The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASK T2 KSSM P2 2.1 PEMBANGUNAN ALGORITMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shiedashuhada, 2021-08-24 04:33:44

ASK T2 KSSM P2 2.1 PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASK T2 KSSM P2 2.1 PEMBANGUNAN ALGORITMA

2.1 PEMBANGUNAN
ALGORITMA

Bahagian 2

Asas Sains Komputer T2 KSSM
Oleh Cikgu Nor Shuhada

SMK Pengkalan Permatang, Selangor

Mengesan dan membaiki ralat yang terdapat
dalam pseudokod dan carta alir dalam
penyelesaian masalah

Mengesan dan membaiki ralat yang terdapat dalam
pseudokod dan carta alir dalam penyelesaian masalah

• Sesuatu atur cara ditulis bagi menyelesaikan

suatu masalah dengan jangkaan output yang
tertentu.

• Kadang kala atur cara akan memberikan output

yang tidak dijangka, berhenti secara tiba-tiba
ataupun struktur kawalan ulangan berulang
tanpa berhenti.

• Apabila perkara-perkara sebegini berlaku, maka

atur cara dikatakan mempunyai ralat.

Mengesan dan membaiki ralat yang terdapat dalam
pseudokod dan carta alir dalam penyelesaian masalah

• Ralat ditakrifkan sebagai kesilapan atau

kesalahan dalam proses pembangunan atur
cara segmen kod.

• Ralat selalu dikenal pasti dalam fasa

pengujian.

• Terdapat tiga jenis ralat, iaitu ralat sintaks,

ralat masa larian dan ralat logik.

Mengesan dan membaiki ralat yang terdapat dalam
pseudokod dan carta alir dalam penyelesaian masalah

• Ralat sintaks merujuk kepada kesilapan

dalam penggunaan bahasa pengaturcaraan.

• Semasa pelaksanaan atur cara, kesilapan

yang menyebabkan ralat sintaks akan
dipaparkan dalam bentuk mesej ralat.

• Oleh itu, ralat ini seakan-akan kesilapan

ejaan atau tatabahasa dalam bahasa
manusia.

Mengesan dan membaiki ralat yang terdapat dalam
pseudokod dan carta alir dalam penyelesaian masalah

• Ralat masa larian merujuk kepada kesilapan yang

akan menyebabkan atur cara terhenti secara tiba-
tiba tanpa diduga semasa jalanan ujian (test run).

• Ralat masa larian boleh juga disebabkan oleh

perkakasan komputer seperti memori yang tidak
mencukupi.

• Selain itu, virus komputer dan perisian hasad juga

boleh menyebabkan ralat masa larian.

• Virus dan perisian hasad akan mengubah settings

pada komputer dan ini akan menyebabkan ralat
masa larian.

Mengesan dan membaiki ralat yang terdapat dalam
pseudokod dan carta alir dalam penyelesaian masalah

• Ralat logik merujuk kepada kesilapan yang

menyebabkan atur cara memberi output yang
tidak dijangka dan ini sering kali berlaku semasa
pembangunan algoritma

• . Ini termasuk kesalahan urutan sesuatu tindakan

atau syarat ditulis salah.

• Kecuaian ialah faktor utama kepada ralat logik.
• Lazimnya, ralat logik yang wujud dalam atur cara

sukar untuk dikesan kerana tiada paparan mesej
ralat.

Mengesan dan membaiki ralat yang
terdapat dalam pseudokod dan carta

alir dalam penyelesaian masalah

• Pengesanan ralat logik dapat dilakukan dengan

menggunakan dua teknik, iaitu teknik
semakan meja (desk check) dan teknik
langkah demi langkah (step through).

• Kedua-dua teknik ini ialah teknik manual yang

digunakan oleh pengatur cara untuk menyemak
logik setiap langkah dalam pseudokod atau carta
alir.

• Satu set sampel data input akan digunakan dan

output yang dijana akan disemak.

• Teknik manual ini dijalankan dengan

menggunakan beberapa helai kertas dan pensel
sahaja.

Tiga jenis
ralat















Menggunakan pseudokod dan carta
alir dengan menggabungkan

pelbagai struktur kawalan untuk
menyelesaikan masalah

Menggunakan pseudokod dan carta alir dengan
menggabungkan pelbagai struktur kawalan untuk

menyelesaikan masalah

• Dalam penyelesaian sesuatu masalah yang

kompleks, masalah itu harus dileraikan kepada
masalah-masalah yang lebih kecil dan mudah
melalui pembentukan algoritma.

• Terdapat banyak strategi dan teknik dalam

mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.

• Setiap penyelesaian kepada sesuatu masalah

bermula dengan sesuatu rancangan. Rancangan
tersebut ialah algoritma yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah.

Mengenal pasti masalah

• Nadira ialah seorang murid Asas Sains Komputer Tingkatan

Dua.

• Makanan kegemarannya ialah capati.
• Dia mengetahui terdapat mesin yang boleh membuat capati.
• Nadira berminat untuk mengetahui tentang algoritma

membuat capati yang dapat mengarahkan mesin untuk
menghasilkan capati.

• Oleh itu, dengan menggunakan langkah-langkah

menghasilkan algoritma yang dipelajari, Nadira akan menulis
sebuah algoritma membuat capati untuk mesin tersebut.

Mengenal pasti masalah

• Dalam penggunaan mesin yang

menghasilkan capati ini, pengguna hanya
perlu memasukkan semua bahan yang
diperlukan dan menekan butang ‘Mula’.

• Mesin tersebut akan mengadun bahan-

bahan yang dimasukkan dan membuat
capati secara automatik selagi adunan
masih ada.

Penyiasatan

Mendraf
algoritma dan

melakukan
semakan
semula

Memurnikan
langkah-
langkah
algoritma

Menulis
pseudokod

Melukis carta
alir

Melukis carta
alir

Tamat


Click to View FlipBook Version