The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrsuhada030522, 2022-09-20 06:46:32

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 4 HINGGA 6 TAHUN

NUR SUHADA BINTI DAUD
PID21117
KUMPULAN 1

NAMA : NUR SUHADA BINTI DAUD
NO MATRIK : PID21117
KUMPULAN : 1
KURSUS : SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK-
KANAK
KOD KURSUS : AAK2093
DIPLOMA : PENDDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
PENSYARAH : PUAN FAIZAN BINTI GAYUH



ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
NO PERKARA 2
1.0 Pengenalan
3
2.0 Konsep dan definisi pengurusan tingkah laku 4
5
3.0 Faktor terjadinya tingkah laku yang tidak diingini 6
7- 8
3.1 Faktor Persekitaran 9 -11
3.2 Faktor Emosi 12
3.3 Faktor Penderaan 13
3.4 Faktor Kemahiran Sosial
4.0 Tips bimbingan tingkah laku

5.0 Teknik mengurus tingkah laku kanak-kanak

6.0 Rumusan

7.0 Lampiran

8.0 Rujukan 14

1.0 Pengenalan

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan
pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas
pendidikan di rumah. Ia membantukan kanak-kanak untuk menyemaikan cintakan
ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu
mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang
merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran
pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan pendidikan prasekolah. Pengetahuan ini dapat membantu guru dalam
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kanak-
kanak prasekolah mempunyai pelbagai latar belakang, karenah serta tabiat yang
telah dibiasakan semasa di rumah. Oleh itu, guru haruslah pandai dan kreatif dalam
menguruskan tingkah laku kanak-kanak ini apabila berada di dalam bilik darjah.

1

2.0 konsep dan definisi pengurusan
tingkah laku

Pengurusan tingkah laku boleh didefinisi sebagai satu rancangan untuk pengubahsuaian tingkah
laku yang bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik dan cara yang sesuai.
Setiap guru mestilah mempunyai satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku untuk kawal
pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru hendaklah membimbing tingkah laku positif dang
menghentikan tingkah laku yang negatif. Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau tabiat atau
diprkatakan oleh sesorang individu. Selain itu, tingkah laku juga melibatkan semua tindakan manusia
yang boleh diperhati, diukur dan dinilai. Tingkah laku adalah sikap yang berasaskan nilai-nilai
tertentu. Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, tindak balas, tindakan dan reaksi. Pada
dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Seseorang
individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Menurut Imam Al- Ghazali pula
dari perspektif islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.

2

3.0 Faktor terjadinya tingkah
laku yang tidak diingini

3.1 Faktor Persekitaran
Berlakunya sesuatu tingkah laku biasanya dipengaruhi oleh faktor
persekitaran seperti persekitaran rumah iaitu tidak mendapat
perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan dipengaruhi oleh
rakan sebaya dengan perkara yang negatif.

3

3.2 Faktor Emosi

Faktor emosi juga merupakan faktor yang berupaya mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Masalah emosi yang dialami oleh seseorang kanak-kanak akan sering
mengganggu diri mereka dan menyebabkan emosinya tidak stabil. Hal ini
membolehkan kanak-kanak tidak dapat memberikan tumpuan yang agak lama
dalam proses pembelajaran apabila emosi terganggu. Justeru ia akan menganggu
pelajar lain. Tingkah laku mereka juga kebiasaannya sukar dikawal dan akan
bertindak mengikut emosi tanpa berfikir panjang.

4

3.3 Faktor Penderaan

Penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering
dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau
penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya. Mereka sering kali
mengancam, mengutuk ataupun menyakiti kanak-kanak dengan pelbagai
cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat
iaitu kecederaan fizikal dann gangguan dari segi mental dan emosi yang
sukar dilihat oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah
penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyediri
dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu
melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah
daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkinmelakukan semula apa yang
dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak -kanak lain.

5

3.4 Faktor Kemahiran sosial

Kemahiran sosial pula merujuk kepada aspek pergaulan kanak-kanak. Mereka
lebih gemar duduk berseorangan dan pasif untuk bersosial. Kebiasaan kanak-
kanak seperti ini lebih suka hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa
mempedulikan orang lain. Mereka juga lebih suka bertindak mengikut emosi
mereka. Disamping itu mereka juga akan kurang berkomunikasi atau
berinteraksi dengan orang lain.

6

4.0 Tips bimbingan tingkah laku

1. Ibu bapa mestilah memberi perhatian sepenuhnya supaya anak-anak
tidak rasa diabaikan dan dapat berkongsi cerita tentang apa yang terjadi
dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini membolehkan ibu bapa
bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan anak-anak
juga akan boleh menceritakan masalah yang dihadapinya. Ibu bapa boleh
nasihat mereka tentang apa yang mereka lakukan.

2. Guru-guru boleh memberi hukuman yang tidak membebankan kanak-
kanak dan senang untuk dilakukannya seperti memindahkan tempat
duduk. Jika tidak berkesan dan menggangu kan pelajar lain untuk belajar
dengan tingkah lakunya, guru boleh meminta ibu bapa datang ke sekolah
dan berbincang dengan ibu bapa mereka dengan baik.
7

3. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapa amat penting
dalam bimbingan tingkah laku kanak-kanak. Kasih sayang amat penting bagi
sesebuah keluarga untuk hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih
sayang. Walaupun setiap keluarga berbeza dari segi latar belakang dan
budaya, aspek kasih sayang perlu wujud dan menjadi keutamaan. Kanak-
kanak itu perlu dapat mengetahui bahawa walaupun mereka bermasalah
dalam tingkah laku, mereka tetap dapat kasih sayang yang sama dengan adik
beradik yang lain daripada ibu bapa dan tidak dipinggir oleh keluarganya.
Mereka perlu tahu bahawa kasih sayang yang diterima tidak bersyarat dan
tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang mereka lakukan.

8

5.0 Teknik mengurus tingkah laku
kanak-kanak

1. Teknik pertama ialah alat pengukur personal yang boleh dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini
dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah
tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobility fizikal
(physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau
mengelilingi kelas sambil memnuat pengawasan. Eksperisi wajah atau
pandangan guru yang meneyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut
tergolong dalam teknik ini. Guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.

9

2. Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini
dapat mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses
pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu, melalui teknik ini iklim
yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan. Maka
bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh
digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik
darjah, membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk
peraturan yang digubal. Guru juga boleh memberitahu tentang
perlakuan yang diterima atau tidak.

10

3. Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan.
Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan
menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu pengubahsuaian
tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan
iklim bilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan Teknik tindakan
pembetulan ini. Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid
dan relevan seperti ketuk-ketampi. Disamping itu, jika murid masih melalukan
tingkah laku bermasalah itu , guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya
selepas habis pembelajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing
perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka guru haruslah sentiasa
memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku tersebut.

11

6.0 Rumusan

Kesimpulannya, semua pihak sama ada guru dan ibu bapa perlulah
berganding bahu dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak. Hal ini kerana
kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa akan datang. Ibu bapa
dan guru memainkan peranan yang penting dalam menguruskan tingkah laku.
Tingkah laku kanak-kanak perlulah ditangani dengan bijak dan teratur agar ia
tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ibu bapa
perlulah memberi sokongan tentang perkara-perkara yang anak-anak minati
dan ibu bapa boleh memberi ganjaran apabila anak-anak berjaya dalam
melakukan sesuatu. Oleh itu boleh meningkatkan tingkah laku kanak-kanak
untuk menjadi lebih baik.

12

7.0 Lampiran

Kanak-kanak mengejek rakannya Persekitaran yang negatif dirumah

Kanak-kanak menunjukkan perasaan sedih

13

8.0 Rujukan

1. Cikgu Sue PKHAS ( 8 Julai 2012 ) . Contoh pengurusan tingkah laku . Di muat
turun daripada , http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/07/conyoh-
pengurusan-tingkah-laku.html

2. Bayrei bin Asrin & Norhaslizawati Abdullah ( 6 oktober 2008 ) . Pengurusan
tingkah laku kanak-kanak prasekolah . Di muat turun daripada ,
https://id.scribd.com/doc/7416802/Pengurusan-Tingkah-Laku-Kanak-kanak

3. Raisharania ( 17 Desember 2010 ) . Pengurusan tingkah laku . Di muat turun
daripada , https://www.slideshare.net/raisharania/pengurusan-tingkah-laku-
6205711

14


Click to View FlipBook Version