apa itu pergaulan bebas? punca-puncanya? apa yang akan terjadi? bagaimana nak kurangkannya? I-SYARIAH PERGAULAN BEBAS MAY 2023 RM 20.00SS RM25.00SS
PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Husni Bin Abd Halid, tenaga pengajar kursus Pengajian Islam yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan projek ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini.Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Aamiin 2
Masalah pergaulan bebas ini telah banyak tersebar luas di kalangan mahasiswa dan mahasisiwi di politeknik di malaysia pada masa kini. Walaupun mereka ini dianggap sebagai golongan yang berintelektual yang mampu menjadi bakal peneraju dalam pembangunan dan kemajuan negara kita , mereka juga tidak lari dari masalah pergaulan bebas ini. Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, lelaki dan wanita yang bersaudara pula perlu dipisahkan dari tempat tidur mereka. Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil baligh. Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas bermula dengan zina, kemudian membawa kepada hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. 3 APA ITU PERGAULAN BEBAS? Pengenalan SEBAHAGIAN MASA DEPAN KAMU BERGANTUNG PADA DENGAN SIAPA KAMU BERGAUL
PENGHARGAAN ............................................. PENGENALAN ................................................. SIDANG EDITOR ............................................ DEFINISI PERGAULAN BEBAS .............. HADIS DAN DALIL ........................................ PERINGKAT PERGAULAN BEBAS ....... FAKTOR PERGAULAN BEBAS ............... KESAN PERGAULAN BEBAS .................. CARA MENGATASI ....................................... KESIMPULAN .................................................. PUISI PERGAULAN BEBAS ...................... UJI MINDA ......................................................... RUJUKAN ........................................................... ISI KANDUNGAN 1. 5. 3. 7. 2. 6. 4. 8. 9. 2 3 4 5 5 6 7 11 13 16 17 18 19 10. 11. 12. 13.
SITI RAMLAH BINTI ABDULLAH 17DIB22F1053 AMIRAH HUSNA BINTI SARBINI 17DIB22F1055 NUR ALIYA SYAMIMI BINTI JAHIDDIN 17DIB22F1024 NURANIS BINTI JALAL 17DIB22F1057 SIDANG EDITOR EDITOR 3 EDITOR 1 EDITOR 2 EDITOR 4 MOHD HUSNI BIN ABD HALID PENSYARAH KURSUS 4
DEFINISI PERGAULAN BEBAS Allah berfirman : ِتي ُهَو ِفي َبْيِتَها َعْن َنْفِسِه َّل َوَراَوَدْتُه ا اَل اَلْت َهْيَت َلَك َق َقِت ا َألْبَواَب َو َق َّل َوَغ ُه ال َّن ْحَسَن َمْثَواَي ِإ ي َأ ِّب ُه َر َّن ِإ َمَعاَذ ِهَّللا ُيْفِلُح الَّظاِلُموَن “Dan wanita (Zulaiha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya perkata, “Marilah ke sini.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zhalim tiada akan beruntung.” (QS. Yusuf: 23) Pergaulan bebas adalah pergaulan yang tak dibatasi oleh aturan agama maupun aturan kesusilaan. Pergaulan bebas ini akan mendekatkan seseorang pada perbuatan zina. Zina berarti hubungan layaknya suami isteri antara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan pernikahan yang sah menurut syariat Islam. Definisi pergaulan bebas DALIL: 5
PERINGKAT PERGAULAN BEBAS 1)PERINGKAT PERKENALAN (TAARUF) Berkenalan adalah peringkat yang membantu kita untuk saling mengenali dalam memulakan sesuatu hubungan. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui sifat , bangsa , agama, kegemaran dan kedudukan yang ada dalam diri seseorang. 2) PERINGKAT MEMAHAMI (TAFAHUM) Peringkat memahami adalah peringkat untuk kita memahami latar belakang , akhlak dan sifat seseorang. Maka mudahlah untuk menentukan orang yang akan jadi teman kita. Jika kita bergaul dengan orang yang baik akhlaknya, maka kita juga akan mendapat tempias kebaikan mereka. 3) PERINGKAT TOLONG-MENOLONG Peringkat ini adalah peringkat pergaulan yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Namun, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesama manusia mestilah bertetapan dengan peraturan ditetapkan oleh Allah SWT. 6
Pengaruh media massa. Kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. · Pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. · Rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Pengaruh rakan sebaya . 1. F 2. A KT O R P E R G A U L A N B E B A S 7
Dunia cinta remaja Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Kurangnya didikan agama. Ibu bapa tidak mengambil berat untuk mengajar ilmu agama kepada anak mereka. Walaupun remaja tersebut di hantar ke sekolah agama dan diajar tentang agama, tetapi penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal membabitkan pergaulan bersama jantina yang berlainan. 8
Tahap iman yang lemah. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan. Kurang perhatian daripada ibu bapa terhadap anak. Apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak mereka, maka bermulalah di saat itu seorang anak mencari perhatian dengan bergaul bersama-sama kawan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Maka apabila seseorang remaja perempuan merasakan rakan lelaki lebih memahami hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka di situlah bermulanya pergaulan secara bebas di antara remaja perempuan dan lelaki tanpa memikirkan soal batasan dalam pergaulan mereka. 9
Pihak Institusi Politeknik. Kegagalan pihak Politeknik bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak Politeknik yang merahsiakan masalah disiplin Politeknik mereka kerana tidak mahu namanya terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak Politeknik. Sikap acuh tak acuh yang turut kekurangan exco disiplin ini menyebabkan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak Politeknik menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. 10
KESAN PERGAULAN BEBAS Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka akan mudah terjerumus kepada perkara yang merosakkan akhlak. Apabila remaja sering melepak sehinnga lewat malam, maka ianya akan menyebabkan pelajar itu merosot. Hal ini dikatakan demikian kerana, Pergaulan bebas adalah satu perbuatan yang tidak memberi manfaat atau kebaikan kepada mana-mana pihak, malahan hanya memberi kesan negatif yang perlu masyarakat ambil tahu dan cakna agar pergaulan bebas dapat dielakkan. berikut adalah kesan negatif pergaulan bebas: remaja tersebut tidak mempedulikan pelajarannya dan lebih rela untuk keluar lepak bersama rakan mereka. Tingkah laku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar terhadap pelajaran dan lebih leka berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan bercinta dengan pasangan. KEMEROSOTAN PELAJARAN 11
KERUNTUHAN AKHLAK Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka terdedah kepada aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti melepak dan melakukan perkara yang sia-sia seperti merokok, perlumbaan secara haram serta terdedah kepada golongan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit',gangster dan banyak lagi. Hal ini boleh menyebabkan mereka berubah sikap dan kelakuan mereka. Malahan sudah berani melawan dan memberontak cakap ibu bapa meereka. Tingkah laku ini adalah tindakan yang tidak sihat dan boleh merosakkan akhlak. Masyarakat sekeliling juga akan memandang serong dan tidak percaya akan golongan remaja seperti ini menjadi pemimpin pada masa hadapan. . PEMBUANGAN BAYI Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. 12
CARA MENGATASI PERANAN IBU BAPA Ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Ibu bapa juga berhak mengenali rakanrakan yang berkawan dengan anaknya dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlulah mengawasi perilaku anak-anak. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya maka adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka ini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat . Maka ibu bapa hendaklah memastikan bahawa pergaulan anak mereka adalah baik dan tidak melebih-lebih sehingga mengundang perkara yang negatif sehingga boleh mencalarkan maruah keluarga . Ibu bapa hendaklah memberi pesanan kepada anak mereka semasa menghantar mereka menyambung pelajaran di politeknik agar menjaga maruah diri dan tidak melibatkan diri dalam pergaulan yang sangat bebas. PERANAN PIHAK POLITEKNIK Pihak politeknik perlu mengadakan pencegahan pergaulan bebas dengan memberikan pengetahuan seks melalui ceramah. Pihak politeknik boleh menjemput pihak Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat untuk memberikan ceramah kesedaran. Pelaksanaan pendidikan ini perlu dilakukan supaya pelajar dapat memahami tentang betapa buruknya risiko pergaulan bebas yang tidak di jaga . Oleh itu , kemungkinan pelajar akan menghindarkan diri dalam pergaulan bebas kerana mengetahui betapa banyaknya impak negatif dalam diri. TERDAPAT BANYAK CARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PELBAGAI PIHAK UNTUK MENGHINDARI PERGAULAN BEBAS 13
JAUHI PERGAULAN BEBAS ! MEMPERKUATKAN PENDIDIKAN AGAMA DALAM DIRI Seorang pelajar yang mempunyai pendidikan agama serta moral yang kukuh tidak akan mudah terjerumus ke dalam pergaulan bebas kerana mereka tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk .Jadi, apabila seseorang itu mempunyai didikan agama dan iman yang teguh mereka tidak akan sewenang-wenangnya melibatkan diri dalam pergaulan bebas. Oleh itu , seseorang itu hendaklah menerapkan ilmu agama dalam diri agar tidak terlibat dengan perkara ini. MEMBATASI PERGAULAN Pergaulan bebas bukanlah cara hidup yang baik kerana banyaknya kerugian yang akan ditimbulkan pada seseorang jika melakukan perkara itu. Maka bagi menghindari pergaulan bebas , seseorang itu hendaklah menghadkan pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Kita hendaklah melakukan pergaulan untuk perkara yang penting sahaja seperti membincang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Perkara ini dapat menghindarkan kita daripada berjumpa untuk berbual kosong yang seterusnya akan menyebabkan pergaulan bebas terjadi. 14
BIJAK MEMILIH RAKAN Seorang pelajar hendaklah bijak dalam memilih rakan kerana apabila seseorang itu berkawan dengan orang yang baik maka dapat menjadikan diri sendiri lebih baik. Hal ini kerana rakan yang baik akan mengajak kita untuk bersungguhsungguh dalam pelajaran . Tetapi apabila mendapat kawan yang negatif . kita akan mudah terjerumus ke arah negatif seperti pergaulan bebas ini . Oleh itu , remaja hendaklah memilih rakan yang baik supaya terpengaruh dengan perkara yang baik dan menghindarkan diri daripada perkara yang tidak memberi manfaat . MEMPERBANYAKKAN AKTIVITI DI POLITEKNIK Apabila remaja banyak melakukan aktiviti di politeknik seperti menyertai pelbagai program yang dianjurkan ataupun melibbatkan diri dalam organisasi seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Hal ini kerana pelajar akan sibuk menguruskan segala tugas yang di arah dan tiada masa untuk berjumpa antara lelaki dengan perempuan untuk berbual kosong yang seterusnya boleh menyebabkan pergaulan bebas. Oleh itu , pelajar akan terhindar daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. MAHASISWA POLITEKNIK PERLU TOLAK PERGAULAN BEBAS DEMI MENJAGAMARUAH DIRI DAN KELUARGA SERTA TIDAK MEMBERI BEBANAN DALAMHIDUP 15 KAWALAN TERHADAP MEDIA SOSIAL Pihak pelajar hendaklah mengawal permainan media sosial seperti mengehadkan waktu ataupun bermain media sosial untuk perkara kebaikan. Hal ini kerana terlampau banyak video pergaulan bebas yang disebar oleh mereka yang menyebarkan sendiri dengan rasa tidak serba salah . Pelajar zaman sekarang mudah terpengaruh dengan trend terkini maka apabila mereka melihat terlampau ramai manusia di media sosial yang melakukan pergaulan bebas , mereka akan mudah terikut jika media sosial mereka tidak dikawal .
KESIMPULAN KESIMPULANNYA , HATI ADALAH PUNCA SEGALA PERBUATAN DAN SIFAT-SIFAT MANUSIA YANG TERCELA. INDIVIDU YANG BERDAMPINGAN DENGAN PERBUATAN MAKSIAT DAN ZINA ADALAH MANUSIA YANG MEMILIKI HATI YANG KOTOR , ROSAK DAN MATI. PERINTAH TUHAN DIABAIKAN SEBAIKNYA CENDERUNG MENGIKUT KATA HATI ATAS PUJUKAN DAN TIPU DAYA SYAITAN . PERGAULAN BEBAS LEBIH BANYAK KEBURUKAN BERBANDING KEBAIKAN . OLEH ITU , SEMUA PIHAK TERUTAMANYA IBU BAPA , POLITEKNIK DAN PIHAK YANG LAIN PERLU MENGAMBIL INSIATIF BAGI MEMBENDUNG MASALAH PERGAULAN BEBAS INI. HAL INI KERANA UNTUK MENGELAKKAN PERKARA MUNGKAR DARIPADA TERUS BERLELUASA SEHINGGA BOLEH MENCEMARKAN IMEJ NEGARA. OLEH ITU , PELAJAR HENDAKLAH MENGHIDARKAN DIRI DARIPADA TERGOLONG DIRI DALAM AKTIVITI INI AGAR HIDUP SENTIASA TENANG DAN TIDAK MENCEMARKAN MARUAH DIRI . JUSTERU , PELAJAR PERLU MENGAMBIL BERAT TENTANG RISIKO APABILA TERLIBAT DENGAN PERGAULAN BEBAS YANG MEMBERI PERKARA NEGATIF DALAM DIRI. 16
PUISI PERGAULAN BEBAS PEMUDA SEKARANG BERGAULNYA TANPA BATAS BERGAUL DENGAN BEBAS PERGAUALAN MEREKA AKAN MENYEBAR SEPERTI VIRUS AKU MEMILIK SEORANG TEMAN DIA SALAH MEMILIH TEMAN DIA TERBAWA ARUS DAN KINI BERGAUL TANPA BATASAN DIA MENGIKUTI LANGKAH SETAN AKU PON MULA MENINGGALKAN MEREKA SEDIKIT DEMI SEDIKIT AKU MENINGGALKAN TEMAN-TEMAN KU YANG BEBAS BERGAUL TANPA BATASAN AKU TIDAK MAHU MENGIKUTI DAN TERBAWA ARUS PERGAULAN MEREKA AKU MENGISI KEGIATAN KOSONG DENGAN KEGIATAN POSITIF AKU SEBELUM BERTEMAN DENGAN SIAPA SAJA AKU HARUS MEMILIH DENGAN BIJAK AKU MEMBERI PENDAPAT KU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AGAR LEBIH AKRAB DAN SELALU MENGAWASIKU ORANG TUA PUN TEPAT MEMILIH TEMPAT LINGKUNGANNYA AGAR AKU TIDAK TERJERUMUS DALAM PERGAULAN BEBAS 17
T O L O N G M E N O L O N G S Q T A Y A B E S N A K A R A H H B G Q J C Y L L S O W B P L B U A N G B A Y I C N E S D J A U L E B O B T H A B L B Z P T A F A H U M A M N A F H I O D S O U Z M M U A J K K B N W M H H A K E Q L I Q H N F A D Z B S T L S U Y R A L X R R T K U S N I A R T A M A D Q B B R O A L G F N D P F K Y J A D L M R R L V T A A E O R U V C I J E E A T Y T A A R U F G N G P N K O U E J M R O C L V T R W B C I N T A R E M A J A B 1.PERGAULAN BEBAS 2.TAARUF 3.TAFAHUM 4.CINTA REMAJA 5.ZINA 6.TOLONG-MENOLONG 7.BUANG BAYI 8.IMAN LEMAH 9.AKHLAK 10.RAKAN SEBAYA UJI MINDA 18
Dr Abdul Hafiz Bin Abdullah, Ustaz Nazri Bin Abdul Rahman. Telaga biru Education 2019. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Tingkatan 4 (Buku Teks). Kementerian Pendidikan Malaysia Pengelola Web Direktorat SMP, 2022. Apa Penyebab Terjadinya Pergaulan Bebas di Kalangan Remaja. Direktorat Sekolah Menengah Pertama Devita Retno.15 Cara Menghindari Pergaulan Bebas pada Remaja. Dosen Psikologi Novi Fuji Astuti, 2021. Pengertian Pergaulan Bebas,Berikut Dampak dan Cara Mnenaggulanginya. Merdeka Nur Najwa Solehah Binti Hasan Ashaari, 2019. Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja Sekolah. Lamintang Education and Training Centre Salman Al Farisi, 2017. Pergaulan Bebas. Yogyakarta https://online.fliphtml5.com/wyxja/izsa/#p=1 https://ditsmp.kemdikbud.go.id/apa-penyebabterjadinya-pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja/ https://dosenpsikologi.com/cara-menghindaripergaulan-bebas https://www.merdeka.com/jabar/pengertianpergaulan-bebas-berikut-dampak-dan-caramenanggulanginya-kln.html https://core.ac.uk/display/236658164 https://opac.perpusnas.go.id/DetailOpac.aspx? id=1041201 RUJUKAN 19