The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsul.ibnusaad, 2020-11-17 21:09:54

KAJIAN TINDAKAN PERPULUHAN

KAJIAN TINDAKAN PERPULUHAN

Menambahbaik Amalan Mengajar Operasi Menambah dan Menolak Dua
Nombor Perpuluhan Sehingga Tiga Tempat Perpuluhan Menggunakan

Perwakilan Warna Nilai Nombor

Disediakan oleh
Muhamad Shamsul bin Saad

Hisham bin Ali

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kad warna dalam
membantu murid Tahun 5 melaksanakan sebarang penambahan dan penolakan nombor
perpuluhan. Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Chikus, Hilir Perak. Kajian ini
menggunakan reka bentuk kajian tindakan dan melibatkan peserta kajian seramai 20 orang
murid Tahun 5 Assalam. Fokus utama kaedah ini adalah bertujuan untuk membantu murid-
murid membuat penambahan dan penolakan nombor perpuluhan dengan betul. Instrumen
yang digunakan dalam melaksanakan kaedah ini ialah ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian
di dalam kelas dan temu bual. Oleh yang demikian, pengkaji percaya bahawa instrumen-
instrumen ini amat membantu dalam menilai tahap prestasi dan kemajuan murid-murid
sebelum dan selepas kaedah ini dilaksanakan. Pengkaji mendapati bahawa dapatan pada akhir
kajian ini menerusi pemerhatian menunjukkan murid-murid yang pasif sebelum ini berubah
sikap menjadi lebih aktf selepas tindakan dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan
beberapa kesilapan yang dikenalpasti seperti tidak memahami konsep penambahan dan
penolakan nombor perpuluhan dengan nombor bulat, tidak mahir dalam nilai tempat nombor
perpuluhan, kesilapan meletakkan titik perpuluhan dalam hasil jawapan yang diperoleh, dan
kecuaian semasa pengiraan. Dapatan kajian juga menunjukkan intervensi yang digunakan
berjaya membantu semua peserta kajian memahami konsep dan menguasai kemahiran
menambah dan menolak sebarang dua nombor perpuluhan menggunakan kad warna ini.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah kad warna ini berkesan dalam membantu
murid yang lemah meningkatkan penguasaan mereka dalam menambah dan menolak nombor
perpuluhan..

1

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setelah hampir dua minggu mengajar standard kandungan perpuluhan, penyelidik mendapati
murid Tahun 5 masih tidak dapat menguasai standard pembelajaran menambah dan menolak
hingga tiga tempat perpuluhan terutama apabila melibatkan nombor bulat. Apabila penyelidik
membuat refleksi kembali, penyelidik mendapati bahawa kaedah yang penyelidik laksanakan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tidak memberikan impak yang positif kepada
mereka. Penyelidik hanya menggunakan contoh dan menulis langkah pengoperasian
penambahan dan penolakan pecahan tanpa bantuan bahan bantu mengajar. Hal ini dapat
dilihat kesannya apabila sering kali penyelidik mendapati murid selalu mengeluh tidak faham,
bertanyakan kembali proses penambahan dan penolakan perpuluhan. Hal ini dapat direkodkan
menerusi luahan kata mereka seperti “tak faham la cikgu”,”pastu macam mana
cikgu”,”aduh,tak boleh mcm tu ye cikgu”. Ini membuktikan bahawa mereka sering
bergantung kepada jawapan guru dan tidak memahami lagi konsep yang telah diajar oleh guru
mereka.

Menurut Carpenter et al.(1981), Hiebert dan Weame (1986), nombor perpuluhan
adalah antara tajuk yang didapati sukar oleh kebanyakan murid. Selain itu, salah satu faktor
yang menyebabkan murid menghadapi kesukaran adalah kekurangan pengetahuan tentang
konsep nombor perpuluhan. Oleh itu, murid lebih suka untuk menghafal petua dan langkah-
langkahyang berkaitan dengan nombor perpuluhan. Contohnya pertukaran pecahan
persepuluh kepada perpuluhan.

Terdapat banyak miskonsepsi dalam kalangan murid dalam tajuk nombor perpuluhan
ini adalah berpunca daripada perbezaan peraturan dalam mengaplikasikan nombor perpuluhan
berbanding dengan nombor bulat, sebagaimana berikut:

a) Terdapat kekeliruan di mana sifat-sifat nombor bulat yang diaplikasikan kepada
nombor perpuluhan atau tidak boleh diaplikasikan. Murid dilihat membuat
generalisasi peraturan bagi nombor bulat diguna pakai untuk nombor perpuluhan
dan‘misuse’ peraturan nombor bulat bila membuat penyelesaian bagi nombor
perpuluhan.
Contohnya:
Murid mengalami kesukaran untuk mengenal magnitude bagi nombor perpuluhan
jika terdapat nombor digit di sebelah kanan titik perpuluhan dan menganggap

2

nombor perpuluhan sebagai nombor bulat seperti 32∙45, dianggap sebagai 3 245
semasa melakukan proses penambahan dan penolakan dimana titik perpuluhan
dianggap tidak bermakna dalam memberi nilai pada sesuatu nombor.
b) Murid membuat anggapan bahawa lebih banyak digit di sebelah kanan titik
perpuluhan maka lebih besar nombor tersebut. Sebaliknya, lebih sedikit bilangan
digit di sebelah kanan sesuatu nombor maka lebih kecil nombor tersebut.
Contohnya:
23.45 dianggap lebih besar berbanding 54.3.
c) Terdapat juga murid beranggapan bahawa lebih banyak digit bagi sesuatu nombor
itu maka lebih besar nilainya tanpa mengambil kira kedudukan nilai digit bagi
nombor tersebut.
Contohnya:
5.8 dianggap lebih besar berbanding 8.
Murid tidak dapat membezakan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Bagaimanapun
masalah timbul apabila soalan nombornya tidak boleh ditambah secara langsung. Berikut
adalah contoh-contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa menambah dan menolak
perpuluhan.

3

4

kebanyakan murid tidak memahami peranan nilai tempat dalam penyelesaian masalah
berkaitan dengan penambahan dan penolakan. Murid-murid kadang kala mempunyai
miskonsepsi tentang nilai tempat bagi masalah aritmetik ataupun digit yang selalu disusun
secara menegak dan bermula dari kanan. Notasi ini secara tradisional, murid-murid diajar
untuk menyusun nilai tempat digit dan tambah secara menegak.. Contohnya seperti dibawah:

Miskonsepsi yang berlaku ialah murid tidak memahami peranan nilai tempat nombor
perpuluhan semasa menambah. Didapati murid melakukan operasi tambah nombor
perpuluhan dengan tidak menyusunnya mengikut nilai tempat yang sebenar serta kedudukan
titik perpuluhan yang tidak disusun dalam turus yang sama.

Merujuk soalan di atas, kesalahan yang berlaku ialah :
i. Digit 4 (iaitu tempat perseratus ) telah disusun di bawah digit 5 (iaitu tempat

persepuluh).
ii. Digit 2 (iaitu tempat persepuluh) telah disusun di bawah digit 3 (iaitu tempat sa).
iii. Digit 0 (iaitu tempat sa) telah disusun di bawah digit a (iaitu tempat puluh).

5

iv. Titik perpuluhan tidak disusun dalam turus yang sama.

Murid-murid yang menghadapi kesukaran ini akan menyusun nombor dengan
mengabaikan titik perpuluhan bagi memberi jawapan 1.59 (iaitu jawapan yang salah) atau
abaikan terus. Selain itu, murid-murid tidak memahami konsep dan nilai digit jika nombor
tersebut ada titik perpuluhan.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini bermula dengan semakan lembaran kerja untuk mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5. Kemudian, ujian diagnostik diedarkan kepada
murid Tahun 5 untuk mengenal pasti responden kajian yang dipilih. Seterusnya, ujian pra
dijalankan kepada peserta kajian untuk mengumpul maklumat mengenai tahap penguasaan
mereka. Seterusnya, pengkaji menjalankan intervensi dengan menggunakan Kaedah Kad
Warna Nombor kepada peserta kajian. Sebanyak tujuh sesi telah dilaksanakan dan setiap sesi
mengambil masa satu jam.

Langkah 1 : Pengenalpastian Isu dan Masalah

Pada peringkat permulaan, pengkaji mendapati murid kurang memberikan respon semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengkaji juga menyemak dan meneliti latihan
yang telah diberikan. Didapati pengkaji banyak melakukan kesalahan dalam topik perpuluhan.

Langkah 2 : Perancangan Tindakan

Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah akan pengkaji lakukan
terhadap responden. Tinjauan awal dilakukan membolehkan pengkaji mengetahui permasalah
yang dihadapi. Oleh itu, pengkaji merancang beberapa perkara. Antaranya ialah :

i. Semakan buku latihan
Semakan buku latihan juga dilakukan bagi mengesan kelemahan responden bagi topik
perpuluhan. Kelemahan responden juga boleh dikesan berdasarkan latihan yang diberi dalam
kelas dan di rumah.

6

ii. Sesi Temu Bual
Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual dengan murid-murid secara lisan untuk
mendapatkan maklumat. Murid memberi respon yang negatif bagi penambahan dan
penolakan perpuluhan apabila mendapati hasil kerja mereka adalah salah. Kebanyakan murid
boleh menambah dan menolak dengan betul tetapi kesilapan berlaku adalah berpunca kerana
tidak mahir untuk meletakkan digit betul pada nilai tempatnya .

iii. Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku responden semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pengkaji teruja untuk menjadikan tajuk kecil ini sebagai tajuk
kajian (walaupun nampak mudah) tetapi menjadi masalah untuk responden menguasai konsep
ini. Responden kurang memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Responden tidak menunjukkan sikap yakin diri apabila saya meminta mereka
menjawab soalan di papan putih dan kelihatan senyap apabila guru mengemukakan soalan.

iv. Pra Ujian
Selain menjalankan sesi temu bual dan pemerhatian, pengkaji turut menjalankan Pra Ujian
bagi menguji tahap penguasaan murid tentang penambahan dan penolakan perpuluhan.
Sebanyak 15 soalan mekanikal telah disediakan. Murid dikehendakai untuk menjawab semua
soalan tersebut dalam masa 30 minit. Jadual 1 adalah keputusan bagi Pra Ujian tersebut.

Responden 1 5/15
Responden 2 7/15
Responden 3 10/15
Responden 4 3/15
Responden 5 5/15
Responden 6 6/15
Responden 7 5/15
Responden 8 7/15
Responden 9 3/15
Responden 10 2/15

7

Responden 11 5/15
Responden 12 4/15
Responden 13 8/15
Responden 14 7/15
Responden 15 1/15
Responden 16 4/15
Responden 17 9/15
Responden 18 7/15
Responden 19 2/15
Responden 20 7/15

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian
Objektif kajian saya ialah untuk untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam
menambah dan menolak dua nombor perpuluhan dengan kaedah kad warna.

Persoalan Kajian.

1) Bagaimanakah saya dapat menambahbaik amalan pengajaran kemahiran menambah
dan menolak dua nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan dengan
menggunakan kad warna nombor?

2) Bagaimanakah penggunaan kad warna dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran penambahan dua nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan
yang melibatkan pengumpulan semula?

8

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 20 orang murid Tahun 5 Assalam dan 2 orang guru
Matematik Sekolah Kebangsaan Chikus. Responden adalah terdiri daripada 8 orang murid
lelaki dan 12 orang murid perempuan. Guru yang terlibat ialah terdiri daripada dua orang guru
lelaki yang mempunyai pengalaman mengajar melebihi 10 tahun.

AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Bagi mengatasi masalah miskonsepsi di atas, menambah dan menolak nombor
perpuluhan akan lebih mudah sekiranya murid dapat menguasai nilai tempat bagi sesuatu
digit samada digit tersebut adalah nombor bulat ataupun nombor perpuluhan. Bagi menangani
masalah miskonsepsi ini, pengkaji telah mengambil ilham daripada konsep lampu isyarat
yang melibatkan warna hijau, kuning dan merah bagi perwakilan warna nombor bulat.
Nombor perpuluhan pula diwakilkan dengan warna biru seperti di bawah.

Warna Nilai tempat
Ratus
Puluh
Sa

Perpuluhan

Pengkaji membina pengetahuan murid dengan nombor bulat terlebih dahulu menggunakan
perwakilan warna ini.

523 Lima ratus dua puluh tiga

45 Empat puluh lima

9

Pengkaji kemudiannya meneruskan dengan operasi tambah dan tolak nombor bulat bagi
menunjukkan kedudukan nilai tempat.
Contoh : 523 + 45 =

523
45

Selepas beberapa sesi mengaplikasikan kedah perwakilan warna bagi nombor bulat, pengkaji
seterusnya memulakan penggunaan kaedah ini untuk menambah dan menolak perpuluhan.
Bagi nombor perpuluhan, pengkaji menggunakan warna biru sebagai perwakilan bagi nilai
tempat digit perpuluhan. Bagi warna biru, murid hanya menyebut angka sahaja.
Contoh :

5 2 . 3 Lima puluh dua perpuluhan tiga

7 . 4 5 Tujuh perpuluhan empat lima

4 1 . 2 5 7 Empat puluh satu perpuluhan dua lima tujuh

Murid akan menambah atau mnolak perpuluhan dengan lebih mudah dengan memahami nilai
tempat berpandukan kepada perwakilan warna seperti berikut.

10

Contoh : 52.3 + 7.45 =

5 2.3
7.4 5

Murid haruslah meletakkan digit mengikut warna yang betul sebelum memulakan operasi.
Bagi digit yang tidak mempunyai pasangan, digit sifar akan menggantikan kekosongan
tersebut.

Sebanyak tujuh sesi pembelajaran dijalankan dalam kajian ini yang melibatkan tiga

fasa. Setiap sesi berlangsung selama sejam waktu Pengajaran dan Pemudahcaraan bagi mata

pelajaran Matematik. Berikut adalah pecahan bagi setiap fasa;

Fasa 1 (2 sesi) :

Murid membina konsep nombor bulat menggunakan kad warna bagi mewakili nilai

digit yang berbeza. Dalam fasa ini, murid didedahkan untuk membina nombor sendiri

menggunakan kad warna tersebut dan menyatakan nilai tersebut.

11

Fasa 2 (3 sesi) :

Murid membina konsep nombor perpuluhan menggunakan kad warna bagi mewakili

nilai digit yang berbeza. Dalam fasa ini, murid juga didedahkan untuk membina

nombor sendiri menggunakan kad warna tersebut bagi menggalakkan proses

pengecaman nilai tempat dan membezakan nombor bulat dengan perpuluhan.

12

Fasa 3 (2 sesi) :

Murid melakukan operasi menambah dan menolak tanpa menggunakan kad warna.

Murid digalakkan untuk melakukan pengecaman warna bagi setiap digit untuk

meletakkan digit-digit tersebut betul pada kedudukannya. Responden yang lemah akan

terus menggunakan kad warna bagi mengukuhkan pengetahuan mereka dengan konsep

yang betul.

Rajah menunjukkan responden menulis huruf H mewakili warna hijau, K mewakili
warna kuning dan B mewakili warna biru semasa melakukan pengiraan. Ini dapat
mengelakkan miskonsepsi responden terhadap nilai tempat bagi digit tersebut
seterusnya membolehkan responden melakukan operasi menambah dan menolak
perpuluhan dengan betul.

13

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Pengajaran operasi nombor perpuluhan melibatkan kira tambah, kira tolak hatta kira
darab dan kira bahagi perlu dilakukan dengan menggunakan prosedur yang khusus dan perlu
dilaksanakan dengan berasaskan kefahaman dan bukan hafalan. Ada beberapa perkara penting
yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan operasi di atas seperti yang melibatkan nilai
tempat bagi setiap digit dan konsep penukaran pecahan kepada perpuluhan. Penggunaan
bahan bantu mengajar sama ada bahan konkrit, media dan teknologi boleh digunakan untuk
memastikan murid-murid memahami pengajaran dengan lebih mudah dan jelas.

Analisis Kuantitatif

Dalam kajian ini, penyelidik telah. Menjurus kepada permasalahan murid yang telah
dikenalpasti, pengkaji telah membantu murid untuk mengukuhkan semula penguasaan konsep
mereka dengan menggunakan kad warna sebagai bahan sumber inkuiri untuk membina
kefahaman murid untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid meletakkan digit betul pada
tempatnya semasa menyelesaikan penambahan dan penolakan perpuluhan. Dapatan kajian
yang diperoleh adalah seperti Jadual 2 berikut:

Responden 1 Ujian Pra Ujian Pasca % Peningkatan
Responden 2 5/15 12/15 46.67%
Responden 3 7/15 13/15 40%
Responden 4 10/15 15/15 33.33%
Responden 5 3/15 10/15 46.67%
Responden 6 5/15 12/15 46.67%
Responden 7 6/15 12/15 40%
Responden 8 5/15 10/15 33.33%
Responden 9 7/15 12/15 33.33%
Responden 10 3/15 9/15 40%
Responden 11 2/15 9/15 46.67%
5/15 12/15 46.67%

14

Responden 12 4/15 11/15 46.67%
Responden 13 8/15 15/15 46.67%
Responden 14 7/15 15/15 53.33%
Responden 15 1/15 8/15 46.67%
Responden 16 4/15 12/15 53.33%
Responden 17 9/15 15/15
Responden 18 7/15 13/15 40%
Responden 19 2/15 10/15 40%
Responden 20 7/15 15/15 53.33%
53.33%

Jadual 2 : Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca

Penyelidik telah menggunakan bentuk item yang sama yang digunakan semasa ujian
pra dan mengubahsuai dengan digit yang berbeza. Jadual 2 menunjukkan perbandingan ujian
pra dan ujian pasca bagi 20 sampel kajian. 20% iaitu 5 orang murid yang mendapat markah
penuh 100% dalam ujian pasca berbanding 0% dalam ujian pos. Secara keseluruhannya,
kesemua responden menunjukkan kenaikan markah yang sangat tinggi berbanding ujian Pra.
Hal ini kerana responden telah mngatasi miskonsepsi dalam konsep penambahan dan
penolakan nombor perpuluhan.

Keseluruhan Ujian Pra Ujian Pasca % Peningkatan
35.67% 80% 44.33%

Jadual 3 : Perbandingan purata markah ujian pra dan ujian pasca

Skor purata murid meningkat daripada 35.67% kepada 80%. Secara keseluruhannya
semua responden mencapai tahap minima skor 40% malah ada yang melepasi skor 50%.
Peningkatan yang sangat memberansangkan ini menunjukkan bahawa responden telah dapat
menjawab soalan-soalan penambahan dan penolakan nombor perpuluhan dengan betul dan
dapat mengatasi miskonsepsi konsep yang dihadapi sebelum ini. Justeru, kemungkinan
kesilapan yang dilakukan hanya disebabkan oleh kecuaian semasa dalam pengiraan.

15

Analisis Kualitatif

Sepanjang menjalankan penyelidikan kajian tindakan ini, pengkaji telah membuat
pemerhatian dan temubual terhadap tiga orang responden iaitu responden 2, responden 12 dan
responden 20. Pemerhatian ini dijalankan setelah penyelidik memperkenalkan penggunaan
kad warna sebagai perwakilan nombor dalam menambah dan menolak nombor perpuluhan.
Pemerhatian dianalisis menggunakan borang senarai semak pemerhatian. Dapatan kajian yang
telah dianalisis ditunjukkan pada Jadual 4.

Fokus Aspek Responden 2 Responden 12 Responden 20

1. Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Minat
Memberikan
2.
Tingkah sepenuh

laku tumpuan X / X / X /
semasa proses

P&P

berlangsung

Seronok X/X/X/
belajar

Membuat

kerja lain yang

tiada kaitan / X / X /X
dengan

kemahiran

yang di ajar

Mengganggu XX / X / X

rakan lain

Bercakap atau XX / X / X

bermain

Menjawab

soalan secara X / XXX /

3. sukarela

Penglibatan Menggalakkan

orang lain X / XXX /

untuk belajar

Jadual 4 : Senarai Semak Pemerhatian
16

Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, didapati ketiga-tiga responden
menunjukkan minat terhadap pengajaran yang dijalankan. Ketiga-tiga responden memberi
tumpuan sepenuhnya semasa proses PdPc berlangsung. Responden juga seronok belajar
apabila keseluruhan murid mahu mencuba untuk menggunakan kad warna sebagai bahan
bantu belajar. Penggunaan kad warna membolehkan murid menyelesaikan latihan secara
hands on. Selain daripada itu, terdapat perubahan terhadap tingkah laku responden apabila
masing-masing tidak membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan kemahiran yang diajar,
tidak menggangu rakan lain dan tidak bercakap atau bermain semasa guru memberikan
penerangan atau rakan-rakan lain melaksakan arahan yang diberikan oleh guru.

Dapatan dikukuhkan lagi dengan data kualitatif melalui temu bual separa berstruktur
terhadap Responden 2, Responden 12 dan Responden 20. Jadual 5 menunjukkan analisa
temubual bersama murid.

Tema Soalan Responden Ya Tidak Refleksi

PEMAHAMAN MURID 1. Adakah kamu faham Responden 2 /
pengajaran guru Responden 12
PENGUASAAN MURID dengan penggunaan Responden 20 /
kad warna? Responden 2 / Mudah faham
Responden 12 /
2. Adakah kamu suka Responden 20 /
pembelajaran cikgu Responden 2 / Seronok
hari ini ? Responden 12 /
/
3. Adakah kamu dapat Responden 20
menyelesaikan Lebih mudah
penambahan dan / berbanding
penolakan
menggunakan dahulu
perwakilan warna?
/
4. Adakah kamu akan Responden 2
mengajar orang lain /
yang tidak faham Responden 12 /
menggunakan Responden 20
perwakilan warna ini?

Jadual 5 : Analisa temubual bersama murid
17

Menerusi kaedah temubual, penyelidik mendapati terdapat perubahan yang positif
terhadap pemahaman dan penguasaan murid apabila ketiga-tiga responden yang ditemubual
faham, suka dan bersedia untuk menggunakan perwakilan kad warna sebagai salah satu
kaedah penyelesaian penambahan dan penolakan nombor perpuluhan. Dapatan temubual juga
mendapati murid lebih jelas setelah melalui beberapa sesi latihan secara ansur maju dan lebih
mudah berbanding dengan kaedah dahulu. Hasil temubual bersama murid, penyelidik
mendapati, responden berasa gembira apabila melalui tujuh sesi pengajaran ansur maju
dimana mereka dapat memahami dengan jelas penambahan dan penolakan perpuluhan.

Perbincangan

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati penggunaan kad warna sebagai bahan
bantu mengajar konkrit adalah sangat penting bagi membolehkan murid memahami perbezaan
antara nombor bulat dengan nombor perpuluhan. Selain daripada itu, murid juga haruslah
memahami perpuluhan sebagai sebahagian daripada pecahan sebagai asas dalam konsep
perpuluhan. Murid haruslah memahami nilai tempat bagi sesuatu digit bagi membolehkan
mereka menentukan kedudukan digit tersebut semasa melakukan penambahan dan penolakan
sesuatu nombor. Pembelajaran secara teori akan hanya membuang masa kerana murid-murid
tidak dapat membayangkan apa itu konsep perpuluhan yang sebenarnya.

Penggunaan warna hijau, kuning, merah dan biru juga difikirkan sesuai dimana warna-
warna ini adalah dekat dengan murid mengambil kira warna pada lampu isyarat sebagai
aplikasi nombor bulat dan biru mewakili perpuluhan bagi meningkatkan kefahaman mereka
dengan lebih mendalam dan berkesan. Penggunaan warna telah terbukti memainkan peranan
penting dalam merangsang emosi yang berlainan dan menarik perhatian murid (Chang, Xu, &
Watt 2018). Malah, warna-warna tertentu dapat memberikan kesan kepada ingatan kita
terhadap sesuatu yang pernah dilihat atau dipelajari, di samping warna memudahkan kita
untuk mengingati semula sesuatu, sama ada ingatan itu disimpan dalam ingatan jangka
pendek atau jangka panjang. Kenyataan ini sejajar dengan pendapat Dzulkifli & Mustafar
(2013) yang mempercayai bahawa warna adalah pengalaman visual manusia yang paling
penting. Ia berfungsi sebagai saluran maklumat yang berkesan kepada sistem kognitif
manusia dan didapati berperanan penting dalam menguatkan ingatan (Olurinola & Tayo,
2015).

18

Di samping penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan dalam
pembelajaran tajuk perpuluhan, guru juga memainkan peranan yang penting sebagai fasilitator
kepada murid-murid sewaktu menggunakan bahan tersebut. Guru tidak seharusnya
membiarkan sahaja murid-murid mencari maklumat mengenai konsep perpuluhan dengan
sendiri supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih
sistematik dan berkesan seterusnya mengurangkan berlakunya miskonsepsi yang sering
timbul dalam subjek Matematik.

Minat murid terhadap subjek Matematik juga akan dapat ditanam dan tidak terus
menganggap Matematik sebagai subjek yang susah dan sukar dikuasai. Walaupun tajuk
perpuluhan merupakan salah satu tajuk yang mencabar dalam subjek Matematik,
pembelajaran akan lebih mudah, seronok dan berjaya menarik minat murid-murid dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.

CADANGAN

Sebagai kesimpulannya, penyelidikan ini telah memberikan keputusan yang sangat
memberansangkan apabila kesemua responden menunjukkan peningkatan skor yang tinggi
dalam ujian pasca. Justeru itu, cadangan untuk kajian seterusnya pengkaji ingin mengubah
kumpulan sasaran kepada murid Tahun 4 yang telah mempelajari tajuk penambahan dan
penolakan perpuluhan mengikut Standard Kandungan KSSR Semakan 2017. Hal ini kerana,
apabila miskonsepsi nilai tempat bagi sesuatu digit dapat diatasi di peringkat yang lebih awal
maka tidak akan berlaku permasalahan yang lebih rumit di peringkat yang lebih tinggi
(Ahmad N., 2014). Selain daripada itu, keberkesanan penggunaan kad warna sebagai
mewakili nilai tempat juga memberi ilham kepada pengkaji untuk menggunakan pendekatan
yang sama bagi topik nombor bulat untuk diperkenalkan pada murid Tahun 1 dengan hanya
terhad kepada warna hijau dan kuning yang mewakili nilai tempat sa dan puluh. Konsep yang
sama diperkenalkan bagi membantu murid Tahun 1 menentukan kedudukan nombor semasa
operasi menambah dan menolak nombor bulat.

19

RUJUKAN
Ahmad, N. (2014). Mengintergrasi teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media
pengajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak awal umur. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu (JPBM), 4, 36–43
Carpenter, T.P" M.K. Corbiti, H. S. Kepner, M.M. Linquist dan R. E. RH'S. 1981. Decimals:
results and implications from the second NAEP mathematics assessment. Arithmetic Teacher
28(8): 34-37.
Chang, Bo., Xu, Renmei, & Watt, Tiffany. (2018). The Impact of Colors on Learning. Adult
Education Research Conference 2018, University of Victoria, Canda, June 7-10.
Dzulkifli & Mustafar. (2013). The influence of colour on memory performance: A review.
Malaysia Journal of Medical Sciences, 20(2), 3-9.
HIEBERT J. dan D. WEARNE. (1986). Procedures over concepts: The acquisition of decimal
number knowledge. Dalam Conceptual and Procedural Knowledge: The Case of
Mathematics, disunting oleh J. Hiebert, pp. 199-223. NJ: Lawrence Erlbaum Assoc.
Olurinola, Oluwakemi. & Tayo, Omoniyi. (2015). Colour in Learning: It’s Effect on Rate of
Graduate Students. Journal of Education and Practice, Vol.6, No.14, 2015, 1-6.

20


Click to View FlipBook Version