E-FOLIO
KESIHATAN DAN PERPADUAN
DTM 1A • MUHAMMAD SYAHRIHAN BIN AZIZI
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN • 02DTM22F1056
NAMA PENSYARAH: • MUHAMMAD ADAM BIN MOHD SHAHRIZAL
PUAN NURUL FUADDI BINTI SULAIMAN • 02DTM22F1062
• SYAZWAN BIN ISMAILLIZA
• 02DTM22F1068
• MUHAMMAD IDHAM BIN MOHD NAZRUDIN
• 02DTM22F1080
ISI KANDUNGAN ➢ PENGENALAN
➢ MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN
➢ KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
➢ PERPADUAN PADA HARI INI
➢ KEPENTINAGAN PERPADUAN
➢ CARA MENJAGA KESIHATAN
➢ USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
➢ KESIMPULAN
➢ RUJUKAN
PENGENALAN
Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang
aman danharmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina
dan India yang hidup bagaiaur dengan tebing menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang unik di rantauini. Oleh itu,bagi
memupuk perpaduan bagi masyarakat Malaysia,kesihatan
dankesejahteraan diri harus diperkukuhkan. Perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia sangat penting bagi menjamin
kesihatan dan hidup yang sihat.
1
KESIHATAN DAN PERPADUAN
MAKSUD KESIHATAN
o Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal,
mental dan sosial dan kualiti hidup yang melibatkansosial,
emosi, mental, spritual dan kecergasan biologikal individu hasil
daripada adaptasi individu terhadap persekitaran
MAKSUD PERPADUAN
o Penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.
Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sainskemasyarakat. Asas
perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia
mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai salingmenghormati dan
menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori
berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.
2
KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
• Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita
dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan
amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin. Salah satu
kepentingan menjaga kesihatan diri, kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka.
Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya
kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat. Mana mungkin
orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.Selain itu,apabila kita menjaga
kesihatan kita denganbaik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan
perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini
terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi
kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.Pepatah ada mengatakan
bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita mengalami masalah
kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang
kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap
penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita
makan walaupun kita mampu membelinya.
3
PERPADUAN PADA HARI INI
• Contohnya Malaysia, Malaysia amat terkenal dengan adanya
masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada
abad ke-19 adalah kesan daripada kolonialisme yang
mutlak.Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak
sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah
Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-
19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-
ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu.Masyarakat majmuk di
Malaysia terdiri dari pebagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan
pendidikan. Kaum utama di Malaysia terdiri daripada Melayu,
Cina, India dan pelbagai etnik yang lain.Sebanyak kira-kira 80
kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya
termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan dusun, Iban dan
sebagainya.
4
KEPENTINGAN PERPADUAN
Malaysia ialah negara yang namanya harum di persada dunia kerana kehebatan
rakyatnya dalam mengekalkan perpaduan kaum yang berbilang-bilang
bangsa.Namun kini, masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya
mengasimilasikan budaya masing-masing untuk membentuk masyarakat Malaysia
yang bersatu teguh dan bersatu hati persis peribahasa bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Namun persoalannya, apakah
kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat? Salah
satu kepentingan perpaduan kaum adalah bagi menjamin keamanan negara. Jika
kaum-kaum tidak mempunyai persefahaman dan toleransi antara satu sama lain,
persengketaan akan dapat dicetuskan dengan mudahnya. Keadaan ini akan
menyebabkan hubungan yang dingin antara masyarakat yang berpecah belah dan
akan tercetuslah pertengkaran-pertengkaran yang menggugat keamanan
negara.Tegasnya,perpaduan kaum adalah penting untuk mengekalkan keamanan
negara agar kemerdekaan negara kita dapat dikekalkan.
5
6
7
KESIMPULAN
Secara tuntasnya, jelaslah dapat dilihat bahawa kesihatan dan
perpaduan dapat membentuk suatu persekitaran yang aman dan
harmoni antara satu sama lain sama ada keluarga, jiran tetangga,
masyarakat umum, kaum dan juga agama. Ianya juga dapat
membina masyarakat yang sihat fizikal dan mental sekaligus
membina insan yang bertamadun dan berakhlak mulia tak kira
dimana mereka berada kerana orang yang sihat fizikal dan mental
dapat berfikir secara professional dan mencari langkah yang paling
efektif dalam melakukan sesuatu.
8
RUJUKAN
• http://tipsbijakkesihatan.blogspot.com/2011/07/definisi-kesihatan.html?m=1
• https://haziqahhannis 17.blogspot.com/?m
• https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html
• https://pepdmhlak8.blogspot.com/2020/09/efolio-etika-dan-peradaban-
kesihatan.html?m=1
• anyflip.cohttp://onlie.m/iifxg/cbkj/mobile/index.html
• https://www.ipendidikan.my/cara-menjaga-kesihatan-diri-dan-keluarga.html
• https://www.studocu.com/my/document/ucsi-university/managerial-
accounting/cara-cara-memupuk-perpaduan-kaum/26898231
9