ALL ABOUT BEAUTY PEMBEDAHAN PLASTIK APAKAH CABARANNYA TERHADAP ISLAM? APAKAH HUKUMNYA? SUMBER - SUMBER AL-QURAN DAN HADIS
NAMA: NURUL NISA BT MOHD SUFIAN NOMBOR MATRIKS: 03DUB22F1020 NAMA: NUR NAZIFA BT MOHD ZUKI NOMBOR MATRIKS: 03DUB22F1027 NAMA: NADIA FATIHAH BT MOHD HAFIZAL NOMBOR MATRIKS: 03DUB22F1029 EDITORIAL Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan. Contoh, pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit yang melecur. Pembedahan ini juga bertujuan yang kecantikan seperti memancungkan hidung, membesarkan mata dan sebagainya. APA ITU PEMBEDAHAN PLASTIK? INFO RESEARCHER IDEA GENERATOR INFO RESEARCHER IDEA GENERATOR EDITOR IDEA GENERATOR GURU PENASIHAT: USTAZAH KHODZIRAH BINTI AHMAD
ISI KANDUNGAN Positif atau Negatif? Cabaran terhadap Islam Tujuan & Sumber daripada ayat AlQuran Sumber hadis Apakah hukumnya dalam Islam? Syarat pembedahan yang dibolehkan dalam persepsi Islam Jenis-jenis pembedahan plastik Kesan pembedahan plastik Kesimpulan & Rujukan 2 3 4-5 5 6-7 8 9
Sebagaimana yang telah dimaklumi setiap sesuatu itu pasti mempunyai dua sisinya, positif dan negatif, kebaikan dan keburukan, manfaat dan mudarat, kelebihan dan kekurangan serta hitam dan putihnya. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia dianggap sebagai satu pencapaian yang gemilang dan bukti kebijaksanaan manusia. POSITIF ATAU NEGATIF? TAHUKAH ANDA? Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. CABARAN TERHADAP ISLAM Kemajuan dan pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada perundangan Islam. Para ulama’ harus melihat fenomena ini dengan penuh kepekaan dan rasa tanggungjawab. Alhamdulillah, setakat ini ramai yang telah tampil dan membuat kajian dan rujukan untuk menjawab pelbagai persoalan yang dikemukan oleh masyarakat berkenaan hukum dan pekara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejak akhir-akhir ini, banyak masalah moden yang timbul dalam lapangan perubatan yang memerlukan pendapat dari segi fiqh untuk menjelaskan kedudukannya, seperti pembedahan kecantikan atau pembedahan kosmetik.
TUJUAN Apakah tujuan melakukan pembedahan plastik dalam islam? SUMBER DARIPADA AYAT AL-QURAN Di antara sumpah & janji iblis ( laknatullahi’alaih) di hadapan Allah s.w.t.; Ertinya : “ (kata iblis) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya,dan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah) dan mereka benar-benar mengubahnya. Barang siapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah , maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata” ( ayat 119 ; surah an-nisa’ ) Memperbaiki kecacatan semulajadi atau kemalangan yang memberi kesan pada tubuh manusia yang menyebabkan hilangnya nilai atau kepentingannya pada watak peribadi dan dalam masyarakat. Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Selain itu, tujuan yang tidak dibenarkan untuk kelihatan lebih cantik, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan. Setereusnya, memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain mesti diakui doktor islam dan pakar dalam bidang itu, doktor yang yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat mendapat persetujuan pesakit dan wali. Telah dinyatakan dalam Al-Quran tentang perkara ini: Tahukah Anda? Firman Allah s.w.t. ; maksudnya : “ Allah berkehendakkan kamu merasai kesenangan, dan tidaklah pula Allah itu hendak kamu merasai kesusahan “ (Ayat 185; surah al-baqarah)
Jika pembedahan plastik bertujuan untuk perubatan, seperti pembedahan terhadap kecacatan pada badan disebabkan sakit, kemalangan, terbakar atau sebaliknya, serta disebabkan oleh kecacatan sejak lahir seperti membuang jari yang lebih atau memisahkan jari-jari yang bercantum dan sebagainya maka pembedahan seperti ini hukumnya dibolehkan. Dalil tentang kebolehan ini ialah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi yang dinukilkan daripada Arfajah ibn As’ad yang berkata: ْن َم َرِني َرُسوُل ِهَّللا صىل هللا عليه وسلم َأ ْنَتَن َعَلَّي َف َأ ْنًفا ِمْن َو ِرٍق َف َأ اَّت َخْذُت َأ َجاِهِلَّيِة َف ْل ْل ُكاَلِب ِفي ا ْنِفي َيْوَم ا ُأِصيَب َأ ْنًفا ِمْن َذَهٍب َّتِخَذ َأ َأ “Hidungku telah terputus pada hari peperangan Al-Kulab masa Jahiliyyah. Jadi saya mengambil (menggantikan) hidung dengan wariq (perak). Lalu (beberapa ketika) hidungku menghasilkan bau busuk. Maka Rasulullah saw memerintahkan aku untuk menggantikannya dengan hidung yang diperbuat daripada emas.” Abu Issa mengatakan hadis ini Hasan Gharib. Maksud hidung wariq adalah perak. Hal ini sebagai indikasi bahawa pembedahan plastik untuk rawatan dan pengubatan dibolehkan. SUMBER HADIS Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda : “ Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan Allah menurunkan pula ubatnya” (HR Bukhari) Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.a, dari Nabi Saw. berliau pernah bersabda : “Tidak lah Allah Swt. menurunkan wabak/penyakit kecuali Allah Swt. juga menurunkan ubat penawarnya” (H.R. Bukhari) Riwayat dari Usamah ibn Syuraik R.a, berkata, “Ada beberapa orang Arab bertanya kepada Rasulullah Saw.:”Wahai Rasulullah, apakah kami harus mengubati (penyakit kami), Rasulullah menjawab, “Ubatilah. Wahai hamba- hamba Allah lekaslah kalian berubat, karena sesungguhnya Allah tidak menurunkan satu penyakit, diriwayat lain disebutkan, beberapa penyakit. Kecuali diturunkan pula ubat penawarnya Kecuali satu yang tidak bisa diubati lagi”, mereka pun bertanya,”Apakah itu wahai Rasul?”, Rasulullah pun menjawab, “Penyakit Tua” (H.R At-Turmudzi) Selain daripada sumber Al-Quran, beberapa hadis juga telah menyatakan tentang perkara ini. Antaranya:
Walau bagaimanapun, jika pembedahan itu dilakukan untuk menambah baik penampilan diri dan kecantikan, bukannya untuk perubatan maka ia tidak dibolehkan. Dalilnya seperti yang diriwayatkan daripada Imam al-Bukhari melalui Al-qama, telah berkata Abdullah: ْلُمَغِّيَراِت َخْلَق ِهَّللا َتَعاىَل ُحْسِن ا ْل َجاِت ِل ِّل ْلُمَتَف ْلُمَتَنِّمَصاِت َوا ْلُمْسَتْوِشَماِت َوا َواِشَماِت َوا ْل َلَعَن ُهَّللا ا “Allah SWT melaknat ke atas perempuan yang membuat tatu (Washimat), yang meminta dibuat tatu untuknya (Mustawshimat), seseorang yang mencukur bulu yang tumbuh pada mukanya atau kening kedua matanya (Mutanammisath), dan perempuan yang menjarangkan gigi-gigi hadapannya (Mutafallijat) untuk kecantikan, dan mereka mengubah apa yang telah diciptakan oleh Allah SWT.” Dan telah diriwayatkan juga oleh Imam Muslim: ْلُمَغِّيَراِت َخْلَق هَّللا ُحْسِن ا ْل َجاِت ِل ِّل ْلُمَتَف ْلُمَتَنِّمَصاِت َوا ْلُمْسَتْوِشَماِت َوالَّناِمَصاِت َوا َواِشَماِت َوا ْل َلَعَن ُهَّللا ا “Allah telah melaknat ke atas perempuan yang membuat tatu (Washimat) dan yang meminta dibuat tatu untuknya(Mustawshimat), para wanita yang mencukur bulu yang tumbuh pada mukanya(Namisat ) serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu pada mukanya (Mutanammisath), dan perempuan yang menjarangkan gigi-gigi hadapannya (Mutafallijat) untuk kecantikan, yang mengubah apa yang telah diciptakan oleh Allah swt.” APAKAH HUKUMNYA DALAM ISLAM? Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat. Harus – Menyempurna atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota. Haram – Mengubah ciptaan Allah dengan sengaja. Contohnya, lelaki melakukan pembedahan plastik untuk menjadi seperti perempuan. SYARAT PEMBEDAHAN YANG DIBOLEHKAN DALAM PERSEPSI ISLAM Pembedahan yang diperlukan oleh si pesakit. Si pesakit atau penjaganya memberi keizinan untuk melakukan pembedahan tersebut. Orang yang merawat mempunyai kelayakan untuk melakukan pembedahan yang dijalankannya. Orang yang merawat berkeyakinan atau mempunyai sangkaan yang kuat mampu mencapai matlamat pembedahan yang dilakukannya. Tidak terdapat alternatif lain yang kurang risiko dari pembedahan yang dilakukan itu.
Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk. Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainan bentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal. Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuluh darah). Transeksual JENIS -JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK REKONSTRUKSI Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat kelamin melengkung) Hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit) Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan retak tulang.
PEMBEDAHAN KOSMETIK Facelift : Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit. Selain itu, Facelift juga dapat menghilangkan kedutan pada wajah. Rhinoplasty : Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan individu. Rhinoplasty dapat membantu pernafasan yang tersumbat. Liposuction : Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. FACELIFT RHINOPLASTY DOUBLE CHIN LIPOSUCTION
KESAN KEBURUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK Kecacatan pada bahagian yang dibedah Kesan sampingan jangka panjang Kesan sampingan jangka panjang. Maut Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT Membazir KEBAIKAN PEMBEDAHAN PLASTIK Mengembalikan semula fungsi anggota badan. Membina semula anggota yang cacat. Memberi kesempurnaan fizikal mangsa Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna. Memberi keyakinan diri kepada mangsa.
KESIMPULAN Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah diharuskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-ayat yang bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha daripada kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-ayatnya RUJUKAN https://mykhilafah.com/soal-jawab-hukum-syarak-mengenaipembedahan-plastik-kosmetik/ http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/pembedahan-plastik-dalampersepsi-islam.html?m=1# https://www.slideshare.net/syeimy/pembedahan-plastik-menurut-islam http://hukumpembedahanplastikmenurutislam.blogspot.com/2015/08/pem bedahan-kosmetik-atau-pembedahan.html?m=1 1. 2. 3. 4.