SK TELOK PANGLIMA GARANG SABTU • 10 Jun 2023 • 8.30 pagi • DEWAN PANGLIMA MAT 50
PERKARA HALAMAN KATA ALU-ALUAN - YDP PIBG - GURU BESAR 3 -4 Atur Cara Majlis 5 Jawatankuasa Kerja & Pelaksana 6 - 7 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 8 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke- 50 9 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49 10 - 16 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 17 - 18 Laporan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 19 -23 Usul / Cadangan Ibu Bapa 24 Pelantikan AJK Baharu Sesi 2023/2024 25 – 26 Senarai Bayaran Tambahan Persekolahan Sesi 2023/2024 27 Program Unit Kurikulum, HEM & Kokurikulum 28 - 31 Penghargaan 32 2
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG 3 Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam Malaysia Madani. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan” - Surah al-Qasas, ayat 77. Sehubungan itu, kita juga diperintahkan Allah SWT supaya menuntut ilmu untuk dunia dan akhirat. Malah, menuntut ilmu adalah fardu (wajib) ke atas setiap Muslim. SAW bersabda yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap Muslim” - Riwayat Bukhari. Sidang hadirin yang dihormati, Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa Penjaga dan Guru Sekolah (PIBG), Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang (SKTPG) kali ke-50. Ini merupakan pentas penting bagi berbahas seterusnya mencari kesepakatan dalam membina sahsiah seterusnya kemenjadian anak-anak kita bagi menghadapi dunia yang mencabar. Tidak dinafikan peranan besar pentadbir, guru-guru dan kakitangan sekolah yang tidak putusputus berusaha menggapai kegemilangan anak-anak ini seterusnya membawa naik serta mengharumkan nama sekolah diperingkat daerah, negeri mahu pun kebangsaan. Sudah pasti usaha ini perlu sokongan, dokongan, dorongan ibu bapa waris dan penjaga baik secara moral, fizikal bahkan terkadang sedikit pengorbanan wang ringgit demi mencapai hasrat murni di atas. Gunalah peluang ini untuk mencari titik persamaan sekaligus fokus terhadap usaha melestari potensi seluruh kluster warga SKTPG dari anak-anak kita yakni murid hinggalah guru serta pentadbir. Kejayaan anak-anak adalah kebanggaan dikongsi bersama ibu bapa waris dan penjaga serta guru-guru dan pentadbir. Buah salak di dalam kantung Kulitnya keras isinya kelat Bulat air kerana pembentung Bulat manusia kerana muafakat. Akhir kalam, selamat datang dan selamat bersidang diucapkan. Sekian, terima kasih. (JEFRIZAL BIN MOHD JAAFAR) Yang di Pertua PIBG, SK Telok Panglima Garang
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR Bissmillahhirrohmannirrohim, Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersemuka dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke-50. Namun begitu, perlu diingat bahawa kita harus menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kita masih lagi belum menang menangani isu covid-19 dan wabak penyakit lain yang muncul selepas covid-19. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa, waris dan penjaga yang prihatin dan telah membayar sumbangan PIBG untuk sesi persekolahan 2022. Sumbangan tersebut banyak impaknya dalam menjayakan beberapa aktiviti sekolah dan membuat pembangunan sekolah. Terima kasih juga kepada ibubapa, waris dan penjaga yang telah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dan menghantar anak-anak ke sekolah bagi sesi persekolahan yang baru bermula pada 20 Mac 2023 yang lalu. Untuk sesi persekolahan yang baru KPM mengumumkan semua murid bersekolah secara bersemuka dengan SOP Pengoperasian yang baru, pihak sekolah akur dengan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh KPM. Jika tahun sebelum ini, anak-anak SKTPG khususnya ke sekolah dengan memakai uniform yang lengkap dan serba baru tetapi untuk sesi persekolahan ini, guru-guru, kakitangan dan anak-anak SKTPG ke sekolah dengan memakai pakaian baju PJ/sukan/ pakaian yang sesuai dan tidak mencolok mata untuk keselesaan dalam cuaca yang panas dan tidak menentu. Akhir kata dari saya, terima kasih daun keladi ibubapa, waris dan penjaga anak-anak SKTPG, kalau boleh teruskanlah menyumbang untuk sumbangan PIBG dan pembangunan SKTPG. Sekian, terima kasih. Yang benar, ……………………….. (JUNAIDAH BINTI ARSAD) Guru Besar, SK Telok Panglima Garang 4
MASA PERKARA 08:00 Pagi Kehadiran ahli PIBG & Jemputan VIP 08:30 Pagi Lagu NEGARAKU Ucapan Aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa : - Ustaz Zulkarna’in bin Md Sulhaimi Ucapan Yang di Pertua PIBG : - En Jefrizal bin Mohd Jaafar Ucapan Guru Besar : - Dr Junaidah bini Arsad Ucapan Perasmi : - En Hamid bin Mohamad@Asanar Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah PPD Kuala Langat Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG Cabutan Bertuah Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke- 50 Cabutan Bertuah 12:00 T/hari Bersurai 5
Jawatankuasa Kerja JAWATANKUASA INDUK : Penasihat : Dr Junaidah binti Arsad (Guru Besar) Pengerusi : En Jefrizal bin Mohd Jaafar (YDP PIBG ) Naib Pengerusi 1 : Pn Asuza binti Abdul Hamid (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : Pn Khuzaimah binti Zaaim (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 : En Mohd Nazri bin Jaafar (PK HEM) Naib Pengerusi 4 : Tn Hj. Md Asim bin Ismail (PK Pend Khas) Setiausaha : En Muhammad Fadlee bin Abdullah Sani (SU PIBG) Bendahari : Pn Nuraafiah binti Abdullah (Bendahari PIBG) Juruacara Majlis : Pn Zuriana binti Muslimin Pn Hanisah binti Ahmad Jaafar Bacaan Doa : En Zulkarna’in bin Md Suhaimi Persiapan Dewan & Tempat VIP (Sebelum) : En Nurul Zamzam bin Md Jais En Abdul Muiz bin Abd Talib Pn Zainab binti Abidin Pn Oli Osmiza binti Othman Pn Yusnita binti Abd Rahman Pn Siti Balkis binti Baharom Persiapan Dewan & Tempat VIP (Selepas) : En Mohd Ridzwan bin Abas Pn Nurul Nisshak binti Baharuddin Pn Norzamira binti Ishak Pn Sa’diah binti Ismail Pn Mislina binti Mat Sakam Pn Nor Diana binti Mustafa Pn Hazrizah binti Mohd Ghazali Seranta/Publisiti/Papan Pemuka: Pn Zaizalina binti Zakaria Pn Syerida Helmy binti Abdullah Halim Persiapan Pentas : En Fazli bin Rawi Pn Marlina binti Mansur Pn Nooryati binti Mohd Baghawi Pn Lamsi binti Singgam En Mohammad Firdaus bin Abdul Rahman P.A Sistem Siar raya/LCD En Abdullah Sani bin Jabir En Zulkarna’in bin Md Suhaimi Buku Program : En Muhammad Fadlee bin Abdullah Sani Pn Faezatun Jam’ie binti Darus Pn Nurul Syahirah binti Saharuddin Pencatat Minit Mesyuarat : Pn Hjh Hazimah binti Yusoff Cik Nur Arina binti Mohamad Cik Nurshuhada binti Mohd Nasir Protokol dan Jemputan VIP : Semua Pentadbir Sekolah Pn Hjh Liza binti Mat Yatim Pn Norazizah binti Othman Pn Nuralfisyah binti Mohamad Yunus Jawatankuasa Pelaksana 6
Cenderahati & Cabutan Bertuah : Pn Hasnurolhaya binti Sulimin Pn Ruziana binti Makhragi Pn Hazira binti Md Hidzir Pn Nurraihan binti Mohd Ghazali Pn Rosbariyah binti Ghazali AJK PIBG (Ibu bapa) Kawalan & Keselamatan Trafik: En Mohd Fadzil Fairus bin Guriaman En Anbarasan a/l Sandamohan En Zul Akmal Ahnaf bin Mohammed Napiah Sijil & Buku Pelawat : Cik Azrina binti Mohd Adzni Pn Nila Surah binti Anuar Jemputan Ibu Bapa : Semua guru kelas Tahap 1 Semua guru kelas Tahap 2 Laporan Dokumentasi : Pendaftaran Ibu Bapa: Pn Anuja a/p Candran Pn Norma Suhaina binti Ramley Pn Norazura binti Buyanin Pendaftaran Guru : Cik Shakinnah a/p Nadarajan Pn Rozita binti Saidin Pn Kazila binti Mohd Isa Pn Norzila binti Adan Pn Ainul Farha binti Ramli Persembahan Multimedia : Pn Afidah binti Zainal Abidin Pn Suriani binti AbuTiar Jurugambar & Video: En Ahmad Safwanuddin bin Nordin Cik Joanna Fernandez Cik Fatimatuzahrah binti Zaudi Jamuan Guru : Pn Norhanim binti Basiran Pn Maizatulhana binti Samain Pn Siti Rahimah binti Misran Pn Norshahida binti Md Razami Pn Siti Razifah binti Amat Taslim Pn Nor’aisyah binti Tarim@Tahrim Jamuan Ibu Bapa : Pn Shamsul Rosida binti Abd Rani Pn Siti Faridah binti Kadis Pn Wan Rosliza binti Wan Ismail Pn Norhafizullah binti Zainal Ulum Pn Shanti a/p Subaramaniam Pengira Undi /Jurukira Pn Anariza binti Mohd Sabri Pn Kartiyayini a/p Sinnasamy Pn Nor Azlin binti Latif Pn Fatimah binti Abd Hadi Jamuan VIP : Pn Noor Hayati @ Serikandi binti Sarnin Pn Rohaya binti Rokman Pn Hafizah binti Din@Nordin Pn Noraliza binti Mohd Tamin Pn Rabiatul Adawiyah binti Asmoin Pn Siti Zainon binti Md Nor 7
Penasihat : Dr. Junaidah binti Arsad Yang di Pertua PIBG: En Jefrizal bin Mohd Jaafar Naib YDP PIBG : En Mahimud bin Muhammad Setiausaha : En Muhammad Fadlee bin Abdullah Sani Bendahari : Pn Nuraafiah binti Abdullah AJK Ibu Bapa : En Haslin bin Abu Bakar En Mohamad Hafiz bin Halal En Mohd Hairizal bin Mohd Zaphai En Norfaizal bin Saban Pn Suhana binti Shamsuddin Pn Noor Hidayah binti Halal AJK Guru : Pn Faezatun Jam’ie binti Darus Pn Hjh Hazimah binti Yusuf En Nurul Zamzam bin Md Jais Pn Zulika binti Yusup En Zul Akmal Ahnaf bin Mohammed Napiah Juru Audit Dalaman : En Che Muhammad Kamil bin Makhtar (Wakil Ibu Bapa) Pn Syerida Helmi binti Abdullah Halim (Wakil Guru) 8
AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat 2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke – 49 1. Membentangkan dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2022/2023 2. Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2022/2023 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Perkara-perkara baharu : 1. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024 2. Bayaran Tambahan Persekolahan Tahun 2023/2024 3. Usul dan Cadangan 5. Hal-hal lain 6. Ucapan penangguhan 9
10 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG 42500 TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT MINIT MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE- 49 TAHUN 2022 Tarikh : 28 Mei 2022 (Sabtu) Masa : 8:30 pagi – 12:00 tengah hari Tempat : DEWAN PANGLIMA SK TELOK PANGLIMA GARANG KEHADIRAN : 152 Orang (Rujuk Lihat Lampiran 1) 1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat oleh YDP PIBG,Tn.HJ.Shahrul Nizam B Hj.Md. Radzi 1.1 Mengalu-alukan kedatangan ahli ke Mesyuarat Agung PIBG kali- 49. 1.2 Mengharapkan agar mesyuarat tahun ini dapat memberi pandangan dan berbincang dengan baik demi kemajuan anak-anak. 1.3 Harapan YDP agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang baik. 2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Ke – 48 2.1.1 En.Muhammad Fadlee selaku Setiausaha Kehormat PIBG SKTPG membentangkan minit Mesyuarat Agung kali ke- 48 daripada muka surat 11 hingga 19. 2.1.2 YDP meminta ahli menyemak minit tersebut dan memaklumkan jika terdapat sebarang kesalahan. 2.1.3 En. Fadzil Fairus telah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG ke- 48 disahkan. 2.1.4 Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong Minit Mesyuarat Agung PIBG SKTPG bagi Tahun 2021 disahkan. 2.2 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Kali Ke – 48 2.2.1 En.Muhammad Fadlee Setiausaha Kehormat PIBG SKTPG membentangkan minit Laporan Aktiviti Tahunan kali ke- 48 pada muka surat 20. 2.2.2 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG bagi Tahun 2021.
11 2.3 Membentang,menerima, dan mengesahkan Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021 2.3.1 Pn. Afidah Bt Zainal Abidin selaku Bendahari Kehormat PIBG SKTPG membentangkan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021 pada muka surat 21 hingga 22. 2.3.2 En. Mohamad Hafiz Bin Halal telah mencadangkan agar Penyata Kewangan PIBG SKTPG 2021 disahkan dan disokong oleh semua ahli PIBG. 3. Perkara-perkara berbangkit - Tiada 4. Pembubaran AJK PIBG 2018/2019 4.1 YDP membubarkan AJK PIBG SKTPG bagi sesi 2020-2021. 4.2 Perlantikan pengerusi sementara 4.2.1 En. Muhammad Fadlee mencadangkan Dr. Junaidah Bt Arsad sebagai Pengerusi Sementara dan disokong sebulat suara ahli PIBG. 4.2.2 Pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022. Yang di Pertua PIBG Cadangan : En.Muhammad Airizal mencadangkan En Jefrizal Bin Muhammad Jaafar sebagai YDP. Keputusan mesyuarat : Setelah undian dijalankan, Ahli mesyuarat sebulat suara memilih En. Jefrizal Bin Muhammad Jaafar sebagai YDP PIBG bagi tahun 2022/2023. Naib Yang di Pertua PIBG Cadangan 1 : En. Fadzil Fairus mecadangkan NYDP iaitu En. Mahimud Bin Muhammad Cadangan 2 : Pengerusi mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
12 Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa a. En. Azizan mencadangkan En. Mohamad hafiz Bin Halal b. Pn. Intan Baizura mencadangkan Pn. Suhana Bt Shamsuddin c. Pn. Intan Baizura mencadangkan Pn. Noor Hidayah Bt Halal d. En. Fadzil Fairus mencadangkan En. Mohd Hairizal Bin Mohd Zaphai e. Pn. Azizah mencadangkan En.Haslin Bin Abu Bakar f. En. Fadlee mencadangkan En. Faizal Bin Saban (wakil PPKI) g. En. Fadzil Fairus Mencadangkan En. Kamil Bin Moktar sebagai juruaudit dalaman wakil ibu bapa. Sokongan: Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut. Keputusan undian: Ahli Jawatankuasa Wakil Ibu Bapa PIBG SKTPG 2020 : 1. En. Mohamad hafiz Bin Halal 2. Pn. Suhana Bt Shamsuddin 3. Pn. Noor Hidayah Bt Halal 4. En. Mohd Hairizal Bin Mohd Zaphai 5. En. Haslin Bin Abu Bakar 6. En. Norfaizal Bin Saban 7. EN. Che Muhammad Kamil BIN Makhtar (Juruaudit Dalaman) 4.2.3 Senarai lengkap Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 Penasihat : Dr. Junaidah Binti Arsad YDP PIBG : En. Jefrizal Bin Mohd Jaafar Naib YDP PIBG : En. Mahimud Bin Muhammad Setiausaha Kehormat : En. Muhammad Fadlee B. Abdullah Sani Bendahari kehormat : Pn. Nuraafiah Binti Abdullah Ahli jawatankuasa : 1. En. Mohamad hafiz Bin Halal ( AJK IBU BAPA ) 2. Pn. Suhana Bt Shamsuddin ( AJK IBU BAPA ) 3. Pn. Noor Hidayah Bt Halal ( AJK IBU BAPA ) 4. En. Mohd Hairizal Bin Mohd Zaphai ( AJK IBU BAPA ) 5. Pn. Haslin Bin Abu Bakar ( AJK IBU BAPA )
13 1. En. Norfaizal Bin Saban ( AJK IBU BAPA ) 2. Pn. Faezatun Jam`ie Binti Darus ( AJK GURU ) 3. Pn. Hajah Hazimah Binti Yusuf ( AJK GURU ) 4. En. Nurul Zamzam Bin Md Jais ( AJK GURU ) 5. Pn. Zulika Binti Yusuf ( AJK GURU ) 6. En. Zul Akmal Ahnaf Bin Mohammed Napiah ( AJK GURU ) 7. En. Che Muhammad Kamil Bin Makhtar (Juruaudit Dalaman Wakil Ibu Bapa) 8. Pn. Syerida Helmi Binti Abdullah Halim (Juruaudit Dalaman Wakil Guru) 4.3 Usul dan Cadangan Bertulis 4.3.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa segala usul atau cadangan yang tertulis dalam buku mesyuarat Agung PIBG kali ke 49 telah dijawab, walaubagaimanapun YDP akan memperhalusi dan menyemak semula usul dan cadangan yang diberi untuk dibawa ke mesyuarat AJK Pertama. Keputusan mesyuarat : Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu. 4.3.2 En Haslin mencadangkan Sumbangan PIBG dapat dinaikkan pada masa akan datang daripada RM 40 kepada RM 70 memandangkan banyak komitmen yang perlu dilakukan. Keputusan mesyuarat : Ahli mesyuarat sebulat suara bersutuju atas usul tersebut dan Setiausaha memaklumkan perubahan ini akan dilakukan pada tahun 2023 dengan kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 4.3.3 En Ahmad Fauzan menyatakan ada beberapa usul yang berada dalam buku MAT PIBG 49 perlu diperhalusi agar dapat diambil tindakan dengan segera. Beliau juga bersetuju atas Tabung Infaq Pembesaran Kantin. Makluman Mesyuarat : YDP memaklumkan , beliau akan menyemak semula dan akan mengambil tindakan segera.
14 4.3.4 Pn Baizura merujuk usul 17 , berkaitan tandas murid harap pihak sekolah dapat membaik pulih tandas murid dengan segera. Keputusan mesyuarat : Guru Besar memaklumkan perkara ini akan diambil tindakan dan beliau memaklumkan pihak sekolah juga ada memohon tandas tambahan memandangkan banyak tandas sekolah dalam keadaan uzur. 4.3.5 En Kamil mengusulkan mengenai bayaran tambahan dan sumbangan PIBG dapat di bayar secara ansuran oleh ibu bapa yang kurang kemampuan . Makluman mesyuarat : YDP bersetuju dengan perkara ini untuk meringankan bebanan ibubapa. 4.3.6 Pn. Nurhaini mencadangkan agar bayaran sumbangan PIBG dapat dibayar secara dalam talian. Makluman Mesyuarat : Setiausaha memaklumkan bayaran secara dalam talian telah bermula pada tahun lepas dan pada tahun ini akan di teruskan, walaubagaimanapun bayaran secara bersemuka akan diadakan pada 1 julai 2022 . 4.3.7 Pn. Guru Besar membentangkan senarai bayaran sumbangan PIBG yang perlu di bayar oleh ibu bapa pada tahun 2022.
15 Makluman Mesyuarat : Semua ahli mesyuarat bersetuju atas perkara yang dibentangkan oleh guru besar. 5.0 Hal-Hal Lain -Tiada-
16 6. Ucapan Penangguhan 6.1 Guru Besar Puan Guru Besar mengharapkan pihak ibu bapa dapat mengenali warga sekolah supaya dapat membentuk hubungan baik dengan pihak sekolah dan berharap ibu bapa dapat memberi sokongan dalam usaha meningkatkan nama sekolah. 6.2 Yang Di Pertua YDP mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk memimpin PIBG SKTPG bagi tahun 2022. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir atas kerjasama yang diberikan. YDP PIBG SKTPG menangguhkan mesyuarat dengan Surah Al ‘Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ………………….. …. ……………………… …………………….. (Muhammad Fadlee B. Abdullah Sani ) (En. Jefrizal Bin Mohd Jaafar) (Dr. Junaidah Binti Arsad) Setiausaha Kehormat PIBG YDP PIBG Guru Besar SK Telok Panglima Garang SK Telok Panglima Garang SK Telok Panglima Garang
SESI 2022/2023 MAT 50 17
BIL PERKARA TARIKH 1 MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 13 JUN 2022 2 MESYUARAT AJK KALI KEDUA 16 SEPTEMBER 2022 3 MESYUARAT AJK PIBG KALI KETIGA 10 DISEMBER 2022 4 MESYUARAT AJK PIBG KALI KEEMPAT 4 MEI 2023 5 KEM KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT 6 MAJLIS PERSARAAN PUAN ARNIZA BT ABDUL HAMID 30 OGOS 2022 7 KEJOHANAN BOLING SEMPENA HARI GURU SK TELOK PANGLIMA GARANG 8 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SK TELOK PANGLIMA GARANG 6 DISEMBER 2022 9 MENAMBAK TANAH DI SEBELAH DEWAN RM 1000.OO 1 OKTOBER 2022 10 PROGRAM KEIBUBAPAAN PERINGKAT DUN SIJANGKANG 24 SEPTEMBER 2022 11 PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 7 OKTOBER 2022 12 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK TELOK PANGLIMA GARANG 4 OKTOBER 2022 13 SUKAN SEKOLAH 26 NOVEMBER 2022 14 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TELOK PANGLIMA GARANG 16 FEBRUARI 2023 15 PEMBINAAN 6 PINTU TANDAS MURID BERNILAI RM 43,200 6 JANUARI 2023 16 PEMBELIAN KERUSI DEWAN 100 BUAH 22 FEBRUARI 2023 17 JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT SK TELOK PANGLIMA GARANG 5 MEI 2023 18 JAMUAN HARI GURU PERINGKAT SK TELOK PANGLIMA GARANG 16 MEI 2023 19 TAKLIMAT PEMBAYARAN SETLE PAYZ 28 JUN 2022 18
SESI 2022/2023 MAT 50 19
20
21
22
23
50 MAT 24
25 https://anyflip.com/oqexi/bjbn/ https://drive.google.com/file/d/1c VndbVQGfUaJOqiF5VH_U8- DXzcZt0Hj/view?usp=sharing
JAWATAN NAMA PENASIHAT PIBG GURU BESAR YANG DI PERTUA PIBG NAIB YDP PIBG SETIAUSAHA BENDAHARI AJK IBU BAPA 1. 2. 3. 4. 5. AJK GURU 1. 2. 3. 4. 5. JURU AUDIT 1. 2. 26
SENARAI BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 27
MAT 50 28
BIL PERKARA TARIKH 1 MINGGU PANITIA - PANITIA BAHASA MELAYU - PANITIA BAHASA INGGERIS - PANITIA MATEMATIK - PANITIA PENDIDIKAN ISLAM - PANITIA MORAL - PANITIA PJK - PANITIA BAHASA (BA/BC/BT) 2 PROGRAM PEMULIHAN KHAS - TEMUA MURNI IBU BAPA DAN GURU PEMULIHAN KHAS - JOM MEMBELI-BELAH DI GIANT 3 FESTIVAL JERAVAWARA (PANITIA SENI VISUAL) 27 OGOS 2022 4 HARI TEMU MURNI IBU BAPA & GURU PBD PERTENGAHAN TAHUN 2022 21 SEPTEMBER 2022 5 PROGRAM J-QAF - KEM BESTARI SOLAT - MAJLIS KHATAM QURAN PERINGKAT SEKOLAH 21 SEPTEMBER 2022 3 FEBRUARI 2023 6 PROGRAM JARINGAN PINTAR - BENGKEL PEDAGOGI TERBEZA PENGAPLIKASIAN DI DALAM BILIK DARJAH 8 OKTOBER 2022 7 PROGRAM SEGAK & BMI 8 PROGRAM PENDEDAHAN FORMAT PENTAKSIRAN SUMATIF (UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK) TAHUN 4,5 & 6 9 PROGRAM TAHUN 6 - MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN - KEMBARA ILMU 2022 TO PENANG & PERAK - PROGRAM KEROHANIAN MURID 10 PROGRAM PRA SEKOLAH - SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PRA SEKOLAH - SAMBUTAN HARI JADI ANAK-ANAK PRA SEKOLAH - TEMASYA SUKAN PRA SEKOLAH - MAJLIS APRESIASI PRA SEKOLAH 9 FEBRUARI 2023 14 JANUARI 2023 11 FEBRUARI 2023 11 PUSAT SUMBER SEKOLAH - MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH - BACA DAN REKOD NILAM WAKTU KELAS GANTI DALAM KELAS 12 MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SESI 2022/2023 16 FEBRUARI 2023 29
30 BIL PERKARA TARIKH 1 UNIT KESIHATAN MURID 1. Pemeriksaan Mata percuma & serahan sumbangan cermin mata kpd 5 murid terpilih 2. Pemeriksaan pergigian 3. Lawatan Pemeriksaan kesihatan dan suntikan Imunisasi Tahun 1 & Pra Sekolah 8 DISEMBER 2022 15 APRIL2022 18 & 19 OGOS 2022 2 UNIT PPDa 1. Majlis Watikah Pelantikan Skuad PPDa 2. Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 3. Kem Pintar anjuran AADK K.Langat 25 JULAI 2022 25 -29 JULAI 2022 14 SEPTEMBER 2022 3 INDUK HEM 1. Sambutan Hari Raya 2022 2. Sambutan Hari Kanak- Kanak 3. Penyampaian Sijil Kehadiran Penuh Dan Sahsiah Terpuji 4. Pertandingan Keceriaan Kelas 5. Majlis Hari Anugerah Hal Ehwal Murid 20 MEI 2022 6 DISEMBER 2022 29 OGOS 2022 14 FEBRUARI 2023 14 FEBRUARI 2022 4 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Jom ke Sekolah 2. Program Transformasi Diri Tahap 2 3. Watikah Pelantikan PRS 4. Motivasi Sahsiah & Jati Diri Tahap 2 5. Kem PRS Tahun 4 &5 Peringkat Daerah K. Lgt 6. Saringan Minda Sihat 1.0 Tahun 5&6 7. Psikometrik Tahun 5 Online 8. SKTPG Got Talent 9. Sambutan Hari Jadi Perdana 10. Psikometrik Tahun 6 11. Ujian Pengiktirafan PRS Bongsu Tahun 6 Online 12. Saringan Minda Sihat 2.0 Tahun 5 & 6 13. Ceramah Awal Remaja Tahun 6 14. Taklimat Persediaan ke Sekolah Menengah Tahun 6 15 MAC2022 4 - 13 APRIL 2022 25 APRIL 2022 27 SEPTEMBER 2022 29 SEPTEMVER 2022 9 - 28 OKTOBER 2022 14- 17 NOVEMBER 2022 28 - 29 NOVEMBER 2022 Jan - Dis (6/12/2022) 13 JANUARI 2023 1 – 2 FEBRUARI 2023 1 – 3 FEBRUARI 2023 2 FEBRUARI 2023 9 FEBRUARI 2023 5 UNIT BANTUAN SEKOLAH 1. Penyampaian sumbangan Kematian bapa kepada 2 beradik :- Nur Aufa Zulaikha (1 Cerdik) Muhammad Amsyar (3 Cerdik) 2. Pelancaran Tabung Kebajikan HEM 3. Penyerahan Sumbangan 8-12 MEI 2023 15 MEI 2023 6 PENGAWAS & DISIPLIN 1. Taklimat Persediaan Tugasan Kantin 2. Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas 3. Kem Kepimpinan 4. Taklimat Tatacara dan Etika Pemakaian Pengawas Sekolah. 5. Spotcheck Perdana OPS Lato-Lato 6. Jamuan Akhir Tahun Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas 7. Temuduga Pengawas Baru 8. Gimik Lakonan sempena Minggu Akhir Persekolahan 11 MEI 2022 30 MEI 2022 22 JULAI 2022 1 FEBRUARI 2023 5 FEBRUARI 2023 13-15 FEBRUARI 2023 16 FEBRUARI 2023
31 BIL PROGRAM TARIKH 1 KEM KEPIMPINAN 17-19 JUN 2022 2 LAWATAN PROGRAM HARI INOVASI DAN KREATIVITI NUKLEAR MALAYSIA 13 SEPTEMBER 2022 3 KEJOHANAN MERENTAS DESA 27 MEI 2022 4 PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT 27 – 28 JANUARI 2023 5 PERTANDINGAN PERMAINAN BAHASA SEMPENA BULAN BAHASA 3 OKTOBER HINGGA 31 OKTOBER 2022 6 SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE- 65 SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE- 59 1 OGOS – 12 SEPTEMBER 2022 7 SAMBUTAN MINGGU STEM 26 – 3O SEPTEMBER 2022 8 KATMO OLAHRAGA DAERAH KUALA LANGAT (TUAN RUMAH) 7 – 8 DISEMBER 2022 9 HARI ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH 15 FEBRUARI 2023 10 TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-48 Acara Sukantara (Tahap 2) Tarikh : 8-9 November 2022 ( Selasa-Rabu ) Masa : 08.00 hingga 10.00 pagi Tempat : Padang SK Telok Panglima Garang Acara Sukaneka Akhir ( Tahap 1 & 2 ) Tarikh : 21 – 23 November 2022 ( Selasa - Rabu ) Masa : 08.00 hingga 10.00 pagi Tempat : Padang SK Telok Panglima Garang Temasya Sukan SK Telok Panglima Garang Tarikh : 24 November 2022 ( Khamis ) Masa : 08.00 pagi hingga 12.00 tengahari Tempat : Padang SK Telok Panglima Garang
32 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 50 GURU BESAR SKTPG YDP PIBG SKTPG NYDP PIBG SKTPG BARISAN AJK PIBG SKTPG PARA PENTADBIR & GURU-GURU SKTPG STAF SOKONGAN SKTPG IBU BAPA / PENJAGA SKTPG DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI. . MAT 50