The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebagai panduan ibu bapa / penjaga dan juga guru untuk pengurusan kehadiran murid.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husni8284, 2023-11-15 19:59:01

Pengurusan Kehadiran (Potrait)

Sebagai panduan ibu bapa / penjaga dan juga guru untuk pengurusan kehadiran murid.

UNIT HEM PENGURUSAN KEHADIRAN


PENGURUSAN KEHADIRAN 1.Apakah yang dimaksudkan dengan Ponteng Sekolah? Kegagalan menghadirkan diri ke sekolah secara sengaja tanpa alasan atau tanpa sebab yang munasabah yang berpunca daripada keinginan murid itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang dimaafkan seperti, sakit, kemalangan dan sebagainya. Ponteng Sekolah adalah salah satu daripada salah laku disiplin murid. 2.Apakah yang harus dilakukan oleh pihak ibu bapa/waris sekiranya anak di bawah jagaan tidak dapat hadir ke sekolah? Pihak ibu bapa/waris wajib menghubungi pihak sekolah dengan memberi makluman awal kepada pihak sekolah sebab ketidakhadiran anak ke sekolah sekurang-kurangnya melalui panggilan telefon atau pesanan ringkas, tetapi perlu disusuli dengan surat pemakluman yang ditandatangani oleh ibu bapa/waris atau dokumen-dokumen yang berkaitan seperti sijil cuti sakit dan sebagainya kepada pihak sekolah. 3.Apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap murid yang Ponteng Sekolah? Tindakan yang boleh dikenakan adalah dengan merekodkan di dalam SSDM sebagai salah laku disiplin dan seterusnya diberi surat amaran kepada ibu bapa/waris, dan seterusnya boleh diambil tindakan buang sekolah sebagai hukuman kesalahan disiplin tersebut.


PENGURUSAN KEHADIRAN 4. Berapakah jumlah hari murid yang tidak hadir tanpa alasan / ponteng sekolah yang membolehkan surat amaran ketidakhadiran dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid dan ibu bapa/waris? Bergantung kepada situasi ketidakhadiran murid sama ada secara berturut-turut atau secara berkala, dari hari pertama murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. A.Sekiranya secara berturut-turut, Surat Amaran 1 Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah sejumlah 3 hari pertama tanpa sebab secara berturut. Surat Amaran 2 Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berturut selama 7 hari berikutnya selepas Surat Amaran 1 dikeluarkan (sejumlah 10 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut)


PENGURUSAN KEHADIRAN 5. Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berterusan selama 7 hari seterusnya secara berturut selepas Surat Amaran 2 dikeluarkan.(sejumlah 17 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut) Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Buang Sekolah Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berterusan untuk 14 hari persekolahan seterusnya secara berturut selepas Surat Amaran Terakhir dikeluarkan.(sejumlah 31 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut) B. Sekiranya secara tidak berturut/berkala, Surat Amaran 1 Dikeluarkan sekiranya situasi murid tidak hadir ke sekolah sejumlah 10 hari pertama tanpa sebab secara berkala / tidak berturut. Surat Amaran 2 Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab sejumlah 10 hari berikutnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran 1 dikeluarkan. (sejumlah 20 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab)


PENGURUSAN KEHADIRAN Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab sejumlah 20 hari berikutnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran 2 dikeluarkan. (sejumlah 40 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab) Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Buang Sekolah Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab untuk 20 hari persekolahan seterusnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran Terakhir dikeluarkan. (sejumlah 60 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut)


PENGURUSAN KEHADIRAN 6. Sekiranya murid mula tidak hadir tanpa sebab ke sekolah selama 5 hari secara berturut, dan kemudian murid hadir ke sekolah untuk beberapa hari selepas itu dan seterusnya tidak hadir 12 hari tanpa sebab secara berturut, adakah pihak sekolah boleh mengeluarkan Surat Amaran berdasarkan Tidak Hadir Tanpa Sebab secara berturut? Untuk situasi ini, pihak sekolah boleh mengeluarkan Surat Amaran 1 mengikut pengiraan secara berturut untuk 3 hari pertama. Namun begitu memandangkan murid hadir ke sekolah pada hari ke-6, maka pengiraan ketidakhadiran murid tanpa sebab secara berturut terbatal. (Surat Amaran 1 secara berturut juga terbatal sekiranya telah dikeluarkan) Sekolah perlu membuat pengiraan semula berdasarkan ketidakhadiran secara berkala / tidak berturut bermula dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab.


PENGURUSAN KEHADIRAN 7.Adakah Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan HEM boleh tandatangan Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Surat Buang Sekolah? Tidak boleh. Hanya PGB sahaja yang mempunyai kuasa untuk tandatangan Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Surat Buang Sekolah. 8.Bolehkah sekolah mengeluarkan Surat Amaran / Surat Buang Sekolah mengikut format sendiri? Surat Amaran/Surat Buang Sekolah wajib mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak BPSH, KPM di mana surat-surat tersebut dijana dan dicetak melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) selepas kesalahan ketidakhadiran dikunci masuk oleh Guru Kelas.


Sumber: https://jpnpp.moe.gov.my/faq/762-soalanlazim/9379-sektor-pembangunan-murid-hal-ehwalmurid PENGURUSAN KEHADIRAN


Click to View FlipBook Version