The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by josslyn0206, 2024-02-06 21:24:04

E-BOOK EDUP3143

E-BOOK EDUP3143

EDUP3143 JOSSLYN


KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL


STRATIFIKASI SOSIAL Stratifikasi berasal dari kata “strata” yang bererti tingkatan atau diertikan sebagai perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat. Stratifikasi sosial - sesuatu yang diterima umum oleh masyarakat bagi menentukan kedudukan dalam struktur sosial (Rohana, 2010). 01


02 Unit kekeluargaan yang terbentuk daripada warisan dan juga perkahwinan. 6 ukuran terhadap penilaian kedudukan individu dalam stratifikasi sosial (Chew, 1979) Sifat-sifat peribadi yang dinilai berdasarkan kelakuan seseorang individu. Pencapaian seseorang individu dalam pelbagai institusi sosial seperti dalam institusi sosial dalam institusi ekonomi, pendidikan, agama dan sebagainya. Benda-benda yang dimiliki seperti kekayaan, hartanah dan sebagainya. Kewibawaan seseorang individu. Kuasa yang dimiliki oleh seseorang individu seperti kuasa politik, kuasa dalam sesuatu institusi.


Sifat Stratifikasi Sosial Bentuk Strafikasi Sosial a) Stratifikasi Sosial secara Semulajadi lapisan sosial masyarakat dapat terbentuk kerana keturunan. b) Stratifikasi Sosial yang Dibina berkaitan dengan pembahagian kekuasaan dan jawatan rasmi dalam organisasi formal, pemerintahan, perundangan, perusahaan, parti politik dan lain-lain. 03 a) Stratifikasi Ekonomi dinilai berdasarkan jumlah aset yang dimiliki oleh seseorang seperti jumlah simpanan wang dalam bank, pemilikan saham, bangunan atau gedung- gedung perniagaan. b) Stratifikasi Politik semakin tinggi kekuasaan seseorang, semakin tinggi status sosialnya. Seseorang yang mempunyai kekuasaan tertinggi dinilai mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai tujuannya. c) Stratifikasi Sosial menjadi asas kepada ketaksamaan sosial ini wujud dalam 3 unsur iaitu status sosial, kelas sosial dan kuasa.


Freelance Portfolio 2023 04 FAKTOR KETAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT


2 BENTUK KETAKSAMAAN SOSIAL a) Ketidaksamaan sosial wujud secara semulajadi dan tidak memerlukan sebarang pengiktirafan daripada mana-mana pihak. Sebagai contohnya umur, jantina, kekuatan badan, kekuatan minda adalah berbeza antara satu sama lain. 05 b) Ketidaksamaan sosial yang terbentuk melalui proses bergantung kepada hubungan kumpulan untuk distabilkan. Sebagai contoh, pendidikan, kedudukan dalam politik dan sebagainya adalah kedudukan yang memerlukan sokongan daripada pihak lain dalam mencapai kedudukan.


1) Proses penempatan seseorang individu atau golongan pada sesuatu kedudukan. Contohnya, kedudukan tinggi atau pemilikan sesuatu jawatan boleh memberikan kuasa kepada seseorang individu untuk melaksanakan beberapa tugasan yang dipertanggungjawabkan. 2) Melalui usaha membuat keputusan. Berdasarkan keputusan yang telah dibuat individu mungkin akan menilai ketaksamaan sosial dan kedudukan berbeza yang wujud dalam sosial. FAKTOR KETAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT 06 3) Kedudukan Ekonomi Kedudukan ekonomi memainkan peranan dalam menentukan taraf sesuatu negara sama ada berada pada tahap negara mundur, sedang membangun dan maju. 4) Budaya Budaya dapat dibahagikan kepada empat buah komponen berdasarkan fungsi budaya tersebut dalam kehidupan kelompok masyarakat. Ini termasuklah sistem normatif, sistem kepercayaan, budaya ekspresif dan budaya kebendaan.


07 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN


ASPEK KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN 08 INSTITUSI SOSIAL SEKOLAH KELUARGA MASYARAKAT


09 APAKAH KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP INSTITUSI SOSIAL?


Kesan stratifikasi sosial terhadap institusi sosial: Memberikan keperluan untuk memenuhi peranan sosial dan kelakuan yang diharapkan. Sebagai contoh, institusi perkahwinan dan keluarga dicipta oleh keperluan biologi asas, untuk pembiakan dan penjagaan golongan muda. Telah menyediakan latihan ikhtisas dan separa ikhtisas dalam bidang latihan, penyelidikan dan pendidikan sosial kepada semua pekerja sosial daripada berbagai peringkat dan kumpulan dari dalam dan luar negara termasuk daripada penubuhan bukan kerajaan (NGO). 10


11 APAKAH KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP INSTITUSI SEKOLAH?


Kesan stratifikasi sosial terhadap institusi sekolah: Mewujudkan pengkelasan sekolah yang mempunyai matlamat dam tujuan yang berbeza dalam aspek penubuhannya. Contohnya, Sekolah Elit, Sekolah Kluster, Sekolah Harian, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Berasrama Penuh (SBP). 12


13 APAKAH KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP INSTITUSI KELUARGA?


Kesan stratifikasi sosial terhadap institusi keluarga: Mewujudkan latar belakang keluarga berasaskan kaum dan kekayaan. Kedudukan sosioekonomi antara orang kaya, sederhana dan kurang berada telah membezakan mereka dalam aspek tempat tinggal, gaya hidup dan pemilikan harta. Masyarakat bandar raya dan bandar akan mempunyai akses pendidikan yang lebih banyak, pilihan sekolah dan institusi pendidikan berbanding murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang mengalami kekurang akses pendidikan dalam pelbagai aspek. 14


15 APAKAH KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT?


Kesan stratifikasi sosial terhadap institusi masyarakat: Ciri-ciri masyarakat ialah: i) Masyarakat terdiri daripada manusia yang hidup dalam satu kumpulan. ii) Masyarakat melahirkan kebudayaan. iii) Masyarakat berubah. iv) Masyarakat saling berhubungan. v) Masyarakat mempunyai kepimpinan. vi) Stratifikasi sosial. vii) Sistem sosial. 14


15 PERSAMAAN DAN PERTEMBUNGAN KELUARGA DAN SEKOLAH 15


16 ASPEK NILAI: ASPEK ASPIRASI: ASPEK SIKAP: Nilai merupakan standard dan prinsip dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan manusia. Aspirasi pendidikan kanak-kanak bukan sahaja mencerminkan aspirasi pendidikan keluarga mereka, tetapi juga mencerminkan aspirasi ibu bapa juga terhadap kanak-kanak tersebut. Sikap ibu bapa dan masyarakat terhadap kelangsungan sekolah perlu dipereratkan. Sikap ibu bapa yang sentiasa lepas tangan dalam mengelolakan pendidikan anak menyebabkan wujud konflik.


15 HUBUNGAN SEKOLAH, IBU BAPA DAN MASYARAKAT 17


18 a) Parenting (Keibubapaan) b) Communicating (Berkomunikasi) c) Volunteering (kesukarelawanan) d) Learning at Home (Pembelajaran di Rumah) e) Decision Making (Pembuatan Keputusan) f) Collaborating with the Community (Bekerjasama dengan Masyarakat Setempat) Pihak sekolah boleh membantu pihak keluarga dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan. Pihak sekolah akan berusaha berkomunikasi secara berkesan dengan pihak ibu bapa melalui pelbagai cara dan media. Pihak sekolah boleh melakukan perancangan pelbagai program yang melibatkan ibu bapa di sekolah sama ada sebagai sukarelawan. Pihak sekolah dapat mendedahkan kepada pihak ibu bapa tentang pelbagai kaedah yang sesuai bagi membantu anak-anak belajar. Pihak sekolah juga melibatkan ibu bapa sebagai rakan kongsi dalam pembuatan keputusan dalam beberapa aspek di sekolah. Hubungan baik sekolah dengan masyarakat setempat dapat diwujudkan dengan melibatkan badan-badan lain dalam pelbagai program di sekolah.


Click to View FlipBook Version