December 2022 PENANG FREE
SCHOOL
SADN1033
www.sintok.edu.com
SADN1013 vo.1
Penang Free School
NUR ADIBAH BINTI MOHD FOUZI 292933
UMAIRAH HUSNA BINTI MOHAMAD ASRI 293270
BALQIS BINTI SULIMAN 293175
NUR SYAFIKAH IDAYU BINTI ABDUL WAHAB 292819
PUTERI NABILA BINTI ZULKEFLI 293221
NUR ANISHAH BINTI MD SHAH 292878
NUR ARINA AMIRA BINTI HARMIZI 293061
NURUL AIN BINTI ZULKAFLLI 292782
CHE HANA SOFIAH BINTI CHE ADNAN 293328
NOR AISYAH BINTI OSNIZAN 292829
Isi Kandungan
1.LATAR BELAKANG SEKOLAH
2.SEJARAH LOKASI PENUBUHAN SEKOLAH
3.LOGO PENANG FREE SCHOOL
4.LAGU SEKOLAH PFS
5.KEISTIMEWAAN PFS
6.BILANGAN PELAJAR
7. SEJARAH RUMAH SUKAN
8.SENARAI PENGETUA PFS
9.PENCAPAIAN PFS
10.TRADISI DAN WARISAN PFS
11.PENCAPAIAN KOKORIKULUM PFS
12.TOKOH-TOKOH PFS
13.PERSATUAN ALUMNI PFS
14.PELAN PEMBANGUNAN PFS
15. KESIMPULAN
16. RUJUKAN
www.sintok.edu.com
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Tarikh penubuhan sekolah
Sekolah Penang Free School merupakan
sekolah pertama yang ditubuhkan di Tanah
Melayu. Sekolah ini juga merupakan sekolah
aliran Inggeris pertama di Malaysia dan tertua
di Asia Tenggara. Sekolah ini diasaskan dan
dibuka dengan rasminya pada 21 Oktober 1816.
Sejarah penubunan sekolah
Pada awalnya, ketua paderi tanah jajahan Price of Whales, Reverend Robert Spark
Hutchings telah mengemukakan cadangan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk
menubuhkan sekolah Penang Free School untuk memberi pendidikan kepada anak-
anak yatim dan miskin.
"Bahawa tujuan pertama Institusi adalah untuk
memberikan pendidikan kepada kanak-kanak yang
kalau tidak, akan dibesarkan secara duduk-duduk
sahaja dan mengakibatkan tabiat buruk tanpa cara
mendapatkan sebarang ajaran, baik dalam
pembelajaran berguna mahupun sebarang kerja
kasar, dan untuk menanam tabiat-tabiat awal
terhadap kerajinan, disiplin, dan kelakuan baik." —
daripada Rancangan Asal Penubuhan Free School,
Pulau Prince of Wales, 1816.
Penang Free School telah menjadi sekolah bantuan
SHTI sehingga tahun 1866 dan kemudiannya diambil
alih oleh kerajaan persekutuan sehingga hari ini.
Sejarah Nama sekolah
Perkataan Free atau bebas dalam nama
Penang Free School bukanlah merujuk
kepada pelajaran yang diberikan secara
percuma namun ianya bermaksud
kebebasan untuk pelbagai kaum dan
bangsa di sekolah tersebut. Tambahan
pula, nama sekolah Penang Free School ini
telah diluluskan oleh kementerian
pendidikan untuk sentiasa dikekalkan
sehingga ke hari ini.
1
Bahasa Penghantar
Bahasa Inggeris
Sejarah Lokasi Penubuhan Sekolah
Bermula daripada cadangan untuk pembinaan sekolah di Prince of
Wales Island oleh Reverend Sparke Hutchings.
Pada awalnya dibina di atas tanah Church Square yang diberikan
oleh pihak Syarikat India Timur Inggeris.
Kemudiannya ditempatkan di tapak asalnya iaitu di Jalan Farquhar
(kini merupakan Muzium Negeri Pulau Pinang).
Berpindah ke lokasi di Green Lane (kini dikenali sebagai Jalan
Masjid Negeri) pada tahun 1928.
Kedudukan terkini Penang Free School
2
LOGO PENANG FREE
SCHOOL
"Fortis Atque Fidelis" merupakan bahasa Latin yang
terdapat dalam logo sekolah yang membawa maksud
"Kuat dan Setia" dan ini merupakan moto sekolah
tersebut.
3
Lagu Sekolah Penang Free
School
let the aisle proclaim
till our anthem will dare us to do
let is onwards to win and new laurels gain
free school for the brave and for the true
it matters neither how strait the gate
nor how charged with dangers the goal
let the tempest rage and fell odds inflate
we'll do it with heart and soul
let us march on to fame
let the aisle proclaim
till our anthem will dare us to do
let is onwards to win and laurels gain
free school for the brave and for the true
free school for the brave and for the true
free school for the brave and for the true
Penggubal lagu sekolah:
Guru Seni yang belajar di St. Jovias.
Lagu sekolah ini masih dikekalkan
4
Keistimewaan Penang Free
School
Penang Free School dijadikan
sebagai sekolah Arkib Negara. Hal
ini demikian kerana sekolah ini
mempunyai banyak sejarah pada
zaman dahulu. Ini merupakan satu
usaha demi menjaga dan
memelihara sejarah dan artifak yang
terdapat di Penang Free School
secara lebih sistematik. Sekolah ini
juga mendapat segala jenis bantuan
yang diperlukan bagi memulihara
barangan sejarah yang lama
Terdapat dua bangunan yang paling
lama di Penang Free School ini iaitu
blok A dan blok. Blok ini merupakan
blok yang paling lama yang terdapat di
sekolah ini berbanding blok-blok lain.
Reka bentuk blok ini adalah ringkas
bagi tujuan mengurangkan kos
perbelanjaan Blok- blok ini mempunyai
pergerakan udara yang sangat baik.
Oleh itu, pelajar yang berada di blok ini
tidak merasa terlalu panas jika
dibandingkan dengan bangunan baru
yang lain. Hal ini demikian kerana, blok
ini mempunyai bumbung atap yang
tinggi.
5
BILANGAN PELAJAR
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan
Penang Free memiliki 1077 orang pelajar lelaki
dan 77 orang pelajar perempuan, menjadikan
jumlah keseluruhan murid seramai 1154 orang.
Ia mempunyai seramai 124 orang guru.
Pada tahun 2022, Penang Free School
memiliki jumlah keseluruhan pelajar seramai
954 orang. Daripada jumlah keseluruhan
tersebut, pelajar Tingkatan 1 mempunyai
bilangan pelajar sebanyak 194 orang, pelajar
Tingkatan 2 sebanyak 168 orang, pelajar
Tingkatan 3 sebanyak 197 orang dan pelajar
Tingkatan 4 sebanyak 148 orang serta pelajar
Tingkatan seramai 147 orang. Manakala pelajar
Tingkatan 6 mempunyai bilangan pelajar
seramai 100 orang yang menjadikan jumlah
keseluruhannya sebanyak 954 orang pelajar.
6
Sejarah Rumah Sukan
En. A. W. Hamilton, B.A., berkhidmat
di Penang Free School selama 34 tahun
dan bersara sebagai guru besarnya.
Beliau mengajar hampir setiap mata
pelajaran dalam Kurikulum: Bahasa
Inggeris, Perancis, Sejarah, Geografi &
Matematik. Semasa hayatnya, beliau
lebih dikenali sebagai "Harimau Tua".
Rumah Hamilton - Kuning
R. H. Pinhorn En R. H. Pinhorn, M.A.
Guru Besar Penang Free School dari
tahun 1904 - 1925. Sebagai
pengiktirafan atas kerja cemerlang
beliau dalam Pendidikan Malaya,
beliau telah dianugerahkan Darjah
Kebesaran Empayar British dalam
Senarai Kepujian Tahun Baru 1923.
Rumah Pinhorn - Biru
Mr. H. R. Cheeseman, C.M.G.
menghabiskan 23 tahun di Pulau
Pinang 15 tahun daripadanya di
Penang Free School. Beliau adalah
pengasas Majalah Penang Free
School (1909). Sebagai mengiktiraf
sumbangannya kepada Pendidikan
Malaya, beliau telah dilantik sebagai
Pengarah Pendidikan Malayan
Union selepas Perang. Rumah
Cheeseman - Merah
7
W. Hargreaves En. W. Hargreaves,
M.A., merupakan Guru Besar siswazah
pertama Penang Free School dari 1891-
1904. Setibanya beliau mendapati
Sekolah ini merupakan Sekolah Rendah
kelas kedua tetapi beliau mengubahnya
menjadi Sekolah Menengah terbaik
Negeri-Negeri Selat pada masa beliau
berlepas. Rumah Hargreaves - Coklat
Dr Wu Lien-Teh ialah Kapten Sekolah
Percuma pada tahun 1894. Belajar di era
keemasan Free School, beliau menonjolkan
dirinya dalam bidang akademik dan telah
dianugerahkan Biasiswa Ratu pada tahun
1896. Dr. Wu adalah Pakar Perubatan Luar
Biasa dan Naib- Presiden Kolej Perubatan
Tentera Darat. Kemudian dia muncul
sebagai pakar wabak dunia. Rumah Wu
Lien Teh - Hijau
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah ialah pelajar Penang Free School dan
menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu yang pertama di Malaysia pada
tahun 1955. Juga dikenali sebagai Bapa
Kemerdekaan dan menjadi Perdana Menteri
Persekutuan yang pertama. Tanah Mel
ayu
pada tahun 1957. Rumah Tunku Putra -
Jingga
Tan Sri Dato' Amar (Dr) Teuku
Zakaria bin Teuku Nyak Puteh @ P.
Ramlee dilahirkan di Pulau Pinang
pada 22 Mac 1929. Beliau mendapat
pendidikan menengah di Penang Free
School dan dilahirkan dengan bakat
seni. Seorang pelakon, penyanyi,
pelawak, penulis lagu, Penulis Skrin
dan pengarah filem terkenal. Rumah
8 P Ramlee - Kelabu
Senarai Pengetua yang berkhidmat di
Penang Free School
1816–1821: William Cox
1821–1822: David Churcher
1822–1826: George Porter
1826–1828: William Anchant
1828–1843: John Colson Smith
1843–1846: Bruton
1846–1853: Fitzgerald
1853–1871: John Clark
1871–1891: George Griffin
1891–1904: William Hargreaves
1904–1925: Ralph H. Pinhorn
1925–1926: William Hamilton
1927–1928: D. R. Swaine
1928–1929: L. W. Arnold
1929–1931: D. W. McLeod
1931–1933: M. R. Holgate
1933–1934: J. Bain
1934–1946: L. W. Arnold
1947–1949: D. Roper
1949–1950: M. F. Crocop
1950–1951: P. F. Howitt
1951–1957: J. E. Tod
1957–1963: J. M. B. Hughes
1963–1969: Tan Boon Lin
9
1969–1971: Poon Poh Kong
1972–1974: K. G. Yogam
1974–1979: Goon Fatt Chee
1979–1983: R. Visvanathan
1983–1988: G. Krishna Iyer
1988–1993: Hooi Beng
1993–2000: Hj. Ismail bin Ibramsa
Jan 2000–Dis 2000: Abdul Rahman
2001–2004: Arab
i Sulaiman
2004–2006: Muhammad Yusof bin
Omar
2006–2012: Hj. Ramli bin Din
2012–2016: Jalil bin Saad
2016–2022 : Omar bin Abdul Rashid
2022–kini : Syed Sultan bin Shaik
Oothuman
10
En. Syed Sultan bin Shaik Oothuman
Pengetua PFS
2022
11
Pencapaian Penang Free School
Terdapat seorang pelajar iaitu Amir Daniel yang
telah mengharumkan nama sekolah di peringkat
antarabangsa. Secara tidak langsung beliau juga
telah mewakili negara dalam pertandingan
judo.Pada tahun 2022, beliau telah memenangi
pingat gangsa dalam sukan Komanwel iaitu dalam
pertandingan Judo. Amir Daniel telah bergiat aktif
dalam sukan judo dari umur beliau 13 tahun. Selain
itu, beliau juga pernah menjejakkan kaki ke Jepun
untuk mewakili negara dalam pertandingan ini.
Amir Daniel bukan sahaja
cemerlang dalam sukan malah
beliau juga merupakan pelajar yang
cemerlang dalam bidang akademik.
Amin Daniel telah mendapat
keputusan yang cemerlang dalam
SPM iaitu 8A.
12
Semua mata pelajaran harus dipelajari dalam Bahasa
Inggeris.
Mata pelajaran adalah sama seperti sekolah-sekolah
lain tetapi mempunyai mata pelajaran tambahan iaitu
bahasa Perancis. Pelajar di sekolah Penang Free School
harus mengambil bahasa perancis sebagai bahasa
tambahnan
MR. Cheng Chee Chong
Guru yang mengajar bahasa Perancis ini ialah Encik Cheng
Chee Chong. 10 orang pelajar daripada 55 orang pelajar yang
di ajar oleh Cikgu Cheng Chee FOng berjaya mendapatkan
100% dalam mata pelajaran Bahasa Perancis ini. Sekarang
beliau merupakan guru yang terlibat dalam Malaysia - French
Language Curriculum
Antara 10 Pelajar yang mendapat 100% dalam
Bahasa Perancis Ialah
1. Nicholas Kuan Zhen Xian
2. Julien Teh Keng Ju
3. Arevalagam Hariharan
4. Tan Zia Wei
5. Batist Emmanuel John
6. Mohdmed Quzairie Bin Talib
7. Chandra Segar Suhanesh
8. Xavier Emmanuel Raj
9. Mohamed Aizuddin B Mohamed Ismail
10. Alvin Lim Zhang Jing
13
TRADISI DAN WARISAN DI
PENANG FREE SCHOOL
1. PERTANDINGAN ELOCUTION CHEESEMAN
Pertandingan ini selalunya diadakan pada penghujung
semester pertama. Peraduan ini terbuka khas kepada
semua Tingkatan Atas sahaja. Setiap kelas hendaklah
menghantar wakil sekurang-kurangnya seorang
penceramah. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Jabatan
Bahasa Inggeris dan para pelajar diberikan kebebasan
untuk memilih topik yang menarik untuk dibentangkan.
Markah akan diberikan kepada ketenangan, ekspresi,
kelancaran dan kandungan pembentangan tersebut.
Peraduan ini merupakan batu loncatan kepada para pelajar
untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang
lebih mencabar seperti "Youth Speaks for The Nation".
14
2. SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
Sukan tahunan sekolah dijalankan pada minggu terakhir
semester pertama. Ia dimulakan dengan acara perbarisan
dan lafaz Sumpah Sukan Sekolah oleh Kapten Olahraga
Sekolah. Antara acara yang dipertandingkan ketika hari
sukan tersebut ialah acara mengiasi bangsal rumah sukan,
acara lari berganti-ganti jemputan antara sekolah,
perlumbaan Old Boy dan perlawanan akhir tarik tali.
Selain itu, Pasukan Pengakap juga akan membentuk
Kawalan Kehormatan dari Pavilion ke Dewan Sekolah
bagi mengiringi Gabenor, VIP dan ibu bapa pergi ke
dewan untuk acara "High tea". Selepas penyampaian piala,
tulah dan perisai, hari tersebut diakhiri dengan nyanyian
lagu Kebangsaan dan Negeri oleh Pancaragam Sekolah.
Pancaragam Sekolah diperlukan dalam hampir setiap acara
utama yang dianjurkan oleh pihak sekolah
15
3. MINGGU ORIENTASI TINGKATAN ENAM
Orientasi tingkatan enam yang berlangsung selama lebih
kurang seminggu. Orientasi diisi dengan banyak
pertandingan dan cabaran yang menyeronokkan. Hal ini
kerana bagi mencapai matlamat tersebut iaitu memupuk
persahabatan antara senior dan junior. Selain itu, untuk
membiasakan junior dengan latihan kepimpinan dankerja
berpasukan. Semua aktiviti ini dirancang dan dijalankan
oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tingkatan enam.
16
4. TINGKATAN ENAM ORIENTATION BALL DAN
PROM NIGHT
Malam istimewa ini diadakan dua minggu selepas Enam
Bawah (Junior) masuk sekolah. Majlis ini adalah
kemuncak kepada minggu orientasi yang diadakan untuk
menjadikan pelajar baru berasa lebih selesa dan dapat
mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Setiap
kelas mencalonkan seorang Raja dan Permaisuri yang
baru. Kemudian, Enam Atas (Senior) paling popular dan
berpakaian tercantik akan diumumkan sebagai "Queen/
King Of The Night" pada majlis tersebut. Ia benar-benar
malam yang perlu diingati untuk junior. Bagi warga
senior pula, ini akan menjadi malam yang tidak dapat
dilupakan selepas itu mereka akan berpisah dan
meninggalkan sekolah ini untuk melanjutkan pelajaran
ke tahap yang lebih tinggi. Semua guru yang mengajar di
tingkatan enam juga dijemput.
17
5. "SPEECH DAY PENANG FREE SCHOOL"
Hari bertuah ini jatuh pada 21 Oktober setiap tahun. Pada
awal pagi guru besar dan pengawas yang bukan Islam
mengadakan upacara pengabdian di makam Reverend
Hutchings di jalan Sultan Ahmad Shah. Kemudian acara
perarakan akan diadakan oleh kumpulan beruniform dan
pancaragam sekolah. Gabenor dan VIP kemudiannya
akan diiringi ke dalam bilik di mana mereka akan
meletakkan tandatangan mereka dalam buku pelawat.
Hari ucapan ini akan dimulakan apabila Gabenor negeri
diiringi oleh semua tetamu jemputan masuk ke dalam
dewan dan semua orang di dalam dewan mesti berada
dalam keadaan berdiri tegak dan senyap. Apabila Gabenor
dan tetamu duduk di pentas lagu Kebangsaan dan Negeri
akan dimainkan. Setelah selesai acara tersebut, majalah
sekolah akan dijual.
18
PENCAPAIAN KO-KORIKULUM PENANG
FREE SCHOOL
Pelajar PFS telah menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga pihak luar sama
ada di dalam negara dan juga di luar negara. Antara pencapaian ko-korikulum pelajar Penang Free School ini
ialah:
Muhd Uzair Abd Malik telah mendapat
pengiktirafan Anugerah Belia Cemerlang
2022 daripada majlis Dato' Dato' Negeri
Pulau Pinang
Penang Free School telah menubuhkan pasukan
pancaragam yang sangat hebat dan pernah
dinobatkan sebagai JohanKebangsaan Kategori
SekolahMenengah 2019 dalam Pertandingan
Pancaragam peringkat Kebangsaan Netcomp 2019
"Drum Battle"
Muhd Danish Danial, ahli Hoki PFS dan
atlet Sukma Pulau Pinang yang telah
mewakili pasukan Malaysia dalam
kejohanan Floorball di Filipina
Daniel Abd Majid, atlet Judo PFS,
merupakan pemegang pingat emas dalam
Kejohanan International Macau Cadet Judo
Championship 2019.
19
Dhireen, pemain Squash PFS telah
mendapat tempat ke-4 dalam International
CMS Borneo Junior Open 2019 17TKB.
Kejohanan ini melibatkan 324 peserta dari
pelbagai negara termasuk USA, China,
Qatar dan lain-lain.
Terdapat banyak lagi anugerah yang telah diterima oleh warga Penang Free School antaranya
ialah memenangi pingat emas dalam Program International Conference Young Scientist (ICYS)
dan juga Pertandingan Malaysian World Band Competition dengan memperolehi tempat Naib
Johan. Bukan itu sahaja, Asrama PFS juga pernah tercalon dalam Anugerah Seri Asrama
Terbilang Peringkat Kebangsaan 2018.
Selain daripada aktiviti ko-korikulum ini, pelajar Penang Free School ini telah dipupuk dengan
sikap keberanian, rajin, hormat-menghormati, berdisiplin dan aktif dalam kesukanan. Nilai ini
memang patut dipupuk oleh pelajar untuk diaplikasikan di dalam kehidupan di masa akan datang.
20
tokoh-tokoh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah ialah pelajar Penang Free School dan
menjadi Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu yang pertama di Malaysia
pada tahun 1955. Beliau juga dikenali
sebagai Bapa Kemerdekaan dan menjadi
Perdana Menteri Persekutuan Melayu
yang pertama pada tahun 1957. Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mendapatkan pendidikan di Penang Free
School pada tahun 1915 iaitu selepas
kemangkatan kakanda baginda iaitu
Tunku Yusuf.
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail merupakan
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang
kedua belas. Baginda merupakan Raja
yang memerintah Negeri Perlis Indera
Kayangan sejak 17 April 2000 hingga
sekarang. Tuanku Syed Sirajuddin
memulai pendidikan menengahnya di
Penang Free School pada 9 Januari 1956,
kemudian berpindah ke England dan
bersekolah selama empat tahun di
Wellingborough School sehingga 1963.
Tan Sri Dato' Amar (Dr) Teuku Zakaria
bin Teuku Nyak Puteh @ P. Ramlee
dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac
1929. Beliau menerima pendidikan awal
di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan
kemudian ke Sekolah Francis Light.
Seterusnya beliau menyambung
pelajaran di Penang Free School (1945-
1947).
21
Tengku Sri Mara Raja Tengku Tan Sri
Ahmad Rithauddeen bin Tengku Mek Haji
Ismail dilahirkan pada 24 Januari 1928.
Beliau ialah seorang ahli politik Malaysia
yang pernah memegang jawatan
pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Beliau
juga merupakan bekas Menteri
Pertahanan Malaysia. Beliau menerima
Pendidikan menengah di Penang Free
School pada tahun 1946 sehingga 1950.
Tan Sri Azizan Zainul Abidin dilahirkan
Tpada 28 Mei 1935 di Ayer Itam, Pulau
Pinang. Beliau mendapat pendidikan
awal di Penang Free School pada tahu
1950. Seterusnya, beliau melanjutkan
pelajaran di Universiti Malaya,
Singapura sehinga berjaya
memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Sastera .Beliau merupakan setiausaha
sulit kanan kepada Perdana Menteri
Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak
Hussein (1971-1974)
Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin
Syed Mohamed Tahir merupakan
eksekutif perniagaan Malaysia. Beliau
dilahirkan pada 1962 dan mendapat
pendidikan menengah di Penang Free
School. Beliau pernah memegang jawatan
sebagai Pengarah Urusan (CEO) syarikat
kereta nasional Malaysia, Proton Holdings
Bhd (2006-2012).
22
Tun Dr. Lim Chong Eu dilahirkan di Pulau
Pinang pada 28 Mei 1919. Beliau
merupakan mantan Presiden MCA,
mantan Presiden Parti Demokratik
Bersatu (UDP) serta mantan Presiden
Gerakan yang pertama selama 9 tahun.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua
Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun
mulai 19 Mei 1969 sehingga 25 Oktober.
Beliau mendapat pendidikan di Penang
Free School. Kemudian, pada 1937, beliau
mendapat biasiswa King untuk
melanjutkan pelajaran di Universiti
Edinburgh, Scotland dan mendapat ijazah
perubatan dan pembedahan pada 1944.
Prof. Madya Dato’ Dr Omar Bin Osman
telah dilahirkan Sungai Setar Kecil, Nibong
Tebal, Pulau Pinang. Prof. Madya Dato’
Omar Osman merupakan Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia (USM), universiti
pertama di Malaysia yang dipilih oleh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
untuk melaksanakan Program
Dipercepatkan untuk Kecemerlangan
(APEX). Beliau telah mendapat pendidikan
awal di Sekolah Rendah Kebangsaan
Sungai Setar,Nibong Tebal pada tahun
1965 hingga 1970 dan melanjutkan
pelajaran menengah di Sekolah
Menengah Penang Free dari tahun 1971
hingga 1978. Beliau kemudiannya telah
melanjutkan pelajaran tingginya ke
University Technology Malaysia dalam
tahun 1981 dengan mengikuti program
Diploma in Quantity Serveying.
23
PERSATUAN ALUMNI PENANG FREE SCHOOL
(PFS)
Alumni pelajar PFS digelar "Old Presiden Old Frees Associations
Frees". Old Frees Association 2021/2022
(OFA) merupakan badan alumni
rasmi yang menyatukan bekas Andrew Lim Chong Huat
pelajar dan menganjurkan aktiviti
yang berkaitan sekolah. OFA juga
mempunyai cawangan sehingga
ke luar negara seperti di
Singapura dan London. Melalui
persatuan ini, "Old Frees" dapat
mengetahui isu semasa sekolah
serta dapat berbakti kepada
sekolah dengan memberi
bantuan yang sewajarnya. Pada
tahun ini, genap 100 tahun
persatuan ini ditubuhkan. Andrew
Lim Chong Huat merupakan
presiden persatuan bagi tahun
2021/2022. Persatuan ini sangat
aktif sehingga kini dalam
menjalankan aktiviti bagi alumni
PFS seperti aktviti OFA Annual
Trip 2022, Annual Games OFA
2022, World Cup Party Bay
Avenue dan banyak lagi.
24
PELAN BANGUNAN PENANG FREE SCHOOL
25
KESIMPULAN
Pada pandangan ahli kumpulan, kami berharap Penang Free School dapat
mengekalkan prestasi dan nama baik sekolah. Dalam masa yang sama, sekolah
tersebut dapat mengekalkan sejarah sekolah supaya dapat menjadi tinggalan sejarah
untuk generasi akan datang. Nilai sejarah yang ada pada sekolah tersebut telah
menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah angkat arkib negara kerana mempunyai
nilai yang sangat tinggi sebagai sekolah pertama yang wujud di Tanah Melayu.
Selain itu, sepanjang lawatan kami ke Penang Free School, pandangan kami ,
sekolah tersebut mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Hal
ini kerana warga sekolah tersebut masih mampu mengekalkan sejarah sekolah
dan pelajar serta guru cakna tentang sejarah sekolah. Penang Free School juga
mempunyai sistem pengurusan yang sistematik menjadikan para pelajar
berdisiplin dan keselamatan pelajar terjaga. Bangunan sekolah tersebut juga
mempunyai seni bina yang sangat unik berbanding sekolah-sekolah yang ada di
Malaysia. Hal ini kerana pihak sekolah telah berjaya mengekalkan reka bentuk
asal sejak mula sekolah tersebut dibina. Disebalik keunikan dan sejarahnya yang
tersendiri, Penang Free School ini juga berjaya melahirkan pelajar yang berjaya
dan menabur bakti terhadap negara.
Sewaktu menemu ramah penolong kanan Penang Free School,Encik Leonard,
beliau menyatakan bahawa harapan beliau terhadap sekolah itu adalah dapat
mengembalikan prestij sekolah. Seterusnya, beliau akan mengembalikan tradisi
turun temurun yang menjadi identiti sekolah seperti warna cat sekolah yang
bertemakan warna putih dan 'azuray blue'. Hal ini kerana warna cat sekolah
pernah ditukar. Dalam usaha mengekalkan sejarah sekolah, beliau juga berharap
supaya akademik sekolah tersebut dapat ditingkatkan supaya pembangunan murid
dapat diseimbangkan.
26
RUJUKAN
Rahman. (n.d.).Penang Free School lahirkan tokoh tersohor di serata
dunia. Retrieved from
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/laporan-
khas/1684-penang-free-school-lahirkan-tokoh-tersohor-di-serata-
dunia
Penang Kini. (n.d.). Retrieved from
https://www.facebook.com/penangkini/?
__tn__=,d,PR&eid=ARBeULwJZsaLEWcvOwqCoIYSU1o_EyqN9Pr
6vTRd5gKxfdnJW3lmf4_wj8pmsisf5LWuddvOGrzm4f
Online Finding Aids. (n.d.). Retrieved from
http://www.ofa.my/content/display/article/site:ofa-param:alma_mater
Glemann, A. (n.d.). Retrieved from
http://www.pfs.edu.my/index_main.htm
Alumni Penang Free School. (n.d.). Retrieved from
https://www.facebook.com/Alumni.Penang.Free.School/
A Look Inside Penang Free School. (n.d.). Retrieved from
https://penangmonthly.com/article.aspx?
pageid=2703&name=a_look_inside_penang_free_school 27
Seng, Alan T. L. (2018, Februsri 11). Oldest school, everlasting
heritage of Penang Free School.Retrieved from
https://www.nst.com.my/lifestyle/sunday-
vibes/2018/02/334304/oldest-school-everlasting-heritage-penang-free-
school
Gallery. (n.d.). Retrieved from
http://www.ofa.my/gallery/display/category/site:ofa-param:47-
link:786
Nama Penang Free School kekal. (2016, October 22). Retrieved from
https://www.bharian.com.my/node/204648
PFS - Penang Free School. (n.d.). Retrieved from
https://www.facebook.com/PFS-Penang-Free-School-
1110651639034384
Welcome To The Old Fress Association Website. (n.d.). Retrieved
from http://www.ofa.my/content/home/index/site:ofa-link:397
The Old Frees' Association. (n.d.). Retrieved from
https://www.facebook.com/ofapg//
The School Crest. (n.d.). Retrieved from
http://www.ofa.my/content/display/article/site:ofa-
param:the_school_crest-link:485
The Old Frees' Association. (n.d.). Retrieved from
https://www.facebook.com/groups/136736936461198/
27
www.sintok.edu.com