The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by othman.yahya, 2021-07-10 14:05:38

BAB 1 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

BAB 1 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

Pengurusan Perniagaan 1 AP015

PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

PETA BAB DAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1.1 Perniagaan dan Persekitaran
a) Menakrif maksud perniagaan
b) Menyatakan elemen perniagaan
c) Menjelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses perniagaan meliputi
input, transformasi, output, jualan dan keuntungan
d) Menjelaskan objektif keuntungan
1.2 Kepentingan Perniagaan
a) Menjelaskan kepentingan perniagaan kepada pihak berkepentingan
1.3 Fungsi-fungsi Perniagaan
a) Menjelaskan fungsi perniagaan
1.4 Persekitaran Perniagaan
a) Menjelaskan tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan
termasuklah pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal/pelabur, pesaing,
kerajaan, pekerja dan masyarakat
b) Menjelaskan faktor-faktor persekitaran umum yang merangkumi ekonomi,
teknologi, sosiobudaya, politik dan undang-undang, global dan fizikal/
semulajadi
c) Menghuraikan pengaruh pihak berkepentingan dan persekitaran umum
terhadap perniagaan

1.5 Kawalan Kewangan
a) Menjelaskan pemilikan organisasi perniagaan yang merangkumi pemilikan
tunggal, perkongsian, syarikat (berhad dan sendirian berhad) dan koperasi
b) Membandingkan antara pemilikan entiti perniagaan

1

AP015 Pengurusan Perniagaan 1

1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN

DEFINISI PERNIAGAAN
Perniagaan didefinisikan sebagai aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang
atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang
sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan.

ELEMEN DEFINISI PERNIAGAAN
i. Aktiviti jual beli
ii. Barang niaga dan perkhidmatan
iii. Keperluan dan kehendak
iv. Keuntungan
v. Faedah dan kepuasan

PROSES PERNIAGAAN

Proses perniagaan merangkumi :
i. Faktor Input

Faktor input ialah sumber-sumber yang dikenali sebagai faktor pengeluaran yang
digunakan sebagai bahan dalam proses pengeluaran. Contohnya, bagi pengeluaran kain/ tekstil,
pengilang memerlukan kapas (bahan mentah) untuk diproses, manusia (tenaga buruh/ pekerja)
untuk menyelenggarakan mesin, wang (modal) untuk membeli bahan mentah, mesin dan membayar
upah pekerja serta kemahiran (keusahawanan) untuk mengagih sumber-sumber tersebut.
ii. Proses transformasi
Ia merupakan proses menukarkan input kepada output. Proses ini memberikan nilai tambahan
kepada barangan yang diproses. Kerja-kerja pemprosesan dan pengeluaran dilakukan menggunakan
mesin yang diselenggarakan oleh pekerja-pekerja mahir. Contohnya dalam pengeluaran tekstil,
setelah bahan mentah, tenaga kerja, mesin dan peralatan dikumpulkan, bahan mentah tersebut
akan diproses atau ditukarkan menjadi kain yang dikehendaki menggunakan kepakaran pekerja dan
teknologi tertentu.

iii. Output
Output ialah hasil yang diperoleh daripada proses pengeluaran. Output dihasilkan mempunyai ciri-
ciri tertentu yang memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna. Kualiti output mestilah memenuhi
piawaian yang ditetapkan. Contohnya, dalam pengeluaran tekstil, output yang dihasilkan mungkin
berbentuk kain kapas, sutera dan polister yang menepati piawaian tertentu.

2

Pengurusan Perniagaan 1 AP015

iv. Jualan

Jualan merupakan aktiviti menawarkan hasil pengeluaran/ output kepada pembeli untuk tujuan
mendapat keuntungan dan memberi kepuasan. Contohnya dalam pengeluaran tek stil,
output seperti kain kapas, kain sutera, dan lain-lain boleh dijual kepada pembeli yang berminat.

v. Keuntungan

Keuntungan merupakan sejumlah hasil daripada pendapatan menjual barangan dan perkhidmatan
setelah ditolak kos pengeluaran, pemasaran, pentadbiran dan pengedaran serta kos-kos
lain yang terlibat. K euntungan m erupak an sum ber utam a pendapatan k epada syarik at.
Keuntungan yang diperoleh boleh digunakan untuk membeli semula bahan input untuk proses
pengeluaran akan datang

OBJEKTIF PERNIAGAAN

KEUNTUNGAN

Keuntungan merupakan sejumlah wang hasil daripada pendapatan menjual barangan dan perkhidmatan
setelah ditolak kos pengeluaran, pemasaran, pentadbiran dan pengedaran serta lain-lain kos yang terlibat.
Keuntungan menjadi matlamat utama semua jenis perniagaan untuk mendapatkan wang supaya
perniagaan terus wujud dan dapat bersaing di pasaran. Contoh : Harga jualan RM20 seunit. Kos adalah
sebanyak RM15, jadi untung bagi setiap unit adalah sebanyak RM5.

Keuntungan yang diperolehi menjadi sumber modal untuk membolehkan peniaga membeli aset dan
keperluan perniagaan. Keuntungan juga membolehkan perniagaan berkembang maju, cawangan baru
dapat dibuka dan dapat menambah operasi ke luar negara apabila keuntungan meningkat. Contohnya
Syarikat KFC mengembangkan perniagaan di Malaysia melalui francais.

Keuntungan dapat meningkatkan penggunaan teknologi baharu, contohnya keuntungan yang semakin
bertambah mendorong Syarikat Samsung untuk terus menghasilkan telefon yang menggunakan teknologi
terkini seperti Samsung Galaxy S9 dan S9+.

Keuntungan juga sebagai kayu pengukur prestasi kewangan. Jika prestasi kewangan positif menunjukkan
perniagaan semakin maju dan sebaliknya. Juga menggambarkan usaha peniaga dalam menghasilkan
keuntungan.

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN

Pada umumnya, perniagaan serta ilmu perniagaan penting dalam aspek-aspek seperti berikut :

i. Memenuhi keperluan masyarakat

Peniaga cuba memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan menyediakan pelbagai
barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga, masa dan tempat yang sesuai kepada
pelanggan.

ii. Meningkatkan peluang pekerjaan

Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Pelbagai kemahiran dan
pengetahuan digunakan dalam perniagaan. Ini memberi peluang pekerjaan kepada ahli-ahli
masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dengan menyediakan pekerjaan,
syarikat-syarikat ini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pendapatan yang mereka
terima.

3

AP015 Pengurusan Perniagaan 1

iii. Meningkatkan pembangunan ekonomi dan negara

Perniagaan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara menerusi penambahan pendapatan
negara dalam cukai-cukai perniagaan serta hasil eksport ke luar negara. Kewujudan perniagaan juga
akan mendorong pihak-pihak tertentu untuk menyedia dan memperbaiki infrastruktur sesebuah
tempat. Secara tidak langsung akan membangunkan kawasan persekitaran serta masyarakat
setempat.

iv. Memenuhi kehendak peluang global

Peluang perniagaan tidak terhad dalam negara sahaja tetapi meliputi ke luar negara seperti Amerika
Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Jepun dan lain-lain. Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai
produk dari pelbagai negara. Bagi memenuhi kehendak peluang global, ilmu perniagaan perlu
ditingkatkan supaya mampu bersaing dengan syarikat-syarikat antarabangsa contohnya kepakaran
teknologi, Geographical Information System (GIS), Management Information System (MIS) dan
sebagainya.

1.3 FUNGSI-FUNGSI PERNIAGAAN

Dalam perniagaan ada empat fungsi utama yang peranannya saling berkait di antara satu sama lain bagi
melancarkan perjalanan aktiviti perniagaan. Fungsi-fungsi tersebut adalah seperti berikut :

i. PENGELUARAN

Pengeluaran didefinisikan sebagai suatu proses menukarkan sumber-sumber pengeluaran kepada
barangan siap atau barangan separa siap. Perkhidmatan juga dianggap sebagai produk dan
sebarang penyediaan kemudahan perkhidmatan dianggap sebagai pengeluaran. Pengeluaran
mencipta nilai tambahan kepada input supaya output yang dihasilkan memberi kepuasan kepada
pengguna.

ii. PEMASARAN

Pemasaran adalah satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan
melaksanakan konsep produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran sesuatu produk. Aktiviti
pemasaran akan menggalakkan berlakunya pertukaran antara barang dengan wang, yang dapat
memenuhi keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi.

iii. KEWANGAN

Kewangan melibatkan aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan perniagaan atau bukan
perniagaan, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dan setiap entiti yang terbabit dengan wang.
Fungsi kewangan dalam sesebuah perniagaan termasuk membuat ramalan keperluan dana,
mendapatkan dana untuk syarikat, menguruskan dana tersebut dan menentukan dana digunakan
dengan baik.

iv. SUMBER MANUSIA

Sumber manusia bagi sesebuah organisasi adalah merupakan staf yang merangkumi pekerja dan
pengurus yang terdapat dalam organisasi. Mereka menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman kepada organisasi. Tanpa sumber manusia, organisasi bukan sahaja tidak dapat
bergerak malah tidak akan wujud.

4

Pengurusan Perniagaan 1 AP015

1.4 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

PIHAK BERKEPENTINGAN (PERSEKITARAN TUGAS)

i. Masyarakat

Merujuk kepada ahli masyarakat yang mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Mereka
boleh mempengaruhi kejayaan dan operasi sesuatu perniagaan.
Perniagaan memenuhi kehendak masyarakat dengan tidak menjual barang yang bertentangan
dengan kepercayaan agama dan budaya masyarakat. Menjaga alam sekitar semasa penghasilan
barangan dan semasa pembuangan sisa. Mewujudkan peluang pekerjaan dan memajukan ekonomi
setempat. Melaksanakan tanggungjawab sosial. Meningkatkan kemudahan infrastruktur.

ii. Pelabur / Pemodal

Pemilik yang menyumbangkan modal dalam perniagaan bagi mendapatkan keuntungan. Mereka
membeli saham syarikat dan inginkan pulangan dalam bentuk dividen. Pelabur terdiri daripada
individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Perniagaan akan dapat
diperluaskan melalui sumbangan modal pelabur. Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh
memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan ke dalam syarikat.

iii. Pembiaya

Pihak yang mengeluar dan membiayai modal sesebuah perniagaan. Pembiaya akan memastikan
syarikat perniagaan yang ingin dibiayai mempunyai prestasi yang baik dan berpotensi mendapat
untung. Contoh pembiaya adalah bank, syarikat kewangan, dan sebagainya. Pembiaya mendapat
keuntungan dengan mengenakan kadar faedah tertentu kepada peniaga (peminjam).

iv. Pekerja

Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan aktiviti syarikat dan mendapat upah
sebagai ganjaran. Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak mahir. Pekerja yang
berkemahiran dan berpengetahuan dapat menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan.
Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat yang ditetapkan. Gelagat
pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan syarikat serta menggambarkan imej sesebuah
perniagaan.

5

AP015 Pengurusan Perniagaan 1

v. Pelanggan

Pelanggan adalah individu yang membeli dan menggunakan sesuatu produk. Keputusan pembelian
pelanggan mempengaruhi kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan. Perubahan citarasa
pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti keluaran. Citarasa pelanggan yang
berbeza menyebabkan mereka membuat keputusan untuk mereka membeli pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran. Perubahan citarasa juga menggalakkan inovasi
perniagaan.

vi. Pembekal

Pembekal merupakan pihak yang menawarkan segala keperluan kepada sesebuah perniagaan
misalnya bahan mentah, pekerja dan pengangkutan. Perniagaan harus menjalinkan perhubungan
yang baik dengan pembekal supaya bekalan dapat dihantar kepada peniaga apabila diperlukan pada
harga yang berpatutan. Ini juga untuk menjamin operasi syarikat tidak terganggu dan operasi
perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej
perniagaan akan meningkat dengan produk berkualiti di pasaran.

vii. Pesaing

Pesaing merupakan perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama dalam
satu industri yang sama. Tindakan atau strategi pesaing boleh mempengaruhi harga dan kualiti
produk yang dihasilkan. Sesebuah perniagaan perlu melakukan inovasi untuk mengatasi pesaing.
Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi pesaing membolehkan perniagaan
menjadi lebih kompetitif.

viii. Kerajaan

Pihak yang mentadbir sesebuah negara dan bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar
serta menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan perlu memberikan galakan dan insentif yang
berpatutan kepada perniagaan. Sesebuah perniagaan perlulah mematuhi undang-undang dan kod
etika perniagaan yang diwartakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat. Membayar cukai
keuntungan kepada kerajaan untuk digunakan bagi pembangunan negara. Menggunakan sumber-
sumber pengeluaran dengan optimum dan cekap serta tidak membazir. Membantu menjaga hak
asasi manusia dengan memberikan ganjaran yang adil kepada penggunaan tenaga kerja.
Menyumbang ke arah pembangunan negara dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.

PERSEKITARAN UMUM

i. Persekitaran Ekonomi

Persekitaran ekonomi merujuk kepada situasi ekonomi dalam dan luar negara. Kestabilan ekonomi
sesebuah negara akan menjamin perkembangan sesebuah perniagaan tetapi jika berlaku
kemelesetan ekonomi, perniagaan akan mengalami masalah kerana kuasa beli pengguna yang
menurun. Persekitaran ekonomi yang baik akan meningkatkan permintaan terhadap produk. Jika
permintaan meningkat, keuntungan syarikat akan meningkat. Begitu juga jika permintaan menurun
maka keuntungan syarikat juga akan menurun.

ii. Teknologi

Teknologi merujuk kepada kaedah baru untuk melakukan sesuatu kerja. Penciptaan kaedah baharu
melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Perkembangan teknologi memberi kesan
di mana perniagaan yang menggunakan teknologi terbaru dapat meningkatkan produktiviti,
menjimatkan masa pengeluaran dan mengurangkan kos perniagaan. Sesebuah perniagaan mestilah
peka dengan perkembangan teknologi semasa bagi menjamin kemandirian perniagaan yang
dijalankan.

6

Pengurusan Perniagaan 1 AP015

iii. Sosiobudaya

Sosiobudaya merujuk kepada satu set nilai norma yang dipegang dan diamalkan oleh sesuatu
kelompok masyarakat. Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang berbeza dari segi
agama, adat resam dan cara hidup. Corak sosiobudaya sesebuah masyarakat memaksa perniagaan
menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak masyarakat tersebut

iv. Politik dan Undang-undang

Politik merupakan sistem dan parti yang memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara.
Undang-undang pula merupakan peraturan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.
Keadaan politik yang stabil dapat membentuk dasar dan undang-undang yang akan menjamin
aktiviti sesebuah perniagaan berjalan dengan lancar. Kerajaan menggubal undang-undang dan
peraturan untuk kepentingan semua untuk memastikan wujud persaingan yang sihat di kalangan
perniagaan, melindungi pengguna dan mengawal aktiviti perniagaan daripada melakukan
penyelewengan. Contoh undang-undang dan peraturan berkaitan perniagaan di Malaysia adalah
seperti Akta Jualan Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan, Akta Kontrak dan sebagainya.

v. Persekitaran Global

Persekitaran global merujuk kepada persekitaran dunia yang merangkumi politik, undang-undang
dan ekonomi dunia yang mempengaruhi sesebuah perniagaan. Perniagaan perlu bersaing di
peringkat antarabangsa. Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa mementingkan
kualiti dan menjaga imej syarikat serta negara. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah
negara membolehkan peniaga menjalankan perniagaan di negara asing.

vi. Persekitaran Fizikal/ Semulajadi

Persekitaran fizikal/ semulajadi meliputi semua sumber semula jadi seperti bahan galian, hasil
tanaman, air, udara dan lain-lain sumber asli yang diperlukan sebagai input untuk pengeluaran
barangan. Pemasar perlu menyedari pelbagai tren dalam persekitaran semulajadi iaitu kekurangan
bahan mentah, peningkatan harga sumber input, peningkatan populasi dan campurtangan kerajaan
dalam pengurusan sumber semulajadi.

PENGARUH PIHAK BERKEPENTINGAN DAN PERSEKITARAN UMUM TERHADAP PERNIAGAAN
(KESAN KEPADA PERNIAGAAN)

Sesebuah perniagaan akan menghadapi 2 faktor persekitaran iaitu persekitaran umum dan persekitaran
tugas. Pihak pengurusan perlu peka terhadap perkembangan faktor ini.

Persekitaran tugas merujuk kepada pihak berkepentingan iaitu pelanggan, pembekal, pemodal/pelabur,
pesaing, kerajaan, pekerja dan masyarakat. Pihak-pihak ini mempunyai hubungan berkepentingan secara
langsung dengan perniagaan. Contohnya pelanggan yang sentiasa bertambah akan memberi peningkatan
hasil kepada perniagaan.

i. Masyarakat

Masyarakat akan mempengaruhi kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan. Mereka mengambil
perhatian terhadap barangan dan perkhidmatan syarikat. Imej atau pandangan masyarakat akan
mempengaruhi jualan syarikat.

ii. Pelabur / Pemodal

Sumbangan modal daripada pelabur dapat memperluaskan lagi perniagaan. Kedudukan kewangan
syarikat yang kukuh memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan ke dalam
syarikat.

7

AP015 Pengurusan Perniagaan 1

iii. Pembiaya

Pembiaya akan memastikan syarikat perniagaan yang ingin dibiayai mempunyai prestasi yang baik
dan berpotensi mendapat untung. Pembiaya mendapat keuntungan dengan mengenakan kadar
faedah tertentu kepada peniaga (peminjam).

iv. Pekerja

Pekerja yang berkemahiran dan berpengetahuan dapat menyumbang kepada pertumbuhan
perniagaan. Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat yang
ditetapkan. Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan syarikat serta menggambarkan
imej sesebuah perniagaan.

v. Pelanggan

Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan.
Perubahan citarasa pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti keluaran. Citarasa
pelanggan yang berbeza menyebabkan mereka membuat keputusan untuk mereka membeli
pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran. Perubahan citarasa juga
menggalakkan inovasi perniagaan.

vi. Pembekal

Perniagaan harus menjalinkan perhubungan yang baik dengan pembekal supaya bekalan dapat
dihantar kepada peniaga apabila diperlukan pada harga yang berpatutan. Ini juga untuk menjamin
operasi syarikat tidak terganggu dan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya
bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej perniagaan akan meningkat dengan produk
berkualiti di pasaran.

vii. Pesaing

Tindakan atau strategi pesaing boleh mempengaruhi harga dan kualiti produk yang dihasilkan.
Sesebuah perniagaan perlu melakukan inovasi untuk mengatasi pesaing. Strategi dan perancangan
yang dibentuk untuk mengatasi pesaing membolehkan perniagaan menjadi lebih kompetitif.

viii. Kerajaan

Kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melalui penguatkuasaan undang-undang perniagaan
bagi menjaga kepentingan pengguna. Kerajaan mengenakan cukai serta memberi lesen untuk
aktiviti perniagaan dan mengawal harga barang. Setiap perniagaan haruslah mengikut peraturan
yang ditetapkan. Kerajaan perlu memberikan galakan dan insentif yang berpatutan kepada
perniagaan

Persekitaran Umum

Faktor persekitaran umum akan mempengaruhi pengurusan sesebuah perniagaan secara tidak langsung.
Contohnya keadaan ekonomi yang meleset akan menjejaskan operasi sesebuah perniagaan.

i. Persekitaran Ekonomi

Kestabilan ekonomi sesebuah negara akan menjamin perkembangan sesebuah perniagaan tetapi
jika berlaku kemelesetan ekonomi, perniagaan akan mengalami masalah kerana kuasa beli
pengguna yang menurun. Persekitaran ekonomi yang baik akan meningkatkan permintaan terhadap
produk. Jika permintaan meningkat, keuntungan syarikat akan meningkat. Begitu juga jika
permintaan menurun maka keuntungan syarikat juga akan menurun.

8

Pengurusan Perniagaan 1 AP015

ii. Teknologi

Perkembangan teknologi memberi kesan di mana perniagaan yang menggunakan teknologi terbaru
dapat meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa pengeluaran dan mengurangkan kos
perniagaan. Sesebuah perniagaan mestilah peka dengan perkembangan teknologi semasa bagi
menjamin kemandirian perniagaan yang dijalankan.

iii. Sosiobudaya

Corak sosiobudaya sesebuah masyarakat memaksa perniagaan menyesuaikan barangan dan
perkhidmatan mengikut kehendak masyarakat tersebut

iv. Politik dan Undang-undang

Kerajaan menggubal undang-undang dan peraturan untuk kepentingan semua untuk memastikan
wujud persaingan yang sihat di kalangan perniagaan, melindungi pengguna dan mengawal aktiviti
perniagaan daripada melakukan penyelewengan. Contoh undang-undang dan peraturan berkaitan
perniagaan di Malaysia adalah seperti Akta Jualan Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan, Akta
Kontrak dan sebagainya.

v. Persekitaran Global

Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa mementingkan kualiti dan menjaga imej
syarikat serta negara. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara membolehkan
peniaga menjalankan perniagaan di negara asing.

vi. Persekitaran Fizikal/ Semulajadi

Pemasar perlu menyedari pelbagai tren dalam persekitaran semulajadi iaitu kekurangan bahan
mentah, peningkatan harga sumber input, peningkatan populasi dan campurtangan kerajaan dalam
pengurusan sumber semulajadi. Pengangkutan yang cekap akan percepatkan proses penghantaran
barang. Kemudahan pergudangan, air, elektrik serta jaringan perhubungan yang baik akan
percepatkan proses perniagaan.

Hubungan pihak berkepentingan dan persekitaran umum adalah positif, iaitu kesan positif yang dihadapi
sesebuah perniagaan disebabkan faktor persekitaran umum akan memberi kesan positif kepada
persekitaran tugas.

Walaubagaimanapun, jika sesebuah perniagaan menghadapi kesan negatif yang disebabkan oleh
persekitaran umum, ia akan memberi kesan negatif kepada persekitaran tugas. Contohnya akibat
kemelesetan ekonomi, pelanggan akan mengurangkan permintaan terhadap produk tetapi persekitaran
tugas boleh dikawal oleh perniagaan secara langsung dengan mengurangkan pengeluaran produk
bersesuaian dengan jumlah permintaan pelanggan.

1.5 BENTUK-BENTUK ENTITI PERNIAGAAN

MILIKAN TUNGGAL

Perniagaan milikan tunggal merupakan entiti perniagaan yang paling banyak beroperasi di mana-mana
negara. Ciri-ciri perniagaan ini yang mudah dan ringkas menyebabkan ianya sangat digemari oleh individu
yang ingin menjalankan perniagaan.

9

AP015 Pengurusan Perniagaan 1

Ciri-ciri milikan tunggal :

i. Perniagaan milikan tunggal dimiliki oleh seorang sahaja.
ii. Modal perniagaan disumbang oleh pemilik sendiri atau pinjaman dari saudara mara, rakan-rakan dan

institusi kewangan.
iii. Liabiliti pemilik adalah tidak terhad iaitu jika berlaku kebankrapan, penyelesaian hutang akan

melibatkan harta peribadi.
iv. Cukai yang dikenakan terhadap keuntungan perniagaan adalah berdasarkan cukai pendapatan

individu.
v. Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
vi. Perniagaan ini terikat dengan Akta Perniagaan 1956.
vii. Penubuhan perniagaan ini adalah mudah iaitu tidak melibatkan prosedur yang rumit.
viii. Pengurusan ini diurus oleh pemilik sendiri dan beliau bebas membuat keputusan berkaitan

perniagaannya.
ix. Jangka hayat perniagaan tidak kekal dan terbubar disebabkan kematian pemilik, kerugian dan

sebagainya.
x. Laporan kewangan tidak perlu didedahkan kepada sesiapa dan hanya untuk kegunaan pemilik

sendiri.
xi. Contoh pemilikan tunggal adalah seperti Murni Enterprise, Kedai Runcit Ahmad, Kedai Gunting

Rambut Muthu.

PERKONGSIAN

Perkongsian merupakan perniagaan yang dibentuk secara gabungan dan persetujuan antara dua atau lebih
individu dengan tujuan mendapat keuntungan. Pemilik-pemiliknya dikenali sebagai rakan kongsi
perniagaan.

Ciri-ciri perniagaan perkongsian :

i. Perniagaan perkongsian dimiliki oleh 2 – 20 orang. Bagi perkongsian dalam bidang profesional
seperti perubatan, guaman dan akauntan, jumlah rakan kongsi adalah tidak terhad.

ii. Modal perniagaan disumbang oleh rakan kongsi dan pinjaman dari institusi kewangan.
iii. Liabiliti pemilik adalah tidak terhad iaitu jika berlaku kebankrapan, penyelesaian hutang akan

melibatkan harta peribadi kecuali rakan kongsi berhad. Liabiliti perniagaan ditanggung bersama oleh
semua rakan kongsi mengikut perjanjian perkongsian.
iv. Cukai yang dikenakan terhadap keuntungan perniagaan adalah berdasarkan cukai pendapatan
individu.
v. Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
vi. Perniagaan ini terikat dengan Akta Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961.
vii. Penubuhan perniagaan ini adalah mudah iaitu tidak melibatkan prosedur yang rumit.
viii. Pengurusan ini diurus secara bersama oleh rakan kongsi dan keputusan perniagaan adalah
keputusan bersama.
ix. Jangka hayat perniagaan tidak kekal dan mudah terbubar jika berlaku perubahan dalam daftar
perniagaan.
x. Laporan kewangan hanya perlu didedahkan kepada rakan kongsi sahaja .
xi. Contoh perniagaan perkongsian adalah Poliklinik Dr Azhar dan Rakan-rakan, Perabot Lim Brothers,
Saiful & Partners Peguambela dan Peguamcara, Kate and Associates Chartered Accountants.

SYARIKAT (SENDIRIAN BERHAD DAN BERHAD)

Perniagaan berbentuk syarikat dapat dikategorikan kepada dua iaitu syarikat sendirian berhad dan syarikat
berhad. Kedua-dua jenis entiti ini mempunyai banyak persamaan tetapi berbeza dalam beberapa aspek.

10

Pengurusan Perniagaan 1 AP015

Ciri-ciri syarikat (Sendirian Berhad Dan Berhad):

i. Syarikat Sendirian Berhad dimiliki oleh 2-50 orang dan Syarik at Berhad dim ilik i oleh 2 orang
dan lebih bergantung kepada jumlah saham yang diterbitkan.

ii. Modal perniagaan disumbang oleh pelabur melalui terbitan saham dan liabiliti dari terbitan bon dan
pinjaman dari institusi kewangan.

iii. Liabiliti pemilik adalah terhad iaitu jika berlaku kebankrapan, penyelesaian hutang tidak melibatkan
harta peribadi dan terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan sahaja.

iv. Cukai yang dikenakan terhadap keuntungan perniagaan adalah berdasarkan cukai syarikat.
v. Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).
vi. Perniagaan ini terikat dengan Akta Syarikat 1965.
vii. Penubuhan perniagaan ini adalah rumit iaitu melibatkan prosedur yang rumit.
viii. Pengurusan ini diurus pengurus yang dibayar gaji dan halatuju syarikat ditentukan oleh Ahli Lembaga

Pengarah Syarikat.
ix. Jangka hayat perniagaan lebih kekal dan sukar terbubar
x. Laporan kewangan syarikat sendirian berhad didedahkan kepada pelabur sahaja dan untuk syarikat

berhad ianya didedah kepada pelabur dan kepada umum.
xi. Contoh syarikat sdn bhd adalah Canon Marketing Sdn Bhd, Juswira Sdn Bhd, Panasonic Sales and

Service Sdn Bhd.
xii. Contoh syarikat bhd adalah Celcom Bhd, Maybank Finance Bhd, Kurnia Insurance Bhd.

KOPERASI

Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga
kebajikan ahli-ahlinya, mewujudkan kerjasama dan tolong menolong antara ahli dalam menyelesaikan
masalah. Dua bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad mengikut jenis pekerjaan, kawasan dan
sebagainya seperti Koperasi Guru dan Koperasi Felda; dan koperasi keahlian bebas seperti Koperasi
Perumahan dan Koperasi Pengguna.

Ciri-ciri koperasi :

i. Koperasi dimiliki oleh 100 orang dan lebih bergantung kepada jumlah saham yang diterbitkan.
ii. Modal perniagaan disumbang oleh yuran ahli, modal saham dan pinjaman dari institusi kewangan.
iii. Liabiliti ahli koperasi adalah terhad iaitu jika berlaku kebankrapan, penyelesaian hutang tidak

melibatkan harta peribadi dan terhad kepada jumlah yuran ahli yang dilaburkan sahaja.
iv. Keuntungan koperasi dikenakan cukai koperasi yang rendah.
v. Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
vi. Perniagaan ini terikat dengan Akta Koperasi 1993.
vii. Penubuhan perniagaan ini adalah rumit iaitu melibatkan pelbagai prosedur.
viii. Pengurusan koperasi dilaksanakan oleh ahli koperasi aktif dan halatuju koperasi ditentukan oleh Ahli

Lembaga Pengarah Koperasi.
ix. Jangka hayat perniagaan kekal dan sukar terbubar.
x. Laporan kewangan koperasi didedahkan kepada ahli-ahli sahaja.
xi. Contoh koperasi Bank Rakyat Bhd, Koperasi Pertubuhan Kecil Peladang Bhd, Koperasi Bank

Kerjasama Bhd, Koperasi Guru Malaysia Bhd.

PERBEZAAN ENTITI PERNIAGAAN

Perbezaan untuk kelima-lima entiti perniagaan dapat dikelaskan kepada lima ciri yang berbeza iaitu
bilangan ahli, sumber modal, perundangan yang melibatkan akta, bentuk pengurusan dan pendedahan
laporan kewangan.

11

AP015 Pengurusan Perniagaan 1

CIRI MILIKAN PERKONGSIAN SYARIKAT KOPERASI
TUNGGAL
2 – 20 Orang 2—50 (Sdn. Bhd.) Minimum 100
BILANGAN AHLI 1 Orang 2 - tidak terhad (Bhd.) Orang

SUMBER Sendiri , Rakan Kongsi, Pinjaman Bank, Yuran Ahli,
MODAL Saudara –Mara, Pinjaman Bank Terbitan Saham, Pinjaman Bank
Pinjaman Bank Terbitan Bon.

PERUNDANGAN Akta Perniagaan Akta Perniagaan Akta Syarikat 1965 Akta Koperasi 1993
1956 1956 &
Akta Perkongsian Pengurus yang digaji Lantikan Ahli &
1961 & Keputusan Ahli Keputusan Ahli
Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah
KAEDAH Sendiri & Bersama
PENGURUSAN Keputusan Pekongsi &
Peribadi Keputusan
Bersama

PENDEDAHAN Kegunaan Kegunaan Sendiri Didedahkan kepada Didedahkan kepada
LAPORAN Sendiri & Pekongsi pelabur (Sdn Bhd) . Ahli Sahaja
KEWANGAN Didedahkan kepada
pelabur dan Kepada
Umum (Bhd)

12


Click to View FlipBook Version