The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Murid yang terabai dan tercicir daripada kemahiran membaca al-Quran perlu diberi perhatian yang wajar supaya dapat melahirkan generasi yang berminat untuk menghayati al-Quran dan Islam. Oleh itu, program ini dirangka bagi menangani isu berkaitan agar dapat membantu murid untuk membaca al-Quran dengan betul dan seterusnya membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husni8284, 2019-02-21 19:34:21

Program Riadhul Quran JPN Pahang

Murid yang terabai dan tercicir daripada kemahiran membaca al-Quran perlu diberi perhatian yang wajar supaya dapat melahirkan generasi yang berminat untuk menghayati al-Quran dan Islam. Oleh itu, program ini dirangka bagi menangani isu berkaitan agar dapat membantu murid untuk membaca al-Quran dengan betul dan seterusnya membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian

Keywords: Riadhul Quran

PROGRAM RIADHUL QURAN PAHANG
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

PENDAHULUAN

Al-Quran Al-Karim merupakan pendidikan sepanjang hayat
dalam kehidupan umat Islam. Ini adalah kerana al-Quran itu
merupakan sebuah kitab panduan dan pegangan hidup yang
memandu manusia ke arah mentauhidkan Allah S.W.T. al-Quran
yang merupakan sumber utama ajaran Islam mengandungi
segala hukum-hakam serta perkara-perkara yang berkaitan
dengan aqidah, syariah dan akhlak. Setiap muslim yang beriman
kepada kitab al-Quran hendaklah mempunyai kemampuan untuk
membaca al-Quran tersebut selain dari berusaha untuk
memahami dan menghayati kandungannya

LATAR BELAKANG

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
beberapa program dalam mengatasi masalah kelemahan
menguasai bacaan al-Quran khususnya dalam kalangan
murid-murid di sekolah rendah. Bermula pada tahun 2005, pihak
kementerian telah memperkenalkan program j-QAF yang antara
lain tujuannya untuk membolehkan semua pelajar muslim khatam
bacaan al-Quran sebelum mereka melangkah ke sekolah
menengah

LATAR BELAKANG

Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira dalam
melaksanakan pengajaran al-Quran kepada murid. Faktor yang
paling penting ialah pendekatan dan kaedah pengajaran yang
sesuai digunakan dalam melaksanakan pengajaran al-Quran.
Kaedah yang sesuai dan berkesan akan mempercepatkan
proses pembelajaran yang akan membantu murid menguasai
bacaan al-Quran

RASIONAL

Data menunjukkan masih terdapat 32504 (28.12%) murid di
semua sekolah rendah negeri Pahang masih berada di tahap
kemahiran Iqra’ 1 hingga 3. Isu ini dibimbangi akan menyumbang
kepada kebejatan sosial dalam masyarakat dan menjejaskan
imej negara.

RASIONAL

Murid yang terabai dan tercicir daripada kemahiran membaca
al-Quran perlu diberi perhatian yang wajar supaya dapat
melahirkan generasi yang berminat untuk menghayati al-Quran
dan Islam. Oleh itu, program ini dirangka bagi menangani isu
berkaitan agar dapat membantu murid untuk membaca al-Quran
dengan betul dan seterusnya membudayakan al-Quran dalam
kehidupan seharian

ANALISIS PENCAPAIAN MURID MODEL KHATAM AL-QURAN DAN MODEL TASMIK

% Tahun Satu Tahun Dua Tahun Tiga Tahun Empat Tahun Lima Tahun Enam

PERKARA Bil MODE

L Jum Bil % Jum Bil % Jum Bil % Jum Bil % Jum Bil % Jum Bil %
Murid Murid Murid Murid Murid Murid

Iqra' 1 8392 7.26 5954 29.48 1495 7.54 548 2.77 182 0.95 116 0.63 97 0.53

Iqra' 2 10983 9.50 5271 26.10 2967 14.96 1501 7.60 690 3.61 364 1.97 190 1.05
Iqra' 3 13129 11.36 4198 20.78 3513 17.72 2563 12.97 1480 7.74 902 4.89 473 2.60

Iqra' 4 13375 11.57 2429 12.03 3473 17.52 3040 15.38 2210 11.55 1371 7.43 852 4.69
Iqra' 5 9530 4.70
20198 19827 19762 19133 18459 18176

8.25 1100 5.45 2284 11.52 2158 10.92 1822 9.52 1311 7.10 855

Iqra' 6 5509 4.77 466 2.31 1158 5.84 1174 5.94 1119 5.85 851 4.61 741 4.08

Al-Quran 45368 39.26 765 3.79 4857 24.50 8440 42.71 10587 55.33 10958 59.36 9761 53.70

Khatam 9269 8.02 15 0.07 80 0.40 338 1.71 1043 5.45 2586 14.01 5207 28.65

ANALISIS PENCAPAIAN IQRA` DAERAH

ANALISA IQ1 IQ2 PPD pekan QURAN KHATAM JUMLAH

436 IQ3 IQ4 IQ5 IQ6
374
D1 732 193 266 188 107 31 70 0 1831
D2 258 122 325 250 195
D3 87 50 299 227 174 82 306 4 1794
D4 31 34 155 199 148
D5 12 1208 120 124 118 119 673 39 1812
D6 61 91 80
JUMLAH 5 1226 1081 822 97 882 136 1765
1160
72 944 286 1724

82 907 557 1802

483 3777 1021 10726

PPD rompin

PPD temerloh

PPD bera

PPD maran

PPD jerantut

PPD raub

PPD kuantan

PPD Cameron highlands

PPD bentong

PPD lipis

MATLAMAT

Murid sekolah-sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia
Negeri Pahang menguasai al-Quran menjelang Oktober 2021

OBJEKTIF

Murid tahun 1 sekurang-kurangnya menguasai Iqra` 3.
Murid tahun 2 dan 3 sekurang-kurangnya menguasai Iqra`4.
Murid tahun 4,5 dan 6 sekurang-kurangnya menguasai Iqra` 6.

PELAKSANAAN

TEMPOH

Julai 2018 hingga Oktober 2021
Fasa 1 : Julai 2018 hingga Oktober 2018

Fasa 2 : Januari 2019 hingga Oktober

SASARAN

Murid Islam yang tidak menguasai Iqra 1 hingga 3 di
sekolah-sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia
Negeri Pahang

STRATEGI

➢ Meningkatkan kemahiran dan teknik pengajaran dan
pembelajaran guru melalui Kursus Penyebaran Pelaksanaan
Program Riadhul Quran Pahang dan Pemantapan Iqra’ Bagi
Guru Pendidikan Islam Negeri Pahang.

➢ Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tasmik.
a. Panduan Program Riadhul Quran
b. Memperkasakan pengajaran tasmik
c. Pembimbing Rakan Sebaya (Murid turus)

➢ Meningkatkan komitmen pentadbir sekolah dan guru melalui
sesi taklimat khas di semua Pejabat Pendidikan Daerah

PENILAIAN

➢ Penilaian menyeluruh pencapaian murid menggunakan buku rekod
pencapaian Iqra`.

➢ Pelaksanaan Riadhul Quran di sekolah akan dipantau oleh semua
pegawai Jabatan Pendidikan Pahang dan pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah mulai Ogos 2018 hingga Oktober 2021
menggunakan instrumen yang disediakan.

➢ Laporan pencapaian keseluruhan murid dihantar ke Unit Pendidikan
Islam, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Pahang pada setiap bulan.

PANDUAN PELAKSANAAN

PANDUAN UMUM

1. Dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 jam dalam seminggu.
Cadangan pelaksanaan:

a) 30 minit sebelum waktu pertama pengajaran dan pembelajaran.
b) 30 minit selepas waktu persekolahan.
c) Memilih waktu lain yang sesuai untuk melaksanakan program

bergantung kepada sekolah masing-masing.

PANDUAN UMUM

2. Pelaksanaan dijalankan mengikut jadual dan agihan tugas yang
disediakan oleh pihak sekolah.

3. Pengajaran berfokus kepada murid yang tidak menguasai Al-Quran
(Iqra` 1 hingga Iqra` 3) mengikut tahap kemahiran murid.

4. Modul menggunakan buku Iqra` yang dibekalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

5. Pembimbing terdiri daripada guru Pendidikan Islam, guru
Bahasa Arab, guru akademik yang berkebolehan dan murid turus.

PANDUAN UMUM

6. Setiap guru pembimbing dan murid turus telah ditetapkan jadual dan
kumpulan masing-masing.

7. Pencapaian murid akan dinilai dan direkod oleh guru dalam buku rekod
pencapaian murid dan borang kelompok.

8. Rekod pencapaian menggunakan buku rekod pencapaian murid yang
sedia ada di sekolah.
a) Buku rekod pencapaian yang dibekalkan oleh KPM (tahun 1 hingga 3)

b)Buku rekod sedia ada di sekolah (tahun 4 hingga 6)
9. Data pencapaian Program Riadhul Quran akan dihantar pada setiap
bulan.

PANDUAN PENGAJARAN IQRA` SATU

1. Guru sebagai pemudahcara dan hanya memberikan contoh bacaan
sahaja (baris pertama dan kedua)

2. Guru menyemak murid seorang demi seorang.
3. Murid yang telah menguasai Al-Quran (murid turus) membantu

murid yang lemah.
4. Guru hanya memberikan contoh tanpa memberikan ulasan.
5. Sekiranya murid telah boleh membaca dengan betul maka guru tidak

perlu mengulanginya lagi.

PANDUAN PENGAJARAN IQRA` SATU

6. Sekiranya murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan
yang panjang, guru perlu membetulkan dengan segera dan jelas.

7. Buku Iqra` satu memberi pengenalan bunyi huruf fathah(baris atas), Murid
yang menguasai buku Iqra` atu sahaja yang layak dipindahkan ke buku
Iqra` dua. Walau pun murid-murid belum fasih menyebut bunyi huruf-
huruf tertentu dengan tepat (makhraj dan sifat).

8. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman
yang berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan.

9. Guru bertindak sebagai penguji.

PANDUAN PENGAJARAN IQRA` DUA

1. Panduan pengajaran Iqra` satu digunakan juga dalam pengajaran
buku Iqra` dua.

2. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung.
3. Guru memperkenalkan bacaan mad supaya jelas perbezaan di antara

panjang dan pendek.
4. Huruf-huruf yang bersambung boleh dibaca secara putus-putus.

PANDUAN PENGAJARAN IQRA` TIGA

1. Panduan pengajaran Iqra` satu dan dua turut digunakan juga dalam
pengajaran buku Iqra` tiga.

2. Murid-murid yang selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya
pendek kerana mengingatkan huruf yang berikutnya hendaklah
ditegur dengan bacaan yang putus-putus. Sekiranya perlu huruf yang
berikutnya hendaklah ditutup sementara.

3. Bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi.

syukran ala husni intibahikum
terima kasih

“SESIAPA YANG MENUNJUKKAN KE ARAH
KEBAIKAN MAKA BAGINYA PAHALA
SEBAGAIMANA SIPELAKUNYA”


Click to View FlipBook Version