The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 SMK TUNKU PANGLIMA BESAR
(22 MEI 2022 - AHAD)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cutteygurl_87, 2022-05-21 02:25:07

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 SMK TUNKU PANGLIMA BESAR

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 SMK TUNKU PANGLIMA BESAR
(22 MEI 2022 - AHAD)

SMK TUNKU PANGLIMA BESAR
09000, JALAN SULTAN
BADLISHAH

KULIM KEDAH DARUL AMAN

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE–44
2022

22 MEI 2022
2.00 PETANG
DEWAN HARMONI
SMK TUNKU PANGLIMA BESAR

1

PERKARA MUKA SURAT
Atur Cara Majlis
Kata Alu-aluan YDP PIBG 3
Kata Alu-aluan Pengetua 4
Ahli JawatanKuasa PIBG SMKTPB 2020/2021 5
Jawatankuasa Induk Mesyauarat Agung Kali ke – 44 6
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 44 7-9
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 44 10
Maklum Balas Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 43 11-22
Laporan Tahunan PIBG 2021/2022 23
Rekod Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG SMKTPB 2019 24-30
31
Penyata Kewangan 2021
Analisis Pencapaian PBD 2021 32-33
Laporan Pencapaian Kokurikulum 2021/2022 34-38
Usul PIBG Tahun 2022 39-40

41

2

2.00 petang Pendaftaran

2.30 petang Bacaan Doa

2.35 petang Ucapan Aluan Pengetua SMK Tunku Panglima
Besar :
Cg. Haslelawati binti Rahim@Umar

2.55 petang Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022:
En. Zolkefli bin Md Isa

3.15 petang Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 bermula

5.00 petang Nyanyian Lagu “Negeri Kedah” dan Majlis
Bersurai

3

KATA ALU-ALUAN
Yang Dipertua PIBG

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita dapat sekali
lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai pro-
gram. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini
kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah
ini.

Marilah kita berusaha merealisasikan hasrat murni untuk sama-sama memajukan sekolah bagi
melahirkan murid-murid cemerlang yang dapat mendepani dan mengharungi cabaran dan peru-
bahan yang mendatang. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan
pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah murid terus dipertingkatkan agar anak-
anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh
dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya
menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Tunku Panglima Besar.
Sokongan berterusan dan kerjasama semua pihak amat penting untuk mencapai hasrat murni yang
diimpikan.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua yang menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ke-44 pada tahun ini. Semoga kerjasama,
sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada PIBG akan terus berkekalan pada masa akan
datang demi keselesaan suasana di sekolah, kecemerlangan pendidikan dan masa depan anak-anak
kita. Teruskan menyokong PIBG SMK Tunku Panglima Besar.

Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baharu yang akan dilantik kelak dapat meneruskan
usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Tunku Panglima besar.

Sekian, terima kasih.

(EN ZOLKEFLI BIN MD ISA)
Yang Dipertua PIBG
SMK Tunku Panglima Besar 2021/2022

4

KATA ALU-ALUAN
Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi penghargaan menyampaikan sepatah dua kata dalam
buku program mesyuarat agung PIBG SMK Tunku Panglima Besar kali ke-44.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
sekolah ini atas segala sumbangan dan kerjasama yang ditunjukkan dalam memartabatkan
nama baik sekolah kita. Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan satu organisasi yang ber-
tanggungjawab memikul amanah untuk menggilap kecemerlangan anak-anak dan memper-
kasa SMK Tunku Panglima Besar.

Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada ahli Jawa-
tankuasanya sahaja tetapi ia bersandarkan sumbangan daripada ahli-ahli. Seringkali apabi-
la disebut PIBG, ibu bapa lebih cenderung bertanggapan bahawa barisan jawatankuasa itu-
lah PIBG. Namun dalam konteks sebenar, perjalanan persatuan ini adalah didokong sepe-
nuhnya oleh semua ahli PIBG. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan sekadar pelaksana dan penghubung antara persatuan dan pihak penguru-
san sekolah.

Kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang ada pada ahli-ahli PIBG itulah aset sebenar per-
satuan ini. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan
bagi melahirkan modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan berbakti untuk agama,
bangsa dan negara.

Sesungguhnya, murid-murid hari ini perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran dan
kecekapan global agar dapat bersaing dalam persada antarabangsa yang penuh dengan
cabaran. Menyedari perubahan ini, ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbir sekolah ini
amat memerlukan PIBG yang mantap organisasinya dengan perancangan jangka panjang
yang rapi bagi menjamin masa depan yang cerah untuk anak-anak SMK Tunku Panglima
Besar pada abad 21. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulat-
kan tekad, memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.

Akhir kata, semoga PIBG dan pihak sekolah sentiasa bersikap bagai aur dengan tebing demi
menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SMK Tunku Panglima
Besar terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya
mencipta kecemerlangan dan kegemilangan SMK Tunku Panglima Besar.

Sekian, terima kasih.

(HASLELAWATI BINTI RAHIM @ UMAR)
Pengetua SMK Tunku Panglima Besar

5

JAWATANKUASA PIBG
SMK TUNKU PANGLIMA BESAR

SESI 2020/2021

Penasihat Cg. Haslelawati bt Rahim @ Umar
Yang Dipertua En. Zolkefli bin Md Isa
Naib Yang Dipertua En. Ravenderan a/l Subramaniam
Setiausaha Kehormat Cg. Mariani binti Mokhtir
Penolong Setiausaha Cg. Siti Aishah binti Abu Bakar
Bendahari Kehormat Cg. Suraya Hanim binti Ismail
Penolong Bendahari Cg. Asfaazian binti Othman

AJK Waris Pn. Aiza binti Zainudin
AJK Guru Pn. Norhanishah binti Mohd Haniff
Pn. Kalaiselvi a/p Arujunan
Pn. Faiza binti Othmanaldin @ Hassan

Cg. Asmida binti Abd. Halim
Cg. Norzawani binti Md Fazin
Cg. Muniandy a/l Nadesimalu

Pemeriksa kira-kira En. Nasrul Muhamad bin Badrul Hisham
Cg. Saifuddin bin Othman

6

JAWATANKUASA INDUK
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

Penasihat I : Cg.Haslelawati binti Rahim @ Umar (Pengetua)
Pen. Penasihat II : Cg. Yahaya bin Salleh (PK Pentadbiran)
Pen. Penasihat III : Cg. Mahadzir bin Ahmed (PK HEM)
Pen. Penasihat : Cg. Saiful Fadhlan bin Mohd Nashruddin

Pengerusi (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : En. Zolkefli bin Md Isa
Penyelaras Program : En. Ravenderan a/l Subramaniam
Setiausaha : Cg. Yogendiran a/l Pakirisamy
Bendahari : Cg. Mariani binti Mokhtir
: Cg. Suraya Hanim binti Mohd Ismail

JAWATANKUASA KECIL

Penyelaras : Cg. Salina binti Othman @ Ariffin

Pendaftaran Pencatat

Cg. Parimalathevi a/p Gevarappen (K) Cg. Nurul Iza binti Shardin (K)
Cg. Nafizah binti Desa Cg. Rosita binti Osman
Cg. Teh Peik Chin Cg. Hamisah binti Sabu
Cg. Hasnah binti Mohd Daud

Teks Ucapan Laporan Sekolah

Cg. Noor Aryati binti Ramli (K) Cg. Asmida binti Abd. Halim (K)
Cg. Salmi binti Abu Hassan Cg. Asfaazian binti Othman
Cg. Tungku Nor Azaen binti Tungku (Laporan Kurikulum)
Ismail Cg. Noor Zaima bintiIsmail
(Laporan Kokurikulum)

7

Jamuan
Cg. Siti Khalijah binti Jasin (K)
Cg. Asmizatul Faiza binti Ahmad
Cg. Noor Fatihah binti Abd Manaf

Penyelaras : Cg. Roslaily binti Kamarzaman

Jemputan Sambutan
Cg. Nadiyah binti Abd Halim (K) Cg. Azlee bin Hashim (K)
Cg. Kavitha a/p Subramaniam Cg. Panjaratnam a/p Tanimalai
Cg. Norazni binti Aziz
Cg. Siti Haryati binti Jamil
Cg. Subatra a/p Ramachandran
Cg. Siti Aisyah binti Abu Bakar

Hiasan Dewan / Pentas/ Banner Persiapan Tempat
Cg. Saiful Azwan bin Abd. Kadir (K) Cg. Saifuddin bin Othman (K)
Cg. Nor Baini binti Mohd Noor Cg. Osman bin Ismail
Cg. Sheelah a/p Arumugam Cg. Mohd Hafezi bin Che Ajib
Cg. Azimah binti Abdul Aziz Cg. Gunasekaran a/l Ramasamy
Cg. Hasnah binti Mohamad Noor Cg. Muniandy a/l Nadesimalu
Pn. Hartini binti Che Ani
Pn. Maisarah binti Mohamad

Publisiti Jawatankuasa Kawalan Trafik dan
Cg. Intan Zarina bt Mohd Hashim (K) Keselamatan
En. Hairi Izwan bin Johari Cg. Yogendiran a/l Pakirisamy (K)
En. Ahmad Zairie bin A. Bakar Cg. Suresh a/l Baskaran

8

Penyelaras : Cg. Dzuliana binti Dzolkefli

Pengacara Majlis Pengacara Majlis Sementara
Cg. Yusrita binti Long (K) Cg. Saiful Fadhlan bin Mohd

Nashruddin (K)

Buku Program Siaraya

Cg. Mohd Husni bin Abu Hassan (K) Cg. Mohd Shopi bin Salleh(K)
Cg. Mariamma a/p Shanmugam Cg. Raman a/l Krishnan
Cg. Noor Marshitah binti Abd Halim Cg. Sagirman bin Mohd Saberi
Cg. Siti Nur Ain binti Ishak
Cg. Nur Afiqah binti Ruslan
Cg. Nurul Nabila Naja binti Harun

Bacaan Doa Fotografi & Dokumentasi

Cg. Yaakob bin Abd Rahman (K) Cg. Wan Nooraishah binti Wan Omar(K)
Cg. Norzawani binti Md Fazin
Cg. Suhaini binti Abdul Ghani
Cg. Nurham Intan Farahida binti
Hamilludin

9

Agenda Mesyuarat Agung
Kali ke-4

Sesi 2022/2023

1. Ucapan Pengerusi

2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat
Agung Kali ke – 43.

3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan
PIBG 2021.

4. Membentang, Menerima dan Meluluskan
Penyata Kewangan PIBG berakhir
31 Disember 2021.

5. Membahaskan usul jika ada.
6. Pembubaran AJK PIBG 2021/ 2022.
7. Pemilihan Jawatankuasa AJK PIBG 2022/2023.
8. Pemilihan Juruaudit Dalaman
9. Ucapan Penangguhan
10. Hal-Hal lain.

10

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43
SMK TUNKU PANGLIMA BESAR

Tarikh : 28 Mac 2021
Masa : 11.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Lokasi masing-masing (Google Meet)
Kehadiran : 215 orang

I UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
1. En. Zolkefli bin Md Isa (YDP PIBG) mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa dan waris yang hadir serta mengalu-alukan
kedatangan Pengetua baru iaitu Pn. Haslelawati binti Rahim @ Umar.
2. YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Ruzana bt. Md
Noor dan mendoakan beliau diberi kesihatan yang baik untuk bertugas
di sekolah baru.
3. YDP PIBG menyatakan sesuai dengan norma baru, waris dan ibu bapa
yang mengikuti mesyuarat ini secara google meet boleh memberi
respon dan pendapat melalui ruangan chatting box yang disediakan
dalam google meet.
Makluman

II MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
KALI KE-42
4. Pn Siti Aishah bt. Abu Bakar membentangkan minit mesyuarat
kali ke-42 di halaman 13-16 melalui paparan skrin.
5. Minit Mesyuarat yang lalu disahkan :
Pencadang : En. Azlee bin Hashim
Penyokong : En. Gunasekaran a/l Ramasamy
Makluman

III MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG
TAHUN 2018
6. Pn Siti Aishah bt. Abu Bakar telah membentang Laporan
Tahunan PIBG di halaman 18-20 melalui paparan skrin.
7. Laporan Tahunan PIBG disahkan.
Pencadang : Pn. Faiza binti Othmanaldin @ Hassan

11

IV MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA
KEWANGAN

8. Pn. Suraya Hanim binti Mohd Ismail, Bendahari PIBG
membentangkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember
2020 di halaman 23–26 melalui paparan skrin.

9. Secara ringkasnya, perbelanjaan PIBG ialah sebanyak RM35771.20
dan baki sebanyak RM45838.65.

10. Penyata kewangan disahkan.
Pencadang : En. Saifuddin bin Othman
Penyokong : En. Ravenderan a/l Subramaniam

Makluman

V MEMBINCANGKAN USUL/CADANGAN YANG DIBANGKITKAN
11. Tiada waris yang mencadangkan usul/cadangan hadir, jadi YDP PIBG
akan membaca usul/cadangan dan meminta pihak sekolah memberi
komen.

11.1 Usul /Cadangan 1 : Meminta pengawal keselamatan
sekolah membantu pelajar melintas jalan.

· En. Krisnamurthy a/l Subarmaniam mencadangkan bahawa
keselamatan penting dijaga apabila pelajar melintas jalan. Beliau
meminta pengawal keselamatan sekolah menolong pelajar supaya
melintas jalan raya dengan selamat.

· YDP PIBG menjelaskan bahawa bahagian dalam sekolah
merupakan jalan kampung dan satu jalan industri. Tidak melibatkan
jalan utama. Pelajar perlu menggunakan zebra crossing untuk
melintas jalan. Pengawal keselamatan SMKTPB tidak seperti
pengawal keselamatan SMKK yang dibayar gaji khas dan
berinsurans. Jadi pihak sekolah tidak boleh memberi
tanggungjawab tersebut kepada pengawal keselamatan.

· Namun begitu, pihak sekolah dan PIBG telah membuat permohonan
kepada MPKK dan JKR Kulim bagi membina bonggol di susur
jalan kampung dan jalan industri. YDP berharap JKR Kulim dan
MPKK akan memberi kerjasama yang baik.
Makluman

12

11.2 Usul/Cadangan 2 : Meminta sekolah menyediakan program
sokongan bagi menggalakkan penglibatan waris dan komuniti .

· Pn. Aiza binti Zainudin mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan
program sokongan bagi menggalakkan penglibatan waris dan komuniti
dalam kemenjadian murid berdasarkan TS25.

· En. Jaafar bin Mohtar Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) menyatakan
bahawa bagi mengukuhkan penglibatan waris dan komuniti, pihak HEM
telah membuat bancian dalam borang penglibatan ibu bapa bagi
mengenalpasti kemhiran dan aspek sumbangan yang boleh diberi oleh ibu
bapa kepada pihak sekolah. Beliau berharap agar ibu bapa tampil ke sekolah
untuk berbincang dengan pihak sekolah bagi membuat program.

· YDP PIBG memberi maklum bahawa Jabatan Perpaduan dan MITRA boleh
membuat program untuk masyarakat India atau membuat program
keseluruhan sekolah bagi mengukuhkan perpaduan.

Makluman
11.3 Mewujudkan satu sesi kaunseling khas untuk murid

dan ibu bapa

· Pn. Faridah bt. Ishak mencadangkan pihak sekolah mewujudkan sesi
kaunseling khas untuk murid dan ibu bapa bagi pelajar yang bermasalah.
Ini dapat membantu guru dan dapat membantu menyelesaikan masalah
berdasarkan komunikasi 3 hala.

· YDP PIBG memaklumkan bahawa kaunseling antara kaunselor dan pelajar
adalah sulit. Kaunselor perlu mendapatkan kebenaran pelajar jika
melibatkan ibu bapa. Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh hadir ke sekolah
bagi mendapatkan khidmat kaunseling daripada 2 orang kaunselor sekolah
yang terlatih iaitu Cikgu Azlee dan Cikgu Norzawani.

Makluman

13

11.4 Usul/Cadangan 4 : Manfaatkan media sosial untuk hebahan maklumat
sekolah

· En. Mohd Zulkifli bin Mohd Yusoff mencadangkan pihak sekolah me-
manfaatkan media sosial seperti facebook untuk semua hebahan sekolah
kepada ibu bapa.

· YDP PIBG memaklumkan bahawa pihak sekolah mempunyai facebook
rasmi. Beliau meminta semua ibu bapa “friend dan follow” facebook sekolah.
Pihak sekolah juga mempunyai kumpulan whatsapp atau telegram antara guru
kelas dengan ibu bapa.

Makluman
11.5 Usul/Cadangan 5 : Buat jadual mengikut kesesuaian supaya beg tak be-

rat.

· Pn. Asma bt. Shafie memohon pihak sekolah membuat jadual yang ber-
sesuaian supaya pelajar tidak terbeban membawa buku yang banyak dan
menanggung beban beg yang berat.

· En. Jaafar bin Mohtar (PKP) memaklumkan bahawa di peringkat menengah
atas timbul isu beg ringan kerana pelajar tidak membawa buku. Beliau men-
erangkan bahawa jadual waktu persekolahan dibuat mengikut peruntukan
jumlah waktu minimum berdasarkan DSKP yang dikeluarkan oleh KPM.
Pihak sekolah perlu akur kepada jumlah jam minimum yang ditetapkan oleh
KPM. Pihak sekolah tidak boleh menukar jumlah waktu minimum setiap
mata pelajaran sesuka hati.

11.6 Usul/Cadangan 6 : Bagaimana sekolah menguruskan social distancing
semasa rehat

· Pn. Suhasini a/p Pramasivan ingin mengetahui cara pihak sekolah
menguruskan penjarakkan sosial pada waktu rehat.

14

· En. Jaafar bin Mohtar (PKP) menerangkan bahawa pihak sekolah
menggunakan AQ 2.0 Garis Panduan Pengoperasian Sekolah, PdPR 1.0
dan PdPR 2.0. Pihak sekolah juga telah menubuhkan Jawatankuasa
SOP. Guru lelaki juga telah siap membuat tanda penjarakan di tempat
yang strategik seperi di kantin, di tempat membasuh tangan, di laluan
masuk sekolah, di makmal dan di bengkel kemahiran hidup.

· Menu tempahan makanan juga akan dikeluarkan sehari sebelum hari
bersekolah. Ada 4 menu yang berbeza disediakan oleh pihak kantin.
Guru waktu pertama akan mengambil tempahan pelajar. Pada waktu
rehat 2 orang pelajar akan ke kantin untuk mengambil makanan yang
ditempah oleh kelas masing-masing. Pelajar akan makan di dalam kelas.
Guru akan memantau waktu rehat semasa pelajar makan di dalam kelas.
Makluman

11.7 Usul/Cadangan 7: Saranan pihak sekolah menyediakan kemudahan
terbaik kepada pelajar.

· En. Mohd Khainizan bin Abdullah mencadangkan supaya pihak sekolah
menyediakan kemudahan terbaik kepada pelajar.

· YDP PIBG memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan
kemudahan terbaik kepada pelajar mengikut kemampuan pihak sekolah.
Makluman

11.8 Usul/Cadangan 8 : Benarkan kereta masuk hingga ke kawasan tepi
dewan semasa hendak berurusan di pejabat sekolah.

· En. Ahmad Helmi bin Azmi mencadangkan pihak sekolah membenarkan
kereta ibu bapa yang berumur dan sakit kaki masuk hingga ke tepi dewan
semasa hendak berurusan di pejabat.

15

· YDP PIBG menjelaskan bahawa laluan masuk ke sekolah memang sempit dan
akan sesak jika semua kenderaan dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.
Walau bagaimanapun, jika ada ibu bapa yang sakit dan tidak sihat mereka boleh
meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk membenarkan masuk ke dalam
kawasan sekolah. Beliau juga meminta kenderaan yang masuk ke kawasan
sekolah supaya berhati-hati agar tidak melanggar pelajar yang lalu lalang di situ.

Makluman
11.9 Usul / Cadangan 9 : Rakaman video pengajaran jika ada pelajar yang

tidak mengikuti google meet.

· Pn. Aida bt Ahmad memohon pihak sekolah menyediakan rakaman video
pengajaran kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti google meet.

· YDP PIBG berharap pihak sekolah dapat menyediakan video pengajaran
terutamanya kepada pelajar yang mengalami masalah akses internet.
Makluman

11.10 Usul/Cadangan 10 : Pertukaran Unit Uniform, Sukan Permainan dan kelab

· Pn. Hasnah binti Yusuf memohon supaya pelajar yang lewat mendaftar diberi
kebenaran untuk menukar Unit Beruniform.

· En. Jaafar bin Mohtar (PKP) berharap ibu bapa juga bersedia untuk membeli
pakaian unit uniform yang dipilih oleh anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa
tidak mampu, mereka boleh berbincang dengan PK Kokurikulum untuk menukar
unit uniform anak-anak mereka. Masalah ini juga timbul terutamanya dalam
kalangan pelajar tingkatan 1 yang tidak mendaftar untuk Unit Uniform, Sukan
Permainan dan Kelab Persatuan.
Makluman

16

11.11 Usul/Cadangan 11 : Pantau murid-murid yang membawa handphone ke
sekolah

· Pn. Khairul Nisa mencadangkan supaya pihak sekolah memantau murid-
murid yang membawa handphone ke sekolah.

· YDP PIBG menjelaskan bahawa handphone memang tidak boleh dibawa ke
sekolah. Jika murid ditangkap oleh guru kerana membawa handphone,
handphone mereka akan dirampas dan waris akan dipanggil ke sekolah.

· Ustaz Azhar bin Mansor (PK HEM) memaklumkan bahawa siasatan tidak
akan dibuat jika handphone pelajar hilang di sekolah.

· En. Jaafar bin Mohtar (PKP) juga memberi maklum bahawa telefon awam
disediakan di sekolah. Jika telefon awam rosak, pelajar boleh ke pejabat untuk
menghubungi waris mereka.
Makluman

11.12 Usul/Cadangan 12: Pembelajaran yang terancang

· En. Mustaffa Khusni bin Mohamed Mokhtar mencadangkan guru
menyediakan pembelajaran yang terancang.

· En. Jaafar bin Mohtar (PKP) menjelaskan bahawa semua guru mempunyai
perancangan tahunan mengikut DSKP yang ditetapkan KPM. Selain itu, guru
juga menyediakan perancangan harian sehari atau seminggu sebelum
pengajaran bermula.
Makluman

11.13 Usul/Cadangan 13: Makanan di kantin diturunkan harga.

· En. Arshad bin Ismail mencadangkan supaya makanan di kantin dikurangkan
harga.

17

11.14 Usul/Cadangan 14 : Tindakan yang sewajarnya ke atas murid yang tidak
mengikut peraturan sekolah

· Pn. Hasmah binti Abdullah mencadangkan supaya guru mengambil tindakan yang
sewajarnya ke atas murid yang tidak mengikuti peraturan sekolah.

· Ustaz Azhar bin Mansor (PK HEM) menerangkan bahawa masalah ponteng sekolah
merupakan masalah utama di sekolah. Tindakan yang diambil terhadap pelajar yang
ponteng sekolah adalah mengikut prosedur sekolah dengan memberi amaran pertama,
kedua dan ketiga. Pelajar yang ponteng sekolah melebihi 60 hari dalam setahun akan
dibuang sekolah. Masalah pergaduhan sangat kurang.

· Ustaz Azhar bin Mansor (PK HEM) minta ibu bapa memantau kehadiran anak-anak
mereka ke sekolah terutamanya kelas-kelas belakang seperti 2 UUM dan 3 UUM. Beliau
menjelaskan juga bahawa masalah pelajar lompat pagar tidak wujud lagi kerana tindakan
tegas yang diambil oleh tuan Pengetua.

Makluman

11.15 Usul/Cadangan 15 : Penglibatan PDPR

· Pn Mazian binti Abu Hassan bertanya tentang penglibatan murid dalam PdPR.

· En. Jaafar bin Mohtar ((PKP) menerangkan bahawa pada fasa pertama, seramai 40%
hingga 50% pelajar melibatkan diri dalam PdPR. Fasa 2 menunjukkan penurunan
penglibatan pelajar ke 30% hingga 40%. Pihak sekolah telah mengambil beberapa
tindakan seperti menyiarkan surat siaran berkaitan PdPR kepada semua waris.

· Selain itu, jadual waktu PdPR Fasa 1 dan Fasa 2 telah disebarkan kepada waris melalui
group kelas pelajar masing-masing. Persoalannya sama ada jadual waktu tersebut dalam
pengetahuan waris. Pihak sekolah juga telah menyediakan modul pembelajaran dan
Modul Bercakap Fasa 1 dan Fasa 2 bagi membantu pelajar yang tidak boleh mengikuti
pembelajaran atas talian. Semua guru juga perlu menghantar laporan pelaksanaan PdPR
kepada pihak sekolah, PPD dan JPN setiap hari. Beliau berharap waris memantau
pembelajaran dan memastikan pelajar menjawab latihan dalam modul yang diberikan.

Makluman

18

11.16 Usul/Cadangan 16 : Keterangan lebih lanjut tentang peperiksaan PT3

· Pn. Nagamal a/l Muniandy meminta pihak sekolah memberi keterangan lebih lanjut
tentang peperiksaan PT3.

· En. Jaafar bin Mohtar (PKP) menjelaskan bahawa pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia sahaja yang berkuasa untuk mengadakan peperiksaan PT3. Pihak sekolah
belum menerima apa-apa arahan daripada LPM tentang pelaksanaan PT3. Pihak
sekolah akan memaklumkan kepada waris perkembangan terkini tentang peperiksaan
PT3.

Makluman

11.17 Usul/Cadangan 17 : Cuti untuk perayaan Ponggal

· Pn. Sellatthrasi a/p Muniandy mencadangkan supaya pihak sekolah membri cuti
pada hari perayaan Ponggal.

· En. Jaafar bin Mohtar (PKP) menerangkan bahawa pihak sekolah hanya boleh
memohon 3 kali cuti peristiwa dalam tempoh setahun. Cuti Peristiwa tersebut
digunakan untuk menganjurkan program utama sekolah seperti Majlis Apresiasi
Panglima, Kejohanan Olahraga Tahunan dan Hari Keusahawanan. Sekolah tiada
kuasa untuk memberi cuti pada Hari Ponggal. Hanya Kerajaan Negeri Kedah sahaja
berkuasa memberi cuti tersebut.

Makluman

VI. HAL-HAL LAIN

12. YDP PIBG memohon persetujuan ibu bapa berkenaan kutipan
sumbangan PIBG dan bayaran-bayaran lain ke dalam akaun PIBG. Akaun
bayaran-bayaran lain seperti bayaran Majalah, Surau dan Program Peningkatan
Prestasi. Semua kutipan ini akan dilaksanakan berkuatkuasa 01 Januari 2021
sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.

Makluman

13. En Saffuan bin Mohd Saparti mencadangkan untuk menyokong permohonan
tersebut. Waris-waris lain bersetuju sebulat suara.

19

14. YDP PIBG juga memohon persetujuan ibu bapa berkenaan kutipan
sumbangan PIBG mengikut tingkatan iaitu :

Tingkatan 1, 2 dan 4 (RM75.00)
A] Sumbangan PIBG RM30.00
B] Sumbangan Prestasi RM25.00
C] Surau RM5.00
D] Majalah RM15.00
Tingkatan 3 dan 5 (RM 105.00)
A] Sumbangan PIBG RM30.00
B] Sumbangan Prestasi RM55.00
C] Surau RM5.00
D] Majalah RM15.00

Makluman

15. Pn. Aiza bt Zainuddin menyokong kutipan sumbangan PIBG seperti
yang disebutkan oleh YDP PIBG. En Saffuan bin Mohd Saparti dan waris lain
juga bersetuju.

16. YDP PIBG juga memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa PIBG SMK
Tunku Panglima Besar bagi Sesi 2020/2021 adalah seperti nama-nama yang
tercatat pada ms 21 buku program.

Makluman

17. YDP PIBG juga menjelaskan hanya YDP PIBG, Setiausaha PIBG dan
Bendahari PIBG sahaja yang diberi kuasa bagi menandatangani buku cek PIBG.
Cek dianggap sah jika mana-mana dua daripada tiga orang berkenaan
menandatangani buku cek PIBG bagi tujuan pengeluaran wang daripada akaun
PIBG.

20

18. Pn. Aiza meminta pihak sekolah membuat pencerahan tentang penyuraian
pelajar.

19. Ustaz Azhar bin Mansor (PK HEM) menjelaskan pihak sekolah
menggunakan mod 4 dan 5 yang bermaksud penyuraian pelajar secara berperingkat.
Pelajar menengah rendah balik 1.10 petang manakala pelajar menengah atas balik
jam 2.10 petang. Pelajar perlu mengikut prosedur dan SOP seperti menjaga jarak.
Pelajar akan berkumpul di luar kawasan sekolah sementara menunggu waris atau bas
sekolah.

Makluman

20. YDP PIBG mohon supaya pihak sekolah mengeluarkan memo kepada
pengusaha bas sekolah memaklumkan waktu balik pelajar.

21. Ustaz Azhar bin Mansor (PK HEM) menerangkan pengusaha bas sekolah
telah dimaklumkan tentang hal tersebut.

Makluman

22. YDP PIBG menyeru ahli jawatan kuasa PIBG di kalangan waris untuk hadir
ke sekolah pada pukul 7.00 pagi pada hari pembukaan sekolah 4.4.2021 bagi
menyambut pelajar ke sekolah. Pihak wakil JPN dan PPD juga akan hadir.
KetuaPolis Daerah akan hadir ke sekolah pada 5.4.2021 untuk menyambut
kedatangan pelajar ke sekolah.

Makluman

23. En. Safuan bin Mohd Saparti meminta pihak sekolah berhubung dengan
jabatan yang terlibat bagi memastikan bangunan yang lama berada dalam keadaan
selamat ketika pelajar berada di sekolah.

24. Ustaz Azhar bin Mansor (PK HEM) memaklumkan pihak JKR ada
memeriksa makmal untuk ubahsuai makmal. Bulan April nanti akan ada pemeriksaan
tandas oleh pihak JKR. Pendawaian blok Kemahiran Hidup dan blok tingkatan 1
telah dibuat oleh pihak JKR. Latihan Kebakaran pada tahun 2021 akan dibuat dalam
waktu terdekat.

Makluman

21

VII UCAPAN PENANGGUHAN
25. YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada urusetia, jawatan
kuasa PIBG dan semua waris yang berjaya mengadakan mesyuarat secara
google meet pada hari ini. Mesyuarat bersemuka akan diadakan selepas
tamat pandemik. Pemilihan Jawatankuasa PIBG yang baru akan dibuat pada
tahun hadapan.
26. YDP PIBG menyeru agar semua waris mendaftar sebagai penerima
vaksin melalui MySejahtera untuk mencegah Covid 19.
27. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.18 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------- ------------------------------
(SITI AISHAH BINTI (ZOLKEFLI B. MD ISA)
ABU BAKAR) YDP PIBG 2020/2021,
Penolong S/U PIBG 2020/2021 SMK Tunku Panglima Besar
SMK Tunku Panglima Besar

Pencatat : 1. Pn Rosita binti Osman
2. Pn Nurul Hamidah binti Mohd Nor

22

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41

BIL RUJUKAN PERKARA TINDAKAN STATUS
MINIT

V No. 11.2 En. Saffuan Bin Mohd Pihak sekolah Surat
Saparti ( AJK Waris) dan ibu bapa makluman
mencadangkan akan
sumbangan kipas disediakan
angin tambahan untuk oleh S/U
setiap kelas. Encik untuk
Abdul Malek diedarkan
mencadangkan agar pada ibu bapa
diwujudkan tabung
untuk sumbangan
kipas termasuk kos
untuk khidmat
penyelenggaraan. Puan
Norhartini Samsudin
mencadangkan setiap
keluarga menyumbang
RM10.00 untuk
mengisi tabung ini.

V No.11.4 Hanya 156 keluarga Pihak sekolah Sedang dalam
sahaja yang membayar tindakan.
yuran PIBG pada
tahun 2018. Oleh yang
demikian, pihak guru
perlu lebih aktif dan
mengambil tindakan
sewajarnya untuk
memastikan kutipan
sumbangan PIBG terus
meningkat.

VII No.21 Pihak ibu bapa dan Pihak Surat
penjaga boleh mula sekolah / ibu makluman
menyumbangkan bapa/waris kepada waris
kertas A4 bermula akan
selepas cuti dikeluarkan
pertengahan penggal untuk mem-
satu. buat kutipan 1
rim kertas
bagi setiap
keluarga

23

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK TUNKU PANGLIMA BESAR
LAPORAN TAHUNAN PIBG 2021

1.0 PENDAHULUAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tunku Panglima Besar berper-
anan dalam menjalin kerjasama dengan pihak sekolah bagi membantu menjayakan
proses Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) serta meringankan bebanan
sekolah ketika berdepan cabaran pandemik Covid-19. PIBG turut berperanan me-
mastikan guru-guru dan ibu bapa yang berdepan cabaran pembelajaran PdPR dapat
melaksanakan tugasan masing-masing dengan berkesan dan cemerlang. Kesefaham-
an tentang tugas dan tanggungjawab dapat meningkatkan mutu pengajaran guru-guru
dan pembelajaran murid sama ada di bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Di samping itu, PIBG juga dapat membantu pihak sekolah dengan menye-
diakan kemudahan fizikal dan infrastruktur lengkap dan selesa serta mematuhi
prosedur operasi standard pembukaan sekolah dalam tempoh pandemik covid-19.

2.0 SENARAI AKTIVITI PIBG 2021 Tarikh
19 Januari
Bil Aktiviti / Program 2021
i. Hari Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 (Selasa)

Penglibatan : Ibu Bapa/ Penjaga & Guru 28 Mac
SMK Tunku Panglima Besar 2021
(Ahad)
Perbelanjaan : Tiada

ii. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 43 Tahun
2021
Penglibatan : Ibu Bapa/ Penjaga & Guru
SMK Tunku Panglima Besar
Perbelanjaan : RM 855.20

24

3.0 SENARAI SUMBANGAN WANG PIBG TAHUN 2019
3.1 BIRO AKADEMIK

BIL PRESTASI (AKADEMIK) JUMLAH
(RM)
1. Plastik untuk Modul PDPR (FASA 1) 85.80

2. Makanan dan Minuman Pelajar bukan Islam SPM 828.00
2020 (Kelas Tambahan)
3. Plastik untuk Modul PDPR (FASA 2) 101.00
483.00
4. Makanan dan Minuman Pelajar bukan Islam SPM
2020 (Simulasi SPM 2020) 208.50
5. Kelas bimbingan Panitia Sains dan Matematik SPM
2020 1,018.50
6. Makanan dan Minuman Pelajar SPM bukan Islam
sepanjang SPM 2020 4,304.10
7. Pembayaran bil tertunggak (Pinjaman) 2,413.98
8. 3,680.00
9. Cetakan Modul 1,139.00
10. Kertas A4 (400 Ream)
11. Cetakan Modul 54.00
12. Ink Printer 500.00
13. Carta PDPC Sejarah 282.90
14. Modul Landskap dan Nurseri Tingkatan 5 588.90
15. Modul Peningkatan Prestasi SPM 2021 48.00
16. 995.00
17. Modul Peningkatan Prestasi Tasawwur Islam 415.90
18. Toner Cartridge L2700DW
19. Modul Peningkatan Prestasi 1,637.6
990.00
Modul Latihan Pengajaran dan Pembelajaran
Makanan dan Minuman Pelajar SPM bukan Islam
sepanjang SPM 2021

25

3.2 BIRO HAL EHWAL MURID

BIL PRESTASI (HAL EHWAL MURID) JUMLAH
(RM)
1. Pemerkasaan Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 500.00
2021

3.3 BIRO KOKURIKULUM

BIL PRESTASI (KO-KURIKULUM) JUMLAH
(RM)
1. Yuran Pendaftaran Pertandingan Eurasian Spelling 270.00
Bee 2021 dan HIPPO

26

3.4 PIBG 500.00
42.35
i Rak Modul PDPR 451.35
ii Alat Tulis kegunaan PIBG 1000.00
iii Unifi 75.00
iii Pengeporeasian Sekolah 89.90
iv Sarapan Tetamu PPD dan Polis
v Cenderamata Perpisahan 821.15
89.00
Pengetua Cikgu Ruzana 88.00
vi Mesyuarat Agung 2021 737.35
59.00
vii Hadiah Persaraan Cg Fikriah
1000.00
viii Hadiah Persaraan Cg Liang 200.00

ix Bil Unifi 589.75
155.00
x Cenderamata Kenaikan Pangkat & Pertukaran Cikgu
Rohani 421.00
3800.00
xi Pengoperasian Sekolah
xii Sumbangan Hamper untuk Jamuan Akhir Tahun 27.50

Kelab Guru dan Staf 10146.35
xiii Bil TM
xiv Hadiah Pertukaran dan Lantikan sebagai Pengetua

Cg Jaafar
xv Banner Bilik PIBG
xvi Sumbangan PA Sistem
xvii Bank Caj

Jumlah

27

3.5 LAIN-LAI N 930.00
2970.00
5 Lain-lain
i Pemulangan wang Majalah kepa- 550.00
da Murid SPM 2020 2290.00
ii Pemulangan wang Majalah 2021 6740.00
iii Kupon 37431.13
iv Kupon 44378.02

Jumlah 81809.15

Jumlah Kecil
Jumlah Baki

Baki RM10831.35
Akaun PIBG RM22736.67
Tabung Prestasi RM 5390.00
Tabung Surau RM 5410.00
Tabung Majalah RM 10.00
Kupon

28

Disediakan Oleh Disemak Oleh

Bendahari I Pemeriksa Kira-kira Dalaman
(Suraya Hanim binti Mohd Ismail) (Saifuddin bin Othman)
1 April 2022

Diperiksa Oleh

Pemeriksa Kira-kira Waris
Nasrul Muhammad bin Badrul Hisham

Disahkan Oleh

Yang Dipertua PIBG
En Zolkefli bin Md Isa

29

4.0 PENUTUP

Semua sumbangan ini telah digunakan khususnya demi kepentingan para
pelajar. Diharap ibu bapa akan terus memberi sokongan, sumbangan, atau cadangan
kepada pihak sekolah demi meningkatkan mutu kecemerlangan para pelajar.
Sehubungan dengan itu, jutaan terima kasih diucapkan di atas perhatian semua pihak
dalam menjayakan semua aktiviti PIBG sepanjang tahun 2021.

Disediakan oleh : Disemak oleh :
………………………………
(ZOLKEFLI BIN MD ISA)
(MARIANI BINTI MOKHTIR) YDP PIBG
Setiausaha PIBG SMK Tunku Panglima Besar
SMK Tunku Panglima Besar

30

REKOD KEHADIRAN MESYUARAT
AHLI JAWATANKUASA PIBG SMKTPB

2020 / 2021

NAMA MESYUARAT AJK PIBG

BIL AJKWaris 1 23 45
21/03/21 15/08/21 13/10/21 27/03/22 17/05/22

1 En. Zolkefli Bin Md Isa / / / / /

2 En. Ravenderan a/l Subra- / / / / /
maniam

3 Pn. Aiza bt Zainudin / // / /

4 Pn. Norhanishah bt Mohd 0 / / / 0
Haniff

5 Pn. Kalaiselvi a/p Aruju- / / / / /
nan

6 Pn. Faiza bt Othmanaldin 0 / / / /
@ Hassan

7 En. Nasrul Muhamad bin 0 00 / /
Badrul Hisham

AJK Guru

8 Cg. Mariani Binti Mokhtir / / / / /

9 Cg. Siti Aishah bt Abu / / / / 0
Bakar

10 Cg. Suraya Hanim Binti / / / / /
Mohd Ismail

11 Cg. Asfaazian Binti Oth- / / / / /
man

12 Cg. Asmida bt Abd. Halim / / / / /

13 Cg. Norzawani bt Md / // //
Fazin

14 Cg. Muniandy a/l Nadesi- / /0 / /
malu

15 Cg. Saifuddin bin Othman / / / / /

31

PENYATA KEWANGAN PIBG

32

33

ANALISA PENCAPAIAN PBD TAHUN 2021
TINGKATAN 1

MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 JUMLAH
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS 0 1 52 74 44 4 175
BAHASA TAMIL
GEOGRAFI 0 1 82 68 19 2 172
REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI 0 0 4 10 10 0 24

0 3 64 97 11 0 175

0 5 30 40 43 5 123

ASAS SAINS KOMPUTER 0 0 33 12 6 0 51
172
MATEMATIK 0 0 139 25 8 0 174
SAINS 0 0 33 74 64 3 173
173
SEJARAH 2 4 70 56 33 8
175
PEND. JASMANI DAN 0 0 1 58 114 0 133
PEND. KESIHATAN 40

PENDIDIKAN SENI VISU- 0 0 1 92 75 7
AL

PENDIDIKAN ISLAM 0 0 77 51 5 0

PENDIDIKAN MORAL 0 0 18 18 4 0

34

TINGKATAN 2

MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 JUMLAH

BAHASA MELAYU 0 0 57 67 17 0 141
141
BAHASA INGGERIS 0 4 85 32 17 3 32
141
BAHASA TAMIL 0 0 13 9 6 4 101
40
GEOGRAFI 0 2 88 22 27 2 141
REKA BENTUK DAN 141
TEKNOLOGI 0 9 37 40 15 0 138
ASAS SAINS KOMPUTER 141
00 4 10 16 10 141
93
MATEMATIK 0 18 70 41 12 0 48

SAINS 0 8 63 60 8 2

SEJARAH 0 3 61 59 15 0

PEND. JASMANI DAN 0 0 24 93 24 0
PEND. KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 0 29 74 26 12

PENDIDIKAN ISLAM 00 2 65 26 0

PENDIDIKAN MORAL 0 0 31 10 7 0

35

TINGKATAN 3

MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 JUMLAH

BAHASA MELAYU 0 0 47 47 38 12 144
BAHASA INGGERIS 0 0 77 38 21 8 144
BAHASA TAMIL 0 0 12 16 7 0 35
GEOGRAFI 0 0 71 43 28 2 144
REKA BENTUK DAN 0 0 43 42 18 0 103
TEKNOLOGI

ASAS SAINS KOMPUTER 00 3 18 9 12 42

MATEMATIK 0 109 36 0 0 0 145
SAINS 0 0 35 48 42 19 144
SEJARAH 0 0 50 48 39 8 145
PEND. JASMANI DAN 144
PEND. KESIHATAN 00 0 107 21 16

PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 0 41 58 44 1 144

PENDIDIKAN ISLAM 0 0 46 32 18 0 96
PENDIDIKAN MORAL 0 0 17 9 12 10 48

36

TINGKATAN 4

MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 JUMLAH

BAHASA MELAYU 0 0 58 42 14 0 114
BAHASA INGGERIS 0 4 63 29 18 1 115
SEJARAH 0 12 54 34 16 0 116
SAINS 0 16 36 43 6 0 101
MATEMATIK 0 11 37 51 17 0 116
PENDIDIKAN ISLAM 0 2 15 41 20 0 78
PENDIDIKAN MORAL 0 0 16 9 13 1 39
PEND. JASMANI DAN PEND.
KESIHATAN 0 10 46 24 35 2 117
MATEMATIK TAMBAHAN
0 0 0 13 2 0 15
FIZIK 15
BIOLOGI 0 0 0 7 80 15
KIMIA 0 0 0 7 80 15
PERNIAGAAN 0 0 0 8 61 20
EKONOMI 0 0 0 14 6 0 20
PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 0 0 18 2 0 60
31
BAHASA TAMIL 0 9 30 15 6 0 21
TASAWWUR ISLAM 29
KESUSASTERAAN MELAYU 05 7 15 4 0
00 4 6 11 0

0 0 11 12 6 0

KATERING DAN PENYAJIAN 0 00 0 20
LANDSKAP & NURSERI 0 01 9 11 21

37 0 20 0

TINGKATAN 5

MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 JUMLAH

BAHASA MELAYU 0 7 26 48 34 0 115
BAHASA INGGERIS 0 5 26 33 43 11 118
SEJARAH 0 7 21 67 22 1 118
SAINS 0 7 37 15 40 0 99
MATEMATIK 0 12 44 24 34 4 118
PENDIDIKAN ISLAM 0 3 12 25 32 1 73
PENDIDIKAN MORAL 0 0 20 22 12 1 55
PEND. JASMANI DAN PEND.
KESIHATAN 0 2 31 20 64 0 117

MATEMATIK TAMBAHAN 0 0 0 13 6 0 19

FIZIK 0 0 0 8 11 0 19
BIOLOGI 0 0 0 8 11 0 19
KIMIA 0 0 0 4 13 2 19
PERNIAGAAN 0 0 2 10 14 0 26
EKONOMI 0 0 1 16 4 0 21

PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 5 15 17 22 1 60

BAHASA TAMIL 0 0 8 16 11 0 35
TASAWWUR ISLAM 20 268 2 20

KESUSASTERAAN MELAYU 0 0 7 12 14 0 33

KATERING DAN PENYAJIAN 0 0 0 0

2 15 17
14
LANDSKAP & NURSERI 0 0 0 1 13 0

38

LAPORAN SEKOLAH
PENCAPAIAN KOKURIKULUM
SMK TUNKU PANGLIMA BESAR

TAHUN 2021

Bil Nama Tingkatan Program

1 Adli Ariffinnour Luqman 3 UKM Program Tadarus Al-Quran Perdana
bin Azman Zahidi 3UKM Peringkat DKBB
3UKM
2 Adli Ariffinnour Luqman 2 UKM Johan Tenis Gaya Bebas Peringkat
bin Azman Zahidi 1 UKM DKBB

3 Adli Ariffinnour Luqman Pertandingan Kemahiran Bola Tam-
Bin Azman Zahidi par MSDKBB L Bawah 15
Pertandingan Online Essay Writing
4 Aisyadalilah Qistina (Lower Secondary) Sekolah Menen-
Binti Ismail gah Peringkat DKBB
Program Tadarus Al-Quran Perdana
5 Amir Haikal bin Wan Peringkat DKBB
Abdullah

6 Asiah Binti Agus Rahmat 4 STEM 1 Dare To Spell Competition Second-
Widodo ary School Peringkat Negeri Kedah

7 Asiah Binti Agus Rahmat 4 STEM 1 Pertandingan Online Essay Writing
Widodo (Upper Secondary) Sekolah Menen-
gah Peringkat DKBB

39

8 Asiah Binti Agus 4 STEM Keempat Pertandingan Online Scrabble Sekolah
Rahmat Widodo 1 Menengah Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu
2021
9 Azam Safwan Bin 3UKM Johan Pertandingan Kemahiran Sukan Bola Baling
Saifuddin 4 SI Peringkat DKBB
Cabaran Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Kedah
10 Dihlossine A/P 4 SI 2 2021
Ravichandran
Johan Pertandingan Cabaran Kor Kadet Polis
11 Dihlossine A/P Kategori Kawat Tangan - Perempuan Peringkat
Ravichandran DKBB

12 Haiman Looi Bin 3 UKM Jom Coding Peringkat Negeri
Hakimi Looi 3UKM The Kedah Online English Language Poetry writ-
ing Competition 2021 Lower Secondary School
13 Haiman Looi bin Category
Hakimi Looi

Muhamad Iqmal 1 UTM Program Tadarus Al-Quran Perdana Peringkat
14 Haqimi bin Che DKBB

Nazri

15 Muhammad Adib 3 USM Ketiga Tenis Gaya Bebas Peringkat DKBB
Bin Shairulrizal

16 Muhammad Amirul 1 UPM Program Tadarus Al-Quran Perdana Peringkat
Abrisam bin Azman DKBB

17 Muhammad Ayrul Johan Solo Kreatif Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat
1 UTM 2021 Peringkat Negeri Kedah

18 Muhammad Irwan Johan Regu Putera Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat
Hakimi 3 UIA 2021 Peringkat Negeri Kedah

19 Navya Priya a/p Pertandingan Online Essay Writing (Lower
Kartigesu 3 USM Secondary) Sekolah Menengah Peringkat DKBB

20 Pavittra A/P Pertandingan Online Essay Writing (Lower
Thinakaran 2 UIA Secondary) Sekolah Menengah Peringkat DKBB

21 Prassan a/l Bhaskar Kejohanan Sukan Badminton MSSDKBB L
1 UIA Bawah 15

40

BIL NAMA WARIS NO. K/P NAMA ANAK KELAS USUL
1. SURAYA HANIM
MENCADANGKAN
KUTIPAN
SUMBANGAN MAJA-
LAH SEBANYAK
RM15.00
DITUKARKAN KEPADA
PROGRAM
PEMBANGUNAN SA-
HSIAH
PELAJAR DI BAWAH
UNIT HAL EHWAL MJU-
RID.

41

Pembelajaran Abad Ke-21

42

Setinggi – tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada

Pentadbir,
Yang Dipertua PIBG,

AJK PIBG SMKTPB
Guru-guru,

Staf-staf sokongan
dan

seluruh warga SMKTPB yang
telah memberikan sumbangan, tenaga

dan fikiran bagi
menjayakan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE –44

43

44

45

@Mesy.Pibg_SMKTPB

46


Click to View FlipBook Version