DISIPLIN: PERATURAN SEKOLAH
(1)WAKTU PERSEKOLAHAN
Waktu hadir dan pulang
Waktu persekolahan bagi hari Isnin –Khamis
Sesi pagi: 7.20 pagi hingga 1.50 petang
Sesi petang: 1.20 petang hingga 6.40 petang
Waktu persekolahan bagi hari Jumaat
Sesi pagi: 7.20 pagi hingga 12,20 petang
Sesi petang: 2.20 petang hingga 6.40 petang
1. Semua pelajar perlu berada dalam kawasan sekolah sekurang-
kurangnya 10 minit sebelum loceng dibunyikan
2. Pelajar yang datang lewat akan dicatat namanya oleh guru bertugas
mingguan, kelewatan tanpa alasan yang munasabah akan diambil
tindakan
3. Kedatangan pelajar yang lewat akan ditanda L dan P untuk pelajar
yang lewat (L) dan pelajar yang ponteng (P)
4. Pada masa 5 minit sebelum akhir waktu persekolahan, semua pelajar
hendaklah membersihkan kelas dan membuang sampah ke dalam
tong sampah yang disediakan. Pastikan tiada sampah yang
ditinggalkan di sekitar kelas masing-masing. Pastikan juga lampu
dan kipas dipadamkan sebelum meninggalkan kelas
5. Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah selepas
waktu sekolah tanpa diiringi oleh guru dan perlu terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran daripada Pengetua, PK HEM atau wakil
Pengetua
Sila rujuk Buku Panduan Undang-Undang dan Peraturan Sekolah
(2) PERINGATAN BUAT PELAJAR, KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN NORMA BAHARU:
1. Jangan hadir ke sekolah jika tidak sihat iaitu mengalami simptom Covid-19 seperti
demam, batuk, selsema, sakit tekak dan sukar bernafas atau suhu badan melebihi suhu 37.5
darjah celcius.
2. Sebaik sahaja berada di dalam kawasan sekolah, pelajar mesti terus berada di dalam
kelas masing-masing. Pelajar dilarang berkumpul di dewan terbuka, bersiar-siar ke kelas
lain, bersembang dan berada di luar bilik darjah dan menyentuh pelajar lain. Elakkan 3S-
tempat yang SESAK, tempat yang SEMPIT tertutup, berSEMBANG dekap-dekat
3. Pelajar perlu kerap mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman atau menggunakan
cecair sanitasi dan sila gunakan pelitup mulut dan hidung
4. Kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter terutama di dalam bilik darjah
5. Elakkan berkongsi alatulis atau barangan peribadi. Elakkan berada dekat dengan orang
yang bergejala. Elakkan bersalaman
6. Ketua tingkatan sila ambil Buku Kawalan Kelas di Bilik Guru sebelum waktu pertama dan
catatkan nama pelajar yang tidak hadir
7. Penolong ketua tingkatan pastikan pelajar berada di dalam kelas, sila catatkan nama
pelajar yang keluar kelas tanpa kebenaran. Pastikan kelas berada dalam keadaan bersih
sebelum waktu pertama. Pastikan pelajar bertugas membersihkan kelas
8. AJK Keceriaan Kelas dan AJK Sudut Mata Pelajaran pastikan papan kenyataan dikemaskini
9. Gunakan masa dengan perkara yang berfaedah. Hargai masa
10. Pelajar di larang keluar kelas tanpa kebenaran guru atau ketua tingkatan
11. Pelajar dilarang ke tandas beramai-ramai, hanya seorang pelajar dibenarkan ke tandas
bagi murid lelaki dan dua orang pelajar perempuan
12. Beratur dengan tertib dan jangan bising ketika menuju ke makmal Sains, bengkel, PSS,
makmal komputer
13. Pelajar dilarang berada di dalam kelas lain (menceroboh). Pelajar dilarang membawa wang
yang banyak ke sekolah untuk mengelakkan kecurian
14. Pelajar tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah pada waktu persekolahan termasuk pada
waktu rehat kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua atau wakil pengetua apabila
ibu-bapa datang menjemput
(3) KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
Pelajar dilarang berada atau masuk ke kawasan atau bilik-bilik
berikut tanpa pengawasan atau kebenaran guru. Kawasan-kawasan
tersebut adalah:
1. Bilik-bilik khas (Pusat sumber, Bilik bimbingan dan
kaunseling, bilik rawatan, bengkel, makmal Sains, makmal
komputer, stor sukan, bilik peperiksaan)
2. Pejabat
3. Bilik pengetua, bilik penolong kanan, bilik GKMP, bilik guru
4. Tandas guru lelaki dan perempuan
5. Kawasan parking kereta guru
6. Kawasan asrama
7. Kawasan pengumpulan sampah
8. Tempat letak basikal dan motosikal
9. Pondok pengawal
10. Padang sekolah