022 Siri 1 Panel Penceramah
Lantikan Sebagai Hakim
Pertandingan Menghias Jemputan
Jabatan dan Unit
Sempena Bulan
Kemerdekaan Peringkat
IPG Kampus Kent
Audit Dalaman
Bil.1/2022 Sistem
Pengurusan Organisasi
ISO 21001:2018(EOMS)
Majlis Makan Malam
Sempena Jubli Platinum
Kali Ke 70 Tahun IPG
Kampus Kent Tahun
2022
Audit Dalaman
Bil.1/2022 Sistem
Pengurusan Organisasi
ISO 21001:2018(EOMS)
Jemputan Sebagai
Penceramah
SMK Sri Nangka,
Tuaran
5.0 PENUTUP
Pada keseluruhannya Unit Psikologi dan Kaunseling telah berusaha memberikan perkhidmatan yang
terbaik untuk seluruh warga institut dengan menggunakan sumber yang disediakan dengan peluang serta
kesempatan yang ada. Semoga aktiviti yang dirancang akan terus dapat dilaksanakan selaras dengan hala tuju
IPGK Kent dan kecemerlangan organisasi seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 245
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 246
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 247
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 248
UNIT PUSAT SUMBER
Belakang dari kiri:
Puan Dayang Musliha binti Mohd Ralbi, Puan Treciae binti Majit
Encik Buni bin Sandur dan Puan Suhana binti Maidin
Depan dari Kiri:
Datin Dr. Hajah Rosinah binti Edinin (Timbalan Pengarah), Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah (Pengarah)
dan Puan Jaidah binti Saidun @ Saidon (Ketua Unit Pusat Sumber)
1.0 ORGANISASI UNIT
Jawatan Nama
Ketua Unit Pusat Sumber Puan Jaidah Saidun @ Saidon
Pustakawan Puan Treciae binti Majit
Pembantu Pustakawan Puan Suhana binti Maidin
Pembantu Pustakawan Puan Dayang Musliha binti Mohd Ralbi
Pembantu Operasi Puan Bistali @ Mastari Hj Daud
Pemandu Encik Buni bin Sandur
2.0 AKTIVITI-AKTIVITI
2.1 Aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2022
Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pusat Sumber sepanjang tahun 2022.
Bil. Tarikh Perkara Catatan
Perpustakaan IPG Kampus Kent
1 3 Januari & 20 Bengkel Semakan Buku – Siri 1 dan 2
Perpustakaan IPG Kampus Kent
Mei Makmal Komputer 1 IPG Kampus Kent
2 8 Mac Bengkel Keceriaan Perpustakaan Perpustakaan IPG Kampus Kent
3 8 April Bengkel Literasi Maklumat Bersama
4 14 April Pensyarah, Pegawai Pengurusan dan
Staf Sokongan
Bengkel Kemahiran Perpustakaan –
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 249
Siri 1
5 25 April Program Jom Baca Bersama untuk 10 Google Meet & Bersemuka untuk warga
Minit IPG Kampus Kent
6 29 April Program World Quran Hour Peringkat Facebook Page Perpustakaan IPG
7 15 Jun IPGK Kent Kampus Kent
https://www.facebook.com/librarykentsa
Bengkel Penyediaan Buku Panduan bah
Perpustakaan IPGK Kent Tuaran
Perpustakaan IPG Kampus Kent
8 24 Jun Lawatan Penandaarasan dari Institut Bilik Mesyuarat Utama & Perpustakaan
Aminuddin Baki Cawangan Sabah IPG Kampus Kent
9 27 Julai Lawatan Penandaarasan Jabatan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) &
Penyiaran Malaysia (RTM) dan Balai Balai Seni Lukis Sabah
Seni Lukis Sabah
10 12 Ogos Bengkel Kemahiran Perpustakaan Siri Perpustakaan IPG Kampus Kent
2
11 22 Ogos Bengkel Literasi Maklumat Bersama Perpustakaan IPG Kampus Kent
Pelajar
12 20 September Pertandingan Sudut Bacaan Peringkat Perpustakaan IPG Kampus Kent
Negeri
13 26 – 27 Bengkel Pemeliharaan dan Perpustakaan IPG Kampus Kent
September Pemuliharaan Buku Perpustakaan IPG Kampus Kent
14 10–14 Minggu Perpustakaan 2022
Oktober
Bengkel Penggunaan Online Public Perpustakaan IPG Kampus Kent
15 17 Oktober Access Catalog (OPAC)
16 7-8 November Bengkel Khidmat Bantu SMK SMK Kolombong Inanam Kota Kinabalu
Kolombong Inanam Kota Kinabalu
2.1.1 Bengkel Semakan Buku Siri 1 dan 2
Bengkel Semakan Buku Perpustakaan Siri 1 dan Siri 2 telah diadakan pada 3 Januari 2022 dan 20 Mei 2022
bertempat di Bilik Kerja Staf Perpustakaan. Fasilitator program ialah Puan Jaidah binti Saidun Ketua Unit Pusat
Sumber dan Puan Treciae Majit Pustakawan Perpustakaan IPG Kampus Kent. Program ini dihadiri oleh staf
sokongan Unit Pusat Sumber. Pengisian program ialah membuat semakan senarai buku-buku RMK yang
terdapat dalam koleksi Perpustakaan dan seterusnya mengenalpasti senarai buku RMK yang belum ada dalam
koleksi perpustakaan.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan semua buku RMK dapat disediakan sebagai
koleksi bahan Perpustakaan serta dijadikan bahan rujukan dan panduan untuk kegunaan para pensyarah dan
para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah salah satu inisiatif Unit Pusat Sumber untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memberi banyak manfaat kepada seluruh warga kampus khususnya
para pelajar dalam usaha melahirkan guru yang berilmu dan berpengetahuan tinggi.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 250
Bengkel Semakan Buku Siri 1 & 2
2.1.2 Bengkel Keceriaan Perpustakaan
Bengkel Keceriaan Perpustakaan telah diadakan pada 8 Mac 2022 bertempat di aras bawah Perpustakaan yang
melibatkan semua staf Unit Perpustakaan. Pengisian bengkel ialah aktiviti gotong-royong dalam kalangan staf
Perpustakaan dengan mengemas, membersihkan dan menceriakan kawasan dalam Perpustakaan. Aktiviti ini
juga melibatkan penyusunan rak buku, sofa, meja dan penyusunan barangan serta peralatan di dalam stor.
Bengkel Keceriaan Perpustakaan
Bengkel Keceriaan Perpustakaan | 251
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH
2.1.3 Bengkel Literasi Maklumat Bersama Pensyarah, Pegawai Pengurusan dan Staf Sokongan
Pada 8 April 2022, Bengkel Literasi Maklumat telah diadakan dengan jayanya secara bersemuka yang
dikendalikan oleh Puan Treciae Majit Pustakawan Perpustakaan IPG Kampus Kent yang diadakan di Makmal
Komputer 1 IPG Kampus Kent. Peserta bengkel adalah terdiri daripada pensyarah, pegawai pengurusan dan
staf sokongan. Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pangkalan data
yang terdapat dalam U-Pustaka seperti Overdrive, Ookbee, Press Reader dan I-Learn Ace yang boleh digunakan
untuk mencari e-book, e-magazine, e-newspaper dan sebagainya. Program ini adalah salah satu inisiatif Unit
Perpustakaan dalam membantu warga kampus dalam pencarian bahan secara online dengan lebih mudah dan
cepat. Sepanjang bengkel berlangsung, semua peserta memberikan kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan.
Bengkel Literasi Maklumat
2.1.4 Bengkel Kemahiran Perpustakaan Siri 1
Bengkel Kemahiran Perpustakaan Siri 1 telah berjaya dilaksanakan pada 14 April 2022 bertempat di Ruangan
Membaca Perpustakaan IPG Kampus Kent. Fasilitator program ini ialah Puan Treciae Majit Pustakawan
Perpustakaan IPG Kampus Kent manakala peserta program adalah terdiri daripada staf Perpustakaan IPG
Kampus Kent. Para peserta telah diberikan pendedahan mengenai penggunaan aplikasi Canva dalam
melaksanakan tugasan harian. Peserta juga telah diberikan panduan dan tunjuk ajar dalam mengaplikasikan
Canva untuk menghasilkan poster, video dan buletin.
Bengkel Kemahiran Perpustakaan Siri 1 | 252
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH
2.1.5 Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit
Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit tahun 2022 telah diadakan secara langsung melalui live Facebook
Page Perpustakaan IPG Kampus Kent pada 25 April 2022 dan secara bersemuka dalam kalangan warga
kampus.
Program ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan secara serentak di seluruh Malaysia sejak tahun
2016 yang bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Terdapat sebanyak 250
live view dan 2336 peserta direkodkan sepanjang program ini berlangsung.
Antara pengisian program ini ialah Jom Baca Bersama 10 Minit iaitu semua peserta dikehendaki untuk
membaca bahan bacaan selama 10 minit. Walau masa membaca hanya 10 minit, namun tempoh ini sangat
berharga dalam membudayakan tabiat membaca seterusnya mampu mencipta ilmu pengetahuan yang sangat
bermakna. Selain daripada itu, pengisian program ini ialah pengkongsian ilmu yang disampaikan oleh Dr.
Chiam Sun May Pensyarah Cemerlang Gred Khas C yang bertajuk “123 ABC: Dari Conteng ke Tulis” serta
pelancaran Rak Maya Perpustakaan IPG Kampus Kent.
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit | 253
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH
2.1.6 Program World Quran Hour Peringkat IPG Kampus Kent
Program World Quran Hour Peringkat IPG Kampus Kent telah diadakan secara atas talian melalui live
Facebook Page Perpustakaan IPG Kampus Kent pada 29 April 2022 bersamaan 27 Ramadan 1443H bermula
jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Kent Dr. Hajah Rosmawati binti
Hamzah B.S.K.
Pengisian program ini ialah tadabur Surah Al-Sajdah yang disampaikan oleh Puan Norhafizah binti
Zakaria Pensyarah Jabatan Pengajian Agama Islam IPG Kampus Kent. World#quranhour tahun ini adalah
berinteraksi dengan surah Al-Sajdah, mensasarkan misi dunia bersujud dan membentuk insan bersujud. Surah
ke-32 ini dapat membentuk kerangka fikir dan membina karakter diri, seterusnya memberi kekuatan dalam
menghadapi ujian mendatang dengan bersujud kepada Allah S.W.T.
Program World Quran Hour Peringkat IPGK Kent
2.1.7 Bengkel Penyediaan Buku Panduan Perpustakaan IPG Kampus Kent Tuaran
Pada 15 Jun 2022 , Unit Perpustakaan telah mengadakan Bengkel Penyediaan Buku Panduan Perpustakaan
IPGK Kent Tuaran. Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai dan staf Perpustakaan IPGK Kampus Kent. Buku
ini mengandungi objektif, peraturan dan prosedur yang melibatkan pengurusan Perpustakaan serta
perkhidmatan yang disediakan di dalam Perpustakaan. Buku ini juga akan menjadi rujukan dan panduan kepada
warga kampus khususnya para pengguna yang menggunakan kemudahan dan perkhidmatan di dalam
Perpustakaan kelak. Sepanjang program berlangsung semua peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama
yang padu dalam menyediakan buku yang panduan yang baik, jelas dan berkualiti.
Bengkel Penyediaan Buku Panduan Perpustakaan | 254
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH
2.1.8 Bengkel Kemahiran Perpustakaan Siri 2
Bengkel kemahiran Perpustakaan Siri 2 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Ogos 2022 bertempat di Unit
Perpustakaan. Fasilitator bengkel ini ialah Puan Jaidah binti Saidun Ketua Unit Pusat Sumber dan Puan Treciae
Majit Pustakawan IPG Kampus Kent. Peserta program adalah terdiri daripada staf Unit Perpustakaan. Pengisian
program ini ialah memberi pendedahan dan tunjuk ajar dengan lebih mendalam dengan menggunakan aplikasi
Canva dalam melaksanakan tugasan harian.
Bengkel Kemahiran Perpustakaan Siri 2
2.1.9 Bengkel Literasi Maklumat Bersama Pelajar
Pada 22 Ogos 2022, Bengkel Literasi Maklumat Bersama Pelajar telah dilaksanakan secara bersemuka di
Perpustakaan IPG Kampus Kent dikendalikan oleh Puan Treciae Majit Pustakawan IPG Kampus Kent. Sasaran
program ialah pelajar baharu bagi tahun 2022. Semua pelajar telah diberi pendedahan berkenaan dengan
penggunaan pangkalan data, webOPAC , U-Pustaka dan sebagainya.
Objektif program ini adalah untuk memudahkan pelajar mengakses bahan yang terdapat dalam laman
web Perpustakaan, mendapatkan sumber rujukan dengan mudah dan tepat dari sumber maklumat yang betul
dan membantu pelajar menggunakan bahan dan koleksi perpustakaan dengan bermanfaat. Sepanjang program
berlangsung semua pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan bengkel ini.
Bengkel Literasi Maklumat Bersama Pelajar | 255
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH
2.1.10 Bengkel Pemeliharaan dan Pemuliharaan Buku
Bengkel Pemeliharaan dan Pemuliharaan Buku telah diadakan pada 26 hingga 27 September 2022. Fasilitator
program ialah Puan Treciae Majit Pustakawan Perpustakaan IPG Kampus Kent manakala peserta adalah staf
Perpustakaan. Bengkel ini merupakan aktiviti tahunan Perpustakaan yang bertujuan untuk memastikan koleksi
bahan Perpustakaan berada dalam keadaan selamat, baik dan boleh digunakan oleh pengguna. Peserta telah
diberikan pendedahan dan tunjuk ajar yang lebih mendalam dalam menjaga dan memulihara koleksi
Perpustakaan agar khazanah dan sumber ilmu yang terdapat di dalam Perpustakaan IPG Kampus Kent
terpelihara sepenuhnya.
Bengkel Pemeliharaan dan Pemuliharaan Buku
2.1.11 Lawatan Penandaarasan dari Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah
Pada 24 Jun 2022, Perpustakaan IPG Kampus Kent telah menerima lawatan penandaarasan dari Institut
Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah yang melibatkan seramai 9 orang pelawat yang diketuai oleh Puan
Hayati binti Omar Ketua Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan Promosi.
Antara pengisian program ialah sesi suai kenal dan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IPG Kampus Kent
Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah, taklimat pengurusan Perpustakaan yang disampaikan oleh Puan Treciae
Majit Pustakawan IPG Kampus Kent dan sesi lawatan di Perpustakaan IPG Kampus Kent.
Lawatan penandaarasan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai pengurusan
Perpustakaan IAB dalam mengurus kemudahan dan perkhidmatan serta pengurusan bahan Perpustakaan IAB
agar lebih teratur dan bersistematik.
Lawatan Penandaarasan dari Institut Aminuddin Baki (IAB) | 256
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH
2.1.12 Lawatan Penandaarasan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Balai Seni Lukis Sabah
Lawatan penandaarasan ini telah diadakan pada 27 Julai 2022 di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Balai
Seni Lukis Sabah yang disertai oleh pegawai dan beberapa orang staf Perpustakaan serta anggota kakitangan
pelaksana(AKP) IPG Kampus Kent. Lawatan ini bertujuan untuk meneroka persekitaran dan seni hiasan dalam
bangunan tempat-tempat yang dilawat serta untuk mendapatkan pendedahan tentang dunia penyiaran di
Malaysia khususnya di Sabah.
Sepanjang lawatan di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), peserta telah mendapat penerangan dan
pendedahan berkaitan dengan dunia penyiaran yang menyediakan maklumat terkini dan mengikut
perkembangan semasa. Maklumat yang diperolehi akan disampaikan kepada masyarakat tanpa mengira masa
supaya maklumat tersebut diterima dan digunapakai oleh masyarakat dengan lebih cepat dan sahih.
Manakala sepanjang lawatan di Balai Seni Lukis, peserta dapat meningkatkan kreativiti dengan idea-
idea baharu terutamanya dalam penggunaan semula bahan-bahan terpakai seperti tray telur digunakan semula
untuk dijadikan tempat duduk dan kulit jagung digunakan untuk menghasilkan replika bunga yang cantik dan
menarik. Justeru itu, idea dan kreativiti adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana ceria di tempat kerja
tanpa menggunakan sumber kewangan yang banyak. Sehubungan itu, etnik dan budaya harus dijaga dan
dipelihara supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Lawatan Penandaarasan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
Lawatan Penandaarasan Balai Seni Lukis Sabah
2.1.13 Pertandingan Sudut Bacaan Peringkat Negeri
Pada 20 September 2022, Unit Perpustakaan telah menyertai Pertandingan Sudut Bacaan Peringkat Negeri
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Dekad Membaca Kebangsaan (DMK). Pertandingan ini
melibatkan beberapa jabatan di sektor kerajaan yang dinilai bermula pada 20 September 2022 hingga 22
September 2022. Sudut Bacaan Perpustakaan IPG Kampus Kent diberi nama Kafe DuBaCa yang bermaksud
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 257
duduk, baca dan catat. Pengguna yang menggunjungi sudut ini akan duduk dan membaca bahan bacaan di sudut
tersebut seterusnya mencatat hasil bacaan yang diperolehi. Ini salah satu inisiatif Unit Perpustakaan dalam
membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga kampus.
Penilaian Pertandingan Sudut Bacaan Peringkat Negeri
2.1.14 Minggu Perpustakaan Tahun 2022
Minggu Perpustakaan Tahun 2022 telah diadakan pada 10 Oktober 2022 hingga 14 Oktober 2022. Sasaran
peserta program adalah dalam kalangan pensyarah, pegawai pengurusan, staf sokongan dan para pelajar.
Program ini telah dijalankan di Perpustakaan IPG Kampus Kent. Antara pengisian program Minggu
Perpustakaan tahun 2022 adalah seperti berikut :
• Hadiah Khas Pengunjung Bertuah Kafé • Teka jumlah helaian majalah/buku
Dubaca & Kelas Paling Aktif • Teka jumlah muka surat buku
• Teka berat buku
• Puisi Tulang Buku • Teka jumlah buku di rak perpustakaan
• Cabaran Selfie dan Ulasan Buku • Teka ketebalan buku
• Resensi Buku Dalam (Bahasa Kadazandusun) • Teka ketinggian buku
• Penulisan Dalam BKD • Ekplorasi Pangkalan Data U-Pustaka
• Bookface Challenge • Ekplorasi Rak Maya Perpustakaan
• Hadiah Khas Pengunjung Bertuah Kafé • Ekplorasi Maklumat Perpustakaan
Dubaca
Program yang diadakan selama seminggu ini adalah salah satu usaha Unit Perpustakaan dalam
menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya warga kampus. Objektif program ini
ialah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan warga IPG Kampus Kent sejajar dengan dasar Dekad
Membaca Kebangsaan (DMK), seterusnya memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para pensyarah,
para pegawai pengurusan, para staf pelaksana dan para pelajar dalam menggunakan kemudahan dan
perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan secara bersemuka dan atas talian.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 258
Sepanjang program ini berlangsung, semua peserta telah memberikan kerjasama yang padu dan
menyokong penuh aktiviti yang dijalankan.
Minggu Perpustakaan Tahun 2022
Minggu Perpustakaan Tahun 2022
2.1.15 Bengkel Penggunaan Online Public Access Catalog (OPAC)
Bengkel Penggunaan OPAC telah diadakan pada 17 Oktober 2022 (Isnin) bertempat di Perpustakaan Aras 1.
Fasilitator program ialah Puan Jaidah binti Saidun, Puan Treciae binti Majit, Puan Suhana binti Maidin dan
Puan Dayang Musliha Mohd Ralbi. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Perpustakaan dan Unit
Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP). Sasaran program ini ialah staf sokongan IPG Kampus Kent. Pengisian
program ialah memberi pendedahan tentang tatacara penggunaan OPAC untuk memudahkan pengguna mencari
bahan dan koleksi yang terdapat di dalam Perpustakaan dengan lebih cepat selain daripada menambah ilmu
pengetahuan dalam pencarian bahan Perpustakaan secara atas talian disamping memaksimakan penggunaan
perkhidmatan yang sedia ada.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 259
Bengkel Penggunaan Online Public Access Catalog (OPAC)
2.1.16 Program Khidmat Bantu Pusat Sumber SMK Kolombong Inanam Kota Kinabalu.
Program Khidmat Bantu Pusat Sumber SMK Kolombong Inanam Kota Kinabalu telah diadakan pada 7
November 2022 (Isnin) hingga 8 November 2022 (Selasa). Pegawai dan staf yang terlibat sepanjang program
ini ialah Puan Jaidah binti Saidun Ketua Unit Pusat sumber, Puan Treciae binti Majit Pustakawan dan Puan
Suhana binti Maidin Pembantu Pustakawan. Pengisian program ialah memberi khidmat nasihat berkenaan
pengurusan Pusat Sumber yang meliputi pengurusan koleksi bahan, susun atur ruang pengguna dan sesi
keceriaan Pusat Sumber. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang padu daripada Puan
Evelyn Annol selaku Guru Perpustakaan dan Media, staf Pusat Sumber dan para Pustakawan Pusat Sumber
SMK Kolombong Inanam.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 260
Program Khidmat Bantu Pusat Sumber SMK Kolombong
3.0 PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN 2022
3.1 Pencapaian Pegawai dan Staf Sepanjang Tahun 2022
Berikut merupakan pecapaian yang telah diperolehi bagi tahun 2022
Kategori Nama Keputusan Tajuk Peringkat
Jabatan
Kumpulan Puan Jaidah Saidun @ Saidon Buletin Perpustakaan IPG
Kampus Kent Bil.1/2022
Puan Treciae binti Majit dan Bil. 2/2022.
Puan Suhana binti Maidin Johan Program Sambutan Bulan Jabatan
Kemerdekaan dan Hari
Puan Dayang Musliha binti Malaysia Peringkat IPGK
Kent Tuaran
Mohd Ralbi
Puan Bistali binti Hj. Daud
Encik Buni bin Sandur - Pertandingan
Hiasan/Pameran
Tercantik
(Kategori Unit)
Tempat Pertandingan Sudut Peringkat Negeri
Keempat Sabah
(Saguhati) Bacaan yang dianjurkan
oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) sempena
Dekad Membaca
Kebangsaan (DMK) dan
Dekad Bahasa
Kebangsaan (DBK)
4.0 PENUTUP
Pihak Unit Pusat Sumber merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dr. Hajah
Rosmawati binti Hamzah B.S.K (Pengarah), Datin Dr. Rosinah binti Edinin (Timbalan Pengarah), semua ketua
jabatan, semua ketua unit, para pensyarah, para pegawai pengurusan, staf sokongan dan seluruh warga kampus
yang terlibat dalam menjayakan program yang dianjurkan sepanjang tahun 2022. Semoga kerjasama dan
komitmen yang diberikan menjadi amalan dan budaya dalam mencapai matlamat dan objektif institut demi
kecemerlangan yang berterusan pada masa akan datang.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 261
IPGKAMPUSKENT
PETISURAT2
TUARANSABAH