The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peach_and_Pastel_Abstract_Scrapbook_with_Torn_Paper_A4_Document

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alicia.xinyiyok, 2022-06-01 03:01:08

Peach_and_Pastel_Abstract_Scrapbook_with_Torn_Paper_A4_Document

Peach_and_Pastel_Abstract_Scrapbook_with_Torn_Paper_A4_Document

Kecerdasan buatan (AI)

keupayaan sesebuah komputer digital atau robot kawalan komputer untuk
melakukan sesuatu tugasan yang diarahkan dengan kecerdasan pemikiran yang
setanding dengan kepintaran manusia.
Teknologi kecerdasan buatan ini telah berkembang pesat dalam cabang sains
kerana telah berjaya memudahkan kehidupan manusia.

Pembelajaran:

Pembelajaran menunjukkan kepada pembelajaran mesin yang akan diperkenalkan
dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.

Penaakulan

Penaakulan merupakan mampu menyatakan inferens berdasarkan situasi yang
dihadapi. Penaakulan yang diberikan boleh dalam bentuk penaakulan deduktif atau
penaakulan induktif.

Penyelesaian masalah: Penyelesaian masalah merupakan pencarian langkah yang
sesuai secara sistematik dalam julat langkah-langkah atau tindakan yang
bermungkinan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.

Persepsi

Persepsi yang dimaksudkan ini bukan persepsi yang berunsurkan negatif tetapi
persepsi terhadap persekitaran agar komputer atau mesin kawalan komputer dapat
membalas berdasarkan situasi persekitaran. Tindak balas yang dilakukan dapat
disesuaikan dengan keadaan persekitaran dan bukan semata-matanya melaksanakan
arahan yang diprogramkan.

Penggunaan bahasa: Penggunaan bahasa bukan sekadar penggunaan bahasa
manusia tetapi juga termasuklah penggunaan bahasa isyarat, bahasa tanda dan
signal yang dikeluarkan oleh mesin.

Bapa Kecerdasan Buatan:

John McCarthy merupakan ahli matematik dan saintis komputer America yang
merupakan salah satu perintis dalam teknologi kecekapan buatan dan bidang
kajian utama beliau adalah dalam pembentukan pengetahuan akal.

Antara tahap dalam kecekapan buatan yang terdapat ialah:
1.Kecerdasan Sempit Buatan (Artificial Narrow Intelligence)
2.Kecerdasan Umum Buatan (Artificial General Intelligence)
3.Kecerdasan Super Buatan (Artificial Super Intelligence)

Pembelajaran mesin merupakan keupayaan sesebuah
mesin untuk mampu belajar bagi memiliki kepintaran
yang tidak dapat dilakukan mesin-mesin yang lain.
Mesin-mesin ini akan berhadapan dengan jutaan kali
percubaan agar mampu menyelesaikan sesuatu tugasan

apabila berdepanan situasi tersebut. Dalam proses
percubaan tersebut, mesin ini mampu memahami konsep

dalam penyelesaian masalah yang dihadapi tersebut.
Situasi ini dapat diumpamakan denagn keadaaan murid-

murid yang sedang bersekolah. Murid-murid
bersekolah untuk menimba ilmu pengetahuan dan
memahami pelbagai konsep dalam kehidupan agar

mampu menyelesaikan sesuatu masalah dalam
kehidupan kelak. Begitu juga dengan mesin, konsep
pembelajaran mesin ini membolehkan sesuatu mesin
mempunyai kepintaran untuk menyelesaikan sesuatu

masalah secara automatik tanpa pengoperasian
manusia selepas telah berkali-kali percubaan
menghadapi masalah tersebut.

1.perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian
Kecerdasan buatan (AI) telah menyediakan bantuan kepada pelanggan
secara dalam talian dengan menggunakan servis “chatbot”.
“Chatbot” dapat menjawab soalan dan memberikan maklumat yang
tepat kepada pengguna pada bila-bila masa.
Penggunaan AI dalam perkhidmatan pelanggan dapat memenuhi
keperluan perniagaan dengan mudah.

2. Penterjemahan melalui “Google Translate”
“Google Translate”mendatangkan banyak manfaat kepada manusia
terutamanya apabila melancong ke luar negara
Ia membantu pelancong berkomunikasi dengan masyarakat tempatan
dengan menggunakan bahasa tertentu
Google juga telah menggunakan program yang dipanggil 'Google
Neural Machine Translation,' yang boleh menyerap berjuta-juta
bahasa, perkataan dan kamus serta menukar mana-mana ayat ke
dalam bahasa yang sesuai.

3. Kereta Pintar
Terdapat banyak syarikat-syarikat automobil selain Tesla sedang
membuat kajian tentang AI untuk digunakan dalam kenderaan untuk
menghasilkan kereta pintar.
Kereta pintar mempunyai banyak fungsi yang istimewa, iaitu
mengurus lalu lintas dengan lebih baik meggunakan GPS dan
mengesan sebarang halangan yang tidak dapat dilihat oleh pemandu
Hal ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pemandu
dan penumpang kereta

4. Telefon pintar
Penggunaan AI dalam telefon termasuk pembantu pintar seperti Siri,
Alexa dan Google Assistant
Pembantu pintar dapat membantu dalam kehidupan seharian seperti
mengingatkan kami untuk mengambil pakej serta melaporkan berita
terkini kepada kami.
iOS dan Android telah menggunakan perkhidmatan tersebut untuk
menyenangkan kehidupan manusia.

5. Bidang kesihatan
Pembelajaran mesin (Machine Learning) dapat meramalkan penyakit
kronik termasuk serangan jantung dan strok pada peringkat awal.
Sebagai contoh, Fitbit dan Apple Watch dapat memeriksa dan
merekodkan kadar denyutan jantung seseorang, kadar pernafasan,
dan statistik penting yang lain pada setiap hari.

6. anggaran masa perjalanan
“Google Map” boleh menyemak ketangkasan peralihan trafik pada
bila-bila masa dengan menggunakan data lokasi daripada telefon
bimbit,serta boleh mengetahui situasi trafik yang terkini.
Aplikasi “Google Map” dapat menjimatkan masa perjalanan dengan
mengesyorkan laluan yang terpantas dengan menggunakan data
yang berkaitan.

7. Hiburan
YouTube yang sistemnya akan mengesyorkan video ataupun muzik
yang baharu mengikut kegemaran pengguna pada ketika itu.
Ini merupakan fungsi kecerdasan buatan dan ia juga akan menjejaki
filem dan muzik kegemaran anda serta mengeluarkan video dan
muzik berdasarkan kegemaran tersebut.

1.Amerika Syarikat
Antara syarikat yang melibatkan dalam perkembangan kecerdasan buatan ialah
Amazon dan Intel.
Amazon menjual Amazon Echo iaitu produk kecerdasan buatan (AI) iaitu
pembesar suara pintar yang serasi dengan Alexa.
Intel telah membangunkan inisiatif AI untuk “software” dan “hardware” dalam
sistem komputer dengan mencipta dua sistem pemprosesan iaitu Nervana
(berdasarkan ”deep learning”) dan Movidius (berdasarkan pembelajaran mesin)

2. China
Negara China telah menekankan penciptaan aplikasi berdasarkan AI dalam
bidang perubatan untuk mengetahui taraf kesihatan penduduk yang tinggal di
kawasan luar.
Penggunaan “deep learning”, iaitu kecekapan buatan yang dapat meniru proses
kerja otak manusia, untuk memproseskan imej perubatan dalam pengesanan
kanser dan penyakit lain juga telah digunakan.

3. Jepun
Jepun telah menggunakan perkhidmatan pembayaran digital dan sistem
pengurusan syarikat yang melibatkan teknologi AI akibat pandemik Covid-19.
Pengurusan dokumen secara dalam talian dan sistem Internet of Things (IoT)
telah dipraktikkan.
Jepun juga mempraktikkan penggunaan AI dalam bidang robotics seperti
Actroid iaitu sejenis robot humanoid yang dapat berkelip, bercakap dan
bernafas seperti manusia melalui bantuan Kepintaran Buatan

Kecekapan buatan dapat meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan tugasan.

Kecekapan buatan membolehkan komputer melakukan tugasan remeh yang berulang-
ulang dan tugasan yang lebih kompleks.
Kecekapan buatan ini tidak seperti manusia yang mempunyai had limit dalam proses kerja
dilakukan.
Kecekapan buatan sering digunakan dalam kerja biasa yang membosankan dan kerja yang
mengambil masa yang banyak untuk selesai.

Kecekapan buatan dapat mengurangkan kesilapan manusia.

Kecekapan buatan dapat melakukan sesuatu tugasan dengan kadar kesilapan yang paling
minima.
Hal ini disebabkan otak manusia mempunyai had limitnya akan letih dan menyebabkan kita
tidak dapat berfokus setelah jangka masa yang panjang dalam sesuatu pelaksanaan tugas.
Tetapi dapat dilihatkan bahawa “otak” robot iaitu komputer tidak erti lesu, komputer masih
dapat berfungsi dengan baik walaupun telah beroperasi dalam jangka masa yang panjang.
Komputer kecekapan buatan telah diprogramkan untuk berfungsi dan mendapatkan
keputusan yang lebih tepat. Kecekapan buatan telah membolehkan kerja yang dilakukan
dengan tanpa kecuaian manusia akibat kelesuan yang menyebabkan kita tidak dapat
berfokus.

Kecekapan buatan dapat menggantikan kerja yang bahaya.

Kecekapan buatan dapat membantu melakukan kerja-kerja yang bahaya dan berisiko
tinggi.
Hal ini dapat dilihat apabila kecekapan buatan dapat diaplikasikan dalam kerja-kerja
berkaitan dengan tapak pekerjaan.
Kecekapan buatan juga dapat diaplikasikan dalam kerja-kerja penyelamatan, seperti untuk
menjangkakan gempa bumi yang bakal berlaku dan mengesan mangsa di tempat bencana
berlaku.

Kecekapan buatan dapat menganalisis data secara lebih mendalam dan membuat keputusan
yang lebih tepat.

Kecekapan buatan dapat memproseskan data dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang
singkat.
Sistem yang menggunakan kecekapan buatan ini dapat mencari maklumat yang dihendaki,
mengenalpasti trend yang terdapat di pasaran untuk membuat sesuatu keputusan.
Setiap proses ini dapat dilakukan dalam sekelip mata dan aliran kerja dapat disingkatkan.
Kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih efektif.

Kecekapan buatan dapat beroperasi 24/7 tanpa henti kerana tidak erti lesu.

Kecekapan buatan ini tidak terhad dengan waktu bekerja seperti manusia.
Manusia terikat dengan waktu kerja 8/5, iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu, tetapi
kecekapan buatan dapat beroperasi sepanjang masa.
Kecekapan buatan ini mampu beroperasi tanpa mengira siang atau malam dan dapat
memaksimakan penggunaannya.

(A) Artificial Intelligence
- Mewujudkan omputer yang dapat menyelesaikan semua masalah yang
diketahui oleh manusia

Berkebolehan dalam menganalisis sejumlah besar maklumat dan mencari
penyelesaian kepada masalah terbesar dunia dengan ilmu yang diperoleh
daripada maklumat itu.
Kelaparan, penyakit, lebihan penduduk, perubahan iklim
- Mewujukan AI yang memahami emosi manusia
Mencipta robot yang dapat membaca dan memahami emosi manusia serta
mengembang emosi sendiri.
Menstabilkan emosi manusia dengan membantu manusia dalam mengekalkan
kebahagian dengan sentiasa mengiringi manusia.
- Dapat meramal masa depan berdasarkan analitik data yang bertahap tinggi
Peramalan akan menjadi lebih tepat
Bidang ekonomi, kewangan, sosial, kelakuan manusia
- Manusia tidak perlu berkerja lagi
Dapat mementingkan dan memberi tumpuan kepada perkara/kerja yang lebih
kreatif dan bermakna

(B) Machine Learning
- Mewujudkan komputer yang berupaya untuk belajar sendiri tanpa
diprogramkan secara eksplisit

Membina algoritma dan mewujudkan kepesiti pembelajaran supaya mesin
dapat mencari corak data dan membuat ramalan
Dapat membuat keputusan dengan campur tangan manusia yang minimum
daripada data praproses.
- Membangunkan model pengiraan proses pembelajaran manusia
Supaya dapat memahami proses pembelajaran manusia yang merupakan
perkara yang amat penting dalam memahami kecerdasan manusia.
- Untuk meneroka kaedah pembelajaran yang baharu
Cara pembelajaran bukan sekadar cara pembelajaran yang digunakan oleh
manusia.
Penerokaan kaedah pembelajaran lain yang mungkin lebih cekap dan
berkesan

(A) Artificial Intelligence
- Masalah Bias data

Modul AI adalah refleksi dari apa yang mereka pelajari dan algoritma di
belakangnya.
Sekiranya algoritma atau set data ini mempunyai bias di dalamnya, hasilnya
pasti cenderung ke arah hasil tertentu juga.
- Ketersediaan data yang konsisten
Beberapa bidang yang meggunakan sistem AI memerlukan volum data yang
besar untuk tujuan latihan.
Bidang kesihatan
- Tiada ketelusan
AI melibatkan pengaturcaraan produk yang complex yang tidak dapat
dijelaskan kepada masyarakat.
Applikasi atau algoritma kebanyakan produk yang berasaskan AI telah
dirahsiakan untuk mengelakkan ancaman produk serupa.

(B) Machine Learning
- Kualiti data yang lemah

Data yang berkualiti ialah elemen yang amat penting untuk algoritma
berfungsi seperti yang diinginkan.
Data yang tidak lengkap dan kurang berkualiti merupakan musuh utama
kepada pembelajaran mesin yang ideal.
- Pelaksanaan mengambil masa yang lama
Model pembelajaran mesin adalah sangat cekap dalam memberikan data
yang tepat, tetapi ia memerlukan masa yang lama.
Memerlukan pemantauan dan penyelenggaraan yang berterusan untuk
memastikan output yang terbaik.
- Kekurangan tenaga mahir
Kekurangan pekerja mahir yang tersedia dalam pengurusan dan
pembanunan kandungan analisis untuk Pembelajaran Mesin.
Saintis data memerlukan gabungan pengalaman yang banyak serta
pengetahuan yang mendalam tentang sains, teknologi, dan matematik.


Click to View FlipBook Version