KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3
2021
TEMA
TUMBUH TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA
TOPIK
POTENSI SPESIS TUMBUH TUMBUHAN SEMULA JADI DI KAWASAN HUTAN DI MALAYSIA
NAMA
Darin Shofieyah binti Mohd Sofri
3 DINAMIK
SMK MAJAKIR PAPAR
NAMA GURU
NONEH AG AHMAD
TARIKH HANTAR
22.O9.2021
1.0 PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Haji Abdul Aziz pengetua cemerlang jusa C SMK
Majakir, kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja lapangan ini. Ucapan terima
kasih juga saya tujukan kepada guru Geografi saya, cikgu Noneh Ag Ahmad yang sentiasa memberikan bimbingan
dan semangat. Saya juga ini menunjukkan terima kasih untuk kedua dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi
semangat untuk membuat kerja lapangan. Tidak lupa juga kepada kawan kawan saya. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu saya menyiapkan kerja lapangan ini.
2.0 PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk mata pelajaran Geografi, para pelajar Tingkatan 3 diberi peluang untuk
menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi Tempatan. Para pelajar diberi tajuk yang sama
daripada guru.
Tajuk yang diberikan adalah potensi spesies tumbuh tumbuhan semula jadi kawasan hutan di Malaysia. saya melakukan kajian ini
dirumah dengan bantuan ibu dan bapa saya. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah 4 minggu. Setiap pelajar perlu
menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Di akhir penghasilan projek ini saya boleh, yang pertama saya boleh menyatakan jenis tumbuh tumbuhan semula jadi di
kawasan hutan di Malaysia. Yang kedua saya boleh menghuraikan faktor yang mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh tumbuhan
semula jadi di Malaysia. Dan yang ketiga saya boleh mengenal pasti potensi sepsis tumbuh tumbuhan semula jadi yang terdapat di
kawasan hutan.
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian ini ialah kawasan hutan di Malaysia. Sebagai mana yang kita tahu, Malaysia kaya dengan pelbagai jenis
tumbuhan semula jadi. Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis
tumbuhan semula jadi di Malaysia. Tumbuh tumbuhan semula jadi ini dibahagikan kepada lima jenis, iaitu,
i) Hutan Hujan Tropika (Banjaran Titiwangsa)
ii) Hutan Paya Air Tawar (Tasik Bera, Pahang)
iii) Hutan Paya Air Masin (Laut Matang, Perak)
iv) Hutan Gunung (Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak)
v) Hutan Pantai (Pulau Simpadan)
5.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah:
i) rujukan laman web, sesawang,
ii) buku teks
iii) pemerhatian
iv) temu bual ahli keluarga.
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Maksud tumbuh tumbuhan semula jadi
Tumbuhan semula jadi merujuk kepada tumbuhan endemik dalam kawasan
tertentu pada skala masa geologi.
Ini termasuk tumbuhan yang telah terbentuk, hadir secara semulajadi, atau wujud bagi
beberapa tahun di sesuatu kawasan (contoh. pokok, bunga, rumput, dan tumbuhan
lain).
Di Amerika utara tumbuhan sering kali dianggap sebagai asli sekiranya ia hadir
sebelum pengkolonian. Sesetengah tumbuhan asli telah menyesuai pada persekitaran
terhad, luar biasa atau cuaca amat teruk atau keadaan tanah melampau. Sungguhpun
sesetengah tumbuhan untuk sebab ini hanya wujud dalam julat (endemism) amat
terhad, yang lain boleh hidup dalam berbagai-bagai kawasan atau melalui penyesuaian
kepada persekitaran berlainan.
6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi tumbuhan semula jadi di Malaysia
i. bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi Malaysia tidak seragam. Terdapat kawasan tanah pamah, kaki bukit, tanah tinggi
dan pantai. Kawasan tanah pamah dan kaki bukit yang mempunyai saliran yang baik di tumbuhi hutan hujan
tropika.
Di kawasan pedalaman yang saliranya buruk, banyak terdapat hutan paya air tawar. Di kawasan
pinggir pantai yang sering dilanda ombak pula terdapat kawasan yang berpasir atau berlumpur.
Jenis tumbuhan semula jadi akan berubah mengikut ketinggian atau altitud.
ii. Iklim
Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Oleh sebab itu, Malaysia
mengalami iklim Khatulistiwa. Suhunya tinggi, iaitu kira-kira 27oc. Cahaya matahari diterima sepanjang
tahun. Jumlah hujannya banyak, iaitu kira-kira 2600 mm setahun. Suhu yang tinggi serta cahaya matahari
dan hujan yang banyak sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi. Antaranya
termasuklah hutan hujan tropika, hutan paya, dan hutan pantai di kawasan tanah pamah.
Iklim di kawasan tanah tinggi berbeza daripada keadaan iklim di tanah pamah. Contohnya di Tanah
Tinggi Cameron (1524 m), min suhu tahunanya adalah lebih rendah, iaitu kira-kira 18oc. Hujan tahunanya
pula ialah kira-kira 2440 mm. Keadaan iklim ini memungkinkan pertumbuhan hutan gunung seperti oask dan
laurel di kawasan antara 1200 hingga 1500 m. Kawasan yamg melebihi 1500 m ditumbuhi pokok renek,
lumut, paku-pakis, dan liken.
iii. Tanih
Terdapat pelbaghai jenis tanih di Malaysia. Antaranya termasuklah tanih aluvium, tanih laterit, tanih gambut, dan tanih liat
(lempung). Setiap jenis tanih itu sesuai untuk tumbuha n semula jadi yang tertentu. Contohnya, hutan hujan tropika sesuai tumbuh di
kawasan yang bertanih aluvium dan laterit. Perhatikan Jadual 1 ini.
Jadual 1 : Pengaruh tanih terhadap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi
iv. Saliran
Saliran bermaksud sistem saluran air yang mengalir sama ada di dalam sungai, parit, atau tali air. Saliran juga merujuk pada pengaliran air yang
meresap ke dalam tanah.
Keadaan saliran mempengaruhi tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan. Di sekitar sungai, tasik dan pinggir lautterdapat kawasan yang sering
di tenggelami air. Kawasan ini dikatakan bersaliran buruk kerana menakung air. Kawasan begini di tumbuhi hutan paya, iaitu hutan paya air masin dan
hutan paya air tawar.
Di kawasan yang tidak ditenggelami air, contohnya kawasan pinggir pantai tanihnya berpasir. Tanih pasir adalah polos. Di antara butir-butir pasir
terdapat ruang halus yang dapat di lalui udara dan air. Di sini air tidak bertakung kerana air mudah mengalir ke bawah tanah melalui butir-butir pasir.
Tanih ini dikatakan bersaliran baik. Jenis tanih ini ditumbuhi hutan pantai.
Pada umunya, tanih laterit bersaliran baik dan hutan hujan tropika dapat tumbuh subur. Di kawasan yang melebihi 1200 meter serta bersaliran baik
pula sesuai untuk pertumbuhan hutan gunung.
Rumusan faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semula jadi
6.3 JENIS TUMBUH TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA
6.3.1 Hutan Hujan Tropika
• Pokok-pokok di hutan ini kelihatan berlapis-lapis dan malar hijau
• Daun pokok bersaiz lebar, pokok yang tinggi dan dahan yang tersebar
• Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan mengalir turun dengan mudah dan cepat
Hutan Hujan Tropika mempunyai empat
jenis lapisan seperti yang di tunjuk dalam
rajah di sebelah
6.3.2 Hutan Pantai
• Hutan Pantai tumbuh di kawasan pantai yang berpasir
• Jenis jenis pokok yang terdapat di kawasan ini adalah seperti pokok ru, tapak kuda, pokok renek, mengkuang, jemerlang laut, bintangor laut,
kelat jambu laut dan pokok kelapa
• Pokok pokok yang terdapat di sepanjang pantai mempunyai ketinggian yang berbeza beza
• Pokok ru tumbuh tinggi sehingga 40 meter, mempunyai batang yang lurus, tinggi dan berbentuk silinder
• Tumbuh tumbuhan mejalar seperti tapak kuda sesuai hidup di pantai yang berpasir
6.3.3 HUTAN PAYA AIR TAWAR
• Terdapat di kawasan bersaliran buruk yang sering ditenggelami air, khususnya air sungai dan tasik
• Antara jenis pokok yang tumbuh di hutan ini ialah mengkuang, mersawa paya, meranti paya dan kempas
• Terdapat juga pokok pokok yang jenis berkayu keras dan batangnya besar, lurus dan tinggi yang tumbuh secara bercampur aduk, rapat rapat dan
tidak mempunyai dahan di bahagian bawahnya.
6.3.4 HUTAN PAYA AIR MASIN
• Hutan ini banyak terdapat di kawasan pinggir laut yang bersaliran buruk, berlumpur dan berselindung tetapi ditenggelami air laut semasa air
pasang
• Ditumbuhi pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung
• Tumbuh tumbuhan berbeza mengikut jarak dari laut
6.3.5 HUTAN GUNUNG
• Terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1200 m dari aras laut
• Jenis tumbuh tumbuhan semula jadi adalah berbeza mengikut ketingggian
• Tumbuh tumbuhan akan mengadaptasikan dengan suhu dan kesuburan tanih
6.4 KEPENTINGAN TUMBUH TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA
6.4.1 KAWASAN TADAHAN HUJAN
6.4.2 KESEIMBANGAN EKOSISTEM
6.4.3 SUMBER PERUBATAN
6.4.4 HABITAT
6.4.5 SUMBER BAHAN MENTAH
6.5 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUH TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA
6.5.1 KESAN POSITIF
6.5.2 KESAN NEGATIF
6.6 Tindakan saya sekiranya terlihat penebangan hutan berlaku di kawasan saya
6.6.1. Mengambil gambar dan melaporkan kepada pihak yang berkaitan
6.6.2. Meletak papan tanda amaran
6.6.3. Meletakkan poster kesedaran
6.7 KELEBIHAN DAN POTENSI TUMBUH TUMBUHAN SEMULA JADI YANG TERDAPAT DI KAWASAN HUTAN DI
MALAYSIA
Tumbuh tumbuhan yang terdapat di hutan kebanyakkannya boleh digunakan dalam bidang perubatan. Akar, kulit, daun, ranting dan buah
daripada pelbagai spesies tumbuhan dijadikan sebagai ubat
Contoh tumbuh-tumbuhan Bahagian tumbuh-tumbuhan
Tongkat ali Akar
Sembong
Senduduk Daun, akar dan bunga
Pegaga Daun, pucuk dan akar
Keremek
Keseluruhan pokok
Daun
7.0 RUMUSAN
Kajian yang telah dijalankan memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Melalui kajian ini saya telah belajar
tentang tumbuh tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Selain itu, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang maksud tumbuh tumbuhan semula jadi di hutan Malaysia.
Berdasarkan kajian ini juga saya dapat mengetahui tentang kepentingan spesies tumbuh tumbuhan di Malaysia.
Saya juga dapat mengenalpasti tentang jenis jenis tumbuhan semula jadi di Malaysia dan juga kesan kegiatan manusia
terhadap tumbuh tumbuhan.
Pengalaman lain yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah saya belajar menggunakan aplikasi power point.
Yang mana mendorong saya belajar mencari maklumat di internet, copy, cut, paste, menyusun atur persembahan tugasan.
Tugasan ini juga telah memberi nilai yang baik kepada saya, iaitu telah memberi kesedaran untuk terus memelihara hutan
daripada ancaman kepupusan. Menyedari memelihara ekosistem hutan membawa kepada kesejahteraan hidup manusia, kerana
hutan memastikan penghasilan oksigen yang akan digunakan oleh hidupan lain terutama manusia. Penjagaan hutan juga
memastikan dunia kekal sejuk dan dalam kitaran ekosistem yang seimbang.
8.0 RUJUKAN
Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusamy. (2018). Geografi Tingkatan 3. Johor
Bahru:
IMS Books Trading Sdn. Bhd.
Jenis - Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
http://jyhygeografi.blogspot.com
Kepentingan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi - MyWilayah.com
https://www.mywilayah.com › 2020/11
Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar - Pandai
https://app.pandai.org › kssm-f3-gf-02
Tumbuhan semula jadi sebagai sumber perubatan - SlideShare
https://www.slideshare.net › tumbuha
https://youtu.be/Xy0RYtuPRVA
https://youtu.be/Dl4jCOht1YU
https://youtu.be/oHxqAVECZ-w
https://youtu.be/1tBW7pyx3tM
https://youtu.be/40jiE7nif2E
9.0 LAMPIRAN
TARIKH JADUAL KERJA CATATAN
12.10.2021(selasa) Taklimat oleh guru
13.10.2021(rabu) PERKARA melalui Google Meet
Di rumah (PdPR)
14.10.2021(khamis) Taklimat kajian
lapangan Geografi https://youtu.be/oHxqA
VECZ-w
Fasa perancangan
1) Menentukan tajuk
2) Membuat jadual
kerja
Melayari internet untuk
mendapatkan maklumat
https://youtu.be/1tBW
7pyx3tM
https://youtu.be/40jiE7
nif2E
Menulis onjektif kajian
Menulis pendahuluan
Menulis penghargaan
TARIKH JADUAL KERJA CATATAN
15.10.2021(jumaat) Di rumah
18.10.2021(isnin) PERKARA
21.10.2021(khamis) Menulis kaedah kajian
Menulis kawasan kajian
23.10.21(Sabtu)
25.10.21(Isnin) Laporan akhir
Menulis hasil kajian
a) Maksud tumbuh-
tumbuhan
b) Faktor-faktor yang
mempengaruhi
tumbuh-tumbuhan
semula jadi
c) Kesan-kesan kegiatan
manusia terhadap
tumbuh-tumbuhan
semula jadi
Membuat bahan grafik
Mengemaskini
persembahan dalam
power point
TARIKH JADUAL KERJA CATATAN
26.10.21(Selasa) PERKARA Melalui aplikasi
Telegram
27.10.21(Rabu) Menghantar laporan
28.10.21(Khamis) kajian lapangan kepada Dalam kotak yang
guru mata pelajaran disediakan di sekolah
Menghantar buku skrap
Menghantar video
pendek proses kerja
Gambar semasa melakukan kajian lapangan
Mencari maklumat di internet Menyiapkan buku skrap
( artikel)
Memahami tugasan dan merujuk
Mencari maklumat di internet buku teks
(Youtube)
Menulis tugasan dalam
powerpoint