The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazumaki89, 2022-08-12 04:22:54

KERTAS kerja zumbathon skjb

KERTAS kerja zumbathon skjb

KERTAS KERJA
ZUMBATHON 2023

1.0 TAJUK
ZUMBATHON

2.0 PENDAHULUAN
Antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja
berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai semangat yang tinggi serta memiliki badan yang sihat
dan cergas. Ini adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani,
rohani, emosi dan sosial.

Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, Unit Kokurikulum dan Sukan SK Jalan Bintang
dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Bintang akan mengadakan program Zumbathon 2022.
Di samping dapat menghasilkan murid yang sihat dan aktif, aktiviti ini juga boleh menjadi satu platform
untuk mengeratkan hubungan sesama murid, guru dan warga sekolah.

Semoga Zumbathon ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk bersukan
di samping dapat mengeratkan hubungan bersama guru-guru dan warga sekolah untuk kesejahteraan
bersama.

3.0 OBJEKTIF
1) Mengeratkan hubungan antara murid, guru, PIBG dan Komuniti
2) Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dalam sukan.
3) Mengumpul dana PIBG untuk kegunaan menyokong program sekolah.
4) Membentuk murid-murid yang sihat dan cergas.
5) Memberi galakan kepada murid-murid untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat dan

berfaedah.

4.0 MATLAMAT
1) Menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti sukan.
2) Mampu mengeratkan hubungan sesama warga sekolah.
3) Merehatkan minda para peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan.

5.0 PENGANJUR
Unit Kokurikulum dan Sukan SK Jln Bintang dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Jln Bintang

6.0 BUTIR – BUTIR AKTIVITI

NAMA AKTIVITI : Zumbathon

TARIKH : 14 Januari 2023

TEMPOH : 1 hari

HARI : Sabtu

MASA : 8.00 Pagi – 12.00 pagi

TEMPAT : Dewan Sri Bintang, SK Jln Bintang / Perkarangan Cityfan

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Sila rujuk lampiran 1

8.0 SYARAT – SYARAT AEROBIKTON
Sila rujuk lampiran 2

9.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 3

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran 4

11.0 KAD KUTIPAN DERMA AEROBIKTON
i. Kad Zumbathon akan diedarkan kepada guru-guru kelas untuk dibahagikan kepada ibu bapa/pelajar
melalui pelajar.
ii. Kutipan terbanyak akan mendapat hadiah istimewa.
iii. Kad kutipan beserta wang hendaklah dikembalikan kepada Penyelaras Program pada atau sebelum 9
Disember 2022
iv. Kad yang hilang atau gagal dikembalikan akan dikenakan denda sebanyak RM 100.00
v. Minimum kutipan derma ialah RM30.00 untuk satu keluarga.
vi. Kad tambahan akan diberikan sekiranya ada permintaan lebih dari 1 kad.
vii. Guru Kelas akan mengutip hasil kutiap setiap minggu (Setiap Jumaat) sepanjang tempoh kutipan.
viii. Tempoh kutipan ada lah selama sebulan bermula 1 November 2022- 30 November 2022

12.0 GANJARAN NILAI KAD KUTIPAN Cadangan Hadiah
Layak cabutan bertuah
Bil. Kutipan Hadiah / hamper
1. RM 100 ke atas Hadiah istimewa
2. RM 300 ke atas Hadiah misteri
3. RM 500 ke atas
4. Kutipan paling banyak

13.0 PENUTUP
Program ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang penganjur. Selain itu
untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang
cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui aktiviti ini juga diharap
objektif penganjur untuk merapatkan jurang integrasi antara guru dan murid juga akan tercapai di
samping menjadi pendorong kepada minat murid terhadap sukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________________ _________________________
(MOHAMAD ZULFAIZEE BIN MOHAMAD) ( NORLEDA BINTI SA’AIT )
PK Kokurikulum, Guru Besar,
SK Jln Bintang, SK Jln Bintang.

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA ZUMBATHON

PENAUNG : YDP PIBG
PENASIHAT : GURU BESAR
PENGERUSI : PKKK
PENGERUSI II : PK1
PENGERUSI III : PKHEM
PENGERUSI IV : PKPK
PENYELARAS : SU KOKURIKULUM
PEN PENYELARAS : KETUA BIRO SUKAN PIBG
SETIAUSAHA : SU PIBG
BENDAHARI : BENDAHARI PIBG

AHLI JAWATANKUASA KERJA AEROBIKTON 2019

JAWATANKUASA PERSIAPAN Membuat persiapan
PENTAS & KEMUDAHAN tempat untuk senaman
DEWAN Zumba dan majlis
penutupan

JAWATANKUASA BACAAN DOA Membaca doa majlis
penutup

JAWATANKUASA PENGURUSAN Menjaga dan mengawasi
MURID & URUSETIA. disiplin murid

JAWATANKUASA HADIAH, Membeli/menyediakan/
CENDERAHATI & SIJIL menyampaikan hadiah &
sijil

JAWATANKUASA TEKNIKAL Menyedia/memasang/
mengemas peralatan

JAWATANKUASA KEBERSIHAN Memastikan kebersihan
dewan sebelum, semasa
dan selepas program.

JAWATANKUASA PERSEGARAN Menyediakan makanan
PENGACARA MAJLIS dan minuman

JAWATANKUASA PUBLISITI & Mengacarakan majlis dari
DOKUMENTASI mula sehingga tamat
acara
JAWATANKUASA
PERTOLONGAN CEMAS Menyebarkan maklumat /
Mendokumentasikan
semua perkara mengenai
Zumbathon / mengambil
gambar / membuat
laporan

Menyediakan peti
pertolongan cemas/
Memberikan bantuan
kepada peserta yang
memerlukan

LAMPIRAN 2

SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN UMUM
ZUMBATHON

1. Zumbathon ini terbuka kepada semua murid dan PIBG SK Jln Bintang.
2. Tempat senaman zumba adalah di Dewan Sri Bintang, SK Jln Bintang.
3. Semua peserta mestilah sihat tubuh badan dan tidak menjalani sebarang pembedahan 6 bulan

sebelum tempoh program Zumbathon diadakan.
4. Setiap peserta adalah bertanggungjawab terhadap diri masing-masing.
5. Semua peserta dikehendaki untuk memakai pakaian sukan yang sesuai dan WAJIB menggunakan

kasut.
6. Peserta diminta bersedia di tapak senaman zumba 10 minit sebelum acara bermula.
7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kecederaan kekal

yang berlaku ke atas peserta namun pihak penganjur akan mengambil langkah keselamatan yang
semaksimum yang mungkin.

LAMPIRAN 3
TENTATIF PROGRAM

HARI ZUMBATHON

14 JANUARI 2023 (SABTU)

0730 - Ketibaan urusetia dan peserta
0745 - Pendaftaran peserta
0800 - Taklimat
0815 - Ketibaan VIP
0830 - Acara Senaman Zumba
1030 - Rehat & Jamuan Ringan
1100 - Majlis Penangguhan dan Penyampaian Hadiah

- Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku
- Bacaan Doa
- Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Jln Bintang
- Ucapan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Jln Bintang
- Ucapan penangguhan oleh VIP
- Penyampaian Hadiah, Cenderahati dan Sijil
- Nyanyian Lagu Fly Kenyalang Fly & Lagu Sekolah
- BERSURAI

LAMPIRAN 4

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERIHAL KUANTITI HARGA HARGA CATATAN
SEUNIT (RM) KESELURUHAN (SUMBER
KEWANGAN)
(RM)

1. MAKANAN & MINUMAN

i. Murid 1300 2.00 2 600.00

ii. Petugas 90 5.00 450.00 PIBG /

iii. Minuman Air Kotak 100 17.00 1 700.00 Sumbangan

iv. Jamuan Vip 20 5.00 100.00

4 850.00

2. HADIAH

i. Hadiah cabutan 20 20.00 400.00
bertuah

ii. Hadiah * LINGKUNGAN
(RM200 ke atas) RM40.00
iii. Hadiah Istimewa PIBG/
(RM 500 ke atas) * LINGKUNGAN Sumbangan
RM100.00

iv.Hadiah misteri 1 500.00 500.00
(kutipan terbanyak)

*

3. e-SIJIL

I. Murid 13 - -
ii. Petugas 10

-

4. CENDERAHATI INSTRUKTOR ZUMBATHON & VIP

i. Sijil Instruktor 1

ii. Cenderahati 1 50.00 50.00 PIBG /
Instruktor

iii. Saguhati Instruktor 250.00 250.00 Sumbangan

iv. Cenderahati VIP 50.00 50.00

350.00

5. BANNER & LAIN-LAIN

i. Makluman (4 x 2) 1 200.00 PIBG/
ii. Pentas (8 x 6) 1

iii. Cetakan kad kutipan 1000 1.00 1000.00 Sumbangan

iv. Hiasan pentas 100.00 100.00

1 300.00

JUMLAH KESELURUHAN 7 400.00 + (*) = ???

ANGGARAN MINIMA KUTIPAN = 800 kad x RM 30 (minima kutipan) = RM 24 000


Click to View FlipBook Version