22 Januari 1965. - Lahir di Kampung Seberang
Kelompang, Alor Setar, Kedah pada Anak ke-empat
daripada 7 beradik (4 lelaki, 3 perempuan)
1972-1977 - Pendidikan awal - SK Kanchut (kini
SK Wan Sulaiman Siddiq)
1978-1984 - Pendidikan Menengah Rendah -
Sekolah Menengah Kompleks 2 (kini SMK Syed
Mohamed Al-Bukhary).
1981-1982 - Pengajian Menengah Atas - aliran
sains di SMK Darulaman.
1985-1989 - Melanjutkan pengajian di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) , Bangi dalam jurusan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.
1992 - Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI) di
Maktab Perguruan Teknik, Cheras - Perakaunan
Dan Perdagangan.
1992-1998 – Penempatan pertama SMK St’ Patrick,
Kulim
1993 - melangsungkan perkahwinan dengan
Pn. Noraini binti Ismail yang juga berasal dari Kulim
Dikurniakan 3 orang cahaya mata - Muhammad
Mifdzal (29), seorang pegawai PTD yang berkhimat
di MITI, Nurfarzana (26), seorang pakar dalam
pengurusan halal Islam dan Muhammad Nadzmi
(23), yang masih menuntut di UiTM Machang.
1998 - SMK Tunku Abdul Rahman, Jalan Putra dan
menjawat jawatan akhir sebagai Penolong Kanan
Tingkatan Enam sehingga tahun 2018.
2019 - Pusat Tingkatan Enam di SM Tunku Abdul
Rahman telah ditutup dan berhijrah ke Kolej
Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin.
Di KTESS, beliau pernah bertugas sebagai Penolong
Kanan Kokurikulum dan jawatan terakhir beliau
adalah sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.
Cikgu Radzi pada zahirnya kelihatan pendiam dan
serius tetapi beliau adalah seorang yang sangat
ceria dan suka berjenaka.
Selepas bersara secara pilihan di umur 58, beliau
memilih untuk menghabiskan masa berkebun,
bercucuk tanam berbakti kepada tanah.
Pantang menyerah raih kemenangan
Hewan berbulu pergi ke selatan
Memori indah jadi kenangan
Simpan selalu dalam ingatan.
Rakaman Lensa
Kenangan…
Ayam rintik dipinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Bawa kereta menuju panti
Henti sejenak di jalan merpati
Cerita kita telah berganti
Namun kenangan tetap di hati.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
From all of us…
MAJLIS PERMUAFAKAN STAF
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN
SESI 2023/2024