Kumpulan
5
PENYERAPAN ASPEK
SOSIOBUDAYA
NAMA AHLI KUMPULAN:
1. Ai’syah Fateha binti Hatta
2. Asmaa’ binti Abu Bakar
3. Nur Hafizah binti Husin
4. Nurul Alia binti Alamudin
5. Raja Nornadia binti Raja Ahmas Shafiei
DEFINISI SOSIOBUDAYA
● Menurut Norfazila Rahman (2019), sosiobudaya adalah
amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri
masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial
kehidupan masyarakat berkenaan.
● Kepelbagaian sosiobudaya terdiri daripada bangsa, bahasa,
adat resam, jantina, kaum, struktur masyarakat, dan
kepercayaan.
● Contohnya kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh setiap
kaum di Malaysia. Kaum Melayu mempunyai perayaan Hari
Raya Aidilfitri namun kaum lain juga turut dapat menikmati
atau merayakan juga perayaan tersebut.
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
1 Bangsa 4 Adat resam
2 Bahasa 5 Jantina
3 Kepercayaan 6 Struktur masyarakat
Bangsa
➔ Menurut Jevi Nugraha (2020), bangsa merupakan
orang-orang yang memiliki kesamaan asal, bahasa, adat,
sejarah, dan berpemerintahan sendiri. Namun dari istilah
politik pula bangsa bermaksud suatu masyarakat dalam
suatu daerah yang sama dan mereka tunduk kepada
kedaulatan negaranya sebagai suatu kekuasaan tertinggi.
➔ Contoh, Orang Iban yang telah lama hidup bersama sejak
dahulu telah membentuk identiti Malaysia kini.
➔ Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti
hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi dan lain-lain
yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk
mencorakkan bilik darjah mesra budaya.
Bahasa
➔ Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia
bekerjasama melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran.
➔ Kaum Melayu bertutur menggunakan bahasa Melayu tetapi dialek
antara negeri-negeri yang terdapat di Malaysia adalah berbeza.
➔ Kaum India bertutur dalam bahasa Tamil yang berasal dari Tamil
Nadu, India.
➔ Kebanyakan bahasa kaum Cina dikenal pasti melalui kumpulan
penutur mereka. Misalnya, kaum Cina yang menetap di Pulau
Pinang serta Melaka bertutur dalam bahasa Hokkien, manakala
mereka yang tinggal di Seremban, Ipoh dan Kuala Lumpur
menggunakan bahasa Kontanis dan Hakka.
Kepercayaan
➔ Menurut Kamus Dewan edisi keempat (1181:2005) kepercayaan
adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara
turun-temurun.
➔ Masyarakat lama banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan
iaitu terdapat pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat
yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam
kehidupan seharian mereka.
Kepercayaan Kaum Melayu
➔ Antara kepercayaan dalam masyarakat Melayu adalah seperti
kepercayaan seperti kepercayaan terhadap Pawang dalam apa jua
jenis situasi seperti waktu-waktu kecemasan.
➔ Terdapat juga kepercayaan terhadap bomoh yang sering
menggunakan mentera atau jampi serapah.
➔ Masyarakat Melayu juga mengamalkan pantang larang menjahit
pada waktu malam. Jika melakukannya dikatakan mata mereka
akan menjadi buta. Tujuan sebenar untuk melarang mereka
adalah untuk menjaga mata supaya tidak menjadi rabun atau
rosak atau jarum tercucuk tangan.
Kepercayaan Kaum Cina
➔ Masyarakat Cina percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh
semangat yang kekuatannya luar biasa. Beberapa semangat
tersebut berada berada dan hidup dalam fenomena-fenomena
alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan,
gunung dan sebagainya, yang diklasifikasikan sebagai ‘Yin’ dan
‘Yang’.
➔ ‘Yin’ adalah satu prinsip seperti wanita, bulan, arah Utara, gelap
(malam) dan segala yang bersifat pasif, manakala ‘Yang’
merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah Selatan,
panasnya cahaya (siang) dan segala yang termasuk keaktifan.
Kepercayaan Kaum India
➔ Kepercayaan masyarakat India dikaitkan dengan dewa-dewi,
unsur alam, unsur jahat hantu, roh dan penunggu serta
kesan-kesan negatif. Sebagai contoh, bersiul pada waktu makan
akan mengundang ular masuk ke dalam rumah.
➔ Bagi yang makan di tempat gelap, mereka ditakutkan dengan
cerita bahawa makanan mereka akan dikongsi bersama oleh
hantu, roh atau penunggu.
Adat Resam
➔ Adat resam adalah sesuatu cara yang telah
ditentukan untuk dilakukan bersama serta diakui
masyarakat.
➔ Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang
berbeza.
➔ Adat resam yang diamalkan sehingga kini masih
relevan dan diterima oleh masyarakat umum dan
generasi muda kerana tidak berasa kekok dan boleh
diterima serta diamalkan dalam kehidupan seharian
mereka.
Adat Resam Kaum Melayu
➔ Meminang dan bertunang
Adat ini bertujuan untuk megenali pasangan dengan lebih
mendalam sebelum akad nikah.
➔ Bercukur Jambul
Adat yang diamalkan untuk mencukur jambul bayi baru
dilahirkan.
➔ Kematian
Waris atau saudara-mara si mati akan mengadakan kenduri
arwah untuk disedekahkan kepada arwah. Terdpat kenduri
arwah yang diadakan selama tiga malam berturut-turut,
tujuh malam berturut-turut atau pada malam ke-40.
Adat Resam Kaum Cina
➔ Mengandung
Samasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wantta mengandung.
➔ Kenduri Selepas Kelahiran
Mereka membuat sejenis kuih khas berbentuk merah dan
kuning yang berintikan kacang serta telur yang diwarnai
merah dan diberikan kepada saudara mara terdekat.
➔ Mencukur Rambut
Adat ini dilakukan sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran
orang baru ke dalam masyarakat mereka.
Adat Resam Kaum India
➔ Mengandung
Adat Valaikaapu ketika kandungan sulung wanita hamil
berusia 7 hingga 9 bulan iaitu wanita tersebut dipakaikan
‘Suulkaapu’ iaitu gelang tangan baru.
➔ Selepas Kelahiran
Membisikkan ‘Gayattri Mantiram’ iaitu doa ke telinga bayi.
Jantina
➔ Terdapat perbezaan yang ketara antara pelajar lelaki
dan perempuan.
➔ Guru perlu merancang pengalaman pembelajaran
yang bersesuaian dengan jantina.
➔ Pergaulan antara jantina lelaki dan perempuan
memberi peluang kepada murid-murid untuk
bergaul dengan lebih tertib, bertanggungjawab dan
menghormati perbezaan yang wujud dari segi
jantina.
Struktur masyarakat
➔ Masyarakat terdiri daripada segolongan orang yang
membentuk sistem separuh tertutup dan berkongsi
kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-undang
dan sebagainya.
➔ Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum
yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan
adat resam yang tersendiri.
➔ Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai kaum,
mereka berganding bahu di bawah sistem politik
yang sama tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan.
Struktur masyarakat
➔ Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
➔ Murid golongan bawahan dapat bergaul dan
berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa
mengira budaya dan masyarakat lain.
➔ Oleh hal yang demikian, murid perlu didedahkan
dengan struktur masyarakat pelbagai kaum supaya
meraka dapat mengelakkan rasa tinggi diri dan
seterusnya menerima rakan sebaya sebagai sebahagian
daripada komuniti dalam kehidupan mereka.
PENYERAPAN BUDAYA DALAM
PENDIDIKAN
Pendidikan Pelbagai Budaya (PBB)
● PPB berfungsi menerapkan prinsip dan nilai berkenaan ke
dalam diri dan pemikiran pelajar agar dapat dijadikan amalan
dalam hidup bermasyarakat.
● Konsep kendiri yang positif turut dibentuk dalam peribadi
pelajar bagi membolehkan mereka memahami sejarah,
budaya dan sumbangan pelbagai kumpulan etnik lain dalam
mempengaruhi politik dan budaya di negara ini.
PENYERAPAN BUDAYA DALAM
PENDIDIKAN
Peranan Pentadbir dan Guru di Sekolah
● Sekolah perlu mengetengahkan nilai-nilai sosial dan
budaya seperti keadilan, perpaduan, kerjasama, dan
semangat kekitaan di dalam persekitaran sekolah.
● Antaranya adalah melalui penganjuran aktiviti
kebahasaan seperti pertandingan debat, berbalas pantun,
mendeklamasi puisi dan melagukan syair, pertandingan
bercerita, malah peraduan menulis karangan bahasa
Melayu serta beberapa aktiviti kokurikulum lain
Rujukan
Samsudin Suhaili. (n.d). Kepelbagaian budaya dalam pengajaran bahasa Melayu. Dian
Bahasa. 39-55.
https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/docs/librariesprovider6/resources-files/
dian-bahasa/dian_bahasa_3.pdf
Darshini Dewi. (n.d). Keperluan kesedaran kepelbagaian sosio-budaya. Academia.
https://www.academia.edu/22161989/Kesedaran_kepelbagaian_sosio_budaya
Rosfazila Rahman. (2019). KESEPADUAN SOSIOBUDAYA DALAM KEPELBAGAIAN
MASYARAKAT MAJMUK. Jauhar, 3(1), 44-50.
http://journal.kuis.edu.my/jauhar/images/artikel/Jilid3bil1/07-_Dr_Rosfazila_Abd_Rahman
-_KUIS.pdf
Rujukan
Jevi Nugraha. (2020, Oktober 29). Mengenal Perbedaan Bangsa dan Negara, Ketahui
Unsur-unsur dan Fungsinya. Merdeka.com.
https://www.merdeka.com/jateng/mengenal-perbedaan-bangsa-dan-negara-ketahui-u
nsur-unsur-dan-fungsinya-kln.html