Ruj Kami : PIBG/SKAK/2023-2025(19) Tarikh : 25 April 2024 Kepada, Ibu Bapa/ Penjaga, Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, 75450 Melaka Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK AYER KEROH KALI KE-26 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Ayer Keroh kali ke-26 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh & Hari : 11 Mei 2024 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran) Tempat : Kantin, SK Ayer Keroh 3. Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa PIBG SK Ayer Keroh mengalu-alukan sebarang usul daripada pihak tuan/puan untuk perancangan aktiviti PIBG sekolah pada masa akan datang. Usul mestilah diisi di dalam google form yang telah disediakan dan dihantar selewat-lewatnya pada 5 Mei 2024. 4. Maklum balas kehadiran daripada pihak tuan/puan amat kami harapkan untuk menjayakan mesyuarat berkenaan. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” “BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT” Saya yang menjalankan amanah, …………………………………………. (SHAIFULFAZLEE BIN MOHAMAD) YDP PIBG SK Ayer Keroh s.k 1. fail PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KEROH, LEBUH AYER KEROH, 75450 AYER KEROH, MELAKA Tel : 06-2331146 Fax : 06-2326148
AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 24 SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KEROH, MELAKA ___________________________________________________________________________ 8.30 pagi Pendaftaran 8.50 pagi Ketibaan tetamu jemputan 9.00 pagi Nyanyian lagu Negaraku & Melaka Maju Jaya Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Encik Mohammad Rashidi bin Ahmad Ucapan aluan Pengacara Majlis Bacaan doa oleh Ustaz Mahadhir bin Kasim Ucapan aluan oleh Puan Lizah binti Buang (Guru Besar SK Ayer Keroh) Slot khas bersama Clever Plus Academy (Encik Ariff Iskandar Ibrahim) Persembahan nyanyian oleh Qaseh Auwni binti Mohamad Yusri Ucapan Perasmian oleh Encik Shaifulfazlee bin Mohamad (Yang Dipertua PIBG SK Ayer Keroh) Persembahan nyanyian oleh Mia Adelisa binti Azman Penyampaian cenderahati Jamuan VIP 9.45 pagi MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 BERMULA • Ucapan YDP PIBG SKAK, Encik Shaifulfazlee bin Mohamad • Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 • Perkara berbangkit • Membentang dan menerima Laporan Tahunan • Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan • Membahaskan usul - usul • Hal - hal lain • Ucapan penangguhan 12.00 tengah hari Cabutan bertuah Jamuan makan Bersurai
7
8
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 25 SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KEROH, MELAKA ____________________________________________________________________________ Tarikh : 13 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Ibnu Khaldun, SK Ayer Keroh Kehadiran : Guru - 62 orang Ibu bapa - 49 orang 1.0 PERUTUSAN 1.1 PERUTUSAN PENASIHAT (PUAN LIZAH BINTI BUANG - GURU BESAR SKAK) • Puan Lizah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru serta semua ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung Kali ke25 yang diadakan. • Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Encik Mat Noor selaku Yang Dipertua PIBG dan ahli jawatankuasa yang sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. • Majlis ini amat penting bagi merapatkan hubungan kemesraan antara warga sekolah dengan komuniti luar serta ibu bapa. • Hubungan yang kukuh antara warga sekolah dengan ibu bapa mampu melonjakkan prestasi anak-anak serta melahirkan individu-individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. • Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa mengambil berat terhadap pembelajaran anak-anak. Ini menunjukkan ibu bapa amat prihatin terhadap anak. • Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa yang sentiasa bekerjasama dalam apa jua bidang. Kejayaan anak-anak bukan sahaja bergantung kepada guru sahaja tetapi bergantung dengan ibu bapa juga. Ibu bapa dan guru-guru perlu berganding bahu dalam melaksanakan tugas demi kecemerlangan anak-anak. • Beliau juga menjelaskan bahawa kehadiran murid amat penting supaya murid dapat menimba ilmu di sekolah. Penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira amat penting supaya murid dapat menguasai pembelajaran. • Fenomena cuaca panas juga dipandang serius oleh pihak sekolah. Guru-guru sentiasa mengingatkan murid-murid untuk minum air bagi mencegah strok haba dan membawa bekalan air yang mencukupi. Ibu bapa juga perlu peka dan membekalkan air yang secukupnya kepada anak-anak. 9
• Beliau menyatakan bahawa UPSR telah dimansuhkan tetapi PBS masih dilaksanakan. Kini, akademik, kokurikulum dan sahsiah murid diutamakan selaras dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. • Beliau meminta ibu bapa sentiasa menyokong pihak sekolah untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu, beliau menyeru pihak ibu bapa bersama warga SKAK dalam melahirkan cendekiawan dan pemimpin yang tersohor yang boleh dibanggakan pada suatu hari nanti. TINDAKAN: MAKLUMAN 1.2 PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG (ENCIK MAT NOOR BIN HJ. MD ZIN) • En Mat Noor selaku YDP PIBG memberikan kata alu-aluan dan mengucapkan terima kasih kepada guru besar, ahli-ahli jawatankuasa PIBG sekolah, guru-guru dan ibu bapa yang hadir pada mesyuarat PIBG kali ke-25 ini. • Beliau memohon kemaafan jika terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang beliau berkhidmat sebagai YDP PIBG. Beliau menghargai dan menyanjungi ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG ke-25 untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa. • Beliau menyatakan terdapat pemilihan ahli jawatankuasa yang baharu pada hari ini. Beliau juga menyatakan bahawa pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sentiasa memberikan kebaikan kepada anak-anak dalam apa jua bidang. • Beliau menyatakan hasrat PIBG yang masih belum dilaksanakan iaitu pembinaan bangunan dewan terbuka berbumbung, tapak perhimpunan bersimen dan pembinaan stor sukan. Bangunan dewan terbuka boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti iaitu perhimpunan, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola jaring, bola tampar dan lain-lain kegunaan. Tapak perhimpunan bersimen pula boleh digunakan untuk perhimpunan dan pelbagai aktiviti lain. Pembinaan stor sukan juga penting kerana stor sukan sekolah kini berada dalam keadaan yang uzur. • Beliau menyatakan harapan beliau agar ibu bapa terus menyokong dan memberi sumbangan demi kelangsungan pendidikan anak-anak murid SK Ayer Keroh. TINDAKAN: MAKLUMAN 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-24 2.1 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-24 2.1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Azmirudin bin Azemi 2.1.2 Puan Munawwarah binti Mohd Zin membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-24 Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh 10
2.1.3 Encik Syed Jaafar bin Syed Hussein mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-24 disahkan. 2.1.4 Cadangan telah disokong oleh Encik Shaifulfazlee bin Mohamad TINDAKAN: MAKLUMAN 3.0 PERKARA BERBANGKIT Tiada TINDAKAN: MAKLUMAN 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN DAN AKTIVITI PIBG 4.1 Pembentangan laporan dan aktiviti PIBG oleh Puan Munawwarah binti Mohd Zin 4.2 Laporan bergambar boleh dirujuk di pautan QR Code muka hadapan Buku Mesyuarat Agung PIBG yang telah diedarkan TINDAKAN: MAKLUMAN 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN 5.1 Pembentangan laporan kewangan oleh Encik Azmirudin bin Azemi. 5.2 Pembentangan kewangan telah disahkan oleh Encik Azlan Shah bin Mohd Basri dan disokong oleh Encik Khairul Afnan bin Zakaria 5.3 Beliau menyatakan pihak PIBG telah menerima sumbangan peribadi dari mantan GPK Pentadbiran (Puan Bahariah) berjumlah RM 8000 secara keseluruhannya termasuklah penghawa dingin. Beliau turut memaklumkan pihak PIBG telah menerima sumbangan peribadi dari mantan Guru Besar (Puan Rusnah) penghawa dingin berjumlah RM 2000. TINDAKAN: MAKLUMAN 6.0 PERBAHASAN USUL TINDAKAN: MAKLUMAN BIL NAMA USUL TINDAKAN/PENYELESAIAN 1. En. Mohd Khairi bin Mohd Zim Mohon untuk sediakan sabun basuh tangan di tandas sekolah PK HEM: -sabun pernah disediakan dalam tandas setiap blok, namun murid bermain dengan menuang sabun di dalam tandas menyebabkan isu keselamatan murid (lantai licin) dan pembaziran berlaku. -mohon ibu bapa memahami mengapa sabun tidak diletakkan di dalam tandas murid berdasarkan situasi sebenar yang berlaku di sekolah. 11
7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 USUL TAMBAHAN / CADANGAN 7.1.1 Encik Mohd Khairi bin Mohd Zim: Cadangan agar getah paip yang sudah uzur di dalam tandas murid diganti. GPK HEM: Memaklumkan bahawa getah paip dalam tandas murid merupakan salah satu isu kritikal di sekolah begitu juga dengan tandas tersumbat. Cadangan Encik Khairi berkaitan getah paip kotor diganti diambil maklum dan akan dipanjangkan kepada syarikat pembersihan untuk membuat gantian. 7.1.2 Encik Shahrul Hafiz bin Abdul Rahim: Permohonan agar tiada perhimpunan pagi dan murid hanya berhimpun di kelas memandangkan cuaca panas ketika ini. SU PIBG: Memaklumkan arahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar tiada perhimpunan dan aktiviti luar kelas termasuk aktiviti PJK di padang dijalankan. Arahan ini berkuatkuasa sehingga pekeliling terbaru mengenai aktiviti luar kelas dimaklumkan semula oleh KPM. 7.1.3 Puan Rahimah binti Mohd Salleh: Permohonan agar pantauan terhadap kantin dijalankan memandangkan muridmurid Tahap 1 mengambil masa yang lama untuk membeli air memandangkan air dihidangkan lewat serta kualiti makanan (nasi agak keras) yang dibeli oleh murid. GPK HEM: Mengambil maklum akan permohonan ini dan akan berjumpa dengan Pak Muhtar selaku pengusaha kantin untuk mengutarakan isu yang disebutkan. Borang pemantauan standard dari KPM juga akan digunakan untuk pemantauan kualiti dan servis kantin dari semasa ke semasa. PK HEM turut mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang cakna dengan isu kantin untuk membolehkan penambahbaikan dilakukan. 7.1.4 Encik Khairul Afwa bin Zakaria: (i) Mencadangkan agar lebih banyak kempen kebersihan dalam kalangan murid-murid terutama berkaitan penggunaan tandas. (ii) Memaklumkan ada kutipan sumbangan yang terlepas pandang dan mencadangkan agar maklumat dapat diwar-warkan dengan lebih jelas kepada ibu bapa. 12
GPK Pentadbiran: (i) Memaklumkan sekolah ada menjalankan Minggu 3K, program kitar semula, Minggu STEM dan program-program panitia namun atas cadangan tersebut, pihak sekolah ambil maklum dan akan mempergiatkan kempen kebersihan. (ii) Memaklumkan kutipan sumbangan daripada PK Kokurikulum telah dimaklumkan kepada ibu bapa melalui aplikasi Whatsapp kelas jadi mungkin berlaku keciciran maklumat. GPK Pentadbiran memohon ibu bapa terus cakna akan apa saja maklumat yang disampaikan dalam kelas anak masingmasing. 7.1.5 Encik Shahrul Hafiz bin Abdul Rahim: Mengutarakan isu perlu menukar duit kecil dalam kadar yang tinggi saban hari untuk memberi belanja kepada tiga orang anaknya. Beliau bertanyakan adakah transaksi tanpa tunai antara ibu bapa dan pengusaha kantin difikirkan wajar oleh pihak sekolah dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah ini. Bendahari PIBG: Memaklumkan beliau pernah melihat salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur menggunakan kaedah “prepaid” yang mana pakej makanan yang disediakan oleh pihak kantin dipilih dan dibayar lebih awal oleh ibu bapa. Jadi, pada waktu rehat murid turun rehat dan terus ambil pakej yang sudah dibayar. Namun, kekangan kepada pihak kantin pula untuk menyediakan modal yang besar dan komitmen untuk menyemak nama murid yang membeli pakej. Isu ini akan diutarakan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG dan diharapkan wujud solusi yang memudahkan kedua-dua pihak. GPK Pentadbiran: Pihak ibu bapa yang mempunyai kemahiran atau kepakaran untuk menguruskan agar penambahbaikan dapat dibuat berdasarkan isu ini dimohon untuk tampil berjumpa dengan pihak sekolah. 7.1.6 Encik Mohd Rashidi bin Ahmad: Mencadangkan isu menukar duit kecil dalam kalangan ibu bapa yang diutarakan sebentar tadi oleh Encik Shahrul diselesaikan dengan menggunakan kaedah tradisional sahaja (memandangkan bukan semua ibu bapa dapat menjalankan kaedah transaksi tanpa tunai), iaitu pihak kantin sendiri menganjurkan acara tukar duit kecil dengan ibu bapa mengikut kala seminggu atau dua minggu sekali kerana pihak ibu bapa amat memerlukan duit kecil untuk beri belanja kepada anak-anak. Jika tidak diberi duit kecil, anak-anak pula terutama Tahun 1 masih kurang pasti tentang nilai berbeza RM1, RM5 dan RM10. Diharap pihak sekolah dapat mencari solusi isu ini. 13
YDP PIBG: Pihak PIBG dan sekolah mengambil maklum akan situasi ini dan akan diusahakan dan dibincangkan dalam peringkat yang seterusnya. 7.1.7 Encik Azlan Shah bin Mohd Basri: Mengutarakan berkaitan Pendidikan Stem. Beliau mencadangkan agar pihak sekolah dapat menjalankan pertandingan mencipta terutama daripada bahan terbuang untuk menarik minat murid terhadap inovasi yang boleh diwujudkan melalui pendidikan STEM ini selain mengasah kemahiran berfikir murid. Guru Besar: Memaklumkan sejak beliau masuk ke sekolah ini iaitu sejak 2022, pendidikan STEM dijalankan dengan begitu aktif melalui aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Murid-murid juga mengikuti aktiviti Minggu STEM yang dijalankan bagi semua kelas dan peringkat dan akan dilanjutkan dengan lebih baik lagi bagi sesi 2023/2024. GPK HEM: Aktiviti STEM memang ada berlangsung di sekolah, mungkin pihak sekolah terlepas pandang untuk mengewar-warkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dimohon untuk mengikuti perkembangan aktiviti terkini anak-anak melalui Facebook rasmi SK Ayer Keroh. Penyelaras STEM telah menjalankan pelbagai pertandingan berkaitan STEM daripada bahan yang terpakai. Sudut pameran STEM sekolah turut diwujudkan di Makmal Komputer dan ibu bapa boleh lihat sendiri hasil Pendidikan STEM dalam kalangan murid-murid hasil pertandingan dan juga hasil kolaborasi pihak sekolah, maktab perguruan dan pihak UTEM yang dipamerkan. 7.1.8 Puan Salawati Rahayu binti Ahmad Zaki: Bertanyakan perihal kelas DLP anaknya yang berkongsi dengan murid Non DLP kerana mengikut pengalaman anaknya bersekolah di Damansara, kesemua kelas DLP adalah untuk murid DLP sahaja. Isu perkongsian ini menyebabkan anak beliau sering keluar masuk kelas. Selain itu, pergerakan ini kadang-kadang diganggu oleh monyet dan menyebabkan anak beliau berasa takut. GPK Pentadbiran: Memaklumkan bagi kelas 3 Energetik murid DLP dan Non DLP terpaksa digabungkan kerana bilangan murid dalam kelas tersebut yang ingin mengambil DLP tidak mencukupi untuk satu kelas penuh. Jika ingin diasingkan, sekolah kekurangan bilik darjah untuk menampung bilangan murid bagi aliran perdana. Diharapkan para ibu bapa akur dan memahami apa yang dihadapi oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga dimohon untuk bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani isu monyet yang sering mengganggu dalam kawasan sekolah. Sekolah sudah mengambil tindakan namun monyet masih banyak dan perlu dibendung dari semasa ke semasa. TINDAKAN: MAKLUMAN 14
8.0 PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/2025 8.1 YDP PIBG membubarkan AJK PIBG sesi 2022/2023. 8.2 YDP melantik En. Rizal bin Elas menjadi Pengerusi Sementara bagi pelantikan AJK PIBG baru. 8.3 En Rizal mengharap mesyuarat berjalan dengan lancar dan membawa kebaikan kepada semua iaitu anak-anak murid, sekolah dan ibu bapa demi kemajuan pelajaran dan pembangunan sekolah. 8.4 Ibu bapa diminta merujuk muka surat 27 dalam buku program untuk melihat jawatanjawatan yang akan dilantik bagi menggantikan AJK lama. 8.5 En Rizal memaklumkan AJK yang akan dilantik akan berkuatkuasa selama 2 tahun dan memerlukan sokongan ahli mesyuarat. Dicadang: En Shaifulfazlee bin Mohamad Disokong: En Adlan bin Ali 8.6 Walaubagaimanapun, En. Adlan bin Ali meminta supaya mesyuarat merujuk kepada perlembagaan terlebih dahulu. Jika perlembagaan tidak mengizinkan, pelembagaan perlu dipinda. 8.7 Setiausaha PIBG memaklumkan bahawa di dalam perlembagaan tercatat tempoh memegang jawatan adalah pada pelantikan hari ini sehingga mesyuarat agung akan datang atau pada Tarikh yang dipersetujui oleh pendaftar. 8.8 Setiausaha PIBG juga telah berhubung dengan pegawai PPD dan memaklumkan bahawa kita boleh bergantung kepada penasihat dan ahli mesyuarat. Jadi persetujuan sebulat suara diperlukan pada hari ini untuk menentukan tempoh memegang jawatan. 8.9 Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong tempoh AJK yang akan dilantik adalah selama 2 tahun. 8.10 En. Shahrul Hafiz mencadangkan bilangan undi yang paling banyak akan dilantik sebagai YDP PIBG dan kedua terbanyak dilantik sebagai NYDP PIBG dan cadangan dipersetujui lebih 2/3 ahli mesyuarat. 15
8.11 Senarai AJK PIBG bagi sesi 2023/2025 adalah seperti berikut: TINDAKAN: MAKLUMAN 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Pn. Lizah binti Buang (Guru Besar) 9.1.1 Ucapan syabas dan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru.Beliau berharap agar AJK baru dapat bekerjasama dan meneruskan perjuangan AJK yang dahulu dan berharap dapat lakukan yang lebih baik. 9.2 En. Shaifulfazlee bin Mohamad (YDP PIBG) 9.2.1 Ucapan terima kasih atas pelantikan beliau. AJK baru akan cuba yang terbaik.Beliau memaklumkan sudah ada platform yang boleh digunakan untuk berkomunikasi .Hal-hal lain akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK yang pertama. Penasihat Puan Lizah binti Buang YDP Encik Shaifulfazlee bin Mohamad NYDP Mejar Fandi Erwan bin Abdullah Setiausaha Puan Munawwarah binti Mohd Zin Pen. Setiausaha Puan Nur Amalina binti Mohd Isa Bendahari Puan Virdiniyanti binti Abd Hadi Pen. Bendahari Cik Nur Syakirah binti Abdul Halim AJK Ibubapa Encik Abdul Mutalib bin Kharis Encik Mohammad Rashidi bin Ahmad Puan Aisyah Lin Encik Azlan Shah Mohd Basri Encik Mohd Hafizam bin Mohd Yasin AJK Guru Cik Nur Ain binti Zailani Puan Asmah binti Mohd Zain Encik Muhammad Furqan bin Suhaimi Puan Kavita Shalini A/P K.Veeramani Encik Shafiq bin Md Shukor Pemeriksa Kira-Kira (Ibubapa) Encik Mustarul Husaini bin Yahya Pemeriksa Kira-Kira (Guru) Puan Arniza binti Abdullah 16
9.3 Mesyuarat ditangguhkan jam 12.15 tengah hari. TINDAKAN: MAKLUMAN DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH : ……………………………………………. …………………………………………… MUNAWWARAH BINTI MOHD ZIN SHAIFULFAZLEE BIN MOHAMAD SETIAUSAHA YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023/2025 PIBG SESI 2023/2025 SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KEROH SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KEROH 17
18 LAPORAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2023/2024 LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2023/2024 BIL AKTIVITI TARIKH 1 Projek Baik Pulih Stor Sukan Oleh Pasukan Skuadron Ke-9 Rejimen Askar Jurutera Diraja 19 September 2023 - 12 Oktober 2023 2 Program Gotong-Royong KPM SK Ayer Keroh 23 & 30 Januari 2024 BIL AKTIVITI TARIKH 1 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 5 Julai 2023 2 Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 31 Julai 2023 3 Program Gotong - Royong Madani 9 September 2023 4 Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah 28 Oktober 2023 5 Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 24 & 25 November 2023 6 Sambutan Hari Kanak - Kanak Peringkat Sekolah 13 Disember 2023 7 Majlis Apresiasi Murid Tahun 6 & Prasekolah 30 Januari 2024 8 Program Jom Ke Sekolah Dan Guru Penyayang 1 April 2024 9 Latihan Merentas Desa Peringkat Sekolah 23 April 2024 10 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 30 April 2024
19
20
BIL NAMA USUL 1 Abu Sufian bin Othman Isu lalu lintas di saat waktu kemuncak hantar dan ambil anak balik sekolah 2 Zetty Akhtar binti Senawi Adakan kelas mengaji Al-Quran untuk pelajar lebih kurang 3 hari seminggu 3 Noor Shafiqah binti Najar Tandas dibaik pulih 4 Lilis Hairani Maulad Bunsu Penggunaan iPad di sekolah untuk mengurangkan bebanan membawa buku - buku teks 5 Faridah Mamat 1. Kalau boleh mesyuarat diadakan pada hari Sabtu petang kerana sektor swasta masih kerja pada sebelah pagi. Cuti pun x byk. 2. Kalau boleh ‘upgrade’ untuk wujudkan sekolah agama petang di SKAK 6 Rahayu Zaki Sediakan mesin air di beberapa lokasi yang sesuai bagi memudah dan menggalakkan anak2 untuk minum air secukupnya 7 Damuri Md Dollah 1. Status trafik keluar/masuk ke sekolah 2. Keadaan perkakasan sekolah 3. Kemudahan tandas sekolah 4. Isu keselamatan sekolah 5. Waktu persekolahan 6. Keberkesanan Group Whatsapp 8 Melati Memastikan keseimbangan antara akademik dan aktiviti luar sekolah 9 Shaun Koh 1) Diminta agar tempat perhimpunan dapat disimen agar murid-murid tidak lagi duduk atas jalan tar lagi lagi bila jalan tar tu basah dan juga banyak pasir dan batu. Sekurang kurangnya murid dapat duduk dengan selesa sedikit semasa perhimpunan. Tempat tersebut boleh juga digunakan utk aktiviti pj ataupun jadikan sebagai gelanggang bola tampar dan bola jaring. Ini jugak dapat meningkatkan prestasi sukan anak murid skak di masa depan. 2) Masalah trafik semasa sekolah bersurai masih belum dapat ditangani lagi. Diminta pihak skak boleh buat garisan diatas jalan supaya kereta ibu bapa murid tidak park melebihi barisan. Patut ada 1 laluan masuk & 1 laluan keluar. Bagi tahun ini ternampak banyak kereta park melebihi garisan dan cuma tinggal 1 jalan untuk keluar/masuk. Ini menyebabkan tempat tersebut akan lagi sesak. Pengawal sebelum ini banyak membantu tetapi tidak lagi jaga di SKAK. 10 Siti Fadzlina binti Bakri Membuat tempahan pre-order utk makanan tengah hari pada hari Selasa Ko-kurikulum. Bayaran dibuat secara atas talian (jika khuatir pelajar tidak datang mengambil bayaran dan tidak membayar makanan) Tempahan boleh dibuat menggunakan google form - pilihan menu dan upload resit bayaran. Pihak kantin juga boleh mengambil bayaran secara bulanan. 21
BIL. PERKARA PENCAPAIAN PERINGKAT KELAB REKACIPTA & ROBOTIK 1. IIEC ANUGERAH EMAS NEGERI 2. KKD JUNIOR ANIMATION CHALLENGE TEMPAT KEDUA NEGERI PENYERTAAN KEBANGSAAN 3. VIRTUAL INNOVATION COMPETITION ANUGERAH PERAK NEGERI 4. KARNIVAL HAVOC STEM JPN TEMPAT KEEMPAT NEGERI 5. ROBOTIK NRC-SASBADI TEMPAT KETIGA KEBANGSAAN 6. ROBOTIK MELESTARIKAN SUNGAI MELAKA JOHAN INOVASI ROBOT NEGERI NAIB JOHAN INOVASI NEGERI PERSATUAN AGAMA ISLAM 1. PERTANDINGAN AKTIVITI MENJAWAB KUIZ FARDHU AIN - KELAB 2. PERTANDINGAN HAFAZ QUNUT NAZILAH ANTARA KUMPULAN - KELAB KELAB DOKTOR MUDA 1. PERTANDINGAN SENAMROBIK ANJURAN WELNESS MONTH 2. PERTANDINGAN ACTION SONGS ANJURAN WELLNESS MONTH 3. HIMPUNAN VIRTUAL HEPILI SEMPENA MINGGU SIHAT 4 KEM INSTRUKTUR KECERGASAN KELAB DOKTOR MUDA DAERAH KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 1. PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PENYERTAAN NEGERI 2. PERTANDINGAN TARIAN TEMPAT KEEMPAT NEGERI 3. PERTANDINGAN TARIAN SEMPENA 19TH ASIAN SENIOR KARATE 2ND ASIAN PARA – KARATE CHAMPIONSHIP PENYERTAAN 4. PERSEMBAHAN TARIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2023 PENYERTAAN NEGERI 5. PERSEMBAHAN TEATER JOHAN NEGERI 6. PERSEMBAHAN TEATER SEMPENA KARNIVAL GALA KESENIAN NAIB JOHAN KEBANGSAAN 7. PERTANDINGAN KOIR PENYERTAAN NEGERI 8. PERTANDINGAN LAGU UKULELE MALAYSIA 2023 TOP 15 NEGERI 22 PENCAPAIAN MURID DALAM KELAB DAN PERSATUAN
PERSATUAN BAHASA INGGERIS 1. POETRY RECITATION SEKOLAH RENDAH PENYERTAAN NEGERI 2. STORY TELLING SEKOLAH RENDAH PENYERTAAN NEGERI 3. PERTANDINGAN SCRABBLE SEKOLAH RENDAH PENYERTAAN NEGERI 4. PENILAIAN ANUGERAH TOKOH NILAM (BI) PENYERTAAN DAERAH 5. PENCALONAN PESERTA PERTANDINGAN BICARA BUKU (BI) DAERAH 6. PERTANDINGAN DARE TO SPELL SEKOLAH RENDAH NEGERI 7. PERTANDINGAN CORAL SPEAKING SEKOLAH RENDAH NEGERI 8. PERTANDINGAN HIPPO ENGLISH OLYMPIAD ANTARABANGSA 9. MINGGU BAHASA INGGERIS SEKOLAH KELAB PENCINTA ALAM 1. PERTANDINGAN PERANCANGAN BANDAR MASA DEPAN 2. ECO CAMP 2023 3. PERTANDINGAN MY RAIN FOREST CARD GAME 2023 4. BENGKEL KOD EKO (6) PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK 1. KARNIVAL STEM CIJ 1 (FLIPACLIP & SCRATCH) 2. HAVOC STEM PPD MT – BICARA STEM 3. KARNIVAL STEM (RUBIC CUBE , STRAW TOWER& TOOTHPICK CHALLENGE) 4. BENGKEL OLYMPIAD 5. KARNIVAL STEM MELAKA - DECATHLON CHALLENGE - KUIZ KEMAHIRAN DIGITAL - JUNIOR ANIMATION 6. FIESTA STEM SK BATU BERENDAM 7. NATIONAL ROBOTIC NRS 8. ROBOT MENJAGA KELESTARIAN SUNGAI 9. BENGKEL SAPONIFIKASI SABUN BERSAMA UTEM & IPG MELAKA 23
6. PERTANDINGAN MEMBINA DAN MENCIPTA PANTUN PENYERTAAN SEKOLAH 7. PERMAINAN KUIZ BAHASA PENYERTAAN SEKOLAH 8. PERMAINAN TRADISIONAL PENYERTAAN SEKOLAH 9. PROGRAM GOTONG-ROYONG KECERIAAN PENYERTAAN SEKOLAH BIL. PERKARA PENCAPAIAN PERINGKAT PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1. PROGRAM TADARRUS AL-QURAN PENYERTAAN NEGERI 2. MY SIHAT CARE E-CHALLENGE PENYERTAAN KEBANGSAAN 3. PERTANDINGAN HARI PUTERI VIRTUAL PENYERTAAN NEGERI 4. KARNIVAL PBB SEKOLAH RENDAH DALAM TALIAN PENYERTAAN NEGERI 5. PERTANDINGAN KAWAD KAKI PBB PENYERTAAN NEGERI 6. KEM CABARAN LASAK MERIAH KOKU PENYERTAAN NEGERI TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 1. PERTANDINGAN KAWAD KAKI NEGERI 2. PERTANDINGAN MY SIHAT CARE E CHALLENGE KEBANGSAAN 3. KARNIVAL TKRS (BANTU MULA DAN HAFAZAN) NEGERI 4. KURSUS KENAIKAN PANGKAT KEBANGSAAN PENCAPAIAN MURID DALAM UNIT BERUNIFORM PERSATUAN BAHASA MELAYU 1. AKTIVITI PENULISAN BIODATA SECARA INDIVIDU PENYERTAAN SEKOLAH 2. PERTANDINGAN INDIVIDU MEMBENTUK PERKATAAN DRIPADA AKRONIM PENYERTAAN KELAB 3. PERTANDINGAN NYANYIAN SECARA INDIVIDU & KUMPULAN PENYERTAAN SEKOLAH 4. AKTIVITI PERSEMBAHAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK PENYERTAAN SEKOLAH 5. AKTIVITI MELAFAZKAN PANTUN SAMBIL BERNYANYI PENYERTAAN SEKOLAH 24
2. PROGRAM PLASTIK BUSTER PPT NEGERI 3. PERTANDINGAN E-SIHAT CARE - DOODLE ART - KUIZ ONLINE NEGERI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1. KARNIVAL PBB SEKOLAH RENDAH - GAJET (LELAKI) - GAJET (PEREMPUAN) - IKATAN DAN SIMPULAN JOHAN TEMPAT KEEMPAT TEMPAT KEEMPAT KEBANGSAAN KEBANGSAN KEBANGSAN BIL. PERKARA PENCAPAIAN PERINGKAT DODGEBALL 1. KEJOHANAN DODGEBALL PERINGKAT NEGERI MELAKA TEMPAT KE-4 (PUSINGAN KUMPULAN) NEGERI TEMPAT KELIMA (PUSINGAN KALAH MATI) NEGERI PETANGUE 1. KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN & PERMAINAN (PETANGUE) PENGLIBATAN SEKOLAH KLINIK ASAS DAN PERTANDINGAN BOULES PETANGUE TERTUTUP (PROGRAM MERIAH KOKU SMK KEM TERENDAK) PENGLIBATAN NEGERI PANDU PUTERI TUNAS 1. KARNIVAL KOKURIKULUM 2023 - IKATAN (TAHUN 6) - IKATAN DAN GAJET (TAHUN 4 & 5) - BANTU MULA NEGERI PENCAPAIAN MURID DALAM SUKAN/PERMAINAN 25
BOLA SEPAK 1. KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12, MSS NEGERI MELAKA LAYAK KE PUSINGAN KE-2 NEGERI 2.. PERLAWANAN PERSAHABATAN DI SK BACHANG 3 MENANG 1 KALAH - PERLAWANAN PERSAHABATAN DI SK BATU BERENDAM 3 MENANG 3 KALAH - PERLAWANAN PERSAHABATAN DI SK DUYONG 7 MENANG 1 KALAH - KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM 2023 B12 (PEREMPUAN) JOHAN KUMPULAN (TERBAIK 16 PASUKAN) NEGERI KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM 20223 B12 (LELAKI) NAIB JOHAN KUMPULAN NEGERI MERENTAS DESA 1 KEJOHANAN MERENTAS DESA, PERINGKAT DAERAH (TEMPAT KE - 12 & TEMPAT KE - 30) LAYAK KE PERINGKAT NEGERI DAERAH CATUR 1 KEJOHANAN CATUR MSSD, PERINGKAT DAERAH (TEMPAT KE - 6 & KE - 8) LAYAK KE PERINGKAT NEGERI DAERAH 26
KEHADIRAN GURU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 25 BIL NAMA 1 HIDAYATI BINTI SALLEH 2 NOORAZLINA BINTI HUSSIN 3 NURUL HAZWAN 4 NURIN ILYANA BINTI HISHAMUDDIN 5 NUR SYAKIRAH BINTI ABDUL HALIM 6 SITI NOR FATIN IZIANTI BINTI NASIB 7 NUR WAHIDAH BINTI HUSAIN 8 NUR AIN BINTI ZAILANI 9 NORNALIZA BINTI OMAR 10 SYAFIQAH LIYANA BINTI SAHARUDIN 11 HANIM BINTI RUS 12 ROSNA BINTI RAMLI 13 SYAZREEN AKHQMA BT OTHMAN 14 ZALINDA BINTI SAKARI 15 ROSLINA BINTI ZAKARIA 16 NAZARUDDIN B AHMAD 17 YAP YOON CHIE 18 HAIRUNNISA BT KHASIM 19 NORMALA BT ISA 20 MUFIDAH DHAMIRAH MIHAT 21 SUBHATRA VENOO 22 SURAYA BINTI CHIK 23 NURHAFIZZAH BINTI ABD RAHMAN 24 ASMAH BINTI MOHD ZAIN 25 AZMIRUDIN BIN AZEMI 26 MAHADHIR BIN KASIM 27 VASUGI A/P SHAMUGAM 28 PAVITRA A/P CHANDRAN 29 VIRDINIYANTI BINTI ABD HADI 30 ALYZA AHMAD 31 MARINAH BINTI OTHMAN 32 REZA BINTI MD YUSOF 33 NUR AMALINA BINTI MOHD ISA 34 MUHAMMAD FURQAN BIN SUHAIMI 35 NOR NAZARIAH BINTI ABU AMIR 28
BIL NAMA 36 NURUL ATIRAH BINTI SAAD 37 LIZAH BINTI BUANG 38 RIZAL ELAS 39 MUNAWWARAH BINTI MOHD ZIN 40 ABDUL SAMAD BIN ABD TALIB 41 RAHSINA BINTI AB RAHMAN 42 NORBAIZURA MOHAMAD DIN 43 NORHIDAYU YUSOP 44 ADLINA BINTI AWANG 45 MAZNAH BINTI ZAKARIA 46 SUZLIENA ARNI ABD RASHID 47 MOHD NAZRI BIN NORDIN 48 MAZNAH BINTI ZAKARIA 49 NORZIE BINTI MD SHAH 50 SALBIAH BT MOHD NOOR 51 NORHAZNEEZA BINTI MOHAMAD HASHIM 52 RUZIYANTI BINTI OSMAN 53 W NORMALA WAN ISMAIL 54 MUHAMMAD AZFAR ROSLEY 55 MARZILA BINTI MUSA 56 NAPISAH BINTI DAUD 57 KAVITA SHALINI A/P K.VEERAMANI 58 MEGAT FAIZUL ADHA BIN MEGAT AHMAD MOKHTAR 59 SHAFIQ MD SHUKOR 60 RAFIDAH BINTI GIMIN 61 HASMAWATI BINTI WARDI 62 AZMAR IZZAIDAH BINTI AZHAR 29
KEHADIRAN IBU BAPA/ PENJAGA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 25 BIL NAMA 1 MAT NOOR BIN HJ MD ZIN 2 SYARIFAH KHATIJAH BINTI SH ABILUDDIN 3 AZLAN SHAH MOHD BASRI 4 NOR HASLIDA MOHAMED 5 FAUZIAH BINTI ABDULLAH 6 MOHD KHAIRUL NIZAR BIN RAZALI 7 RAHIMAH BT MD SALLEH 8 IELINA BINTI JOHARI 9 AZHAR BIN HAMIDON 10 ABDUL MUTALIB B8N KHARIS 11 HASLINDA BINTI HASAN 12 KHAIRUL AFNAN BIN ZAKERIA 13 MOHD NORHALIM BIN ZAINUDIN 14 SITI SAHANA BT IBRAHIM 15 YANG MADZLAN BIN MANAN 16 NUR HAMIMAH BINTI MD YUNOS 17 SHERIL NADIA NASRUDIN 18 NURUL ADLIN BINTI AB KADER 19 ROSIDAH BINTI ISMAIL 20 MOHD HAZRIMAN BIN ZAHARUDDIN 21 ATIQULLAH BIN MOHAMED DAUD 22 NORHAYATI BT RAMLEE 23 MOHD KHAIRI B MOHD ZIM 24 ZAMANI BIN JAAFAR 25 MOHD NAZIR ASHRAF B ALI 26 NOOR SURAYA BT OTHMAN 27 NORAZWANI BINTI JAAFAR 28 MUHAMAD SHAHRIZAL BIN NASRRUDIN 29 MOHD HAFIZAM B. MOHD YASIN 30 AISYAH LIN 31 NORAINI BT YUSOF 32 MUHAMAD NUDIM BIN ABU SEMAN 33 HISWADI BIN ANUAR 34 ASNURLIZAWATI BT ABD.RAHMAN 35 MUSTARUL HUSAINI BIN YAHYA 30
BIL NAMA 36 SHAIFULFAZLEE BIN MOHAMAD 37 SYED JAAFAR BIN SYED HUSSEIN 38 MUHAMAD NUDIN BIN ABU SEMAN 39 NORSALAWATI RAHAYU BINTI AHMAD ZAKI 40 NOREMI BIN MOHAMAD DARWI 41 FAZIRAH BINTI AB BAKAR 42 MOHAMMAD RASHIDI BIN AHMAD 43 NORMILA BINTI PG MOHAMED MANSOR 44 MUHAMMAD SHAHRUL HAFIDZ BIN AB RAHIM 45 MOHD SHARIL BIN JOHARI 46 ADLAN BIN ALI 47 AMIRUL AZIM BIN ABD RAZAK 48 FANDI ERWAN BIN ABDULLAH 49 AZMI MOHAMAD SAH 31
32
33
34