8.0 – ANALISIS TITIK PULANG MODAL (SOALAN JADUAL KOS DAN HASIL)
Jadual berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil Kilang Kasut Speedy
pada pelbagai peringkat pengeluaran.
Keluaran (unit) Jumlah Kos (RM) Jumlah Hasil (RM)
1 000 55 000 40 000
2 000 70 000 80 000
3 000 85 000
120 000
Kos tetap, kos berubah seunit dan harga jualan seunit diandaikan malar.
Berdasarkan maklumat tersebut, anda dikehendaki menghitung:
a) Kos berubah seunit
b) Kos tetap
c) Titik pulang modal
d) Keuntungan atau kerugian pada tahap keluaran 5 000 unit.
e) Titik pulang modal yang baru sekiranya kos tetap meningkat sebanyak 20%.
Kos berubah seunit dan harga jualan seunit kekal seperti sebelum ini.
KONSEP ASAS Graf Jumlah Hasil
Graf Jumlah Kos RM
RM
m = Kos Berubah Seunit m = Harga Jualan Seunit
a Kos Tetap
0 Unit 0 Unit
Kecerunan garis Jumlah Kos Kecerunan garis Jumlah Hasil
adalah dipengaruhi oleh Kos adalah dipengaruhi oleh Harga
Berubah Seunit. Jualan Seunit.
Oleh itu, pengiraan kos berubah seunit boleh menggunakan konsep kecerunan garis lurus
seperti dipelajari dalam mata pelajaran matematik menggunakan rumus:
Kos berubah seunit, m = y2 – y1 Perubahan Kos
x2 – x1 Perubahan Unit
49
HURAIAN JAWAPAN
a) Kos berubah seunit
Dengan merujuk kepada jadual kos soalan, pelajar boleh memilih titik y2 x2 dan y1 x1 pada
mana-mana pasangan jumlah kos dan unit, dengan syarat y2 x2 lebih besar daripada y1 x1.
Jawapan: = Perubahan kos Anggap seperti Anggap seperti
koordinat - x koordinat - y
Kos berubah Perubahan unit
seunit = 85000 - 70000 Keluaran (unit) Jumlah Kos (RM)
1 000 55 000
3000 - 2000 2 000 (x1) 70 000 (y1)
3 000 (x2) 85 000 (y2)
= RM15
b) Kos Tetap
Jumlah kos terdiri daripada Kos Tetap dan Kos Berubah. Pengiraan dibuat berdasarkan
rumus berikut:
Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah
Rumus ini dikembangkan kepada;
Jumlah Kos = Kos Tetap + [Kos Berubah Seunit x Unit]
Dengan merujuk kepada jadual kos soalan, pelajar boleh memilih mana-mana jumlah kos
berserta pasangan unitnya untuk dimasukkan ke dalam rumus.
Jawapan: Rujuk jawapan (a)
Pada jumlah kos RM55 000 dan 1 000 unit:
Jumlah Kos = Kos Tetap + [Kos Berubah Seunit x Unit]
55 000 = Kos Tetap + [15 x 1000]
= 55 000 – 15 000
Kos Tetap = RM40 000
c) Titik Pulang Modal
Pelajar perlu mengira harga jualan seunit terlebih dahulu. Pilih mana-mana Jumlah Hasil
dan pasangan unitnya.
Pada Jumlah Hasil RM120 000 dan 3 000 unit:
Harga jualan = Jumlah Hasil Keluaran (unit) Jumlah Hasil (RM)
seunit Unit 1 000 40 000
2 000 80 000
= 120 000 3 000 120 000
3000
= RM40
50
Titik Pulang Modal dikira menggunakan rumus:
Titik Pulang = Kos Tetap . Harga seunit – Kos berubah seunit
Modal (unit)
Margin Caruman Seunit
= 40 000
40–15
= 1 600 unit
d) Keuntungan atau kerugian pada tahap keluaran 5 000 unit.
Perniagaan memperoleh keuntungan pada 5 000 unit. KONSEP!
Margin caruman seunit adalah untung
Unit Untung = Unit jualan – Unit TPM seunit bagi unit jualan yang melebihi unit
= 5000–1600 Titik Pulang Modal.
Sebaliknya, margin caruman seunit juga
= 3 400 unit adalah kerugian seunit bagi unit jualan yang
kurang daripada unit Titik Pulang Modal.
Untung (RM) = 3 400 x RM25
= RM85 000 M. Caruman Seunit
= RM40 – RM15
= RM25
e) Titik pulang modal yang baru sekiranya kos tetap meningkat sebanyak 20%.
Kos berubah seunit dan harga jualan seunit kekal seperti sebelum ini.
Pengiraan kos tetap baru:
Kos Tetap (baru) = 40 000 x 1.2
= RM48 000
Titik Pulang = Kos Tetap .
Modal (baru)
Margin Caruman Seunit
= 48 000
40–15
= 1 920 unit
51