The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEPENTINGAN PENGHAYATAN ILMU USULUDDIN DALAM KEHIDUPAN (1)_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Faqihah, 2023-05-15 05:33:30

KEPENTINGAN PENGHAYATAN ILMU USULUDDIN DALAM KEHIDUPAN (1)_compressed

KEPENTINGAN PENGHAYATAN ILMU USULUDDIN DALAM KEHIDUPAN (1)_compressed

K U M P U L A N 4 7 P E N S Y A R A H : D R . M O H D S Y U K R I B I N Z A I N A L A B I D I N


NURUL FAQIHAH BINTI ABDULLAH U2002329 AIREEN NAJWA BINTI ROSIDI U2002338 NURA'DILA ARISHA BINTI ZAMRI U2002335 ARNOR SHARIFAH RADHIYAH BINTI NORDIN U2002379 NURUL AIDA BINTI ANWAR SJADAT U2002331 ROSSABRINA BINTI ROSLAN U2002354 2


ISI KANDUNGAN PENGENALAN......................................... 4 TAKRIF USULUDDIN................................... 5 KEPENTINGAN ILMU USULUDDIN DALAM KEHIDUPAN......... 7 HIKMAH USULUDDIN DALAM KEHIDUPAN................... 8 APLIKASI ILMU USULUDDIN DALAM KEHIDUPAN............10 KESIMPULAN.........................................11 RUJUKAN............................................12


PENGENALAN “KEPENTINGAN PENGHAYATAN USULUDDIN DALAM KEHIDUPAN” Secara umumnya, usuluddin adalah suatu ilmu yang membicarakan akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian, dan perkara-perkara yang ghaib (seperti qadak dan qadar, hari akhirat, syurga, neraka, dan sebagainya). Usuluddin juga turut dipanggil sebagai ilmu tauhid atau ilmu usul. Selain itu, ilmu usuluddin juga terbahagi kepada beberapa disiplin ilmu yang dapat kita ambil manfaat daripadanya di dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, asas akidah dan tasawuf. Kesemua aspek ini terbukti sangat penting untuk dihayati di dalam kehidupan seharian kerana terdapat manfaat yang banyak didalamnya jika dipelajari dengan betul. 4


Usuluddin adalah suatu ilmu yang membicarakan akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan,kenabian dan perkara-perkara yang ghaib seperti qadak dan qadar, hari akhirat,syurga,neraka dan sebagainya. Usuluddin turut dipanggil sebagai ilmu tauhid atau ilmu usul. Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin ialah: 1. Keyakinan kita dengan Allah dan sifat-sifatNya sama ada sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil atau sifat-sifat yang harus. 2. Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifatnya. 3. Keyakinan dengan kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh Allah seperti Al Quran, Zabur, Injil dan Taurat. 4. Keyakinan kepada para malaikat. 5. Keyakinan pada Qadha dan Qadar Allah 6. Yakin kepada Syurga dan Neraka serta perkara-perkara lain yang merangkumi perkara di Alam Ghaib. 5


Ilmu Usuluddin merangkumi pelbagai disiplin ilmu : Pengajian Hadis Huraian tentang konsep serta istilah yang berkaitan hadis, kedudukan dan peranan al-Hadith dalam Islam serta sejarah ringkas mengenai penulisan, pembukuan al-Hadith dan Ulum al-Hadith, pembahagian al-Hadith dari beberapa aspek, faktor-faktor penolakannya serta metode-metode periwayatan al-Hadith dan adab-adabnya. Pengajian Tafsir Huraian tentang pengajian tafsir alQuran yang merangkumi definisi tafsir, bentuk-bentuk tafsir, ciri-ciri kelayakan membuat penafsiran ayatayat al-Quran dan pembahagiannya kepada aliran-aliran seperti al-Ma’thur dan al-Ra’y. Asas Akidah Huraian tentang konsep asas dalam akidah Islam yang merangkumi konsep tauhid, nubuwah dan ahli sunnah wa aljama’ah serta hubungan di antara akidah dan syariah. Akhlak Islam Huraian tentang konsep akhlak yang berintipatikan al-Quran dan alSunnah serta akhlak Rasulullah s.a.w sebagai suatu sistem dan budaya hidup kepada pembinaan masyarakat Islam yang cemerlang. Tasawuf Huraian tentang konsep tasawuf berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, tasawuf yang bersifat falsafah, perkembangan tariqah sufi dan faktorfaktor yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada berlakuya penyelewengan tasawuf. 6


Ilmu usuluddin merupakan salah satu cabang ilmu yang utama untuk umat Islam mendalaminya bagi melahirkan ketenangan jiwa dalam hati manusia itu sendiri.. Tatkala manusia itu dihadapi pelbagai musibah dan ujian, mereka tidak ada pilihan lain selain menyelesaikan permasalahan tersebut dengan kembali kepada Allah dan mempelajari segala hukum yang telah tertulis di dalam AlQuran dan As-Sunnah. وُب ٢٨ ُل ُق ْل ِه َتْطَمِئُّن ٱ َّل ٱل اَل ِبِذْك ِر َأ ۗ ِه َّل ٱل ُهم ِبِذْك ِر ُب و ُق ُل َوَتْطَمِئُّن ِذيَن َءاَمُنو۟ا َّل ٱ Sebagaimana firman Allah dalam surah ar-Rad ayat 28 mafhumnya “ Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”. Allah menurunkan kesusahan dan ujian buat hamba-Nya adalah dengan tujuan meningkatkan lagi keimanan kepada Allah. Oleh itu, apabila ditimpa ujian. Kembalilah kepada Allah dengan berzikir mengingati Allah. Hanya dengan cara itu dapat meneguhkan keimanan dalam diri dan membuang segala kegelisahan yang melanda diri. Pengetahuan tentang ilmu usuluddin amatlah signifikan bagi seseorang insan agar dapat menjamin kebahagiaan seseorang individu itu di dunia dan akhirat.Tanpa rasa bahagia, sudah semestinya manusia akan merasakan sedih dan kosong. Maka ilmu usuluddin itu turun dengan memberikan khabar gembira bagi orang yang sentiasa sabar dengan mehnah dunia. "Dunia itu sendiri sifatnya adalah sementara maka sudah tentu kebahagiaan yang abadi hanyalah berada di akhirat." ًۭرا ُّمِبيًۭنا و ُن ْم ُك ْي َل ِإ َنٓا نَزْل ْم َوَأ ِّب ُك ِّمن َّر ٌۭن ْرَه ٰـ ُب َها ٱلَّناُس َقْد َجٓاَءُكم ُّي ٰٓـَأ َي “Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Surah An-Nisa' : 174 Oleh itu,firman Allah di atas menjelaskan kepada kita bahawa kebahagiaan yang sebenar adalah di akhirat nanti. KENAPA USULUDDIN AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA? 7


H I K M A H U S U L U D D I N D A L A M K E H I D U P A N M A N U S I A Antara hikmah usuluddin dalam kehidupan adalah dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah kepada umat ini selain daripada menyeru umat kepada mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, tetapi juga diutuskan untuk memperbaiki akhlak umat ini. Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud: ‘Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak’. Hadis ini mengajar bahawa berakhlak baik ini dapat menenangkan hati seorang mukmin, mententeramkan diri, merehatkan otak, serta berketetapan dalam prinsip kehidupan yang benar. Bukan itu sahaja, berakhlak mulia juga dapat memberikan kebaikan kepada masyarakat, bangsa dan negara dengan mengurangkan kadar jenayah negara kerana masyarakat saling bersikap toleransi antara satu sama lain sekaligus menjadikan negara lebih harmoni dan damai. Dalam usuluddin banyak mengajar seseorang untuk bersikap mulia berlandaskan kisah sahabat-sahabat nabi seperti Abu Bakar yang sanggup berkorban untuk melindungi Rasulullah SAW ketika bersembunyi di dalam gua. Melahirkan Insan Berakhlak Mulia 8


Bukan itu sahaja, beliau turut membentuk majlis syura yang dikenali sebagai lembaga perundangan tertinggi yang berfungsi sebagai menentukan polisi negara, menetapkan pentadbiran negara dan membincangkan masalah negara. Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Khalifah Umar Abdul Aziz pula menjalankan dasar pemerintahan negaranya berdasarkan al-Quran dan hadis dan menghapuskan segala bentuk kezaliman dalam pemerintahan bani Umayyah. Ini menunjukkan bahawa dalam ilmu usuluddin mengajar banyak erti kehidupan dan pengajaran kepada sejagat manusia sekaligus mengajar seseorang individu atau sesebuah masyarakat mengenai pentadbiran dan pemerintahan. Memudahkan Urusan Kehidupan Manusia Pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab Hikmah usuluddin dalam kehidupan yang seterusnya adalah memberikan kemudahan bagi menguruskan segala urusan dalam kehidupan insan mahupun masyarakat dan negara. Hal ini kerana, pelbagai perkara yang telah diajarkan kepada masyarakat mengenai cara-cara menguruskan politik dan pentadbiran negara berpandukan sejarah terdahulu seperti apa yang dilakukan oleh Saidina Umar dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Saidina Umar Al-Khattab telah membahagi wilayah Islam kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pentadbiran dan mewujudkan jawatan amir atau gabenor di setiap bahagian. 9 Meningkatkan Tahap Keimanan & Keyakinan Di samping itu, ilmu usuluddin dapat meningkatkan tahap keimanan dan keyakinan seseorang dalam kehidupan. Hal ini kerana ilmu usuluddin ada menerangkan perkara yang berkaitan dengan ilmu tauhid. Mempelajari ilmu usuluddin seperti ilmu tauhid dapat menentukan tujuan mengapa kita hidup di dunia ini dan menjalani kehidupan di dunia ini di jalan yang betul. Individu yang mempunyai akidah yang kukuh dalam hati akan sentiasa berhati-hati dengan setiap aktiviti sehariannya kerana meyakini bahawa setiap yang dikerjakannya diperhatikan oleh Allah.Ianya juga menjadi benteng untuk manusia daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran islam. Individu seperti ini akan sentiasa berusha untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara mungkar kerana takut akan azab dan siksaan daripada Allah. ْلُمْؤِمُنوَن ِل ٱ َّك َيَتَو ِه َف ْل َّل َوَعىَل ٱل ۚ َل ٰـَه ِإاَّل ُهَو ُه ٓاَل ِإ َّل ٱل ALLAH, TIDAK ADA TUHAN SELAIN DARI DIA." HENDAKLAH ORANG MUKMIN BERTAWAKAL "KEPADA ALLAH YANG MAHA TUNGGAL )AT-TAGHABUN: 13(


APLIKASI ILMU USULUDDIN DALAM KEHIDUPAN 1) PEMERINTAH HENDAKLAH BERSIKAP ADIL DALAM PEMERINTAHANNYA 2) UMAT ISLAM HENDAKLAH MENGAMALKAN BERAKHLAK MULIA DALAM KEHIDUPAN 3) HATI MUDAH DAN LEMBUT UNTUK MEGERJAKAN QIAMULLAIL DI RUMAH. 10 4) SABAR APABILA DIBEBANI HUTANG DAN BERUSAHA MELANGSAIKANNYA. 5) MENJADIKAN SIRAH RASULULLAH SEBAGAI TELADAN HIDUP DENGAN MEMBINA MASJID WAKAF DI PERKAMPUNGAN . 6) MEMAHAMI DAN MENGHORMATI ASPEK KEAGAMAAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK


KESIMPULAN Akhir kalam,Ilmu Usuluddin ialah suatu ilmu yang membicarakan tentang perkaraperkara yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan. Di antara persoalan asasi yang dibincangkan di dalam ilmu inI ialah tentang Ketuhanan, Kenabian dan Kerasulan, kepercayaan kepada para malaikat serta janji-janji Allah SWT di akhirat. Pada dasarnya, kefahaman usuluddin yang merangkumi akidah, tauhid dan ilmu sejarah amat penting bagi individu, masyarakat dan negara. Ia menawarkan faedah dan pandangan yang tidak terkira banyaknya kepada individu, termasuk peningkatan diri, memperkemas urusan duniawi, dan menaikkan semangat dan keyakinan seseorang. Oleh yang demikian, umat Islam seharusnya mengutamakan ilmu usuluddin di atas segala-galanya, selaras dengan pesanan Rasulullah SAW agar mengenali dan beriman kepada Allah sebelum menempuh sebarang urusan duniawi. 11


R U J U K A N HTTPS://MS.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/TAUHID HTTPS://CELIKTAFSIR.NET/2017/02/21/RAD-AYAT-24-28/ HTTPS://WWW.STUDOCU.COM/MY/DOCUMENT/UNIVERSITIMALAYA/PENGAJIAN-ISLAM/KEDUDUKAN-ILMU-USULUDDINDALAM-ISLAM/38632686 HTTPS://WWW.IKIM.GOV.MY/INDEX.PHP/2002/06/30/KHALIFAH -UMAR-BIN-ABDUL-AZIZ/ HTTPS://AKUMUSLIM.ASIA/UMAR-AL-KHATTAB-SIRAH-DANKELEBIHAN/ 12


Click to View FlipBook Version