The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7651313, 2022-01-24 05:57:07

Kerusi Bermeja Serba Guna

Kerusi Bermeja Serba Guna

Nama Produk

Kerusi Bermeja
Serba Guna

SEKOLAH SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
NAMA AIMAN ISKANDAR ZULQARNAIN BIN ZAKARIYA
KELAS 3 CITA
NO. MYKAD 060228-01-0841
MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
GURU PENILAI PUAN NORSYIDAH BINTI ABDULLAH

Penghargaan

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan
pendokumentasian saya yang telah diusahakan selama ini
yang bertajuk Kerusi Bermeja Serba Guna.

Ribuan terima kasih kepada Cikgu kesayangan saya dan
guru RBT saya Puan Norsyidah Binti Abdullah yang banyak
membimbing saya dan memberikan semangat sepanjang
saya menjalankan projek ini.

Kedua kepada ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan
yang turut sama membantu dalam menjayakan projek ini.
Informasi dan maklumat mengenai laporan yang telah
diberikan amat saya hargai.

Akhir sekali kepada pihak-pihak yang telah membantu
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
projek ini.

1

Abstrak

Produk Kerusi Bermeja Serba Guna ini dihasilkan dengan tujuan
memudahkan pembelajaran atau membuat kerja-kerja penulisan atau
laporan tanpa perlu bergerak atau mencari meja yang berdekatan.
Pelajar mempunyai kesukaran menulis nota atau membuat latihan
apabila menghadiri program yang telah disediakan kerusi tetapi tidak
disediakan meja atau kesukaran membawa meja ke tempat tersebut.
Setelah pelajar membawa buku pelajaran yang banyak, mereka
terpaksa meletakkan di bawah atau di meja yang berdekatan ketika
program atau kelas berlangsung. Pelajar juga menghadapi kesukaran
untuk belajar ketika waktu malam atau belajar dalam gelap.

Melalui proses penyelesaian masalah secara inventif, reka bentuk
mekanikal dan reka bentuk elektrik telah dipilih untuk digabungkan
bagi menghasilkan reka bentuk Kerusi Bermeja Serba Guna. Reka
bentuk ini dapat menyelesaikan masalah kesukaran untuk belajar dlm
pelbagai situasi.

Selain daripada itu, laporan ini turut menyatakan cadangan
penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan dan memantapkan
kualiti produk Kerusi Bermeja Serba Guna yang akan dihasilkan pada
masa hadapan.

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN 3
ABSTRAK
1.0 PENGENALAN

1.1 Kajian Keperluan Pelanggan
1.2 Penyelesaian masalah inventif
1.3 Borang projek brief
1.4 Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual
2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI
2.1 Teknologi yang dipilih
2.2 Tujuan penggunaan teknologi
2.3 Fungsi teknologi
2.4 Kekuatan dan kelemahan teknologi
3.0 PENERANGAN KONSEP
3.1 Pemilihan konsep reka bentuk
3.2 Lakaran perkembangan idea bagi produk
4.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI
4.1 Lakaran bermaklumat
4.2 Lakaran ceraian
4.3 Analisis lakaran dari aspek elemen reka bentuk
4.4 Analisis lakaran dari aspek prinsip reka bentuk
5.0 JADUAL KERJA
6.0 PENGURUSAN KEWANGAN
7.0 PENGHASILAN PRODUK
8.0 PENGUJIAN DAN PENILAIAN
8.1 Pengujian

8.2 Analisis keputusan pengujian
8.3 Penilaian
8.4 Menilai kesesuaian produk
8.5 Menilai kesesuaian produk
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
10.0 PENUTUP
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

4

1.0 Pengenalan

Kerusi merupakan tempat duduk untuk menyelesakan kita membuat sesuatu kerja tanpa
merisaukan rasa kaki lenguh kerana berdiri. Kerusi biasanya diperbuat daripada kayu dan plastik.
Terdapat juga kerusi yang mempunyai kemudahan meninggi dan merendah. Berdasarkan borang
kajian keperluan pelanggan yang diedarkan, pelanggan didapati tidak gemar untuk bangun
duduk menyelesakan diri ke meja kerana kerusi akan mudah rosak.

Melalui penyelesaian masalah inventif, masalah ketika duduk di kerusi sambil membuat kerja
dapat dikenal pasti. Kerusi Bermeja Serba Guna merupakan produk inovasi yang mampu
mengatasi masalah yang dihadapi pengguna ketika membuat kerja atau belajar. Kerusi Bermeja
Serba Guna amat memudahkan pengguna untuk belajar atau membuat kerja tidak mengira
situasi.

5

1.1 Kajian Keperluan Pelanggan

Saya menemuramah beberapa orang pelanggan untuk mengenalpasti masalah mereka
berkaitan produk yang bakal dihasilkan. Kajian ini penting untuk memahami permasalahan
sebenar yang dihadapi oleh pengguna serta mengetahui apa keinginan mereka terhadap produk
tersebut.

Kajian Keperluan Pelanggan telah dilaksanakan menggunakan Borang Kajian Keperluan
Pelanggan.

6

7

8

9

1.2 Penyelesaian Masalah Inventif

Prinsip inventif diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah inventif yang dihadapi oleh
pelanggan. Sebanyak 6 langkah terlibat dalam proses penyelesaian Masalah Inventif:
Langkah 1 : Kenal pasti masalah inventif
Langkah 2 : Bina model fungsi dengan garisan interaksi (Tunjukkan kedudukan punca masalah)
Langkah 3 : Buat analisis berantai punca kesan (Kenal pasti punca permasalahan)
Langkah 4 : Tentukan jenis percanggahan fizikal (Ruang atau masa)
Langkah 5 : Tentukan prinsip inventif yang sesuai
Langkah 6 : Cadangan inventif dalam bentuk lakaran (Penentuan konsep, lakaran perkembangan
idea)
1.2.1: Kenal Pasti Masalah Inventif
Jika hendak melakukan sesuatu kerja atau tugasan
Maka lakukan kerja di atas meja
Tetapi meja perlu dicari dan sukar untuk digerakkan.

10

1.2.2: Model Fungsi
MODEL FUNGSI KERUSI DAN MEJA

Berdasarkan model fungsi di atas, didapati masalah berpunca daripada pelanggan yang tidak
dapat membuat kerja dan tugasan dengan mudah kerana perlu mencari meja dan menggerakkan
meja. Analisis berantai punca-kesan telah dijalankan untuk mengenalpasti punca dan kesan bagi
masalah.

11

1.2.3: Analisis Berantai Punca dan Kesan

Berdasarkan analisis di atas, masalah tugasan disiapkan dalam jangka masa yang lama
disebabkan meja yang berat dan besar. Dalam situasi sebegini, terdapat kesukaran mencari meja
yang mudah digerakkan menyebabkan kerja dan tugasan tidak sempurna kerana pengalas tidak
rata.

12

1.2.4: Penentuan Jenis Percanggahan Fizikal

Masa Adakah Sebarang Penyelesaian Ketika… Percanggahan
_____________ Fizikal?
Ciri Parameter Sebelum Semasa Selepas
Fizikal Melakukan Melakukan Melakukan Masa
Kerja Kerja Kerja

Daya Tidak Tidak Tidak

Masalah daya manusia yang terbatas berlaku ketika mencari dan mengangkat meja untuk
melakukan kerja. Oleh itu, kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan masa
dipilih kerana aktiviti melakukan kerja perlu menjadi selesa, kemas dan sempurna pada masa
yang sama.

1.2.5: Penentuan Prinsip Inventif

Kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan masa dipilih sebagai jenis
percangahan fizikal. Prinsip inventif jenis kedinamikan(dynamization) dan tindakan
awal(prelimenary action) dikenal pasti sebagai paling sesuai untuk menyelesaikan masalah
inventif yang dihadapi.

Cadangan prinsip inventif Penerangan konsep Adakah konsep ini
menyelesaikan masalah
daya manusia yang terbatas?

Kedinamikan Mengubah sesuatu bahagian Meja yang bergabung dengan
(Dynamization) objek daripada tidak bergerak kerusi boleh diubah
kepada bahagian yang kedudukan mengikut
bergerak, dan sebaliknya keselesaan pelanggan tanpa
memerlukan daya yang
banyak

Tindakan awal Melakukan tindakan awal Meja belajar dan laci dibina
(Prelimenary action) untuk mengawal risiko atau dicantumkan bersama
kerusi untuk memudahkan
pembelajaran dan melakukan
tugasan.

13

1.2.6: Penyelesaian dalam Bentuk Lakaran
Lakaran dibuat untuk mendapatkan gambaran penyelesaian yang lebih realistik dengan
mengaplikasikan cadangan prinsip inventif yang dikenalpasti.

14

1.3 Borang Projek Brief

TAJUK: KERUSI BERMEJA SERBA GUNA CATATAN
KRITERIA
1. Produk saya akan digunakan untuk memudahkan
Fungsi pembelajaran dan membuat tugasan.
1. Apakah kegunaan produk ini?
2. Di manakah produk ini 2. Produk ini digunakan di sekolah atau di mana-mana
digunakan? sahaja mengikut keperluan pengguna.

Persembahan 1. Produk saya ini dipersembahkan dengan pelbagai
1. Bagaimanakah cara produk ini keunikan.
dipersembahkan?
1. Pengguna sasaran produk saya ialah semua individu yang
Tujuan pasaran belajar dan membuat kerja.
1. Siapakah yang akan
menggunakannya? 2. Belum ada pesaing.
2. Siapakah pesaing yang wujud? 3. Individu yang sentiasa menulis dan membuat kerja.
3. Pengguna bagaimanakah yang
akan menggunakan produk 1. Untuk fasa pertama saya mengeluarkan 20 unit.

Kuantiti 1. Produk saya menggunakan gabungan bentuk geometri,
1. Berapakah jumlah yang bersaiz besar dan ringan diangkat.
diperlukan?
2. Sudah semestinya kerana reka bentuknya yang unik dan
Stail/gaya mudah diguna.
1. Bagaimanakah reka bentuk
produk ini? 1. Saya akan memastikan produk saya berkualiti tinggi.
2. Adakah reka bentuk ini akan 2. Pelanggan memerlukan lampu yang digabungkan bersama
mendapat perhatian di
pasaran? meja untuk memudahkan pembelajaran dalam gelap serta
laci yang digabungkan bersama kerusi untuk menyimpan
Kualiti barang.
1. Bagaimanakah kualitinya? 3. Berdasarkan piawaian kualiti, produk perlulah berdaya
2. Adakah pelanggan mempunyai tahan. Di samping itu, produk plastic dan komposit akan
sebarang permintaan yang menjalani ujian oleh pihak SIRIM terlebih dahulu
istimewa? sebelum dipasarkan. Prosedur ini adalah untuk menjamin
3. Apakah piawaian kualiti yang keselamatan pengguna.
perlu dipatuhi?
1. Kos bagi satu unit produk dianggarkan sebanyak
Anggaran Kos Seunit RM45.00
1. Berapakah kos untuk
menghasilkan satu unit produk? 2. Saya berharap agar mendapat keuntungan RM10.00 bagi
2. Apakah nilai keuntungan yang jualan setiap unit.
dikehendaki?
3. Kos terakhir tidak melebihi RM900.

15

3. Berapakah anggaran kos 1. Pelanggan mahu cadangan reka bentuk projek disiapkan
terakhir? dalam tempoh 2 minggu.

Jangka Masa 2. Saya berharap lampu dan laci dapat dipasang bersama
1. Bilakah pelanggan ingin projek ini meja dalam tempoh masa yang sama.
disiapkan?
2. Apakah produk sampingan yang
perlu siap dalam jangka masa
yang sama?

16

1.4 Aplikasi Borang Projek Brief
Dalam Bentuk Jadual

TAJUK: KERUSI BERMEJA SERBA GUNA CATATAN
KRITERIA
1. Kerusi Bermeja
A. Tajuk Projek 2. Digunakan untuk memudahkan pembelajaran dan
1. Apakah jenis produk?
2. Apakah kegunaan produk ini? melakukan tugasan atau kerja.
3. Dimanakah produk ini akan 3. Di sekolah atau di mana-mana tempat yang sesuai.
digunakan?
1. Semua pelanggan yang ingin menulis nota tau melakukan
B. Gambaran Keseluruhan Projek kerja.
1. Siapakah yang akan
menggunakannya? 2. Memudahkan pembelajaran dan melakukan kerja atau
2. Apakah tujuan produk ini tugasan.
dihasilkan?
3. Adakah produk ini diperlukan oleh 3. Ya, amat diperlukan.
pelanggan? 4. Dipersembahkan dengan pelbagai keunikan.
4. Bagaimanakah produk ini
digunakan dan dipersembahkan? 1. Elemen yang akan digunakan ialah saiz, rupa dan bentuk.
Prinsip yang digunakan ialah kesatuan.
C. Reka bentuk produk
1. Apakah elemen dan prinsip reka 2. Konsep reka bentuk yang ingin diterapkan ialah Bentuk
bentuk yang digunakan? Ikut Fungsi ( Form Follow Function).
2. Apakah kriteria yang ingin
diterapkan? 3. Produk inovasi daripada produk sedia ada.
3. Adakah produk ini inovasi
daripada produk sedia ada atau 1. Pembahagian kerja kumpulan, jadual kerja dan kos
produk yang baharu digunakan? pengeluaran dinyatakan dalam bahagian jadual kerja dan
pengiraan bajet.
D. Perancangan dalam pengurusan
projek 2. Kuantiti penghasilan ialah 20 unit bagi fasa awal dan
1. Pembahagian kumpulan kerja bergantung pada kehendak pelanggan.
2. Jadual kerja
3. Kos pengeluaran 1. Jadual perbandingan
4. Kuantiti penghasilan

E. Analisis kajian reka bentuk produk dan
pasaran
1. Membuat perbandingan dari segi
fungsi, persembahan, tujuan
pasaran, kuantiti, kualiti dan
jangka masa.
2. Adakah produk ini akan mendapat

permintaan di pasaran.

17

● Menggunakan ● Menggunakan
bahan kayu atau bahan kayu atau
plastik besi

● Hanya satu jenis ● Hanya satu jenis
penggunaan penggunaan
sahaja sahaja

● Bentuk yang ● Bentuk yang
spesifik sebagai spesifik sebagai
tempat duduk alas atau tempat
membuat kerja
● Mempunyai kaki
yang memegang ● Mempunyai kaki
yang memegang

2. Sudah pasti kerana produk ini mempunyai rekaan yang
berinovasi dan sesuai dengan fungsinya.

F. Lakaran idea 1. Lakaran produk menggunakan lakaran pictorial yang
1. Bagaimanakah rupa bentuk mempamerkan tiga bahagian pandangan dalam bentuk 3D
produk dalam bentuk 2D dan 3D? dan isometrik. Lakaran unjuran ortografik mempamerkan
pandangan 2D pada tiga sudut pandangan.
G. Penghasilan mock-up.
1. Bahan dan peralatan yang 1. Menggunakan kotak ataupun papan kad yang agak keras
diperlukan untuk menghasilkan dan bertahan, lampu LED, suis, bateri dan lain-lain yang
mock-up. bersesuaian.

18

2.0 Penentuan Gabungan Teknologi

2.1: Teknologi Yang Dipilih
Saya telah memilih gabungan reka bentuk mekanikal dan reka bentuk elektrik bagi menghasilkan
reka bentuk Kerusi Bermeja Serba Guna.
2.2: Tujuan Penggunaan Teknologi
Mengatasi kelemahan yang terdapat apabila melakukan kerja atau tugasan. Reka bentuk Kerusi
Bermeja Serba Guna yang dihasilkan akan lebih mudah, berkualiti, selamat digunakan, selesa
digunakan dan mesra alam.
2.3: Fungsi Teknologi

a) Reka bentuk mekanikal: Gelongsor memudahkan pergerakan kedudukan meja.
b) Reka bentuk elektrik: Lampu LED membolehkan pembelajaran mudah dalam gelap.

19

2.4: Kekuatan dan Kelemahan Teknologi

Aplikasi teknologi Komponen Kekuatan Kelemahan

Reka bentuk Gelongsor ● Mengurangi _
mekanikal geseran bagi
menggerakkan
meja.

● Boleh mengikut
konsep
walaupun tiada
gelongsor.

Reka bentuk elektrik Bateri ● Membekalkan ● Perlu diganti
Suis tekan tutup kuasa kepada apabila
seluruh sistem. kehabisan
kuasa.
● Harga murah
dan mudah
didapati.

● Melengkapkan _
litar apabila suis
ditekan.

● Menyambung
dan
memutuskan
aliran arus.

● Harga murah
dan mudah
didapati.

Lampu LED ● Memberikan _
Wayar pencahayaan
dalam keadaan
gelap.

● Murah dibeli
dan mudah
didapati.

● Mengalirkan _
arus elektrik.

● Harga murah
dan mudah
didapati.

20

3.0 Perancangan Konsep

3.1 Pemilihan Konsep Reka Bentuk
Sepertimana dipersetujui oleh pelanggan dalam borang projek brief:

A. Konsep reka bentuk adalah Bentuk Ikut Fungsi (Form follow function)
B. Elemen reka bentuk yang digunakan pada lakaran ialah ruang, bentuk,
C. Prinsip reka bentuk yang digunakan pada lakaran ialah keseimbangan asimetri dan

kesatuan
3.2 Lakaran Perkembangan Idea
Saya telah menghasilkan beberapa lakaran perkembangan idea berdasarkan penyelesaian
inventif yang telah dikenalpasti dengan mengaplikasikan teknologi yang telah dikenalpasti untuk
mendapatkan persetujuan pelanggan. Satu lakaran terbaik telah dipilih oleh pelanggan.

21

22

4.0 Lakaran Akhir

4.1 Lakaran Akhir Bermaklumat
Lakaran terbaik yang telah dipilih dilengkapkan dengan maklumat yang mencukupi.

4.2 Lakaran Ceraian

23

4.3 Analisis lakaran produk dari aspek elemen reka bentuk

Elemen Ada Tidak Ulasan
1. Garisan
/ Garisan digabungkan untuk menghasilkan rupa dan
2. Ruang bentuk produk.
3. Rupa
/ Ruang antara laci dan kerusi.
4. Bentuk
/ Rupa segi empat sama dan segi empat tepat digunakan
5. Tekstur untuk menghasilkan rupa bagi reka bentuk produk.
6. Saiz
7. Warna / Bentuk kubus dan kuboid digabungkan untuk
8. Nilai menghasilkan reka bentuk produk.

/ Tekstur kayu diperjelaskan pada reka bentuk produk.

/ Saiz bergantung pada kehendak pelanggan.

/ Warna produk bergantung pada kehendak pelanggan.

/ Kaki kerusi yang besar menunjukkan kerusi yang
berdiri kuat.

4.4 Analisis lakaran produk dari aspek prinsip reka bentuk

Prinsip Ada Tidak Ulasan

1. Keseimbangan / Reka bentuk produk yang seimbang secara asimetri
menunjukkan kekuatan reka bentuk produk.

2. Penekanan / Penekanan reka bentuk melalui tekstur kayu dan lampu
LED.

3. Keringkasan / Bentuk kubus dan kuboid yang ringkas digabungkan
pada reka bentuk produk.

4. Pergerakan / -

5. Pengulangan / -

6. Kontras /-

7. Kepelbagaian / -

8. Kesatuan / Kesatuan semua elemen mengikut prinsip reka bentuk
menghasilkan imej, konsep dan idea yang sempurna
bagi reka bentuk produk.

9. Harmoni / -

24

5.0 Jadual Kerja

B Aktiviti Minggu
i 1 234567891 1 1 1 1 1 1 1 1 1 222
l
01 2345678901 2

1 Penerangan keperluan pelanggan kepada pereka /
bentuk(Kajian Keperluan Pelanggan)

2 Kajian dan penemuan penyelesaian masalah //

3 Perbincangan konsep bersama pelanggan (Projek /
Brief)

4 Melakar reka bentuk produk ////

5 Penyediaan mock-up atau model ////

6 Menetapkan bahan dan alatan yang diperlukan //

7 Mencari pembekal bahan dan alatan //

8 Membuat pesanan //

9 Mendapatkan bekalan bahan //

1 Mengukur, menanda dan memotong /////
0 bahagian-bahagian produk serta memasang

bahagian-bahagian produk

1 Kemasan /
1

1 Pengujian dan penilaian serta kefungsian /
2

1 Kerja siap dan membuat laporan serta tuntutan //
3 bayaran

25

6.0 Pengurusan Kewangan

6.1 Konsep SMART

S: Tujuan Projek

Nama projek : Kerusi Bermeja Serbaguna

Tujuan : Menyelesakan proses pembelajaran

Bilangan: 20 unit

Sasaran: Guru dan pelajar sekolah serta pelanggan yang rajin menulis dan membuat kertas kerja

M: Pengagihan Kewangan

a)Kos Bahan Kuantiti Kos seunit(RM) Jumlah(RM)
10 RM19.00 RM190.00
No. Bahan 20 RM0.30 RM6.00
1) Bongkah kayu sederhana segi empat 20 RM5.00 RM100.00
2) Lampu LED 20 RM1.50 RM30.00
3) Gelongsor 20 RM0.80 RM16.00
4) Bateri 120 RM0.64 RM76.80
5) Pemegang bateri (battery holder) 20 RM0.50 RM10.00
6) Wayar 20 RM3.00 RM60.00
7) Suis RM488.8
8) Tombol
Jumlah

b)Kos Upah

Bilangan pekerja : Seorang
Kadar upah: RM2.50 sejam
Tempohan masa: 5 jam
Bilangan hari: 22 hari
Pengiraan kos upah: 1 orang x 5 jam x RM2.50 x 22 hari

: RM275.00

26

c)Kos Overhead

Perkara Kos sehari(RM) Bilangan hari Jumlah(RM)
Bil elektrik RM2.00 22 RM44.00
Bil telefon RM4.00 22 RM88.00
RM132.00

d)Kos Pengeluaran Projek

a) Kos Pengeluaran Projek : RM488.80 + RM275.00 + RM132.00 = RM895.80
b) Kos Pengeluaran Seunit: RM895.80 / 20 unit = RM44.79

e)Kos Jualan

a) Kos Jualan : RM44.79 + RM44.79(100% keuntungan) = RM89.58

A: Boleh Dicapai

a) Keuntungan : RM89.58 - RM44.79 = RM44.79

R: Realistik

Gabungan bahan yang mudah diperoleh dengan kemahiran pereka bentuk membuktikan produk ini mampu
direalisasikan menjadi produk sebenar.

T: Tempoh Masa

Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa melebihi kos yang dianggarkan.

27


Click to View FlipBook Version