The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM: PPISMP
AMBILAN: JUN 2021
UNIT: BAHASA MELAYU 6
AHLI KUMPULAN:
- NOR NAJIHA BINTI ABU BAKAR
- SITI AMIRA BINTI SAMSUDDIN
- NOR AISHAH BINTI ALI ABDU RAHMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 664-13-amira, 2021-11-30 06:37:52

PROJEK DIGITAL ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU

PROGRAM: PPISMP
AMBILAN: JUN 2021
UNIT: BAHASA MELAYU 6
AHLI KUMPULAN:
- NOR NAJIHA BINTI ABU BAKAR
- SITI AMIRA BINTI SAMSUDDIN
- NOR AISHAH BINTI ALI ABDU RAHMAN

SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU
DAN KEGRAMATISAN ASPEK
TATABAHASA

BMMB 1084

PPISMP JUN 2021 UNIT BAHASA MELAYU 6

AHLI KUMPULAN

NOR NAJIHA BINTI SITI AMIRA BINTI
ABU BAKAR SAMSUDDIN

NOR AISHAH BINTI
ALI ABDU RAHMAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
● PENGHARGAAN
● OBJEKTIF PROJEK

2.0 SISTEM EJAAN
● PENGENALAN
● CIRI-CIRI UTAMA SISTEM EJAAN RUMI 1972
- Huruf dalam Bahasa
- Sistem Pola Keselarasan Huruf Vokal
- Ejaan Kata Pinjaman
● PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL
● PENGGUNAAN TANDA BACA

3.0 KEGRAMATISAN ASPEK TATABAHASA
● KESALAHAN EJAAN
● KESALAHAN KATA
● KESALAHAN AYAT

4.0 RUJUKAN

1.0

PENGENALAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur diungkapkan ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan taufik dan hidayah yang
tidak terperi dan melimpah-ruah serta kesempatan yang diberi sehingga usaha dalam proses
melengkapkan projek digital ini berjaya dari awal hingga ke akhir semasa pelaksanaannya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. Mohd Puad bin Johar, merupakan pensyarah di
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka dan pensyarah yang mengajar subjek
Asas Tatabahasa Bahasa Melayu bagi unit Bahasa Melayu 6 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
ambilan Jun 2021. Segala inisiatif yang diambil bagi menjayakan kerja kursus ini tidak kira dari segi
masa, tenaga serta bimbingan sepenuhnya yang diberi amatlah dihargai. Tidak dilupakan kepada budi
ayahanda dan ibunda tercinta yang telah melahirkan serta menjaga diri ini dengan penuh kasih sayang
dan keprihatinan. Terima kasih yang tidak terhingga ke atas setiap kata perangsang, dorongan dan
nasihat yang sentiasa dicurahkan kepada anakanda ketika proses melaksanakan kerja kursus ini
berjalan. Terima kasih juga kerana telah menyediakan sumber kewangan yang mencukupi bagi
menyiapkan kerja kursus ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan kami, terima kasih kami ucapkan
kerana telah memberi dorongan dan nasihat yang membina. Terima kasih juga di atas masa dan tenaga
yang telah diluangkan untuk berkongsi ilmu dan pandangan bagi kami menjayakan kerja kursus ini.
Sesungguhnya jasa anda semua amatlah kami hargai. Semoga Allah merahmati kehidupan anda
semua.

OBJEKTIF KERJA KURSUS

Bagi menyelidik maklumat berkaitan sistem ejaan rumi tahun 1972.

Informasi yang diperolehi akan dikongsi melalui pelaksanaan projek
digital.

Supaya semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk
melalui proses penyiapan projek digital ini.

2.0

SISTEM EJAAN

PENGENALAN SISTEM EJAAN

● Pada 16 Ogos 1972, sistem ejaan Bahasa Melayu telah diisytiharkan penggunaannya secara
rasmi.

● Merupakan hasil kesepakatan dan kerjasama bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.
● Setelah kedatangan orang Barat, tulisan Rumi mula berada di alam Melayu.
● Pada tahun 1516, orang pertama di Melaka yang menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa,

iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.
● Abjad Rumi mempunyai 26 huruf iaitu yang bermula dari A hingga Z.
● Contoh sistem ejaan Rumi yang pernah wujud ialah
- Sistem Ejaan Wilkinson (1904) - Ejaan Sekolah Melayu di Malaya
- Ejaan Za’ba (1949) - Ejaan Sekolah hingga 1972
- Sistem Ejaan Fajar Asia - Ejaan Majalah Fajar Asia (1945-1954)
- Ejaan Rumi Kongres 1956 - Ejaan ASAS 50
- Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) - Ejaan Majalah Bahasa

CIRI-CIRI UTAMA SISTEM
EJAAN RUMI 1972

HURUF DALAM BAHASA MELAYU

VOKAL

ae i ou

KONSONAN h KONSONAN dz
p PINJAMAN
bcdf g w
j k l mn f vz
qr st v
xyz sy kh gh

th

DIFTONG

au ai oi

SISTEM POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

Kata dasar Bagi suku kata yang mempunyai
berakhirkan suku kata lebih daripada dua suku kata,
yang terlibat dengan sistem
terakhir keselarasan huruf vokal,
hanyalah dua suku kata yang
terakhir sahaja

● Merupakan keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada
dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata pra akhir dengan huruf vokal pada suku
kata akhir tertutup.

SISTEM POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu mengandungi 18 pola keselarasan vokal

SISTEM POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

SISTEM POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

● Daripada 18 pola keselarasan itu, terdapat 8 pola yang berbentuk pola-pola yang berubah
daripada sistem ejaan lama. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan untuk diguna huruf vokal
i atau u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal a, e
pepet, i atau u.

Kata-kata yang telibat kebiasaannya mengandungi huruf konsonan h, k, ng dan r.

SISTEM POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

● Mengenai pola-pola yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf
vokal menetapkan supaya diguna huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup
sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal e taling atau o juga.

Sistem Ejaan Kata Pinjaman

Bahasa Melayu telah menerima pinjaman kata
dari pelbagai bahasa seperti bahasa Arab,
bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain.
Hal ini berlaku semasa Tanah Melayu telah
dijajah oleh Inggeris dan Belanda.
Kedatangan orang India ke Tanah Melayu telah
menjadikan bahasa Sanskrit sebahagian daripada
perkataan Melayu.

Imbuhan Pinjaman Daripada Bahasa
Inggeris

Awalan

Akhiran

Imbuhan Pinjaman Daripada Bahasa
Sanskrit

Akhiran

Imbuhan Pinjaman Daripada Bahasa Arab

Penggunaan Huruf Kecil

Kata bangsa, suku, dan bahasa ditulis dengan huruf kecil jika berada di
tengah kalimat

- Pakar bahasa sedang mengkaji tentang pengindonesiaan istilah
asing.

Huruf pertama nama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan
yang tidak diikuti nama orang

- Baginda merupakan sultan negeri Perak.

Huruf pertama nama jabatan dan pangkat yang tidak diikuti nama
orang, nama instansi, atau nama tempat

- Pada tahun lalu ayahnya dilantik menjadi menteri.

Huruf pertama kata bin dan binti
-Nor Najiha binti Abu Bakar
-Siti Amira binti Samsuddin
- Nor Aishah binti Ali Abdu Rahman
- Raihan bin Mazlan

Penggunaan Huruf Besar

Huruf pertama pada awal ayat
- Rumah itu dibina berhampiran sungai.

Huruf pertama dalam petikan langsung
- Kementerian Pendidikan berkata “ Pendidikan di sekolah wajib
dipelajari warga Malaysia yang berumur dari enam hingga tujuh
tahun.

Huruf pertama setiap unsur nama orang
- Nur Haslinda
- Siti Fatimah
- Mohammad Ali

Huruf pertama dalam sapaan surat rasmi tetapi tidak diikuti nama
orang

- Tuan
- Puan
- Dato

Huruf pertama ganti nama untuk Tuhan
- Yang Maha Pengasih
- Yang Maha Pemurah
- Dia
- Nya

Gelaran atau nama seseorang tetapi diikuti dengan nama
penyandang

- Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah Encik
Ismadi Bin Ahmad

Huruf pertama nama jabatan, kementerian dan seumpamanya
- Kementerian Perikanan Malaysia
- Kementerian Alam Sekitar

Huruf pertama setiap unsur gelaran kehormat, rujukan kehormat,
nama, gelaran, pangkat atau keturunan dan nama gelaran agama yang
diikuti dengan nama orang

- Tengku Ahmad Mustaffa
- Raja Mohd Ali

Huruf pertama nama tahun, bulan, hari , hari perayaan, kebesaran serta
hari bersejarah

- Disember
- Masihi
- Mac

Huruf pertama nama suku, kaum, bangsa dan bahasa
- Kaum Kadazan
- Kaum Iban
- Bahasa Cina
- Bangsa Melayu

Huruf pertama judul, nama buku, majalah, akhbar, karangan atau artikel
- Sinar Harian
- Metro
- Sang Kancil dan Sang Buaya
- Si Manja

Huruf pertama dalam nama geografi dan nama tempat seperti (
negeri, negara, daerah dan sebagainya)

- Perak
- London
- Daerah Permatang Pauh
- Tanah Melayu

Huruf pertama dalam singkatan nama, gelaran, pangkat, sapaan dan
terdiri daripada satu nama sahaja

- En. Musa
- Pn. Saleha

Huruf pertama dalam setiap perkataan yang diulang penuh dalam kata
ganda

- Mahkamah Syariah
- Peguam-Peguam

Semua huruf yang membentuk singkatan nama khas
- SM ( Sebelum Masihi)

Huruf Sesuatu akronim
_ Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

Membentuk akronim nama khas hasil pencantuman huruf awal setiap
kata dalam rangkai kata atau frasa
-JPAM ( Jabatan Pertahanan Awam Malaysia)

Huruf pertama nama orang atau nama geografi yang digunakan sebagai
nama jenis atau satuan ukuran

- 35cm
- 56volt
- 6m

Huruf pertama nama dalam geografi yang tidak khas
- Pemandangan dari atas bukit itu sungguh indah.
- Air sungai tersebut sungguh deras.

Penggunaan Tanda Baca

Titik atau Tanda tanya (?) Tanda seru (!)
noktah (.)
● Pada akhir ayat ● Digunakan bagi
● Digunakan pada tanya ayat seruan,
akhir ayat perintah, atau rasa
● Pada akhir ayat emosi
● Digunakan untuk tanya sebelum
singkatan nama penutup kata Tanda koma (,)
orang
Tanda sempang ● Digunakan untuk
Tanda titik (-) mengasingkan ayat
bertindih ( :) ● Menandakan
● Menyambungkan tempat berhenti
● Memberikan kata ganda yang sebentar
penjelasan seperti diulang
tarikh, masa dan
● Ke- dengan angka
tempat ● Angka dengan -an

3.0

KEGRAMATISAN ASPEK

TATABAHASA

KESALAHAN EJAAN

01 Kesalahan huruf
02 Kesalahan tanda baca
03 Kesalahan kata majmuk
04 Perkataan mengikut imbuhan pinjaman
05 Kata nama am yang mengikuti imbuhan pinjaman

KESALAHAN HURUF

HURUF VOKAL (a,e,i,o,u)

Salah Betul
Mee Mi

Akedemik Akademik
Kafetaria Kafeteria
Zu Zoo

KESALAHAN HURUF

HURUF KONSONAN

Salah Betul

Lojik Logik

Garpu Garfu
Losyen Losen
Kontijen Kontigen

KESALAHAN HURUF

HURUF BESAR

Huruf besar mestilah digunakan pada awal kata nama khas dan pangkal ayat.
Antara contoh kesalahan penggunaan huruf besar

- Menggunakan huruf besar pada awal kata nama am.
Contoh : Ali dan Bapanya pergi memancing di sungai.

- Menggunakan huruf besar pada pertengahan ayat.
Contoh : Ibu sedang Memasak bersama nenek di dapur.

- Nama seseorang tidak ditulis dengan huruf besar.
Contoh : Cikgu Adnan meminta ali untuk mengambil bukunya di bilik guru.

KESALAHAN HURUF

HURUF KECIL

Huruf kecil mestilah digunakan untuk kata nama am dan pada semua perkataan
yang bersifat umum.
Antara contoh kesalahan penggunaan huruf kecil

- Menulis nama tempat menggunakan huruf kecil.
Contoh : Aina bercuti di pulau langkawi pada minggu lepas.

- Nama panggilan ditulis menggunakan huruf besar.
Contoh : Saya ternampak Ibu dan Ayah sedang makan durian di belakang rumah.

KESALAHAN TANDA BACA (tanda sempang)

● Semua kata ganda ● Sebarang kata nama
perlu mempunyai khas yang mengikuti se
tanda sempang. perlu dijarakkan dengan
Contoh : Kuih-muih, tanda sempang.
bukit-bukau, Contoh : se-Malaysia,
gunung-ganang.
● Sebarang kata nama khas
● Kata bilangan yang
menggunakan angka yang mengikuti imbuhan
atau nombor mesti
mempunyai tanda pinjaman seperti pro dan
sempang.
Contoh : ke-5, ke-3. anti perlu dijarakkan

dengan diletakkan tanda ● Sebarang kata nama

sempang. am yang mengikuti

Contonh: anti-Israel, perkataan se perlu

anti-Jepun, Pro-Amerika. dicantum dengan

huruf kecil tanpa

tanda sempang.

● Contoh : secantik,

seindah, setinggi.

KESALAHAN KATA MAJMUK

Kata majmuk Kata majmuk
berjarak bercantum

● Perkataan perlu dijarakkan Antara contoh kata majmuk
sekiranya perkataan kedua
tersebut boleh berdiri bercantum ialah
sendiri dan mempunyai - Matahari
makna. - Kakitangan
- Antarabangsa
● Ibu bapa, tuan puan. - Beritahu
- Kerjasama
- Sukarela

PERKATAAN MENGIKUT IMBUHAN PINJAMAN

Setiap perkataan yang mengikuti
imbuhan pinjaman seperti juru, maha
dan tata perlu dieja dengan bercantum.

Antara contoh :

● Jurujahit
● Juruheboh
● Jurujual
● Jururawat
● Mahasiswi
● Mahakuasa
● Tatacara
● Tatabahasa

KATA NAMA AM YANG MENGIKUTI IMBUHAN PINJAMAN

- Sebarang kata am yang mengikuti imbuhan pinjaman anti, pro, pasca,
multi, dwi, swa, eko dan pra perlu dieja berdekatan.

Contoh :

- Antidadah
- Antirasuah
- Multimedia
- Swafoto
- Prabayar
- Prasekolah
- Ekosistem

KESALAHAN KATA

Kesalahan kata ini berlaku disebabkan oleh terdapat banyak perkataan yang
membawa makna hampir sama sehingga menyebabkan seseorang itu gagal
untuk memilih kata yang sesuai dan betul.

1) Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri.
2) Kesalahan penggunaan kata tugas.
3) Kesalahan kata bilangan.
4) Kesalahan penggunaan kata nafi.
5) Kesalahan penggunaan kata hubung.
6) Kesalahan penggunaan sendi nama.
7) Kesalahan penggunaan kata pemeri.
8) Kesalahan penggunaan kata ganda.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA ( saya,aku,patik,beta,kami,kita)

Contoh : Kami hendaklah memahami kelima-lima prinsip rukun negara.
Kesalahan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kami kerana kami hanya merujuk
kepada penutur bukan bersama dengan pendengar.
Pembetulan : Kita hendaklah memahami kelima-lima prinsip rukun negara.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA (awak,anda,kamu,engkau,kalian)

Contoh : “Kalian-kalian perlulah rajin mengulang kaji pelajar agar memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti” pesan Cikgu Aishah kepada
muridnya.
Kesalahan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kalian-kalian kerana kata ganti
nama diri yang sudah membawa maksud jamak tidak perlu digandakan.
Pembetulan : “Kalian perlulah rajin mengulang kaji pelajar agar memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti” pesan Cikgu Aishah kepada
muridnya.

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA (dia,mereka,ia,beliau,-nya)

Contoh : Pencuri dompet itu telah ditangkap oleh pihak polis.Beliau akan dihadapkan
ke mahkamah pada minggu depan.
Kesalahan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata ganti nama diri ketiga beliau.
Beliau hanya digunakan untuk orang yang berjawatan dan dihormati serta tidak
sesuai dirujuk kepada kanak-kanak atau penjenayah.
Pembetulan : Pencuri dompet itu telah ditangkap oleh pihak polis.Dia akan
dihadapkan ke mahkamah pada minggu depan.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TUGAS

● Ali tidak boleh menghadiri kelas kerana demam.

● Kesalahan dalam ayat tersebut ialah penggunaan
kata tugas boleh, kerana perkataan boleh tidak
sesuai untuk menunjukkan keupayaan.

● Pembetulan : Ali tidak dapat menghadiri kelas kerana
demam.

KESALAHAN KATA BILANGAN

Contoh : Setengah masyarakat masih mengabaikan kepentingan
pelitup muka ketika negara dilanda dengan wabak covid-19.

Kesalahan : Kata bilangan setengah digunakan untuk benda yang
boleh dibahagi dua dan tidak sesuai digunakan untuk manusia.

Pembetulan : Sesetengah masyarakat masih mengabaikan
kepentingan pelitup muka ketika negara dilanda dengan wabak
covid-19.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG

Contoh : Setiap hari, Kifayah dan Hanim pergi ke sekolah
bersama-sama dan pulang dari sekolah bersama-sama.

Kesalahan : Penggunaan kata hubung (dan) tidak boleh digunakan
secara berulang kali atau lebih untuk tujuan yang sama. Kata dan
ialah kata hubung yang menggabungkan dua klausa untuk menjadi
satu ayat majmuk.Jika ingin digunakan untuk kali kedua, kata dan
hendaklah ditukar kepada kata serta.

Pembetulan : Setiap hari, Kifayah dan Hanim pergi ke sekolah
bersama-sama serta pulang dari sekolah bersama-sama.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI

Contoh : Makanan itu tidak
untuk Aina.

Kesalahan : Tidak. Kata tidak
hanya digunakan untuk frasa
kerja dan frasa adjektif.

Pembetulan : Makanan itu
bukan untuk Aina.

# Kata nafi terdiri daripada tidak dan bukan.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI

Contoh : Adalah diberitahu bahawa sekolah akan ditutup
esok.
Kesalahan : Adalah.Hal ini kerana kata pemeri tidak boleh
hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Pembetulan : Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan
ditutup esok.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama biasanya terletak di hadapan kata nama dan
frasa nama.Contoh, di, ke, dari, daripada, kepada, pada.
Contoh : Atlet renang itu berasal daripada Malaysia.
Kesalahan : Daripada.Hal ini kerana kata sendi nama daripada
hanya digunakan kepada manusia, haiwan dan benda.
Pembetulan : Atlet renang itu berasal dari malaysia.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA

Contoh : Atlet renang itu berasal daripada Malaysia.
Kesalahan : Daripada.Hal ini kerana kata sendi nama daripada
hanya digunakan kepada manusia, haiwan dan benda.
Pembetulan : Atlet renang itu berasal dari malaysia.

KESALAHAN AYAT

Contoh kesalahan ayat :

- Abang menghadiahkan ibu sejambak bunga Ros.
Perkataan menghadiahkan hendaklah ditukar kepada menghadiahi.

- Sekolah abang terletak antara klinik desa dan kedai runcit.
Perkataan antara perlu diletakkan di sebelumnya kerana sekolah
merujuk kepada tempat iaitu di antara.

- Pertandingan nasyid di antara Sekolah Kebangsaan Chetok dengan
Sekolah Kebangsaan Durian Daun akan diadakan pada pagi esok.
Perkataan di antara perlu diubah menjadi antara sahaja kerana
Sekolah Kebangsaan Chetok dan Sekolah Kebangsaan Durian Daun
merujuk kepada kata nama bukan jarak.

KESALAHAN AYAT

- Berbagai jenis makanan dimasak oleh ibu sempena hari Raya
Aidilfitri.
Perkataan berbagai perlulah ditukar menjadi berbagai-bagai.

- Kedua anak Puan Salmah meninggal dunia kerana kemalangan
kereta.
Kedua perlu diubah menjadi kedua-dua.

- Semua pelajar-pelajar itu membaca doa belajar sebelum sesi
pembelajaran bermula.
Penggunaan ayat semua pelajar-pelajar salah kerana perkataan
semua sudah merujuk kepada bilangan yang ramai maka perkataan
pelajar tidak perlu digandakan.Namun, perkataan pelajar boleh
digandakan tetapi penggunaan perkataan semua tidak perlu berada
di depan ayat.


Click to View FlipBook Version