BUKU SKRAP
REFLEKSI
Jenayah juvana adalah merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-
sosial golongan remaja yang bertindak menyalahi undang-undang
dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka. Ia merupakan
satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan
yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia
dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
Hari ini,masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes
jenayah. Sekarang, isu jenayah di sekolah-sekolah semakin
berleluasa .Antara jenayah yang dilakukan ialah agresif terhadap
manusia. Contoh : buli, vandalism ,curi motosikal, pecah rumah dan
lain-lain.
Faktor berlakunya jenayah kanak-kanak adalah diri sendiri ,
keluarga , rakan sebaya , perskitaran dan media massa.Kesan
jenayah juvana kepada masyarakat ialah negara kita akan kehilangan
modal insan yang berkaliber sekaligus mengugatkan keselamatan
negara.Kita boleh cuba bayangkan akibat sekiranya remaja-remaja
kini yang ada sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan
implikasi pada masa depan. Kesan jenayah juvana kepada
masyarakat adalah banyak, antaranya kerugian harta
benda,terputusnya hubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan
juga kerugian masa.
Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah
remaja dapat dibendung jika faktor-faktor penyumbang dikenal pasti
dan seterusnya mengambil langkah-langkah mengatasinya. Semua
pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat serta
pihak kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu dalam
melahirkan remaja sebagai modal insan kepada negara