The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LEANA SPENCER HEE
TAHUN 2 MARIKH
SK KAULUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lscustomgarage8387, 2022-09-05 22:15:06

BENDERA BENDERA DI MALAYSIA

LEANA SPENCER HEE
TAHUN 2 MARIKH
SK KAULUAN

BENDERA PERLIS

• Warna kuning melambangkan Raja.

• Warna biru melambangkan rakyat.
• Bendera itu sendiri membawa makna

kerjasama yang erat di antara Raja dengan
Rakyat Baginda.

BENDERA KEDAH

• Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah
yang diwarisi secara turun-temurun.

• Padi membawa maksud negeri ini makmur
dalam hal kehidupan.

• Anak bulan hijau melambangkan bahawa
negeri ini beragama Islam.

• Perisai pula bermaksud Raja sentiasa menjaga
dan memelihara rakyatnya dan penduduk
dalam negeri ini daripada kezaliman.

BENDERA PULAU PINANG

• Warna biru muda melambangkan laut yang indah di

sekeliling Pulau Pinang.
• Warna putih melambangkan negeri Pulau Pinang

yang aman dan damai.
• Warna kuning melambangkan kemakmuran.
• Pohon Pinang ialah pohon dari mana negeri dan

pulau itu mendapat namanya.

BENDERA PERLIS

• Warna putih melambangkan kebesaran

Sultan Perak.
• Warna kuning melambangkan kebesaran

Raja Muda Perak.
• Warna hitam melambangkan kebesaran

Raja Di Hilir Perak.

BENDERA KELANTAN

• Warna merah melambangkan kejujuran penduduk

negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang
memerintah.
• Lambang kebesaran berwarna putih
melambangkan kesucian Raja.

BENDERA TERENGGANU

• Bingkai berwarna putih melambangkan kedaulatan

Sultan Terengganu.
• Ia melingkari latar hitam yang bermaksud rakyat

dan tanah.
• Anak bulan dan bintang berwarna putih

melambangkan agama Islam iaitu agama negeri.
• Ini membawa maksud Sultan memberi perlindungan

kepada seluruh rakyat Baginda serta memelihara
agama Islam.
• Warna hitam juga merupakan warna wangsa
Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja
Terengganu.

BENDERA PAHANG

• Hitam ialah warna wangsa Bendahara,

melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu
pemerintah di negeri Pahang ialah seorang yang
bertaraf Bendahara, dan kerabat diraja Pahang
juga berasal daripada keturunan Bendahara.
• Putih melambangkan kedaulatan Raja.
• Tambahan warna putih di atas hitam ini bermaksud
negeri Pahang ialah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja.
• Ia turut membawa erti bahawa negeri ini
mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-
undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta
kuasa-kuasa tertentu yang ada pada Raja sebagai
sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

BENDERA SELANGOR

• Warna kuning dan merah melambangkan

daging dan darah iaitu unsur-unsur yang
perlu untuk memberi jiwa dan tenaga
kepada negeri ini.

• Anak bulan dan bintang melambangkan
agama Islam yang merupakan agama
negeri.

• Warna putih melambangkan kesucian
agama Islam.

BENDERA NEGERI SEMBILAN

• Warna kuning melambangkan Yang di-Pertuan

Besar Negeri Sembilan.

• Warna merah melambangkan rakyat.

• Warna hitam melambangkan Datuk-datuk Undang
bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian
negeri ini.

BENDERA MELAKA

• Warna-warna merah, putih, kuning dan biru

ialah warna-warna dari Jalur Gemilang,
menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah
negeri dalam Malaysia.

• Anak bulan dan bintang pecah lima membawa
maksud agama Islam iaitu agama negeri dan
Malaysia.

BENDERA JOHOR

• Anak bulan dan bintang berwarna putih

menandakan Raja yang berdaulat dan agama
Islam iaitu agama negeri.

• Warna merah melambangkan hulubalang
yang mempertahankan negeri.

• Warna biru tua melambangkan kerajaan
negeri.

• Warna merah dan biru tua juga merupakan
warna wangsa Temenggong, asal usul kerabat
diraja Johor moden.

BENDERA SARAWAK

• Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan
dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang
berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina
Sarawak sebagai negeri contoh.

• Warna kuning menggambarkan keagungan perundangan
dan peraturan, perpaduan, serta stabiliti dalam
masyarakat yang berbilang kaum.

• Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli
Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya
yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

• Bintang pecah sembilan berwarna kuning melambangkan
sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam
harmoni.

• Lambang bintang juga menggambarkan cita-cita tinggi
rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu
kehidupan selepas merdeka.

BENDERA SABAH

• Warna biru muda melambangkan keamanan dan

kesejahteraan.

• Warna putih melambangkan kesucian dan keadilan.

• Warna merah melambangkan keberanian dan
keyakinan.

• Warna biru menunjukkan perpaduan dan
kemakmuran

• Warna biru tua melambangkan kekuatan dan
semangat kerjasama.

• Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini
mewakili lima bahagian yang terkandung dalam
negeri Sabah. Lambang Gunung Kinabalu pula
melambangkan kerajaan negeri Sabah.

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

Ketiga-tiga warna utama dan tiga bintang
persekutuan melambangkan tiga Wilayah

Persekutuan.

BENDERA LABUAN

Bendera triwarna mengufuk berwarna merah,
putih dan biru berlambangkan bulan dan
bintang persekutuan.

BENDERA KUALA LUMPUR

Empat belas jejalur mengufuk merah dan putih
dibahagi oleh jalur biru berlambangkan bulan dan
bintang persekutuan di bahagian kepala bendera.

BENDERA PUTRAJAYA

Bendera biru berjalur mencacang berwarna kuning
berlambangkan jata negara.


Click to View FlipBook Version