ISSUE 08 • JANUARI 2022| SBLM1023
Permainan Tradisional Pelbagai kaum
Di Malaysia
MAJALAH KESENIAN DAN KEBUDAYAAN NO. 1 DI MALAYSIA
INFO
Ketua Editor
ABDUL ASLAM BIN ROSLY |288817
Pembantu Editor
SITI AISYAH BINTI MOHD RUSLI |285162
HANI RASHIDAH BINTI MUNAVER |285979
NUR RABIATUTADAWIAH BINTI ABDUL HADI |284704
Penerbit
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SBLM1023
PENGANTAR PENULISAN
SBLM1023
BARISAN
PENULIS &
EDITOR E-
MAJALAH
KETUA EDITOR
ABDUL ASLAM
PEMBANTU EDITOR 1
SITI AISYAH
PEMBANTU EDITOR 2
HANI RASHIDAH
PEMBANTU EDITOR 3
NUR RABIATUTADAWIAH
ISI KANDUNGAN
01 TINTA EDITOR
Ucapan penghargaan daripada ketua editor
kepada pensyarah kami dan turut menyatakan
secara ringkas penghasilan e- majalah ini.
02 ARTIKEL UTAMA
Permainan tradisional pelbagai kaum
Jenis- jenis permainan tradisional pelbagai
kaum di Malaysia
14 ARTIKEL SAMPINGAN
Jenis- jenis kuih warisan iaitu Perak, Pahang
dan Sarawak
03 22 RUANGAN
KREATIF
CONGKAK
Sajian warna- warni ruangan kreatif untuk
menceriakan hari anda.
24 ARTIKEL SEMASA
Menampilkan berita terkini kepada pembaca.
08 11 26 RUANGAN IKLAN
Memaparkan pelbagai jenis iklan yang menarik
YOYO CINA CHATURANGGAM kepada anda.
Pelbagai jenis aneka kuih Teka Silang kata dan juga 619 KUALA LUMPUR, MALAYSIA, NY 07093 JANUARI 2022| SBLM1023
muih warisan turun komik yang santai dan +1-303-777-0202
temurun negeri- negeri Di merehatkan minda. CONTACT@EMAJALAHKESENIANDANKEBUDAYAAN
Malaysia.
WWW.E-MAJALAHKESENIANDANKEBUDAYAAN.MY
TINTA EDITOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur dengan rahmat Allah dan usaha yang gigih daripada ahli
kumpulan kami, e-majalah yang bertajuk "Permainan Tradisional
Pelbagai Kaum Di Malaysia" ini berjaya dihasilkan dan khusus untuk
melengkapkan kerja khusus kami untuk subjek Pengantar Penulisan
(SBLM1023) sesi 2021/2022 A211 kumpulan (M).
Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Dr.
Mohamed Nazreen Shahul Hamid yang sentiasa memberikan tunjuk ajar
kepada kami sepanjang penghasilan e-majalah ini dan tidak ketinggalan
juga kepada para editor yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam
penghasilan e-majalah ini.
Selain untuk melengkapkan kerja khusus kami, e-majalah ini juga
dihasilkan bertujuan untuk menerangkan dengan lebih terperinci
tentang beberapa permainan tradisional yang berada di negara kita ini.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, kami
sedaya upaya meyediakan e-majalah ini agar permainan tradisional di
negara kita ini dapat dikenali oleh semua lapisan masyarakat tanpa
mengira kaum seterusnya dapat menyemai rasa cinta dan bangga
terhadap keunikkan negara kita.
Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya
ada kekhilafan dan kelemahan yang dilakukan sepanjang proses
pembikinan e-majalah ini. Saya selaku ketua editor untuk e-majalah ini
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada
ahli yang terlibat dalam menjayakan e-majalah ini dan berharap agar
kami akan mendapat markah yang baik dalam tugasan ini.
ABDUL ASLAM BIN ROSLY
TINTA EDITOR I 1
ARTIKEL UTAMA
JENIS -JENIS PERMAINAN
TRADISIONAL PELBAGAI
KAUM DI MALAYSIA
PERMAINAN TRADISIONAL| 2
PERMAINAN Congkak merupakan permainan tradisional melayu
TRADISIONAL yang digemari oleh kaum hawa, kanak – kanak dan
MELAYU juga kaum adam. Permainan Congkak ini sesuai
dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau dijadikan
CONGKAK sebagai pertandingan. Selalunya ia menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah
OLEH NUR RABIATUTADAWIAH manakala buah Congkak menggunakan bijih getah
dan guli.
SEJARAH PERMAINAN CONGKAK
Latar belakang sejarah mengenai congkak iaitu mula
berkembang dari Melaka. Memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Nama “Congkak” dipercayai berasal daripada Bahasa
Melayu “Congak” yang bermaksud pengiraan mental.
Permainan tradisi melayu ini bukan sahaja diminati
oleh orang melayu malah keturunan Peranakan India
dan Baba Melaka turut menyukai permainan ini. Di
pulau Carribean, Congkak dikenali sebagai Warri atau
Awari. Di Indonesia, dikenali sebagai Congklak, dan di
Filipina dikenali sebagai Sungka.
ALATAN PERMAINAN
Dalam permainan Congkak terdapat dua bahan iaitu
papan dan juga buah Congkak. Papan Congkak
berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada
pelbagai jenis kayu. Lubang pada Congkak terdapat
lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai
“kampung” dan di kedua- dua hujungnya terdapat
lubang ibu dikenali sebagai ‘rumah’ . Panjang papan
congkak kebiasaannya tujuh lubang iaitu sekitar 80
cm dan lebarnya 18 cm. Buah congkak menggunakan
biji saga, guli atau biji getah.
PERMAINAN TRADISIONAL| 3
Issue No. 08 . JANUARI 2022 | SBLM1023
CARA
BERMAIN
CONGKAK
1.Pemain akan memulakan permainan dengan serentak.
2.Mereka akan memulakan dan memasukkan buah congkak secara satu
persatu ke dalam setiap ‘kampung’ menuju ke rumah masing- masing
mnurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang
kosong dan dianggap mati. ‘Rumah kepunyaan sendiri terletak di lubang
hujung sebelah kiri pemain.
3.Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di
lubang yang kosong.
4.Selepas itu, pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
5.Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah
Congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam
lubang ibu.
6.Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang
menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan.
7.Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup
buah bagi mengisi walau satu lubang seklaipun dan dianggap kalah.
PERMAINAN TRADISIONAL| 4
SBLM1023| JANUARI 2022
GULI
OLEH NUR RABIATUTADAWIAH
Guli antara salah satu permainan tradisional
melayu. Permainan ini amat digemari oleh kanak –
kanak lelaki yang berusia tujuh sehingga 12 tahun.
Permainan guli atau lebih dikenali sebagai kelereng
dimain di tempat yang lapang dan teduh. Guli
biasanya dimain pada musim panas atau kemarau.
Hal ini kerana pemain mengharapkan tanah kering
untuk lubang yang digali. Apabila tanah basah atau
berlumpur, permainan guli tidak seronok kerana
buah guli akan menjadi lenget.
Jika dahulu, potongan – potongan kayu dibulatkan
sebesar biji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli.
Selepas perang Dunia Pertama , guli diperbuat
daripada bahan kapur yang diadun dengan simen.
Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang guli diperbuat
daripada bahan – bahan kaca dengan ukuran yang
pelbagai saiz. Bermula dengan ukuran jari kaki
kelingking sehingga ibu jari kaki.
ALATAN PERMAINAN
Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan
tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah
pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah
rata dan lapang merupakan kawasan yang paling
sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli
yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.
PERMAINAN TRADISIONAL | 5
JANUARI
2022
CARA GBUERLMI AIN
OLEH NUR RABIATUTADAWIAH
1) Pemain perlu memilih kawasan tanah yang rata.
2) Satu garisan bulat berdiameter 1m perlu dilukiskan.
3) Satu lubang hendaklah dikorek di tengah-tengah bulatan
tersebut.
4) Saiz lubang adalah sebesar 10cm dan dalamnya 7cm.
5) Satu garis lagi perlu dilukis pada jarak 3m dari bulatan tadi
bagi menandakan tempat mula permainan.
6) Setiap pemain perlu memasukkan guli masing-masing ke
dalam lubang.
7) Sesiapa yang dapat masukkan guli ke dalam lubang dikira
pemain pertama yang akan memulakan permainan diikuti oleh
pemain seterusnya.
8) Pemain pertama akan menjentik guli ke kawasan bulatan agar
semua guli terkeluar daripada kawasan bulatan.
9) Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain
seterusnya akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada.
10) Begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai
membuat jentikan ke atas guli pemain yang lain.
Jumlah mata dikira berdasarkan berapa banyak kenaan jentikan
pada guli pihak lawan sehingga selesai.
PERMAINAN TRADISIONAL |6
Batu seremban antara permainan tradisional yang terkenal dan BATU
popular dalam kalangan masyarakat tidak kira Melayu, Cina dan
juga India. Permainan batu seremban ini sering dimainkan pada SEREMBAN
waktu lapang. Pada zaman dahulu batu seremban ini dimain di
serambi rumah, di dalam rumah dan dimana – mana sahaja. Batu OLEH NUR RABIATUTADAWIAH
seremban atau nama lainnya dikenali sebagai permainan selambut
atau serembat. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan CARA BERMAIN BATU
pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung SEREMBAN
permainan ini dikenali sebagai Seremban. Selain itu, permainan 1. Permainan ini adalah satu
batu seremban ini gemar dimainkan oleh kanak – kanak permainan yang mana batu-
perempuan. Permainan batu seremban ini boleh dimain secara batu kecil dilambung dan
berpasangan atau secara berkumpulan seramai tiga hingga empat kemudiannya disambut
orang atau lebih. kembali.
ALAT PERMAINAN 2. Terdapat beberapa
Permainan ini dimainkan di dalam rumah. Biasanya ia peringkat atau cara sambutan
menggunakan ketulan batu yang kecil, biji buah, guli kaca, biji buah yang berlainan. Bermula
getah, anak batu kerikil atau boleh menggunakan objek lain yang dengan peringkat pertama
berbentuk bulat. Namun inovasi telah dilakukan di mana buah yang mudah dengan
batu seremban menggunakan ketulan batu kurang digunakan menggunakan sebiji buah
kerana terdapat buah yang diperbuat daripada kain perca yang yang dinamakan sebagai buah
dijahit dan diisikan dengan biji kacang hijau. Malahan buah yang satu hinggalah kepada
diperbuat daripada kain tersebut ada dijual secara dalam talian dan peringkat lebih tinggi atau
mudah untuk didapati. Buah yang diperlukan untuk bermain batu peringkat yang teratas
seremban adalah sebanyak tujuh biji sahaja. dinamakan buah tujuh
PERMAINAN TRADISIONAL | 7
PERMAINAN TRADISIONAL CINA
CARA BERMAIN YO-YO CINA
Permainan ini boleh dimainkan dengan OLEH HANI RASHIDAH 25
pelbagai gaya iaitu boleh menjadi
semudah melontar yo-yo ke udara atau LATAR BELAKANG YO-YO CINA JANUARI 2022 | SBLM 1023
melambung di sekitar belakang pengguna.
Pemain akan memegang hujung kedua- Yo-yo Cina adalah sebuah permainan yang
dua kayu dan mengimbangi yo-yo berasal dari negara China. Permainan ini
daripada jatuh. Yo-yo barat mengekalkan dipercayai telah wujud sejak zaman Dinasti
gerakan berputar melalui kesan berputar Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644
berdasarkan pemuliharaan momentum selepas Masihi. Yo-yo Cina terdiri daripada dua
sudut. cakera yang sama saiz iaitu disambung dengan
gandar yang panjang. Satu gerakan seli
BAHAN-BAHAN MEMBUAT YO-YO CINA mengangkat dan menjatuhkan dengan
menggunakan dua batang iaitu setiap satu yang
Secara tradisional, yo-yo Cina diperbuat dipegang dalam satu tangan. Hal ini
daripada buluh, tetapi buluh yang sangat membolehkan yo-yo berputar pada tali yang
mudah untuk lentur dan tidak bersesuaian diikat di antara batang kayu. Pada zaman
terutamanya untuk helah-helah yang moden, permainan ini digunakan sebagai
terlalu rumit. Kebiasaannya, nilon mainan kanak-kanak, alat persembahan di
digunakan sebagai bahan untuk membuat sarkas dan juga terdapat di dalam tarian Cina.
jaring. Walaubagaimanapun, yo-yo Cina
pada zaman sekarang diperbuat daripada
plastik untuk menambah daya tahan.
Tongkat pula masih menggunakan kayu
keras sebagai bahan utama. Tongkat yang
telah diperbuat daripada kayu lebih
murah dan sesuai kepada pemula.
Terdapat juga tongkat yang diperbuat
daripada aluminium, Lucite, karbon,
logam dan Fibreglass.
PERMAINAN TRADISIONAL I 8
MAHJONG OLEH HANI RASHIDAH
ASAL-USUL PERMAINAN TRADISIONAL I 9
Mahjong atau mahjung merupakan permainan
untuk empat orang yang berasal dari negara
China pada abad ke-19. Permainan ini memrlukan
kemahiran, pengiraan dan strategi termasuk satu
tahap berkaitan dengan nasib. Di Asia, Mahjong
popular sebagai permainan komputer dan
perjudian. Mahjong dipercayai telah dicipta oleh
Konfusius Pemerintah People’s Republic of China
pada tahun 1949. Permainan ini telah dimainkan
setelah berlakunya revolusi kebudayaan. Terdapat
sebanyak 13 variasi utama aturan Mahjong seperti
variasi Asia termasuk kanton, Cina Klasik, Sichnan,
Jepang, Taiwan, Singapura, Fujian, Filipina dan
Vietnam.
MATLAMAT
Permainan ini mempunyai matlamat iaitu jika ingin
mendapatkan “Mahjong”, pemain perlu
mendapatkan 14 jubin menjadi empat empat set
dan satu pasangan. Pasangan adalah dua jubin
yang sama. Satu set boleh menjadi “Pung”, iaitu
tiga jubin yang sama, atau “Chow”, iaitu
merupakan larian tiga nombor berturut-turut
dalam saman yang sama. Jubin tunggal tidak
boleh digunakan dalam dua set sekaligus.
KOMPONEN PERMAINAN
Secara ringkasnya, permainan ini dimainkan
dengan set jubin. Terdapat sebanyak 136 jubin
termasuk 36 aksara, 36 buluh, 36 bulatan dan
seterusnya dibahagikan kepada empat set
nombor 1 sehingga 9 dalam setiap guaman.
Terdapat juga 16 jubin angin dan jubin naga.
Mahjong juga mempunyai 1 pasang dadu iaitu
untuk menentukan kesepakatan dalam permainan
serta 4 rak (pilihan).
XIANGQI
OLEH HANI RASHIDAH
LATAR BELAKANG ASAS-ASAS DAN CARA BERMAIN
Xiungqi merupakan sebuah permainan papan cina Terdapat beberapa asas-asas permainan yang perlu
yang paling popular di dunia dan dimainkan oleh dua diketahui oleh pemain sebelum bermain Xiangqi
orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang seperti di bawah:
sama dengan catur yang lain seperti catur
Antarabangsa, Chaturanga, Shogi dan Janggi. 1.Pertama sekali, pemain baru perlu menguasai
Permainan ini berasal dari negara China dan digelar bentuk, nama, kedudukan, bergerak, negara serta
sebagai Catur Cina. Permainan ini juga didapati telah menghalang tentera musuh dalam permainan agar
mula dimainkan seawal abad ke-4 Masihi di China dan dapat menentukan pemenang bagi setiap
sangat digemari oleh raja-raja China pada masa dahulu. perlawanan.
Pada mulanya, tiada peraturan yang terperinci kerana 2.Pemain perlu mengetahui cara untuk menganalisis
permainan ini berkembang bersama-sama perubahan taktik, melihat pihak lawan bergerak, dan apakah
zaman dan menggambarkan kebijaksanaan yang catur potongan yang harus dipindahkan.
dihasilkan oleh rakyat China. Permainan ini sangat 3.Pemain perlu memahami bagaimana gabungan-
membantu dalam membantu mengatur strategi-strategi gabungan catur, potongan catur dan catur yang
peperangan. terdapat di dalam mainan.
4.Pemain perlu mempelajari langkah catur asas,
CIRI-CIRI UNIK langkah berjaga-jaga, pemeriksaan dan strategi
Terdapat beberapa ciri-ciri unik yang terdapat apabila catur berakhir.
dalam permainan ini iaitu 2 warna bagi buah catur
Xiangqi iaitu warna hitam atau hijau dan warna Setiap pemain akan mengawal salah satu warna buah
merah. Selain itu, pergerakan yang unik seperti Pao catur. Pemain perlu mengerakkan buah catur agar
(meriam), peraturan yang melarang (seperti “raja” dapat mengeluarkan buah catur pelawan dengan
dalam catur antarabangsa daripada bertemu dalam pergerakan catur yang tertentu.
garisan yang sama dan juga “sungai” dan “istana”
yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah PERMAINAN TRADISIONAL I 10
catur.
PERMAINAN TRADISIONAL INDIA
CHATURANGGAM
OLEH SITI AISYAH
ASAL USUL CHATURANGGAM CARA BERMAIN CHATURANGGAM
Asal-usul catur moden semula dikenal dengan Chaturangga ini mempunyai dua
nama Chaturanggam, yang berkembang di India hingga empat pihak yang bermain
pada abad ke-6. Menurut terminologi Sanskrit, dalam satu masa. Cara bermain
chaturanga bermaksud memiliki empat bahagian adalah seperti permainan catur dan
dan dalam puisi epos kepahlawanan perkataan kemenangan ini bergantung kepada
ini juga bererti tentera. Nama permainan ini pembersihan terhadap semua bidak
berasal dari sebuah formasi pertempuran dalam lawan (kecuali raja) buah terakhir.
epos Mahabrata yang terkenal di India. Kemenangan ini juga boleh berlaku
Chaturanggam adalah sebuah simulasi apabila atau melalui penaklukan
permainan perang untuk memperlihatkan terhadap raja lawan.
kekuatan strategi askar India Pada masa itu.
PERMAINAN TRADISIONAL | 20
PERMAINAN TRADISIONAL I 11
KHO KHO
OLEH SITI AISYAH
Kho - Kho adalah permainan tradisional yang
popular dalam kalangan kaum India. Permainan
ini berasal dari Maharashtra dimainkan pada awal
permainan yang menggunakan kereta kuda.
Menurut ahli sejarah India, permainan ini telah
diubahsuai kepada satu permainan iaitu lari dan
kejar dimana seorang pemain akan berlari dan
mengejar untuk menyentuh pemain lain.
permainan ini memerlukan kecergasan fizikal
serta pergerakan yang fleksibel untuk mengelak
disentuh oleh pihak lawan. Permainan ini boleh
dimainkan oleh lelaki, Wanita dan kanak-kanak
dari semua peringkat umur. Permainan ini
dimainkan di kawasan yang lapang dan peralatan
yang diperlukan adalah dua tiang.
Permainan Kho-Kho ini mempunyai pemain
seramai 9 orang dalam satu kumpulan.Terdapat 2
giliran dalam permainan ini. Setiap giliran
diperuntukkan selama 7 minit untuk lari dan kejar.
Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan
berada di tengah setiap 8 kotak yang ada di
padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan
duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang. Manakala, pemain yang
kesembilan akan bertindak sebagai pengejar.
Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh
pemain lawan dengan menggunakan tapak
tangan.
PERMAINAN TRADISIONAL |12
KABADDI
Kabaddi ialah sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional India.
Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara
Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil
Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Dua pasukan akan dibentuk
yang mana terdiri daripada tujuh pemain, permainan ini terdiri daripada satu pengadil,
dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.
Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana
bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah
balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan
padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan
tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan
akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang
balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai
ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi
sempadan garisan atau bahagian badan mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa
bergelut dengan pasukan pihak lawan.
OLEH SITI AISYAH PERMAINAN TRADISIONAL |13
ISSUE NO. 08
Kuih n-egmeuriihdJanwuiari 20Ma22 riaslaanynseigaeri-
ARTIKEL SAMPINGAN
SBLM1023| KUIH WARISAN DI MALAYSIA
KUIH WARISAN | 14
NEGERI PAHANG
KUIH TIGA BERADIK
OLEH NUR RABIATUTADAWIAH
KUIH WARISAN| 15
PENGENALAN
KUIH TIGA BERADIK
Kuih tiga beradik ini merupakan juadah warisan
iaitu pencuci mulut yang terkenal di negeri
Pahang. Pencuci mulut ini begitu sinonim dan
paling dinanti – nanti setiap kali kedatangan
Ramadhan. Kuih tiga beradik ini tidak mudah
didapati pada hari- hari yang lain malah kuih ini
hanya muda didapati menjelang bulan puasa.
Pencuci mulut ini sinonim dengan masyarakat di
Chenor dan Maran. Mengapa kuih ini dikatakan
tiga beradik ? kerana mempunyai persamaan
bahan utama yang digunakan dalam
pembuatannya iaitu tepung pulut dan santan
pekat. Oleh hal yang demikian, kuih tiga beradik
ini terdiri daripada tiga jenis kuih iaitu kuih badak
kubang, kuih pepena dan juga dodol kukus.
Bahan yang digunakan untuk membuat kuih tiga
beradik ini hampir sama kerana memerlukan
tepung gandum, beras pulut hitam yang dikisar
halus, gula merah, gula pasir, santan, kelapa parut
sebagai inti, air pandan dan daun pisang yang
dilayur sebagai pelapik bekas.
KUIH WARISAN| 16
BADAK KUBANG PEPENA DODOL KUKUS
Cara Penyediaan kuih PEPENA
Kuih pepena berbentuk bintang pula
tiga beradik dibuat menggunakan bahan sama
membuat badak kubang kecuali
kuahnya menggunakan bancuhan
tepung gandum, santan, air pandan
BADAK KUBANG dan gula pasir.
Kuih badak kubang berbentuk DODOL KUKUS
bulat dibuat menggunakan tepung
pulut dan beras pulut hitam yang Dodol kukus pula teksturnya lebih
dikisar halus berintikan kelapa dan
kuahnya pula campuran tepung halus dan lembut serta diletakkan
gandum, santan dan garam yang
menerbitkan rasa lemak-lemak minyak di bahagian permukaan dan
masin.
menggunakan campuran tepung
pulut, santan dan gula merah sama
seperti membuat dodol kacau, tetapi
yang membezakannya ialah cara
memasaknya menggunakan kukus
dan tidak dikacau. KUIH WARISAN| 17
NEGERI PERAK
KUIH
CECEMEK
OLEH HANI RASHIDAH
ASAL USUL KEUNIKAN HIDANGAN
Cecemek, adalah sebuah kuih pemanis Kuih Cecemek ini istimewa
mulut yang begitu unik dan menarik. adalah kerana kuih yang sentiasa
Namanya telah menggambarkan dirindui dan akan ditunggu-
kenikmatan dan kesedapan kuih tunggu oleh peminatnya. Hal ini
tersebut apabila berada di dalam
mulut si pemakan. Kuih cecemek demikian kerana kebiasannya,
merupakan salah satu daripada
makanan warisan negeri Perak dan ia kuih ini hanya akan dibuat dan
semakin kurang dikenali oleh generasi
muda pada hari ini kerana resepinya dijual sewaktu bulan Ramadan
tiba. Sudah menjadi lumrah dan
kebiasaan,boleh dikatakan
kurang diwarisi. Terdapat sedikit hampir setiap rumah di
kekeliruan tentang kuih Cecemek ini Kampung Gajah akan ada kuih
kerana telah menyamakannya seperti Cecemek ini sebagai juadah
kuih Sampan dan kuih Limas. Hal ini berbuka puasa di rumah mereka,
kerana rupa dan bentuknya lebih Apakah anda pernah merasai
kurang seperti kuih Sampan namun kuih Cecemek ini? Jika ada
imempunyai kelainan yang tersendiri pembaca yang tahu membuat
dan boleh dianggap kuih warisan kuih tradisi ini, jangan lupa
negeri Perak terutamanya Kampung untuk turunkan ilmu kepada
Gajah kerana dipercayai di situlah asal keluarga dan kenalan agar
usul kuih Cecemek. nostalgia lama dapat dirasai
CARA PENYEDIAAN kembali dan tidak ditelan dek
1. Kuih Cecemek menggunakan arus zaman.
tepung pulut dan sedikit tepung
gandum yang dibulatkan kecil dengan
membuat lubang di tengah-tengah.
2.Kemudian, doh kecil telah
diletakkan dalam bekas yang dibuat
daripada daun pisang yang mana
kebiasaannya berbentuk segi empat.
3. Akhirnya, letakkan gula serta
bancuhan santan yang akan dikukus.
KUIH WARISAN I 18
LATAR BELAKANG CARA PENYEDIAAN
Kuih kundas merupakan salah satu Penyediaan untuk membuat kuih
ini juga berbeza dengan kuih
makanan warisan yang agak terkenal chakoi iaitu menggunakan marjerin
di negeri Perak terutamanya di atau telur di dalam adunan
sekitar Karai, Padang Rengas dan manakala kuih kundas tidak
Kuala Kangsar. Kuih ini juga meletakkan bahan-bahan tersebut.
mempunyai panggilannya yang 1. Campurkan kesemua bahan- KUIH KUNDAS
tersendiri iaitu disebut sebagai “Kuih bahan ke dalam satu bekas dan uli
bersama dengan air garam. OLEH HANI RASHIDAH
Kundeh”, “Coq kembung” atau “Kuih 2. kemudian, biarkan doh naik
Bantal”. Hal ini demikian kerana sebanyak 2 kali ganda dan
makanan ini seakan-akan kuih chakoi mengembang.
tetapi kebiasaannya dimakan pada 3. Panaskan minyak. Letakkan
waktu pagi sebagai sarapan. Makanan tepung yang telah mengembang
ini boleh dimakan bersama pencicah tadi dan canaikan menjadi doh.
4. Potong mengikut bentuk yang
kari atau kuah kacang. diinginkan dan gorengkan sehingga
warna keemas an selama beberapa
minit.
5. Angkat dan toskan. Kemudian,
siap untuk dihidangkan.
THE STYLE SECTION
KUIH WARISAN I 19
NEGERI SARAWAK
KEK LAPIS SARAWAK
&
KUIH SELOROT
OLEH ABDUL ASLAM KEK LAPIS
SARAWAK
Kek Lapis Sarawak merupakan hasil kerja tangan tradisi
warga Bumi Kenyalang yang diwarisi secara turun temurun.
Penghasilan Kek Lapis Sarawak melalui proses manual yang
sangat teliti, rumit dan memakan masa. Jadi, tidak hairanlah
mengapa harganya sedikit mahal berbanding dengan kuih
tradisional yang lain. Kesabaran dan kesenian tinggi akan
menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu menarik dalam
kepelbagaian corak, rasa dan saiz.
Keunikan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan telah memberi
impak besar kepada masyarakat Malaysia hari ini. Di samping
itu, kek ini juga menjadi menu utama hari – hari perayaan
Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan Gawai.
Ianya turut menjadi pilihan di Majlis Perkahwinan,
Pertunangan malahan tidak ketinggalan badan-badan
korporat juga memilih Kek Lapis Sarawak menjadi
cenderahati di majlis – majlis rasmi mereka sebagai satu
bentuk kelainan.
Cara Penyediaan
Boleh juga menggunakan resepi ini dan dipelbagaikan corak
dan lapisan mengikut kesukaan dan boleh juga digunakan
untuk membuat kek lapis gulung dan juga kek lapis biasa
sahaja.
1. Telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih.
2. Adunan tadi di campur tepung hong kong dan horlicks.
3. Masukkan butter dan dikacau sebentar.
4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar
selapis-selapis.
5. Untuk membuat 2 warna, bahagikan dua dan diwarnakan
mengikut warna kesukaan.
6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven
sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat.
7. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk
memberi rasa yang masam. KUIH WARISAN I 20
KUIH SELOROT OLEH ABDUL ASLAM
Kuih selorot merupakan kuih tradisional Antara bahan-bahan yang digunakan dalam
masyarakat Sarawak. Rasanya yang lemak menghasilkan kuih ini ialah tepung beras,
manis seakan-akan rasa kuih tepung pelita gula, garam, kapur, santan, pewarna hijau,
membuatkan pengunjung tidak akan daun pandan dan daun nipah sebagai
melepaskan peluang untuk merasai kuih ini kelongsang kuih.
ketika berada di Sarawak.
Cara Penyediaan
Terdapat banyak panggilan untuk kuih ini Cara-cara penyediaannya amat mudah iaitu
antaranya jelurut, selurut, clorot, celorot, didihkan santan dengan api sederhana
cerorot atau celurut. Kuih ini diperbuat dari besar. Sementara menunggu santan
tepung beras manis dan santan. Ia dibalut mendidih, adunkan tepung beras bersama
dengan janur atau daun kelapa muda dalam sedikit air pandan.
bentuk kon. Kuih ini juga merupakan gula-gula
yang diperbuat daripada santan dan tepung Tuang santan yang telah mendidih ke dalam
beras yang dibungkus dengan daun kelapa. bancuhan tepung dan gaul sebati dan
pastikan adunan tidak berketul. Masukkan
gula, garam serta kapur sebelum tambah
pewarna hijau dan gaul sebati. Setelah siap
masukkan adunan ke dalam kelongsong
kuih dan kukus selama 30 – 45 minit.
KUIH WARISAN I 21
RUANGAN
KREATIF
CABARAN MINDA KREATIF
Permainan Tradisional Kaum Di
Malaysia
Selesaikan Teka Silang Kata Berikut. Semoga Berjaya!
MELINTANG MENEGAK
2). Sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar 1). 2 warna bagi buah catur dalam
dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. permainan ini iaitu warna hitam atau hijau
3). Mempunyai lima atau tujuh lubang sebaris dan warna merah.
yang dikenali sebagai “kampung”. 3). Berasal dari sebuah formasi
4). Dimainkan di kawasan yang lapang dan pertempuran Epos Mahabrata.
peralatan diperlukan adalah dua tiang. 5). Memerlukan kemahiran, pengiraan,
6). Nama lain dikenali sebagai permainan strategi dan nasib.
selambut atau serembat.
7). Kawasan tanah rata dan lapang merupakan
kawasan yang paling sesuai untuk bermain.
8). Mempunyai dua cakera yang sama saiz iaitu
disambung dengan gandar yang panjang.
RUANGAN KREATIF I 22
KOMIK SANTAI
Bendera Kita
Aku bangga betul Jadi sebab itu, aku Mak, ada Ambil bendera tu Wah! Cantik
menjadi rakyat nak tunjuk rasa bendera jatuh cepat Amir. Tak betul bendera
Malaysia! Melayu, cinta aku dekat elok kalau biar di kita kan mak?
Cina, India hidup Malaysia.. lah mak!
bawah...
harmoni...
Betul tu Amir, Jalur
Gemilang ini
merupakan lambang
kebanggaan negara
kita..
Ayuh! kita Bro.. Jalur
kibarkan bendera Bro.. Gemilang!
kita.. Saya bangga
menjadi anak
Tahu lah semangat Haih dia ni.. Malaysia! Yeay!
kenegaraan tinggi..tapi, belum kenal lagi
bendera ni takda yang langit tinggi ke
rendah. banyak
besar lagi ke macam
mana? bunyi pula..
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir
itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu
pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
RUANGAN KREATIF I 23
Artikel Semasa
ARTIKEL SEMASA | 24
Permainan Tradisional
Jangan Dilupakan
Permainan tradisional yang menjadi identiti
negara semakin dipinggir masyarakat
terutamanya generasi muda berikutan
perkembangan pesat teknologi maklumat
yang membuka ruang kepada permainan
moden di alam maya seperti Mobile
Legends, PUBG dan lain-lain yang
membuatkan mereka minat bermain
permainan yang berasaskan komputer dan
digital. Hal ini menyebabkan generasi muda
tidak mengenali permainan tradisional
yang dibawa dan dimainkan oleh nenek
moyang kita suatu ketika dahulu. kita
sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-
sama untuk berganding bahu dalam
mempopularkan permainan tradisional
agar terus berkekalan bak kata pepatah
‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.
ARTIKEL SEMASA |25
Ruangan Iklan
@UUM
5 & 6 FEBRUARI 2022
DEWAN MUADZAM SHAH UUM
RUANGAN IKLAN |26
12 FEBRUARI 2022 (SABTU)
19 Februari 2022
RUANGAN IKLAN |27