SMK KHIR JOHARI
43700 BERANANG , SELANGOR
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
ZURIDA BINTI SALLEH
0126148184
Kunjung Mesra Pencetus Peningkatan Penguasaan Murid Terhadap PdPR bagi
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Skop:
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
0
KANDUNGAN 2
3
ABSTRAK 8
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU 8
FOKUS KAJIAN 9
OBJEKTIF KAJIAN 9
KUMPULAN SASARAN 14
PELAKSANAAN KAJIAN 16
TINJAUAN AWAL MASALAH 23
PEMERHATIAN PELAKSANAAN TINDAKAN 25
REFLEKSI KAJIAN 27
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
BIBLIOGRAFI 28
LAMPIRAN 34
44
- LAMPIRAN 1- BORANG SELIDIK 45
- LAMPIRAN 2 – SOALAN UJIAN PRA DAN POS 46
- LAMPIRAN 3 – KAEDAH PEMBELAJARAN
- LAMPIRAN 4 – KUNJUNG MESRA
- LAMPIRAN 5 – HASIL KERJA MURID
1
KUNJUNG MESRA PENCETUS PENINGKATAN PENGUASAAN MURID
TERHADAP PDPR BAGI PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
OLEH
ZURIDA BINTI SALLEH
SMK KHIR JOHARI , 43700 BERANANG, SELANGOR
[email protected]
0126148184
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kehadiran murid dalam PdPR dan penguasaan
pembelajaran yang dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan bagi subtopik Kecergasan Fizikal dan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
(PEERS) melalui Kunjung Mesra. Seramai 20 orang murid tingkatan 2 Usaha telah dipilih sebagai
responden kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian di mana guru
membuat kajian terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sama ada
bersesuaian atau tidak . Data dikumpul melalui ujian pra, ujian pos, dan borang soal selidik. Hasil
tinjauan menunjukkan bahawa beberapa responden kurang berminat dengan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk
meningkatkan minat dan penguasaan murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan dengan mengubah kaedah pengajaran yang lebih sesuai. Kajian ini telah
dijalankan dalam tempoh dua bulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi
murid. Dapatan daripada borang soal selidik menunjukkan murid lebih bersemangat untuk belajar
apabila guru telah membuat kunjung mesra ke rumah dengan memberi sijil penghargaan serta hadiah
. Kunjungan ini memfokuskan kepada murid yang telah memberikan komitmen terhadap tugasan
semasa PdPR sama ada melalui google meet atau secara luar talian seperti aplikasi whatsapp atau
telegram.
Kata kunci – Kunjung mesra – minat murid dan kehadiran - kaedah pembelajaran - penguasaan murid
terhadap PDPR-Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
2
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Berdasarkan pemerhatian sepanjang pengajaran dan pembelajaran di
rumah didapati pada permulaannya tidak ramai murid yang berminat untuk
belajar Pendidikan Jasmani. Hal ini dapat dilihat apabila murid tidak membuat
tugasan yang diberi serta memberi maklum balas terhadap borang kehadiran
yang diberi. Natijahnya peratus kehadiran semakin merosot dari hari ke hari
Pendidikan Jasmani khususnya di sekolah menengah sedang mengalami
ketidakstabilan, iaitu kurang diminati di kalangan para pelajar (Desma, 2001
dan Abdul Azizi, 2001). Penglibatan para pelajar dalam pembelajaran aktiviti
fizikal masih di tahap rendah. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kajian yang
dibuat oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) (2016),
mendapati belia di negara ini tidak aktif dalam aktiviti kesenggangan yang
mana mereka tidak menyertai sebarang kegiatan atau aktiviti berpersatuan
atau kelab, kurang bersukan dan kurang bersenam, dan kebanyakan
melakukan aktiviti lepak. Kebanyakan murid-murid yang belajar di peringkat
menengah atas kurang berminat dengan aktiviti jasmani dengan memberi
pelbagai alasan.
Sebahagiannya menyatakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak
mempunyai nilai akademik, tambahan tubuh badan mereka yang mula
membesar, tidak sihat, pakaian tertinggal dan sebagainya. Berbagai alasan
yang diberikan oleh pelajar untuk tidak mengikuti aktiviti tersebut. Di samping
3
itu, kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah juga merupakan
salah satu punca murid kurang berminat menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani.
Pihak pentadbir seharusnya peka dengan perkembangan murid-murid dan
guru-guru Pendidikan Jasmani yang memerlukan bilik persalinan, astaka dan
bilik Pendidikan Jasmani yang kondusif dan selamat digunakan (Syed
Kamarulzaman Syed Ali, 2014)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional juga
kurang menarik perhatian murid .Faktor guru merupakan salah satu daripada
penentu kualiti sistem Pendidikan. Kajian lepas banyak mempersoalkan kualiti
guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Malahan, dokumen PPPM
(2013-2025) turut mengakui bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan
dengan berkesan. Perkara ini menimbulkan satu persoalan berkenaan usaha
yang boleh diambil oleh setiap guru untuk sentiasa memperbaiki mutu
pengajaran dan pembelajaran mereka. Teknik pengajaran dan pembelajaran
secara tradisional pula menyebabkan guru seringkali menerangkan sesuatu
topik berpandukan buku teks , buku Latihan topikal , dan nota masih lagi
menjadi amalan. Ini menyebabkan topik menjadi tidak menarik di samping
membuatkan murid tidak dapat menumpukan perhatian terhadap PdPC
sepenuhnya. Harvice (1999) mengklasifikasikan bahawa pengajaran secara
tradisional melibatkan buku teks dan kaedah sehala sahaja. Menurut Davis dan
Sorell ( 1995 ) sekolah-sekolah sepatutnya telah menerima hakikat bahawa
kaedah PdPC tradisional adalah tidak berjaya bagi kebanyakan murid. Oleh itu
4
sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan aktiviti secara berpasangan
atau kumpulan kecil dan membuat kuiz secara online dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Di samping itu satu kaedah telah dirancang bagi meningkatkan minat
murid serta penguasaan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesiahatan di mana
guru melakukan kunjung mesra ke rumah murid. Sepanjang Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah dijalankan murid yang melaksanakan tugasan
diberikan token atau penghargaan dalam bentuk hadiah sebagai memberi
motivasi supaya menghadiri kelas yang dikendalikan oleh guru. Guru juga telah
menyediakan e-sijil kepada murid kepada semua murid yang hadir penuh
sepanjang bulan pertama dan kedua pembelajaran di rumah. Di samping itu
murid yang menghadiri kelas secara google meet juga diberikan sijil
penghargaan sebagai memberi semangat kepada murid untuk belajar.
Sijil kehadiran penuh
5
Sijil hadir google meet
Konsep pemberian ganjaran dan hukuman telah dibincangkan dalam
sains kelakuan sebagai aktiviti pengukuhan dalam pembelajaran. Aktiviti
tersebut merupakan prinsip asas yang telah dipelopori oleh Thorndike (1874-
1949) dan Skinner (1904-1990) dalam pendekatan behaviourisme. 7
Behaviourisme telah membincangkan dan membuktikan konsep pengukuhan
tingkah laku dengan menggunakan pendekatan pemberian ganjaran dan
hukuman melalui eksperimen ke atas haiwan seperti tikus yang didedahkan
kepada rangsangan persekitaran luar. Pengamalan pemberian ganjaran
sebagai pengukuhan adalah salah satu isu yang sering dikaitkan dengan
proses pembelajaran. Peneguhan dalam proses pembelajaran melalui
pendekatan psikologi yang dianjurkan Islam berkait dengan ajaran agama itu
sendiri sebagai salah satu faktor pendorong. Kajian ini adalah untuk
mengenalpasti dan memperincikan konsep dan amalan aktiviti pemberian
ganjaran sebagai pengukuhan dalam aktiviti pembelajaran
Berdasarkan pemerhatian yang lepas kunjungan mesra yang dijalankan
telah meningkatkan kehadiran murid dan juga setiap murid bersaing untuk
6
menyiapkan tugasan dan secara tidak langsung meningkatkan penguasaan
murid terhadap pembelajaran . Oleh yang demikian ,kajian ini memfokuskan
kepada tindakan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap pengajaran
dan pembelajaran di rumah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
baik dan menyeronokkan serta murid-murid diminta menjawab soalan ujian pra
dan ujian pos.
Berdasarkan pengalaman lepas saya pernah membuat program
kunjung mesra di tempat bertugas yang lama iaitu di SMK Bandar Rinching.
Murid begitu teruja dan berasa dihargai apabila saya menyantuni mereka di
rumah dengan memberikan hadiah di atas komitmen yang diberikan kerana
telah menyiapkan tugasan secara konsisten. Murid tersebut telah menjadikan
saya sebagai idola dan mencalonkan saya di dalam sebuah pertandingan yang
dianjurkan oleh pihak AUG di mana tajuk pertandingan tersebut ialah ‘My Hero
Online” dengan mendapat seberapa banyak like daripada pengguna facebook.
Pertandingan ini melibatkan pencalonan dalam kalangan guru-guru di seluruh
Malaysia. Dalam pertandingan ini saya telah terpilih ke peringkat akhir dan
berjaya memenangi kedudukan Top 15 dan memperoleh hadiah berupa
Samsung Galaxy Tablet.
7
Bagi memberikan semangat kepada murid tersebut saya telah menyerahkan
hadiah yang dimenangi kepada beliau. Pengalaman ini sangat berharga bagi
saya dan mencetuskan semangat serta idea untuk meneruskan program
kunjung mesra di sekolah baru iaitu di SMK Khir Johari bagi memberi semangat
kepada murid supaya terus belajar dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran
di rumah dengan lebih baik.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini difokuskan kepada penguasaan murid terhadap pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan tingkatan 2 bagi tajuk Kecergasan Fizikal dan Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial (PEERS)
Kajian ini menggunakan tiga cara pengumpulan data iaitu kehadiran murid,
ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik bagi untuk melihat sama ada
peningkatan dari segi minat, kehadiran serta pencapaian murid dalam ujian pos
selepas kunjung mesra dijalankan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai
objektif berikut:
3.1 Objektif umum
Meningkatkan penguasaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah
bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya
8
dalam Kecergasan Fizikal dan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
(PEERS)
3.2 Objektif Khusus
I. Meningkatkan minat dan kehadiran murid untuk menghadiri kelas
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan selepas kunjung mesra
dilakukan .
II. Meningkatkan pencapaian murid dalam ujian pos bagi tajuk Kecergasan
Fizikal dan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS) .
4.0 Kumpulan Sasaran
Respondens kajian ini terdiri daripda 20 orang murid tingkatan 2 , kelas 2 Usaha
SMK Khir Johari. Responden terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 14 orang
murid perempuan. Daripada jumlah keseluruhan responden 17 orang murid
daripadanya adalah berbangsa Melayu manakala 3 orang murid lagi berbangsa
India .
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Melalui kajian ini guru telah menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1988) di
mana proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-
satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru akan
menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses
9
pelaksanaannya guru terpaksa memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.
Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah
itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke gelungan
kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada gelungan kedua guru mesti
mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.
Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada
mutakhirnya .Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah
pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan
kurikulum yang hendak disampaikan.Walau bagaimanapun, mereka berpendapat
bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi
membuat tinjauan awal terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan
bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1
Berdasarkan model ini guru mengunakan kaedah pengajaran berpusatkan
guru. Sesi pengajaran diadakan secara dalam talian iaitu menggunakan google meet.
10
Guru memulakan kelas dengan meminta murid melakukan aktiviti senamrobik
sebagai set induksi . Aktiviti ini boleh merangsang kecergasan fizikal dan secara tidak
langsung membantu mencerdaskan minda mereka.
Pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran di rumah guru telah
mengadakan pembelajaran secara konvensional . Guru memaparkan slaid power
point dan menerangkan tentang tajuk pembelajaran di samping berlakunya sesi soal
jawab. Semasa sesi pembelajaran ini .guru lebih banyak memberikan info atau isi
pembelajaran kepada murid. Keadaan ini menyebabkan sesi pengajaran dan
pembelajaran agak suram dan murid kurang berinteraksi dengan guru. Seterusnya
guru memaparkan video sebagai merangsang pengetahuan sedia ada murid terhadap
tajuk yang dipelajari. Video tersebut juga akan dikongsi di dalam group telegram
murid. Oleh itu , murid akan mendapatkan maklumat melalui video yang dikongsi
oleh guru sama ada bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau Pendidikan
Kesihatan.
Rajah 2
11
Berdasarkan kepada video yang dipaparkan oleh guru, murid diminta membuat
video kecergasan fizikal atau menghantar gambar-gambar aktiviti yang dijalankan.
Didapati dengan cara ini pembelajaran agak suram kerana murid hanya menonton
sahaja dan aktiviti yang berjalan lebih kepada berpusat kepada guru.
Dengan bantuan guru pelatih , kaedah pembelajaran telah dipertingkatkan
dengan dengan kaedah kumpulan menggunakan padlet dan pelbagai kaedah kuiz
seperti blooket dan quizizz secara online semasa google meet dijalankan.
Rajah 3
Pada minggu keempat, guru telah memulakan program kunjung mesra dengan
mengikut SOP yang ditetapkan. Guru telah mengenal pasti seramai 20 orang murid
untuk dikunjungi. Program kunjung mesra ini dijalankan secara berperingkat iaitu
pada 19,08.2021, 21.08.2021, 22.08.2021 dan 05.09.2021. Sijil penghargaan dan
hadiah diberikan kepada murid yang memberi komitmen dalam menghadiri kelas
PJPK sama ada secara dalam talian atau luar talian.
12
Semasa menyantuni murid-murid di rumah mereka , murid kelihatan teruja dan
gembira, Malahan sambutan daripada keluarga murid juga adalah baik. Guru turut
mendengar luahan daripada keluarga murid tentang pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Antara masalah yang dikenal pasti ialah masalah internet di
mana terdapat kawasan yang sukar untuk mendapatkan talian internet. Ianya
merupakan salah satu punca murid tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian.
Walau bagaimanapun murid masih dapat mengikuti pembelajaran secara luar talian.
Di samping itu guru juga meminta murid mencari idea untuk menghasilkan
video kecergasan sama ada senamrobik atau senaman kecergasan fizikal . Manakala
bagi Pendidikan Kesihatan pula murid diminta menghasilkan nota kreatif tentang tajuk
yang dipelajari. Masa yang diberikan untuk menghasilkan video atau nota kreatif ini
ialah selama dua minggu. Walau bagaimanapun kedua-dua tugasan kurang
mendapat sambutan. Hanya segelintir murid sahaja yang menghantar tugasan dalam
bentuk video dan nota kreatif. Oleh yang demikian guru telah mengubah sedikti
arahan pada tugasan kepada murid iaitu dengan meminta murid menghantar gambar
aktiviti kecergasan dengan melakukan sekurang-kurangnya 4 atau 5 pergerakan.
Rajah 4 : Nota kreatif
13
Rajah 5 : Kecergasan Fizikal
Pada masa yang sama guru melakukan ziarah maya melalui aplikasi whatsapp dan
telegram bagi memastikan murid membuat tugasan di samping mengenal pasti
sekiranya terdapat masalah dalam melaksanakan tugasan tersebut. Ziarah maya ini
dilaksanakan kepada semua respondens yang tidak menghantar tugasan supaya
mereka dapat memahami apa kehendak guru dalam sesuatu tajuk yang diberi.
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan data
kehadiran , ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik.
1. Data kehadiran
Data kehadiran ini diambil bagi mengumpul maklumat sama ada
terdapat peningkatan kehadiran murid daripada minggu 1 hingga
14
minggu ke 4 dan selepas kunjung mesra dijalankan iaitu minggu ke 5
hingga minggu ke 9.
2. Soal selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk
mendapatkan maklum balas murid berkenaan sejauh mana kunjung
mesra dapat meningkatkan minat dan kehadiran murid dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidkan
Kesihatan semasa PdPR.
3. Ujian pra dan ujian pos
Ujian pra dan ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana kefahaman murid terhadap tajuk Kecergasan Fizikal dan
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS). Ujian ini diberi dalam
bentuk google form. Soalan yang diberi adalah berbentuk objektif di mana
terdapat 8 soalan berkaitan dengan subtopik Kecergasan Fizikal dan 17 soalan
lagi bagi tajuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).
15
Pemerhatian Pelaksanaan Tindakan
Pemerhatian Pelaksanaan Tindakan dalam kajian ini adalah berdasarkan objektif
kajian :
Objektif 1 :
Meningkatkan minat dan kehadiran murid untuk menghadiri kelas Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan selepas kunjung mesra dilakukan.
Berdasarkan pemerhatian data kehadiran terdapat peningkatan kehadiran selepas
kunjung mesra dijalankan sama ada pembelajaran secara dalam talian atau luar
talian.
Jadual 1
16
Data kehadiran telah diambil bermula pada minggu pertama hingga keempat
iaitu sebelum kunjung mesra dijalankan serta minggu kelima hingga minggu
kesembilan. Data dikira dengan menggunakan peratus kehadiran murid. Formula
yang digunakan ialah seperti berikut :
Jumlah kehadiran : Minggu 1 – Minggu 4 : 63 hari
Minggu 5 – Minggu 9 : 88 hari
Formula : M1-M4 = Jumlah kehadiran murid x 100
Jumlah sepatutnya
= 63 x 100
80
= 78.75 %
17
M5-M9 = Jumlah kehadiran murid x 100
Jumlah sepatutnya
= 88 x 100
100
= 88 %
Berdasarkan kepada data kehadiran murid pada minggu pertama hingga
keempat peratus kehadiran ialah sebanyak 78.75 % manakala pada minggu kelima
hingga kesembilan peratus kehadiran ialah 88 %. Didapati peratus kehadiran murid
meningkat selepas guru melaksanakan kunjung mesra . Terdapat peningkatan
peratus daripada 78.75 % kepada 88 % .
Kaedah kedua yang digunakan untuk mencapai objektif 1 ialah dengan
menggunakan borang soal selidik . Kaedah ini adalah untuk melihat sejauh mana
kunjung mesra ini dapat meningkatkan minat dan kehadiran murid . Borang soal
selidik ini diberikan kepada murid dengan menggunakan google form . Murid diberi
masa untuk menjawab sebelum menghantar borang tersebut kepada guru. Hasil
daripada analisis borang soal selidik laporannya adalah seperti berikut :
Analisis Bahagian A : Demografi Responden
i. Soalan Pertama : Jantina responden :
Jantina responden kajian ditunjukkan dalam jadual
Jadual 2 : Jantina responden
Jantina Bilangan
Lelaki 6
Perempuan 14
18
Responden kajian terdiri daripda 6 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan.
ii. Soalan kedua : Bangsa responden
Jadual 3 : Bangsa responden
Bangsa Bilangan
Melayu 17
India 3
Cina 0
Lain-lain 0
Responden terdiri daripada 17 orang bangsa melayu dan 3 orang bangsa India
iii. Soalan ketiga : Gred mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan ( Tingkatan 1 )
Jadual 4 : Gred mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan
Gred Bilangan
A6
B 13
C1
D0
E0
19
Tahap pencapaian responden dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan semasa tingkatan 1 dapat ditunjukkan dengan jelas melalui graf
. Dapat dirumuskan pencapaian paling ramai diperolehi oleh kesemua respinden
kajian adalah gred B iaitu seramai 13 orang . Walau bagaimanapun terdapat seorang
murid mencapai gred C dan 6 orang mendapat pencapaian tertinggi iaitu gred A.
Bahagian B : Minat dan Amalan Kunjung Mesra
Kesemua item diukur dengan menggunakan skala Likert empat tahap iaitu sangat
tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Untuk menentukan min bagi setiap
item, guru membahagikan pemeringkatan skala skor min seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1:
Pemeringkatan Skala Skor Min.
Skor min Tahap penguasaan Interprestasi skor min
Kurang setuju
1.00-2.00 Rendah Setuju
Sangat setuju
2.00-3.00 Sederhana
3.00-4.00 Tinggi
Jadual 2
singkatan yang digunakan dalam analisis borang soal selidik
20
Jadual 2:
Singkatan yang digunakan dalam analisis borang soal selidik.
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Setuju Setuju (S) Setuju
(STS) (TS) (SS)
Pernyataan SS S TS S Min Interprestasi
Tinggi
1. Minat saya terhadap mata pelajaran PJPK Tinggi
semakin meningkat apabila guru cakna 6 14 0 0 3.300 Tinggi
0 3.200
dengan murid melalui kunjung mesra Tinggi
0 3.050
2. Saya kerap menghadiri kelas PJPK sama Tinggi
0 3.050
ada secara online 7 10 3 Tinggi
atau pun offline kerana melalui kunjung 0 3.550 Tinggi
Tinggi
mesra saya berasa dekat dengan guru 0 3.400 Tinggi
0 3.200 Tinggi
3. Saya rasa bersemangat apabila belajar 0 3.300 Tinggi
0 3.600 Tinggi
PJPK secara atas talian 0 3.450 Tinggi
0 3.750
kerana guru akan menyediakan 6 9 5 0 3.650
0 3.550
penghargaan kepada murid
melalui kunjung mesra
4. Pembelajaran mata pelajaran PJPK
membolehkan saya mencuba untuk
melakukan tugasan dengan lebih baik 5 11 4
kerana guru memberikan penghargaan
melalui kunjung mesra
5. Pembelajaran mata pelajaran PJPK
memberi kesan positif dalam
kehidupan saya kerana guru sentiasa 11 9 0
menghargai penglibatan murid secara
atas talian mahupun secara luar talian
6. Guru menyampaikan pengajaran dengan
menggunakan video interaktif menarik 9 10 1
minat saya untuk menghadiri kelas
Pendidikan secara atas talian
7. Mata pelajaran PJPK adalah subjek yang
menarik dan menyeronokkan 6 12 2
apabila guru melakukan kunjung mesra
8. Saya semakin berusaha untuk
meningkatkan kehadiran dalam
pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk 9 8 3
mendapatkan kunjung mesra daripada
guru
9. Guru mata pelajaran PJPK berjaya 12 8 0
menghidupkan suasana pembelajaran
10. Saya berasa seronok apabila dikunjungi 11 7 2
oleh guru PJPK
11. Kunjung mesra dapat mengeratkan 15 5 0
hubungan antara guru dan murid
12. Guru amat mengambil berat tentang
pembelajaran saya dalam 13 7 0
mata pelajaran PJPK melalui kunjung
mesra
13. Kunjung mesra yang dijalankan oleh guru
membantu saya untuk belajar dengan 11 9 0
lebih baik
21
14. Kunjung mesra membantu saya 12 1 0 3.300 Tinggi
meningkatkan penguasaan dalam 7
pembelajaran PJPK
Jadual 2 menjelaskan persepsi murid terhadap kunjung mesra dan ia pada
kedudukan yang sangat baik dengan julat min keseluruhan 3.050- 3.750. Secara
keseluruhannya didapati semua respondens sangat setuju bahawa minat dan
kehadiran mereka terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan meningkat setelah melalui program kunjung mesra.
Objektif 2 :
Meningkatkan pencapaian murid dalam ujian pos bagi tajuk Kecergasan Fizikal
dan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS)
Bagi mencapai objektif kedua dalam kajian ini guru telah menguji tahap
pemahaman murid terhadap pembelajaran dengan mengadakan ujian pra dan ujian
pos. Kebolehpercayaan ujian ini dikira dengan mengira min markah ujian pra dan
ujian pos. Berikut ialah perbezaan min bagi kedua-dua ujian.
PERKARA BILANGAN MURID MIN
UJIAN PRA 20 62
UJIAN POS 20 73
Jadual 3
22
Graf pencapaian murid
Berdasarkan ujian pra dan ujian pos yang telah dibuat didapati terhadap
peningkatan terhadap pencapaian murid. Min bagi ujian pra ialah sebanyak 62
manakala bagi ujian pos telah meningkat kepada 73 . Ini menunjukkan bahawa
amalan kunjung mesra telah berjaya meningkatkan penguasaan murid terhadap
PdPR bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
REFLEKSI KAJIAN
Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan
peningkatan penguasaan murid dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kunjung mesra yang
dilakukan oleh guru dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya
ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan
23
suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan seperti
aktiviti secara berkumpulan dan kuiz secara online. Di samping itu kunjung mesra
ini dapat membantu pihak sekolah untuk mengurangkan ketidakhadiran murid
dalam PdPR di atas sikap cakna serta keprihatinan guru terhadap murid. Dapatan
kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian Norzaidah Muzaffa, Ahmad Jaabi,
Alias Selimming dan Asmawati Sinluk ( 2019 ) yang menyatakan bahawa kunjung
mesra atau ziarah cakna ini membolehkan guru lebih mengenali murid dan
bekerjasama dengan ibu bapa mereka untuk meningkatkan kehadiran murid ke
sekolah malahan ianya memberikan impak yang positif kerana didapati sikap
murid berubah dan kurang kadar ponteng.
Namun begitu masih terdapat markah murid yang rendah dalam ujian
pos disebabkan tidak serius semasa menjawab soalan. Selain daripada itu
terdapat murid yang tidak hadir semasa google meet dijalankan. Ini disebabkan
terdapatnya masalah capaian internet. Dapatan kajian ini adalah selari dengan
dapatan kajian Rofizah binti Mohammad ( 2020 ) yang menyatakan bahawa
capaian internet menjadi satu masalah utama dalam melaksanakan PdP semasa
pandemik COVID-19). Menurut kajiannya tahap kepuasan pelajar berbeza
mengikut tahap kekuatan capaian internet namun tidak berbeza mengikut lokasi
kediaman mereka. Tahap kepuasan pelajar jauh lebih tinggi bagi pelajar yang
mendapat tahap kekuatan capaian internet yang kuat berbanding dengan pelajar
yang mendapat tahap kekuatan capaian internet yang sederhana atau lemah.
Menurut Pusat e-Pembelajaran dan Sumber Pengajaran, Universiti
Malaysia Pahang, sekiranya capaian internet rendah, platform seperti WhatsApp,
24
Telegram dan Instagram sesuai dijadikan platform pengajaran murid. Bagi
capaian sederhana, platform seperti Youtube dan Kahoot sesuai digunakan,
manakala bagi capaian tinggi, platform bersemuka seperti Zoom, Microsoft Team,
Skype dan Google Meet sesuai digunakan. Kaedah pengajaran terbeza sesuai
dijalankan menggunakan platform yang berbeza kepada pelajar berdasarkan jenis
capaian internet murid. Walau bagaimanapun tugasan tetap diberikan secara luar
talian bagi memboleh murid yang terlibat dapat melaksanakan tugasan yang
sama.
Saya merasa lebih positif dan bersemangat apabila program kunjung
mesra ini disokong oleh ibu bapa murid yang sentiasa memberi dorongan kepada
saya untuk terutama dalam menyiapkan kajian tindakan ini. Saya menjadi lebih
yakin bahawa amalan kunjung mesra ini dapat membantu murid meningkatkan
pencapaian mereka dalam pentaksiran.
Cadangan untuk kajian seterusnya:
Secara keseluruhannya saya sentiasa komited untuk meneruskan amalan kunjung
mesra ini dengan lebih meluas untuk setiap kelas yang saya mengajar dengan
harapan supaya dapat memupuk minat murid terhadap aktiviti yang dijalankan oleh
guru. Sikap cakna , perhatian dan penghargaan yang diberikan oleh guru dapat
membantu murid untuk meningkatkan penguasaan dalam pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Untuk menilai keberkesanan kunjung mesra ini
saya mencadangkan untuk menambah bilangan respondens supaya ramai murid
lebih berminat untuk mengikut pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
25
Kaedah kunjung mesra boleh dibuat penambahbaikan dengan menyediakan
sijil penghargaan atau pencapaian secara e-sijil. Di samping itu hadiah akan dihantar
dengan menggunakan khidmat delivery. Amalan kunjung mesra ini juga perlu
diteruskan bagi mata pelajaran yang lain supaya murid lebih bersemangat untuk
belajar di samping membantu pihak sekolah meningkatkan kehadiran murid dengan
lebih baik semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR ).
26
N
BIBLIOGRAFI
Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Dato’ Noh Hj. Omar. ”Tangani Masalah Disiplin Pelajar”. Pendidik. Ogos 2006
Budaiwi, A. A., 2002. Imbalan dan Hukuman Pengaruhnya Bagi Pendidikan Anak.
Jakarta: Gema Insani Press. ISBN: 979-561-728-1.
Mohamad, M. N. 2005. Pegantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan
Tingkah Laku Manusia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor’ani Saidun (2009), Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah. Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda
Fakulti Pendidikan, UTM.
Norizan Bin Mohamed.(2005). Penglibatan Pelajar Perempuan Tingkatan Enam
Bawah terhadap aktiviti Kecergasan Fizikal di Lima Buah Sekolah Menengah di
sekitar Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Tesis Sarjana Muda Sains
Pendidikan Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
27
Lampiran 1 : Borang Soal Selidik
KUNJUNG MESRA PENCETUS
PENINGKATAN PENGUASAAN MURID
TERHADAP PDPR BAGI PENDIDIKAN
JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK MURID
1. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai sikap dan pandangan murid
terhadap pembelajaran PJPK dan amalan kunjung mesra yang dilaksanakan oleh guru
semasa PdPR.Maklumat yang diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap
pengajaran dan pembelajaran PJPK.
2. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul serta
bukan bertujuan untuk menguji murid.
3. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan dianggap rahsia
dan digunakan untuk tujuan kajian sahaja.
4. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu lampiran A dan B.
5. Sila tandakan ( / ) dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pandangan anda yang sebenar
kerana maklumat yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian ini.
Sekian, terima kasih. Sila isi maklumat berikut:
* Required
BAHAGIAN A : BORANG MAKLUMAT MURID
1. Jantina *
Mark only one oval.
Lelaki
Perempuan
28
2. Bangsa *
Mark only one oval.
Melayu
Cina
India
Lain-lain
3. Gred mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( Tingkatan 1 )
*
Mark only one oval.
Gred A
Gred B
Gred C
Gred D
Gred E
BAHAGIAN Soal selidik ini berkaitan tentang minat murid dan amalan kunjung mesra
B : MINAT meningkatkan penguasaan murid terhadap pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
MURID DAN Pendidikan Kesihatan
AMALAN
KUNJUNG A. Sikap dan Minat Murid Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru
MESRA Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan secara umum.
B Amalan kunjung mesra meningkatkan penguasaan murid terhadap
pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Arahan : Sila tandakan sejauh manakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan
pendapat anda sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain.
Berdasarkan skala daripada 1 hingga 4, sila tandakan pada satu jawapan sahaja.
Sila pastikan anda menanda pada setiap pernyataan.
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju
29
4. Minat saya terhadap mata pelajaran PJPK semakin meningkat apabila guru cakna
dengan murid melalui kunjung mesra *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
5. Saya kerap menghadiri kelas PJPK sama ada secara online atau pun offline kerana
melalui kunjung mesra saya berasa dekat dengan guru *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju
6. Saya rasa bersemangat apabila belajar PJPK secara atas talian kerana guru akan
menyediakan penghargaan kepada murid melalui kunjung mesra *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju
7. Pembelajaran mata pelajaran PJPK membolehkan saya mencuba untuk melakukan
tugasan dengan lebih baik kerana guru memberikan penghargaan melalui
kunjung mesra *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
30
8. Pembelajaran mata pelajaran PJPK memberi kesan positif dalam kehidupan saya
kerana guru sentiasa menghargai penglibatan murid secara atas talian mahupun
secara luar talian *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
9. Guru menyampaikan pengajaran dengan menggunakan video interaktif menarik
minat saya untuk menghadiri kelas Pendidikan secara atas talian *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
10. Mata pelajaran PJPK adalah subjek yang menarik dan menyeronokkan apabila
guru melakukan kunjung mesra *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
11. Saya semakin berusaha untuk meningkatkan kehadiran dalam pembelajaran
Pendidikan Jasmani untuk mendapatkan kunjung mesra daripada guru *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
31
12. Guru mata pelajaran PJPK berjaya menghidupkan suasana pembelajaran *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
13. Saya berasa seronok apabila dikunjungi oleh guru PJPK *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
14. Kunjung mesra dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
15. Guru amat mengambil berat tentang pembelajaran saya dalam mata pelajaran
PJPK melalui kunjung mesra *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
32
16. Kunjung mesra yang dijalankan oleh guru membantu saya untuk belajar
denganlebih baik *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
17. Kunjung mesra membantu saya meningkatkan penguasaan dalam
pembelajaranPJPK *
Mark only one oval.
1234
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju
33
Lampiran 2 : Ujian Pra dan Ujian Pos
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
Lampiran 3 : Kaedah Pembelajaran
Jamboard ( aktiviti kumpulan )
Kuiz Online Quizizz ( individu )
Kuiz online – Blooket ( Individu )
44
Lampiran 4 : Kunjung Mesra
KUNJUNG MESRA PJPK
TINGKATAN 2 USAHA
SMK KHIR JOHARI
45
Lampiran 4 : Hasil kerja murid
46