kok26-77 Download PDF
  • 9
  • 0
NeSLA
Algebra linear merupakan bidang matematik yang mengkaji sistem persamaan linear dan penyelesaiaan vektor dan transformasi linear. Matriks dan operasi juga merupakan antara bidang yang berkaitan dengan algebra linear. Aplikasi algebra linear dalam sistem aliran air, gas dan trafik banyak memberi sumbangan kepada kehidupan harian kita. Justeru, tugasan dalam Algebra Linear adalah analisis dan penyelesaian masalah rangkaian trafik. Pelajar perlu mencari lokasi yang sesuai untuk mengutip data dan menentukan kadar arus lalu lintas. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar adalah tidak dibenarkan keluar dari kampus untuk mengutip data untuk tugasan. Justeru itu, satu aplikasi simulasi NeSLA telah digunakan untuk simulasi arus lalu lintas. Pelajar tidak perlu bergerak ke suatu tempat untuk mengutip data lalu lintas. Pelajar yang mengambil kursus Algebra Linear telah berjaya melaksanakan tugasan semasa PKP tanpa bergerak keluar dari rumah untuk pengutip data. Analisis keputusan tugasan pentaksiran berterusan 3 orang pelajar mendapat A+, 12 orang pelajar mendapat A, 1 orang pelajar mendapat B+ dan 2 orang pelajar mendapat B. Keputusan ini menunjukkan NeSLA telah membantu pelajar dalam pelaksanaan tugasan.
View Text Version Category : 47
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications