AIR BERJALAN
Benarkan air boleh
berjalan?
Air boleh
bergerak melalui
proses yang
dinamakan
tindakan kapilari.
Bagaimana?
Air boleh berjalan
melalui celah sesuatu
gentian. Air mampu
bergerak ke atas
melawan graviti kerana
daya tarikan antara air
dan gentian itu.
Pada asasnya, daya
antara gentian dan air
adalah lebih kuat
daripada daya padu di
dalam air itu sendiri
mengakibatkan sesuatu
gentian dapat menarik
air ke atas.
Agak merumitkan
untuk faham, bukan?
Seperti yang kita
fahami, air dapat
menyerap bahan-bahan
tertentu. Bahan-bahan
itu adalah gentian yang
dimaksudkan di sini.
Jangan bimbang,
mari kita melakukan
ujikaji air berjalan
untuk melihat apa
yang dimaksudkan.
Bahan-bahan yang
diperlukan ialah:
1. Gelas
2. Kertas tisu dapur
3. Pewarna
4. Air
Langkah 1: Isikan air ke dalam
gelas
Langkah 2: Masukkan pewarna
ke dalam gelas air itu.
Langkah 3: Lipat sehelai tisu dapur
secara memanjang.
Langkah 4: Celupkan pada hujung
satu bahagian ke dalam gelas berisi
air berwarna itu dan satu hujung lagi
ke dalam gelas yang kosong itu.
Tunggu selepas
setengah jam?
Bagaimana?
Adakah air
itu berjalan?
Masihkah kamu ingat
campuran warna yang
kita belajar dulu?
Apakah warna yang
terhasil jika warna biru
dicampur dengan warna
kuning?
Warna yang baru
akan terhasil.
Sungguh hebat bukan?
Air itu boleh berjalan.
Malah jika dua warna
asas bercampur, ia
akan menjadi warna
yang baru.
Kamu juga boleh
mencuba ujikaji yang
berikut untuk
melihat bagaimana
air itu berjalan pada
gentian yang lain
pula.
Selamat mencuba.
Tugasan 51 anda:
1. Videokan kamu membuat
mana-mana satu ujikaji
seperti yang
dibincangkan di atas.
Sila video hasil kerja
anda dan hantarkan
kepada pihak Tadika
Maktabah Ilmiah
pada hari Khamis
4hb November
2021