The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60300280, 2022-07-23 23:18:29

MODUL 2 NOTA GEOMORFOLOGI

MODUL 2 NOTA GEOMORFOLOGI

4. Petempatan
Pemotongan dan penarahan kawasan cerun untuk aktiviti pembinaan bangunan,
atau petempatan menyebabkan cerun terganggu yang memudahkan lagi proses
hakisan kerana struktur tanah yang semakin longgar.

Aktiviti pelancongan
Apabila manusia meneroka bukit untuk aktiviti pelancongan kawasan hutan terpaksa
ditebang.
Aktiviti pembinaan resort dan padang golf di kawasan cerun telah menyebabkan
tanah terdedah kepada hakisan.
Ketiadaan cengkaman akar pokok akan menyebabkan struktur tanah menjadi
longgar dan mudah dihakis.

Kaedah mengawal hakisan permukaan
1. Perundangan

Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan
Akta Parit dan Bangunan dengan mengenakan denda atau hukuman penjara kepada
individu dan syarikat yang menyebabkan berlakunya hakisan tanah.
Contohnya, aktiviti penerokaan tanah di cerun bukit.

2. Pembinaan teres
Khusus kepada cerun-cerun yang digunakan untuk penanaman tanaman dan
pembinaan petempatan.
Teres dapat mengawal pergerakan air permukaan terutama ketika hujan lebat.
Teres dapat memperlahankan pergerakan air dan keadaan ini dapat mengurangkan
tenaga kinetik pergerakan air tersebut sekaligus mengurangkan hakisan.

3.Pembinaan parit
Air larian permukaan di cerun dapat dikawal melalui kaedah ini.
Air tidak mengalir dalam bentuk pelbagai hala yang boleh menyebabkan berlakunya
hakisan kepingan.
Parit dibina menggunakan bahan konkrit dan secara bertangga bagi menjamin
ketahanannya terhadap hakisan dan mengurangkan kelajuan pergerakan air.

4. Penyimenan permukaan cerun
Permukaan cerun secara keseluruhannya disimen.
Pada permukaan simen dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air bawah
tanah.
Sesuai bagi mengurangkan hakisan percikan air hujan dan hakisan kepingan.

5.Kaedah agronomi
Penanaman rumput dan tumbuhan kekacang dapat mengurangkan hakisan
percikan, mengurangkan air larian permukaan dan sebaliknya menggalakkan
resapan air ke dalam tanih.
Akar rumput atau tumbuhan kekacang tersebut dapat memegang dan mencengkam
tanah daripada dihakis oleh air larian permukaan.

6. Pendidikan
Melalui pendidikan formal di sekolah seperti mata pelajaran geografi, sains dan
biologi.
Pelajar-pelajar didedahkan kepentingan kawasan tanah tinggi dan impaknya kepada
alam sekitar fizikal dan manusia sekiranya kawasan tanah tinggi diterokai.

51 | P a g e

7. Kempen
Melalui risalah-risalah dan media elektronik yang dijalankan oleh agensi-agensi
berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar( JAS), Sahabat Alam Malaysia (SAM),
Jabatan Perhutanan dan lain-lain.
Langkah ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga
dan mencegah hakisan permukaan.

C) Menghuraikan jenis hakisan sungai:
i. melebar.
berlaku apabila air sungai yang banyak atau tinggi isipadunya menghakis di
bahagian ke dua-dua tebing sungai sehingga alur sungai menjadi lebar.
Hakisan melebar sangat giat semasa banjir kerana isipadu sungai yang banyak
mempunyai tenaga kinetik dan tenaga potensi yang kuat untuk menghakis dan
meruntuhkan tebing.

ii. mendalam
berlaku apabila air sungai yang sedikit atau isipadu airnya yang kurang menghakis
bahagian dasar sungai sehingga lama kelamaan alur sungai menjadi semakin
mendalam.
Hakisan mendalam biasanya berlaku dikawasan hulu sungai secara menegak
dengan aliran air yang deras.

iii. mengundur
Merujuk pada hakisan sungai ke arah belakang atau mengundur.
Melibatkan proses pemotongan pangkal alur ke arah hulu kerana terdapat air
terjun dan jeram di pangkal alur.
Air terjun berupaya menghakis pangkal dasar alur dan mewujudkan satu bahagian
atas alur yang tidak mempunyai daya tampungan.
Dengan bantuan gerakan jisim bahagian ini akan jatuh ke dalam sungai.
Jika unduran ini berlaku di dalam alur sungai yang berdekatan, tawanan sungai
boleh berlaku.

D. Menghuraikan Cara hakisan sungai
1. Hidraul

Berlaku apabila tindakan atau hentaman air di bahagian rekahan pada batuan di
dasar sungai menyebabkan udara di dalam rekahan batuan termampat.
Keadaan itu menyebabkan rekahan pada batuan mengalami tekanan tinggi dan
semakin membesar dan pecah.
Efektif di bahagian hulu sungai atau peringkat muda sungai kerana cerun alur sungai
yang curam serta aliran sungai yang deras.
Aliran air sungai yang kuat akan meningkatkan kinetik untuk menjalankan proses
hakisan hidraul.

2.Lelasan / geselan
Berlaku apabila bahan muatan yang ada di dalam air sungai yang terdiri daripada
pasir atau batu kelikir bergesel dengan dasar dan tebing sungai yang dilaluinya
sehingga tebing sungai terlelas dan semakin lebar.
Daya geseran yang wujud akibat daripada aliran air sungai memungkinkan hakisan
berlaku terhadap tebing dan dasar sungai.

52 | P a g e

3.Lagaan
Berlaku apabila bahan muatan yang banyak dan pelbagai saiz di dalam air sungai
berlaga antara satu sama lain sehingga menjadi lebih kecil dan halus.
Lagaan juga melibatkan perlanggaran antara bahan yang dibawa oleh air sungai
dengan tebing dan dasar alur sungai.
Aliran sungai yang deras menyebabkan bahan-bahan muatan sungai berlanggar
dengan tebing sungai dan dasar sungai sehingga mengakibatkan batuan tebing dan
dasar sungai terhakis.

4.Larutan
Barlaku apabila batuan yang mudah larut seperti batu kapur terdapat di tebing atau
dasar sungai terlarut oleh air sungai itu sendiri dan hanyut sebagai larutan bersama
aliran air sungai tersebut.
Proses tindak balas kimia dalam batuan tebing dan dasar sungai juga berlaku
apabila air meresap masuk ke dalam batuan.
Proses ini akan memecahkan batuan mudah dibawa oleh arus sungai.

E.Menghuraikan Faktor yang mempengaruhi hakisan sungai

1. Isipadu air
Isipadu air yang banyak terutama semasa hujan lebat akan meningkatkan kadar
hakisan sungai.
Isipadu air yang kurang memperlahankan aliran air dan tenaga kinetik berkurang
akan mengurangkan hakisan.

2.Halaju air
Aliran air yang deras dan kuat mampu untuk mengangkut beban muatan yang
banyak akan meningkatkan kadar sungai, serta dibantu oleh kecerunan yang curam.
Kecerunan yang curam boleh menyebabkan halaju air meningkat.
Sebaliknya aliran sungai perlahan tidak berupaya untuk menghakis.

3. Kecerunan
Dasar sungai yang curam akan meningkatkan kelajuan aliran sungai dan akan
menambah tenaga sungai.
Dengan ini proses hakisan akan berlaku dengan lebih berkesan di bahagian hulu
sungai berbanding dengan bahagian tengah dan hilir sungai kerana kecuraman
cerun dasar alur sungai di kawasan berkenaan.

4. Bentuk alur
Bentuk alur yang lurus memudahkan aliran air mengalir deras dan meningkatkan
kadar hakisan.
Berbanding dengan alur berliku-liku dan melebar memperlahankan aliran air dan
seterusnya mengurangkan hakisan

5. Jenis batuan
Dasar atau tebing sungai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batuan mendak
lebih mudah berbanding dengan batuan igneus yang keras seperti batuan granit.

53 | P a g e

6. Jumlah bahan muatan.
Sungai yang memiliki bahan muatan yang banyak dan bersegi-segi seperti batu pasir
dan kelikir mampu mengikis tebing dan dasar sungai secara hakisan lelasan atau
geselan.

7. Tumbuh-tumbuhan
Akar tumbuh-tumbuan berfungsi untuk mencengkam tanah dan batuan di tebing
sungai daripada hakisan sungai.
Sungai di kawasan hutan tebal mempunyai tebing yang kukuh dan stabil berbanding
dengan di kawasan hutan yang sudah diteroka.

8. Aktiviti manusia
a. Pembalakan

 Pembalakan atau penebangan pokok di kawasan tebing sungai akan menyebabkan
berlaku hakisan pada tebing sungai

 Hal ini disebabkan tiada akar tumbuhan yang akan mencengkam tanah yang
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.

 Ditambah pula dengan hujan yang turun secara tidak langsung tanah akan menyerap
air hujan melalui proses resapan yang boleh menambahkan lagi jisim tanah tersebut.
Hal ini menggalakkan aktiviti hakisan berlaku dengan lebih mudah kerana struktur
tanah yang longgar dan jisim tanah yang bertambah.

b) Perlombongan
 aktiviti perlombongan yang dijalankan oleh manusia seperti perlombongan pasir
pada dasar sungai mampu memberikan impak yang besar serta menggalakkan lagi
hakisan berlaku secara meluas dan pesat.
 Akibat aktiviti perlombongan ini lama kelamaan dasar sungai menjadi semakin dalam
serta kelebaran sungai turut bertambah sehingga menyebabkan tebing sungai runtuh
dan terus terhakis.
 Bahan muatan sungai seperti kelodak turut bertambah.

c) Pelancongan
 Penebangan pokok di kawasan tebing sungai untuk membina resort akan
menyebabkan berlaku hakisan pada tebing sungai.
 Hal ini disebabkan tiada akar tumbuhan yang akan mencengkam tanah yang
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan terhakis.

d) Pembinaan jeti atau pelabuhan
 Penebangan pokok di kawasan tebing sungai untuk membina jeti atau pelabuhan
akan menyebabkan berlaku hakisan pada tebing sungai.
 Hal ini disebabkan tiada akar tumbuhan yang akan mencengkam tanah yang
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan terhakis.

e).Aktiviti pertanian
 Penebangan pokok di kawasan tebing sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian
akan menyebabkan berlaku hakisan pada tebing sungai.
 Hal ini disebabkan tiada akar tumbuhan yang akan mencengkam tanah yang
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan terhakis.

54 | P a g e

F. MENGENALPASTI BENTUK DAN MENJELASKAN PROSES PEMBENTUKAN
BENTUK MAKA BUMI HAKISAN SUNGAI
1. Air terjun

Terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun
secara mendatar dan berselang-seli antara batuan keras dengan batuan lembut.
Lapisan batuan lembut mudah terhakis dan lapisan batuan keras yang tahan hakisan
akan menghalang aliran air sungai dan membentuk air terjun

2. Jeram
Terbentuk apabila air sungai mengalir di kawasan yang memiliki batuan yang
tersusun secara menegak dan berselang-seli di antara batuan keras dengan batuan
lembut.
Hakisan sungai yang giat ke atas batuan lembut menyebabkan batuan keras yang
tahan hakisan akan tertonjol ke atas dan menyebabkan aliran air tersekat lalu
mengalir secara lompatan dan deras menuruni bonjolan yang keras.

55 | P a g e

3.Lubuk
Tindakan aliran air sungai yang berpusar bertindak mengorek rekahan-rekahan di
dasar sungai menyebabkan terbentuknya lekukan atau lubang di dasar sungai yang
berbatu hingga membentuk lubuk.

4. Gaung dan lurah
Terbentuk disebabkan oleh hakisan mendalam sungai.
Hakisan mendalam bertindak dengan giat di dasar alur dan mendalamkan dasar
sungai.
Hasil daripada hakisan tersebut terbentuklah lurah yang sempit dengan tebing yang
sangat curam dan dalam sehingga terbentuk lurah berbentuk “V”.

5. Likuan sungai
Tebing cekung merupakan tebing yang terhasil di bahagian likuan sungai yang
menerima luruan arus.
Tebing cembung pula terhasil di bahagian yang mengalami pembiasan arus.
Kedua-dua tebing ini wujud secara bertentangan di bahagian likuan sungai.

G. Menghuraikan Cara pengangkutan sungai

1.Golekan
Batuan bersaiz besar dan berat yang diseret di sepanjang dasar sungai oleh air
sungai yang mengalir seperti batu tongkol sedikit demi sedikit di dasar sungai.
Pengangkutan secara golekan memerlukan tenaga yang kuat.
Pada masa banjir beban ini mungkin diangkut lebih jauh kerana isipadu dan halaju
arus tinggi.

56 | P a g e

2.Loncatan
Batuan bersaiz sederhana dan bersegi-segi séperti batuan pasir dan kelikir yang
digerakkan secara melompat-lompat iaitu timbul dan tenggelam secara berulang-
ulang di sepanjang aliran air sungai yang deras.

3.Ampaian/apungan
Beban yang ringan seperti pasir, lumpur, kelodak dan daun-daun kayu yang
mempunyai daya apungan akan diangkut dalam bentuk ampaian.
Bahan-bahan ini tidak tenggelam disebabkan adanya julangan hidrolik dari dasar
sungai.

4. Larutan
Batuan yang mudah larut seperti batu kapur akan menghasilkan bahan larutan atau
bahan terlarut yang menggalir bersama air sungai.
Proses ini menyebabkan air sungai berubah warna dan bau.

H. PENGANGKUTAN SUNGAI
( menghuraikan faktor yang mempengaruhi pengangkutan sungai )

Proses pemindahan beban sungai yang terdiri daripada batuan, kelikir, pasir dan
kelodak dengan pelbagai cara hasil daripada hakisan dan luluhawa dipindahkan dari
hulu ke hilir serentak dengan aliran sungai

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI
1. Tenaga

Aliran air yang deras dan isipadunya yang banyak selepas hujan mampu
mengangkut apa sahaja bentuk beban yang ada di alurnya kerana tenaga sungai
berpotensi tinggi.
Tetapi apabila berlakunya musim kemarau pula, isipadu air sungai adalah sedikit
menyebabkan tenaga sungai berpotensi menjadi semakin terhad.

2. Kecerunan
Cerun yang curam yang terdapat di hulu dan tengah sungai lebih giat menjalankan
proses pengangkutan berbanding di kawasan hilir sungai.

3.Kekasaran alur
Kekasaran dasar alur sungai dasar sungai boleh menganggu proses pengangkutan
bahan muatan sungai kerana akan daya geseran dan memperlahankan pergerakan
air sungai berbanding dengan alur yang licin.

4. Halangan
Halangan seperti batu besar yang berat di dalam alur sungai boleh menganggu
proses pengangkutan bahan muatan sungai apabila arus sungai akan menjadi
perlahan

5. Bentuk alur
Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan
pengangkutan bahan berlaku cara maksimum dan keadaan ini mengurangkan
proses pemendapan bahan.

57 | P a g e

Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju
pergerakan air menjadi kurang.
Kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

6.Saiz bahan
Saiz bahan muatan atau beban sentimen yang lebih halus dan ringan lebih mudah
diangkut oleh aliran air sungai berbanding batu yang besar dan berat.
Bahan yang bersaiz besar dan berat seperti batu tongkol diangkut secara perlahan
melalui cara golekan atau seretan.
Bahan-bahan yang bersair kecil dan ringan seperti kelodak, habuk dan debu akan
diangkut secara apungan atau ampaian.

7. Jenis bahan
Alur sungai yang terdiri daripada batuan keras dan kasar akan menghasilkan beban
muatan yang sedikit berbanding alur sungai yang batuannya terdiri daripada batuan
pasir atau batu kapur yang mudah diangkut dan larut.
Bahan yang mempunyai daya apungan yang tinggi seperti sampah sarap, sisa
pertanian akan diangkut oleh aliran air sungai dengan cara apungan
Bahan yang berat seperti batu tongkol akan diangkut secara seretan atau golekan.

I. PEMENDAPAN SUNGAI
Proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai di bahagian
tebing, dasar atau hilir sungai oleh aliran air sungai itu sendiri akibat daripada
hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN SUNGAI

1.Isi padu air
Apabila isipadu air sungai berkurangan selepas banjir atan pada musim kemarau
akan menyebabkan daya keupayaan pengangkutan sungai semakin berkurang.
Keadaan ini menyebabkan banyak bahan muatan sungai dimendapkan di alur sungai

2.Halaju air
Halaju air akan berkurangan apabila kecerunan alur sungai semakin landai terutama
di peringkat hilir.
Kesannya sebahagian besar daripada bahan muatan sungai akan dimendapkan di
bahagian hilir apabila daya mengangkut semakin berkurangan.

3.Kecerunan
Kecerunan berkait rapat dengan halaju sungai.
Kawasan sungai di peringkat hilir adalah lebih landai berbanding dengan kawasan di
peringkat hulu mengakibatkan halaju dan tenaga arus menjadi lemah.
Keadaan ini akan menyebabkan beban muatan sungai di mendapkan.

4.Bentuk alur
Bentuk alur yang berliku terutama di bahagian likuan memudahkan berlakunya
pemendapan berbanding dengan bentuk alur yang lurus.

58 | P a g e

5. Jenis batuan
Alur sungai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batu kapur dan batu pasir
akan menghasilkan beban sedimen yang banyak bagi membantu dalam
meningkatkan proses pemendapan berbanding alur sungai yang batuanya terdiri
daripada batuan keras seperti granit

6. Bahan muatan
Jika sungai membawa banyak bahan muatan, maka akan banyaklah bahan yang
dimendapkan.
Bahan muatan yang pelbagai akan diangkut oleh arus sungai melalui cara yang
berbeza
Pengurangan tenaga arus menyebabkan air sungai memendapkan beban yang
dibawanya.

7. Halangan
Halangan yang terdapat di dalam alur sungai akan memperlahankan aliran air sungai
Keadaan ini menyebabkan proses pemendapan akan berlaku dengan giat.

J. BENTUK DAN PROSES PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI
PEMENDAPAN SUNGAI

1. Dataran banjir
Apabila berlakunya musim banjir, air sungai melimpah ke tebing alur dan membanjiri
kiri kanan sungai.
Bahan mendak yang dibawa akan dimendapkan di dataran tadi dan membentuk
dataran banjir yang terdiri daripada kelodak dan tanah liat.
Kekerapan banjir membentuk dataran yang lebih luas dan rata.

2. Delta
Pemendapan ini berlaku di kawasan muara sungai akibat pertembungan antara arus
sungai dan arus laut.
Di kawasan muara arus sungai dan arus laut menjadi perlahan dan tidak mampu
mengangkut beban tetapi ia giat menjalankan aktiviti pemendapan bahan.
Bahan-bahan mendapan seperti kelodak dan lumpur yang dibawa dari sungai dan
pesisir pantai dimendapkan secara berterusan oleh membentuk delta yang rata, luas
dan berbentuk segitiga.

59 | P a g e

3.Tasik ladam
Tasik ladam terhasil melalui proses hakisan dan mendapan yang berlaku.
Hakisan giat berlaku apabila arus air yang melanggar di antara dua tebing likuan
sungai secara berulang-ulang.
Hakisan secara berterusan menghasilkan satu lekukan di kedua - dua kawasan
likuan sungai dan akhirnya mengakibatkan kedua-dua lekukan likuan tersebut
bercantum.
Peredaran masa yang berterusan menyebabkan proses pemendapan mula berlaku
kerana kawasan hilir sungai mempunyai tenaga arus yang sangat lemah.
Apabila beban yang diangkut mula dimendapkan maka aliran air tidak dapat
memasuki kawasan tasik dan keadaan ini dikenali sebagai tasik ladam.

4. Tetambak
Tetambak ialah benteng semula jadi yang rendah di kedua-dua belah sungai.
Ia wujud apabila air sungai melimpahi tebing semasa banjir yang berlaku secara
berulang.
Bahan-bahan yang termendap di kawasan belakang tebing sungai akhirnya akan
membentuk tebing yang lebih tinggi daripada dataran mendap yang dihasilkan.

5. Beting pasir
Merujuk kepada timbunan pasir atau kelikir yang mewujudkan permatang rendah
selari dengan tebing sungai.
Beting pasir terbentuk apabila terdapatnya pusaran air yang menggali dan
memendapkan semula pasir tersebut

6. Pulau / kukup.
Terbentuk di bahagian hilir sungai.
Bahan-bahan yang dibawa oleh aliran sungai di halang lalu dimendapkan.
Pemendapan bahan berlaku secara berulang kali lalu membentuk daratan yang
ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan.
Daratan ini dikenali sebagai pulau.
Contoh Pulau Duyung di Terengganu.

60 | P a g e

K) PENGARUH BENTUK MUKA BUMI HAKISAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI
TERHADAP AKTIVITI MANUSIA.

BMB Kepentingan
(Hakisan )
1. Air terjun Pelancongan
Hal ini disebabkan air terjun merupakan bentuk muka bumi sungai yang
2. Jeram mempunyai kepentingan dari segi pelancongan.
Air terjun merupakan tempat yang boleh menarik minat pengunjung
3. Lubuk untuk berkelah dan berehat.
Kesegaran dan suasana yang damai serta airnya yang deras
4. Gaung / menyebabkan bentuk muka bumi ini nampak unik dan menarik.
lurah Contohnya Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di
Terengganu.

Pelancongan
Jeram menjadi kawasan tarikan pelancongan kerana mempunyai
pemandangan yang menarik.
Perairan yang cetek di kawasan jeram membolehkan aktiviti
pelancongan dilakukan seperti berkayak dan mandi.

Pelancongan
Lubuk menjadi daya tarikan pelancong seperti Telaga Tujuh di Pulau
Langkawi.
Telaga Tujuh tersebut terbentuk di setiap tingkat jeram dan air terjun.

Perikanan
Lubuk yang merupakan kawasan paling dalam di dasar sungai menjadi
habitat hidupan air seperti ikan.
Kegiatan menangkap ikan boleh dijalankan di kawasan ini.

Pelancongan

BMB Kepentingan
(pemendapan )
1. Pertanian
1. Dataran Dataran banjir merupakan bentuk muka bumi yang kaya dengan tanih
banjir aluvium yang subur untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata
memudahkan air untuk bertakung.
Padi memerlukan jumlah air yang banyak ketika proses
pertumbuhannya supaya dapat menghasilkan buah padi yang banyak
dan berkualiti.
Contohnya, Dataran Kedah Perlis yang merupakan "Jelapang Padi bagi
Malaysia.

2.Pengangkutan
Sistem pengangkutan berkembang di kawasan dataran banjir kerana

kawasan ini merupakan kawasan yang rendah dan memudahkan dan
mengurangkan kos pembinaan jalan raya.

3. Perikanan /Akuakultur

Dataran banjir juga menjadi kawasan perikanan air tawar kerana
terdapat sungai di kawasan dataran banjir yang mempunyai pelbagai
jenis spesies ikan air tawar.

61 | P a g e

4. Petempatan
Tanah yang rata dan pamah sesuai untuk pembinaan petempatan

2. Delta 1. Pertanian
Delta terdiri daripada tanah aluvium yang subur untuk tanaman padi
sawah dan sayur-sayuran.

2. Perikanan/Akuakultur
Kegiatan perikanan turut dijalankan di kawasan delta kerana terdapat

sungai yang luas mengandungi pelbagai spesies ikan air tawar di
bahagian hujung sungai membolehkan kegiatan perikanan air tawar
dijalankan.

Kegiatan akuakultur juga banyak dijalankan di kawasan delta.

3.Pengangkutan
Keadaan bentuk muka bumi yang rata di kawasan delta membolehkan
pembinaan jalan raya dan memajukan sektor pengangkutan di kawasan

delta.

4.Petempatan
Tanah yang rata dan pamah sesuai untuk pembinaan petempatan.

3.Tasik Ladam 1.Perikanan/akuakultur
4. Tetambak Tasik ladam merupakan tasik semulajadi yang dalam dan tenang.
Keadaan yang sedemikan telah menarik minat dan memudahkan
pengusaha ikan air untuk menternak ikan di tasik tersebut.
Pelbagai spesies ikan air tawar diternak secara komersial seperti ikan
tilapia, baung, patin dan lampan.
Tasik ladam juga dijadikan kawasan perikanan air tawar kerana
mengandungi pelbagai spesies ikan air tawar.

2. Pelancongan
Tasik ladam juga dapat dibangunkan menjadi kawasan pelancongan
disebabkan pemandangan yang unik dan menarik di kawasan ini.

Pengangkutan
Hal ini disebabkan tetambak merupakan satu jaluran kawasan yang
tinggi dan jauh daripada ancaman banjir.
Keadaan semula jadinya yang sedemikan menyebabkan jalan raya
yang merupakan salah satu daripada pengangkutan darat dapat dibina
dengan mudah dan lebih selamat di atas tetambak tersebut

4. Beting pasir Petempatan
5. Pulau/kukup Kedudukan tetambak yang lebih tinggi dari aras sungai menjadi tempat
tumpuan penduduk untuk membina petempatan.
Hal ini demikian kerana kawasan tetambak kurang risiko banjir semasa
isipadu air sungai bertambah semasa hujan lebat.
Sebagai contohnya, tetambak di sepanjang Sungai Kelantan dan
Sungai Pahang merupakan kawasan petempatan utama penduduk.

Perlombongan pasir
Rekreasi
Perikanan

Pelancongan
Rekreasi
Perikanan

62 | P a g e

LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH PEMENDAPAN SUNGAI DI
MALAYSIA

1.Pendidikan
Pendidikan alam sekitar dan pemeliharaan dan pemuliharaan /penjagaan sungai.
Pendidikan formal sekolah seperti pendidikan alam sekitar melalui mata pelajaran
Geografi, Sains dan Biologi.
Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan sebagainya.

2.Penguatkusaan undang-undang
Penguatkuasaan terhadap pembukaan tanah yang menyebabkan hakisan atau
menambahkan pemendapan melalui hukuman denda, kompauan, menyita, penjara
terhadap aktiviti yang menyumbang kepada pergerakan jisim

3. Kempen kesedaran
Kempen yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama
kerajaan tempatan sama ada melalui media massa, maklumat melalui risalah
melalui slogan "cintailah sungai kita”

4. Melurus, mendalam, membersihkan sungai atau perangkap sedimen
Sungai yang lurus dan dalam akan meningkatkan halaju air dan mengurangkan
pemendapan.

5.Penanaman tumbuhan tutup bumi
Bagi mengawal hakisan permukaan atau pergerakan jisim seperti pokok dan rumput
ditanam.

6. Mewartakan mengikut kawasan/terpilih
Mengurangkan hakisan dan aliran permukaan yang tinggi

7.Langkah kestrukturan
Pembinaan/tembok, groin, benteng, gabion, perangkap simen, sungkupan plastik di
tebing sungai akan mengurangkan hakisan.
Hakisan yang kurang dapat mengurangkan bahan untuk dimendapkan

8.Pembangunan terancang/mampan/lestari /kawalan pembangunan
Pembangunan tidak dijalankan di kawasan tebing sungai untuk mengurangkan
hakisan tebing.

63 | P a g e

2.3.4 Pinggir pantai

Hasil pembelajaran
a) Menyatakan konsep pinggir pantai dan pantai seimbang
b) Menghuraikan cara hakisan pantai
c) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan pantai
d) Mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan muka bumi pinggir pantai
e) menghuraikan cara pengangkutan bahan pantai
f) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir pantai
g) menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pemendapan
h) Menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan pantai terhadap aktiviti
manusia

A. KONSEP PINGGIR PANTAI
Kawasan di antara takat air pasang paling tinggi dengan takat aras surut paling
rendah.

1. Pantai
Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak,
tanah liat, kulit-kulit kerang dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara
tikas air surut dengan tikas air pasang hasil tindakan agen-agen pemendapan
pinggir pantai seperti ombak dan arus.

2. Pantai seimbang
Merujuk kepada keadaan di mana berlaku kadar hakisan dan kadar pemendapan
hampir sama di kawasan pantai tersebut.

3. Pantai tidak seimbang
Merujuk kepada keadaan di mana berlaku kadar hakisan dan kadar pemendapan
tidak sama di kawasan pantai tersebut.

4. Hakisan pantai
Hakisan pinggir pantai merujuk kepada proses penghausan, pengukiran dan
pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai
seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut.

B. CARA HAKISAN PANTAI

1.Tindakan hidraul
berpunca daripada tindakan ombak atau air laut itu sendiri.
Berlaku apabila ombak yang menghempas pantai memasuki celah-celah rekahan
batuan sehingga udara yang sedia ada terperangkap di dalam rekahan termampat
sehingga rekahan mengalami pengembangan.
Tetapi apabila ombak mengundur semula, udara yang terdapat dalam rekahan tadi
mengalami kenduran.
Ulangan proses ini menyebabkan rekah jadi semakin besar dan batuan akan terus
pecah.

64 | P a g e

2. Lelasan ( abrasion )
Ombak yang mengandungi puin-puin batuan yang berbagai saiz dan bentuk
melelaskan tebing pinggir pantai dan menghakisnya secara berterusan.

3.Geseran (friction )
Bahan muatan yang diangkut oleh ombak seperti batu pasir, kerikil dan serpihan
batuan akan berlaga dan bergeser sesama sendiri sehingga terpecah menjadi lebih
kecil.

4.Larutan
Proses hakisan secara kimia di mana air laut bertindak melarutkan mineral batuan
yang terdapat di pinggir pantai.
Berkesan ke atas batuan yang mudah laru seperti dolomit dan batu kapur.
Kawasan pantai yang terbentuk daripada batu kapur akan menyebabkan berlakunya
tindak balas kimia antara air laut dengan kalsium karbonat sehingga melarutkan
batuan tersebut.

5.Lagaan
Ombak yang sentiasa bergerak akan membawa beban sentimen yang terdapat di
pantai bersama-sama seperti batu tongkol dan batu kelikir.
Batuan tersebut akan berlaga sesama sendiri sehingga menjadi lebih halus dari saiz
asalnya.
Hakisan lagaan juga berlaku apabila bahan muatan ombak berlanggar dengan
batuan pantai dan memecahkan batuan tersebut beransur-ansur.

C. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PANTAI

1. Jenis ombak
Ombak ialah bentuk permukaan air laut yang beralun yang bergerak dari laut ke
darat.
Ombak pembinasa akan menghakis kawasan pantai kerana mempunyai daya lurutan
dan damparan yang kuat.
Manakala ombak pembina tidak menghakis.

2.Orientasi pantai
Bergantung sama ada pantai terlindung atau tidak.
Jika pantai dilindungi oleh teluk atau pulau kadar hakisan akan kurang berbanding
dengan pantai yang terdedah dengan ombak di mana kadar hakisan akan tinggi.

3. Arus
Jika ombak kuat arus akan lebih deras dan keupayaan menghakis lebih tinggi.
Jika ombak perlahan atau lemah arus akan lebih perlahan
Pada masa ini, proses hakisan kurang berkesan, sebaliknya proses mendapan lebih
giat.

4. Bahan mendak
Jika terdapat banyak bahan mendak seperti batu pasir dan batu kelikir, kadar
hakisan akan meningkat di mana berlaku geselan terhadap pinggir pantai semasa
ombak melanda pantai.

65 | P a g e

5. Batuan
Bergantung kepada jenis batuan dan retakan pada batuan.
Proses geselan atau tindakan hidraul akan bertindak dengan berkesan kepada
batuan yang banyak sehingga boleh menghasilkan geo, gua, gerbang laut, batu
tunggul dan tunggul sisa di kawasan pinggir pantai yang terbentuk daripada batu
kapur.
Batu yang keras seperti batu granit lambat mengalami hakisan kerana struktur
batuan yang keras.

6. Cerun pantai
Pantai yang curam akan mengalami hakisan lebih tinggi disebabkan oleh ombak
pecah pada kedudukan yang tinggi kerana tenaga ombak tinggi berbanding dengan
pantai yang landai.
Hal ini kerana pantai landai menyebabkan ombak pecah apabila bergeser dengan
pantai dan melemahkan tenaga ombak untuk melakukan hakisan.

7. Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan seperti pokok bakau yang bertindak sebagai penghalang kepada
hakisan pantai.
Sekiranya tiada pokok bakau ombak akan menyerang pantai secara terus ke pinggir
pantai sehingga menyebabkan hakisan pantai berlaku.

8. Aktiviti manusia.
(a) Perlombongan

aktiviti perlombongan pasir akan menyebabkan pantai hilang titik keseimbangan.
kesannya pergerakan pasir akan berlaku secara besar-besaran.

(b) Penebangan hutan bakau
Aktiviti manusia seperti penebangan pokok bakau untuk aktiviti-aktiviti pembangunan
seperti pembinaan pusat-pusat pelancongan dan petempatan mempertingkatkan
masalah hakitan pantai kerana pantai terdedah secara langsuang kepada tindakan
ombak.

D. BENTUK DAN PROSES PEMBENTUKAN MUKA BUMI PINGGIR PANTAI

66 | P a g e

1.Tebing tinggi
Terbentuk di kawasan pinggir pantai berbata-bata.
Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul pada rekahan di
tebingnya.
Terutama apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang.
Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk.

2.Batu bonjol
Batu bonjol adalah bongkah-bongkah batu yang besar di zon antara takat air pasang
dengan takat air surut.
Terbentuk apabila proses hakisan menghakis batuan di pinggir pantai sehingga
mendedahkan batuan besar dan keras di bahagian bawahnya.
Maka terbentuklah batu bonjol di pinggir pantai yang tahan dengan proses hakisan
ombak.

3. Tanjung
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan
lembut yang berselang-seli.
Tanjung akan terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak.

4. Teluk.
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan
lembut yang berselang-seli.
Teluk akan terbentuk di bahagian batuan lembut yang mudah dihakisan ombak yang
melanda pantai

5. Gloup
Terbentuk hasil tindakan ombak secara berterusan ke atas lubang-lubang gua.
Satu lohong (saluran) yang menembusi bumbung gua akan terbentuk.
Lohong ini dikenali sebagai lohong ombak.

6. Geo
Hakisan berterusan pada gloup akan meruntuhkan bumbungnya membentuk geo
atau anak teluk.
Geo ialah lekukan kecil yang terbentuk akibat runtuhan bumbung gloup.

7. Gua
Terbentuk hasil tindakan ombak secara hidraul ke atas dasar cenuram atau tebing
tinggi yang mempunyai struktur kelemahan seperti retakan dan rekahan.
Hakisan yang giat akan membentuk satu lekukan atau lubang yang dalam dan luas
yang dikenali sebagai gua.

8. Gerbang Laut
Hakisan ombak yang berterusan pada dinding dan bumbung gua.
Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding dua buah gua laut yang
bertentangan akan membentuk gerbang laut.

9.Batu Tunggul
Terbentuk daripada runtuhan bumbung gerbang laut.

10. Tunggul sisa
Batu tunggul yang terdedah secara berterusan dengan hakisan ombak akhirnya
membentuk tunggul sisa.

67 | P a g e

E. CARA PENGANGKUTAN BAHAN PANTAI

1. Hanyutan pesisir pantai
Merupakan arus pesisir pantai yang bertemu dengan ombak yang datang secara
menyerong atau hampir selari dengan pantai yang menghasilkan damparan ombak
berbentuk zig-zag dan mengalakkan berlakunya pemendapan beban muatan ke
pantai.

2. Golekan
Bahan kasar dan berat seperti batu tongkol akan digolek sedikit demi sedikit oleh
tindakan ombak ke arah pantai kerana saiznya lebih besar dan berat memerlukan
kekuatan ombak yang melanda.

3. Seretan
Bahan muatan seperti batu pasir dan kelikir akan diseret oleh ombak semasa
melanda pantai.
Bergantung pada saiz bahan jika lebih kecil, lebih mudah untuk diseret ombak di
sepanjang pinggir pantai.

F. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PENGANGKUTAN BAHAN DI PINGGIR
PANTAI

1. Tenaga
Tenaga ombak yang kuat akan menggalakkan proses pengangkutan berbanding
tenaga ombak yang lemah akan melambatkan proses pengangkutan

2. Arus
Arus pesisir pantai yang kuat akan menggalakan proses pengangkutan bahan
berbanding dengan arus pesisir yang lemah.

3.Ombak
Ombak pembina mengangkut bahan dari laut ke pantai lalu memendapkannya.
Ombak pembinasa pula menghakis pantai dan kemudiannya mengangkut bahan
dari pantai ke laut.

4. Pasang surut
Pantai yang terdedah dengan pengaruh pasang surut akan menggalakkan proses
pengangkutan berbanding kawasan yang tiada arus pasang surut.
Semasa air laut pasang bahan-bahan dari laut diangkut ke pantai lalu memendapkannya.
Semasa air surut bahan-bahan yang terdapat di pantai diangkut ke laut.

68 | P a g e

4.Cerun
Cerun pantai yang landai lebih mudah untuk mengangkut bahan dan
menghimpunkan bahan di bahagian pantai.
Bahan-bahan pinggir pantai yang bercerun curam lebih mudah diangkut ke laut
agen-agen hakisan pinggir pantai.

5.Halangan
Pergerakkan ombak ke pantai dan ke laut akan mempertahankan pengangkutan
ombak apabila terdapat halangan seperti beting pasir di pinggir pantai.
Bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan biasanya tersekat pada
halangan-halangan tersebut.

6.Orientasi pantai
Pantai yang terdedah akan menyebabkan tenaga ombak meningkat dan berupaya
untuk menjalankan proses pengangkutan berbanding dengan kawasan yang
terlindung.

7.Saiz bahan
Jika saiz bahan kecil dan ringan lebih mudah diangkut berbanding batuan lebih besar
yang memerlukan tenaga ombak yang lebih kuat.

8. Jenis bahan
Bahan kasar yang dibawa ombak terdiri daripada serpihan dan ketulan batuan
seperti kerikil dan batu tongkol lebih sukar diangkut berbanding bahan yang halus
seperti kelodak dan lumpur.

G. PROSES PEMENDAPAN
Proses pemendapan merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh agen agen
pengangkut pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh
agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak, angin, arus dan pasang surut
lalu membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai seperti anak tanjung, beting
pasir dan pantai.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMENDAPAN

1.Tenaga arus
Arus pasang surut membantu memindahkan puin-puin yang berhakis dan
menimbunkannya sebagai kelodak pasir dan batu kelikir di sepanjang pantai.
Semakin lemah arus semakin banyak bahan muatan yang dimendapkan.

2. Ombak
Ombak pembina mempunyai damparan yang kuat tetapi lurutan yang lemah lalu
berlaku pemendapan bahan yang banyak di pinggir pantai.
Ombak pembinasa akan menghakis kawasan pantai kerana mempunyai daya lurutan
dan damparan yang kuat.
Manakala ombak pembina tidak menghakis

69 | P a g e

3. Kecerunan
Pantai landai akan mengalami pemendapan yang lebih tinggi berbanding pantai yang
curam.
berlaku apabila ombak yang melanda pinggir pantai akan mengalami geseran
semasa melanda pantai yang landai menjadi lemah sehingga boleh memendapkan
beban sentimen yang dibawanya.

4. Angin
Angin yang bertiup dalam skala perlahan menyebabkan terbentuk ombak pembina
sehingga berlakunya proses pemendapan di pinggir pantai.

5. Pasang surut
Pantai yang tidak dipengaruhi oleh kejadian pasang surut lebih tinggi kadar
pemendapannya kerana kekurangan arus yang boleh mengerak dan membawa
beban sentimen ke arah laut berbanding dengan kawasan yang sering berlaku
pasang surut.

6. Tumbuhan
Tumbuhan seperti hutan paya bakau boleh membantu proses pemendapan dengan
bantuan akar jangkang yang bertindak memerangkap beban sediman yang dibawa
oleh ombak ke pantai

7.Orientasi pantai
Pantai yang terlindung akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi.
Keadaan ini disebabkan halaju ombak adalah perlahan kerana dilindungi oleh pulau
atau kedudukannya yang merupakan pantai berteluk.

8. Jenis dan saiz bahan mendak /muatan
Kawasan pinggir pantai yang terdapat banyak batuan enapan / muatan seperti batu
pasir dan batu kelikir akibat daripada tindakan ombak pembina kadar pemendapan
akan meningkat.

9. Tindakan manusia
Tindakan manusia meneroka pantai dengan kegiatan pembinaan bangunan dan
penebangan hutan paya bakau menyebabkan pantai menjadi curam dan terdedah
kepada hakisan menyebabkan proses pemendapan bertambah.

H) PEMENDAPAN OMBAK

70 | P a g e

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN OMBAK
1. Pantai

Kawasan pinggir laut terbentuk daripada mendapan lumpur dan kelodak yang
terletak antara tikas air surut yang terendah dengan tikas air pasang yang tertinggi.
Ombak pembina memendapkan bahan-bahan yang dibawa seperti pasir semasa
damparannya.
Dalam jangka masa yang lama, bahan-bahan yang dimendapkan di pinggir pantai
membentuk pantai.

2. Anak tanjung
Merupakan permatang yang bersambung dengan pantai dan hujungnya menganjur
ke laut.
Terbentuk apabila arus perisir pantai mengangkut bahan-bahan di sepanjang pantai
terutamanya pasir.
Apabila tiba di garis pantai yang melengkung terutamanya di kawasan pantai yang
berteluk dan di muara sungai, bahan-bahan yang dibawa oleh arus pesisir
dimendapkan secara menganjur ke laut.

3. Beting pasir
Merupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah teluk.
Terbentuk samada selari dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya.

4.Lagun
Kawasan air laut yang terkepung oleh mendapan di pinggir pantai.
Bentuknya kelihatan seperti tasik.
Lagun terbentuk apabila mendapan pasir dan kelodak membentuk beting atau
tombolo yang mengepung dalam telukan kecil.

5.Tombolo
Pergerakan ombak menuju ke pantai akan memendapkan bahan muatan di
sepanjang ruang antara pantai dengan pulau.
Lama-kelamaan mendapan menjadi tebal dan meninggi sehingga menyambung
beting pasir yang menyambung pulau dengan daratan pantai

I ) PENGARUH BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PANTAI TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

1. Teluk
Teluk menjadi kawasan pelancongan kerana merupakan perairan yang terlindung
dan mempunyai pemandangan yang menarik.
Contohnya Teluk Kemang di Port Dickson.
Teluk juga menjadi kawasan penternakan ikan atau akuakultur kerana perairannya
yang lebih tenang.
Persekitaran teluk yang tenang dan terlindung daripada angin kencang juga
berpotensi sebagai tapak bina Pelabuhan.

2. Tanjung
Tanjung menjadi kawasan pelancongan kerana pemandangnnya yang menarik
kerana terdapat lautan di kedua-dua belah bahagiannya.
Contohnya Tanjung Bidara di Melaka.
Tanjung juga dijadikan tempat membina rumah api sebagai panduan menunjukkan
pintu masuk ke Pelabuhan.
Bentuk muka bumi tanjung juga sangat strategik untuk mendirikan rumah api.

71 | P a g e

3.Tebing tinggi
Tebing tinggi juga menjadi kawasan pelancongan disebabkan mempunyai
pemandangan yang menarik.
Pelancong dapat melihat pemandangan lautan dari atas tebing tinggi.
Bentuk muka bumi tebing tinggi sangat strategik untuk mendirikan rumah api
Tempat yang tinggi ini memudahkan pelayar kapal laut melihat petunjuk rumah api.

4. Gua
Gua menjadi kawasan pelancongan kerana mempunyai bentuk muka bumi yang unik
dan menarik kesan hakisan ombak terhadap batuan di pinggir pantai.

5. Gerbang laut.
Gerbang laut menjadi kawasan pelancongan kerana mempunyai bentuk muka bumi
yang unik dan menarik kesan hakisan ombak terhadap batuan di pinggir pantai.

6. Batu tunggul
Batu tunggul menjadi kawasan pelancongan kerana mempunyai bentuk muka bumi
yang unik dan menarik hakisan ombak terhadap batuan di pinggir pantai

J. PENGARUH BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PANTAI TERHADAP AKTIVITI
MANUSIA

1. Pantai
Pantai berpasir amat menarik bagi pelancong yang mementingkan alam semula jadi.
Ini ditambahkan lagi dengan kewujudan bentuk muka bumi yang unik dan menarik di
kawasan tersebut.
Pantai yang berpasir yang memiliki air yang jernih dapat menarik kedatangan
pelancong ke tempat tersebut.
Bentuk muka bumi yang berpasir juga membolehkan aktiviti perlombongan pasir
dijalankan di kawasan pantai.
Pasir pantai dilombong kerana merupakan salah satu bahan penting dalam sektor
pembinaan.
Pantai juga menjadi tapak ikan Industri Kecil dan Sederhana bagi penduduk yang
tinggal di pinggir pantai.
Hal ini disebabkan dan lautan kaya dengan hasil ikan dan hidupan yang lain.
Ikan yang ditangkap oleh kaum nelayan boleh dijadikan ikan kering.
Untuk menjadikan ikan kering memerlukan proses penjemuran cahaya matahari.
Pantai yang luas dan rata amat sesuai dijadikan kawasan menjemur ikan kering.

2. Beting pasir
Aktiviti perlombongan pasir selalunya dikaitkan dengan pembentukan beting pasir.
Kawasan pinggir pantai yang terdapat beting pasir yang kaya dengan pasir menjadi
tempat perlombongan pasir.
Pasir merupakan satu komposisi dalam membuat konkrit bagi bahan binaan
bangunan.
Oleh itu, dengan adanya pasir dilombong akan mendatangkan pulangan yang
lumayan kepada industri perlombongan dan pembinaan di Malaysia.
Beting pasir juga mempunyai pemandangan yang menarik terutamanya beting pasir
membolehkan kawasan ini menjadi kawasan tarikan pelancong berkunjung ke
kawasan ini.

72 | P a g e

3. Tombolo
Tombolo dapat dijadikan sebagai jalan pengangkutan kerana timbunan pasir
menghubungkan tanah besar dengan pulau yang berhampiran.
Timbunan pasir yang membentuk tombolo juga membolehkan kegiatan
pedembongan pasir dijalankan.
Aktiviti perikanan juga sesuai dijalankan di tombolo.

4. Anak tanjung
Kewujudan bentuk muka bumi yang menarik dan dan unik seperti anak tunjung
yang memiliki air yang jernih dapat mararik kedatangan pelancong ke tempat
tersebut.
Pantai berpasir yang menarik sesuai dijadikan kawasan pelancongan.
Bentuk muka bumi yang berpasir juga membolehkan aktiviti perlombongan
dijalankan di kawasan anak tanjung.

5.Lagun
Aktiviti perikanan dapat meningkatkan pendapatan golongan pelayan terutamanya
ternakan ikan dalam sangkar yang dijalankan di kawasan pinggir pantai.
Kawasan lagun amat sesuai dijadikan kawasan ikan dan hidupan laut yang lain.
Ini disebabkan kawasan tersebut bebas daripada tindakan ombak yang boleh
membinasakan lokasi ternakan ikan.
Lagun juga dijadikan kawasan pelancongan kerana mempunyai pemandangannya
yang menarik dan perairan yang terlindung oleh beting pasir yang terdapat di
bahagian hadapannya.

K) Langkah-langkah mengurangkan kadar hakisan di pinggir pantai

1.Penguatkuasaan undang-undang
Hukuman diambil terhadap pesalah-pesalah yang melanggar peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Contohnya tindakan tegas seperti denda, kompauan, menyita dan penjara dikenakan
kepada pelombong pasir tanpa lesen.

2. Akta
Mewujudkan atau memperkasakan akta yang berkaitan dengan pinggir pantai seperti
Akta Perhutanan Negara 1984.

3. Pemantuan
Pemantauan dengan lebih kerap terutama aktiviti penerokaan hutan paya bakau dan
aktiviti perlombongan pasir di kawasan pantai atau muara sungai.
Pihak yang berwajib seperti Pihak Berkuasa Tempatan perlulah menggandakan
usaha untuk membuat pemantauan agar kawasan hutan pantai dan pinggir pantai
terpelihara daripada penceroboh haram yang ingin mengaut keuntungan semata-
mata

4. Menanam tumbuhan
Penanaman tumbuhan semula jadi seperti pokok ru dan rumput di atas pantai atau
bukit pasir membolehkan sisten akar mengikat dan mengukuhkan butiran pasir di
pinggir pantai.

73 | P a g e

5. Pembinaan benteng
Benteng berfungsi melindungi pantai daripada hakisan ombak.
Ombak yang menuju ke pantai akan pecah kawasan pesisir pantai apabila memukul
benteng.
Pantai di bahagian belakang benteng akan terlindung.

6. Pembangunan terancang
Langkah pembangunan yang lebih terancang di kawasan pinggir pantai.
Aktiviti pembangunan di kawasan pinggir pantai perlulah dikawal dan dipantau oleh
pihak berkuasa agar tidak menjejaskan kawasan pantai yang sedia ada.
Langkah pembangunan lestari boleh diaplikasikan agar kawasan pantai kekal
terpelihara walaupun pembangunan dijalankan di situ.

7.Pendidikan alam sekitar
Melalui pendidikan formal ataupun tidak formal.
Pendidikan formal di sekolah dapat diserapkan dalam mata pelajaran Geografi,
Sains dan Biologi.
Pelajar-pelajar dididik supaya menghargai alam sekitar dan kepentingan menjaga
kawasan pinggir pantai.

8. Kempen kesedaran
Kempen berkaitan dengan perlindungan alam sekitar perlu dilakukan oleh pihak-
pihak yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Badan Bukan Kerajaan (NGO)
dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Kempen dijalankan melalui risalah, media massa yang bertujuan menyedarkan
orang ramai tentang kepentingan memelihara kawasan pantai.

2.4 ) KAITAN SISTEM GEOMORFOLOGI DENGAN MANUSIA.

Potensi sistem geomorfologi kepada aktiviti manusia

Tanah tinggi

1. Pertanian
Kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dimajukan untuk tanaman hawa
sederhana tanaman teh, sayur-sayuran dan bunga-bungaan kerana iklimnya yang
sederhana sejuk.
Di Indonesia pula kawasan tanah tinggi khususnya di lereng gunung berapi
dijalankan aktiviti penanaman padi sawah kerana amat subur dengan tanah jenis
larva bes

2. Pelancongan.
Kawasan tanah tinggi dimajukan dengan industri pelancongan dengan cara membina
pusat-pusat rekreasi, hotel, resort, chalet dan padang golf, sistem pengangkutan dan
perhubungan.
Hal ini kerana adanya tarikan semula jadi di kawasan tanah tinggi seperti keadaan
suhunya yang sejuk, landskap yang menarik, ada air terjun, gua dan juga landskap
buatan manusia.
Di Malaysia, kawan seperti Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggu Kundasang,
Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser sememangnya terkenal sebagai kawasan
pelancong utama

74 | P a g e

3.Penjanaan tenaga hidroelektrik.
Biasanya tanah tinggi memiliki sungai yang beraliran deras di samping kawasan
tadahan air yang luas.
Halaju air yang tinggi dengan kapasiti air yang banyak menjadi potensi besar untuk
membina empangan.M
Di Malaysia, empangan hidroelektrik kebanyakannya terletak di kawasan tanah tinggi
dan bukannya di kawasan tanah pamah seperti Empangan Kenyir dan Empangan
Temenggor

4. Pembalakan.
Kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1200 meter dari aras laut lazimnya
diliputi oleh hutan yang tebal.
Di Asia Tenggara, kawasan ini ditumbuhi oleh monsun tropika dan juga hutan hujan
tropika.
Hutan di Malaysia terdiri daripada hutan hujan tropika yang amat kaya dengan pokok
kayu keras seperti cengal, meranti, keruing, seraya dan balau.
Pokok kayu keras ini amat berharga dan bernilai tinggi kerana permintaan yang
tinggi dari dalam dan luar negara.

5.Kawasan tadahan hujan
Kawasan tanah tinggi berhutan tebal menerima hujan yang banyak dan menjadi
legeh kepada sungài kawasan sekitarnya.
Kawasan legeh sungai merupakan punca air semula jadi kepada sungai bagi
menjamin bekalan air sungai yang berterusan.
Pembinaan empangan juga dilakukan untuk menakung air sungai kegunaan
pengairan tanaman dan air bersih untuk kegunaan domestik

Tanah pamah
1.Petempatan

Petempatan di kawasan tanah pamah yang rata dan luas mudah berkembang pesat
sehingga menjadi bandar-bandar besar.
Contohnya Bandar raya Kuala Lumpur.

2. Pertanian
kawasan tanah pamah rata seperti di delta sungai akan ditanam dengan padi sawah.
Contohnya di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan.
Manakala kawasan tanah pamah beralun ditanan dengan tanaman kelapa sawit dan
getah.
Contohnya di kawasan JENGKA

3. Pengangkutan
Kawasan tanah pamah yang rata memudahkan pembinaan jaringan lebuh raya, jalan
raya, jalan kereta api dan lapangan terbang kerana tidak memerlukan kos yang
banyak dan lebih selamat.

4. Perlombongan
Kawasan lembah sungai yang kaya dengan sumber mineral telah menggalakkan
kegiatan perlombongan.
Contohnya perlombongan bijih timah di Lembah Kinta

75 | P a g e

5. Perindustrian
Keadaan bentuk muka bumi yang rata menggalakkan pembinaan kilang dalam
sektor perindutrian.
Contohnya kawasan perindustrian di Malaysia ialah Shah Alam di Selangor.

Sungai
1. Sumber bekalan air domestik

Sumber air penting kepada manusia sama ada untuk kegunaan domestik, pengairan
dan juga perindustrian.
Bekalan air bersih digunakan untuk minum, membasuh, mandi dan membersih.
Air sungai juga digunakan untuk mengairi kawasan tanaman seperti padi sawah.

2. Penjanaan tenaga hidroelektrik
Aliran air sebagai tenaga potensi dan berupaya dieksplotasi oleh manusia dengan
pembinaan empangan untuk meningkatkan keupayaan aliran sungai dan seterusnya
memutarkan turbin bagi menjana tenaga elektrik

3. Jalan perhubungan dan pengangkutan
Pengunaan sungai sebagai jalan perhubungan oleh penduduk penting di kawasan
pedalaman kerana kekurangan kemudahan jalan raya dan lebuhraya.
Contohnya pedalaman Sabah dan Sarawak.

4. Pelancongan dan rekreasi.
Tempat untuk berkelah, memancing, berkayak, aktiviti sukan lasak, meredah jeram
dan berperahu.
Banyak bentuk muka bumi hasil tindakan sungai yang menjadi tarikan pelancong
seperti air terjun, jeram dan tasik ladam.

5. Sumber protein/ Perikanan
Membekalkan sumber protein yang mudah diperoleh seperti ikan, udang, ketam dan
siput
Tempat penduduk menjalankan aktiviti perikanan seperti menangkap ikan

6.Perindustrian
Air sungai diperlukan untuk membasuh peralatan kilang, bahan mentah hasil
keluaran kilang dan juga penyejuk jentera kilang

Gunung berapi

1. Kawasan pertanian
Kawasan gunung berapi seperti di Indonesia amat sesuai dijadikan kawasan
pertanian kerana memiliki tanah lava bes yang subur.
Kawasan lereng gunung berapi diteres dan ditanam dengan tanaman padi sawah
dan sayur-sayuran

2.Pelancongan
Kawasan gunung berapi juga menjadi tarikan para pelancong.
Kawah gunung berapi yang terbentuk menjadi kawasan pelancongan seperti Danau
Toba di Indonesia.
Mata air panas di kawasan gunung berapi juga menjadi tarikan pelancong di
kawasan tersebut.

76 | P a g e

3.Tenaga geoterma
Kolam air panas yang terdapat di kawasan gunung berapi membolehkan penjanaan
tenaga geoterma dijalankan.
Batang paip dimasukkan ke dalam kolam air panas bagi mendapatkan wap panas.

4. Perubatan
Lumpur yang dikeluarkan semasa letusan gunung berapi mempunyai nilai dan
nutrien untuk perubatan.
Lumpur hasil gunung berapi dijadikan bahan untuk produk kecantikkan.

Pinggir pantai

1. Pelancongan
Bentuk muka bumi pinggir pantai seperti teluk, tanjung, pulau dan pantai berpasir
berpotensi menjadi kawasan rekreasi dan ekopelancongan.
Kawasan pantai yang memiliki pasir yang cantik dan bersih menjadi tumpuan para
pelancong seperti Pantai Feringgi untuk aktiviti rekreasi dan sukan air.

2.Perlombongan pasir
Kawasan pantai yang berpasir sesuai dijadikan kawasan perlombogan pasir untuk
aktiviti pembinaan.

3. Pelabuhan
Pelabuhan sesuai dibina di kawasan pinggir pantai yang terlindung daripada ombak
besar dan angin kencang.
Contohnya Pelabuhan Klang. Pinggir pantai yang terlindung dan berteluk sesuai
untuk dijadikan kawasan membina dan membaiki kapal. Contohnya Lumut.

4 Petempatan nelayan
.Petempatan nelayan terdapat di kawasan pinggir pantai terutama di kawasan yang
terlindung daripada angin kencang.
Contoh petempatan nelayan ialah Kemaman.

5.Sumber hutan bakau
Pokok bakau amat penting dalam industri pembuatan arang kayu dan cerucuk
bangunan.
Contoh Kuala spetang, Perak.

6. Jalan perhubungan
Tombolo atau jambatan pasir yang menghubungkan tanah besar dengan pulau
dapat dijadikan sebagai jalan pengangkutan dan perhubungan tanpa mengeluarkan
kos yang tinggi untuk pembinaan jambatan dan aktiviti penambakan laut.

7. Industri kecil dan Sederhana (IKS)
Pantai menjadi tempat penjemuran beberapa produk keluaran IKS seperti ikan
kering
Bahangan matahari dan tiupan yang tepat di kawasan pantai membantu
mempercepatkan proses pengeringan hasil IKS yang dijemur

77 | P a g e

Halangan sistem geomorfologi kepala aktiviti manusia

Tanah tinggi
1. Tanah tinggi atau banjaran gunung boleh menjadi halangan kepada kegiatan manusia.

Misalnya pembinaan jalan raya menjadi lebih sukar dan memerlukan teknologi dan kos
yang tinggi.
2. Penggunaan jentera berat dan besar meratakan cerun, memecahkan batuan, menebuk
terowong, dan membina jambatan memerlukan kepakaran dan kos yang tinggi.
3. Banjaran yang sukar direntas, jalan jauh terpaksa dibuat dan ini melibatkan kos yang
tinggi
4. Tanah tinggi juga memberi ancaman kepada pergerakan jisim seperti tanah runtuh,
runtuhan batu dan aliran lumpur

Sungai
1. Proses hakisan tebing mampu menjejaskan rumah di tebing sungai
2. Proses pemendapan pula mencetekkan sungai dan mempercepat kejadian banjir
3. Sungai yang lebar akan menyukarkan pembinaan jalan raya, lebuh raya dan jalan

kereta api kerana pembinaan jambatan meningkatkan kos dan mengambil masa yang
panjang untuk disiapkan.
4. Paras air sungai yang merosot akan menjejaskan sumber air bersih untuk kegunaan
manusia dan sektor pertanian. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh fenomena
kemarau.

Pinggir Pantai
1. Proses hakisan pantai yang giat akan memberi ancaman kepada kehidupan penduduk.

Tapak bina atau bangunan akan dihakis sedikit demi sedikit dan jika tidak dikawal akan
merosakkan struktur bangunan
2. Peningkatan tenaga ombak yang berganda juga mengancam kehidupan manusia.
Ombak besar seperti tsunami boleh melanda jauh hingga ke daratan pantai dan
memusnahkan petempatan, kawasan perniagaan dan pertanian serta mengorbankan
nyawa.

Gunung berapi
1) Gegaran yang kuat boleh meruntuhkan bangunan dan kediaman
2) Letusan yang kuat akan mengancam keselamatan penduduk berdekatan.
3) Aliran lava akan menimbus kawasan pertanian dan petempatan serta menyebabkan

kebakaran, kemusnahan harta benda dan kematian.
4) Letusan gunung berapi akan menyebarkan debu dan asap yang akan mencemarkan

udara dan menjejaskan kesihatan manusia seperti kesukaran bernafas.
5) Asap yang mengandungi pelbagai bahan kimia seperti sulfur dan nitrogen oksida akan

mengakibatkan kejadian hujan asid.

78 | P a g e


Click to View FlipBook Version