BUKU SKRAP
SPESIS
TUMBUHAN HERBA
NAMA : ALYA FATHINAH BINTI BUNYAMIN
UMUR :10 TAHUN
SEKOLAH : SK PERAMU JAYA ( CBA5084 )
26600 PEKAN PAHANG
KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN 4
2. MISAI KUCING 5
3. EKOR KUCING 6
4. KEMBANG SONGSANG 7
5. PENUTUP 8
PENDAHULUAN
Dewasa ini, banyak tumbuhan yang dahulunya pernah
menghiasi kediaman nenek moyang kita kian lupus dari
pandangan mata . Bukannya lupusnya dek sebab kepupusan ,
tetapi disebabkan kurangnya pemilihan tumbuhan tersebut
sebagai pelengkap gaya dekorasi laman . Masyarakat kini lebih
gemar memilih tumbuhan hanya berdasarkan rupa fizikalnya
sahaja bukan disebabkan keperluan .
Pernahkah kita terfikir , mengapa dan kenapa tumbuhan
tersebut dipilih menjadi sebahagian landskap kediaman ketika
dahulu ? Hakikat yang tidak di ketahui atau dilupakan adalah
setiap tumbuhan itu mempunyai khasiat dan keperluannya di
dalam hidup seperti “ Tumbuhan Herba “ .
Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai
dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya.
Herba digunakan secara meluas dalam masakan,
perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan
akibat gangguan makhluk halus yang tidak kelihatan secara
mata kasar.
Pelbagai tumbuhan herba digunakan secara meluas dalam
pelbagai bidang . Namun, dalam perubatan herba lebih banyak
menggunakan daun, buah , akar, bunga, kulit pokok dan bahagian
lain untuk dibuat herba dan ubat.
Tumbuhan herba yang digunakan dalam perubatan herba
terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Pelbagai jenis
poko herba dan renek terdapat di Malaysia seperti pokok misai
kucing , pokok ekor kucing , kembang songsang dan sebagainya .
MISAI KUCING
( ORTHOSIPHON ARISTATUS )
Herba renek ini berasal dari keluarga Lamiaceae yang boleh
mencapai ketinggian 1.5 meter.
Memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik yang tinggi
dan bersaliran baik untuk tumbesaran yang optimun.
Lakukan cantasan berkala untuk mengawal tumbesaran pokok.
Mudah dibiak melalui keratan batang .
KHA SIA T
Melawas kencing , merawat darah tinggi, melegakan kekejangan
pinggang
➢ Segenggam daun misai kucing direbus bersama dua gelas
air hingga tersisa separuh daripadanya. Saring dan
diminum dingin malam sebelum tidur.
Merawat keputihan wanita
➢ Rebus daun misai kucing dan sedikit daun beluntas. Ketika
rebusan mula menggelegak , tambahkan satu sudu the
jintan hitam dan sepuluh biji lada hitam . Saring dan
diminum setiap hari sehingga masalah keputihan selesai.
Mengurai masalah diabetes.
➢ Ambil 16 lembar daun misai kucing yang direbus bersama
dua gelas sehingga tersisa separuh daripadanya . Saring
dan diminum setiap hari .
EKOR KUCING
( ACALYPHA HISPIDA BURM )
Tumbuhan renek ini boleh mencapai ketinggian 3 meter.
Memerlukan cahaya matahari yang terus namun tidak terlalu
panas.
Pastikan tanahnya sentiasa dalam keadaan lembap namun tidak
bertakung untuk pokok yang sihat.
Mudah dibiakkan melalui biji benih atau melalui keratin batang .
Sesuai di tanam di dalam pasu .
KHA SIA T
Vitiligo
➢ Ambil segenggam daun ekor kucing bersama ½ ibu jari
kencur . Tumbuk sehingga halus dan di tampal pada
bahagian yang dijangkiti vitiligo .
Luka berdarah
➢ Sediakan segenggam bunga misai kucing yang telah dicuci
bersih . Tumbuk sampai halus dan letakkan pada luka yang
berdarah dan dibalut dengan kain bersih .
Mengubati radang usus.
➢ Ambil 25 gram Bungan ekor kucing untuk direbus sehingga
mendidih . Saringkan dan diminum ketika hangat .
KEMBANG SONGSANG
(GLORIOSA SUPERBA )
Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang boleh mencapai
ketinggian 2.5 meter .
Memerlukan kawasan yang menerima cahaya matahari terus dan
sesuai juga pada ruang yang mempunyai sedikit teduhan.
Memerlukan pengamatan cahaya sekurang-kurangnya 6 jam
sehari untuk tumbesaran yang sihat .
Amat memerlukan medium tanaman yang mempunyai kandungan
organic yang tinggi dan bersaliran baik .
Sediakan struktur khas untuk memberi kemudahan kepada
kembang songsang memanjat dan mudah diurus .
KHA SIA T
Ekzema , kurap dan kegatalan .
➢ Umbisi pokok kembang songsang kemudian dicuci bersih .
Parutkan umbisi tersebut dan sapukan pada bahagian kulit
yang bermasalah.
Melegakan ketegangan sendi
➢ 3 gram umbisi kembang sonsang , 10 gram halia merah (
Singiber officinale rosc ) dan 10 gram temulawak (
Curcuma xanthorrhiza ) dicuci dan direbus bersama 1 liter
air sehingga tersisa 250 ml . Saring setelah air rebusan
dingin lalu airnya diminum .
PENUTUP
Walaupun herba memang bermanfaat untuk
kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan
jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya,
herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit
tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika
diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba
sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan
standard penggunaan yang tinggi dan tepat.
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia
mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba,
rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita
tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan,
turut mengandungi bahan herba.