Majlis
18 DISEMBER 2021
SABTU 9:00PM
PPM.600-2/1/2(2021)–BUKUPROGRAM
VISI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Menjelang tahun 2025, Persekutuan Pengakap Malaysia akan dilihat
sebagai sebuah organisasi yang diurus secara cekap, moden dan
berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti,
berteraskan nilai melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan
berwibawa membangun warga negara yang berguna.
MISI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Misi kepengakapan adalah memberi sumbangan kepada pendidikan
generasi muda melalui satu sistem nilai yang berasas kepada
Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap membantu membina
dunia yang lebih baik, melahirkan penduduk dunia yang boleh
berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang
berguna untuk masyarakat.
lni akan dapat dicapai melalui:
• Penglibatan berterusan dalam proses pendidikan non-formal;
• Menggunakan kaedah khusus untuk menjadikan setiap individu
sebagai agen utama pembangunan diri supaya dapat berdikari,
bertanggungjawab dan komited;
Membantu mereka membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip
kerohanian, sosial dan keperibadian seperti yang termaktub dalam
Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
Perutusan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Bismillahhirramanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan Salam Pengakap.
Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran
kepada Allah SWT kerana pada tahun 2021 ini, Persekutuan
Pengakap Malaysia (PPM) dapat melaksanakan Majlis Budi Dijunjung
Bakti Disanjung secara dalam talian, berdasarkan kepada norma
baharu. Persekutuan Pengakap Malaysia yang kini berusia 113 tahun,
masih berdiri teguh bersama warga Pengakap di seluruh negara dan juga dunia .
Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua peringkat
warga Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang telah memberi sumbangan yang besar
bagi memaju dan menaikkan imej PPM di peringkat kebangsaan, negeri, daerah atau
kumpulan. Sebagai nadi dan pendokong utama kepada kemajuan organisasi, warga PPM
berkenaan wajar diberikan penghargaan dan pengiktifaran yang sewajarnya.
Bertemakan “Pengakap Berintegriti, Cemerlang Organisasi”, penganjuran Majlis Budi Dijunjung
Bakti Disanjung ini bertujuan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua peringkat warga Pengakap yang telah bertungkus -lumus menjayakan aktiviti
pada sepanjang tahun di tempat masing-masing.
Pertandingan kali ini, melibatkan program-program dan segala aktiviti yang diatur rapi pada
tahun ini dilaksanakan secara dalam talian memandangkan negara berada dalam situasi
pandemik Covid-19. Oleh yang demikian, aktiviti bersemuka tidak dapat dijalankan.
Sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur atas kejayaan penganjuran Majlis Budi Dijunjung Bakti
Disanjung 2021 ini.
Kepada penerima anugerah, syabas dan tahniah saya ucapkan dan kepada yang tidak
bernasib baik, jangan berputus asa dan berusahalah dengan lebih baik pada masa akan
datang.
Akhir kata, saya berharap agar Majlis Budi Dijunjung Bakti Disanjung 2021 dapat memberi
suntikan semangat kepada warga PPM untuk terus berusaha memperkasa organisasi.
Sekian, terima kasih.
MEJ. JEN. PROF. DATO’ DR. MOHD. ZIN BIN BIDIN (B)
Pemangku Ketua Pengakap Negara
merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Kata-Kata Aluan Pengerusi
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Pengakap.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya, PPM
dapat menganjurkan Majlis Budi Dijunjung Bakti Disanjung
PPM 2021. Tema pada kali ini ialah Pengakap Berintegriti,
Cemerlang Organisasi. Majlis ini diadakan untuk memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada warga PPM yang
cemerlang dalam kepengakapan. Ini membuktikan bahawa Pengurusan Tertinggi PPM
sentiasa komited dan konsisten dalam memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada
semua yang telah berjasa dalam memartabatkan Pengakap diperingkat kumpulan ,
daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Walaupun di mana saja mereka berada, budi
mereka terhadap Pengakap akan sentiasa disanjung.
Ribuan terima kasih kepada negeri-negeri yang telah menghantar pencalonan untuk
anugerah ini. Sebanyak 31 kategori dipertandingkan. Malangnya, hanya beberapa
kategori sahaja layak untuk diadili kerana tidak memenuhi syarat pertandingan.
Walaubagaimanapun, pihak Penganjur mengambil kira kekangan yang berlaku
terutamanya tempoh masa.
Penilaian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pencapaian pengakap di peringkat
kumpulan, daerah dan negeri dalam melaksanakan aktiviti kepengakapan. Di samping
mewujudkan daya saing yang sihat dalam kalangan ahli pengakap, seterusnya ke arah
pengurusan yang professional setanding dengan negara luar.
Di kesempatan ini juga, saya dan ahli jawatankuasa penganjur mengambil kesempatan
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pesuruhjaya Pengakap
Negara kerana memberi kepercayaan kepada kami menganjurkan Majlis Budi Dijunjung
Bakti Disanjung PPM 2021.
Kami, ahli jawatankuasa penganjur, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada
pemenang-pemenang dan mana-mana individu, kumpulan, daerah dan negeri. Kepada
yang belum menang, usaha lagi semoga usaha murni anda akan membuahkan hasil
membanggakan di masa akan datang.
Akhir kata, saya amat berharap agar Majlis Budi Dijunjung Bakti Disanjung 2021 dapat
memberi suntikan semangat kepada warga PPM.
Sekian, terima kasih.
MOHD ZAIRI BIN ZAHARIN
Pengerusi
Majlis Budi DIjunjung Bakti Disanjung 2021
Kata-Kata Aluan Pengarah
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera, Salam Pengakap.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur
ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
iradatNya MAJLIS BUDI DIJUNJUNG BAKTI DISANJUNG
kali ke-3 dapat disempurnakan.
Bertemakan “PENGAKAP BERINTEGRITI CEMERLANG ORGANISASI” amat bertepatan
dengan Misi dan Visi Pengakap menjelang 2023 menjadi sebuah organisasi terunggul di
rantau ini.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan
kepada warga pengakap yang cemerlang dalam kepengakapan. Oleh itu, saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan taniah kepada para pemenang anugerah MAJLIS
BUDI DIJUNJUNG BAKTI DISANJUNG semoga setiap bakti yang dicurahkan memberi
impak yang besar dalam pergerakan Pengakap.
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih
kepada Ahli-Ahli Majlis Pengakap Negara, Ahli-Ahli Pesuruhjaya Pengakap Negara serta
pemimpin dan warga PPM di semua peringkat atas sokongan dan kerjasama yang
diberikan. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan majlis ini.
Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera pelaksana
MAJLIS BUDI DIJUNJUNG BAKTI DISANJUNG terutamanya kepada Jawatankuasa
Pengurusan dan Profil sehingga dapat merialisasikan majlis ini dengan jayanya.
Sesungguhnya, budi tuan-tuan tidak dapat saya membalasnya.
Saya mewakili seluruh Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan atas segala kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang
berlangsungnya majlis ini.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pihak Pengurusan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) kerana memberi
kepercayaan kepada saya sebagai pengarah untuk menerajui majlis ini.
Sekian, terima kasih.
HANIDAH BINTI AHMAD
Pengarah
Majlis Budi Dijunjung Bakti Disanjung 2021
ATURCARA MAJLIS
8.45 Malam - Kehadiran Tetamu Jemputan
9:00 Malam - Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Pengakap Malaysia
Lafaz Persetiaan Pengakap
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi
YBrs. Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Encik Mohd Zairi bin Zaharin
Ucapan Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara
YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zin bin Bidin (B)
Penyampaian Anugerah Penghargaan Penyertaan
Penyampaian Anugerah Pemenang Majlis Budi Dijunjung
Bakti Disanjung 2021
Penyampian Anugerah Khas Juri
Penyampaian Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara
Penyampaian Anugerah Khas Ketua Pengakap Negara
10.30 Malam - Majlis Tamat
Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
TUJUAN DAN MATLAMAT
Majlis Budi Dijunjung Bakti Disanjung ini dan juga memupuk perpaduan yang
diadakan bagi memberi penghargaan dan lebih erat sesama warga PPM tanpa
pengiktirafan kepada semua peringkat mengira kepercayaan, agama dan
warga Persekutuan Pengakap Malaysia bangsa.
(PPM) yang telah memberi sumbangan
yang besar bagi memaju dan menaikkan Selain itu juga, majlis ini bermatlamat
imej PPM sama ada di peringkat untuk memberi penghargaan dan
kebangsaan / negeri / daerah / kumpulan. pengiktirafan kepada mana-mana
individu / kumpulan / daerah / negeri
Sebagai nadi dan pendokong utama yang telah menunjukkan prestasi yang
kepada kemajuan PPM, warga PPM cemerlang di sepanjang tahun dalam
berkenaan wajar diberikan penghargaan menjayakan aktiviti dan program
dan pengiktifaran yang sewajarnya. kepengakapan di kumpulan / daerah /
negeri masing-masing.
Di samping itu, majlis ini bertujuan
menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan Antara lain, ianya bertujuan untuk
dan terima kasih kepada semua warga mencungkil idea, bakat, kreativiti dan
Pengakap di semua peringkat yang telah inovasi di kalangan warga PPM dalam
bertungkus lumus bagi menjayakan menganjur atau mengendalikan
aktiviti dan program sepanjang tahun di program supaya ianya sentiasa
kediaman masing-masing. relevan dan mendapat sambutan di
kalangan ahli Pengakap.
Majlis ini juga bertujuan untuk
Kesimpulannya, penganjuran majlis ini
menghimpunkan pemimpin dan diharapkan dapat mewujudkan nilai-
nilai murni dan proffesional serta
pesuruhjaya Pengakap yang telah melahirkan semangat kesukarelaan
yang tinggi dalam melaksanakan
memberi sumbangan dan bantuan dalam tugasan dan tanggungjawab
kepengakapan.
memajukan PPM. Majlis ini akan menjadi
salah satu platform untuk melahirkan
semangat kekeluargaan, kekitaan,
KAEDAH PENGAKAP
(SCOUT METHOD)
Pendekatan sistematik dan berstruktur dalam melaksanakan modul kepengakapan demi
memastikan segala matlamat berpengakap dicapai secara menyeluruh. Kaedah Pengakap
ini berkait antara satu sama lain dalam aspek metodologi dan pedagogi pembelajaran di
luar bilik darjah.
The Scout Method is an essential system for achieving the
educational proposal of the Scout Movement. It is defined
as a system of progressive self-education. It is one method
based on the interaction of equally important elements
that work together as a cohesive system, and the
implementation of these elements in a combined and
balanced manner is what makes Scouting unique. The
Scout Method is a fundamental aspect of Scouting and is
expressed through the following elements:
*sumber asal: WOSM / scout.org
sumber penterjemahan: PPM Negeri Selangor / pengakapselangor.org
MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN
(SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL)
Persekutuan Pengakap Malaysia telah menggunapakai 17 matlamat
ini sejak diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu demi menerapkan
kaitan Matlamat Pembangunan
perancangan pembelajaran, Mampan dalam proses
latihan dan program.
Tiada Menamatkan kemiskinan dalam Kelaparan Menamatkan kemiskinan dalam
Kemiskinan semua bentuk di mana-mana. Sifar semua bentuk di mana-mana.
Kesihatan Memastikan kehidupan sihat Pendidikan Menjamin pendidikan menyeluruh
Baik dan dan menggalakkan Berkualiti dan ekuiti serta menggalakkan
Kesejahtera kesejahteraan kepada semua peluang pembelajaran sepanjang
an dalam semua lapisan umur. Air Bersih hayat kepada semua.
dan Sanitasi
Kesaksamaa Mencapai kesamarataan Memastikan kecapaian dan
n Gender gender dan menguatkan pengurusan mampan air dan
semua orang wanita. sanitasi kepada semua.
Tenaga
Berpatutan Menjamin capaian kepada Pekerjaan Mempromosikan
dan Bersih tenaga berpatutan, dipercayai, Yang Sesuai perkembangan ekonomi
mampan dan moden kepada dan mampan dan menyeluruh,
Industri, semua. Pembangunan pekerjaan penuh dan produktif,
Inovasi dan Ekonomi dan pekerjaan layak kepada
Infrastruktur Membina infrastruktur kukuh, semua.
mempromosikan industri yang Mengurangkan
Bandar dan menyeluruh dan mampan dan Ketidaksamaan Mengurangkan
Masyarakat merangsang inovasi. ketidaksamaan
Mampan Penggunaan pendapatan dalam dan
Menjadikan bandar dan dan sesama negara.
Tindakan petempatan manusia Pengeluaran
Terhadap menyeluruh, selamat, kukuh Bertanggungja Memastikan corak penggunaan
Iklim dan mampan wab dan pengeluaran yang
bertanggungjawab kepada
Kehidupan di Mengambil tindakan segera Kehidupan persekitaran.
Darat untuk menangani perubahan dalam Air
iklim serta kesannya dengan Memulihara dan menggunakan
mengawal pengeluaran gas Keamanan, lautan, laut dan sumber marin
rumah hijau dan menggalakkan Keadilan dan dengan mampan demi
pembangunan tenaga boleh Pertubuhan pembangunan mampan.
diperbaharui. Kukuh
Mempromosikan masyarakat aman
Memelihara, memulihara dan dan menyeluruh demi
pembangunan mampan,
menggalakkan penggunaan memberikan capaian keadilan
kepada semua, dan membina
mampan ekosistem darat, institusi yang berkesan, dipercayai
dan menyeluruh pada semua
menguruskan hutan secara tahap.
mampan, mengekang penebangan
hutan, menghentikan dan
mengundurkan degradasi tanah,
dan menghentikan kehilangan
biokepelbagaian. Kerjasama Menguatkan cara pengamalan dan
menggiatkan kerjasama
demi antarabangsa demi pembangunan
mampan.
Matlamat
SENARAI ANUGERAH
1. Anugerah Pemimpin Pengakap Muda Terbaik
2. Anugerah Pemimpin Pengakap Remaja Terbaik
3. Anugerah Pemimpin Pengakap Wanita Terbaik
4. Anugerah Pemimpin Kumpulan Terbaik
5. Anugerah Pengurusan Daerah Pengakap Terbaik
6. Anugerah Kakitangan Ibu Pejabat Inovatif
7. Anugerah Program Peringkat Negeri Terbaik
8. Anugerah Pengurusan Negeri Pengakap Terbaik
9. Anugerah Majlis Pengakap Negeri Terbaik
10. Anugerah Pesuruhjaya Pengakap Cemerlang
11. Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terbaik
12. Anugerah Kumpulan Pengakap Terbaik
13. Anugerah Krew Pengakap Kelana Terbaik
14. Anugerah Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak Terbaik
15. Anugerah Pemimpin Pengakap Kelana Terbaik
16. Anugerah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Terbaik
17. Anugerah Pemimpin/Pesuruhjaya Pengakap Serba Boleh
18. Anugerah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Terbaik
19. Anugerah Program Peringkat Daerah/Kawasan Terbaik
20. Anugerah Pesuruhjaya Peringkat Negeri Terbaik
21. Anugerah Pendaftaran Keahlian Tertinggi 2021
22. Anugerah Khas Juri
23. Piala Pusingan Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
24. Piala Pusingan Anugerah Khas Ketua Pengakap Negara
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung
Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Mohd. Zin bin Bidin (B)
Pengerusi Protokol
En. Mohd Zairi bin Zaharin En. Muhammad bin Yusoff
Timb. Pengerusi Juru Foto dan Videografi
Tn. Haji Ahmad Sabri bin Saad En. Edwin Lam Zhen De
Pengarah Pereka Grafik dan Suntingan Video
Pn. Hanidah binti Ahmad En. Mohd Khusairey bin Mazalan
Timb. Pengarah Lafaz Persetiaan Pengakap
En. Manivannan Rethinam En. Muhammad Aiman Ifwat
bin Mohamed Nor
Setiausaha
En. David Ong Pembaca Doa
En. Che Aidil Erfan bin Che Afero
Bendahari
Pn. Siti Ramlah binti Ahmad Pengacara Majlis
En. Muhammad Fahmi bin Zakari
Penyediaan Kriteria Pertandingan
En. Chooi Yew Tzen Pengurusan Bahan & Maklumat
Pn. Sharipah Azian binti A. Majid Cik Norma Noordin
En. Tang Tuck Mun, Lincoln
Dokumentasi & Buku Program
Ts. Jayakanthan M. Lachmanan Pengurusan Sijil & Anugerah
Cik Rosnah Bt Hj. Baharom
Publisiti dan Media Pn. Siti Shanaz Bt Mohd Yusof
En Abdul Mutallib bin Noordin Pn. Hjh Rozaniah binti Sidek
Pengurusan Acara & Siaran Langsung Informasi & Promosi
En. Kamarulbashah bin Hussin Cik Siti Nur Fatiha binti Zainal Abidin
Cik Zuraida binti Isa
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan
seberapa daya upaya saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibubapanya, orang-orang di atas dan orang-
orang yang di bawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, kepala
patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
9. Pengakap itu jimat dan cermat
10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya
LAGU PENGAKAP MALAYSIA
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia
AKTIVITI DALAM TALIAN
GAMBAR-GAMBAR LATIHAN
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM
GAMBAR-GAMBAR PENCAPAIAN
LOGO 113 TAHUN PENGAKAP
Menjadikan Sambutan Hari Menyemarakkan hala
Pengakap Malaysia yang ke- tuju Revolusi Industri
113 tahun sebagai program 4.0 sebagai platform
holistik merangkumi
kerohanian, fizikal, emosi utama dalam
dan jasmani. sambutan Hari
Pengakap Malaysia
Memperingati penubuhan yang ke-113 tahun.
pergerakan kepengakapan Mendidik ahli pengakap
Malaysia selama 113 tahun Malaysia menggunakan
penubuhannya di negara ini. platform dalam talian
sebagai jambatan hubungan
Mengeratkan hubungan di antara Pengakap di Malaysia
antara barisan kepimpinan
Persekutuan Pengakap Malaysia Majlis
bersama seluruh ahli Pengakap Malaysia. Budi Disanjung, Bakti Dijunjung
.
Persekutuan Pengakap Malaysia
(PPM) akan meraikan Sambutan Hari
Pengakap Malaysia pada setiap 1hb
September dan bermula tahun ini
ianya akan menjadi acara tahunan
PPM bersempena tarikh PPM diterima
menjadi ahli kepada 'Boy Scout
International Bureau' pada tahun
1957.
Persekutuan Pengakap Malaysia
telah berdiri dengan gagahnya
selama 113 tahun sejak ditubuhkan
pada tahun 1908. Pergerakan
Pengakap ini akan terus kekal dan
berkembang sebagai sebuah
organisasi yang cekap, moden dan
berdikari sejajar dengan peredaran
zaman.
Maka dengan ini, MAJLIS BUDI
DIJUNJUNG BAKTI DISANJUNG PPM
2021 mengakhiri Sambutan 113
Tahun Hari Pengakap Malaysia untuk
tahun ini.
SEKALUNG BUDI
YBhg. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan
Pengerusi serta Jawatankuasa Majlis Budi Dijunjung Bakti
Disanjung Persekutuan Pengakap Malaysia 2021
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada:
• Semua Ahli Majlis Pengakap Negara,
• Dif-Dif Jemputan,
• Timbalan-Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara,
• Pesuruhjaya Antarabangsa, Pesuruhjaya Latihan Negara,
Pesuruhjaya Program,
• Negara dan semua Penolong Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara,
• Jawatankuasa Pengurusan Dan Tadbir Urus Kebangsaan,
• Jawatankuasa Profil Kebangsaan,
• Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana Majlis ini,
• Semua Pesuruhjaya Kebangsaan dan semua Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
• Semua Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin dan Penolong
Pemimpin Pengakap Unit / Kumpulan,
• lndividu yang menyumbangkan tenaga, nasihat dan
kerjasama bagi menjayakan Majlis Budi Disanjung Bakti
Dijunjung ini sama ada secara langsung dan tidak
langsung,
• Semua ahli Persekutuan Pengakap Malaysia.
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
(Scouts Association of Malaysia)
Ibu Pejabat Kebangsaan, Jalan Hang Jebat
50150, Kuala Lumpur
Tel: +603-2078 0836
Fax: +603-2070 9057
Email: [email protected]
Website: www.pengakapmalaysia.org
@mediarasmippm Media Rasmi PPM @beritarasmi_ppm