The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kok26-77, 2022-07-29 03:23:04

LT2021

LT2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 193

5.0 PENUTUP
Pada keseluruhannya Unit Psikologi dan Kaunseling telah berusaha memberikan perkhidmatan yang

terbaik untuk seluruh warga institut dengan menggunakan sumber yang disediakan dengan peluang serta
kesempatan yang ada. Semoga aktiviti yang dirancang akan terus dapat dilaksanakan selaras dengan hala tuju
IPGK Kent dan kecemerlangan organisasi seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 194

UNIT PUSAT SUMBER

Belakang dari kiri:
Hajah Mariam binti Etam, Puan Dayang Musliha binti Mohd Ralbi,
Encik Buni bin Sandur, Puan Bistali @ Mastari Hj Daud dan Puan Suhana binti Maidin

Depan dari Kiri:
Puan Treciea binti Majit, Datin Dr. Hajah Rosinah binti Edinin (Timbalan Pengarah), Dr.Hajah
Rosmawati binti Hamzah,B.S.K (Pengarah), Puan Jaidah binti Saidun @ Saidon (Ketua Unit)

1.0 ORGANISASI UNIT Nama
Jawatan Puan Jaidah Saidun @ Saidon
Puan Treciae binti Majit
Ketua Unit Puan Suhana binti Maidin
Pustakawan Puan Dayang Musliha binti Mohd Ralbi
Pembantu Pustakawan Puan Hjh Mariam binti Etam
Pembantu Pustakawan Puan Bistali @ Mastari Hj Daud
Pembantu Operasi Encik Buni bin Sandur
Pembantu Operasi
Pemandu

2.0 AKTIVITI-AKTIVITI

2.1 Aktiviti yang telah dilaksanakan
Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pusat Sumber sepanjang tahun 2021.

Bil. Tarikh Perkara
1 29 Januari 2021 Bengkel Literasi Maklumat Siri 1/2021
2 12-13 Februari 2021 Pameran Maya Tahun Baharu Cina
3 8 Mac 2021 Bengkel Literasi Maklumat Siri 2/2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 195

4 22 April 2021 Program Jom Baca Bersama 10 Minit
5 7 Mei 2021 Program World Quran Hour Peringkat IPGK Kent
6 30 Julai 2021 Bengkel Kemahiran Perpustakaan
7 Julai – Oktober 2021 Himpunan Sinopsis Buku Warga IPG Kampus Kent 2021
8 20-24 September 2021 Bengkel Literasi Maklumat Bersama Pelajar
9 18-22 Oktober 2021 Minggu Perpustakaan Tahun 2021
10 21 Oktober 2021 Lawatan Maya ”e-Tour Lib IPGM”
11 25-26 Oktober 2021 Bengkel Pemeliharaan dan Pemuliharaan Buku

2.1.1 Bengkel Literasi Maklumat Siri 1/2021
Bengkel Literasi Maklumat Siri 1/2021 telah diadakan pada 29 Januari 2021 (Jumaat) bermula jam
9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Fasilitator program ialah Puan Treciae Majit Pustakawan Perpustakaan
IPG Kampus Kent. Program ini disertai oleh staf sokongan Unit Pusat Sumber. Pengisian program
ialah pencarian artikel dalam google, website Perpustakaan dan U-Pustaka. Program ini dilaksanakan
untuk memantapkan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan perkhidmatan
perpustakaan.

Bengkel Literasi Maklumat Siri 1/2021

2.1.2 Pameran Maya Tahun Baru Cina

Pameran Maya Tahun Baru Cina tahun bagi 2021 telah diadakan secara maya melalui pautan
https://flipbookpdf.net/web/site/638babcd624a1a7f263c3b2b20cfaba3b253d5ef202102.pdf.html.
Pengisian pameran maya ini adalah berkisar tentang latar belakang, adab dan budaya masyarakat Cina
sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan pada setiap tahun.

Perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan pada 12 Februari 2021 adalah perayaan yang sangat
bermakna dan dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina. Mengikut kalendar dan kepercayaan
masyarakat Cina, tahun 2021 merupakan tahun lembu yang mempunyai gambaran yang sangat positif
dan lambang ketekunan, kesyukuran dan kesetiaan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 196

Pameran Maya Tahun Baru Cina

2.1.3 Bengkel Literasi Maklumat Siri 2/2021
Pada 8 Mac 2021 (Isnin), Bengkel Literasi Maklumat telah diadakan secara rakaman video yang
dikendalikan oleh Puan Treciae Majit Pustakawan Perpustakaan IPG Kampus Kent. Bengkel ini
melibatkan pensyarah, pegawai pengurusan dan staf sokongan IPG Kampus Kent. Bengkel ini
diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta dalam memantapkan penggunaan
pangkalan data dan webOPAC perpustakaan.

Bengkel Literasi Maklumat Siri 2/2021

2.1.4 Program Jom Membaca Bersama 10 Minit

Program Jom Baca Bersama 10 Minit untuk tahun 2021 telah diadakan secara maya pada 22 April
2021 bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.

Aktiviti ini diadakan setiap tahun secara serentak di seluruh Malaysia. Pada tahun ini seramai
217 penyertaan direkodkan dan sasaran program adalah para pensyarah, pengawai pengurusan, staf
sokongan dan pelajar.

Program ini merupakan aktiviti galakan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia yang telah
dilaksanakan sejak tahun 2016. Para peserta program telah memberikan kerjasama dan sokongan
dalam menjayakan program yang penuh bermanfaat ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 197

Program Jom Membaca Bersama 10 Minit

2.1.5 Program World Quran Hour Peringkat IPGK Kent

Program World Quran Hour Peringkat IPGK Kent telah diadakan pada 7 Mei 2021 (Jumaat) bermula
jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPGK Kent Dr. Hajah
Rosmawati binti Hamzah B.S.K.

Moderator program ialah Tuan Haji Mohd. Rozaimi bin Abdul Razak manakala fasilitator
program ialah Encik Kamarulzaman bin Ideris (Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Agama Islam),
Puan Norhafizah binti Zakaria (Pensyarah Jabatan Pengajian Agama Islam ) dan Tuan Haji Harun bin
Sarail (Ketua Jabatan, Jabatan Akademik dan Kecemerlangan). Matlamat program ialah untuk
menggalakkan setiap individu untuk baca, faham dan mengamalkan nilai-nilai yang terdapat dalam al-
Quran, mewujudkan kerangka fikir al-Quran dan sistem pengendalian dalam jiwa dan akhirnya
mempraktikkan nilai-nilai al-Quran dalam kehidupan. Program ini telah dihadiri oleh para pensyarah,
pegawai pengurusan dan staf sokongan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 198

Program World Quran Hour Peringkat IPGK Kent

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 199

2.1.6 Bengkel Kemahiran Perpustakaan

Bengkel Kemahiran Perpustakaan Siri 2/2021 telah dilaksanakan pada 30 Julai 2021 (Jumaat).
Fasilitator program ialah Puan Treciae Majit Pustakawan Perpustakaan IPG Kampus Kent. Bengkel
ini telah disertai oleh staf Perpustakaan.

Pengisian program ialah pengesanan plagiarisme, pendedahan penggunaan google site dan
penggunaan aplikasi Canvas dalam pengurusan Perpustakaan. Bengkel ini sangat bermanfaat kepada
semua peserta kerana mendapat pendedahan yang terperinci seterusnya mendapat pembelajaran
baharu dan dapat diaplikasikan dalam tugasan harian untuk memantapkan lagi pengurusan dan
perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Kent.

2.1.7 Himpunan Sinopsis Buku Warga IPG Kampus Kent 2021

Program Himpunan Sinopsis Warga IPG Kampus Kent adalah salah satu program Dekad Membaca
Kebangsaan. Sebanyak 598 sinopsis telah berjaya dikumpul dan dibukukan. Sinopsis-sinopsis tersebut
merupakan sumbangan hasil pembacaan para pensyarah, pegawai pengurusan, staf sokongan dan para
pelajar. Program yang diadakan ini adalah untuk membudayakan tabiat membaca dalam kalangan
warga institut. Kejayaan menghasilkan Himpunan Sinopsis Buku ini adalah tanda komitmen yang
padu daripada seluruh warga Kent dan seterusnya akan menjadi sumber rujukan para pengguna
Perpustakaan IPG Kampus Kent.

Himpunan Sinopsis Buku Warga IPG Kampus Kent 2021

2.1.8 Bengkel Literasi Maklumat Bersama Pelajar
Pada 20 hingga 24 September 2021, satu Bengkel Literasi Maklumat Bersama Pelajar telah
dilaksanakan secara atas talian (google meet) yang dikendalikan oleh Puan Treciae Majit Pustakawan
IPG Kampus Kent. Sasaran program ialah pelajar baharu bagi tahun 2021. Semua pelajar diberi
pendedahan berkenaan dengan penggunaan pangkalan data, webOPAC , U-Pustaka dan sebagainya.

Objektif program ini adalah untuk memudahkan pelajar mengakses bahan yang terdapat
dalam laman web Perpustakaan, mendapatkan sumber rujukan dengan mudah dan tepat dan
membantu pelajar menggunakan bahan dan koleksi perpustakaan dengan lebih baik dan bermanfaat.
Semua pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan bengkel ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 200

Bengkel Literasi Maklumat Bersama Pelajar

2.1.9 Minggu Perpustakaan Tahun 2021

Pada 18 Oktober 2021 (Isnin) hingga 22 Oktober 2021 (Jumaat), Unit Perpustakaan telah
melaksanakan Minggu Perpustakaan bagi tahun 2021. Sasaran peserta program adalah dalam
kalangan pensyarah, pegawai pengurusan, staf sokongan dan pelajar. Program ini dijalankan secara
atas talian. Pengisian program ini ialah seperti berikut

a) Bulan Pengampunan Denda
b) e-Quiz Literasi Maklumat
c) Cabaran Ulasan Buku @SOCMED
d) Pertandingan Menulis Cerpen Pendek dalam Bahasa Kadazandusun
e) Pertandingan Berbalas Pantun
f) Pertandingan Mereka cipta Kata-kata Minda Kreatif Bergrafik
g) Pertandingan Pantun Jawi

Program ini berobjektif untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga IPGK Kent,
memberikan pendedahan kepada staf pelaksana dan pelajar mengenai teknik membuat ulasan buku
ilmiah serta empromosikan pelbagai perkhidmatan dan koleksi perpustakaan.

Minggu Perpustakaan Tahun 2021 | 201

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH

2.1.10 Lawatan Maya ”e-Tour Lib IPGM”

Pada 21 Oktober 2021 (Jumaat), Unit Pusat Sumber telah mengadakan Lawatan Maya ”e-Tour Lib
IPGM” di Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) jam 9.00 pagi. Lawatan ini
diseratai semua kakitangan Unit Pusat Sumber yang diketuai oleh Puan Jaidah Saidun Ketua Unit,
Unit Pusat Sumber.

Program ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan lebih mendalam berkenaan
pengurusan perpustakaan dan menjadi penanda arasan dalam mengendalikan perkhidmatan
perpustakaan.

2.1.11 Bengkel Pemeliharaan dan Pemuliharaan Buku

Bengkel ini diadakan pada 25 hingga 26 Oktober 2021 (Isnin dan Selasa). Fasilitator program ialah
Puan Treciae Majit Pustakawan Perpustakaan IPG Kampus Kent. Bengkel ini disertai oleh staf
Perpustakaan. Pendedahan dan tunjuk ajar yang lebih mendalam dalam menjaga dan memulihara
bahan dan koleksi perpustakaan. Bengkel ini sangat memberi manfaat dalam menjaga khazanah dan
sumber ilmu IPG Kampus Kent.

3.0 PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN 2021

3.1 Pencapaian Pegawai dan Staf Sepanjang Tahun 2021

Kategori Nama Tajuk Peringkat
Kumpulan
Puan Jaidah Saidun @ Saidon Himpunan Sinopsis Buku Jabatan
Puan Treciae binti Majit Warga IPG Kampus Kent
Puan Suhana binti Maidin 2021

Puan Dayang Musliha binti Mohd
Ralbi

4.0 PENUTUP

Pihak Unit Pusat Sumber merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Puan Pengarah, Timbalan Pengarah, dan seluruh warga kampus yang terlibat dalam menjayakan
program dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2021. Semoga kerjasama dan komitmen seperti
ini dapat diteruskan dalam mencapai matlamat dan objektif institut di masa akan datang dengan lebih
cemerlang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH | 202

IPGKAMPUSKENT
PETISURAT2
TUARANSABAH


Click to View FlipBook Version