Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009:
Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009: Penguatkuasaan Larangan
Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar SMKBBT,
Adalah dimaklumkan bahawa membawa dan mengguna telefon bimbit
di sekolah adalah merupakan satu kesalahan disiplin. Peraturan ini
adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009 yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rujuk SPI Bil2/2009
Olehitu, semua pelajar SMKBBST adalah dilarang sama sekali membawa
telefon bimbit ke sekolah.
Sekiranya pelajar ingkar, bagi kesalahan membawa telefon bimbit,
telefon bimbit akan dirampas dan disimpan oleh pihak sekolah sehingga
hujung tahun persekolahan semasa. Hanya ibu atau bapa sahaja
dibenarkan untuk mengambil kembali telefon bimbit itu. Pelajar yang
melakukan kesalahan kali pertama akan diberikan amaran dan
menandatangani Surat Aku Janji tidak mengulangi kesalahan tesebut,
manakala untuk kesalahan kali kedua pelajar akan dilarang untuk
menggunakan kemudahan sekolah, asrama dan tidak dibenarkan
mengambil bahagian dalam program serta aktiviti sekolah. Sebagai
tambahan lagi, telefon yang dirampas akan disemak kandungannya dan
sekiranya didapati terdapat bahan-bahan (gambar/video) terlarang,
pelajar akan dikenakan hukuman rotan kerana kesalahan berat seperti
di dalam Surat Pekeliling Bil. 7/2003 (Mencetak, menerbit,
mempamaer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
rakaman dan multimedia terlarang)
DISIPLIN TERAS KEJAYAAN