4.2 KERJASAMA SERANTAU
(a) Pakatan ekonomi serantau
1. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
2. Pertubuhan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
3. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
4. Pakatan segitiga pertumbuhan (IMT-GT, IMS-GT dan EAGA-BIMP
5. Kerjasama Ekonomi antara negara Asia Timur (EAS)
6. Kesatuan Eropah (EU)
7. Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)
(b) Konsep kerjasama dan persaingan antara kawasan.
Maksud kerjasama antara kawasan merujuk kepada saling bantu membantu
khususnya dalam memajukan ekonomi sesebuah kawasan atau negara.
Dengan adanya kerjasama ekonomi, sesebuah negara akan dapat
mengeksport dan mengimport barangan, buruh, kepakaran, bahan mentah,
modal, dan teknologi untuk kepentingan bersama
Sementara persaingan antara kawasan pula merujuk kepada kemampuan
sesebuah negara bersaing untuk memasarkan barangan dan
perkhidmatan melalui persaingan hasil barangan yang berdaya saing dan
memenuhi keperluan pasaran global.
Biasanya negara yang dapat menghasilkan barangan yang berkualiti dengan
harga yang murah akan mudah mendapat pasaran daripada negara-negara
lain.
(c) Kepentingan pakatan kerjasama serantau kepada Malaysia
1. Perluasan pasaran bersama antara negara anggota lain iaitu melalui
pertambahan bilangan penduduk dan kuasa beli serantau yang bertambah.
Penembusan pasaran ke seluruh negara anggota menambah
luaskan saiz pasaran barangan negara anggota.
2. Meningkatkan aliran perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara.
yang berada di bawah pakatan ekonomi yang terlibat.
Melalui perjanjian FTA yang mengurangkan sekatan dan tarif yang dikenakan
oleh sesebuah negara.
Harga barangan akan menjadi lebih murah, contohnya perjanjian kerjasama
AFTA.
3. Perkongsian pintar melalui R&D dan teknologi yang boleh dimajukan
secara bersama.
Peningkatan teknologi dalam negara boleh meningkatkan kualiti produk agar
dapat berdaya saing di pasaran antara bangsa.
Ianya boleh dilakukan dengan cara pemindahan teknologi dan perkongsian
teknologi antara negara.
4. Pertambahan modal atau dana dalam negara menerusi konsep pelaburan
silang atau pelaburan bersama antara pihak kerajaan dan swasta pelbagai
negara.
Ini akan menambahkan modal dalam negara untuk melabur dalam sektor-
sektor ekonomi yang menguntungkan.
5. Kesan positif daripada pengaliran buruh dan tenaga pakar atau tenaga mahir
akan menjadi lebih mudah dan telus.
Karenah birokrasi antara negara boleh dikurangkan.
Keperluan tenaga buruh dalam negara boleh dipenuhi melalui pengaliran
tenaga buruh dari negara-negara anggota.
6. Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi terutama negara yang
terlalu bergantung kepada negara maju khususnya Amerika Syarikat dan
Kesatuan Eropah (EU) untuk mendapatkan modal asing dan pasaran barangan.
(d) Isu dan halangan yang dihadapi oleh pakatan ekonomi serantau
1. Perbezaan ekonomi antara negara anggota di mana terdapat jurang
ekonomi yang terlalu besar antara negara.
Ada negara yang kaya dan ada negara yang terlalu miskin.
2. Konflik politik wilayah dalam negara anggota seperti tuntutan kawasan yang
bertindih.
Contohnya tuntutan terhadap Kepulauan Spratly oleh negara-negara
yang berjiran.
3. Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau kerana terdapat
masalah kekurangan modal, kekurangan kepakaran, masalah birokrasi dan
sebagainya.
4. Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau.
Kepentingan negara biasanya terpaksa diutamakan berbanding
dengan kepentingan serantau.
5. Masalah alam sekitar seperti berlakunya pencemaran alam sekitar merentas
sempadan, contohnya kejadian jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia dan
pencemaran Selat Melaka oleh tumpahan minyak daripada kapal dagang.
6. Masalah keselamatan serantau seperti pergolakan di Selatan Thailand dan
Selatan Filipina menjadi masalah dalam menjayakan pakatan kerjasama
ekonomi serantau
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
APEC bermaksud kerjasama ekonomi serantau separa rasmi yang
dianggotai oleh negara-negara yang terletak di sekitar lautan Pasifik
atau rantau Asia Pasifik seperti Malaysia, China, USA, Jepun, Kanada,
Australia, Amerika Selatan, Chili, Peru, New Zealand, Papua New
Guinea dan lin-lain iaitu kira-kira 21 buah negara yang terlibat.
CIRI-CIRI APEC
1. Merupakan pertubuhan separa rasmi dan tidak didaftarkan di bawah PBB
(Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu).
2. Keanggotaannya terbuka kepada mana-mana negara yang dilingkungi oleh
Lautan Pasifik iaitu meliputi 5 buah benua.
Terdapat pelbagai ideologi politik iaitu negara yang mengamalkan
sistem demokrasi dan negara komunis.
Ideologi demokrasi dan pasaran bebas dikepalai oleh Amerika Syarikat,
Kanada, dan Jepun.
Ideologi komunis dan sosialis diwakili China dan Rusia.
Walau berbeza ideologi mereka tetap bersatu
3. Terdiri daripada 21 buah negara yang menggotai APEC.
Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, China, Filipina, Hong Kong,
Indonesia, Jepun, Kanada, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New
Zealand, Papua New Guinea, Peru, Russia, Singapura, Taiwan,
Thailand, Vietnam.
4. Jurang ekonomi antara negara anggotanya amat besar.
Terdapat negara maju dan kaya seperti Amerika Syarikat dan Jepun,
ada negara sedang membangun dan berpendapatan rendah seperti
Indonedia dan Filipina.
5. Fokus kerjasama adalah lebih kepada urusan
perdagangan dan ekonomi sahaja.
KELEBIHAN KERJASAMA APEC KEPADA ANGGOTANYA
1. Memudahkan perdagangan di mana ianya dilaksanakan menerusi prinsip
liberalisasi perdagangan.
Strateginya ialah dengan memperkukuhkan sistem perdagangan dalam
pelbagai hala dan terbuka untuk kepentingan bersama negara negara
Asia Pasifik.
Kerjasama ini telah dapat mengurangkan halangan perdagangan
barangan, perkhidmatan dan pelaburan di kalangan negara anggota
melalui perjanjian perdagangan yang tidak memudaratkan kepada
wilayah ekonomi yang lain.
2. Membuka dan meluaskan pasaran iaitu melalui dasar pintu terbuka kepada
negara anggota lain seperti yang telah dibuat oleh negara China.
Negara anggota mengamalkan prinsip pasaran bebas yang
membolehkan semua pasaran barangan anggota dapat ditembusi tanpa
sekatan yang ketat.
Oleh itu pasaran tidak dimonopoli oleh negara tertentu sahaja.
Pasaran barangan diperluaskan menerusi pertambahan bilangan
penduduk serantau dan peningkatan kuasa beli yang menyebabkan
barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara anggota APEC.
3. Meningkatkan pelaburan melalui kemasukkan pelabur asing yang lebih bebas
dan mudah dari negara anggota APEC yang akan menambahkan dana dalam
negara dan seterusnya menjana ekonomi tempatan.
Perkongsian modal dilaksanakan melalui pelbagai cara seperti pelaburan
silang, pelaburan bersama, serta pelaburan langsung.
Pelaburan modal biasanya datang dari negara-negara anggota yang kaya
seperti Amerika Syarikat dan Jepun..
4. Kerjasama teknikal dijalankan melalui kemasukkan teknologi moden dari
negara maju khususnya Hi Tech yang akan menggalakkan perkembangan R&D
dalam negara serta memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Negara-negara APEC yang kurang maju boleh menikmati
keuntungan pemindahan teknologi dari negara maju apabila
kerjasama yang lebih erat diwujudkan.
5. Perkongsian kepakaran. Kemasukkan tenaga buruh asing yang lebih murah
dari negara-negara APEC bagi menampung kekurangan buruh dalam negara
dalam pelbagai sektor ekonomi.
Perkongsian kepakaran boleh dilaksanakan menerusi latihan
lanjutan ke luar negara, pinjaman tenaga pakar dari luar negara atau
program usaha sama antara universiti
6. Kerjasama pengurusan dan penjagaan alam sekitar. Melalui perkongsian
teknologi baru dalam pengurusan dan penjagaan alam sekitar antara
negara APEC.
Penyelesaian bersama mengenai isu-isu alam sekitar serantau
seperti pemanasan global, pencemaran laut, jerebu merentas
sempadan, pencerobohan perairan perikanan di luar daripada
kawasan ZEE, dan isu kepupusan sumber marin.
KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN (AFTA)
AFTA ialah satu persetujuan di kalangan negara ASEAN untuk
memasarkan barangan keluaran di negara anggota dengan kadar cukai
yang rendah atau tanpa cukai.
Kebebasan kemasukkan barangan dari negara anggota atau
memansuhkan sekatan perdagangan. Negara-negara yang menganggotai
AFTA seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Indonesia,
Myanmar, Kemboja, Vietnam dan Laos
Kebaikan AFTA Kepada Malaysia
1. Meningkatan aliran perdagangan.
Aliran perdagangan antara Malaysia dengan negara ASEAN lain akan
meningkat kerana semua negara menikmati faedah daripada
penghapusan sekatan perdagangan dan cukai yang lebih rendah di dalam
AFTA.
Defisit imbangan perdagangan Malaysia dengan negara lain boleh
dikurangkan Pendapatan negara akan bertambah serta kerjasama
perdagangan antara negara juga meningkat
2. Faedah daripada segi perluasan saiz pasaran.
Saiz pasaran barangan kepada penduduk akan bertambah.
AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta orang di scluruh ASEAN.
Produk barangan Malaysia boleh menembusi pasaran serantau ASEAN
yang mengamalkan prinsip pasaran bebas.
Kesan positif perluasan pasaran termasuklah hubungan antara rangkaian
pemasaran, pengilang atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh.
Kuasa beli pengguna meningkat terutama dari negara kaya seperti Brunei
dan Singapura.
Karenah birokrasi dalam pemasaran boleh diminimakan dan bekalan
barangan di pasaran akan berterusan.
3. Faedah daripada segi peningkatan kualiti produk. Dengan tawaran harga
yang lebih murah, persaingan antara pengeluar akan menjadi lebih hebat untuk
menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran bebas AFTA.
Kesannya Malaysia akan menikmati faedah daripada segi perkembangan
R&D, penggunaan teknologi dan inovasi baru oleh syarikat-syarikat
swasta mahupun kerajaan (GLC) yang . berlumba-lumba menjaga kualiti
produk masing-masing.
4. Harga barangan lebih murah.
Pasaran bebas AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah atau
penghapusan cukai bagi sesetengan produk.
Ini menyebabkan harga barangan pengguna dan perkhidmatan menjadi
lebih murah.
Oleh itu, pengguna di Malaysia boleh menikmati barangan dan kos
perkhidmatan yang lebih murah.
Kuasa beli pengguna juga bertambah berkualiti. dan mampu memiliki
barangan berjenama dan
5. Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna.
Kepelbagaian produk daripada pelbagai negara menyebabkan
pengguna di Malaysia mempunyai banyak pilihan.
Monopoli pasaran barangan oleh sesetengah negara dapat
dikurangkan.
Persaingan antara produk menyebabkan harganya menjadi lebih murah.
Pengguna juga mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan
yang murah dan berkualiti.
6. Pengkhususan pengeluaran aktiviti ekonomi.
Faedah daripada segi pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling
melengkapi bagi menjimatkan kos pengeluaran.
Untuk mengelakkan persaingan produk yang sama di pasaran yang sama
maka antara syarikat akan menjalinkan kerjasama bagi pengkhususan
pengeluaran,perkongsian teknologi, dan kepakaran.
Dalam konteks faedah daripada pengkhususanekonomi yang akan diperoleh
seperti akan berlaku penjimatan kos buruh, bahan mentah dan sebagainya.
7. Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi.
Pasaran bebas Asean (AFTA) mengurangkan monopoli pasaran dari
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, negara-negara Eropah,
Jepun, Korea Selatan dan lain-lain di dalam pasaran ASEAN.
Oleh itu, tekanan dan spekulasi pasaran akan berkurangan.
Kebergantungan kepada produk yang datang dari negara maju sahaja
akan dapat dikurangkan.
PAKATAN KERJASAMA ASEAN
Sebanyak 11 buah negara yang menganggotainya iaitu; Malaysia, Indonesia,
Singapura, Brunei, Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam, Loas, Kampuchia,
dan Timur Leaste.
ASEAN ( Associstion of Southeast Asian Nations )
Bergerak berdasarkan prinsip ZOPFAN iaitu Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali serta prinsip tidak campur tangan hal ehwal BOW negara-negara
ahli.
KEPENTINGAN KERJASAMA ASEAN
1. Meningkatkan aliran perdagangan.
Negara ASEAN perlu berkerjasama antara satu sama bagi memperoleh
keuntungan dalam konteks meningkatkan perdagangan antara negara
ASEAN.
Hal ini dicapai menerusi perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA)
dengan memberi tarif khas atau bebas cukai kepada sesetengah
barangan dari sesama negara anggota.
Kesannya, ia dapat mengurangkan pergantungan kepada negara maju
yang selalunya tidak adil dalam konteks hubungan dagangan dua hala.
2. Perluasan kawasan pasaran.
Dengan kerja sama ini, negara tersebut saling mendapat keuntungan dari segi
peluasan pasaran.
Kesan-kesan positif diperoleh melalui pertambahan bilangan penduduk,
peningkatan kuasa beli yang akhirnya menyebabkan barangan dan
perkhidmatan boleh dijual ke serata negara anggota ASEAN.
3. Berlaku perkongsian teknologi R & D dan inovasi baru.
Kerjasama ASEAN akan memberi peluang dalam perkongsian teknologi R &
D dan inovasi baru di dalam pelbagai bidang seperti perindustrian, sumber
tenaga, tanaman, perhutanan, pengangkutan, telekomunikasi, kewangan, dan
lain-lain yang pastinya saling menguntungkan kepada negara yang
menganggotainya.
4. Perkongsian modal.
Negara yang menganggotainya saling memperoleh keuntungan dalam
konteks perkongsian pelaburan modal atau kewangan menerusi pelbagai
konsep seperti pelaburan silang, pelaburan bersama, koperasi kewangan
ASEAN, dan lain-lain yang dilaksanakan dibawah Jawatankuasa Kewangan
dan Bank (COFAB)
5. Pengkhususan pengeluaran barangan.
Untuk saling memperoleh keuntungan daripada keadaan saling melengkapi
dan pengkhususan pengeluaran industri pembuatan serta sumber alam dan
tenaga.
Kekurangan-kekurangan sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain
6. Perkongsian tenaga buruh dan kepakaran.
Kerjasama ini juga boleh memperoleh keuntungan dalam konteks pengaliran
buruh dan kepakaran.
Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh
ditampung oleh negara lain.
Di samping itu, sesetengah negara ASEAN yang mengalami masalah
lebihan buruh boleh mengurangkan masalah lebihan tenaga buruh dengan
menghantarnya ke negara-negara yang mengalami kekurangan tenaga
buruh.
7. Penjagaan alam sekitar, keselamatan perairan
dan permasalahan alam sekitar.
Kerjasama ASEAN juga mendapat keuntungan dalam konteks penjagaan
alam sekitar, keselamatan perairan dan permasalahan alam sekitar.
Contohnya, menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga perairan
Selat Melaka dan menangani masalah pencemaran merentasi sempadan
seperti jerebu dan pencemaran laut akibat tumpahan minyak oleh kapal
dagang
8. Kestabilan politik
Selain itu, negara-negara ASEAN juga dapat mewujudkan kestabilan
politik antara negara yang menganggotainya dan mengelakkan campur
tangan hal ehwal politik dalaman di kalangan negara anggota.
9. Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali.
Pakatan kerjasama antara negara-negara ASEAN ini telah mewujudkan
zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) tanpa campur tangan
pihak luar atau kuasa luar.
Oleh itu, negara-negara anggota ASEAN memilih untuk berkecuali
dalam urusan masalah dalaman politik negara anggota dan tidak
membenarkan negara lain untuk masuk campur urusan politik negara
anggota terutamanya kuasa-kuasa besar
PAKATAN EKONOMI ASEAN DAPAT KURANGKAN KESAN NEGATIF PROSES
GLOBALISASI EKONOMI.
( Bagaimana ASEAN mampu mengurangkan Kesan Negatif Globalisasi Ekonomi di
Rantau Asia )
1. Mengurangkan monopoli pasaran barangan.
Pakatan ekonomi serantau ASEAN boleh mengurangkan kesan negatif
proses globalisasi ekonomi adalah dengan cara mengurangkan monopoli
pasaran barangan dalaman ASEAN oleh negara-negara maju.
Ini dilakukan menerusi kawasan pasaran bebas ASEAN (AFTA) Dengan
adanya AFTA, ini membolehkan produk barangan sesama negara ASEAN
dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan barangan dari
negara luar ASEAN
2. Mengurangkan monopoli pasaran kewangan.
Selain itu, cara lain ialah dengan mengurangkan monopoli pasaran
kewangan ASEAN oleh negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat.
Ini boleh dilakukan menerusi Penubuhan Bank ASEAN, Koperasi ASEAN
bagi menggantikan dolar US dan lain-lain.
Persepakatan sesama negara ASEAN dalam konteks ini membolehkan
risiko kejatuhan nilai mata wang dapat dikurangkan.
3. Mengurangkan kebergantungan kepada modal dari negara-negara
kapitalis
Kesan negatif proses globalisasi ekonomi boleh juga dikurangkan dengan
cara mengurangkan kebergantungan kepada modal dari negara-negara
kapitalis yang jelas tidak menguntungkan negara-negara ASEAN jika
berlaku risiko yang tidak diingini yang menyebabkan modal asing boleh
ditarik keluar dari ASAEN pada bila-bila masa.
Oleh sebab itu, kerjasama ekonomi sesama negara ASEAN boleh
meningkatkan pelaburan melalui konsep pelaburan bersama dan juga
pelaburan silang.
4. Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara
maju.
la juga boleh dikurangkan dengan mengurangkan dominasi teknologi dan
kepakaran dari negara-negara maju.
Ini boleh dilakukan melalui konsep perkongsian pintar, konsep saling
melengkapi, prinsip menangani dan juga langkah pertukaran teknologi dan
inovasi baharu, latihan tenaga manusia secara bersama dan bersepadu
sesama negara anggota ASEAN.
5. Melakukan permindahan tenaga buruh murah antara negara-negara ASEAN.
Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan
permindahan tenaga buruh murah antara negara-negara ASEAN.
Selain itu, projek bersama boleh dilakukan bagi menghasilkan
barangan kilang, khususnya dalam projek Segi Tiga Pertumbuhan.
Cara terakhir adalah dengan melakukan pengkhususan keluaran
barangan industri seperti makanan, pakaian, alat jentera dan
sebagainya mengikut kepakaran di kalangan negara anggota.
HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA-NEGARA ASEAN UNTUK
MENINGKATKAN PERDAGANGAN.
1. Persaingan sesama negara pengeluar.
Komoditi barangan yang homogeneus (sama jenis) menyebabkan
ancaman perlambakan barangan di pasaran yang akhirnya
menurunkan harga pasaran.
Contoh persaingan pengeluaran hasil Kelapa Sawit dan Getah oleh
negara Malaysia dan Indonesia.
2. Saingan daripada barangan negara-negara maju iaitu barang yang diimport
dari luar ASEAN.
Barangan dari negara maju biasanya lebih berkualiti dan murah kerana
barangan impot biasanya mendapat pasaran yang meluas di seluruh
dunia dan ini membolehkan harga barangan menjadi murah kerana
barangan dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-
satu masa.
3. Kuasa beli pasaran yang masih rendah dan saiz pasaran yang masih kecil.
Pasaran barangan di kalangan anggota ASEAN masih kecil kerana
bilangan penduduk di sesetengah negara masih sedikit seperti Brunei,
Malaysia, dan Singapura.
4. Sekatan-sekatan tertentu terhadap barangan negara-negara ASEAN oleh
negara-negara ASEAN sendiri untuk melindungi industri mereka seperti
pengenaan cukai terhadap barangan dari luar.
Cukai terhadap barangan menyebabkan barangan terpaksa dijual
dengan harga yang lebih tinggi.
5. Sikap dan orientasi pengguna di negara ASEAN yang lebih suka membeli
barangan import.
Penduduk masih lagi menganggap barangan dari negara maju
mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding dengan barangan
tempatan.
Latihan Pengukuhan.
1. Berikan maksud kerjasama antara kawasan [ 3 ]
2. Nyatakan lima kepentingan Pakatan kerjasama serantau kepada
Malaysia. [ 5 ]
3. Jelaskan lima isu dan halangan yang dihadapi oleh Pakatan
ekonomi serantau. [ 10 ]
4. Terangkan maksud APEC [ 3 ]
5. Nyatakan lima ciri APEC [ 5 ]
6. Jelaskan lima kelebihan kerjasama APEC kepada anggotanya. [ 10 ]
7. Terangkan maksud AFTA. [ 3 ]
8. Terangkan lima kebaikan AFTA kepada Malaysia. [ 10 ]
9. Jelaskan lima halangan yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN
untuk meningkatkan perdagangan. [ 10 ]
Sesungguhnya …Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil
Selamat Maju Jaya..