The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatin, 2021-01-23 09:25:35

SBLM1023 Tugasan 3 Kuda Kepang

SBLM1023 Tugasan 3 Kuda Kepang

SEJARKAUHDKAEKSEEPNAINANG
PENGGUNAKAUNDKAEKSEEPNAINANG

CIRI-CKIRUIDKAEKSEEPNAIANNG
RUANGAN KREATIF

BERITA SEMASA
RUANGAN SAMPINGAN
SENI
PERSEMBAHAN

JANUARI 2020 VOLUME 01

ETDINITTOAR

Alhamdulliah, syukur kepada hadrat Ilahi kerana

mempermudahkan urusan kami untuk menyiapkan tugasan yang

telah diberikan ini. E-majalah ini memberi penekanan dalam seni

persembahan "Kuda Kepang". Kuda kepang merupakan seni

persembahan yang perlu dikekalkan dan diteruskan walau dunia

kini kian maju dengan teknologi yang semakin berkembang.

Harapan kami semestinya berharap bahawa majalah ini dapat

menambahkan ilmu pengetahuan kepada umum agar sedar betapa

bersejarahnya seni persembahan yang sering diamalkan pada

masa dahulu.

NUR HIDAYAH BINT2I5A3Y6O9B2
NUR HIDAYAH BINTI ABU2H5A3S7A4N2

ETDINITTOAR

Bagi mencapai matlamat ini, kami telah menyediakan beberapa
sejarah tentang Kuda kepang agar dapat membantu berkongsi ilmu
pengetahuan kepada para pembaca. Akhir kata, kami berharap agar
majalah ini dapat memberi minat kepada pembaca untuk
meneruskan pembacaan ketika membaca majalah ini. Majalah ini
juga menyediakan ruangan kreatif agar membawa pembaca jauh dari
pembincangan utama majalah ini. Semoga majalah ini memberi
makna kepada pembaca setelah membacanya.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Sekian Terima Kasih.

NUR SYAHIRAH BINTI2Z5A3H7I9D5I

FATIN NUR SHAAZBWDAUNL2IH5BA4.NM0O4IDR4

SEJARKAUHDKAEKSEEPNAINANG

AURTTAIKMEAL

SENI PERSEMBAHAN

JAKNUUDAARKIE|P2A0N2G1

A S A LKUUSDUAL KTEAPRAI NA NG
TARIAN KUDA KEPANG

DI MALAYSIA
PPEERRSSEEMD IBAAAHNA SN ETBAERLIUAMN

KUDA KEPANG
P E M B U K A A N KGUEDLAA NKGEGP AA NN GG

SEJARAH K
KUDA KEPANG K

Tarian kuda kepang adalah kebudayaan masyarakat Jawa. Tarian kuda kepang
merupakan budaya rakyat yang mempunyai nilai estetika serta memberi kesan
kepada masyarakat. Pada umumnya ia mempunyai kepentingan tersendiri
dalam konteks masyarakat. Tarian kuda kepang yang ditarikan dalam kalangan
masyarakat Jawa mempunyai keunikan tersendiri yang menghasilkan nilai
estetika dari segi gerak tari. Gerak geri berirama bukanlah tarian apabila
gerak geri itu merupakan perbuatan harian yang natural. Gerak geri yang
dimaksudkan tarian adalah berbentuk ciptaan yang indah yang boleh memberi
kepuasan kepada orang lain. Aksi luar biasa para penari tarian kuda kepang
seperti dipandu oleh kuasa ghaib dan beralih ke alam prasedar dan alam
bawah sedar.

Persembahan tarian kuda kepang dipercayai dikuasai oleh semangat roh dan
alam ghaib seperti jin, hantu, roh, semangat dan sebagainya adalah dikaitkan
dengan kepercayaan animisme. Animisme berasal daripada perkataan anima
dan animisme membawa pengertian kepercayaan kepada makhluk-makhluk
halus. Kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas
kepercayaan agama yang terawal dan ia menguasai alam pemikiran manusia
primitif. Amalan kebatinan serta upacara memuja roh dalam persembahan
tarian kuda kepang turut melibatkan jampi dan mantera. Jampi, mantera dan
serapah yang mengandungi kata-kata seruan terhadap nama-nama jin, dewa-
dewa dan berhala dituturkan ketika memuja semangat. Kata-kata seruan
tersebut turut diselitkan dengan kalimah Allah, sifat-sifatnya, nama malaikat,
nabi, khalifah, sahabat dan nama-nama yang diambil daripada bahasa arab.
Kalimah tersebut kemudiannya di anggap sebagai doa.

Kuda kepang mempunyai nilai-nilai yang diperlukan oleh manusia baik
dari segi material juga spritual. Tarian kuda kepang turut berfungsi
sebagai katarsis terhadap minda dan batin. Selain itu, kuda kepang juga
berupaya menggerakkan hati seseorang. Semakin mendalam pengkajian
dan pemahaman terhadapnya, maka semakin takjub dirasakan.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa asal usul tarian
yang unik sifatnya ini adalah hubungan dengan ‘Wali Songo’
yang hidup di Tanah Jawa di dalam abad ke-15. Kewujudan
tarian kuda kepang bermula ketika usaha Wali Songo yang
ingin mengembangkan ajaran agama Islam di Tanah Jawa.

Pada peringkat awal perkembangan agama Islam, terdapat
pelbagai masalah yang berlaku. Setiap kali Wali Songo dan
pengikutnya ingin berdakwah di kawasan-kawasan pedalaman,
para penduduk tempatan akan bertempiaran lari serta
menghilangkan diri kerana ketakutan. Sehubungan dengan itu,
Wali Songo dan pengikutnya berusaha mencari jalan
penyelesaian.

Semenjak peristiwa tersebut, tarian berkuda tersebut telah menjadi
adat dan permainan bagi masyarakat setempat. Kuda-kuda yang
diperbuat daripada buluh atau kulit binatang telah digunakan untuk
menggantikan kuda sebenar. Maka dengan itu, berkembanglah
persembahan tarian kuda kepang sehingga menjadi mainan rakyat
dan kebudayaan masyarakat Jawa khususnya.

Kuda Kepang juga kerap dimainkan oleh masyarakat Jawa di Malaysia. Di
antara negeri yang berperanan aktif dalam seni persembahan Tarian Kuda
Kepang adalah negeri Johor dan Selangor. Ini adalah kerana keturunan Jawa
Ponorogo adalah masyarakat terbesar bertumpu di kawasan Sri Medan, Batu
Pahat dan antara teramai di daerah Johor itu. Malah mereka juga kekal satu-
satunya masyarakat Jawa yang tegar meneruskan cara hidup serta budaya asal
Jawa yang dibawa dari Indonesia seperti Wayang Kulit, Barongan dan juga
Kuda Kepang. Masyarakat Jawa Ponorogo yang berasal dari Ponorogo, Jawa
Timur berhijrah ke Johor dan sebahagiannya ke Selangor sekitar awal tahun
1920 bagi memantapkan ekonomi lantaran kesukaran yang dihadapi di tanah
asal mereka iaitu Indonesia.

Namun begitu, menurut suatu kajian yang dijalankan terhadap penggiat Tarian
Kuda Kepang di Johor, menyatakan bahawa tidak semua ciri-ciri tarian yang
berasal dari Jawa, Indonesia itu dipraktikkan di Malaysia. Ini termasuklah dari
segi peralatan muzik yang dimainkan kerana tidak banyak yang digunakan
seperti di Indonesia. Malah beberapa pengubahsuaian juga dilakukan bagi
menyesuaikannya dengan adat dan budaya rakyat Malaysia. Di Malaysia,
Kuda Kepang kerap dimainkan ketika sambutan Hari Kemerdekaan, majlis
menyambut menteri dan tetamu terhormat dalam persembahan pelancongan
serta sebagai acara pada malam majlis perkahwinan.

Setiap individu yang merupakan penari tarian kuda kepang perlu mempunyai
ketahanan mental, fizikal dan spritual. Ia adalah perlu supaya mereka mempunyai
semangat yang kental untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran yang bakal
dihadapi. Ketahanan mental, spritual dan fizikal mereka akan diuji oleh individu
yang memimpin kumpulan tarian kuda kepang tersebut. Para penari tarian kuda
kepang tersebut perlu menuntut ilmu batin serta perlu menjalani beberapa bentuk
ujian serta berpuasa. Mereka perlu mengikuti segala saranan pemimpin dan ia
bertujuan untuk mengukuhkan semangat diri.

Setiap individu akan diajar cara-cara untuk menari kuda kepang yang mempunyai
gerak tari yang estetik sifatnya itu. Para penari tarian kuda kepang tersebut turut
diajar akan kaedah membunyikan tali pecut yang kebiasaannya dikendalikan oleh
ketua kumpulan tarian atau dikenali dengan panggilan dayang. Persembahan tarian
Kuda Kepang boleh dilakukan di kawasan lapang atau di atas pentas yang luas.
Kawasan tersebut turut dipagari dengan tali yang memisahkan antara ruang
persembahan dan khalayak. Ia dilakukan kerana dikhuatiri alam bawah sedar
(unconscious mind) yang dialami oleh para penari tarian kuda kepang akan
mengancam keselamatan khalayak.

Namun demikian, setiap kumpulan tarian kuda kepang kebiasaannya mempunyai
seorang pawang yang memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan
gelanggang, para pemain muzik, penari dan juga para khalayak. Lazimnya, sebuah
kumpulan tarian kuda kepang mempunyai 9 hingga 15 orang penari dan salah
seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua kumpulan yang ditugaskan untuk
mengendalikan tali pecut.

PEMBUKAAN

GELANGGANG

Tarian kuda kepang adalah budaya rakyat masyarakat Jawa yang
amat unik berbanding dengan tarian-tarian lainnya. Menurut
kepercayaan masyarakat Jawa, kuda kepang dikuasai oleh sejenis
kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, upacara pemujaan roh dan
jampi mantera perlu dilakukan untuk mengelakkan segala kejadian
yang tidak diingini daripada menimpa para penari dan khalayak.
Pada peringkat permulaan persembahan tarian kuda kepang, jampi
mentera dan upacara pemujaan roh perlu dilakukan untuk
memanggil semangat dan memohon restu agar persembahan yang
bakal dilaksanakan berjalan lancar. Upacara pemujaan roh tersebut
akan dilakukan di kawasan terselindung atau di tengah gelanggang
yang terbuka kepada pandangan khalayak.

Ketika upacara membuka gelanggang, bomoh atau pawang adalah
bertanggungjawab untuk menyediakan beberapa bentuk sajian
pemujaan. Sajian tersebut disediakan untuk makanan makhluk
halus atau makhluk ghaib yang akan meresap ke dalam badan
para penari yang sedang kesurupan. Pawang tersebut adalah
bertanggungjawab menghasilkan para penari yang menunjukkan
aksi luar biasa ketika menari.

Sehubungan dengan itu, dipercayai bahawa dengan memberi
makan kepada makhluk halus, semangat dan roh yang dipuja dan
meresap masuk ke dalam jasad para penari yang bersemangat
ketika menari. Pada peringkat ini, pawang amat berfungsi sebagai
perantaraan antara penari dengan kuasa ghaib. Pawang juga
memelihara penonton dan penari daripada ancaman kuasa jahat, di
samping memulihkan penari keluar dari keadaan abnormal kepada
situasi normal.

PEMBUKAAN

GELANGGANG

Pemain-pemain yang tidak sedarkan diri ini hanya dapat dipulihkan oleh
danyang atau ketua kumpulan kuda kepang, ataupun pawang kepada
kumpulan tersebut. Upacara membuka gelanggang akan bermula dengan
istiadat memuja roh. Setelah berakhirnya istiadat memuja roh, pawang akan
membaca jampi mentera untuk tujuan membuka gelanggang. Pawang turut
menyediakan sajian dan makanan untuk penunggu gelanggang tarian kuda
kepang tersebut.

Pawang akan membacakan jampi mantera bertujuan memohon keselamatan
sambil membakar kemenyan. Ia bertujuan untuk mengawal alam bawah sedar
(unconscious mind) yang dialami oleh para penari tarian kuda kepang. Pada
peringkat tersebut, pawang turut membaca jampi mentera dan ia bertujuan
mengawal keselamatan para khalayak dari dirasuk oleh makhluk ghaib.

Antara bahan-bahan yang perlu disediakan ialah: TUJUAN

BAHAN

Sebiji kelapa, secupak ‘mengambil’ dan
beras, dua sisir pisang ‘memulangkan’
masak, sedikit kemenyan, semangat para penari
kain putih, jarum dan tarian kuda kepang
benang.

Seekor ayam putih, padi, sebagai pengeras dan
telur dan bunga rampai mengelakkan daripada
sebarang perbuatan hasad
dengki dan penganiayaan
orang

PENGGUNAKAUNDKAEKSEEPNAINANG

AURTTAIKMEAL

SENI PERSEMBAHAN

JAKNUUDAARKIE|P2A0N2G1

TARIAN KUPDEARAKLEAPTAANNG
INSTRUMEN ALAT MUZIK

KUDA KEPANG
CARA PERMAINAN

KUDA KEPANG

Sebatang atau seutas PERALATAN
tali pecut atau cemeti TARIAN KUDA

Tali pecut ini biasanya diperbuat KEPANG
daripada pintalan buluh dan juga
tali. Tali ini digunakan oleh ketua 9 unit Kuda Kepang
penari untuk mengarah atau
mengawal pergerakan penari. Kuda Kepang ini merupakan patung
Tali ini akan mengeluarkan bunyi anyaman yang dibentuk umpama
yang kuat ketika dipukul. seekor kuda tanpa kaki. Pada
kebiasaannya ia diperbuat daripada
buluh yang dianyam namun akibat
mudah rosak kini ianya diperbuat
daripada kulit binatang seperti lembu
yang diwarnakan dengan warna merah,
putih ataupun kelabu. Ketua Kuda
kepang biasanya berwarna hitam.
Kuda-kuda ini juga terdapat kuda
betina dan kuda jantan. Kuda betina
mempunyai bentuk bulat dibahagian
punggung manakala kuda jantan
mempunyai ekor di bahagian belakang.

Serantai tali sepanjang
kira-kira 100 kaki atau
30 meter

Tali ini digunakan untuk

membuat pagar di kawasan

persembahan bagi mengawal

penari-penari yang mungkin

‘mabuk’ atau hilang kawalan diri

serta memudahkan bomoh

pemulih mengawal penari.

KUDA KEPANG

INSTRUMEN ALAT MUZIK

ANGKLUNG JIDUR

Angklung diperbuat daripada Jidur diperbuat daripada batang
buluh yang mana pada berongga yang mana dikedua-
kebiasaannya di antara 2 hingga dua permukaannya mempunyai
3 batang buluh yang diikat pada ukuran lilit yang sama.
‘rumahnya’ yang lebih dikenali Permukaan tersebut dilitupi
sebagai ‘ancak’. Batang-batang dengan kulit lembu ataupun
buluh ini tidak sama ukuran dan kulit kambing. Jidur berbentuk
setiap satu mempunyai pic tong kecil dengan anggaran
tertentu. ketinggian kira-kira 16 inci. Ia
dipalu dengan dua batang kayu
KENONG yang dibalut hujungnya dengan
kain berwarna merah.
Kenong mempunyai satu set alat
yang menyerupai gong. Namun
begitu, ia dilihat lebih nipis dan
bulat daripada gong. Kenong
diletakkan di atas kayu dan
diikat bagi menghasil nada yang
sempurna apabila dketuk dengan
kayu pemukul. Bunyinya adalah
leboh lembut daripada gong.

KUDA KEPANG

INSTRUMEN ALAT MUZIK

GENDANG JAWA

Gendang Jawa merupakan sebuah GONG
bingkai kayu yang tertutup dengan
belulang pada kedua-dua permukaan.
Ia berbentuk bujur dan berukuran 3
kaki panjang yang mana kedua-dua
permukaannya tidak sama besar
ukurannya. Kulit lembu atau kambing
biasanya digunakan untuk menutup
permukaan gendang. Pemain
memerlukan kemahiran yang tinggi
kerana ia dianggap paling sukar untuk
dimainkan kerana tidak mudah
memberi notasi.

Ia juga sejenis alat muzik yang dibuat
daripada campuran besi dan tembaga
(perunggu). Berbentuk bulat yang
mana bahagian tepinya melengkung ke
bawah, berongga di dalam dan
mempunyai cembul yang berada di
tengah permukaan. Gong berperanan
penting sebagai bunyi tulang belakang
muzik yang dimainkan. Pada
kebiasaannya, melodi yang dihasilkan
oleh gong menjadi isyarat kepada
permulaan dan penghabisan sesebuah
lagu.

KUDA KEPANG

INSTRUMEN ALAT MUZIK

SARON PEKIN BONANG

Saro Pekin menghasilkan Bonang mempunyai sepuluh buah
nada yang lantang dan canang yang diperbuat daripada
nyaring apabila diketuk. perenggu iaitu campuran daripada
Alat pemukul bagi Saron besi dan timah. Ia disusun dalam
Pekin pula diperbuat dua baris dan diapungkan di atas dua
daripada tanduk kerbau. lingkar tali. Tiap-tiap canang
mempunyai nada yang berbeza-beza.
Nada baris yang berada paling dekat
dengan pemain mempunyai nada
yang lebih tinggi. Nada canang juga
disusun secara meningkat dari kanan
ke kiri. Bonang dipukuk dengan
sebatang pemukul yang diikat
hujungnya dengan kain merah.

CARA PERMAINAN TARIAN
KUDA KEPANG

Bilangan minimum penari tarian kuda kepang adalah sembilan orang dan
maksimumnya berjumlah lima belas orang. Penari-penari ini selalunya terdiri dari
kaum lelaki sahaja. Tarian-tarian dicipta dan digubah oleh guru yang mengajar dan
ahli kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian
Solo, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, mempertahankan diri dan
sebagainya. Pada awal persembahan, penari kuda kepang yang berjumlah sembilan
hingga tiga belas orang tersebut akan bersama seorang ketua kumpulan atau juru
pandu memasuki gelanggang persembahan.

Para penari tersebut akan menari sambil memegang kuda kepang mengikut rentak
bunyi muzik yang dimainkan. Kebiasaannya, tarian kuda kepang diiringi oleh
bunyi-bunyian seperti angklung, gendang, gong, jidur, dan kenong yang dimainkan
oleh beberapa orang yang mengendalikan alatan muzik.

Kebiasaannya, hanya gendang, kenong, gong dan jidur yang dimainkan manakala
angklung digunakan apabila perlu sahaja. Para penari tarian kuda kepang akan
menari dan kemudiannya akan berpecah kepada dua kumpulan kecil dan
melakukan gerakan silang. Ketika juru pandu memegang cemeti yang diperbuat
daripada untaian tali, kombinasi letupan cemeti dan pola ritma gendang dianggap
mempunyai kekuatan magis yang berupaya menyebabkan para penari kuda kepang
kerasukan atau kesurupan.

Penari yang kerap dirasuk akan menunjukkan kekuatan fizikal yang menakjubkan
dan mampu melakukan perbuatan yang luar biasa serta aneh seperti memakan
bunga (bunga kenanga), mengupas kelapa dengan mulut atau gigi, berlari liar,
memamah kaca, meminum air, dan sebagainya. Ketika berada dalam situasi itu,
mereka berupaya melakukan gerakan atau aksi yang aneh yang tidak boleh
dilakukan oleh individu normal. Mereka boleh melompat-lompat setinggi enam
atau tujuh kaki.

Mereka juga berupaya meniti di atas sebatang buluh atau kayu yang licin atau
seutas tali. Perlakuan mereka adalah berada di alam bawah sedar (unconscious
mind) yang menggambarkan cara berfikir, perasaan, pengamatan dan intuisi yang
dipengaruhi oleh bentuk yang tidak disedarinya. Ketika para penari tersebut tidak
normal, alatan muzik akan terus dibunyikan. Sekiranya aksi para penari tersebut
semakin liar dan tidak berupaya dikawal, mereka akan ditangkap dan direbahkan
ke tanah.

Setelah penari-penari tersebut ditangkap, pawang akan membaca mantera dan
menghembusnya sebanyak tiga kali diubun-ubun kepala atau telinganya. Penari-
penari yang tidak normal ini akan disedarkan semula oleh seorang pawang yang
merupakan ketua kumpulan tarian kuda kepang tersebut. Para penari kuda kepang
akan dibawa semula ke alam sedar (conscious mind) dan kembali normal.

Manakala penari yang dirasuk dan sukar untuk dipulihkan akan
disebat dengan menggunakan cemeti berulang kali sehingga roh
makhluk ghaib tersebut berjaya dikeluarkan dari jasad penari
tersebut. Fenomena tersebut dilakukan agar penari tarian kuda
kepang berjaya dihubungkan dengan penginderaan langsung,
ingatan, pemikiran, fantasi dan perasaan sebagaimana yang dimiliki
oleh manusia normal. Ketika tarian kuda kepang ditarikan, berlaku
sesuatu yang luar biasa, hairan, ajaib dan ganjil.

Secara tidak langsung, persembahan tarian kuda kepang yang unik
dan indah sifatnya itu berupaya mempengaruhi pembentukan emosi,
rohani dan intelek khalayak. Aksi lucu para penari tarian kuda
kepang yang sedang dirasuk mampu menghibur mereka yang
menonton persembahan Kuda Kepang ini.

CIRI-CKIRUIDKAEKSEEPNAIANNG

SENI PERSEMBAHAN

JAKNUUDAARKIE|P2A0N2G1

PERSAMAAN KUDA KEPANG
DENGAN ISLAM

PERCANGGAHAN TARIAN KUDA
KEPANG DENGAN ISLAM

PERSAMAAN
KUDA KEPANG
DENGAN ISLAM

Setiap kali persembahan juga dimulai dengan doa tertentu yang
dimulai dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim yang mana ia
sememangnya sangat dituntut oleh Islam.

Para penarinya juga sering

berpakaian segak sepertimana

seorang pahlawan Ini juga

selaras dengan suruhan Islam

agar seseorang muslim itu

sentiasa bersih, kemas, dan segak

bagi menjadi contoh kepada

orang sekeliling termasuk orang

bukan Islam.

Lihat sahaja ukiran-ukiran atau

seni penulisan khat di dalam

Islam, seringkali dihiasi dengan

hiasan bunga-bungaan dan

sebagainya akan kelihatan

cantik dan memberi ketenangan

terhadap sesiapa yang

menatapnya.

TARPDIEAERNNCGAKANUNDGGAISAKLHEAAPMNANG

Penggunaan Bomoh Pemulih yang menjadi salah satu daripada ciri-ciri
di dalam persembahan kuda kepang ini juga dilihat sebagai sangat
bercanggah dengan kehendak aqidah Islam yang mana kita dilarang
sama sekali mengharap sesuatu selain daripada Allah. Ini adalah kerana
jelas sekali bomoh-bomoh tersebut menggunakan kaedah jampi
serapah serta membakar kemenyan bagi menyeru jin yang kononnya
adalah semangat dan roh kuda dari kayangan. Firman Allah di dalam
Surah Al-Kahfi ayat 50 yang berbunyi : Patutkah kamu mengambil dia
dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain Ku. Sedang mereka
adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti Allah
bagi orang-orang yang zalim.

Berlakunya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan samada
dari sudut penari mahupun penonton. Ini adalah kerana ada kalanya
penari-penari terdiri di kalangan lelaki dan perempuan. Apatah lagi
para penontonnya yang adakalanya berasak-asak untuk melihat
persembahan kerana pada kebiasaannya persembahan akan dilakukan
di majlis-majlis tertentu terutamanya majlis perkahwinan. Islam tidak
melarang orang mendapat hiburan tetapi Islam menyediakan peraturan
bagi hiburan tersebut. Pada waktu yang sama Islam tidak menerima
apa jua jenis hiburan yang mengandung sesuatu yang haram atau yang
membawa kepada tindakan yang haram.

Seringkali berlaku peristiwa di mana beberapa pemain seolah-olah
dirasuk atau lebih mudah disebut sebagai ‘naik syeh’. Meskipun ada
pihak yang menafikan wujudnya sebarang pemujaan atau unsur
khurafat, sebaliknya mendakwa ianya disebabkan pemain begitu asyik
dengan tarian hingga hilang kawalan diri, ia masih tidak dapat diterima
di sisi Islam. Hal ini kerana perlakuan tersebut dilihat sebagai
keterlaluan sedangkan Islam melarang sikap berlebihan dalam
melakukan sesuatu. Firman Allah di dalam Surah Al-An’am ayat 41
yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melampaui batas.

Di dalam persembahan Kuda Kepang, khususnya persembahan
pelancongan masih wujud unsur Jawa-Hindhu yang terdapat pada
pakaian penari. Apatah lagi ianya tidak menutup aurat. Oleh itu,
berdasarkan persembahan kuda kepang ini, banyak unsur khurafat,
syirik serta yang bercanggah dengan aqidah , syariat serta akhlak Islam
yang pastinya memberi banyak kesan buruk terhadap masyarakat,

JAKNUUDAARKIE|P2A0N2G1

""KKAEUSSPEIETAPNIAKEGAANONNCRISSBNEEASTBBNAAUUJAAAAANNHHK""

BERITA SEMASA
"KEPENTINGAN KUDA KEPANG"

RUANGAN IKLAN

KAU SIAKAN SEBUAH
PENGORBANAN

Menitis air mataku melihat dirimu, NOV
Raup wajahmu menggambarkan seribu kata buatku,
Dimanakah mereka anak keluargamu, 12
Mengapa membiarkanmu,
Kenapa meninggalkanmu? 2020

Anak-anak,
Kejayaanmu tidak akan pernah berkat,
Jika ibumu kau biarkan terbiar,
Meminta-minta di tengah kota,
Manusia yang lalu lalang itu melihat saja,
Bajunya lusuh tubuhnya lesu,
Bagai aur bergantung ke tebing,
Bagai tebing bergantung ke aur.

Anak-anak,
Dia adalah insan yang berjasa dalam hidupmu,
Dia membesarkanmu,
Dia menjagamuDia juga mendidikmu,
Bagai menatang minyak yang penuh,
Ingatlah anak-anak kepada insan ini,
Berbaktilah kepada dia,
Kerna dia adalah ibu.

Nur Hidayah Binti Ayob (253692)

KESETIAAN SEBUAH
PENCINTAAN

Jika senyummu menghangatkan hatiku,
Akan aku terus menyayangimu seikhlas hatiku,
Namun jika ia merupakan sebuah kesilapan,
Biar aku hidup dengan penuh penyesalan.

Jika rindu meruntun di dalam jiwa,
Akan aku menghargai setiap detik bersamamu,
Namun jika seribu satu makna itu hilang,
Moga genggam kasih tidak dilepaskan.

Jika mencintaimu di izinkan Maha Pencipta,
Bila sampai waktunya akan aku melamar dirimu,
Namun jika takdir tiada noktah akhir,
Akanku doakan yang terbaik untuk dirimu.

Jika ramai yang menjadi pilihan orang tuamu,
Bertemankan cahaya bintang dan bulan tetapku bertahan,
Biar cinta sejati menjadi saksi ketabahan diri,
Moga direstui ketika aku bersama dirimu buat selamanya.

Nur Hidayah binti Abu Hasan 253742

DEC

02

2020

Kepentingan Seni
PeKresMpeamansbgyaDahraaalnkaTamtaKJriaoawnntaKe.ukdsa

Tarian kuda kepang yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa
mempunyai struktur dan bentuk yang tersendiri. Tarian kuda kepang
menjadi daya tarikan dalam masyarakat Jawa yang memaparkan budaya
rakyat yang mempunyai nilai estetika dan memberi kesan kepada
masyarakat yang melatarinya. Walau bagaimanapun, tarian kuda kepang
merupakan seni budaya tradisional yang semakin dilupakan dan tidak lagi
mendapat perhatian daripada masyarakat setempat.
Tarian kuda kepang mula diperkenalkan pada tahun 1920 di mana orang
Jawa Tengah berhijrah ke tanah seberang iaitu negeri Johor. Tarian kuda
kepang adalah salah satu seni persembahan yang dibawa oleh masyarakat
Jawa Tengah daripada hasil penghijrahan di negeri Johor. Disebabkan itu,
negeri Johor amat popular dengan tarian kuda kepang terutamanya dalam
kalangan masyarakat Jawa.

Pada tahun 1960, tarian kuda
kepang dijadikan sebagai hiburan
masyarakat kerana dipersembahkan
di sekitar kampung-kampung.
Namun demikian, pada tahun 1971,
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negeri Johor telah mengiktiraf
tarian kuda kepang sebagai warisan
kesenian rakyat masyarakat Johor
dan bertujuan untuk memelihara
warisan ini supaya tidak pupus
ditelan arus kemodenan.

Kepentingan seni persembahan kuda kepang dalam masyarakat Jawa ialah budaya
rakyat masyarakat Jawa ini berupaya menjadi wahana mendidik dan melatih
seseorang itu menjadi tabah dan kuat semangat dalam mengharungi dugaan yang
mendatang. Selain itu, pantang-larang dan peraturan yang perlu dilalui oleh para
penari tarian kuda kepang berupaya membina satu bentuk disiplin diri.

Seterusnya, pantang larang yang perlu dipatuhi memberi kesan yang mendalam
kepada para penari untuk mempunyai ketahanan diri dari segi mental dan fizikal
agar mereka lebih berkeyakinan ketika mempersembahkan tarian kuda kepang di
khalayak ramai. Tambahan pula, mereka yang terlibat dalam tarian kuda kepang
ini akan menjadi seorang yang tabah dan daya tumpuannya bertambah baik.

Di samping itu, persembahan seni tarian kuda kepang berupaya
menghiburkan orang ramai, memberi kesan emosi serta mengisi keperluan
yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat khalayak. Keunikan dan
keistimewaan kesenian tarian kuda kepang ini diiktiraf sebagai warisan
tradisi masyarakat Jawa kerana berupaya diperlihatkan dan diketengahkan
agar tidak pupus ditelan zaman. Kesan daripada penggabung jalinan unsur
animisme menjadikan tarian kuda kepang mempunyai keunikannya
tersendiri dan berupaya melambangkan identiti masyarakat Jawa.

Seni persembahan tarian kuda kepang wajar dipertahankan dan dilestarikan
kerana ia adalah satu bentuk seni yang tidak dipelajari secara formal. Tarian
kuda kepang ini juga sudah sebati dalam masyarakat Jawa, yang bukan
bertujuan untuk hiburan semata-mata malah ianya merupakan salah satu cara
masyarakat Jawa mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Seterusnya, melalui tarian kuda kepang dapat memupuk seseorang individu
menjadi kreatif. Sebagai contoh,

pembuatan kraftangan kuda kepang

yang direka mengikut kreativiti

seseorang individu. Tambahan pula,

melalui pembuatan kraftangan kuda

kepang dapat memberikan peluang

pekerjaan dan dapat menjana

pendapatan daripada hasil jualan kraf

tangan kuda kepang tersebut.

Selain itu, tarian kuda kepang dapat mengajar penari-penari dan penonton yang
melihat persembahan tersebut mengetahui tentang adab dan cara sebelum,
semasa dan selepas persembahan itu berlangsung. Di samping itu, tarian ini
juga dapat memupuk silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat. Sebagai
contoh, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang dapat memperkenalkan
setiap tarian yang berbeza-beza agar mereka boleh mengenali setiap budaya
kaum yang terdapat di Malaysia.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa tarian kuda kepang
mempunyai banyak kepentingan dalam konteks masyarakat Jawa. Meskipun
begitu, penari kuda kepang perlu memastikan bahawa mereka memahami setiap
teknik gerak tari tarian tersebut agar dapat memberikan persembahan yang
berkualiti dan menampilkan keindahan dalam setiap persembahan kuda kepang.
Tarian kuda kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional.

Justeru itu, tarian ini perlu diperkembangkan pada masa hadapan supaya generasi
akan datang dapat mengetahui tentang keunikan tarian kuda kepang ini.
Persembahan tarian ini dapat menghimpunkan masyarakat di suatu tempat dan
masa. Oleh itu, melalui tarian kuda kepang boleh dijadikan alternatif terbaik yang
boleh digunakan untuk memupuk perpaduan dalam sesebuah negara. Memelihara
tradisi ini sangat penting bagi sesebuah negara kerana jika kita tidak memelihara
tradisi, bangsa kita tidak mempunyai sebarang nilai sejarah lagi.

Datanglah Beramai-ramai!

TARIAN
PERSEMBAHAN
KUDA KEPANG

KUDA KEPANG SERI WARISAN

Januari 25, 2020 • 8 PM • Dewan
Serbaguna Muar

Masuk adalah Percuma!

Jangan lupa saksikannya!

TEMPAHAN
PEMBUATAN

KRAF
TANGAN

KUDA
KEPANG

KRAF TANGAN KUDA
KEPANG

Harga Produk
Besar =RM250
Sederhana=RM180
Kecil = RM 80

BUKA (Isnin - Jumaat) |
9 AM to 5 PM

Lot 7, Rumah Kedai
83600 Semerah,
Batu Pahat, Johor

Hubungi Kami!
017-5237629

atau
Layari Laman Sesawang
www.kudakepangjohor.com


Click to View FlipBook Version