T a r i k h : 2 5 A P R I L 2 0 2 4 M a s a : 7 . 3 0 P A G I T e m p a t : D E W A N S K K o t a K e m u n i n g Ha r i A pr e s i a s i K eceme r l a n g a n A k a d emi k K a l i K e - 18 SK K ot a K emu n i n g Sesi 2023 / 2024 P e r a s m i : Encik Mohd. Farzan I rman bin Abdul Kadi r Yang Di-Per tua PIBG
Y.Bhg Datuk dan para hadirin sekalian, Alhamdulillah, Hari Apresiasi Kecemerlangan Akademik yang dirancang telah berjaya direalisasikan. Tahniah kepada Jawatankuasa Program atas penganjuran majlis ini. Hari Apresiasi yang dilaksanakan pada hari ini merupakan satu usaha hasil daripada kesepaduan yang akrab antara guru, murid, ibu bapa serta seluruh warga SK Kota Kemuning demi merealisasikan aspirasi murid dan sebagai pengiktirafan kepada mereka yang berjaya mencipta kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, murid-murid perlu bersedia untuk mencabar keupayaan sendiri dan berusaha di luar batas kemampuan supaya cita-cita yang diimpikan dapat dipacu sebaik mungkin oleh azam dan iltizam yang terbaik. Ibarat kata pepatah, “Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih”. “Yang bulat takkan datang bergolek, Yang pipih takkan datang melayang”. Seiring dengan transformasi pendidikan era baharu ini seperti yang digariskan dalam Kurikulum Baharu 2027, kita perlu bersiap siaga mengorak langkah sederap untuk menempuh perubahan ini. Cabaran dan persaingan dalam dunia pendidikan hari ini dilihat sebagai suatu yang positif iaitu sebagai wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa yang telah berjaya membesarkan anak sebagai insan cemerlang yang pastinya menjadi kebanggaan seisi keluarga. Begitu juga kepada para guru yang saya kira menjadi tulang belakang yang cukup kuat dan hebat kepada kejayaan anak-anak ini. Tanggapan bahawa kecemerlangan akademik semata-mata akan mampu menjamin keselesaan hidup pada masa akan datang harus dikikis. Sebaliknya, kecemerlangan akademik harus disusuli dengan kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beridentiti nasional agar seseorang itu tidak jumud dan beku atau menjadi culas dan kerdil untuk mentransformasikan dirinya ke arah yang lebih baik. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan barisan AJK PIBG SK Kota Kemuning kerana sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah. Marilah sama-sama kita memanjatkan doa mudah-mudahan Allah s.w.t akan terus melimpahkan rahmatNya kepada kita agar kita terus beriltizam untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid. Memetik kata-kata Ahli falsafah Yunani, “Orang yang hidup hanya dengan harapan dan menunggu tanpa usaha dan fikir, akan mati kelaparan”. Sekian, terima kasih. NORLIZA BINTI IDRIS Guru Besar SK Kota Kemuning PEMIMPIN BERKESAN, GURU BERKUALITI, MURID MENJADI. Seuntai Tinta
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Hadirin sekalian, Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati menghadiri jemputan Hari Apresiasi Kecemerlangan Akademik SK Kota Kemuning kali ke-18 bagi sesi 2023/2024 ini. Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang istimewa. Anak-anak yang menunjukkan kecemerlangan dan kesungguhan dalam bidang akademik sepanjang sesi 2023/2024 diiktiraf dalam majlis ini. Majlis pada hari ini juga sangat bermakna buat ibu bapa kerana dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan anak-anak yang berjaya dalam akademik mereka. Justeru, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penerima-penerima anugerah dan ibu bapa. Ucapan tahniah juga kepada Jawatankuasa Kerja yang bertungkus lumus merealisasikan majlis bersejarah pada pagi ini. Hadirin yang dihormati, Kita semua maklum, dalam setiap perjalanan pendidikan, tiada yang mudah dan tiada jalan singkat untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha yang gigih. Oleh yang demikian, kita amat berbangga dan mengiktiraf usaha serta pencapaian anak-anak ini yang telah menghasilkan prestasi cemerlang dalam pelajaran. Saya percaya bahawa anak-anak yang bakal menerima anugerah pada hari ini bukan hanya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran iaitu penguasaan dalam PBD tetapi mereka juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi, ketekunan yang luar biasa, dan semangat untuk terus belajar. Mereka adalah teladan kepada rakan-rakan mereka yang lain dan sumber inspirasi bagi generasi akan datang. Saya amat yakin di sebalik kejayaan anak-anak cemerlang ini, ada sokongan yang teguh daripada keluarga, guru-guru, dan komuniti sekolah termasuklah PIBG. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berperanan dalam membimbing, menyokong, dan memberi dorongan kepada murid-murid ini. Tahniah! Buat anak-anak yang menerima anugerah pada hari ini, saya ingin anda tahu bahawa pencapaian anda bukanlah berakhir di sini, tetapi ianya adalah permulaan bagi pencapaian lebih tinggi dan gemilang pada masa hadapan. Teruslah berusaha, teruslah bercita-cita, dan jangan pernah berhenti belajar. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi diri anda sendiri dan rakan-rakan dalam mencapai impian dan cita-cita kelak. Sekian, Terima kasih. ENCIK MOHD FARZAN IRMAN BIN ABDUL KADIR YDP PIBG SK KOTA KEMUNING Ucapan Perasmi
PENGENALAN Hari Apresiasi Kecemerlangan Akademik Kali ke-18 Sesi 2023/2024 diadakan tanda pengiktirafan kepada murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Selain itu majlis ini sebagai inisiatif kepada murid-murid agar berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan diri serta meningkatkan lagi prestasi sekolah. Majlis ini juga diadakan bertepatan dengan Aspirasi Murid Gelombang ke-3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) supaya dapat melahirkan murid yang berilmu pengetahuan dan berkebolehan dalam memimpin.
OBJEKTIF PROGRAM Tujuan : 1. Menghargai usaha murid yang telah memainkan peranan dalam usaha meningkatkan potensi dan kebolehan terutama dalam bidang akademik. 2. Meningkatkan motivasi murid agar sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri. 3. Memberi pengiktirafan, penghargaan dan dorongan kepada murid-murid yang tekun dan rajin berusaha memajukan diri, membina sahsiah diri unggul secara tekal dan bersungguh-sungguh. 4. Memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya ibu bapa tentang peranan mereka dan kesan-kesannya terhadap kecemerlangan anakanak. Outcome: 1. Peningkatan motivasi murid untuk terus berusaha meningkatkan kecemerlangan. 2. Pembinaan masyarakat madani berpengetahuan yang diwujudkan secara persaingan yang sihat dalam budaya sekolah. 3. Peningkatan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta penglibatan aktif dalam kalangan guru semasa mengendalikan majlis.
TENTATIF PROGRAM 7.30 pagi : Murid berkumpul di dewan. 8.00 pagi : Ketibaan Ibu Bapa dan Jemputan 8.30 pagi : Persembahan Tari Tualang Tiga 8.45 pagi : Majlis Hari Apreasiasi Kecemerlangan Akademik dimulakan: : Ucapan aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor : Lafaz Ikrar Rukun Negara : Bacaan doa : Ucapan Guru Besar : Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG dan Gimik Perasmian : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Murid dimulakan: :1.Tokoh Akademik Murid Lelaki dan Perempuan sesi 2023/2024 :2.Tokoh Nilam Tahap 1 dan Tahap 2 :3.Anugerah Penguasaan Akademik Murid PPKI :4.Anugerah Peningkatan Prestasi Murid Pemulihan Tahun 2- 4 : ·Persembahan Ensemble Muzika :5.Anugerah Penguasaan Akademik Murid Tahun 1 hingga 6 11.30 pagi : Bersurai
BIODATA TOKOH AKADEMIK MUHAMMAD HADIF TAWFIQ BIN MOHD AFIQ Dilahirkan pada tanggal 2 November 2011 di Hospital Serdang, Selangor. Merupakan anak kepada pasangan En Mohd Afiq bin Md Salih dan Pn Assikin binti Azami dan beliau merupakan anak tunggal. Mendapat pendidikan awalnya di : Little Caliph, Bukit Rimau dari tahun 2016 hingga 2017 Sek Rendah Ibnu Khaldun dari tahun 2018 hingga 2020 SK Kota Kemuning dari tahun 2021 hingga 2023 SMK Agama Kuala Lumpur tahun 2024 Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan juga Ko-Kurikulum memang tidak dapat dinafikan dan pernah memegang jawatan sebagai pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ), AJK Kelab Doktor Muda, AJK Sukan Permainan Badminton dan AJK Sukan Permainan Bola Sepak. Prinsip hidup Muhammad Hadif Tawfiq bin Mohd Afiq ialah “penekanan adab dan akhlak dalam kehidupan” dan ini mendorong beliau untuk menjadi seorang insan yang tawakal dan berakhlak mulia dalam kehidupannya. Muhammad Hadif juga suka bermain catur dan rubik kiub bagi mengisi masa lapang dan bercita-cita ingin menjadi doktor pakar.
BIODATA TOKOH AKADEMIK AWATEEF DAMIA BINTI MOHD ZAID Dilahirkan pada tanggal 24 Jun 2011 di Machang, Kelantan. Merupakan anak pertama daripada 3 adik beradik kepada pasangan En Mohd Zaid bin Mohd Isnani dan Pn Haslina binti Hashim. Mendapat pendidikan awalnya di : Tadika Islam Cerdik Al Farabi, Sg Penchala dari tahun 2015 hingga 2016 PASTI At Taqwa, Jalan Kebun dari tahun 2016 hingga 2017 SK Kota Kemuning dari tahun 2018 hingga 2023 Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin tahun 2024 Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan juga Ko-Kurikulum memang tidak dapat dinafikan dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas , Pengerusi Kelab Bahasa Melayu, AJK Bulan Sabit Merah Malaysia dan Qariah sekolah. Prinsip hidup Awateef Damia binti Mohd Zaid ialah “believe in yourself , dont be afraid of failure and never give up” dan ini mendorong beliau untuk menjadi seorang insan yang tawakal dan berakhlak mulia serta cekal dalam kehidupannya. Awateef juga suka melukis doodle, membaca dan mendengar lagu serta bercita-cita ingin menjadi doktor.
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH TOKOH AKADEMIK: ANUGERAH TOKOH AKADEMIK MURID LELAKI: MUHAMMAD HADIF TAWFIQ BIN MOHD AFIQ (6L 2023) ANUGERAH TOKOH AKADEMIK MURID PEREMPUAN: AWATEEF DAMIA BINTI MOHD ZAID (6L 2023) ANUGERAH TOKOH NILAM TAHAP 1: NURUL NAZREEN BINTI MUHAMMAD RASHID (3H 2023) ANUGERAH TOKOH NILAM TAHAP 2: CHOONG YEN CHING (6C 2023)
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH PENDIDIKAN KHAS: ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK PPKI BERADAB TERPUJI 1. MUHAMMAD IRFAN DARWISY BIN MOHD NOOR ZUHAIRI 2. MUHAMMAD ISYRAQ BIN MOHAMMAD ZAIRI 3. MUHAMMAD ZAFRAN BIN ZULHATAR ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK PPKI BERADAB BAIK 1. ALISHA AQILAH BINTI MOHD RADZI 2. MUHAMMAD ARSYAD FAYYAD BIN MOHD FAIZOL 3. HARRAZ EL HAYQAL BIN MOHD ZUL-HASYMI ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI MURID PEMULIHAN TAHUN 2 1. MUHAMMAD UMAR ARSYAD BIN ZURSHISHAM 2. MUHAMMAD MUBBIN ASYRAFF BIN ABD HARRIS 3. PUTRI BALQISH SHAQIENA BINTI ASLAN 4. SHAHRUL NIZAM BIN ABDULLAH ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI MURID PEMULIHAN TAHUN 3 1. HENDRY EMMANUEL HUMPHREY 2. KRISHYENN JAYA A/L JAYA SARAVANAN ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI MURID PEMULIHAN TAHUN 4 1. NURZULFA AMANI BINTI MOHD ZAINOL 2. IZYAN WAFA BINTI BHARIM 3. NUR RAIHAN FASIHAH BINTI MOHD AZRA'II 4 . NUR SYIFA’ HUMAIRA BINTI REDZUAN
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB TERPUJI 1. RAYSHA IZZ ZARA BINTI MOHD ZAFFAN 2. MUHAMMAD AISY ANAQI BIN MOHD AZMI 3. NURHAYFA DREA ELYSHA BINTI MOHAMAD HAFIZ 4 . NUR DAMIA BINTI NOOR AZMAN ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB BAIK 1. EMMETT KHALEEF BIN MOHD HAFIQ 2. NUR ZARA ARISYA BINTI YASIN FITRI 3. RAEEFA IZZ ZARA BINTI ANWAR HAFEZ 4 . NUR IZARA BINTI MOHD NUR IZUAN 5. MUHAMMAD AL FATIH BIN MOHD SAIFUL AZHAR 6. MAWAR NURASSYIFA BINTI NOR AZAM SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH TAHUN 1 ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB MITHALI 1. WAN FATIMAH BINTI WAN IZHAM 2. AFFAN BIN MOHAMMAD NAZHRI 3. HARRAZ AFFAN BIN AKMAL HAMDI 4 . PUTERI NUR ADEERA AZZAHRA BINTI AZNAN 5. AYYUB AZIM BIN ASRIZAL
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB TERPUJI 1. NUR FARHAH BINTI AHAMAD SAIFUL 2. NUR ZARA ZAFIRA BINTI MOHD NIZAN 3. DHIA QAISARA BINTI MOHD FAQIH 4 . NUR AINUN FIRZANAH BINTI MUHAMAD FIKRI ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB BAIK 1. MUHAMMAD FARHAN AZIM BIN MOHD AZHAR 2. NUR ZAARA SAFFIYA BINTI MOHD ZULFAHMI 3. MOHAMAD AMSYAR RIZQIN BIN MOHD ZAIAFFANDI 4 . MUHAMMAD ARYAN IMAAN BIN SAIFULLIZAN 5. BAVISSHYA A/P VIMALATHITHAN 6. CHE KU AINUHA NUR SYIFA BINTI CHE KU MOHD ZULHILMAN SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH TAHUN 2 ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB MITHALI 1. NUR KHAYLA KHALISA BINTI AZRUL HAFIZ 2. MUHAMMAD DANIYAL BIN MOHD DINEE AZWAN 3. MUHAMMAD DAFFA MUIZ BIN MOHAIDIL ROHAISHAM 4 . NUR ZARA KEISHA BINTI SYUZZAMMEL
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB TERPUJI 1. NURUL NAZREEN BINTI MUHAMMAD RASHID 2. SAFWAN ARSYAD BIN SAID IBRAHIM VIJAYA 3. NUR ALEESHA NADHIRAH BINTI MOHD JEFRI ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB BAIK 1. MUHAMMAD IZZ RIFQI BIN MOHD ZAFFAN 2. AIMY NURDEENI BINTI ASRUL NIZAM 3. NUR AMALIA NATASHA BINTI MOHD NAZRI 4 . IRFAN BIN MOHD FARIZ SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH TAHUN 3 ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB MITHALI 1. WAN TIJANI BINTI WAN IZHAM 2. WAN BASHEERA RAISHA BINTI WAN MOHD RUDAINI 3. RAIF BIN RAHIMY
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB TERPUJI 1. IZZ ZAFREEL ISKANDAR BIN MUHAMAD ISA 2. NUR SAFIAH HUSNA BINTI MOHD SABRI 3. HUSNA ZAHIRAH BINTI MOHD ZUBIR 4. ALYA DINA BINTI NOOR MOHD FIRDAUS ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB BAIK 1. MUHAMMAD NAUFAL AQIEF BIN MOHAMAD NAZLI 2. SITI RANIA BINTI SAHARIL 3. ADHWA SAFIYYAH BINTI AHMAD ZAHIR 4 . SITI NUR ARISSA BINTI MOHAMAD REZHA SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH TAHUN 4 ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB MITHALI 1. RISYAD AL-FARISI BIN ABDULLAH SYUKUR 2. QIU DARWISY BIN NORNAQIUDDIN RAIMI 3. NUR ARISSA HANNAH BINTI MUHAMAD AI'DIL 4. AFI HARRAZ BIN HADYAN 5. ZARA AQEELA BINTI ABDUL QAYYUM
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB TERPUJI 1. HAZEL ZULAIKHA BINTI BADRUL HISHAM 2. MARYAM BINTI RAHIMY ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB BAIK 1. TASHALINI A/P CHANDRA MOHANA RAO 2. VENILLASNI A/P CHANDRA MOHANA RAO 3. NUR ALYA NAGEENA BINTI KAMARULZAMAN 4 . ASYRAF ARRAZI BIN MOHD AMMAR ASYRAFI SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH TAHUN 5 ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB MITHALI 1. LAKSVINYAA A/P KANESH 2. IZZ ZAREEF EL AMSYAR BIN MUHAMAD ISA 3. MISHAA THINNAGARAN
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB TERPUJI 1. NUR SYAIDATUL HADIRAH BINTI MOHD FAZLI 2. AINA HUMAIRA BINTI AMIR 3. MOHAMAD FIRAS AMSYAR BIN MOHAMAD FIRMAN 4. NUR ALEENA SOFIENAH BINTI SANUDDIN 5. NUR ALEESYA HANANIA BINTI MOHD AZMAN 6. TISHYA SARPAL A/P RAKESH SARPAL 7. AHMAD KHALISH DARWISY BIN MUHALLIL 8. MUHAMMAD HADIF DAIYYAN BIN MOHD FAIZAL AFIF 9. NUR ADREANA SOFEA BINTI AHMAD KAMIL SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH TAHUN 6 ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB MITHALI 1. AWATEEF DAMIA BINTI MOHD ZAID 2. SAMIERAA A/P GANES 3. MUHAMMAD HADIF TAWFIQ BIN MOHD AFIQ 4. AIDIL MIKHAIL BIN MOHD AZUAN 5. TANISHYA SARPAL A/P RAKESH SARPAL 6. FATEEN AFIQAH BINTI ABDUL MUTALIB 7. NURUL IZZATI BINTI MUHAMAD ZAIDI
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH TAHUN 6 ANUGERAH PENGUASAAN AKADEMIK BERADAB BAIK 1. MUHAMMAD MUADZ BIN ABDUL MUBIN 2. SEMOZHI A/P KALAISELVAM 3. NUR ZAHRA ZULAIKHA BINTI ZOOL HILMI 4. NAYLI ZENIA BINTI MOHD SAHROL 5. MUHAMMAD RASYA PUTRA BIN MUHAMMAD RAZIF 6. MUHAMMAD AL HAFIZ BIN JAAFAR
JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Puan Norliza Binti Idris Guru Besar SK Kota Kemuning Pengerusi : Encik Afzainizam Bin Long Guru Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi : Puan Nor Ikmar Binti Ibrahim Guru Penolong Kanan Petang : Encik Ruzlan Bin Mohammad Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Puan Noor Hasrizan Binti Mohamed Noor Guru Penolong Kanan Kokurikulum : Puan Amartham A/P Kaniappan Guru Penolong Kanan PPKI Setiausaha : Puan Nurul Hana Binti Ahmad Danial Bendahari : Puan Rabiatul Zahidah Binti Mohd Zaidi
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DATA PENERIMA ANUGERAH Puan Padzilah binti Mat Isa Cik Nurazrien binti Basri Puan Nurul Hana binti Ahmad Danial BUKU PROGRAM Puan Lampam Anak Batu HIASAN PENTAS/BACK DROP/BANNER Puan Zuraida binti Daud (K) Encik Zaid bin Zulkifle Encik Muhammad Faidhi bin Mad Arim Encik Giridharan a/l G Ramesan Puan Najihaton binti Mohamad Ikhsan Puan Siti Halijah binti Abd Yabzib PERSIAPAN DEWAN & PHOTOBOOTH Encik Mohd Fazuli bin Mustapha (K) Encik Khairudi bin Ishak Encik Mohamad Nazri bin Md Hanif Miah Puan Baderiah binti Bakri Cik Mohanavadivu a/p Subramaniam Puan Nur Hanna binti Abdul Rahman Cik Reshantini a/p Rajendran Cik Dayana Amirah binti Jeffry
MENGEMAS DEWAN & PHOTOBOOTH SELEPAS MAJLIS Encik Muhammad Hafizuddin bin Khalid (K) Encik Hasman bin Mat Encik Thiyagaran a/l Packirisamy Encik Edey Izuma bin Che Hussin Puan Zabidah binti Abdullah Puan Kantha a/p Ramaravoo PENGURUS PENERIMA HADIAH Puan Emilia binti Zainalabidin (K) Puan Salina binti Selamat Puan Neevashini a/p Sivakumaran Puan Siti Norhafizah binti Muhd Nor Puan Norhanani binti Abdul Razak HADIAH / CENDERAMATA Puan Siti Hannah binti Samsuri (K) Puan Padzilah binti Mat Isa Puan Siti Zulaiha binti Mohamed Abu Salim Puan Masnah binti Zainal Puan Radhika a/p J Rasamy SIJIL PENERIMA ANUGERAH Puan Nursyahidah binti Shamsul Khair (K) Cik Nurazrien binti Basri Puan Shamsila binti Junoh Puan Maizatul Aziah binti Mohd Talib Puan Nurul Jannah binti Mohd Masnan Puan Shandra a/p Chellan Encik Norizam bin Yusuf AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROTOKOL / PENYAMBUT TETAMU Encik Mahmud bin Mukhyuddin Encik Amirul Shah bin Mokhtasar PENDAFTARAN MURID & IBU BAPA Puan Maithili a/p Tamilsekaran PENGACARA MAJLIS Puan Farah Waheeda binti Adnan (K) Puan Siti Norbaya binti Kamaruzzaman BACAAN DOA Encik Zulhelmi bin Mohd Hassan P.A SISTEM / PERALATAN Encik Sholahudin bin Sholihin (K) Encik Mahmud bin Mukhyuddin Encik Kishu Kumar a/l Veerappan VIDEO TOKOH MURID Puan Rabiatul Zahidah binti Mohd Zaidi VIDEO MONTAJ GIMIK PERASMIAN Puan Misnah binti Suparjan AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
FOTOGRAFI / LIVE FB Encik Norizam bin Yusuf Encik Muhammad Amirul Shah bin Mokhtasar PERSEMBAHAN Puan Farah Noorzee binti Abdul Rahim (K) Puan Azma binti Abdul Kadir Cik Kavitha a/p Chandrasekaran Encik Mohamad Nazri bin Md Hanif Miah Encik Mahmud bin Mukhyuddin Puan Nurulain binti Hamzah Puan Misnah binti Suparjan Cik Siti Zubaidah binti Mohamed Puan Madzleefah binti Amat Subian JAMUAN Puan Noraishah binti Abu Seman (K) Puan Nasuuhaa binti Mohd Zain TEKS UCAPAN PERASMI/ SURAT JEMPUTAN/ DOKUMENTASI Puan Nurul Hana binti Ahmad Danial AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
SEKALUNG PENGHARGAAN Ahli Jawatankuasa Hari Apresiasi Kecemerlangan Akademik Kali Ke-18 Sesi 2023/2024 peringkat sekolah dengan tulus ikhlas merakamkansetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Sekian, terima kasih.