MPU23012 – PENGAJIAN ISLAM
TUGASAN BERASASKAN MASALAH (TBM)
TAJUK: BUKU-BUKU BERKAITAN ISU-ISU
AKHLAK DALAM ISLAM.
NAMA NO MATRIK
NUR AIN BINTI JAMALUDDIN 18DSK19F2014
(DSK2B)
FARRAH LYANA BINTI ZARUDIN 18DSK19F2016
(DSK2B)
WARDAH BINTI ZAMBERI 18DSK19F2044
(DSK2B)
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD AZLI BIN
ADNAN
BUKU BERKAITAN ISU-ISU AKHLAK DALAM ISLAM
Buku ini menceritakan isu akhlak pelajar sekolah yang mempunyai
keruntuhan akhlak dikalangan remaja. Keganasan para pelajar sehingga membakar
sekolah itu menunjukkan bahawa akhlak mereka telah rosak. Didalam buku akan
dibincangkan cadangan yang bboleh dilaksanakan kea rah mengatasinya masalah
keruntuhan akhlak dalam diri para remaja tersebut.
Buku ini menjelaskan tentang maksud akhlak dan asal usul akhlak. Akhlak
merupakan perkataan Arab yang bererti sifat, perangai atau kelakuan
seseorang.Akhlak juga menceritakan mengenai sikap atau kelakuan seseorang
berkaitan hubungannya dengan Tuhan, hubungan sesame manusia dan hubngan
dengan alam sekitar dan binatang. Islam menyuruh kita mempunyai akhlak yang
baik dan haruslah baik hubungannya dengan Allah dan sesame manusia bahkan
bukannya sahaja manusia tetapi binatang dan juga alam sekitar.
Islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan masyarakat
daripada sebarang kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun spiritual.
Perkara yang wajib dijaga dalam Islam menurut buku ini ialah pertama memelihara
agama. Kita mestilah menjaga agama kita dengan menjaga diri darpada melakukan
sesuatu yang boleh merosakkan imannya. Sebagai contoh, seseorang musim
haruslah mempertahankan Islam dan syiar-syiarnya. Kedua ialah menjaga nyawa.
Menjaga nyawa perlu dipelihara dengan memelihara diri daripada perkara yang
boleh menyebabkan kematian seperti memakan sesuatu yang boleh membunuh
atau membahayakan diri sendiri atau yang boleh mendatangkan penyakit. Ketiga
ialah memelihara keselamatan badan. Tubuh badan manusia perlu dipelihara ari
melakukan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan akal sama ada diri
sendiri atau diri orang lain. Sebagai contoh merokok. Ia akan menyebabkan paru-
paru menjadi hitam dan merosakkan diri sendiri malah asap yang dikeluarkan itu
akan menyebabkan orang sekeliling juga terkena tempias. Keempat ialah
memelihara keturunan/ maruah. Individu muslim perlulah memastikan keturunannya
ata aruah dirinya dipelihara dari perkara yang boleh membinasakan atau
menjatuhkan maruahnya. Sebagai contoh yang diberikan didalam buku ini ialah zina,
khalwat, berkesedudukan antara contohnya seorang muslim yang tidak memelihara
maruah. Yang terakhir dinyatakan didalam buku ini ialah memelihara harta. Dalam
pemeliharaan harta Islam menggariskan pemeliharaan harta ke atas harta muslim
atau bukan Islam. Justeru mencuri, merompak perlu dijauhkan. Itu ialah beberapa
perkara yang wajib dijaga di dalam Islam yang dituliskan di dalam buku ini.
Terdapat beberapa perilaku yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak
dalam diri kita didalam buku ini antaranya ialah kerenggangan dalam keluarga.
Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku perpecahan dalam keluaga.
Sebagai contoh yang diberikan ialah ibu dan bapa selalu bergaduh, isteri tidak lagi
mentaat dan menghormati suami, anak- anak tidak mendengar nasihat dan melawan
cakap ibu baoa dan sebagainya. Perkara tersebut akan mengundang kepada
keruntuhan akhlak dan jauh dari rahmat dan hidayah Allah SWT. Perilaku yang
kedua ialah penyalahgunaan dadah. Kita telah tahu bahaya dadah haram di dalam
Islam tetapi masih ada segelintir umat islam yang tidak memandang berat tentang
perkara tersebut malah mereka masih asyik dengan dadah. Buku ini mengatakan
bahawa masalah penyalahgunaan dadah dikalangan pelbagai masyarakat dan
masyarakat tak kira tua atau muda amat membimbangkan khususnya umat Islam.
Perkara ini telah menjadi satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan
penagih kian bertambah sedangkan yang masih menagih tidak pula berkurangan
atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menanggani masalah ini
yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya.
Berhubungan dengan itu kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk pengambilan
dadah iaitu HIV. Kita tahu bahawa musuh-musuh Islam tidak suka melihat
perkembangan Islam yang telah maju kehadapan dalam banyak segi. Mereka
sentiasa mencari pelbagai cara bagi menjatuhkan Islan dan cara yang paling
berkesan ialah melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri. Penggunaan dadah
susdah diketahui umum cukuo Berjaya dan inilah yang di bawa oleh musuh-musuh
Islam, Dalam keghairahan kita mengejar kemewahan, kadangkala kita terlupa
tentang jarak yang menanti kita. Seterusnya ialah, seks bebas. Seks bebas yang
dilakukan oleh remaja hari ini disebabkan mereka terlalu bebas melihat perlakuan itu
di majalah, menontoh video lucah di dalam internet. Masalah seks bebas yang
bukan saja berlaku terhadap individu daripada keluarga berpendapatan rendah,
malah sebahagiannya berlaku di kalangan orang berasa dan keluarga yang
mempunyai latar belakang baik. Selain itu perlakuan ini bukan sahaja berlaku
kepada keluarga miskin tetapi zaman ‘dunia tanpa sepadan’ idak mengira miskin
atau kaya, remaja perempuan berumur 9 tahun pun sudah ada perasaan terhadap
seks. Buku ini juga menjelaskan bahawa kesan seks sangatlah besar kepada
masyarakat. Dalam pada itu buku ini memberitahu mengikut kajian Pensyarah
Psikologi, university tempatan, R Ismail, pengaruh social seperti masyarakat
sekeliling dan media merupakan punca yang menyebabkan remaja mudah
terjurumus dalam seks bebas. Kajian beliau menjelaskan, apabila golongan remaja
berkawan dengan orang yang tidak mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik,
sudah pasti mereka akan terikut perbuatan orang itu malah rakan sebaya
merupakan pengaruh yang paling kuat dan boleh merubah corak kehidupan seorang
remaja yang boleh mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa. Masyarakat yang celik
terhadap teknologi maklumat memang bagus tetapi konsep itu telah disalahgunakan
oleh para remaja. Oleh itu peranan Islam adalah satu cara untuk menghalang dari
perbuatan terkutuk itu. Selain itu, sumbang mahram juga salah satu perilaku yang
boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dalam Islam. Sejak sedekat ini, isu sumbang
mahram merupakan isu yang telah banyak diperbincangkan dalam pelbagai
peringkat seperti seminar, forum, symposium bahkan sehingga ke kabinet.Kabinet
telah meluluskan hukuman maksimum 20 tahun penjara ke 30 tahun penjara bagi
penjenayah rogol sumbang mahram ini di samping hukuman sebatan sekalipun
berumur atas 50 tahun (Berita Harian, 28 Jun 2003).Apakah yang dimaksudkan
sumbang mahram? Didalam buku ini menjelaskan bahawa Sumbang mahram
adalah merupakan hubungan seks yang melibatkan ahli keluarga yang haram
dikahwini sama ada yang berbentuk paksan seperti rogol atau berbentuk kerelaan
seperti perzinaan. (Al-Islam, Januari 1996). Gejala social sumbang mahram ini
dikatakan sama dengan yang lainnya. Bezanya gejala ini dianggap besar kerana
melampaui batas-batas kemanusiaan dan keinsanan sama ada daripada kacamata
manusia mahupun agama.
Terdapat beberapa faktor sumbang mahram di dalam buku ini antaranya
ialah, tahap iman yang lemah. Kebanyakkan pelaku sumbang mahram mengetahui
dosa perlakuan tersebut. Disebabkan oleh kelemahan iman menyebabkannya dalam
keadaan-keadaan tertentu nafsunya mengatasi kewarasan. Penulis buku ini juga
ada masukkan ingatan daripada Allah S.W.T. tentang godaan nafsu dalam firman-
Nya bermaksud: “sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan
kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhan”. Selain itu,
kegagalan isteri memenuhi keperluan suami juga adalah faktor terharap berlakunya
sumbang mahram. Sewaktu awal perkahwinan, isteri mesti menunaikan kewajipan
melayan suaminya ini dengan sempurna. Apabila telah sampai peringkat 40-an
apatah lagi jika isteri berkahwin semula dengan lelaki yang lebih muda, tahap
layanan ini berkurangan atas sebab-sebab biologi mereka. Sebab ini menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan antara keperluan suami dan kegagalan isteri.
Sebagai contoh, seorang suami mempunyai keinginan terhadap isterinya tetapi isteri
tidak mampu melayan kerana penat dan sakit-sakit. Kelemahan iman dan kurangnya
pengetahuan agama menyebabkan suami bertindak memuaskan nafsu terhadap
anak. Bataspergaulan dan hubungan dalam keluarga juga perlu ditiktik beratkan.
Islam telah mengajar batasan bagi anak-anak untuk tidak boleh masuk ke bilik inu
bapa mereka sesuka hati apabila telah mumayyiz apatah lagi setelah baligh.
Larangan ini berkait rapat dengan penjagaan aurat dan penjagaan rahsia sulit
perkahwinan di antara ibu bapa dan anak-anak. Ini sebgaimana yang dijelaskan
dalam firman Allah S.W.T. yan ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman,
hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan
kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga
masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian
kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa
bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Individualistik ialah
masyarakat yang memetingkan sikap individualistic turut dilihat sebagai punca
golongan brlia luntur pegangan nilai-nilai murni mereka. Nilai-nilai yang murni dalam
kehidupan secara berkelompok seperti tolong-menolong, hormat-
menghormati,nasihat-menasihati dan sebagainya tidak ditonjol atau diedahkan
kepada golongan belia. Mereka lebih gemar melakukan kerja-kerja secara
bersendirian atau menghabiskan sedikit wang ringgit untuk menyelesaikan sesuatu
perkara yang sepatutnya boleh dilakukan Bersama-sama dalam masyarakat.
Contohnya aktiviti gotong royong membersihkan masjid, surau, balai raya dan
sebagainya. Akibatnya belia jarang duduk bersama dan berbincang mencari jalan
penyelesaian sesuatu masalah. Sikap ramah mesra, muhibah dan kasih saying tidak
wujud dalam diri individu tersebut, eagkan dalam Islam menggalakkan hubungan
silaturrahim. Materialistik apa yang difahamkan oleh masyarakat ialah sifat
kebendaan dari segi mengutamakan soal-soal kekayaan harta benda. Justeru, sifat
materialistic merujuk pada soal-soal kewangan. Maknanya pertimbangan yang
diutamakan dalam kehidupan ialah ang dan harta benda. Tetapi hakikatnya ialah
terdapat satu lagi makna materialisme iaitu yang berkaitan dengan falsafah
pemikiran moden. Materialisme yang dimaksudkan ialah fahaman bahawa
kewujudan hanyalah dalam bentuk benda. Menurut fahaman ini, tidak ada
kewujudan lain daripada benda. Justeru, tidak ada roh atau perkara-perkara ghaib
seperi dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, syaitan, iblis, jin dan seumpamanya.
Penulis juga menceritakan muncul konsep materialism dialektif yang menjadi asas
pemikiran social sains kiri. Kedua-dua konsep materialism ini dapat dilihat
bertentangan dengan pemikiran Islam. Rasuah memang satu penyakit dalam
masyarakat seumpama bahayanya barah dalam tubuh manusia. Penulis
menyamakan rasuah dengan penyakit barah sebenarnya yang memenuhi ciri-cirinya
adalah suatu keadaan perubatan yang menggerunkan serta penanda noktah kepada
hayat penidapnya kesuali beberapa jenis. Sama dengan rasuah pasti akan
memusnahkan ekonomi sesebuah negara. Amalan keji itu melibatkan dua golongan
satunya adalah penerima manakala yang satu lagi adalah penyuapnya. Penulis
memasukkan firman allah tentang hadis iaitu, “Dan janganlah kamu makan (atau
mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan
jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-
hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuiya.” (Surah Al-
Baqarah: ayat 118).”
Dimana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa
mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang pentingnya hanyalah
nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawannya sebagai yang
diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjaawab. Orang seperti ini telah
melakukan kezalman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain. Kedua ialah
sikap hidup yang suka bermegah-megah dan bermewah-mewah menjadi amalan.
Perbelanjaan hidup pula melebii pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana
sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan shark. Akhirnya,
akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan. Kurang penghayatan ilmu agama
juga adalah salah satu puncanya. Kadangkala ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya
penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga mnjadi
antara factor yang meyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.
Kerendahan moral ditambahkan dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan
yang mana baik dan yang mana buruk. Justeru, Individu seperti ini akan
memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.
Seterusnya kelemahan peraturan atau system pelaksaan kerja dari iru longgarnya
tatacara dan peraturan kerja atau kelemahn dalam sistemperlaksaan kerja itu sendiri
boleh menyebabkan sesebuah jabatan atau agensi itu sentiasa terdedah dengan
perlakuan seperti penjenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa
oleh pegawai dan kakitangannya. Komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta
perasaan bertanggungjawab semua kakitangan bagi memastkan ketelusan tatacara
kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.
Faktor-faktor keruntuhan Akhlak antaranya ialah iman yang lemah. Punca
yang paling asa dalam permasalahan ini adalah kelemahan iman dan kurangnya
keyakinan terhadap Allah. Kurangnya kefahaman agama dan gambaran sebenar
tentang syiar Islam menyumbang kepada masalah moral. Selain itu, nilai dan
budaya kuning dan barat juga antara factor keruntuhan akhlak. Budaya dan
pengaruh yang tidak bersesuaian dengan Islam seperti sekularisme, liberalism dan
lain-lain pengaruh telah Berjaya mempengaruhi umat Islam. Budaya hedonisma dan
materialism. Kemunculan pelbagai pengaruh berseronok mengukit hawa nafsu dan
inginkan kemewahan dunia semata-mata menggalakkan lagi masalah ini.
Khususnya remaja hanya akan memikirkan keseronokkan tanpa mempedulikan
ajaran agama yang sebenar. Sikap ibu bapa yang kurang prihatin dan kesibukan ibu
bapa dengan tugasan harian terutamanya yang bekerja telah mengakibatkan ramai
anak-anak yang terkontang-kanting tanpa kawalan. Bhakan ada ibu bapa yang tidak
mempedulikan tingkah laku anak-anak mereka. Akhir sekali ialah pergaulan bebas.
Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan juga membawa kepada masalah
social yang teruk. Tiasa Batasan dalam hubungan boleh mengakibatkan terjadinya
masalah akhlak yang teruk.
Merujuk kepada buku ini terdapat beberapa langkah kearah mengatasi
masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Tiada masalah yang tiada jalan
penyelesaian kerana Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud “Bagi setiap
penyakit ada ubatnya.” Masalah gejala keruntuhan akhlak dikalangan remaja Islam
kita perlulah memberi perhatian kepada perkara berikut iaitu memberi didikan Islam
yang sebenar. Pendidikan agama merupakan asas yang paling penting bagi
membentuk jatidiri muslim yang sebenar. Keyakinan terhadap Allah dan kefahaman
tentang agama dapat menanamkan ddalam diri insan sifat taqwa kepada Allah.
Taqwalah yang akan membezakan antara setiap muslim. Selain tu, tanggungjawab
ibu bapa juga penting dan ibu bapa perlulah memberikan perhatian yang sewajarnya
terhadap anak-anak. Walaupun sibuk dengan kerja seharian tanggungjawab
mendidik anak tidak boleh diabaikan dengan apa yang telah diberitahu oleh Islam.
Seterusnya sikap prihatin masyarakat juga penting kerana masyarakat islam yang
baik adalah masyarakat yang akan memastikan setiap anggotany tidak terlihat
dengan gejala keruntuhan moral atau bahasa lainnya ialah akhlak. Nabi Muhammad
saw bersabda “Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran
hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu
cegahlah dengan lisannya dan sekiranya masih tidak mampu maka cegahlah di
dalam hatinya. dan itu adalah selemah-lemah iman.” Di samping itu, mengawal
media masa juga penting kerana remaja pada zaman ini terlalu bebas menggunakan
media masa tanpa ada batas. Pelbagai alat sebaran yang mencul hari ini seperti
televisyen, surat khabar, majalah, handphone dan laptop menjadi agen yang paling
berpengaruh kearah keruntuhan akhlak Namun ia juga boleh menjadi agen dakwah
yang paling berkesan. Oleh itu, pengawalan yang sewajarnya perlulah kea rah
memastikah akhlak remaja dikawal. Masalah ini tidak dapat diatasi tanpa sokongan
ibu bapa dan semua pihak.
Akhir sekali pekara yang kitab oleh dapat daripada buku ini ialah implikasi
keruntuhan akhlak. Gejala keruntuhan moral atau akhlak yang muncul hari ini boleh
membawa kepada pelbagai implikasi akhlak dan masalah lain. Sebagai contoh,
penawar bagi penyakit AIDS masih belum ditemiu. Ia sama seperti penagih dadah,
penulis mengatakan bahawa penagihan dadah satu malapetaka yang besar
terhadap masyarakat Islam. Perkara ini juga telah melupuhkan sama sekali remaja
yang sangat diperlukan oleh negara. Vandalisme juga melibatkan harta benda awam
yang besar nilainya dan perkara tersebut tidak patut dilakukan. Sumbang mahram
pula, selain dari mengancam keselematan keturuna, kehancuran rumahtangga juga
akan terjejas dan menjadi tidak selamat. Berlakunya sumbang mahram ini
kerukunan, kebahagiaan dan kedamaian rumahtangga juga terjejas dengan
teruknya. Demikian juga dengan bersekududukan, ini juga mengancam keselamatan
keturunan. Sebagai contoh, orang yang bersekedudukan hingg melahirkan anak dan
anak-anak ini tidak sah hubungan dengan bapanya. Sekiranya orang yang
bersekedudukan ini tidak mahukan anak sedangkan dia telah mengandung maka
akan timbul pula masalah lain antaranya pengguguran.
Sumber rujukan: https://www.slideshare.net/asrrien79/aa301-isu-semasa-dan-kontemporari