The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnubauturi, 2021-02-21 20:53:12

Buletin-Al-Wehdah-Edisi-2020

Buletin-Al-Wehdah-Edisi-2020

1

Seulas Bicara

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
inayah-Nya dapat diteruskan penerbitan Buletin Al-Wehdah bagi tahun 2020 ini. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para
sahabat seluruhnya.

Tahun 2020 merupakan tahun ujian bagi umat manusia di seluruh dunia. Ujian Pandemik
Covid-19 telah menyedarkan kita bahawa betapa banyak nikmat Allah SWT telah kurniakan
kepada kita. Kita sering lupa dan alpa kepada nikmat tersebut disebabkan kesibukan duniawi.
Firman Allah dalam surah al-Taghaabun ayat 11 yang bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau
bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang
beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku
itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Sebagai manusia yang beriman seharusnya percaya bahawa ujian dan musibah yang
berlaku sebagai rahmat dan sudah pasti akan bersangka baik bahawa wabak Covid-19 ini
adalah ruang untuk Allah melipatgandakan lagi ganjaran kepada hambanya yang sabar.

Penerbitan Majalah al-wehdah bagi edisi tahun 2020 merupakan keluaran istimewa kerana
program-program yang telah diadakan adalah mengikut norma baharu. Pelbagai garis
panduan serta “Standard Operating Procedur” (SOP) telah disediakan oleh Jabatan bagi
urusan berkaitan hal ehwal Islam di Negeri Pahang bermula Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang telah dilaksanakan pada bulan Mac yang lalu. Jabatan ini mengambil kira kaedah
hukum syarak dalam menetapkan sesuatu prosedur bagi meraikan kehendak dan keperluan
masyarakat sepanjang tempoh PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Akhir kata, saya mengharapkan semoga penerbitan majalah ini dapat menjadi sumber
rujukan serta informasi berkaitan program-program yang telah dijalankan oleh Jabatan ini.
Didoakan semoga Allah melindungi kita semua daripada penyakit sopak, gila, kusta dan
penyakit-penyakit yang buruk.

(Dato’ Dr. Haji Zulkifle Bin Haji Ali Al-Hafiz DIMP., SMP.)

2

Kdymm Pemangku Raja Pahang Berangkat Menyempurnakan
6 Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur pada tahun ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak,
Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan bertarikh 20 Ogos 2020 bersamaan 01 Muharam 1442H. KDYMM Pemangku Raja Pahang
Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat
mencemar duli bagi menyempurnakan perasmian majlis sambutan pada kali ini. KDYMM Pemangku Raja Pahang turut
berkenan menyampaikan 6 anugerah Maal Hijrah peringkat Negeri Pahang bagi tahun 1442H/2020M. Penerima anugerah
tersebut adalah seperti berikut:

Anugerah Tokoh Maal Hijrah Anugerah Inovasi Kakitangan Awam Anugerah Inovasi Pengkhidmat Agama
Peringkat Negeri Pahang & Swasta/ NGO/ Badan Berkanun Dr Sharafuddin Aisa Bin Haji Osman

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Baki Dr Ahmad Irfan Bin Ikmal Hisham
Bin Othman

Anugerah Mubaligh Saudara Baru Anugerah Inovasi Jabatan & Swasta/ Anugerah Perkampungan Orang Asli
Muhammad Hasroy Bin Mohammad Akhir NGO/ IPTA/ IPTS/ Badan Berkanun Islam Terbaik

Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) Kampung Orang Asli Panderas Temerloh

Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Saujana dan Hafiz Hamidun. Ceramah sempena
maal hijrah pula telah disampaikan oleh penceramah terkemuka negara, Azman Syah Bin Alias yang lebih
dikenali sebagai PU Azman. 500 Orang jemputan telah hadir ke majlis ini mengikut norma baharu program

melalui penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka.

3

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG
Berkenan Menyempurnakan Majlis
PenutupAN Tilawah Al-Quran
Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-63

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang kali
ke-63 telah berlangsung selama tiga hari tiga malam
bermula 04 hingga 06 Februari 2020 bertempat di
dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Majlis kali ini telah menampilkan 30 orang peserta yang
mewakili setiap daerah dalam Negeri Pahang termasuk
Johan Menunggu. KDYMM Pemangku Raja Pahang
telah mencemar duli bagi merasmikan Penutupan Majlis
Tilawah kali ini. Johan qari bagi tahun ini telah disandang
oleh peserta dari Raub iaitu Mohamad Syaheed Bin
Sabri merupakan Johan Menunggu dengan memperolehi
markah 92.50% manakala Johan Qariah pula disandang
oleh peserta dari daerah Bentong iaitu Norhanani Binti
Ayob dengan memperolehi markah sebanyak 84% .Johan Qari dan Qariah telah membawa pulang wang tunai berjumlah
RM7,000.00 setiap seorang serta Piala Pusingan seterusnya mewakili Negeri Pahang ke peringkat kebangsaan.

4

KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, RAJA PERMAISURI
AGONG BERKENAN KE MAJLIS KESYUKURAN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA
MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN PAHANG KE-61

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti
Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
berkenan bercemar duli ke Majlis Kesyukuran, Tahlil Dan
Doa Selamat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari
Keputeraan KDYMM Sultan Pahang Ke-61 yang telah
diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Turut berangkat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku
Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Putera dan
Puteri Tuanku serta kerabat Diraja Pahang.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri
Wan Rosdy Bin Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan
Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak serta barisan Exco
Kerajaan Pahang.

Majlis bermula sekitar jam 6.30 petang dengan bacaan
Yassin dan tahlil yang dipimpin oleh Sahibus Samahah
Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Abdul Rahman Bin
Osman.

Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat
dan diakhiri dengan takbir raya.
Daulat Tuanku.

5

AHLAN WASAHLAN YH. DATO’
KE JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

02 November 2020- Pekan - Bertempat di Dewan Ibnu Sina Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah telah
diadakan Majlis Perjumpaan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri
Pahang dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang bersama Pegawai dan Kakitangan Jabatan Agama Islam
Pahang.

Pada majlis tersebut, YB. Dato’ Sri Dr Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang telah memperkenalkan
Pengarah Jabatan ini yang akan memulakan perkhidmatannya serta merta. Jabatan ini mengalu-alukan kehadiran YH.
Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali al-hafiz sebagai sebahagian warga JAIP. Semoga dengan kehadiran YH. Dato’ akan
lebih memartabatkan syiar islam di Negeri Pahang Darul Makmur. YH. Dato’ sebelum ini menjawat jawatan sebagai ketua
Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Majlis turut dihadiri oleh YH. Dato’ Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan),
Ketua-ketua Penolong Pengarah Bahagian, al-Fadhil qadhi-qadhi daerah, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Agama
Negeri serta pegawai-pegawai kanan Jabatan.

6

500 Orang penjawat awam menghadiri Seminar Penghayatan
Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan
Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat
Negeri Pahang pada 01 September 2020 bertempat di
Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Seramai 500 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan
negeri ini telah menyertai seminar tersebut. Seminar
diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan
kesedaran penjawat awam dalam memahami konsep
ibadah dalam pekerjaan.

Antara pengisian seminar adalah forum Bicara
Penghayatan Islam bertajuk “Kerja Sebagai Ibadah” dan
Bicara Hijrah bertajuk “Saya Yang Menjalankan Amanah”
yang telah disampaikan oleh ahli panel terkemuka negara,
iaitu Ustaz Mohd Elyas Ismail dan Prof Madya Dr. Syarifah
Hayati Syed Ismail.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri
Wan Rosdy Bin Wan Ismail Menteri Besar Pahang. Turut
hadir bersama YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Bin
Mohamad Al-Bakri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama).

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Sempena
Hari Kemerdekaan Ke-63 Dan

Hari Pahlawan Peringkat Negeri Pahang

28 Ogos 2020- Temerloh- Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Hari Kemerdekaan Ke-63 dan Hari Pahlawan Peringkat
Negeri Pahang telah diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Temerloh. Majlis dimulakan dengan
bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat serta solat sunat hajat secara berjemaah. Forum Fikrah Merdeka turut diadakan
sempena majlis tersebut. Panel Jemputan bagi forum ialah YB. Dato’ Sri Hajah Shahniza Binti Samsudin Pengerusi
Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap ADUN
Kuala Sentul dan YB. Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya ADUN Panching. Turut hadir dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar
Pahang dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

7

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KALI KE-19

SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan (SMATAF) terus mengekalkan prestasi sebagai sekolah cemerlang apabila
mengungguli 9 anugerah kecemerlangan yang diumumkan dalam Majlis Anugerah kecemerlangan Pendidikan SMAN
kali ke-19 tahun 2020. Majlis anugerah kecemerlangan pendidikan kali ke-19 ini telah diadakan di Bukit Gambang Resort
Kuantan pada 25 September 2020.

SMATAF muncul sebagai sekolah paling berjaya apabila dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang SMA 2019, Sekolah
Cemerlang SPM 2019, Sekolah Cemerlang Kokurikulum, Sekolah Cemerlang Bahasa Arab SMA, Sekolah Cemerlang
Bahasa Arab SPM, Johan Keceriaan Bilik Guru, Johan Keceriaan Bilik Asrama, Johan Keceriaan Kamar Selesa Sekolah
dan Johan Pertandingan 4K bagi kategori kebersihan. Secara keseluruhannya SMATAF berjaya membawa pulang hadiah
kecemerlangan berjumlah RM17,000.00 beserta sijil.

Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Addini Bandar Jengka pula diumumkan sebagai sekolah terbaik STAM 2019 manakala
SMA Al-Falah Batu Talam Raub memenangi Anugerah Khas Kelas Tahfiz Al-Quran masing-masing menerima sijil dan
RM2000.00. Johan pertandingan 4K bagi kategori keceriaan dimenangi oleh SMA Al-Attas Pekan. SMA Al-Wosto Temerloh
muncul juara 4K bagi kategori keselamatan dan SMA Al-Ihsan Kuantan juara 4K bagi kategori kerohanian. Semua
pemenang menerima sijil dan RM5000.00.

Sebagai menghargai jasa besar dalam memartabatkan pendidikan Islam khususnya di SMA Pahang Ust Yusof Bin
Sulaiman dan ustazah Siti Hasenah Binti Mohd Yusof telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru SMAN bagi tahun 2020.
Mereka menerima hadiah berupa pakej rehlah bernilai RM6000.00, wang tunai RM2500.00, hadiah iringan beserta sijil
penghargaan.

Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama
Islam dan Pendidikan Negeri Pahang sebagai wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang. Turut hadir sama dalam majlis ini
ialah YH Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Osman Mufti Negeri Pahang, YB Dato’ Rahim Bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Md. Sohaimi Bin Haji Mohamed Shah, ADUN Sungai Lembing serta Tuan
Haji Zakaria Bin Haji Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.

8

1.5 TAN ABU SELAMAT DILUPUSKAN DI TENGAH LAUT

24 SEPT- Sejumlah 1.5 tan abu al-Quran dilupuskan ke laut sejauh 10 batu nautika mengikut syarak bagi memelihara
kesucian Al-Quran. Program ini merupakan program tahunan Bahagian Penyelidikan JAIP. Penganjuran program pada kali
ini mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Al-Quran yang rosak atau tidak digunakan
perlu dilupuskan mengikut kaedah syarak sebagaimana keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada
22 Ogos 1992. Program telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri
Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad Bertempat di Jeti Marin Wilayah 3 . Turut hadir bersama Timbalan
Pengarah JAIP, Tuan Haji Zakaria Bin Mohamed, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji
Amran Bin Haji Daud dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Tuan Noriduan Bin Abdul Manan. Tatacara
pelupusan al-quran dan bahan al-quran adalah bertujuan untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan al-quran.

MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF Julung kalinya Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan
KHAS PASANGAN PENGANTIN YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan
Ismail telah berbesar hati untuk memberi Insentif Khas
Pasangan Pengantin (IKPP) sebanyak RM200 kepada
pasangan yang melangsungkan perkahwinan buat kali
pertama bermula tahun 2020. Majlis Penyerahan IKPP bagi
Fasa Pertama telah berlangsung pada 18 September 2020 di
Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
Kuantan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam
dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin
Syed Ahmad telah menyerahkan insentif tersebut kepada
76 pasangan pengantin baru sebagai simbolik penerimaan
insentif. Beliau merupakan wakil rasmi YAB Menteri Besar
Pahang bagi majlis tersebut. Sehingga Julai 2020, dianggarkan
seramai 939 pasangan yang menerima insentif tersebut.

9

4 DAERAH KEMPEN PROMOSI HALAL

Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang, dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah telah
melaksanakan kempen dan promosi halal bagi premis makanan dan minuman di 4 daerah dalam negeri Pahang. Kempen
pada kali ini memberi tumpuan kepada premis makanan dan minuman yang menjadi tumpuan orang ramai di bandar
iaitu Raub, Jerantut, Kuantan dan Bentong. Kempen berterusan ini bagi menggalakkan seterusnya memberi kesedaran
kepada peniaga dalam usaha mendapat sijil halal untuk premis mereka. Disamping itu juga kempen bertujuan memastikan
peniaga yang beragama Islam terutamanya mengikut syariat agama dalam bab kebersihan dan penggunaan bahan-bahan
yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

Semoga kempen promosi ini dapat menjadi dorongan kepada premis tersebut untuk memohon sijil halal, sekaligus
memberi keyakinan kepada pelanggan, khususnya yang beragama Islam.

10

KEMBARA MERDEKA HIJRAH 1442H Jabatan Agama Islam Pahang bersama Majlis
Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan
MERENTASI 5 DAERAH DAN 21 BUAH telah mengadakan Program Kembara Merdeka Hijrah
PERKAMPUNGAN ORANG ASLI 1442H/2020M bermula 15 hingga 17 September 2020.

Program ini merupakan acara tahunan Jabatan yang

diadakan secara berkonvoi dan disertai dengan program

ziarah, nyanyian lagu Negaraku dan jalur Gemilang,

penyerahan bendera maal hijrah dan bendera Malaysia

kepada tok batin perkampungan Orang asli, penyampaian

cenderahati barangan keperluan harian serta pakaian

terpakai kepada penduduk kampung, kuiz kemerdekaan

dan kefahaman islam, solat berjemaah, tazkirah dan

sebagainya. Objektif utama program adalah untuk

menyemarakkan erti kemerdekaan dan hijrah di kalangan

masyarakat orang asli.

Acara pelepasan konvoi 20 buah kenderaan telah

diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Pekan pada 15

September 2020 oleh Tuan Haji Mohd Aris Bin Jamin, Al-

Fadhil Qadhi Daerah. Sebanyak 21 buah perkampungan

Orang Asli yang merentasi 5 buah Daerah telah diziarahi

oleh pasukan konvoi. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian

Dakwah, Tuan Haji Mohd Fadzli Bin Mat Saman dan

Penolong Pengarah Kanan, Ustazah Naemah Fairus Bin

Mohd Jelani turut menyertai Konvoi pada kali ini.

Sekalung Penghargaan diucapkan kepada semua yang

terlibat dalam Program pada kali ini. Ucapan Jutaan terima

kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Qadhi Daerah Pekan,

Kuantan, Maran, Jerantut dan Temerloh, Majlis Ugama

Islam dan adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Para

Penggerak Masyarakat Orang Asli, Badan Bukan Kerajaan

(NGO) dan semua yang telah menjayakan program pada

kali ini. Semoga Program yang diadakan menjadi asbab

penghijrahan Masyarakat Orang Asli kepada agama Islam

serta dapat memperteguhkan lagi keimanan kepada

Allah SWT.

CERAMAH PERDANA
“INDAHNYA BERSAMA AL-QURAN”

19 Julai 2020- Masjid Abu Bakar Temerloh selesai
melaksanakan program CERAMAH MAGHRIB PERDANA
bertajuk “Indahnya Bersama Al-Quran” bersama Tetamu
Undangan Istimewa iaitu Sheikh Abdul Karim AlMakki. Apa
yang menyentuh hati para jemaah adalah Suara Sheikh
Abdul Karim AlMakki sangat mirip dengan suara imam-
imam MasjidilHaram. Jemaah dapat merasakan suasana
seolah-olah solat di MasjidilHaram ketika Sheikh Abdul
Karim membaca Surah Al-Fatihah dan ayat lazim dengan
meniru gaya bacaan Imam Sheikh Maahir Al-Mu’ayqali
dan Imam Abdul Rahman As-Sudais. Semoga Allah SWT
memberikan kita peluang dan ruang untuk ke Tanah Suci
Makkah bagi mengubati kerinduan berada di Bumi Barakah.

11

SEMINAR PASCA PERKAHWINAN DAN FORUM MAAL HIJRAH 1442H DAERAH BENTONG

12 September 2020-Bentong- Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Bentong dengan kerjasama pelbagai agensi telah
mengadakan Seminar Pasca Perkahwinan Dan Forum Maal Hijrah bertempat di Taman Desa Damai. Pelbagai aktiviti
telah diadakan seperti pameran Jabatan Bomba, Penjara, Swcorp, Pusat Kutipan Zakat, Bahagian Pengurusan Halal dan
Bahagian Penguatkuasa JAIP. Pelbagai gerai jualan, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan serta Tahsin Fatihah turut
diadakan.

Pada sebelah petang pula telah diadakan pertandingan gubahan tuala dan masakan bertemakan ikan patin, acara
mewarna kanak-kanak serta perlawanan futsal antara kakitangan PAID Bentong dan masyarakat setempat. Forum Maal
Hijrah dan penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 2020M/1442H Daerah Bentong merupakan acara
kemuncak program yang telah diadakan pada jam 8:00 malam.

PROGRAM RAMAH MESRA
DAN MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN

3 Februari 2020 –Jerantut - JAIP dengan kerjasama JAKIM telah
mengadakan program ramah mesra dan meraikan pasangan pengantin di
Kampung OrangAsli Sg. Kucing Ulu Tembeling Jerantut. Program diadakan
bertujuan untuk meraikan pasangan pengantin baru serta menyantuni
masyarakat orang asli agar dakwah dapat disampaikan dengan lebih
berkesan. Program dirasmikan oleh Al-fadhil Qadhi daerah Jerantut, Tuan
Syarifuddin Bin Mohamad Sa’ad. Program tersebut mendapat sambutan
yang sangat baik daripada penduduk kampung tersebut. Pelbagai aktiviti
telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung seperti pemantapan
aqidah, ziarah mahabbah, sukaneka, gotong-royong, kenduri kampung.
Program dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH RAUB 1442H

Pada 17 September 2020 bertempat di Masjid Sultan Abu Bakar
Raub telah dilaksanakan sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah
Raub. Program bermula seawal jam 8:00 pagi sehingga 11:00 malam
disajikan dengan pelbagai majlis ilmu oleh penceramah terkemuka
Negeri Pahang. Pada sebelah pagi telah diadakan Diskusi Ilmu
yang disampaikan oleh Ustaz Uwais Al-Qarni, Mudir Pusat Pengajian
Ribat Al Mustafa, Kuantan dengan merungkai Kitab “Pedoman Solat
Berjemaah”.

Kemuncak Acara program telah diadakan Ceramah Perdana oleh
Ustaz Nasaruddin Bin Hasan, Yang Dipertua YADIM. Turut hadir
Pegawai Daerah Raub Dato’ Mohammad Shahid Bin Ismail bagi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan mencipta
sepanduk. Semoga program yang telah dijalankan dapat meningkatkan
ilmu agama dikalangan masyarakat serta mencapai objektif yang telah
disasarkan.

12

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG JAIP 2019

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), JAIP bagi tahun 2019 telah diadakan
pada 13 Februari 2020 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan
Fatimah (SMATAF). Turut hadir bagi menyampaikan ucapan perasmian Program, YB Dato’
Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan
Pendidikan Negeri Pahang. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah JAIP YH.
Dato Syed Ahmad Fuad Bin Syed Taha. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kakitangan
JAIP yang telah memperolehi APC bagi tahun 2019. Semoga terus cemerlang di masa akan
datang.

13

Majlis Raikan Cinta Musim PKP Negeri Pahang Darul Makmur

14

Pegawai Kanan JaIP

Pengarah JAIP Dan Timbalan Bersama Al-Fadhil Qadhi-Qadhi Daerah

Pengarah JAIP Dan Timbalan Bersama Pengetua- Pengarah JAIP Dan Timbalan Bersama Al-Fadhil
Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Qadhi-Qadhi Daerah

Pengarah JAIP Memeriksa Perbarisan Anggota Pengarah JAIP Dan Timbalan Bersama Ketua-Ketua
Penguatkuasa Agama Negeri Pahang Penolong Pengarah Bahagian

Pegawai-Pegawai Kanan JAIP Menyanyikan Lagu Timbalan Mengiringi Pengarah JAIP Memasuki Dewan
Negaraku Dan Penjawat Awam Bagi Majlis Bagi Majlis-Majlis Perjumpaan Kakitangan
Perjumpaan Kakitangan Dan Amanat 2020 Dan Amanat 2020

15

TINTA KPNCR NEGERI PAHANG

Indahnya Keluarga Bertunas
Sunnah

Indah boleh diterjemahkan dengan pelbagai pengertian. tauladan. Satu aspek terbaik yang dicontohi daripada
Indah itu adalah hidup tanpa gelisah dan derita. Mungkin akhlak Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga.
indah itu adalah memiliki zuriat iaitu anak-anak sebagai Sebagai manusia biasa, Rasulullah SAW pernah
penyejuk mata dan mungkin juga indah itu adalah tiada menjadi anak, suami, bapa, mertua dan datuk. Baginda
kesempitan hidup dari sudut pemilikan wang ringgit dan menunjukkan contoh ikutan terbaik dalam memenuhi setiap
harta benda. Apa jua pemahaman indah yang subjektif ini, tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.
tinta kali ini ingin mengetengahkan definasi indah dari sudut
yang lebih luas iaitu kebahagiaan berkeluarga. Dilihat dari aspek membina keluarga bahagia,
keperibadian Rasulullah SAW terhadap isteri dan anak-
Cita-cita untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga anak wajar dicontohi. Rasulullah SAW adalah seorang
secara prinsipnya mampu diperolehi apabila seluruh suami dan ayah yang sangat mengambil berat terhadap
anggota keluarga dapat menjalankan dan melaksanakan kebajikan keluarga. Walaupun Baginda seorang pemimpin,
tanggungjawab masing-masing di samping sentiasa kewibawaannya sebagai suami dan ayah adalah amat
nasihat-menasihati, hormat-menghormati, bekerjasama dikagumi oleh seluruh taulan dan lawan. Nabi Muhammad
dan saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain. SAW juga seorang suami yang ringan tulang, sering
Suami dan isteri merupakan asas kepada pembentukan membantu isteri dalam urusan rumah tangga tanpa disuruh.
keluarga yang bahagia. Islam sentiasa memberi bimbingan
ke arah kebahagiaan hidup samada kehidupan individu, Sebagai suami, Baginda SAW begitu menghargai
keluarga dan masyarakat. Hubungan suami dan isteri yang isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti
baik lagi harmoni akan membawa kepada kebahagiaan penyayang, bertimbang rasa, bertanggungjawab serta
hidup berkeluarga dan akan dinikmati oleh seluruh anggota penyabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka
keluarga. bahkan menghadapi karenah isteri dengan penuh
berhikmah. Baginda SAW juga tidak keberatan membantu
Islam memberi penekanan khusus dalam konteks di dalam menyempurnakan kerja-kerja di rumah. Ibnu Hajar
kekeluargaan supaya memelihara perhubungan yang pernah berkata bahawa Aisyah (r.a) meriwayatkan katanya:-
berkaitan dengan psikologi dan kerohanian seperti berkasih “Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit
sayang, taat mentaati, berbudi bahasa dan lemah lembut sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa
kerana ianya akan dapat menghindarkan permasalahan dikerjakan lelaki di rumah mereka.”
serta konflik dalam sesebuah keluarga. Ianya adalah
tuntutan Yang Maha Mencipta yang mengetahui setiap (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)
keperluan dan kehendak hamba-hambanya bagi melayari
kehidupan berkeluarga. Firman Allah di dalam surah an- Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui
Nisa, ayat 1 yang bermaksud :- sendiri oleh isteri Baginda Aisyah (r.a) yang meriwayatkan:-
“Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun
namaNya kamu saling meminta antara kamu dan memukul isteri dan pembantunya.”
peliharalah hubungan kasih sayang. Sesungguhnya
Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Perasaan kasih sayang dan bertimbang rasa dalam Apabila hendak memulakan suatu perjalanan, Baginda
keluarga akan mendorong ahli keluarga ke arah bertaqwa akan memastikan tempat duduk isterinya di atas unta
kepada Allah. Apabila nilai taqwa dihayati, sudah tentu dalam keadaan selesa. Anas (r.a) pernah mengatakan
perhubungan mereka akan terbina atas dasar keikhlasan bahawa Baginda SAW akan duduk bagi membolehkan
dan persefahaman yang akan menghasilkan kebahagiaan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta.
hidup berkeluarga. Kita beruntung kerana acuan ini telah Dalam kehidupan berpoligami juga, Baginda adalah contoh
diterjemahkan oleh Allah SWT melalui Baginda Rasulullah terbaik melaksanakan prinsip keadilan dengan penuh
SAW. Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 21 kebijaksanaan.
yang bermaksud:-
“Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui
ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik Baginda. Aishah (r.a) yang mewakili mereka terus
di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-
mengingati nama Allah SWT (dalam masa susah dan isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah
senang).” sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar
pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab sebaliknya
Tidak dapat disangkal lagi bahawa segala apa yang dibawa menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan
oleh Rasulullah SAW adalah contoh panduan buat seluruh memberikan jawapannya kemudian.
umat manusia. Kehidupan dan keperibadian Baginda SAW
merupakan “uswah hasanah” yang seharusnya difahami
bahawa Baginda SAW adalah sebaik-baik contoh dan

16

Selepas itu, seperti biasa Rasulullah SAW bermalam di Ibrahim menghembuskan nafas yang terakhir sehinggakan
rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran dan sebelum mengalirkan air mata.
Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang
dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak memberitahu Contoh kasih sayang datuk terhadap cucunya boleh
hal itu kepada isteri yang lain. Kemudian Rasulullah SAW dilihat daripada cara Baginda SAW melayani kedua-dua cucu
menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda kesayangan iaitu Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin.
hendak memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW bukan sahaja sentiasa membelai dan
Rasulullah SAW berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mencium kedua cucunya itu, malah terus mendukungnya
mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah apabila keduanya menghampiri Baginda . Apabila keluar
isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka rumah, Baginda selalu membawa cucunya bersama serta
bahawa dia saja yang menerima cincin itu. selalu meriba dan bermain dengan mereka. Pernah ketika
sedang sujud dalam solat, Baginda memanjangkan tempoh
Sebagai seorang ibu atau bapa, mendidik dan yang agak lama bagi memberi peluang kepada mereka
mencorak masa depan anak-anak adalah misi terpenting duduk di atas belakang Baginda.
dalam mencapai matlamat keluarga bahagia. Manifestasi
kehidupan berkeluarga Baginda Nabi SAW yang Memiliki sebuah keluarga harmoni memerlukan ikatan
bersumberkan aqidah yang kukuh telah dicontohi oleh yang mesra bukan saja dengan anak dan isteri, malah
para sahabat, tabi’ tabi’in dan seluruh orang soleh kerana menantu juga. Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh
ia menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Rasulullah SAW melalui kehidupan Sayyidina Ali Bin Abi
Firman Allah SWT dalam Surah Luqman : Ayat 1 yang Talib sebagai menantu Baginda. Sayyidina Ali sebagai
bermaksud :- menantu Rasulullah SAW turut sama menyingsing lengan
“Dan ingatlah tatkala Luqman berkata kepada anaknya membantu Fatimah (r.a) menggiling tepung di dapur. Usaha
diwaktu dia memberi pelajaran kepada anaknya : sekecil itu, di celah kesibukan sudah cukup bermakna dalam
‘‘Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan mengambil hati seorang isteri yang saban hari bertungkus-
Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah lumus menguruskan rumah tangga.
benar-benar kezaliman yang besar. ”
Demikianlah contoh terbaik yang Rasulullah SAW
Keperibadian Rasulullah SAW terhadap isteri dan anak pamerkan untuk diikuti oleh kita selaku umatnya dalam
wajar dicontohi pasangan zaman ini. Sebuah keluarga yang segenap aspek kehidupan. Baginda ialah manusia agung
bahagia mampu melahirkan masyarakat sejahtera kerana yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai pembawa rahmat
kehidupan setiap individu bermula di rumah atas didikan untuk sekalian alam. Oleh itu, marilah kita semua mencontohi
dan bimbingan ibu bapanya. Apabila individu itu dibentuk serta mengamalkan ketinggian peribadi, kemuliaan akhlak
dengan baik, maka masyarakat di sekelilingnya akan dan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
harmoni dan sejahtera. Perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan
ajaran Islam secara menyeluruh. Segala bentuk teori
Melahirkan keluarga sejahtera dan harmoni, ibu bapa dan acuan untuk menggapai kebahagiaan berkeluarga
hendaklah berusaha membentuk anak menjadi generasi hanya akan akan berhasil, sekiranya kita mengikuti serta
hebat dan berkualiti. Rasulullah SAW adalah seorang menghayati kehendak Allah SWT yang telah diterjemahkan
suami dan ayah yang sangat mengambil berat terhadap oleh Sunnah Baginda Nabi SAW. Marilah kita berdoa
kebajikan keluarga dan kewibawaannya memang tidak kepada Allah supaya sentiasa mengurniakan taufiq dan
dapat ditandingi. Rasulullah SAW adalah bapa penyayang. hidayah serta memberikan kekuatan untuk kita membina
Baginda lemah lembut kepada Qassim, Abdullah, Ibrahim, rumah tangga yang bahagia.
Fatimah, Zainab, Umi Kalthum dan Siti Rakiah. Baginda
sangat mencintai dan mengasihi putera dan puterinya. ‫ﮥ ﮦﮧﮨﮩﮪﮫ‬
Acap kali apabila Baginda melihat puterinya Fatimah (r.a) ‫ﮬﮭ ﮮ ﮯﮰ‬
masuk ke rumahnya, Baginda terus menyambut dan berdiri,
kemudian mencium kepala dan tangan. Aisyah (r.a) pernah ‘‘Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-
bertanya kepada Rasulullah SAW apakah sebab Baginda
amat sayang kepada Fatimah (r.a). Baginda menegaskan, isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara
“Wahai Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku
ketahui mengenai Fatimah nescaya engkau akan Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah
mencintainya seperti aku mencintainya. Fatimah adalah
darah dagingku. Ia tumpah darahku. Sesiapa yang Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu)
membencinya, maka ia membenciku, dan sesiapa yang
membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.” bertaqwa.’’

Putera Nabi SAW, iaitu Ibrahim meninggal dunia ketika Surah al-furqan : 74
usianya masih kecil. Walaupun Baginda sibuk dalam urusan
dakwah ketika Ibrahim sakit tenat, Baginda akan sentiasa Oleh: Rasmawi Bin Harun
menziarahi anaknya, bermain dan menggembirakan Ketua Pendaftar Perkahwinan,
hati Ibrahim. Baginda SAW cuba menghilangkan derita Perceraian dan Rujuk Negeri
yang ditanggung anakandanya tercinta walaupun buat Pahang
seketika. Nabi Muhammad SAW sangat sedih ketika

17

MENCINTAI RASULULLAH Ayat di atas diperkuatkan lagi dengan tafsiran oleh

‫َاص ًةنَاالْ ََموِبْبَُِسرع َْلسو َاالًَِم ِةثا‬،َّ‫ ِينالَولإَِ�اوللَِهفَّ ََّقِىفنصَاليَىَْاِلوَُأ�ةَِمْطرَااِولاضَعلِِّتِدهَّْيِهسَِولنعََالََُمو َىهعََ َدلَءااَاِلىنِه ِل َِ�عوسَأَ�َبِّيْا ِصَدداَِت َنحِهاِبُم ِه ََحوََّم َصخٍدل‬.ْ‫ُِهِدن َِلخَوُيْلمََتَِرهرلَُخساَاِللَِّْْيوزِلَِذَفم ِيهِْة‬،ْ‫إِا�َللْدََحْايِئِبَنَحَْيامِْمبي‬ tokoh dalam bidang tafsir al-Quran iaitu Ibn ‟Abbas r.a.

Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi, selawat dan salam Beliau meriwayatkan dalam membicarakan ayat tersebut
tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, Nabi
pembawa rahmat dan janji keselamatan kepada sekalian dengan berkata : Keutamaan dari Allah ialah merujuk
makhluk dilangit dan dibumi,kepadanya nisbah segala
kemuliaan, darinya tersebar kasih sayang, kerananya kepada ilmu, manakala rahmat-Nya adalah bermaksud
diciptakan alam semesta kerana baginda adalah rahmatan
lil ‘alamin. Nabi Muhammad SAW.

Mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan Jelas tergambar dalam ayat di atas, bergembira
sebuah kewajipan kepada setiap mukmin. Peruntusannya
adalah merupakan sebaik-baik kurniaan dan sebesar-besar dengan kelahiran dan perutusan baginda SAW yang
nikmat anugerah Allah kepada umat sejagat. Ia sekaligus
melahirkan rasa syukur dan kegembiraan yang mendalam merupakan rahmat adalah sebuah tuntutan. Bahkan segala
dengan anugerah rahmat ini. Ianya adalah lebih besar
dan utama dari sekalian rahmat lainnya. Tentunya dari yang berkaitan baginda SAW seperti hari kelahirannya
rasa syukur itu akan ditampakkan dengan segala bentuk
ketaatan kepada Yang Maha Esa. Berpijak dari rasa syukur adalah rahmat. Seterusnya Allah SWT menyeru manusia
itu juga seorang mukmin akan terus mendaki tangga amal
untuk mencapai mahabbatullah seiring bersama kepatuhan bergembira dan bersyukur dengan rahmat kedatangan
kepada setiap tuntunan dan didikan baginda yang mulia.
Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang dirakamkan
Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW adalah satu-
satunya Nabi dan Rasul yang dianugerahkan syafaat dalam firman Allah :
membantu umatnya di akhirat kelak.Malangnya, masih
ramai yang hanya mengakui bahawa mengasihi, mencintai ‫ﮐﮑﮒ ﮓﮔ ﮕ‬
dan mengharapkan syafaat Baginda tetapi tidak melakukan
sebarang inisiatif mahupun berusaha mendekati junjungan (Tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi)
besar Nabi Muhammad SAW. Sedangkan Baginda sentiasa
mendahulukan umatnya dalam segenap perkara, bahkan rahmat bagi semesta alam).
Rasulullah SAW sanggup dihina, dicerca, diuji dengan
pelbagai fitnah bahkan menerima ugutan bunuh demi Surah al-Anbiya’: ayat 107
menegakkan syiar Islam.Pengorbanan itu tidak lain tidak
bukan demi memastikan umatnya tidak terjerumus ke b) Menyuburkan Budaya Selawat Ke Atas
lembah kesesatan. Nabi Muhammad SAW

Memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW akan
menyebabkan hati terdorong untuk berselawat dan memuji
ke atas baginda SAW yang merupakan suatu saranan Allah
SWT melalui ayat berikut :-

‫ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ‬

‫ﭼﭽﭾﭿﮀ‬

(Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat
ke atas Nabi, wahai orang yang beriman, berselawat
dan salamlah kamu ke atasnya dengan sebaik-baik
penghormatan).

Surah al-Ahzab : ayat 56

Ayat di atas memberi makna secara mutlak dan seruan
untuk berselawat ke atas baginda SAW pada sebarang
waktu dan situasi. Bahkan terdapat pula hadis yang
memberi ganjaran berlipat kali ganda hasil dari amalan
berselawat dan memuji baginda SAW sepertimana berikut :

‫َعص ْلَّنىَأ�ِب�عَلَي َّي ُهََوارْي َِحرَةَد ًَأة� َّنَص َلَّر ُىس اول َلَّل ُهالعَلَّلَِهْي ِه َصَعلَّ ْىش ًرااللَّ ُه عَلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَا َل َم ْن‬

a) Keutamaan Bergembira Dengan Yang bermaksud: “Daripada Abi Hurairah r.a., bahawa
Kelahiran Nabi Muhammad SAW Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang berselawat
kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya
Terdapat ayat al-Quran yang menggesa supaya manusia sepuluh kali”.
bergembira dengan kelahiran dan kehadiran baginda SAW
melalui firman Allah : - (Hadis riwayat Muslim)

‫ﮑﮒ ﮓﮔﮕﮖﮗﮘﮙﮚ‬ c) Kisah Dan Sirah Nabi Muhammad SAW
‫ﮛ‬ Sebagai Inspirasi Jiwa

(Katakanlah: Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, Semua peristiwa dan kisah sejarah para nabi yang telah
hendaklah dengan itu mereka bergembira kurniaan Allah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran menjadi
dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka sumber inspirasi perjalanan dakwah dan penguat jiwa
kumpulkan). baginda SAW. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah SWT
Surah Yunus : ayat 58 melalui ayat berikut :

18

‫ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱﯲ ﯳ ﯴ ﯵ‬ mulia seperti Saidatina Maryam, Nabi Isa dan Nabi Yahya
alaihimas salam yang diungkapkan ketika mengimbau
‫ﯶﯷﯸﯹﯺﯻ ﯼ‬ peristiwa itu dengan penuh syukur dan rasa gembira.

‫ﯽﯾﯿﰀﰁ ﰂﰃ‬ Ketika tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah,Rasululah
SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura (10
(Demi sesungguhnya, kisah para nabi itu mengandungi Muharram) lalu apabila ditanya kenapa kamu berpuasa
pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang pada hari ini, lalu mereka menjawab, “Hari ini adalah hari
mempunyai akal fikiran. [kisah para nabi yang terkandung yang baik. Kami berpuasa kerana pada hari ini diselamatkan
dalam al-Quran] bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, Musa daripada Firaun”.Rasulullah SAW kemudiannya
tetapi ia mengisahkan tentang perkara yang tersebut di memerintahkan para sahabat dan kaum muslimin untuk
dalam kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia berpuasa pada hari tersebut bagi merai dan menunjukkan
sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, kegembiraan di atas peristiwa itu.
serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang
mahu beriman). Kita juga sering mendengar Baginda SAW apabila
ditanya kenapa berpuasa pada hari Isnin, maka Baginda
Surah Yusuf: ayat 111 menjawab, “Ia adalah hari aku dilahirkan.”

Di sini jelas bahawa hikmah kisah-kisah para rasul Jika Baginda SAW bergembira atas kelahirannya
yang disebutkan di dalam al-Quran menjadi medium untuk dengan berpuasa setiap hari Isnin untuk menzahirkan
meneguhkan dan mengukuhkan jiwa baginda SAW yang kesyukuran, kenapa masih terdapat umat Islam
mulia. Justeru itu, sebagai umat baginda SAW pada hari yang tidak mahu bergembira malahan bersikap sinis
ini sudah tentu lebih memerlukan peneguhan jiwa melalui kepada mereka yang mahu memulia dan bergembira di
kisah dan sirah perjalanan hidup baginda SAW, malah atas kelahiran insan agung ini?
keperluan umat baginda tentulah lebih mendesak lagi
berbanding keperluan baginda sendiri. e) Pupuklah Cinta Melalui Keraian
Maulidur Rasul
Saranan memuliakan baginda SAW dan ganjaran yang
akan diperolehi jelas tergambar melalui firman Allah SWT Maulidur Rasul ini pada dasarnya adalah sebahagian
berikut : - daripada aktiviti dakwah Islam. Ia bertujuan untuk
mentarbiah, membimbing dan mengingatkan umat Islam
‫ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗﮘ ﮙ ﮚ‬ agar menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah SWT.
‫ﮛ ﮜﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ‬ Maka tiadalah kurniaan Allah yang teragong kecuali
dilahirkan junjungan agong Muhammad SAW. Salah satu
(Maka orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, cara menzahirkan keyukuran diatas nikmat terbesar ini ialah
menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang mengadakan keraian yang terhebat sesuai dengan kadar
diturunkan kepadanya [al-quran], mereka itulah orang yang kemuliaan yang harus ada di sanubari setiap umatnya.
berjaya).
Maka kita perlu memberi perhatian supaya sirah
Surah al-A’raf : ayat 157 perjuangan Rasulullah SAW ini disuburkan setiap masa.
Ia bermula dari sentiasa diulang ingat,dibaca dan dikaji
Berdasarkan ayat di atas, orang yang memuliakan sejarahnya antaranya melalui majlis bacaan maulid dan
baginda SAW bukanlah terhad pada sezaman dengan qasaid supaya ianya kekal dalam ingatan dan jiwa setiap
baginda SAW sahaja, tetapi adalah orang yang memuliakan, manusia.
menghormati dan membesarkan baginda SAW pada setiap
masa dan zaman. Kesimpulannya, Rasulullah SAW adalah contoh ikutan
terbaik bagi seluruh umat manusia. Hari ini ramai tokoh yang
Jelaslah bahawa, orang yang memuliakan baginda lahir tampil untuk membuat kita kagum, namun personaliti
SAW adalah tergolong di kalangan orang yang beruntung. dan kebijaksanaan Rasulullah SAW jauh lebih hebat hatta
Mengadakan sambutan hari kelahiran baginda SAW telah membawa perubahan kepada dunia seluruhnya sejak
termasuk daripada perkara yang membesarkan dan lebih 1,400 tahun yang lalu. Oleh itu marilah bersama kita
memuliakan baginda SAW. Justeru itu, dijanjikan kejayaan terus menzahirkan kegembiraan terhadap kelahiran insan
dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya. agung Nabi Muhammad SAW bukan hanya terhenti pada
12 Rabiulawal sahaja, tetapi sepanjang masa dan ketika
d) Mengingati Peristiwa Bersejarah selagi hayat dikandung badan.

Islam mengajar umatnya mengenang peristiwa yang Oleh: Syarifuddin Bin Mohamad
berlaku dalam sejarah sebagai pengajaran. Nabi Sa’ad Al-Fadhil Qadhi
Muhammad SAW sendiri mengambil kira ikatan masa Daerah Jerantut
dengan pelbagai peristiwa besar di dalam agama yang
telah berlaku sebelumnya. Di sisi pandangan ulama Ahlul
Sunnah wal Jamaah, menzahirkan kegembiraan dalam
apa juga bentuk perbuatan adalah dibenarkan selama ia
tidak menyalahi hukum syarak. Ini terbukti apabila Al-Quran
sendiri berbicara mengenai kelahiran yang insan yang

19

&Ikhtiar Bersama Doa Mustajabnya doa banyak terkait dengan beberapa
keadaan iaitu mustajab kerana tempat, orang yang berdoa
Tawakkal Dalam Menghadapi itu sendiri dan mungkin juga mustajab doa kerana waktu
yang sesuai dan terpilih.
UJIAN PANDEMIK COVID-19
Berdoa pada waktu yang terpilih disebut jelas oleh Nabi
Rasulullah SAW bersabda: SAW maka seharusnya kita mengambil peluang disaat kita
diuji ini dengan ujian pandemik covid-19 ini. Antara waktu
‫َلَولَُهيْ َ َوِإ�س ْنَذا َأ� َ َكص ِابََألْت َُحه ٍد ِإَ�ضاَّ َّلرا ِلُءلْ ُم َْؤِصمبَ َِرن‬ ‫َخيْ ٌر‬ ‫الَُْمس َّْؤراِمُء ِن َإِ�ش َّنَك َأَ�رْم َفَرُه َكاُكلََّنُه‬ ‫َع َج ًبا ِ أَل ْم ِر‬ mustajab doa adalah seperti berikut:
‫َخيْ ًرا‬ ‫لَ ُه‬ ‫إِ�فَ ْ َنكا أَ�َن َصاَخبَيْْتً ُرها‬ 1. Ketika Waktu Sahur (Sepertiga Malam)
2. Ketika Berpuasa (Orang Yang Sedang
yang bermaksud:
Berpuasa)
“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap 3. Di Malam Lailatulqadar
4. Ketika Azan
urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada 5. Di Antara Azan Dan Iqamah
6. Ketika Sedang Sujud Dalam Solat
seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang 7. Berdoa Sebelum Salam Dalam Solat
sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang
Fardhu
mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan 8. Pada Hari Jumaat
9. Ketika Hujan Turun
baginya. Jika dia ditimpa kesusahan/ penderitaan dia 10. Pada Hari Rabu (Antara Zohor Dan Asar)
bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” 11. Pada Hari ‘Arafah
12. Ketika Perang
)HR Muslim( 13. Ketika Minum Air Zam Zam
14. Ketika Bermusafir
Islam menuntut agar umatnya melakukan segala
DOA PERLINDUNGAN DARI
bentuk ikhtiar untuk menghadapi ujian hidup. Ikhtiar dan PENYAKIT MERBAHAYA

usaha yang dipilih seharusnya disertai dengan doa dan ‫االلَّأَل ُه ْ َّمس َقِإ�اِنّ ِمي أَ� ُعو ُذ ِب َك ِم َن الْبَ َر ِص َوالْ ُج ُنو ِن َوالْ ُج َذا ِم َوِم ْن �سَ ِيّ� ِئ‬

tawakkal kepada Allah SWT. “Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit
sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala
Dalam menghadapi situasi Covid-19 pada hari penyakit berbahaya yang lain.”

ini, antara ikhtiar yang dilakukan adalah mengikut

saranan pihak berkuasa antaranya sentiasa menjaga

penjarakan fizikal atau sosial, membasuh tangan dengan
menggunakan sabun atau hand sanitizer, memakai pelitup

muka dan sebagainya. Setelah segala usaha dilakukan,

maka panjatkanlah doa kepada Allah SWT dan bertawakkal

kepadaNYA. Firman Allah SWT :

‫ﯡﯢﯣﯤﯥﯦﯧﯨ‬

“Maka Apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan),
maka kerjakanlah dengan bersungguh- sungguh ( urusan)
yang lain. Dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu
berharap”

)Surah Al- Insyirah ayat : 7-8(

DOA TAWAKKAL

Firman Allah SWT :

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku kabulkan Firman Allah SWT :
doamu.”
‫ﭙﭚﭛ ﭜﭝﭞﭟﭠﭡ ﭢﭣﭤﭥ‬
)Surah Al-Ghaafir ayat : 60(
‫ﭦ ﭧﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯﭰ ﭱ‬
Doa itu merupakan ibadah. Disamping ia sebagai
tuntutan daripada Allah SWT, doa juga merupakan senjata ‫ﭲ ﭳﭴﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻ‬
orang mukmin. Seruan berdoa adalah langsung daripada
Allah SWT sehingga Dia menjanjikan suatu doa pasti akan Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah)
dikabulkan. dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah
bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
20 dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar
lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh
itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka

lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi
mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam
urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian
apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat,
untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang
bertawakal kepadaNya.

(Surah Ali-Imran ayat : 159)

Ayat ini menjadi penguat bagi hati-hati umat Islam.
Pada penghujung ayat ini, Allah mengajar kita supaya
jika telah berazam untuk melaksanakan sesuatu selepas
bermesyuarat maka bertawakallah kepada Allah dan
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
bertawakal.

Huruf “‫ ”ف‬pada kalimah tawakkal membawa maksud
segera atau seiiring (tidak bertempoh). Maksudnya
pekerjaan yang ingin kita lakukan hendaklah diikuti terus
dengan tawakkal kepada Allah SWT bahkan sifat tawakkal
itu lebih disukai Allah.

Ibn al-Athir menyebut, tawakkal bermaksud
menyerahkan urusan kepada pihak lain atau
menggantungkan kepadaNya. Hal ini disebabkan kerana
kepercayaan penuh kepada yang diserahkan atau
ketidakmampuan menangani sendiri.

Pada hari ini kita cenderung kepada memperbanyakkan
usaha dan melengahkan tawakkal kepada Allah. Oleh itu,
marilah kita kembali kepada konsep yg sebenar Usaha dan
Tawakkal kerana tawakkal itu hakikatnya adalah usaha.

Berserahlah, wakilkanlah, berharaplah, dan pasrahkan
segala sesuatu hanya kepada Allah SWT. Inilah erti sebenar
tawakal. Allah SWT berfirman:

‫ﮈﮉﮊ ﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑ‬

‘‘Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-
Nya”.

)Surah Al-Ghaafir ayat : 44(

Oleh : Wan Husaimi Bin Wan
Amran
Imam Besar Masjid Asy-Syakirin,
Maran

21

PENJELASAN MENGENAI ANAK TAK SAH TARAF

ANAK TAK SAH TARAF Dalam Istilah Bahasa Arab Disebut Walad Al-Zina Yang
Bermaksud Anak Zina Atau Luar Nikah. Para Fuqaha’ Bersepakat Bahawa Anak
Zina Ialah Merujuk Kepada Anak Yang Dilahirkan Hasil Perzinaan Dan Bukan Daripada
Perkahwinan Yang Sah Atau Persetubuhan Syubhah (Persetubuhan Oleh Lelaki Dan
Perempuan Yang Menyangka Mereka Adalah Suami Isteri Yang Sah).

Berdasarkan peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 Seksyen 2
mentafsirkan anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak
mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah sepertimana berikut :

“tak sah taraf”, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan
bukan anak dari persetubuhan syubhah.

1 KEPUTUSAN MUZAKARAH Keterangan/ Hujah
JAWATANKUASA FATWA Mesyuarat menjelaskan bahawa dalam
takwim Hijri, Jumlah bilangan hari pada
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa setiap bulan adalah tidak tetap iaitu 29
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal atau 30 hari. Mesyuarat memutuskan
memakai kaedah hitungan takwim hijri
Ugama Islam Malaysia Kali ke-57 semasa dan ianya tidak genap 180 hari
yang bersidang pada 10 Jun 2003 kerana terdapat beberapa bulan yang
telah membincangkan mengenai kadar hitungan harinya 29 hari.

Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah KEDUDUKAN ANAK TAK SAH
memutuskan seperti berikut. Anak Tak TARAF
Sah Taraf ialah:
Anak tak sah taraf tidak boleh
i) Anak yang dilahirkan di luar nikah dinasabkan kepada lelaki yang
sama ada akibat zina atau rogol dan dia menyebabkan kelahirannya atau
bukan daripada persetubuhan syubhah kepada sesiapa yang mengaku menjadi
bapa kepada anak tersebut. Oleh itu
atau bukan daripada anak perhambaan; tidak boleh pusaka mempusakai, (tidak
termasuk ahli waris), tidak menjadi
ii) Anak yang dilahirkan kurang dari 6 mahram dan tidak boleh menjadi wali
bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim atau mewalikan jika anak tersebut lelaki.
Qamariah daripada waktu tamkin
Jika anak tersebut perempuan, dia
(setubuh). tidak boleh diwalikan oleh lelaki yang
menyebabkan kelahirannya atau
2 KEPUTUSAN FATWA NEGERI kepada sesiapa yang mengaku menjadi
bapa kepada anak tersebut.
PAHANG2
(Kaedah hitungan tempoh enam

bulan dua lahzah mengikut takwim

hijriah untuk menentukan sah nasab)

Mesyuarat Khas Jawatankuasa

Perundingan Hukum Syarak Negeri

Pahang pada 19 Februari 2014

memutuskan bahawa kaedah hitungan

tempoh enam bulan dua lahzah

mengikut takwim hijri untuk penentuan

status sah nasab adalah mengikut

takwim hijri semasa.

22

IMPLIKASI ANAK TAK SAH TARAF

(i) NASAB/ PENAMAAN

Jika seseorang perempuan beragama Islam melahirkan Anak Tak Sah Taraf, maka
anak tersebut hendaklah di “bin” atau di “binti” kan dengan Abdullah atau lain-lain nama
asma’ al-husna berpangkalkan Abdul.

(ii) HAK PENJAGAAN

Dipertanggungjawabkan semata-mata kepada ibu dan saudara-mara sebelah ibunya.

(iii) NAFKAH

Menjadi tanggungjawab ibunya.

(iv) PUSAKA

Anak Tak Sah Taraf dan ibunya boleh mewarisi pusaka diantara satu sama lain. Anak
tersebut tidak termasuk ahli waris kecuali ibunya sahaja, namun boleh menerima hibah.

(v) WALI

Perkahwinan seseorang Anak Tak Sah Taraf perempuan diwalikan oleh wali Sultan /
Raja (Wali hakim). Anak Tak Sah Taraf (lelaki), tidak boleh menjadi wali sepertimana
susunan wali dalam pernikahan.

(vi) KEMATIAN

Pengurusan kematian seseorang Anak Tak Sah Taraf yang belum baligh adalah
menurut agama ibunya.

(vii) AMAL KEBAJIKAN

Jika semasa hayatnya, Anak Tak Sah Taraf telah melakukan amal kebajikan sama
ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat, maka segala manfaat dan ganjaran Allah
SWT dan lain-lain akan kembali kepada dirinya jua.

23

24


Click to View FlipBook Version