PERPADUAN E-MAJALAH E-MAJALAH EDISI OKTOBER 2023 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU21042 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN EDISI OKTOBER 2023 MEMBENTUK S U K A N
BIODATA KUMPULAN 03 04 01 02 07 05 06 18 19 14 17 20 21 ISIKANDUNGAN PENGHARGAAAN PENGENALAN PERPADUAN PERPADUAN DALAM SUKAN SEJARAH SUKAN JENIS TEMASYA SUKAN ANTARABANGSA TOKOH SUKAN NEGARA MALAYSIA PENCAPAIAN SUKAN DALAM MALAYSIA SUKAN SEBAGAI PLATFORM PERPADUAN 1 MURID 1 SUKAN ALTERNATIF KBS SUKAN PARALIMPIK SUKAN MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM PERANAN IBU BAPA PERANAN PIHAK SEKOLAH PERANAN KERAJAAN LANGKAH MENGATASI SUKAN DOMINAN MENDEDAHKAN SUKAN TERSEBUT KEPADA SEMUA KAUM KESIMPULAN RUJUKAN CONTOH KERATAN AKHBAR GALERI SUKAN KATA-KATA PENUTUP 22 PERIBAHASA PENUTUP 23 BORANG SOAL SELIDIK / HASIL SOAL SELIDIK 09 08 10 11 13 12
MUHAMMAD NURHISYAM BIN HIFNI B01DAT23F001 BIODATAKUMPULAN LIM SHEN WEI ANDY B01DAT23F005 NURHAZIEQA HANIE BINTI AB.HADI B01DAT23F012 HASNOR IMAN B01DAT23F013 01
elamat sejahtera. Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Puan Hilwa kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan e-majalah ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai bangsa, namun itu tidak mematahkan sikap kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat majalah ini secara langsung dan secara tidak langsung. PENGHARGAAN S OKTOBER 2023 Edisi 02
Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya. Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun samasama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. “Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep Malaysia Madani berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya. Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan. “Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan. PENGENALAN Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan. 03
Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakatdan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat. PERPADUAN Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Perpaduan atau solidarity ini juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai atu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju 04
06 ukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.Contohnya,aktiviti bersukan dapat menggeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Selain itu,Negara Malaysia yang tercinta ini telah mengadakan Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan permain atau penonton.Di samping itu,bersukan juga menyelami erti perpaduan,menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan. Negara yang tercinta ini dapat mencapai kemajuan justeru mampu bersaing dengan negara lain. D A L A M Perpaduan s u k a n S H a r m o n i 05
SEJARAH SUKAN ukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 diHamilton, Ontario, Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978. ukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancisbernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas. JENIS TEMASYA SUKAN ANTARABANGSA ukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara S S S 06
TOKOH SUKAN NEGARA MALAYSIA Atlet badminton no. 1 negara ini merupakan idola bagi setiap peminat sukan tanah air. Selain memenangi beberapa kejohanan dunia seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beliau juga pernah berjaya menduduki tempat pertama di tahap antarabangsa selama 349 minggu. Antara pencapaian beliau yang paling membanggakan di persada dunia termasuk memenangi pingat emas dalam acara Perseorangan Lelaki di Sukan Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan 2018 serta memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016. Beliau telah mengumumkan persaraan dari sukan itu badminton/tersebut pada 13 Jun 2019 atas faktor kesihatan dan kini dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (Chef de Mission) oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei serta tahap komitmen yang luar biasa beliau perlu dijadikan iktibar buat generasi muda yang ingin mengikut jejak langkah beliau dalam mencapai kejayaan dalam bidang yang ingin diceburi. Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy profesional kebanggaan setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Beliau adalah antara ikon sukan negara yang paling dikasihi dengan pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa selama lebih daripada 20 tahun. Beliau merupakan pemain pertama yang berjaya memegang gelaran pemain skuasy no. 1 dunia selama 9 tahun berturut-turut. Beliau telah mengecapi kesemua kejayaan dalam karier beliau, termasuk bergelar juara dunia sebanyak lapan kali, selain memenangi lima pingat emas di Sukan Asia, dua pingat emas di Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA). Setelah membuat penampilan terakhir sebagai atlet skuasy negara dalam Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei lepas, Datuk Nicol akan terus aktif dalam membantu membangunkan pelapis-pelapis muda sebagai jurulatih dengan berkongsi ilmu dan kemahiran bersama jurulatih yang sedia ada. Penerjun kelahiran Kampung Jugan, Sarawak ini merupakan atlet terjun Malaysia pertama yang berjaya memenangi pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London menerusi acara 10 meter platform individu wanita, selain menjadi pembawa bendera wanita pertama Malaysia dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik tersebut. Pandelela juga berjaya meraih pingat perak dalam platform seirama 10 meter bersama Cheong Jun Hoong di SSukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Rio de Janeiro, sekaligus menjadi pasukan wanita negara pertama untuk memenangi pingat perak di Sukan Olimpik. Tambahan pula, beliau merupakan penerima Anugerah Ikon Belia Sukan sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2016 serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya. Lebih menarik lagi, nama beliau telah diabadikan di Sarawak dengan penamaan semula “Pusat Akuatik Petra Jaya” sebagai “Pusat Akuatik Pandelela Rinong”. Dikenali sebagai The Pocket Rocketman, atlet kelahiran Dungun, Terengganu ini telah mencipta sejarah sebagai pelumba basikal pertama negara meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Antara kejayaan lain beliau termasuk memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong, pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2010 dalam kategori keirin. Selain itu, beliau juga dinamakan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2017 serta menjadi pembawa bendera Jalur Gemilang dalam acara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Beliau akan menyahut cabaran dalam penyumbangan emas pertama negara di Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun pada tahun hadapan! 07
Dimajukan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditubuhkan pada tahun 1960. BAM menganjurkan Kejohanan Badminton Kebangsaan. Berjaya melahirkan atlet kebanggaan seperti Punch Gunalan, Misbun Sidek dan Lee Chong Wei. Peringkat Antarabangsa: muncul juara sebanyak lima kali Kejohanan Piala Thomas dan memenangi pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik. Selain itu, menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka All England bagi acara beregu dan individu lelaki. Badminton Bola Sepak Dibangunkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ditubuhkan pada tahun 1963. FAM menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Liga Malaysia. Berjaya melahirkan ramai pemain berbakat yang mewakili pasukan kebangsaan seperti Soh Chin Ann, James Wong dan Safawi Rasid. Peringkat Antarabangsa: Melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Moscow 1980. Selain itu, menjuarai Piala Suzuki AFF tahun 2010. Olahraga Berkembang di bawah Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) (kini dikenali KOM) yang ditubuhkan pada tahun 1952. KOM menganjurkan Kejohanan Olahraga Kebangsaan. Berjaya melahirkan atlet kebangsaan berwibawa seperti Dr. M. Jegathesan, Rabuan Pit dan Watson Nyambek. Peringkat Antarabangsa: Memenangi pingat emas dalam acara 100 meter Sukan Asia pada tahun 1966 dan 1982. Selain itu, juara Kejohanan Sukan SEA 2017 dengan menyumbang lapan pingat emas. Hoki Sukan hoki di negara kita digerakkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang ditubuhkan pada tahun 1953. MHC menganjurkan Pertandingan Liga Hoki Kebangsaan. Berjaya melahirkan pemain berbakat untuk mewakili pasukan negara seperti Poon Fook Loke, Sarjit Singh dan Mirnawan Nawawi. Peringkat Antarabangsa: Melayakkan diri sebanyak lapan kali dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia. Selain itu, tempat keempat dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia pada tahun 1975 dan menjadi naib juara Sukan Komanwel 1998. PENCAPAIAN SUKAN DALAM MALAYSIA 08
Datuk Seri Naiib Tun Razak dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Sukan merupakan salah satu cara untuk kita membina semangat perpaduan di antara masyarakat pelbagai yang ada di Malaysia. Ini kerana apabila kita bersukan, kita tidak akan mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi kita antara pelbagai kaum, sesama komuniti, jiran tertangga, rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Kerajaan telah banyak menjalankan pelbagai intensif yang boleh mengukuhkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum melalui sukan seperti Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan oleh SUKAN SEBAGAI PLATFORM PERPADUAN Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi impak yang positif dalam kehidupan masyarakat kerana kebanyakan sukan perlu disertai lebih daripada seorang permain agar dapat menikmati keseronokan bermain seperti bola sepak, badminton, bola baling, hoki dan sebagainya. Dengan ini, kita secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelbagai kaum dan bangsa yang terdapat di Malaysia ini, jesteru membina jabatan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Malaysia di gelanggang antarabangsa. Kepentingan sukan dapat diperhatikan apabila ia digunakan sebagai alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza. Selain itu, kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia berjaya membawa pulang pingat emas terbesar (69 pingat emas) dalam sukan itu merupakan percapaian terbaik yang pernah direkod oleh Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting. dalam melentur semangat kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, la sekaligus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan. 09
MURID SUKAN Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM telah meelancarkan dasar “1 Murid 1 Sukan” bagi menggalakkan para pelajar terlibat secara terus dalam aktiviti sukan.Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Apa Itu Dasar “1 Murid 1 Sukan” Dasar “1 Murid 1Sukan” atau 1M 1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan”. 1 Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 10
BELIA DAN SUKAN ntuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara. OBJEKTIF ejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan. Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Pada 5 April 2018, kerajaan Malaysia semasa mengiktiraf Persatuan Sukan Pekak Malaysia sebagai satu-satunya persekutuan kebangsaan untuk menangani sukan pekak selepas menyerahkan pindaan Akta Pembangunan Sukan Kebangsaan yang mendapat kelulusan di Parlimen. Kementerian Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyampaikan pindaan Akta Pembangunan Sukan Negara kepada parlimen yang diluluskan pada 3 April 2018. U KSB S SEJARAH KBS emperkukuhkan dan memaksimakan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan negara bagi mencapai Wawasan 2020 dan seterusnya pasca 2020. Merealisasikan pembentukan Negara bersukan dengan membudayakan sukan dalam kehidupan M VISI KBS K E M E N T E R I A N erangka perancangan yang komprehensif, memperkenalkan pendekatan yang inovatif, memperkasakan pelaksanaan projek dan program serta memantapkan keupayaan pelaksanaan melalui penggemblengan potensi dan juga bakat dalam pembangunan belia dan sukan M MISI 11
Rakyat Malaysia telah memenangi 16 pingat di Sukan Paralimpik: enam emas, empat perak dan enam gangsa. Atlet Malaysia berjaya meraih pingat pertama pada tahun 1988 iaitu pingat gangsa yang diraih oleh Mariappan Perumal. Pada 2016, Malaysia memenangi pingat emas Paralimpik buat kali pertama menerusi acara olahraga SUKAN PARALIMPIK MALAYSIA SEJARAH Malaysia membuat kemunculan pertama Paralimpik di Sukan Paralimpik Musim Panas 1972 di Heidelberg, Jerman, dengan delegasi tiga atlet, yang semuanya bertanding di keduadua trek dan padang serta angkat berat. Negara ini kemudian tidak hadir pada tiga edisi Paralimpik Musim Panas, sebelum membuat kemunculan semula pada Sukan Paralimpik Musim Panas 1988 di Seoul, Korea Selatan. Malaysia telah menyertai setiap edisi Sukan Paralimpik Musim Panas, tetapi tidak pernah menyertai Paralimpik Musim Sejuk. ANTARA LOGO SUKAN PARALIMPIK 12
Secara amnya, rakyat Malaysia mengamalkan sukan dalam kehidupan harian masing-masing terutamanya pada waktu petang. Tujuan mereka melakukan aktiviti tersebut adalah bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malah adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara keluarga dan kawan-kawan. Tetapi persoalannya adalah adakah sukan ini dapat mengeratkan perpaduan kaum di antara satu sama lain. SUKAN MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM 13 Contohnya orang Cina bermain bola sepak bersama orang Melayu ataupun orang Melayu sendiri bermain bola keranjang dengan orang Cina pada waktu petang. Bagi generasi muda sekarang, ramai yang masih bersukan atau beriadah mengikut kaum masing-masing, tanpa menghiraukan kaum lain. Ini dapat dibuktikan sendiri di kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya. Kajian ini penting untuk mengetahui sejauh manakah perpaduan antara kaum terjalin ketika bersukan. Selain it ia juga dapat mengetahui kaum manakah akan mendominasikan sukan pada waktu petang. Di samping itu, ia juga dapat mengenal pasti masalah-masalah yang menyebabkan perpaduan tidak berlaku dalam kalangan masyarakat. PERANAN IBU BAPA PERANAN PIHAK SEKOLAH PERANAN KERAJAAN Bagi mempergiatkan sukan ke arah perpaduan boleh dimulakan dari peringkat sekolah lagi. Pihak Sekolah perlu menggalakkan setiap pelajar mengambil satu sukan lalu mampu melibatkan lebih ramai anak muda terlibat dalam sukan sekaligus mempertingkat usaha menjadikan sukan ke arah perpaduan kaum di Malaysia. Mewujudkan satu program dikenali sebagai “sukan satu rakyat” dimana melibatkan masyarakat di sesuatu tempat. Kerajaan perlu bergiat aktif dalam menjalankan program ini supaya berterusan dalam mengeratkan hubungan etnik kerana melalui program seperti ini rakyat dapat berkomunikasi sesama mereka melalui perlaksanaan program yang diwujudkan lalu mampu mengeratkan hubungan etnik. Menggalakkan anak-anak bergiat aktif dalam aktiviti sukan di sekolah dengan menghantar anak untuk sesi latihan di sekolah dan memastikan anak-anak tidak memandang ringan aktiviti sukan di sekolah. Hal ini perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Membuka peluang kepada kaum lain untuk menceburi sukan tersebut. Memperkenalkan sukan tersebut kepada kaum lain demi kemajuan sukan. Mengadakan kempen secara berterusan bagi menarik minat kaum lain menyertainya. Bekerjasama dengan persatuan sukan berkenaan bagi perkembangkannya kepada semua kaum. Mendedahkan sukan tersebut kepada sema kaum bermula seawal peringkat sekolah rendah lagi. Memperbanyakkan kemudahan sukan tersebut untuk menarik minat penglibatan seluruh masyarakat. LANGKAH MENGATASI SUKAN DOMINAN 14 Sukan menjadi permainan dan budaya warisan sesuatu kaum. Penglibatan kaum lain dikhuatiri akan menjejaskankeaslian sukon tersebut. Agama melarang penyertaan dalam sukan tertentu terutama sukan yang melibatkan pendedahan auratseperti renang dan lain-lain. Masalah komunikasi turut menghalang penglibatan kaumlain. Kesan Sukan dimonopoli oleh kaum tertentu dan tidak berkembang secara keseluruhannya. Kaum lain tidak berpeluang mengambil bahagian. Menghalang kemajuan sukan tersebut ke peringkat yang lebih baik. Pemain berkebolehan dari kaum lain tidak berpeluang mewakili pasukan. Perbezaan ketara dari segi mutu permainan antara kaum. Menguatkan lagi jurang perbezaan dan sifat perkauman. a) Budaya b) Agama c) Semangat Perkauman d) Masalah Komunikasi
KESIMPULAN Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa. 15 Kesimpulannya,sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia
Pencinta Islam September 21, 2020 Fuzz Sounds August 14, 2023 Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa November 22, 2022 Hakcipta 2020 Majlis Sukan Negara Malaysia Mohd Salleh Aman Ogos 7 2012 Jobstore Team August 6, 2019 https://penegaksukannegara.blogspot.com/2020/09/sukan-dan-perpaduan.html. https://ms-m-wikipediaorg.translate.goog/wiki/Khas:History/Kementerian_Belia_dan_Sukan_Malaysia? _x_tr_sl=ms&_x_tr_tl=en&_x_tr_hl=en&_x_tr_pto=sc https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Paralimpik https://www.nsc.gov.my/# https://anyflip.com/fxhwc/rtki/basic https://blog.jobstore.com/2019/08/06/10-atlet-kebangsaan-mengharumkan-namamalaysia-di-persada-dunia/ RUJUKAN 16
17 CONTOH KERATAN AKHBAR
18
GALERI SUKAN 19
13 20
erima kasih atas waktu yang kalian luangkan untuk membaca majalah yang telah kami bertungkus lumus siapkan demi kepuasan para pembaca. Jika ada kata-kata yang kurang digemari ataupun salah-salah kata saya mohon untuk dimaafkan dari hujung rambut ke hujung jari kaki. Semoga ilmu dan info yang telah kami beri dan kami kaji dapat memberikan impak yang positif dalam hidup kalian. Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan segala yang buruk datang daripada kami sendiri. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Akhir kata, kami hidangkan kalian dengan sebuah pantun. 21 KATA-KATA PENUTUP T
Peribahasapenutup Anak Muda Berpekerti Baik, Menjadi Tunggak Harapan Negara, Budaya Bersukan Amalan Yang Baik, Melahirkan Bangsa Sihat Sejahtera. 22 Harum sungguh bunga kemboja, Disusun dara dari Mandilin, Sukan membentuk semangat waja, Sentiasa ceria cergas berdisiplin. Berkhasiat sungguh air halia, Dimasak dengan air telaga, Beriadah bersukan amalan mulia, Badan sihat tentu bertenaga. Burung undan burung tempua, Hinggap berehat di pohon kayu, Sukan amalan untuk semua, Rakyat sihat negara maju. Sayang Singapura sungainya jernih, Tempat laluan sampan dan kolek, Segar jasmani jiwa bersih, Altiviti sukan amalan yang baik.
BORANG SOAL SELIDIK / HASIL SOAL SELIDIK 23
24
25