SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUSSAADAH TITI BESI
KEPALA BATAS ALOR SETAR
KAJIAN KES SEJARAH KSSM
TINGKATAN 2
TAJUK
SARAWAK DAN SABAH
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA: NIK AHMAD ZULHILMI BIN NIK AHMAD SABRI
TINGKATAN: 2 TAQWA
JADUAL KERJA KAJIAN KES SEJARAH SARAWAK DAN SABAH
BIL PERKARA TARIKH CATATAN
1. Mendapat tugasan dari guru 8/12/2022 Ustaz Firdaus
2. Mencari bahan berkaitan kajian kes 8/12/2022 Laman web, wiki,
9/12/2022 google
melalui internet 8/12/2022 Buku teks tingkatan 2
3. Mendapatkan bahan dari buku teks 9/12/2022
9/12/2022 Mengikut format word
4. Menulis kerangka kasar penulisan 9/12/2022 Semak format
5. Menyemak laporan 14/12/22 Gambar dari sumber
6. Memasukkan gambar kaum google
Bantuan ibu
7. Memasukkan muka surat 14/12//22 Bantuan ibu
Bantuan ibu
8. Mengabungkan muka depan dan isi 14/12/22 1/1/22
9. Menukarkan ke format pdf 14/12/22
6. Menghantar laporan 1/1/2023
ISI KANDUNGAN 1
1
1.0 Pernyataan masalah 1
2.0 Objektif kajian 2
3.0 Kaedah kajian 2
4.0 Laporan kajian
3
4.1 Namakan kaum-kaum yang terdapat di
Sarawak dan Sabah. 3
4
4.2 Huraikan secara ringkas berkaitan 5
dengan kaum-kaum yang terdapat di 6
Sarawak Dan Sabah 7
4.2.1 Sarawak 8
8
Iban 9
Melayu 10
Bidayuh 10
Melanau 11
Orang Ulu
4.2.2 Sabah 11
Kadazandusun 12
Bajau
Murut
Suluk
Orang Sungai
4.3 Bagaimanakah kita dapat meraikan
kepelbagaian dan keunikan budaya
masyarakat ?
5.0 Penutup
6.0 Rujukan
1.0 PERNYATAAN MASALAH
Penduduk serawak dan sabah yang berbilang kaum dan budaya menyebabkan Kawasan ini
memiliki keunikan tradisi dan warisan tersendiri
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Namakan kaum-kaum yang terdapat di Sarawak dan sabah
2. Huraikan secara ringkas berkaitan dengan kaum-kaum yang terdapat di Serawak Dan
Sabah
3. Bagaimanakah kita dapat meraikan kepelbagaian dan keunikan budaya masyarakat ?
3.0 KAEDAH KAJIAN
Bagi menyempurnakan kajian kes ini, saya memilih 3 kaedah kajian iaitu:
1. Buku Teks
2. Melayari internet
1. Buku teks
Saya merujuk beberapa buah buku teks atau buku-buku yang berkaitan dengan sejarah
dan mengambil sumbernya dari buku tersebut seperti berikut.
Antara buku yang saya rujuk ialah;
a) Buku teks sejarah tingkatan 2
2. Melayari internet
Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan kajian kes saya.
Antara laman web yang saya layari ialah;
a)https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban#:~:text=Iban%20adalah%20kaum%20Peribumi%20
asli,(Iban%20Merotai)%20dan%20Labuan.
1
4.0 Laporan kajian
4.1 Namakan kaum-kaum yang terdapat di Sarawak dan Sabah.
1. Bumiputera Sabah
i. Bajau
ii. Kadazandusun
iii. Murut
iv. Suluk
v. Orang Sungai
2. Bumiputera Sarawak
i. Iban
ii. Melayu
iii. Bidayuh
iv. Melanau
v. Orang Ulu
2
4.2 Huraikan secara ringkas berkaitan dengan kaum-kaum yang terdapat di Sarawak Dan
Sabah
4.2.1 Sarawak
4.2.1.1 Iban
Iban adalah kaum Peribumi asli (Orang Asal tertua ) yang tinggal di pulau Borneo. Mereka boleh
dijumpai di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah (Iban Merotai) dan Labuan. Iban terdiri
dari pelbagai suku atau puak.Salah satu puak Iban yang bukan berasal dari Kapuas adalah Iban
Batang Lupar yang dulu dikenal sebagai Dayak Batang Lupar yang mana orang asal di kawasan
itu sejak zaman berzaman.Nama Sungai Batang Lupar berasal dari nama suku Batang Lupar.
Panggilan "Dayak" Adalah gelaran yang digunakan oleh pengembara eropah terhadap bangsa
yang mendiami kepulauan Borneo kerana pada waktu itu sulit untuk mereka membezakan
bangsa-bangsa yang terdapat di kepulauan borneo kerana kemiripan dan persamaan adat,
kepercayaan dan rupa paras. Panggilan Sea Dayak kepada Iban adalah kerana keberadaan Orang
Iban di lautan pada kurun ke 17 hingga ke 19 di lautan China Selatan. Tradisi kayau di lautan
atau tradisi memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan pedagang asing
ke Pulau Borneo hingga tercatat didalam sejarah maritim bangsa Eropah sebagai Vikings of
Eastern Sea dan King of Sea Borneo.
3
4.2.1.2 Melayu
Melayu Sarawak telah lama menamatkan fasa merantau dan telah lama mendiami di semua
Bahagian. Mereka bukan sahaja terdapat di pesisir dan pertengah legeh sungai tetapi mendiami
juga kawasan pedalaman negeri Sarawak.
4
4.2.1.3 Bidayuh
Kaum bidayuh mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya
Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada lima pecahan etnik
iaitu:
1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
2. Jagoi/Singai (Daerah Bau)
3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)
5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan
Dengan Bau)
5
4.2.1.4 Melanau
Melanau merupakan bangsa penduduk asal asli Sarawak dan dikategorikan Austronesia. Kaum
Melanau juga merupakan penduduk pedalaman sarawak terawal. Morris (1991) mendakwa mereka
mempunyai hubungan linguistik dan sosial dengan suku Kajang. Daripada kosa ilmu ini, dapat
dirumuskan bahawa suku Melanau adalah dari kawasan hulu, tinggal berjiran dengan suku Kayan,
Kenyah, Kajang, Bidayuh dan kesemua bahasa ini adalah berkerabat. Selepas berpindah dari
kawasan hulu, hubungannya semakin menipis. Maka ini menelusuri hubungan Melanau dengan
orang ulu daripada perspektif linguistik dan kebudayaan.
6
4.2.1.5 Orang Ulu
Orang Ulu ialah salah satu kelompok etnik dari suku kaum peribumi dengan populasi di antara
300 orang hingga lebih 25,000 orang yang mendiami kawasan pedalam hulu sungai Sabah dan
Sarawak. Berbeza dengan gelaran dayak, gelaran dayak diberi oleh pengembara eropah dan barat
khas bagi Iban dan bidayuh. Manakala gelaran orang Ulu dicipta oleh etnik-etnik minoriti yg
mendiami kawasan pedalaman dan hulu sungai bagi membentuk komuniti kaum yg tersendiri.
7
4.2.2 SABAH
4.2.2.1 Kadazandusun
Kaum Kadazandusun (juga dikenali sebagai bangsa "Mamasok Sabah") atau Bangsa Mamasok
Kadazan-Dusun merupakan kumpulan kaum bumiputera asal yang terbesar di Sabah. Kaum
Kadazan-Dusun juga merupakan satu kumpulan etnik dari dua bangsa iaitu Bangsa
Kadazan dan Bangsa Dusun di Borneo yang digabungkan menjadi satu kumpulan kaum/etnik.
4.2.2.2 Bajau/Sama
Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak
beberapa ratus tahun yang lepas dan diiktiraf sebagai penduduk asli Nusantara dan antara
bumiputera kedua terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala di sebelah Pantai Barat pula,
mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran
pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan
penyelam yang mahir.
8
4.2.2.3 Murut
Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan
antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan, Tawau (Merotai dan
Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan Keningau.
9
4.2.2.4 Suluk
Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan jolo serta sebahagian pantai timur
sabah(North borneo) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan Bahasa
Tausug atau dengan nama lain lebih tepat lagi Bahasa Sūg sebagai bahasa pertuturan.
4.2.2.4 Orang Sungai
Orang Sungai adalah merupakan salah satu gelaran bagi suku kaum asli tinggal di tepian Sungai-
sungai utama di Negeri Sabah, Malaysia. "Orang Sungai" adalah istilah bangsa atau etnik yang
dicipta secara politik dan mula di popularkan selepas Kemerdekaan.
10
4.3 Bagaimanakah kita dapat meraikan kepelbagaian dan keunikan budaya masyarakat ?
Meraikan dan menghargai kepelbagaian dengan turut serta dalam perayaan atau festival kaum lain.
Kongsikan tradisi keluarga anda agar rakan anda lebih memahami. Menghormati dan menghargai
orang lain tanpa mengira warna kulit, keupayaan fizikal atau bahasa yang digunakan untuk
bercakap. Rakyat perlu sentiasa menghormati dan menghargai kepelbagaian kaum serta budaya
sebagai satu keunikan yang merupakan kunci utama kepada kemajuan sosio-ekonomi negeri ini.
Semangat menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya dan agama perlu sentiasa dipupuk
di kalangan generasi muda khususnya mereka yang masih di bangku sekolah.
Perpaduan merupakan elemen yang penting dan perlu diterap oleh setiap rakyat di negara kita bagi
menyempurnakan maksud keindahan hidup dalam kepelbagaian etnik. Pelbagai cara perlu
dilakukan bagi melengkapkan diri mereka dengan gaya kehidupan sebegini ini. Untuk menambah
baik lagi definisi perpaduan dalam diri masing-masing adalah dengan menerapkan semua nilai
yang positif supaya dapat membentuk suasana yang harmoni.
5.0 Penutup
Kesimpulan
Kesimpulannya, kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak merupakan lambang perpaduan,
keharmonian dan kekuatan rakyat di negeri. Ini menunjukkan bahawa walaupun berbilang etnik,
masyarakat di Sarawak dapat hidup dengan aman dan makmur bersama.Ciri-ciri unik negeri ini
dapat dimaperkan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam mana-mana sambutan.Contohnya,
sambutan Hari Malaysia telah diadakan di Sarawak pada tahun 2019. Tujuan baik sambutan ini
diadakan di Sarawak supaya masyarakat Malaysia yang lain dapat mengambil ikthbar bahawa
walaupun hidup dalam kepelbagaian etnik, masyarakat di Sarawak dapat dapat melahirkan
semangat bertolak-ansur dan hormat-menghormati sesama mereka. Jadi kita sebagai rakyat
Malaysia haruslah sentiasa saling berkerjasama dan terus berusaha untuk menjadikan Malaysia
terus aman dan damai. Semangat patriotik perlu disemai sejak kecil bagi melahirkan masyarakat
yang sentiasa sayang dan cinta akan negara.
11
6.0 RUJUKAN
1. BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 2
2. https://scholar.google.com.my/scholar?q=kaum+melayu+di+sarawak&hl=en&as_sd
t=0&as_vis=1&oi=scholart
3. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/01/31300/etnik-di-sabah-sarawak-
terima-baik-status-bumiputera
12