1 | P a g e PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN The Scouts Association Of Malaysia Perak State Wisma Pengakap No. 31& 31A, Jalan Jelapang 6, Pusat Komersial Jelapang, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel/Fax: 019-559 5822 Website: www.ppmperak.net Email : ppmperak@yahoo.com ______________________________________________________________________________________________ Ruj.Kami: Bil.PPMPk/Pentadbiran/(92) Tarikh : 17 Oktober 2023 Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan Pengetua, Guru Besar Sekolah berkenaan Tuan, PERMOHONAN KEBENARAN DAN PELEPASAN GURU DAN MURID BAGI MENYERTAI JAMBORI DI UDARA (JOTA) DAN JAMBORI DI INTERNET (JOTI) SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023. Dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. Surat Kebenaran dan pelepasan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak JPNPk.SPM.KOKU.600- 3/3/12Jld.4(36) bertarikh 11 Oktober 2023 adalah dirujuk. Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak akan mengadakan Jambori Di Udara (JOTA) Sedunia ke 66 tahun dan Jambori Di Internet (JOTI) ke 27 tahun seperti tetapan berikut: Tarikh : 20 Oktober 2023 hingga 22 Oktober 2023 Masa Melapor diri : 3.00 petang (20/10/2023 Jumaat) Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 31300 Kampung Kepayang, Perak 2. Program tahunan ini akan diadakan pada setiap bulan Oktober, minggu ke 3, setiap tahun. Pada minggu tersebut Pengakap seluruh dunia akan berhubung (berkomunikasi) melalui medium radio dengan station-station radio seluruh dunia. Tujuan utama adalah menjalinkan persahabatan dan keakraban diudara walau dimana mereka berada. Selain itu aktiviti setempat yang dijalankan antaranya ialah fox hunting, membina antenna, mempelajari isyarat bendera, cord moose dan banyak lagi.
2 | P a g e Ruj.Kami: Bil.PPMPk/Pentadbiran/(92) Tarikh : 17 Oktober 2023 PERMOHONAN KEBENARAN DAN PELEPASAN GURU DAN MURID BAGI MENYERTAI JAMBORI DI UDARA (JOTA) DAN JAMBORI DI INTERNET (JOTI) SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023. 3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami, agar guru dan murid seperti disenarai mendapat kebenaran dan pelepasan dari pihak tuan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh hubungi Tn Hj Azizul Azhar b. Abdul Rahman di talian 010-463 3900. Sekian untuk makluman pihak tuan, kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan disanjung tinggi, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN” “PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI” Saya yang menjalankan tugas, Persekutuan Pengakap Malaysia, (HAJI KHAIRUL BIN HAJI ABU KASSIM A.M.P) Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak Persekutuan Pengakap Malaysia Perak Darul Ridzuan. s.k : - Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak - Pengerusi Program - Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Komunikasi) - File