The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hazita Majid, 2021-12-13 07:39:31

MINIT MESYUARAT 2020

MINIT MESYUARAT 2020

MINIT
MESYUARAT
AGUNG pibg
KALI KE-12
(tahun 2020)

SRA TAMAN BUNGA RAYA,
BUKIT BERUNTUNG.

1

SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU
MESYUARAT AGUNG KALI KE-12 (2020)

1. FADZILAH BT ABDUL RAOF 43. MOHAMAD ALSOFIAN BIN ADLI
2. WAN MOHD AFZAL NIZAM BIN WAN MD NAJID 44. MUZAIMAH BT MOHD SUPIYAN
3. NORAZLINA BT KU MOHD ROSDY 45. NOORAIDA BT OTHMAN
4. DEASY MULIAM 46. SITI KHATIJAH BT TAMAMI
5. ROSZANA BT SELAMAT 47. SALMIAH BT OTHMAN
6. MAS ANUM BT MOHD SALEH 48. SITI ESAH BT SAID
7. NOR ASHIKIN BT ABDULLAH 49. RUZIAH BT ABD WAHID
8. WAN NORMARDIANA BT WAN IBRAHIM 50. AHMAD ISHAM BIN YAHYA
9. CHE ROHANI BT CHE ROS 51. SHAZLEIN BT MAT JIDIN
10. ROSDATUL ASMAH 52. SITI ZAMZARINA BT M.KAYAT
11. SITI FAIRUZ BT MAR RAMLI 53. MAZLIANA BT MUSA
12. KHAIRUL ZAMZARI 54. MAT SAAD BIN ABDULLAH
13. NOOR ZAILAN BT PRAMLY 55. IRNIWATY BT ABD HALIM
14. NORATINA BT ADAM 56. MAS SURIA BT CHE AMAN
15. SUHAILI BT MAT NOR 57. ZAFARALI BIN ALI AKBAR
16. ZAIHASNI BT OMAR 58. MOHD NOR BIN MAT ISA
17. SURIA BT SAAN 59. WARASTUTI
18. HASNIAH BT ABU SARI 60. JEMILAH BT ZAINI
19. FARADILA BT YUSOF 61. IKHLAS BIN AHMADI
20. HISHAM BIN OTHMAN 62. MOHAMAD KHAIRI BIN BABUAIN
21. NORAIZAH BT MARJUNI 63. KAMISAH BT IBRAHIM
22. HAILMI BIN JAMAL 64. NOORAZIZAH BT MOHD SIDEK
23. NORRANE BT ZAINAL 65. MASRAN BIN OTHMAN
24. NORAZLINDAWATI BT MD DAUD 66. NORMALA BT SULAIMAN
25. SITI ZARAH BT SALIKIN 67. ROZANNAWATI BT AIYUB
26. ROHANA BT BUSARI 68. SITI ROHANA BT YAHYA
27. NASUUHA BT ISMAIL 69. SRI SUNARTI
28. SANIAH BT SAIDIN 70. NOR AZURA BT ABDULLAH SAIDI
29. NAJJWA BT ABD KADIR 71. SAODAH BT MAT YATIM
30. AZLINA BT MAT SIRON 72. NORAZMAH BT MD BOHARI
31. ZAINUN BT MAMAT 73. RUZYTA BT ABDUL AZIM
32. NORISMA ADAM BIN AZRAN 74. NOR HAPIZAH BT MD FAUZI
33. ROSNAH BT AWANG 75. ROSNIZA BT MD TALIB
34. NOOR ARNIEY BT MOHAMAD RAZALI 76. ROSLAN BIN MAHAT
35. ROSLINA BT ABD GHANI 77. NOR YUSRI BIN YUSOF
36. UMMI KALTHOM BT MOHAMMAD 78. SITI NORHAYA BT MD YUNUS
37. FARIDAH BT ZALI 79 RASHIDAH BT MOHD TAHIR
38. MUNIRAH BT IBRAHIM 80. KAMARUDIN BIN ABDUL HALIM
39. NOOR FADHLIAH BT RODI 81. ZAKIRAH BT ABDULLAH
40. NORAZLINDA BT AHMAD 82. HASANAWIYAH BT ASRI
41. SUZILA BT SHAMSUDDIN 83. SITI FATIMAH BT JUSOH
42. SYUHAIDA BT MOHAMAD 84. ZULFAIDAH BT MOHAMAD OSMAN

2

85. MUMEENAH BT KHORDE 119. HARUN BIN GHAZALLI
86. MUHAMAD TARMIZI BIN AB.RANI 120. AZLINDA BT MAMAT
87. RODZIAH BT ABD RAHMAN 121. AZMAN BIN SHAMSUDDIN
88. UMI KALTHOM BT KALIMI 122. YUSZURYANI BT NASRDIN
89. NORLIDA BT ABD HAMID 123. ZAINUN BT JAAFAR
90. NORZAKIAH BT ABD HAMID 124. AHMAD SALAHUDDIN BIN MOHAMED
91. NOR AZIMAH BT NORDIN 125. ROHANI BT ZAKARIA
92. AZLAN BIN NABAWI 126. SABARIAH BT LING
93. SITI FATIMAH BT MOHAMMAD 127. NORMADIAH BT DIN
94. HASINAH BT MOHAMAD 128. NOR RAFIDAH BT ISMAIL
95. SITI MERIAM BT SABRAN 129. CHE ZAUYAH BT ABDULLAH
96. SARINAH BT AMMAT 130. HERMAN BIN HASHIM
97. ZULIANA BT ABD MAJID 131. SUZIYANTI BT AMIR
98. MAZLINA BT MOKHLAS 132. ZURIA HASNITA BT ENDUT
99. NURUL HIDAYAH BT IBRAHIM 133. KHADIJAH BT MAT JUSIN
100. NORHANITA BT MOHD RIVOAN 134. WARDAH BT ANWAR
101. NORSYAKINAH BT RASIMAN 135. ROSLAINI
102. NORSHAHRIZA ELINA BT KHARUDDIN 136. NOOR LIZA BT BHARUM
103. HASNIZA BT ABD.WAHID 137. MOHD SHARIZAL BIN HJ.SUBHI
104. MUHAMMAD AKMAL BIN ZULKARNAIN 138. ISHAK BIN ISMAILROHAYA BT SAMA.AE
105. SITI SALINA BT MOHD SADALI 139. FADILAH BT ABDOL WAHAB
106. AMER BIN KADER 140. BADRUL HISHAM BIN NORDIN
107. ZAIDATUL RAKAYA BT AHMAD 141. NORLIAYU BT ALI
108. NORZAFITRAH BT ZAYUDDIN 142. NORELIZAM BIN KHAIRUDDIN
109. DATO SERI DR MOHD RHIDDUAN 143. SITI FATIMAH BT DISA
110. DATO SRI NORDALILA BT ABD WAHAB 144. YUSLINA BTE MOHD RESAD
111. NORZURIATTI BT MOHAMED MOKHTAR 145. SAADIAH BT MOHID
112. NURESMA BT MUSTAPA 146. ROZANA BT KHALID
113. UMI KALSOM BT ZAKARIA 147. MAZLIWATI BT MOHD SAAD
114. ROZIAH BT RAHMAN 148. ROHAIDA BT HUSSEIN
115. NUR AISHAH BT AZIZ 149. NORFAZILAH BT ALIAS
116. NAFISHAH BT MD REJAB 150. JAMALIAH BT AHMAD
117. SARUNAH BT OMAR 151. ZURINNA BT JAAFAR
118. AZEAN BT MD HASHIM

Kehadiran : 151 Orang

3

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12
TAHUN 2020

SRA TAMAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG.

TARIKH : 29 Februari 2020 (Sabtu ) bersamaan 05 Rejab 1441(H)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL-FATEH, SRA TAMAN BUNGA RAYA
DIRASMIKAN OLEH : EN.AMRI BIN ISFAR (Pengurus Jabatan Pengurusan Sumber Manusia,

KEHADIRAN Ingress Technologies Sdn Bhd).
: GURU-GURU/KAKITANGAN/AJK PIBG/AHLI PIBG

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021

1. Usth.Noor Liza Bt Bharum - Penasihat
2. En.Mohd Sharizal Bin Hj.Subhi - Yang Dipertua
3. En.Herman Bin Hashim - Naib Yang Dipertua
4. Usth.Norhanita Bt Mohd Rivoan - Setiausaha
5. Usth. Muzaimah Bt Mohd Supiyan - Naib Setiausaha
6. Usth.Suzila Bt Shamsuddin - Bendahari
7. Usth.Rosnah Bt Awang - Naib Bendahari
8. Usth. Siti Zarah Bt Salikin - AJK Guru
9. Usth.Munirah Bt Ibrahim - AJK Guru
10. Usth.Hasniza Bt Abd.Wahid - AJK Guru
11. Ustazah Zuliana Bt Abd Majid - AJK Guru
12. En.Harun Bin Ghazalli - AJK Ibu Bapa
13. En.Masran Bin Othman - AJK Ibu Bapa
14. En.Mohd Sabri Bin Mohd Samdani - AJK Ibu Bapa
15. Pn.Rohaida Bt Hussein - AJK Ibu Bapa
16. Pn.Jamaliah Bt Ahmad - AJK Ibu Bapa
17. Usth.Mazlina Bt Mokhlas - Juru Audit 1
18. Pn.Mazlina Bt Musa - Juru Audit 2

Agenda Mesyuarat :
1. Kata-kata aluan Pengacara Majlis dan
Bacaan Doa
2. Ucapan Penasihat PIBG – Ustazah Noor Liza Bt Bharum
3. Ucapan YDP PIBG – En.Mohd Sharizal Bin Hj.Subhi
4. Ucapan Perasmi – En.Amri Bin Aspa
5. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali ke 11.
6. Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan yang lalu.
7. Membentang, Membahas dan Menerima/Menolak Usul-usul
8. Hal-hal Lain
9. Ucapan penangguhan.

4

Bil. AGENDA
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengacara Majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan perasmi
dan para tamu seterusnya majlis dimulakan dengan bacaan doa.

1.2 Beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kehadiran ibu bapa yang
memberangsangkan.

2. UCAPAN PENASIHAT – USTAZAH NOOR LIZA BT BHARUM (GURU BESAR)

2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana sudi hadir menunjukkan ibu
bapa pandai mengatur masa dan komited.

2.2 GB meraikan kedatangan perasmi En.Amri Bin Aspa daripada Ingress Technology Sdn
Bhd. Pihak Ingress telah banyak menyumbang kepada pihak sekolah. Antara
sumbangannya ialah tempat wudhuk lelaki di surau, set computer dan printer serta
pokok-pokok yang ada di sekolah ini.

2.3 GB memaklumkan akan meneruskan kutipan yuran menggunapakai Pakej A mengikut
pekeliling JAIS.Bil (42) JAI.SEL.BPI 03/02/007/01 BERTARIKH 14/11/2011 yang telah
dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat Syura. Ahli Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan
jumlah tersebut dan disebut semula di dalam Mesyuarat Tahunan PIBG iaitu RM 58.00
bagi murid lama dan RM 76.00 bagi murid baru.

2.4 GB mengkelaskan pembayaran sekolah dan tujuannya. Pihak sekolah banyak
mengadakan program dengan kerjasama PIBG.

2.5 GB menjelaskan bahawa program Infaq 10 sen adalah program mingguan bagi
menggalakkan murid bersedekah sedari kecil bagi memupuk sifat belas kasihan dan
nilai-nilai murni di sekolah.

2.6 Program Wang Saku oleh pihak Lembaga Zakat Selangor juga telah dijalankan sebanyak
RM3.00/hari. Anak asnaf yang tidak hadir pada hari tersebut tidak akan diberi wang
saku dan tiada tuntutan yang boleh dibuat. Setakat ini 6 orang anak Asnaf mendapat
MUMTAZ dalam PSRA.

2.7 Pendaftaran Tahun 1 akan dibuka mulai 11-30 April 2020,ibu bapa dinasihatkan agar
tidak melengah-lengahkan penghantaran borang kemasukan bagi melancarkan proses
pendaftaran.

2.8 Ura-ura tentang naiktaraf SRA kepada SRAI akan diwar-warkan oleh pihak pentadbir
sekiranya benar berlaku.

2.9 GB memohon kepada ibu bapa sekiranya anak-anak mengadu hal disekolah hendaklah
dimaklumkan terus kepada guru kelas dan pihak pentadbir sekolah. Pihak disiplin
sekolah ada menyediakan borang aduan dan tindakan selanjutnya akan dijalankan.

5

2.10 Ibu bapa adalah dilarang sama sekali untuk terus ke kelas anak-anak ketika sesi PDP
berjalan. Segala urusan perlu melalui pentadbir di pejabat sekolah.

2.11 Ibu bapa hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah mendidik dan menitikberatkan
adab serta pelajaran anak-anak di rumah. Penggunaan gadjet hendaklah dikawal dan
dikurangkan sedaya mungkin kerana memberi kesan negative yang lebih daripada
positif. Berilah tumpuan, perhatian dan kasih-syang kepada anak-anak. GB mendoakan
agar anak-anak SRATBR menjadi anak-anak yang soleh dan solehah di masa akan
datang.

3. UCAPAN YANG DIPERTUA – EN.MOHD SHARIZAL BIN HJ.SUBHI

3.1 YDP mengalu-alukan kedatangan tuan perasmi dan para tamu yang sudi hadir
memeriahkan mesyuarat tahunan pada kali ini. Pada kali ini pihak PIBG berbesar hati
menjemput wakil polis, YDP SK1 dan SK2 untuk turut serta menjayakan majlis.

3.2 YDP menegaskan adalah menjadi tanggungjawab PIBG memberi sokongn padu kepada
pihak sekolah dalam menjalankan program-prpgram yang dirancang. Ibu bapa
seharusnya komited menghadiri aktiviti yang dijalankan untuk kebaikan anak masing-
masing. Pihak sekolah berusaha menjadikan anak-anak SRATBR ini murid yang
berakhlak dan bersahsiah apabila keluar ke lapangan masyarakat kelak.

3.3 Masalah buli, ponteng sekolah dan melawan guru akan dapat diatasi sekiranya ibu
bapa bekerjasama dalam memainkan peranan menjaga dan mendidik anak-anak.

3.4 YDP mengakhiri ucapan beliau dengan harapan agar ibu bapa dan pihak sekolah sama-
sama berganding bahu mengawal tindakan anak-anak di sekolah dan di rumah.

4. UCAPAN PERASMI – EN.AMRI BIN ISFAR (PENGURUS, PENGURUSAN SUMBER MANUSIA –
INGRESS THECHNOLOGIES SDN BHD)

4.1 Mengucapkan syabas dan tahniah kerana dapat mengadakan majlis dan kerjasama erat
seumpama ini, sebagai satu wadah permuafakatan untuk kebaikan bersama. Ibu bapa
yang hadir akan dapat pengetahuan dan hal ehwal persekolahan ank-anak.

4.2 Beliau menyokong kehadiran ibu bapa dengan menyatakan kejayaan sekolah boleh
diukur dengan komitednya para ibu bapa. Terdapat sebuah sekolah yang cemerlang
dalam STPM sebanyak 4 tahun berturut-turut dan rahsianya adalah kerjasama erat
antara ibu bapa dan guru.

4.3 Beliau menyarankan agar program seumpama ini dapat diadakan secara “live
streaming” dan dimanfaatkan sejajar dengan pesatnya perkembangan teknologi masa
kini. Sebagai satu peluang diikuti oleh ibu bapa yang tidak dapat turut serta di dalam
majlis kerana kekangan waktu dan sebagainya.

4.4 Beliau juga menasihatkan para ibu bapa, ahli PIBG dan warga pendidik agar dapat
mencari titik persamaan bukan perbezaan dalam menempuh zaman pendidikan yang
serba mencabar dewasa kini. Pada dasarnya guru itu ada dua, samada sekadar

6

pengajar atau pendidik yang mendidik dengan hati yang tulus ikhlas. Begitu juga di
alam pekerjaan nanti sama ada datang untuk bekerja semata-mata atau berkerjaya.

4.5 Disiplin anak-anak akan membawa ke alam pekerjaan seterusnya kehidupan dunia dan
akhirat. Kerana itu alam pekerjaan kini mengutamakan anak-anak lepasan sekolah
agama kerana sekiranya kita mampu menjaga solat kita juga mampu menjaga syarikat
yang diamanahkan dengan baik.

4.6 Beliau juga mengingatkan kemunculan wabak corona virus yang ditakuti hari ini
sebenarnya menunjukkan hikmah dan menjawab persoalan mengapa umat Islam
diwajibkan mematuhi arahan Allah dan meninggalkan laranganNya. Islam amat
menitikberatkan soal kebersihan, makanan yang halal dan sebagainya.

4.7 Dengan lafaz ‫ بسم الله الرحمن الرحيم‬En.Amri Bin Isfar merasmikan Mesyuarat Tahunan PIBG
Kali ke-12 (2020).

5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU – Ustazah Norhanita Bt
Mohd Rivoan (Setiausaha)

5.1 Dicadangsahkan oleh : En.Zafar Ali Bin Ali Akbar

5.2 Disokong oleh : En.Ahmad Solahuddin Bin Mohamed

6. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN – Ustazah Suzila Bt Shamsuddin
(Bendahari) – Rujuk Lampiran m/s 19 & 20

6.1 Dicadangsahkan oleh : En.Zafar Ali Bin Ali Akbar

6.2 Disokong oleh : Pn. Suziati Bt Amir

7. CADANGAN DAN USUL

7.1 Pengusul yang tidak hadir mesyuarat usulnya tidak akan dibincangkan tetapi Guru Besar
berbesar hati mengulas kesemua usul agar memberi faham kepada ibu bapa lain yang hadir.
(Rujuk m/s 21)

7.1.1 Usul Bil.1,2,3 dan 11
a) Adakan Kelas Mengaji Hari Sabtu .
b) Mengadakan kelas tambahan pada yang lemah
c) Kelas tamabahan tahun 4 untuk murid yang lemah
d) Kelas mengaji dimasukkan ke dalam waktu pembelajaran.

Ulasan GPK 1 : Kelas tambahan adalah untuk kelas peperiksaan UPKK dan PSRA sahaja,
guru-guru tidak berkemampuan untuk melibatkan semua murid.
Kelas tambahan pemulihan jawi dan kelas jawi anak-anak asnaf juga dijalankan.
Pelajaran Iqra’ dan Al-Quran memang sedia ada di dalam silibus Tahap 1 (10
jam/minggu) dan Tahap 2 (3 masa/minggu) Ibu bapa perlu memantau tahap
penguasaan anak masing-masing dirumah.
Aanak-anak yang hadir dan mengikuti kelas seawal tahun 1 tidak akan keciciran
pelajaran.

7

Sekiranya ada yang berhajat untuk mengaji atau belajar jawi lebih lagi bolehlah
mencari guru secara persendirian di kalangan guru sedia ada tanpa melibatkan waktu
pembelajaran.
7.1.2 Usul Bil.4
Buku Info digunakan dengan berkesan.

Ulasan GPK1 : Pihak sekolah menekankan bahawa Buku Info adalah sebagai saluran
maklumat yangdigunakan ketika perhimpunan mingguan, segala maklumat yang
disampaikan hendaklah dicatit. Surat Makluman sekolah juga perlu ditampal di dalam
Buku Info supaya murid tidak keciciran maklumat seperti jadual peperiksaan, makluman
cuti dan sebagainya.

7.1.3 Usul Bil.5
Harap setiap perkara yang berlaku pada murid yang dilaporkan kepada ustazah dapat
dimaklumkan kepada ibu bapa.

Ulasan GB : Segala apa yang berlaku disekolah adalah tanggungjawab pihak sekolah
untuk menyelasaikannya dan tidak perlu diberitahu kepada ibu bapa sekiranya tidak
serius. Pihak ibu bapa yang sepatutnya memberitahu pihak sekolah sekiranya terdapat
aduan atau permasalahan anak-anak di sekolah. Pihak sekolah ada menyediakan
boring aduan yang sepatutnya.

7.1.4 Usul Bil.6
Tahap kebersihan tandas perlu dipertingkatkan.

Ulasan GB : Sehingga kini pihak sekolah menyediakan petugas kebersihan lantikan JAIS
yang membersihkan tandas setiap hari. Pihak sekolah juga telah melantik seorang
penyelenggara untuk kerja-kerja baikpulih termasuk tandas. Biasanya tandas kotor dan
tersumbat kerana kerenah murid itu sendiri yang membuang botol atau terjatuh
pakaian ke dalam lubang tandas.Ibu bapa disarankan untuk mendidik anak-anak peka
dengan kebersihan bermula dari rumah.

7.1.5 Usul Bil.7 & 8
Mohon supaya murid Tahun 3 diizinkan pulang awal pada setiap hari Rabu ekoran SK
ada membuat Hari Kokurikulum dimana murid diharuskan datang ke sekolah sebelum
jam 11.30 pagi. Kekangan masa bagi pelajar utntuk bersiap ke sekolah seterusnya pada
hari tersebut.

Ulasan GB : Ibu bapa boleh mengambil anak untuk pulang awal dengan
menandatangani surat pelepasan awal di pejabat.

7.1.6 Usul Bil.9
Saya mencadangkan Yuran PIBG SRA tidak meningkat dari tahun ke tahun.

Ulasan YDP : Setakat ini yuran PIBG tidak pernah dinaikkan.
Ulasan GB : Yuran Persekolahan juga tertakluk kepada pekeliling JAIS yang telah
dipersetujui, tiada kenaikkan tahunan melainkan bayaran buku untuk peperiksaan UPKK
dan PSRA.

8

7.1.7 Usul Bil.10
Mengadakan kerjasama bersama FAMA dan Kementerian Pertanian untuk Bazar di
perkarangan sekolah.

Ulasan GB : Tidak dibenarkan berniaga dikawasan sekolah.

7.1.8 Usul Bil. 12 & 13
a) Melarang ibu bapa/penjaga meletak motorsikal dihadapan pintu keluar/masuk
pelajar kerana ekzos motorsikal panas, ruang berjalan terhad.
b) Cadangan saya agar pihak SRA,SKTBR1 & SMK bergabung memohon pihak berwajib
membuat jalan lain agar kesesakan lalu lintas dapat diatasi.

Ulasan YDP: PIBG dan sekolah telah berusaha untuk menjaga keselamatan anak-anak,
tembok yang dibina sebelum ini adalah sebagai laluan anak-anak dr SK ke SRA atau
sebaliknya dan tiada kenderaan yang boleh diletakkan disitu, tetapi malangnya tembok
tersebut dijadikan tempat melepak oleh kaum ibu ketika menghantar anak atau
menunggu anak habis waktu sekolah. Keadaan menjadi sesak dan tidak terkawal.

Ulasan GB : Pihak sekolah telah meletakkan kon dan papan tanda “DROP N GO” namun
terdapat segelintir ibu bapa yang masih berdegil melalui kawasan tersebut.Pengawal
keselamatan lantikan PIBG turut dimarahi oleh ibu bapa.

7.1.9 Usul Bil.14
Kalau dapat adakan mesyuarat ini hari Ahad kerana Sabtu adalah waktu kami bekerja.

Ulasan YDP : Hormatilah waktu guru-guru yang begitu sibuk menguruskan sekolah. Hari
Ahad adalah hari bersama keluarga kerana pihak sekolah juga mengadakan pelbagai
program pada hari Sabtu.

8. HAL-HAL LAIN

8.1 En.Masran Bin Othman mengutarakan permasalahan trafik di hadapan jalan utama ke
SRA dan simpang antara SRA, SK dan SMK yang semakin sesak dan membahayakan.
Beliau mencadangkan agar mengupah RELA dan menyediakan lampu jalan.

Ulasan YDP : PIBG telahpun menyediakan 2 orang pengawal keselamatan untuk
menjaga laluan di hadapan pintu pagar SRA. Upah RELA tidak dapat ditanggung oleh
PIBG dengan bayaran RM50.00/jam. Lampu jalan telah disediakan oleh pihak pemaju
tetapi tiada selenggaraan.

Ulasan Koperal Zulkifli : Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa menjaga
keselamatan anak-anak dengan mematuhi undang-undang. Kebanyakan ibu-ibu tidak
memakai helmet ketika menunggang motorsikal dan membonceng anknya.

8.2 En.Zafar Ali mempersoalkan tentang jalan alternative. Mengapa mengambil masa
terlalu lama untuk diselesaikan. Beliau mencadangkan agar pihak PIBG membuat
surat dan dihantar terus ke Pejabat Menteri Besar, beliau boleh membantu.

9

Ulasan YDP : Jalan baru akan dibina oleh pemaju tetapi mengikut peringkat
pembinaan projek-projek yang dirancangkan. PIBG telah beberapa kali berbincang
tetapi masih menemui jalan buntu. Infrastruktur dan jalan adalah tertakluk kepada
pemaju.

8.3 En.Nizam berkongsi cerita tentang kemalangan jiwa yang melibat lori ais dengan
pelajar SMK, beliau mengingatkan agar ibu bapa anak-anak berhati-hati menunggang
motorsikal. Perkara ini juga berhubung kait dengan peniaga yeng berniaga di bahu
jalan yang menambahkan kesesakan lalulintas kerana orang ramai berhenti untuk
membeli. Beliau menasihatkan menjaga kebersihan dan kesihatan, jangan membeli
makanan yang tidak berkhasiat dan terdedah kepada pencemaran.

Ulasan YDP : Pihak MDHS telah beberapa kali datang untuk menggempur peniaga-
peniaga tersebut tetapi seolah-olah berlaku kebocoran maklumat kerana mereka
tidak berniaga ketika operasi dijalankan.

8.4 Pn.Norzuriati Bt Mohamed Mokhtar bertanyakan tentang silibus Iqra’ tahun 2.

Ulasan Ustazah Zuliana Bt Abd Majid : Pembelajaran Iqra’ hanya untuk 6 bulan
pertama Tahun 1, seterusnya adalah pembelajaran Al-Quran. Namun demikian,
adalah atas inisiatif guru untuk mengulang bacaan Iqra’ sekiranya anak-anak tidak
dapat membaca Al-Quran tetapi guru-guru hendaklah mengikut silibus pembelajaran
yang sepatutnya.

8.5 Pn.Nor Aisyah Bt Aziz mencadangkan agar diletak banner LARANGAN meletak
kenderaan di hadapan pagar sekolah sehingga menyesakkan laluan. Hanya guru-guru
sahaja yang boleh melaui kawasan tersebut untuk naik ke atas.

Ulasan YDP : Akan diusahakan sebaik mungkin. YDP menyarankan agar ibu bapa tidak
memberi kebebasan untuk anak-anak membawa motorsikal.

Ulasan Koperal Zulkifli : Sekiranya berlaku kemalangan, ibu bapa atau penama
motorsikal dan pembawa motorsikal akan didakwa oleh polis dan mahkamah. Jagalah
keselamatan demi kebaikan bersama. Jangan terlalu bebas membenarkan anak-anak
menunggang motorsikal, banyak kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak
muda hingga kehilangan nyawa.

8.6 En.Kamarudin menyatakan supaya menjaga ketepatan masa. Perasmi perlu hadir awal
supaya ibu bapa tidak tertunggu-tunggu.

Ulasan YDP : Pihak majlis mengikut masa yang ditetapkan dan perlu mengambil kira
jarak perjalanan perasmi juga, YDP mempelawa perasmi bersarapan dahulu
memandangkan dewan belum penuh seperti yang diharapkan melalui kaji selidik
kehadiran. Pihak sekolah berbesar hati menjemput wakil daripada Ingress
Technologies Sdn Bhd atas sumbangannya kepada SRATBR. Bertolak ansurlah dengan
masa kelewatan yang tidak sampai pun satu jam.

10

8.7 En.Kamaruddin mengusulkan pihak polis membuat roandaan bagi mengelakkan gejala
ponteng sekolah yang menyusahkan orang ramai terutamanya penduduk yang risau
dengan kes kecurian dan sebagainya.

Ulasan Koperal Zulkifli : Buat masa ini pihak polis masih kekurangan anggota untuk
berbuat demikian. Cadangan ini akan dibawa ke peringkat atasan untuk perbincangan.

Ulasan YDP : PIBG tidak mempunyai kuasa di luar sekolah, YDP menasihatkan ibu bapa
atau penjaga agar tidak menegur sikap pelajar ponteng di luar sekolah kerana ditakuti
mereka akan melakukan perkara yang di luar kawalan. Ibu bapa boleh mengambil
gambar sebagai bukti dan hantar ke pentadbir sekolah untuk diambil tindakan.

9. PENUTUP

9.1 Yang DiPertua merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas komitmen yang
diberikan oleh para ibu bapa pada hari ini. Beliau menucapkan terima kasih kepada
Koperal Zulkifli Bin yang sudi menyertai mesyuarat dan memberi ulasan serta nasihat.

9.2 Bacaan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr

9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.35 pagi.

Disediakan oleh ; Disahkan oleh ;

…………………………………..……. …………………………………………………
(NORHANITA BT MOHD RIVOAN ) (MOHD. SHARIZAL BIN HJ. SUBHI)
SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG
SRA TMN. BUNGA RAYA SRA TMN. BUNGA RAYA

11


Click to View FlipBook Version