RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PERTANIAN TINGKATAN 5 TAJUK : 2.0 PENGELUARAN TANAMAN NAMA : NURUL NAJIHAH BINTI MOHD SIDEK NO MATRIK : D20211099054
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PERTANIAN MINGGU 29 KEHADIRAN MURID Enrolmen Hadir 23 ***Sila pilih dan tandakan (√) mana-mana ruang yang berkaitan. Alat dan Bahan bantu Mengajar Papan Putih / Gambar Pengajaran / Bahan maujud Slaid pengajaran / Bahan bercetak / Strategi PdPC Pemusatan guru -Dilaksanakan sepanjang proses PdPc. / Pemusatan murid -Dilaksanakana sepanjang proses PdPc. / Kaedah PdPc Sumbangsaran -Perbincangan 2 hala antara guru dan murid dan dilakukan semasa set induksi dan perkembangan pengajaran. / TARIKH 10 SEPTEMBER 2024 HARI ISNIN TINGKATAN 5 CAHAYA MASA 09.00 PAGI – 09.30 PAGI (TEORI) BIDANG PEMBELAJARAN 2.0 PENGELUARAN TANAMAN STANDARD KANDUNGAN (Topik/Subtopik) 2.4 Pemasaran Hasil Tanaman 2.4.3 Aktiviti Pemasaran Hasil Tanaman. STANDARD PEMBELAJARAN Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid 5 Cahaya dapat 1. Melakukan aktiviti pemasaran hasil tanaman. STANDARD PRESTASI TP 1: Mengetahui cara memasarkan hasil tanaman dan merekod hasil tanaman OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid 5 Cahaya dapat: 1. Mengetahui sekurang-kurangnya 2 daripada 4 kaedah memasarkan hasil pertanian dengan baik. 2. Melakukan aktiviti merekod hasil pertanian dengan jelas. Kriteria Kejayaan Di akhir proses pengajaran dan pembalajaran, murid 5 Cahaya dapat: 1. Menghuraikan kaedah memasarkan hasil tanaman dengan betul. 2. Menyatakan cara menyalurkan barang atau perkhidmatan daripada petani kepada pengguna secara terperinci. 3. Membandingkan aktiviti pemasaran hasil pertanian dengan baik sekurang-kurangnya dua daripada tiga aktiviti yang telah dipelajari. Pengetahuan Sedia ada. Murid 5 Cahaya mengetahui bahawa selepas tuai hasil tanaman haruslah dipasarkan.
AKTIVITI Pengenalan: Guru meminta wakil murid membaca doa. Guru bertanya khabar dan bertanyakan kehadiran kelas. Set Induksi (5 minit) Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan Guru menarik perhatian murid dengan mengadakan perbincangan dan menanyakan soalan kepada murid bagi mengetahui apakah aktiviti yang sesuai untuk memasarkan hasil tanaman. Melakukan aktiviti ”Faham & Kongsi” bersama murid. Murid memberikan respon dengan jawapan yang diberikan oleh murid yang lain. Strategi : Pemusatan murid. Teknik: Perbincangan Soal jawab Nilai murni: Kerjasama antara murid dan guru sepanjang aktiviti set induksi. Guru memberi perhatian dan mencatat semula jawapan pelajar dan menerangkannya kembali agar murid lebih faham. Murid-murid mencatat jawapan yang dikongsi oleh murid yang lain. Guru meneruskan PdPc dengan mengaitkan jawapan yang diberikan oleh murid dengan tajuk pengajaran pada hari ini. Seterusnya guru menyatakan objektif pembelajaran yang perlu dicapai pada hari ini. Murid meneruskan proses PdPc Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Teknik soal jawab -Dilakukan semasa set induksi. / Teknik perbincangan -Dilakukan semasa set induksi. / KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Menganalisis -Murid menganalisis idea dan jawapan yang diberikan semasa sesi sumbangsaran dan soal jawab semasa PdPc dilakukan. / Mengaplikasi -Murid melakukan tugasan lanjutan berdasarkan apa yang dipelajari. / PETA PEMIKIRAN (I-THINK) Peta buih. -Menerangkan ringkasan mengenai tajuk pembelajaran. / AKTIVITI PdPc ABAD KE 21 Faham & Kongsi -Dilakukam semasa set induksi. /
PETA MINDA/SKOP PEMBELAJARAN: ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK) Bahasa (Bahasa Melayu) -Digunakan sepanjang proses PdPc / Nilai murni. -Kerjasama diterapkan semasa set induksi dan perkembangan pengajaran. / KAEDAH & INSTRUMEN PENTAKSIRAN Penyoalan -Guru menyediakan set soalan pentaksiran untuk dijawab oleh murid. / AKTIVITI PEMASARAN HASIL TANAMAN PENJUALAN KEWANGAN PENGANGKUTAN • Peraih di ladang. • Pemborong pasar tani. • Menjual sendiri. • Pemborong pasar awam
Perkembangan pengajaran Objektif pembelajaran / Isi pelajaran Aktiviti guru Aktiviti pelajar Catatan/ Pentaksiran 1) Pengenalan aktiviti pemasaran hasil tanaman. (10 minit) Definisi pemasaran hasil pertanian • Aktiviti menyalurkan barang atau perkhidmatan daripada petani kepada pengguna. • Pemasaran boleh dilakukan secara terus kepada pengguna atau melalui ejen atau pemborong. • Pemasaran hasil pertanian melibatkan aktiviti seperti penjualan, pengurusan kewangan dan pengangkutan. 1) Guru menerangkan definisi pemasaran hasil pertanian. 2) Guru menunjukkan gambar-gambar petani melakukan aktiviti pemasaran hasil pertanian. 3) Guru menerangkan gambar-gambar yang ditayangkan. ABM / BBM • Papan putih. • Marker pen • Slaid pengajaran • Buku teks tingkatan 5 Strategi : • Pemusatan guru Kaedah : • Sumbangsaran 1) Murid mendengar dengan teliti penerangan guru mengenai pengenalan tentang aktiviti pemasaran hasil tanaman. Strategi: Pemusatan guru Buku Teks (m/s 173) Nilai murni: Kerjasama antara murid dan guru sepanjang perkembangan pengajaran. (Lampiran 1)
2) Memberi penerangan secara terperinci tentang aktiviti pemasaran hasil pertanian (15 minit) 3 aktiviti pemasaran hasil pertanian. 1. Penjualan 2. Kewangan 3. Pengangkutan 1) Guru menjelaskan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memasarkan hasil pertanian 2) Guru menyediakan kertas soalan kepada murid. ABM / BBM • Papan putih • Marker pen • Slaid pengajaran • Buku teks tingkatan 5 • Kertas soalan Strategi : • Pemusatan guru Kaedah : • sumbangsaran 1) Murid mendengar dan memerhati dengan teliti setiap penerangan guru. 2) Murid menulis jawapan di kertas soalan yang diberikan. Strategi: Pemusatan murid Buku Teks (m/s 173) Nilai murni: Kerjasama antara murid dan guru sepanjang perkembangan pengajaran. PENTAKSIRAN 2 (Lampiran 2)
Penutup (5 minit) Penilaian Lanjutan : Guru memberi arahan untuk menyelesaikan soalan yang disediakan oleh guru. (Lampiran 3) ABM/BBM : Papan putih, pen marker, projector, LCD, slaid pengajaran, buku teks tingkatan 5, buku latihan. Strategi : Pemusatan murid Kaedah : sumbangsaran, soal jawab Tugasan Lanjutan: Guru memberi tugasan kepada murid iaitu membuat peta minda ringkas berkenaan topik aktiviti pemasaran hasil pertanian. Refleksi Guru meminta seorang atau dua orang murid secara sukarela membuat refleksi PdPc pada hari ini. Rumusan Guru merumuskan aktiviti PdPc pada hari ini yang telah dilaksanakan. REFLEKSI Kehadiran murid :
Berjaya menguasai prestasi : Gagal menguasai prestasi: Kekuatan pdpc : Kelemahan pdpc : Cadangan penambaikan: Aktiviti PdPc ditangguhkan kerana PdPc ganti akan dilaksanakan pada ___ / ___ / 2023 Mesyuarat Program Sekolah Kursus Aktiviti Luar Mengiringi Pelajar Keluar Cuti Rehat Khas Cuti Peristiwa Cuti Umum
LAMPIRAN 1 Gambar aktiviti pemasaran hasil pertanian Peraih di ladang Pemborong pasar tani Menjual sendiri Pemborong pasar awam Kewangan Pengangkutan
LAMPIRAN 2 Soalan pentaksiran 2: 1) Nyatakan 4 aktiviti penjualan hasil pertanian i. ________________________________________________________________________________ ii. ________________________________________________________________________________ iii. ________________________________________________________________________________ iv. ________________________________________________________________________________ 2) Projek tanaman hidroponik sekolah akan mengadakan aktiviti menuai dua minggu lagi. Terangkan bagaimana anda boleh membantu untuk memasarkan hasil tanaman itu. ________________________________________________________________________________ Jawapan Soalan Pentaksiran 1. Nyatakan 4 aktiviti penjualan hasil pertanian. i. Peraih di ladang ii. Pemborong pasar tani iii. Menjual sendiri iv. Pemborong pasar awam 2. Projek tanaman hidroponik sekolah akan mengadakan aktiviti menuai dua minggu lagi. Terangkan bagaimana anda boleh membantu untuk memasarkan hasil tanaman itu. Melakukan jualan sendiri iaitu menjual produk kepada komoditi setempat seperti kepada guru dan pelajar yang lain. Selain itu, akan mempercepatkan pulangan hasil dan pusingan tunai kepada pengeluar. Selain daripada itu hasil keluaran juga dapat digunakan untuk kegunaan sendiri.
LAMPIRAN 3 1. Encik Ali mempunyai sebuah ladang dan ingin melakukan pemasaran hasil tanamannya. Jelaskan 2 kaedah yang dapat dilakukan untuk memasarkan hasil tanaman dari ladang Encik Ali tersebut. i. ________________________________________________________________________________ ii. ________________________________________________________________________________ 2. Apakah cara untuk menyalurkan barang atau perkhidmatan yang sesuai digunakan oleh petani kepada pengguna? ________________________________________________________________________________ 3. Berikan perbandingan tiga aktiviti pemasaran hasil pertanian. ________________________________________________________________________________ Jawapan Lampiran 3 1. Encik Ali mempunyai sebuah ladang dan ingin melakukan pemasaran hasil tanamannya. Jelaskan 2 kaedah yang dapat dilakukan untuk memasarkan hasil tanaman dari ladang Encik Ali tersebut. i. Peraih di ladang : Terdapat peraih yang datang terus ke ladang untuk mendapatkan hasil pertanian. Lazimnya di ladang-ladang kepala sawit atau koko. Jualan cara ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan buruh. ii. Pemborong pasar tani : melalui pasar tani, pengeluar boleh berhubung terus dengan pelanggan. 2. Apakah cara untuk menyalurkan barang atau produk yang sesuai digunakan oleh petani kepada pengguna? Pengangkutan : Pengangkutan merupakan saluran yang intensif, diperlukan untuk mengakut serta menghantar produk ke tempat pengeluaran seterusnya kepada pengguna.
3. Berikan perbandingan tiga aktiviti pemasaran hasil pertanian. Penjualan Pengurusan kewangan Pengangkutan Merupakan satu proses menjual produk kepada pengedar atau kepada pembeli akhir. Bagi pengeluaran pertanian, boleh dilakukan melalui peraih iaitu orang tengah di ladang, menjual sendiri, melalui pemborong pasar tani atau pemborong pasar awam. Kedudukan kewangan yang kukuh dan stabil membantu pengusaha memaju dan meningkatkan bidang usahanya. Sumber kewangan dapat diperoleh melalui modal sendiri, secara perkongsian dengan rakan atau melalui pinjaman daripada agensi-agensi tertentu. Contohnya, pinjamana pertanian adalah melalui skim pinjaman yang disediakan oleh Agro Bank. Pengangkutan diperlukan untuk menangkut serta menghangtar produk ke tempat pengeluaran dan seterusnya ke pengguna. Keluaran hasil pertanian boleh diangkut dengan beberapa cara iaitu melalui udara, jalan raya, jalan keretapi atau jalan air. Pemilihan jenis pengangkutan perlu mengambil kira kos yang terlibat.