IHYA RAMADHAN
OUTREACH DISIPLIN SESI PETANG
KEJOHANAN OLAHRAGA KE-51
PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
LARIAN AMBROSE
PERKHEMAHAN PKBM ( L ) DI TELUK SENANGIN
PERKHEMAHAN PERDANA 2022
ANUGERAH KEMENJADIAN MURID (KOKURIKULUM) 2022
GURU PRA U
MAJLIS KECERMELANGAN TINGKATAN 6
JAMUAN PRA U
PRA U PRA U SUKAN TAHUNAN
CENGAL
PIBG & IBU BAPA
PROGRAM MAKAN PERCUMA PIBG
PROGRAM INTERVENSI KEHADIRAN ANJURAN PIBG & UBK
ANDAI BINTANG ITU TAKDIRNYA , PASTIKU GAPAI . Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah keluarkan. Aku menangis kerana hanya mendapat 5C dan 3D dalam peperiksaan tersebut. Keputusan aku tidak memuaskan. Aku berasa kecewa atas keputusan tersebut.Aku terjebak dalam masalah ponteng sekolah kerana terpengaruh oleh ajakan rakan-rakan yang mempunyai sikap negatif. Kesannya aku gagal dalam peperiksaan SPM. Ayah dan emak mengetahui keputusan peperiksaanku. Mereka berasa amat sedih. Aku menjadi mangsa kemarahan mereka. Aku langsung tidak membantah kerana aku tahu kesilapanku yang menyebabkan mereka marah. Ayah memberikan amaran terakhir kepadaku dan memintaku berubah sikap. “ Kak Long tolonglah ubah sikap! Ayah bersusah payah untuk memberi pelajaran kepada kamu, tetapi kamu tidak rajin dan langsung tidak berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ini,” kata ayah kepada aku. Aku berasa sedih atas penderitaan bapa dan ibu. Aku anak sulung dan di bawah aku ada dua orang adik-beradik. Mereka baru belajar tingkatan satu. Ibuku menasihatiku agar aku berfikir panjang tentang nasibku pada masa hadapan. Hal ini disebabkan aku tidak mempunyai kelulusan yang baik. Ayah dan ibu meletakkan harapan yang tinggi terhadapku agar aku menjadi anak yang baik dan cemerlang pada masa hadapan. Pada malam itu, aku hanya berkurung di dalam bilik. Kata-kata ibu dan ayah terngiang-ngiang di cuping telingaku. Aku menangis teresak-esak kerana terlalu sedih dengan kejadian itu. Aku diamuk rasa bersalah kerana melukakan hati ibu dan ayah. Mereka banyak berkorban demi kebahagianmu. Aku memarahi diriku kerana tidak mengenang budi dan mencalar kepercayaan kedua-dua orang tuaku. Akhirnya aku berjanji kepada diriku sendiri bahawa aku akan berubah sikap. Pada keesokan harinya, aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran Sijil Pelajaran Tinggi Sekolah (STPM). Aku berasa gembira. Walaupun keputusan aku tidak baik namun aku telah mendapat peluang untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6. Peluang ini tidak akan aku sia-siakan. Aku akan buktikan aku mampu. Aku mendapat tawaran di Kolej Tingkatan 6 Seri Ipoh di Ipoh. Ibu bapaku berasa
Kolej Tingkatan 6. Kolej Tingkatan Seri Ipoh itu tidak jauh dari rumahku iaitu hanya 10km. Ibu bapa aku telah menghantar aku ke Kolej Tingkatan 6 dan memberi kata semangat kepadaku supaya belajar rajin-rajin. Aku menjadikan ia sebagai pendorong dalam kehidupanku. Aku memilih aliran Bahasa Melayu kerana aku sangat meminati subjek Bahasa Melayu. Disebabkan aku memilih aliran Bahasa Melayu, kebanyakan pelajar terdiri daripada kalangan pelajar Melayu dan hanya dua orang pelajar Cina. Ia menjadi satu cabaran kepadaku untuk belajar di kelas tersebut. Pada hari pertama, aku berasa sangat mencabar kerana tempat itu baru kepadaku dan aku berasa begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Selepas dua minggu, aku mula menyesuaikan diri dengan guru dan rakan-rakan sekelasku. Aku mengenali pelajar Melayu yang sangat peramah dan baik hati. Dia selalu menolong aku dalam mata pelajaran yang aku tidak fahami. Aku berasa bersyukur kerana mendapat seorang sahabat yang berakhlak mulia dan bersopan-santun. Kami sentiasa bersama-sama berkongsi ilmu. Ada juga kawan yang mencemburui hubungan kami kerana aku dan kawanku merupakan anak kesayangan cikgu Bahasa Melayu. Oleh itu, dia selalu menimbulkan masalah kepada kami. Tetapi aku tidak peduli dan aku tekun membuat ulangkaji menghadapi peperiksaan Semester 1. Hasilnya aku mendapat 2A dan 2B+ manakala kawan aku, Farah mendapat 3A dan 1B+ dalam keseluruhan Semester 1. Kami amat gembira namun kami masih mempunyai 2 semester lagi. Setiap hari Sabtu dan Ahad aku akan pulang ke rumahku dengan menaiki bas. Aku meluangkan masa dengan ahli keluargaku dan mengajar adik-beradik bagi matapelajaran yang mereka tidak fahami. Ibu bapaku berasa gembira atas keputusan Semester 1 aku. Mereka menasihati aku agar belajar bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik keluarga. “ Kak Long tolong jaga diri di sana ye. Jangan membuang masa. Ingat pesanan ayah dan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan gemilang serta jaga kelakuan di sekolah,” kata ibu kepadaku. Aku mendengar pesanan ibu dan bapa menjadikan sebagai iktibar dan panduan dalam kehidupanku. Kelamaan, aku menjadi budak cerdik di dalam kelas. Semua cikgu memuji aku kerana selalu menghabiskan kerja kersus, kerja kursus dan pembentangan tepat pada masanya. Prestasi cemerlang ini menyebabkan wujud rasa tidak puas hati Yin Ching kepadaku yang merupakan pelajar pandai dalam kelas aku. Tempat Yin Ching
dan kebencian kepada diriku. Namun aku tetap sabar dalam menghadapi cabaran ini. Suatu hari adik bongsu menelefon aku. “Hello Kak Long” “ Ye adik ada ape ,tiba -tiba telefon kaklong” “Kak long ayah terlibat dengan kemalangan ,tolong datang ke hospital sekarang ,” kata adik kepadaku. Aku berasa cemas dan dengan segera aku memberitahu kepada guruku lalu meminta izin untuk pergi ke hospital. Hatiku berdebar -debar .Aku tidak tahu hendak buat apa! Aku hanya berada kepada Tuhan supaya ayah tidak cedera parah .Ibu dan adik-adik berada dalam keadaan cemas .Aku berjumpa dengan doktor dan bertanya keadaan bapaku. “Doktor macam mana bapa saya sekarang”. “Hmm .. adik, bapa kamu mengalami kecederaan saraf tunjang Kami perlu membuat pemeriksaan lanjut. Sekiranya ada perkembangan terkini,saya akan maklumkan ,” kata doktor tersebut. Aku berasa sedih,air mata membasihi pipiku.Aku melihat bapaku. Bapaku belum sedar. Aku membuat keputusan untuk menjaga untuk berhenti tingkatan 6 demi menjaga bapaku. Tetapi ibu tidak bersetuju lalu dia menasihati ku untuk menghabiskan STPM ku kerana ini ialah cita-cita ayahku. “Ayahmu ingin menjadikanmu sebagai seorang insan yang berguna serta berjaya dalam bidang pendidikan” kata ibu pada ku. Aku akur.Ayah mula sedar dan menasihatiku agar tidak berhenti belajar walau apa-apa yang terjadi.Aku berjanji kepada ayah agar akan belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam STPM. Setelah kejadian ini berlaku,aku sentiasa berulang -adik ke rumahku kerana ibuku menjaga ayahku di hospital,dan aku pula terpaksa mengasuh adik-adikku.Aku memasak setiap hari untuk adik-adikku. Kesihatan ayahku semakin merosot .Aku berasa bimbang .Aku tidak dapat fokus dalam pelajaran. Aku hanya memikirkan keadaan bapaku yang semakin teruk. Peperiksaan semester 3 hampir dekat. Aku hilang motivasi dan semangat untuk menimba ilmu. Tetapi Farah tetap memberikan kata-kata semangat kepadaku agar aku belajar dengan bersungguh-sungguh. Setelah 5 bulan doktor menelefon aku.Dia meminta aku datang ke hospital dengan segera .Tanpa berlengah lagi aku terus menuju ke hospital.Ahli keluargaku semua berkumpul disekeliling di katil ayahku .Aku berdebar-debar . Doktor datang dan meminta untuk bercakap dengan bapaku buat kali terakhir.
Air mataku bercucuran. Aku mendekati bapaku. Pernafasan bapa semakin perlahan. “Kak long belajar baik-baik ye.Tolong jaga adik -adiku ibu dengan baik” kata bapaku tersekat -sekat. Ayah menghempuskan nafas terakhirnya sebelum aku sempat mengucapkan salam terakhir untuknya.Aku terus menangis teresak-esak sambil memeluk ibuku. “Ayah …yah..yah.. ..ayah!panggilku pada jasad ayahku sambil menangis teresak-teresak. Selepas bapaku meninggal dunia,aku berasa kehilangan pendorong dan pemberi semangat kepadaku.Aku berasa sunyi.Aku mula mendiri dan tidak bergaul dengan sesiapa . Aku tidak boleh menerima kenyataan kehilangan bapaku.Farah datang ke rumahku dan memberi kata-kata semangat .Guru-guru tingkatan 6 Kolej Seri Ipoh juga memberi dorongan kepada aku agar menerima ujian ini sebagai satu cabaran.Guru-guru tingkatan 6 banyak memberi sumbangan kepada keluargaku. Yin Ching pula mula insaf dan bersimpati di atas kehilangan bapaku.Yin Ching dan Farah menjadi tulang belakang kepadaku untuk meneruskan pelajaran. Aku ingat kepada kata-kata ,ayah .Aku mula kuatkan diriku. Aku belajar dengan bersungguh-sungguh . Kawan -kawan ku menolongku dalam mata pelajaran yang ketinggalan . Aku mula membuat ulangkaji dan sentiasa bertanya dengan guru tentang pelajaran . Aku menjawab peperiksaan Semester 3 dalam keadaan yang tenang. Pada 19 June 2022 keputusan keseluruhan STPM pelajar telah keluar.Mataku melilau mencari nama dan akirnya namaku tersenarai dalam senarai pelajar cemerlang. Air mataku mengalir kerana aku berjaya memperolehi 4A. Aku terus mencari ibu lalu memeluknya. Aku melonjak kegembiraan. Guru-guru dan rakan -rakan mengucapkan tahniah kepadaku. Aku ingat kepada pesanan bapaku .Walaupun ayah tiada ayah akan sentiasa merestui dan mendoakan kebahagianku. Kini, aku menjejak kaki di Universiti Malaya dalam bidang penguruan.Terima kasih ayahku ,ibu dan terima kasih guru-guru ku. Kishalene a/p Suthagaran 6A1 Naib Johan Pertandingan Mengarang Cerpen Kategori Tingkatan 6 Daerah Manjung Tahun 2022
Kampung Changkat Cermin. Tahun 2006 Ayah membina rumah ini menggunakan potongan kayu yang dikutip di merata-rata tempat. Sungguh, rumah kediaman mereka ini kelihatan usang sekali. Amin pernah bertanya kepada ibu, kenapa rumah orang lain cantikcantik berbanding dengan rumah mereka? Jawab ibu, itu sahaja yang ayah mampu. Ibu tidak tahu bahawa di sekolah dia sering diejek, dipanggil orang miskin dan ditertawakan apabila bajunya koyak walaupun berkali-kali dijahit ibu. Selain itu, dia turut dipandang serong oleh rakan-rakannya apabila ada guru yang membantu membayarkan yuran rumah sukan, buku latihan dan makanan di kantin juga percuma ihsan guru kelasnya, Cikgu Khadijah. Barang kali rakan-rakannya cemburu melihat dia mendapat pelbagai bantuan layak dengan kemiskinan hidupnya. Amin memandang keluar melalui jendela rumahnya. Dia melihat awan mendung berarak tanda mahu hujan. Amin teringat kejadian petang Jumaat itu apabila Cikgu Khadijah mempelawa menghantar Amin pulang dengan menaiki kereta. Keramahan Cikgu Khadijah membuatkan Amin tidak kekok mengambil peluang berbual dengan gurunya sepanjang perjalanan menuju ke rumah. “Cikgu, bagaimana hendak menjadi pandai?” Soal Amin.
Cikgu Khadijah ketawa kecil mendengarnya. “Senang sahaja, Amin. Kamu korbankan apa yang kawan-kawan seusia kamu tidak mampu korbankan,” ujar Cikgu Khadijah. “Korbankan apa, cikgu?” Soal Amin. Wajahnya berkerut. “Korbankan perkara yang sia-sia. Jangan membuang masa dengan menonton televisyen terlalu lama, melepak, tidur yang panjang dan malas membaca. Allah Maha Adil, kamu akan dapat apa yang kamu usahakan.” Cikgu Khadijah tersenyum. Mendengar jawapan gurunya itu membuatkan Amin mengeluh. Tidak mungkin dia mampu menjadi pandai kalau semua yang disebutkan oleh gurunya tadi ada pada dirinya. “Amin, cikgu dulu pun seperti kamu. Cikgu orang susah. Cikgu juga pernah malas hendak belajar sebab cikgu tidak sabar bekerja. Tetapi, mak ayah cikgu selalu ingatkan supaya belajar dan jangan mewarisi kemiskinan mereka. Ayah cikgu sendiri menjadikan dirinya sebagai contoh. Hendak beli kereta dan rumah pun tidak mampu.” Jelas Cikgu Khadijah. Suaranya bergetar. Sejak perbualan itu, Amin mula mengumpul semangat dan tekadnya untuk belajar. Dia mahu belajar untuk menjadi orang berjaya dan keluar dari kemiskinan seperti pesanan Cikgu Khadijah. Semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh datang kerana dia tahu cita-citanya kini setinggi gunung. Amin sedar dirinya bukanlah pelajar yang pintar lalu dia tekun berusaha. Di dalam kelas, Amin memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru-gurunya sedang mengajar.
Amin juga akan ke perpustakaan pada waktu rehat untuk meminjam buku-buku rujukan. Kini, Amin sudah berada di Tingkatan 5 dan bakal menduduki peperiksaan SPM. Amin tidak jemu-jemu menelaah pelajaran. Dia tidak mahu ada kekurangan semasa menjawab soalan itu nanti. Peperiksaan SPM amat penting bagi Amin sebagai penentu kejayaannya untuk masa depan. Dialah harapan kedua-dua orang tuanya. Selain itu, dia juga mengingati pesanan guru kesayangannya, Cikgu Khadijah. Dewan Gemilang Ambrose. Tahun 2022 “Nama saya Amin. Saya belajar di Institut Université de Technologie (IUT), Perancis dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Kini, saya bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak gergasi dunia iaitu SHELL di Perancis. Saya pernah mengetuai kumpulan inovasi enjin untuk kereta lumba milik pelumba kereta dunia iaitu Micheal Schumacher.” Jelas Amin. Penjelasan tentang dirinya menyebabkan Amin mendapat tepukan gemuruh hingga memenuhi Dewan Gemilang Ambrose. Sudah pasti tujuannya, dia mahu murid-murid sekolah ini turut berpeluang meraih kejayaan seperti dirinya.
RESPONSIBILITY SANGKEERTHANA A/P MURUGAN 6A1 Responsibility means, “I can do things on my own.” When I turn it on, I turn it off. When I unlock something, I lock it up. When I drop something, I pick it up. When I open something, I close it. When I make a mess, I clean it up. When I find something, I return it. When I borrow something, I give it back. When I take something out, I put it back. When I am assigned a task, I complete it. When I earn money, I spend it wisely. When I give my word, I keep it. I choose to be responsible.