i PROGRAM iLeader My Sussesion Plan (MySP) PROGRAM SINERGI MySP MATEMATIK MINI PROJEK TRIGONOMETRI SMK KERAMAT WANGSA NO 3, JALAN 23/56, OFF TAMAN SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR “ONE TEAM ONE DREAM TOWARDS EXCELLENCE
2 BAB 2 .0 ANALISIS ISU,POTENSI DAN MANDAT 2.1 Pendahuluan Pendidikan memainkan peranan utama bagi pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik dan menjadi asas bagi kemajuan masa depan dan transformasi negara. Selaras dengan mandat Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kualiti pembelajaran dan pengajaran guru di bilik darjah serta kualiti pembelajaran murid merupakan satu elemen yang amat penting ke arah kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan, khususnya sekolah. Faktor utama yang perlu diberi keutamaan ialah kualiti pembelajaran dan pemudah caraan (PdPc) abad ke-21 yang memberi kesan secara langsung kepada aras kualiti sesebuah sekolah dan seterusnya kemenjadian murid. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu instrumen yang telah ditambah baik daripada SKPM 2010, sebagai fokus dalam PdPc guru, rubrik Standard 4 SKPMg2 bagi membolehkan mereka melaksanakan PdPc berkesan yang selari dengan kehendak KPM. Pada tahun 2021 , Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah memasuki Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, kementerian akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional. Matlamat kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. Kajian telah membuktikan bahawa Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah medium terbaik dalam meningkatkan kualiti guru dan pembelajaran murid. Tiga objektif utama PLC ialah memperbaiki amalan instruksional, menggalakkan pembelajaran murid dan hasil atau “outcome” murid yang positif. Lima ciri atau elemen kritikal dalam PLC adalah reflektif,dialog perkongsian amalan,perkongsian amalan terbaik,kolaboratif dan fokus kepada pembelajaran murid. Pembudayaan PLC dalam pelbagai aktiviti sekolah amat digalakkan bagi meningkatkan kualiti dam prestasi dan seterusnya kemenjadian murid
3 2.2 Analisis Kajian Keperluan dan Verifikasi Data Rajah 4 : Verifikasi Data Hasil temu bual dengan guru-guru dan pentadbir sebilangan guru masih kurang arif berkaitan dengan PdPc abad ke-21. Maka inisiatif untuk membantu guru-guru meningkatkan kefahaman dalam PdPc abad ke-21 perlu dilaksanakan dan antara cara terbaik untuk melaksanakannya adalah secara Pembelajaran Profesional (PLC ) iaitu ke arah pembudayaan sekolah yang menggalakkan pembelajaran profesional dalam kalangan guru di sekolah melalui panitia secara berfokus untuk penambahbaikan kualiti PdPc guru. Selain itu, hasil semakan data pencapaian murid dalam pentaksiran menengah rendah di dapati pencapaian murid dalam mata pelajaran Metematik amat rendah di bawah 50% murid lulus . Unit Kurikulum melalui Panitia Metematik telah dipilih untuk melaksanakan Kajian Tindakan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Mata Pelajaran Metematik Tingkatan 3 kohort 2021, walaupun Pentaksiran Tingkatan Tiga dibatalkan kerana Covid19. Hasil semakan data pencapaian murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Satu tahun 2019 (Kohort Ting 3 2021) adalah 43.4 % dan Peperiksaan Akhir Tahun semakin menurun iaitu 34.15 %. Selain itu pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga rendah . Dengan ini Panitia Matematik yang di ketuai oleh Guru Kanan Mata
4 Pelajaran mencari punca utama yang menyebabkan prestasi murid Tingkatan 3 dalam Matematik di bawah 50% dengan membuat proses verifikasi data Pembelajaran Bilik Darjah (PBD) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS ) tahun 2019 dan 2020. Namun tidak dinafikan juga faktor PdPc guru kurang menarik juga menjadi punca murid menguasai tahap minimum dalam Mata Pelajaran Metamatik. Hasil verifikasi data SKPMg2 Standard 4 pencerapan guru yang mengajar matematik adalah tahap baik . Seterusnya berpunca daripada guru bukan opsyen matematik yang mengajar menengah rendah. Bilangan guru yang mengajar matemetik ialah 7 orang tahun 2021 tetapi hanya 4 orang sahaja yang opsyen matematik. Panitia Matematik membuat kaji selidik untuk mendapatkan data yang tepat untuk melaksanakan intervensi. Dengan ini data soal selidik murid ( Student’s voice ) dan data soal selidik guru (Teacher’s voice) di analisis untuk mendapatkan dapatan bagi membuat perbandingan untuk membuat penanmbahbaikan dalam PdPc. Jawatan kuasa Panitia Matematik membuat keputusan daripada verifikasi data dengan menerima semua punca tersebut dan membuat graf perbandingan tahap penguasaan PBD (TP murid ,PPT,PAT dan Ujian Diagnostik ). Menganalisis data SKPMg2 guru matematik dengan melihat TUMS Jadual 6 : Data SKPMg Guru Matematik Tahun 2020
5 Rajah 5 : Demografik Panitia Matematik Hasil daripada verifikasi data guru opsyen matematik ialah 42.9 % dan 57.1 % bukan opsyen. Guru yang berpengalaman lebih 15 tahun mengajar matematik ialah 28.57 % manakala pengalaman mengajar di bawah 10 tahun 14,29%. Disini ada kekuatan untuk memanfaatkan kekuatan guru berpengalaman untuk proses membimbing dan pementoran guru yang kurang berpengalaman dan guru bukan opsyen matematik ialah 3 orang manakala opsyen seramai 4 orang. Selain itu 2 orang pemeriksa kertas PT3 dan seorang pentaksir kawasan.
6 Rajah 6 : Kesediaan Guru Mengajar Matematik
7
8 Rajah 7 : Bandingan Gred Purata Mata Pelajaran ( GPMP) Matematik Tahun 2019-2021 Daripada data analisis keputusan murid Tingkatan 1 (murid Kohort Tingkatan 3 2021) didapati GPMP bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 (5.18) dan Peperiksaan Akhir Tahun 2019 (5.18) adalah lebih tinggi berbanding keputusan murid Tingkatan 1 (murid Kohort Tingkatan 2 2021) bagi Ujian Diagnostik 2020 (5.05). Hal ini demikian kerana topik yang diuji dalam Ujian Diagnostik 2020 adalah sedikit sahaja. Namun demikian, daripada analisis data SAPS Matematik pada tahun 2020 didapati gred purata mata pelajaran (GPMP) Matematik Ujian Diagnostik Tingkatan 2 (murid kohort Tingkatan 3 2021) adalah 5.71 bagi calon seramai 107 orang. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa GPMP Matematik murid kohort ini adalan paling tinggi berbanding dengan kohort murid Tingkatan 2 tahun 2019 bagi PPT dan PAT walaupun hanya 4 tajuk sahaja yang diuji dalam ujian diagnostik tahun 2020. Murid Tingkatan 3 Kohort 2021 hanya mengambil ujian diagnostik secara informal pada bulan April dengan pencapaian GPMP 5.38. GPMP masih lebih tinggi berbanding dengan GPMP Ujian Diagnostik pada tahun 2020 walaupun murid berbeza kohort ini mempelajari sukatan yang sama.
9 Rajah 8 : Bandingan PBD TP Murid Kohort Tingkatan 3 Tahun 2019 -2020 Bandingan murid Tingkatan 3 Setia dan 3 Maju (seramai 57 orang) Dapatan ini menunjukkan bandingan pencapaian TP murid Tingkatan 3 kohort 2021 (sampel kajian seramai 57 orang) antara tahun 2019 (Tingkatan 1) dan tahun 2020 (Tingkatan 2). Dapatan ini menunjukkan murid yang mencapai TP 4 dan ke atas adalah seramai 27 orang (57%) pada tahun 2019 menurun sehingga 15.8% (9 orang) sahaja pada tahun 2020. Ini menunjukkan bahawa pencapaian TP murid kohort yang sama semakin merosot dengan beberapa faktor yang dikenal pasti. Antaranya ialah kekangan PBD dibuat semasa PdPR dan kurang kesediaan guru untuk mengubahsuai pedagogi dan pelaksanaan PBD sewaktu PdPR .
10 Rajah 9 : Tulang Ikan Ishikawa Punca-Punca Masalah Selain daripada verifikasi data dan dapatan telah diperhalusi , Rajah Tulang Ikan Ishikawa juga digunakan untuk menyokong dapatan kajian keperluan. Rajah 9 memaparkan puncapunca yang menyebabkan Pencapaian murid dalam matematik masih rendah ( PBD dan peperiksaan) berkaitan faktor guru,murid, kaedah, bahan,pengurusan dan persekitaran. Faktor guru merupakan faktor utama kerana guru merupakan tonggak utama dalam PdPc di sekolah. Dalam Panitia Matematik untuk tahun 2021, 2 guru yang mengajar tingkatan 3 adalah bukan guru opsyen. Justeru itu PdPc guru kurang menarik dan kurang mahir adalah faktor menyumbang kepada isu utama. Selain itu intervensi untuk murid adalah tidak berfokus dan menepati. PLC dalam Panitia Matematik juga tidak berfokus serta kurang kemahiran terutamanya guru bukan opsyen. Maka Unit Kurikulum SMK Keramat Wangsa mesti melaksanakan mini projek melalui Panitia Matematik untuk meningkatkan kualiti PDPc guru yang berfokuskan guru bukan opsyen bagi menyelesaikan masalah ini dalam Panitia Matematik. Selepas analisis,verifikasi data dan tulang ikan ishikawa, SWOC dilaksanakan bagi pemilihan strategi dalam PLC guru dan intervensi murid.
11 2.3 Analisis SWOC dan TOWS Matriks Bidang. Berdasarkan temu bual. Sesi perbincangan dan sumbang saran yang dilakukan bersamasama guru matematik menengar rendah , beberapa kekuatan , kelemahan , peluang dan ancaman telah dikenal pasti. Ini sebagai faktor yang boleh membantu meningkatkan kualiti PdPc guru di sekolah dan ke arah kemenjadian murid tingkatan 3 dalam Mata Pelajaran Matematik khususnya pencapaian TP dalam PBD serta Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun 2021 seperti yang dipaparkan pada Jadual 6. Dengan ini empat strategi TOWS Matriks telah dijana. Jadual 7 : Analisis SWOC /TOWS Matriks Bidang Panitia Matematik SMK Keramat Wangsa
12 Jadual 8 : Strategi yang Telah Dijana Panitia Matematik Tahun 2021 Jadual 9 : Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan Panitia Matematik Tahun 2021 Berdasarkan Jadual 8, keputusan tempat pertama berdasarkan matriks ranking adalah strategi 3 iaitu mewujudkan inisiatif untuk memastikan PdPc guru Mata Pelajaran Matematik berkesan melalui komuniti pembelajaran professional (PLC) . Dengan ini secara tidak langsung kualiti PdPc guru berkualiti dan TP murid akan meningkat mengikut topik pembelajaran.
13 2.4 Pembinaan Pelan Taktikal Jadual 10 : Pelan Taktikal Mini Projek Trigonometri Bidang : Panitia Matematik Nama Strategi : Memastikan PdPc Guru Matematik Berkesan Melalalui PLC Projek Tanggung Jawab TEMPOH Kos KPI Sasara n Presta si Pelan KonMula Akhir tigensi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) PKP GKMP Sains & Matematik Ketua Panitia 5 April 14 Jun - Bilangan PLC 3 Pencerapan dan Jelajah Pembelajaran Jadual 9 memaparkan pelan tektikal bagi mini projek Trigonometri yang dilaksanakan di SMK Keramat Wangsa melalui Panitia Matematik dengan objektif untuk meningkatkan kualiti pedagogi PdPc guru baharu matematik dan bukan opsyen melalalui PLC serta secara tidak langsung meningkatkan tahap penguasaan (TP) PBD murid dan peperiksaan. Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Sains&Matematik terlibat sebagai perancang dalam kumpulan PLC . Selain itu Ketua Panitia Matematik , guru mentor dan guru mantee merupakan pelaksana mini projek ini . Sasaran Prestasi adalah pelaksanaan sebanyak 3 kali PLC . Tempoh keseluruhan mini projek ini daripada pembinaan kertas kerja sehingga pelaporan lengkap ialah selama 8 minggu bermula 4 April hingga 18 Jun 2021. Pelaksanaan PLC hanya dapat dilaksanakan pada 5 April 2021 hingga 4 Mei 2021.Pelan Operasi mini projek dibina selepas perbincangan dengan pengetua dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah yang membimbing dalam pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Panitia Matematik.
14 2.5 Pembinaan Pelan Operasi Jadual 11 : Pelan Operasi Mini Projek Sinergi Trigonometri Matlamat : Meningkatkan Kualiti PdPc Guru Matematik Baharu dan Bukan Opsyen serta Peningkatan Tahap Penguasaan PBD Murid dan Peperiksaan . Strategi : Memastikan PdPc Guru Matematik Berkesan Melalalui PLC TAJUK Mini Projek Trigonometri OBJEKTIF 1. Meningkatkan Kemahiran guru matematik baharu dan bukan opsyen dalam PdPc 2. Mengadakan Perkongsian Amalan terbaik (PAT) 3. Meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) PBD murid 4. Meningkatkan Kemahiran guru matematik baharu dan bukan opsyen dalam PdPc 5. Mengadakan Perkongsian Amalan terbaik (PAT) 6. Meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) PBD murid dalam Tajuk Trigonometri 7. Meningkatkan pencapaian murid dalam PPT dan PAT 8. Meningkatkan kerjasama guru mentor dan mantee melalui PLC TEMPOH 8 Minggu ( 5 April hingga 14 Jun 2021 ) KUMPULAN SASARAN 2 orang guru baharu yang bukan opsyen dan 57 murid tingkatan 3 GURU TERLIBAT 1. GKMP Sains & Matematik 2. Ketua Panitia Matematik 3. 2 Guru mentor yang berpengalaman lebih 12 tahun 4. Guru baharu /bukan opsyen mengajar Tingkatan 3 PROSES KERJA 1. Menyediakan Kertas Kerja dan carta Gantt pelaksanaan mini projek 2. Perbincangan dengan Pengetua 3. Ketua Panitia memaklumkan dalam Mesyuarat Panitia Bil.2/2021 pada 9 April 2021. 4. Jawatankuasa Program akan mengadakan mesyuarat bagi mengagihkan tugas, merancang dan menguruskan pelaksanaan program. 5. Aktiviti Pelaksanaan Program: Minggu 11-13 Minggu Pengumpulan dan analisis data/maklumbalas murid dan guru PLC Fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid PLC Kolaboratif/induksi dan pementoran guru baharu 6. Minggu 14 PLC Perkongsian Amalan Terbaik melalui Jelajah Pembelajaran ( Lerning Walk ) PLC Dialog Refleksi PLC Kolaboratif (Induksi dan pementoran guru baharu untuk kenalpasti taju dan pedagogi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah di bilik darjah) 7. Minggu 15 PLC Perkongsian Amalan Terbaik/LW PLC Refleksi Minggu 18 Pengumpulan dan analisis data 8. Minggu 19 PLC Perkongsian Amalan Terbaik sesi perkongsian guru bersama ahli Panitia 9. Minggu 20
15 Pendokumentasian KEKANGAN Tempoh Pelaksanaan yang singkat dan Covid-19 PEMANTAUAN Guru Penolong Kanan Pentadbiran PENILAIN 1.Tahap Penguasaan (TP) PBD murid dalam Tajuk Trigonometri 2.Pemerhatian Jelajah Pembelajaran (LW) 3.Penilaian Mentor terhadap Mantee 4.Keberkesanan pengurusan program 5. Dapatan Perkongsian Amalan Terbaik PENAMBAHBAIKAN Penambahbaikan akan dilakukan dengan meneruskan PLC untuk tajuk-tajuk matematik yang berikutnya.
16 BAB 3.0 LATAR BELAKANG MINI PROJEK 3.1 Pemilihan Mini Projek Jawatankuasa Kurikulum Sekolah telah mengenalpasti punca dan masalah hasil proses verifikasi data dan kajian keperluan iaitu pencapaian Matematik dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1 2019 adalah sangat rendah 43.3% dan Peperiksaan Akhir Tahun semakin menurun 34.15% ( Kohort murid ting 3 2021). Kesimpulannya pencapaian matematik murid tingkatan 3 masih rendah . Selain itu pedagogi guru kurang berkesan atau tidak mahir terutama 2 guru bukan opsyen yang mengajar matematik. Selari dengan proses ke arah kemenjadian murid dalam semua bidang, maka Panitia Matematik telah merangka strategi iaitu memastikan PdPc guru Mata Pelajaran Matematik berkesan melalui PLC. Dengan ini matlamat yang jelas iaitu meningkatkan kualiti pedagogi guru baharu yang bukan opsyen mengajar matematik tingkatan 3. Dengan ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap penguasaan PBD murid dan peperiksaan . Objektif mini projek dalam “output” ialah meningkatkan kemahiran pedagogi guru baharu matematik dan bukan opsyen dalam PdPc melalui pelaksanaan PLC berfokus dengan kaedah bimbingan dan pementoran. Dalam “outcome” pula, peningkatan dalam tahap penguasaan PBD murid sebanyak 50 % daripada sampel murid yang terlibat mencapai TP 4 57 orang daripada kelas 3 Setia dan 3 Maju dalam tajuk Trigonometri. Seterusnya peningkatan prestasi guru dalam SKPMg2 Standard 4. Selaras dengan strategi yang telah dipilih untuk dilaksanakan intervensi bagi meningkatkan kualiti pedagogi guru baharu Mata Pelajaran Matematik melalui PLC. Maka Penolong Kanan Pentadbiran bersama Guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik dan Ketua Panitia Matematik merangka pelaksanaan mini projek untuk tempoh selama 8 minggu. Bermula dengan pembinaan kertas kerja hinggalah pendokumentasian. . Jadual PLC telah disusun mengikut minggu dan pelaksanaan Jelajah pembelajaran (LW) telah dibina mengikut minggu selama 4 minggu. Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran , Guru Kanan Mata Pelajaran , Ketua Panitia dan guru mentor bertanggungjawab dalam pemantauan dan pelaksanaan PLC ( pementoran,bimbingan).
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM TAHUN 2O21 Rajah 10 : Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum Tahun 2021 EN. MUSTAFA KAMAL BIN MUSA PENGETUA DATIN HJH KAMISHAH BT TALIB PK HAL EHWAL MURID PN ROSLIZA BINTI AB HAMID PK PENTADBIRAN PN RUHANA BINTI ATAN @ MD. DIN PK KOKURIKULUM EN MOHD KHAIREL BIN RANI PENYELARAS PPKI PN. NORZIANA BT AYOB GKMP BAHASA PN. LIM LAY KUAN GKMP SAINS & MATEMATIK PN NORHANA BT TAUFIK GKMP KEMANUSIAAN PN. ZULAIHA BT IBRAHIM GKMP TEKNOLOGI & VOKASIONAL PN. ZAINAB BINTI AB RAZAK SETIAUSAHA KURIKULUM AHLI JAWATANKUASA SU SPM PN. ZAINAB BINTI AB RAZAK SU PBS PN. HJH. ROSNANI BT BAHARUDIN SU PT3 PN. MIRYANTI BT MOHD HASHIM SU PEPERIKSAAN/ UJIAN DALAMAN PN. NOOREHAN BT MOHIYDDIN SU JADUAL WAKTU CIK NUR ATHIRAH BT AB JALEL KETUA PANITIA MATA PELAJARAN KP BAHASA MELAYU KP BAHASA INGGERIS KP SAINS KP MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN KP SAINS TULEN KP RBT KP MPEI KP PENDIDIKAN ISLAM KP PJPK KP SEJARAH KP GEOGRAFI KP MPM (MORAL,PSV, MUZIK) 27 GBKM PN. SUZIELAWATI BT OMAR@ABDUL AZIZ CIK KHARANI NAJWA BT ABDULLAH
28 Jadual 12: Jawatankuasa Kerja Mini Projek Trigonometri Pengerusi : En. Mustafa Kamal bin Musa (Pengetua) Timbalan Pengerusi : Pn Rosliza binti Ab Hamid (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi I : Datin Kamishah binti Talib (PK HEM ) Naib Pengerusi II : Pn. Ruhana binti Atan @ Md. Din ( PK Kokurikulum) Penyelaras : Pn Lim Lay Kuan (Guru Kanan Sains & Matematik) Setaiusaha : Pn. Nor Azira binti Che Ibrahim (Ketua Panitia Matematik) Jawatankuasa : Pn Zulaiha binti Ibrahim (Mentor) : Pn. Zainab binti Abdul Razak (Mentee) : Cik Nur Anisah Izzati binti Mohd Yusof (Mentee) : Kaunselor GURU MENTOR GURU MENTEE KELAS Pn. Zulaiha binti Ibrahim Cik Nur Anisah Izzati binti Mohd Yusof 3 MAJU Pn. Nor Azira binti Che Ibrahim Pn. Zainab binti Abdul Razak 3 SETIA
29 BAB 4.0 AKTIVITI MINI PROJEK 4.1 Objektif Mini Projek Melalui Program Sinergi MySP Matematik maka tercetus lah satu Mini Projek Trigonometri untuk meningkatkan kemenjadian murid dalam mata Pelajaran Matematik Tingkatan 3 tahun 2021. Setelah menganalisis data keperluan dan TOWS maka strategi ST3 memastikan PdPc guru Mata Pelajaran Mematik berkesan melalui Komuniti Pembelajaran Profesional ( PLC ) terpilih sebagai strategi utama . Objektif operasi ialah meningkatkan kemahiran pedagogi guru baharu matematik dalam PdPc melalui PLC berfokus sebanyak 3 kali dengan kaedah bimbingan dan pementoran. Dengan ini secara tidak langsung perstasi 2 orang guru baharu akan meningkat dalam Standard 4 SKPMg2 . Selain itu peningkatan dalam tahap penguasaan PBD murid sebanyak 50% daripada murid terlibat mencapai TP4 dalam tajuk Trigonometri. Justeru itu, melalui Mesyuarat Panitia Bil 2/2021 telah memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Kerja Mini Projek Trigonometri. Seterusnya pengetua sebagai pembimbing telah bersetuju untuk melaksanakan mini projek dengan pembentukan Jawatankuasa Kerja (Guru Kanan Mata Pelajaran membentangkan dapatan daripada verifikasi data dan TOWS). Penolong Kanan Pentadbiran sebagai pengurus projek, manakala Guru Kanan Mata Pelajaran GKMP sebagai penyelaras projek. Guru Mata Matematik yang berpengalaman melebihi 10 tahun iaitu DG48 dan DG42 sebagai Mantor kepada 2 guru baharu yang bukan opsyen DG41. Sasaran pelaksanaan ialah 3 kali PLC berfokus dan 2 kali perkongsian amalan terbaik. Tempoh aktiviti melaksanakan Mini Projek Trigonometri ialah selama 8 minggu bermula 5 Apri 2021 dan berakhir pada 14 Jun 2021. Murid yang terlibat ialah dari kelas 3 Setia dan 3 Maju seramai 57 orang. Aktiviti utama ialah PLC berfokus, PLC Kolaboratif, PLC Refleksi, jelajah pembelajaran (LW) dan perkongsian amalan terbaik.
30 Gambar 4 : Aktiviti PLC Bersama Mentor Gambar 5 : Jelajah Pembel
31 BAB 5.0 PELAKSANAAN PROJEK 5.1 Pendahuluan Mini Projek Trigonometri dilaksanakan di SMK Keramat Wangsa melalui Panitia Matematik atas keperluan dan objektif untuk meningkatkan kualiti PdPc guru baharu matematik dan bukan opsyen dengan matlamat meningkatkan kualiti pengajaran guru serta secara tidak langsung meningkatkan tahap penguasaan PBD murid 50% daripada murid terlibat mencapai TP4 dalam tajuk Trigonometri. Melalui strategi PLC dan gabungan Jelajah Pembelajaran (LW) salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru adalah berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara - negara maju di mana pemantapan komuniti pembelajaran professional (PLC) dalam kalangan pendidik dilihat sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Aktiviti LW, pementoran dan mentor mantee dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dalam bilik darjah. Objektif aktiviti ini adalah untuk mengumpul bahan bukti aksi pembelajaran di bilik darjah, seterusnya membuat perbincangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan bukti pemerhatian dan membuat refleksi untu membuat penambah baikan pedagogi guru. Melalui pementoran guru baharu adalah untuk mengenalpasti tajuk dan pedagogi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tahap penguasaan murid yang rendah dalam matematik. 5.2 Carta Organisasi Pelaksanaan Projek bermula dengan perancangan yang teliti dan bergerak melalui satu organisasi yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Mini Projek Trigonometri . Pengetua selaku pengerusi projek sentiasa membimbing untuk memastikan PLC berjalan lancar mengikut tempoh ada impaknya kepada murid dan guru. Penolong Kanan Pentadbiran bertindak sebagai ketua mini projek manakala GKMP Sains & Matematik sebagai penyelaras dan Ketua panitia adalah setiausaha . Ahli jawatankuasa terdiri daripada guru matematik yang berpengalaman melebihi 12 tahun yang bertindak sebagai mentor, Guru matematik yang baharu dan bukan opsyen matematik ialah mentee.
32 Rajah 11 : Carta Organisasi Jawatankuasa Mini Projek Trigonometri 5.3 Proses Pelaksanaan Pelaksanaan mini projek ini bermula dengan perancangan yang teliti selepas melalui proses taklimat dan bengkel oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keramat pada 23 Mac 2021 melalui Program ILeader My Succession Plan (MySP) Tahun 2021. Penolong Kanan Pentadbiran bersama jawatankuasa membuat perancangan dengan menyediakan jadual pelaksanaan mini projek yang bermula dengan pembinaan kertas kerja sehingga membuat laporan dan dokumentasi lengkap dalam tempoh keseluruhan lapan minggu. Jadual 11 menunjukkan Mini Projek Trigonometri melalui aktiviti Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dalam Panitia Matematik SMK Keramat Wangsa. Perkara pertama , Setiausaha Mini Projek menyediakan kertas kerja lengkap berkaitan pelaksanaan projek selepas berbincang dengan pengetua. Kertas kerja mesti mengandungi matlamat, objektif, ahli jawatankuasa atau individu yang terlibat, jadual aktiviti , cara penilaian projek atau post mortem projek dan kos sumber yang terlibat. Perkara kedua , kertas kerja dibentang dalam Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat Panitia Matematik . Jadual 11 mengandungi perkara yang perlu dilaksanakan, tindakan yang perlu dilakukan pada setiap minggu sepanjang lapan minggu pelaksanaan projek . Setiausaha Mini Projek Trigonometri membentangkan kertas kerja lengkap berkaitan dengan kaedah
33 PLC yang dilaksanakan dalam inisiatif meningkatkan kemahiran guru dalam tajuk Trigonometri . Guru yang terlibat dalam pementoran dikenali sebagai mentor dan mantee. Perkara ketiga ialah pelaksanaan pengumpulan dan analisis data dengan berpandukan demografik sekolah dan panitia Matematik, Memperoleh maklum balas murid dan guru “teachers voice dan student voice” melalui soal selidik dengan menggunakan aplikasi “google forme”. Dengan ini Jawatankuasa dapat mengenal pasti masalah serta perkara yang perlu dititikberatkan untuk cuba di atasi. Selain itu data Peperiksaan Akhir Tahun 2019 serta PBD di analisis untuk melihat pencapaian murid tingkatan 3 tahun 2021 semasa mereka dalam tingkatan satu 2019. Memang jelas pencapaian matematik amat rendah iaitu 34. 15%. Seterusnya, bermulalah PLC fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid, iaitu membuat verifikasi data, menentukan kumpulan sasaran, kenal pasti punca dan menyenaraikan intervensi. Ketua Projek menyusun pelan intervesi dengan membuat SWOT dan TOW. Setiausaha menyediakan bahan dan borang toolkit PLC dan Jelajah pembelajaran ( LW ). Perkara ke lima ialah pelaksanaan PLC kolaboratif bermula 20 April 2021 melalui induksi dan pementoran guru baharu untuk mengenalpasti tajuk dan pedagogi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah. Tindakan mentor dan guru mata pelajaran matematik kelas 3 Setia dan 3 Maju. Daripada sini topik trigonometri perlu diambil kira untuk pementoran dan PLC. Perkara keenam ialah PLC Amalan Terbaik dengan kaedah Jelajah Pembelajaran (Learning Walk) untuk membuat pemerhatian terhadap PdP guru dalam bilik darjah. Pasukan LW terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Mentor. Berdasarkan pemerhatian ini, yang dicatat dalam borang Toolkit LW dibentang dan disertai dialog refleksi berkaitan perbincangan penambahbaikan pedagogi dan pentaksiran. Selaras dengan PLC Dialog Refleksi juga . PLC Kolaboratif untuk membincangkan sub tajuk dan pedagogi yang sesuai dalam topik Trigonometri yang sesuai untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah dan pedagogi guru. Perkara ini dilaksanakan pada sebelah petang selama dua jam . Seterusnya minggu ke-15, perkara Sembilan kaedah yang sama iaitu PLC Perkongsian Amalan Terbaik melalui Jelajah Pembelajaran ( Learning Walk ) untuk membuat pemerhatian di bilik darjah bagi melihat impak selepas melalui PLC pada minggu ke-14. Dapatan daripada LW , perbincangan antara mentor dan mantee atau dikenali sebagai Dialog Refleksi bagi penambahbaikan pedagogi dan pentaksiran . ( 3-4 Mei 2021). Perkara sebelas ialah pengumpulan data pada 24-28 Mei 2021 dengan melihat Tahap Penguasaan (TP) PBD murid dan pencapaian ujian diagnostik. Daripada Analisis data ini , perkara dua belas ialah PLC Perkongsian Amalan Terbaik iaitu sesi perkongsian guru bersama ahli Panitia Matematik pada 14 Jun 2021. Akhir sekali ialah pendokumentasian bermula 21 Jun 2021.
34 Jadual 13 : Jadual Pelaksanaan Mini Projek Trigonometri MINGGU PERKARA TARIKH/ MASA TINDAKAN CATATAN STATUS 11-13 1.Menyediakan Kertas kerja dan Jadual 2.Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum /Mesyuarat Panitia Matematik & JK Kerja 3. Pelaksanaan Pengumpula dan Analisa Data 5-19 April 2021 Pengetua/PKP/GKMP Ketua Panitia/ guru Matematik Teacher Voice Student Voice Data PBD 2019-2020 **Analisa PAT 2019 **Ujian Diagnostik 2021 Selesai Demografik Maklum Balas Murid dan Guru 4.PLC Fokus secara Kolekttif terhadap Pembelajaran Murid Analisis dan Verifikasi Data Kumpulan sasaran 8 April 2021 2.30 petang PKP GKMP Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran Senarai Semak Kerja Tulang Ikan SWOT dan TOW Selesai Punca Masalah Cadangan Intervensi Pelan Tindakan Intervensi Analisis SWOT dan TOW 5.PLC Kolaboratif Induksi dan Pementoran Guru Baharu untuk 20 April 2021 12.30- Mentor Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran RPH Selesai mengenalpasti tajuk dan 2.30 pedagogi yang sesuai petang untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah 14 6.PLC Perkongsian Amalan Terbaik 26-27 April PKP GKMP Refleksi PdP Borang Selesai Jelajah Pembelajaran (Learning Walk) untuk 2021 Mentor Guru Mata Pelajaran Pementoran membuat pemerhatian terhadap PdP guru dalam bilik darjah 26 Mei 2021- Zainab binti
35 Abdul Razak (3 Setia) 27 April 2021- Anisah Izzati (3 Maju) 7.PLC Dialog Refleksi 27 April 2021 12.30- 2.30 petang Mentor RPH Membuat refleksi PdP Guru Mata Pelajaran dan perbincangan penambahbaikan pedagogi dan pentaksiran 8.PLC Kolaboratif Induksi dan Pementoran Guru Baharu untuk mengenalpasti tajuk dan pedagogi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah 15 9.PLC Perkongsian Amalan Terbaik Jelajah Pembelajaran (Learning Walk) untuk membuat pemerhatian terhadap PdP guru dalam bilik darjah 3 Mei 2021- Zainab binti Abdul Razak (3 Setia) 4 Mei 2021- Anisah Izzati (3 Maju) 3- 4 Mei PKP GKMP Mentor Guru Mata Pelajaran Refleksi Selesai 2021 PdP Borang Pementoran 10.PLC Dialog Refleksi Membuat refleksi PdP dan perbincangan 4 Mei 2021 12.30- Mentor Guru Mata Pelajaran penambahbaikan 2.30 pedagogi dan petang pentaksiran M16 CUTI HARI RAYA M17 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN M18 11.Pengumpulan dan Analisa Data Pos Mortem 24- 28 Mei 2021 GKMP Ketua Panitia Guru MP Peperiksaan Pertengahan Tahun/PBD/Ujian
36 Diagnostik. M19 12.PLC Perkongsian Amalan Terbaik Sesi perkongsian guru bersama ahli panitia Matematik 14 Jun 2021 Ketua Panitia M20 13.Pendokumentasian 21 Jun 2021 PKP/GKMP Ketua Panitia 5.4 Pemantauan One Page Project Manager (OPPM) Pemantauan dilaksanakan dengan menggunakan One Page Project Manager ( OPPM ) bagi memastikan kaedah pelaksanaan berkesan dan mengikut tempoh yang ditetapkan. ( Rujuk Lampiran 4 OPPM asal). Penggunaan OPPM memudahkan pengurusan pementauan pelaksanaan mini projek bagi memastikan projek berjalan lancar mengikut jadual, kos dan objektif , Sumber manusia juga boleh diurus dengan lebih cekap dan berkesan. OPPM dibina berdasarkan jadual aktiviti dan kertas kerja mini projek. Pemantauan melalui semakan OPPM sentiasa dilaksanakan oleh Setiausaha projek, Guru Kanan Mata Pelajaran. Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua . OPPM juga dipamerkan di papan kenyataan bilik PKP dan di bilik perbincangan panitia supaya semua guru maklum tentang status pelaksanaan projek dan menjadi contoh kepada lain-lain panitia untuk melaksanakan kajian tindakan pada masa akan datang. 5.5 Kaedah Penilaian Mini Projek 5.5.1 Kaedah Soal Selidik Hasil dapatan data melalui soal selidik, respond murid menunjukkan lebih suka terhadap cara atau pedagogi guru terhadap pengajaran guru yang telah dilaksaknakan semasa menjalankan program ini ialah sebanyak 93.9 % murid menyukainya berbanding dengan sebelumnya iaitu 88.0%. Sebanyak 91.8% murid menyatakan bahawa mereka seronok dengan sesi pembelajaran semasa program dijalankan.
37 Jadual 14 : Soal Selidik Mini Projek Trigonometri (Synergy) PERBANDINGAN DATA SOAL SELIDIK SEBELUM DAN SELEPAS MINI PROJEK TRIGONOMETRI (synergy) (MURID SETUJU DAN SANGAT SETUJU) 50 RESPOND EN 49 RESPOND EN ITEM YANG DITANYA SEBELUM (%) SELEP AS (%) PERBEZA AN (+/- ) 1. Saya suka dengan cara guru Matematik mengajar sekarang. 88.0 93.9 5.9 2. Saya berasa seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik. 84.0 91.8 7.8 3. Saya suka guru menggunakan LCD / Projektor untuk mengajar Matematik. 90.0 93.8 3.8 4. Saya gemar belajar Matematik melalui aktiviti secara berkumpulan. 96.0 87.7 -8.3 5. Saya gemar belajar Matematik melalui aktiviti mini projek secara berkumpulan. 90.0 91.8 1.8 6. Saya suka guru menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara mentor mentee. Iaitu seorang rakan anda menjadi guru buat anda untuk membimbing anda dalam mata pelajaran Matematik. 84.0 91.8 7.8 7. Saya lebih faham jika latihan pengukuhan Matematik dibuat secara dalam/ luar talian seperti Kahoot/ Quizizz/ Quiz Google Form. 76.0 79.6 3.6 8. Saya suka membuat latihan soalan Matematik dalam buku modul disediakan. 88.0 83.7 -4.3 9. Guru Matematik memberikan latihan yang cukup untuk membantu pemahaman saya dalam pembelajaran Matematik. 84.0 93.9 9.9
38 Rajah 12 : Graf Perbandingan Peratus Data Murid Yang Bersetuju dengan Item yang Ditanya.
39 Jadual 15 : Dapatan Soal selidik Guru Mantee Kutipan data Teacher’s Voice telah diambil sebelum bimbingan PLC berfokus diberi kepada guru bukan opsyen yang telibat. Rata-rata guru tersebut tidak mahir teknik mengajar yang sesuai untuk memudahkan kefahaman konsep murid dalam matematik serta tidak tahu membina soalan item pentaksiran mengikut tahap murid. Namun, bimbingan PLC berfokus ini telah meningkatkan kompetensi guru tersebut dalam pedagogi pengajaran serta kemahiran membina item pentaksiran PBD bagi mengenal pasti potensi murid pada TP maksimum. Bimbingan PLC berfokus secara berkala telah membantu guru dalam merancang dan menjalankan PdP berpusatkan murid secara koperatif atau kolaboratif dengan lebih berkesan dengan menggunakan BBM (penggunaan straw dalam membina model) yang sesuai. Pada masa yang sama, guru berasa lebih yakin dalam mengawal kelas PdP serta memberi tunjuk ajar kepada murid untuk menguasai pembelajaran matematik.
40 5.5.2 Kaedah Pemerhatian Jelajah Pembelajaran (Learning Walk) telah dijalankan sebanyak 3 kali oleh guru mentor. Pn Zulaiha (Mentor) telah menjalankan LW kepada Cik Anisah (Mentee) pada 20 April 2021 dan 21 April 2021. Pn. Nor Azira (Mentor) telah menjalankan LW terhadap Pn .Zainab pada 28 April 2021 yang lalu. Secara keseluruhan, dapatan LW menunjukkan bahawa guru mentee mempamerkan tahap keyakinan yang tinggi (Cemerlang) dalam mengelola isi pelajaran dengan memberi tunjuk ajar kepada penguasaan kemahiran murid serta mendorang pembelajaran murid dalam Matematik Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa guru bukan opsyen menggunakan teknik pengajaran yang sesuai untuk memudahkan kefahaman murid serta menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdPc Matematik dengan baik setelah diberi bimbingan secara berfokus oleh guru mentor. Rajah 13 : Dapatan Learning Walk
41 .
42 5.5.3 Kaedah Perbandingan Berikut peningkatan Tahap Penguasaan (TP) murid tahun 2021 selepas topik ini selesai dalam tempoh yang ditetapkan (sampel murid 3S 30 orang ) berlaku peningkatan TP iaitu TP3 kepada TP 4 sebanyak 42 % ( 8 orang ). TP 4 kepada TP 5 ialah seorang manakala kekal pada TP sama iaitu 10 orang. Baki 11 orang ialah murid yang tidak hadir ke sekolah kerana Covid-19. Rajah 14 : Perbandingan Tahap Penguasaan Murid Kelas 3 Setia Tahun 2020 dan Tahun 2021
43 Berikut peningkatan Tahap Penguasaan (TP) murid tahun 2021 selepas topik ini selesai dalam tempoh yang ditetapkan. (sampel murid 3M 29 orang ) berlaku peningkatan TP iaitu TP3 kepada TP 4 sebanyak 17 % ( 4 orang ). TP 2 kepada TP 3 ialah seorang manakala kekal pada TP sama ialah 19 orang. Baki 5 orang ialah yang tidak hadir ke sekolah kerana Covid-19. Rajah 15 : Perbandingan Tahap Penguasaan Murid Kelas 3 Maju Tahun 2020 dan Tahun 2021
44 6.0 PENGAWALAN MINI PROJEK 6.1 Pelan Pengurusan Risiko Pihak jawatankuasa telah bersedia dengan Pelan Pengurusan Risiko sekiranya berlaku risiko yang tidak dijangka dan pasti ada tindakan menangani risiko berkaitan. Pengurus Mini Projek Trigonometri merancang beberapa tindakan berdasarkan situasi semasa agar semua aktiviti yang disenaraikan tidak tergendala. Jadual 16 : Pelan Pengurusan Risiko BI L ASPEK RISIKO TINDAKAN MENANGANI RISIKO 1 Pembelajaran bersemuka hanya selama 4 minggu sahaja . 6 Mei bermula pembelajaran secara PdPR. Arahan KPM Covid-19 Perkongsian Amalan terbaik terpaksa dilaksanakan secara atas talian secara google meet 2. Guru Mentor dan Mantee terlibat dengan Mesyuarat peringkat PPD/JPWPKL Keperluan kompetensi guru Diganti pada waktu relief dan bimbingan ditunda diganti pada waktu lain 3. Pegawai Pengurus tidak dapat meneruskan aktiviti projek Arahan KPM Bengkel/Mes yuarat Cuti Sakit Sesi bimbingan pementoran ditunda dan digantikan pada tarikh yang bersesuaian 4 Peperiksaan Pertengahan Tahun tidak dapat dilaksanakan Covid-19 Arahan KPM Di adakan Ujian Diagniostik dan menganalisa data PBD untuk mendapatkan impak dalam tempoh sebulan. 5 Modul Fokus Bersemuka tidak sempat dilaksanakan Covid-19 Modul fokus digantikan dengan Modul PdPR mengikut topik dan di agihkan pada 9 Mei 2021
45 7.0 KEBERHASILAN MINI PROJEK 7.1 Dapatan Penilaian Berikut adalah dapatan daripada instrument yang digunakan iaitu analisis data sebelum dan selepas mini projek melalui pemerhatian, soal selidik , perbandingan dan temu bual. Berlaku peningkatan pemahaman guru yang dibimbing dalam penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan penguasaan konsep dalam Tajuk Trigonometri. Selain itu, terdapat murid mencapai peningkatan TP PBD. Tidak dinafikan juga sebilangan murid kekal pada TP yang sama. 7.2 Kekuatan Mini Projek Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti PdPc guru berjalan lancar. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung terhadap kejayaan pelaksanaan mini projek . Kekuatan mini projek ini bergantung kepada faktor sumber manusia seperti pentadbir sekolah , murid dan guru serta faktor persekitaran sekolah iaitu kemudahan infrastruktur sekolah. PLC sangat membantu guru menguasai teknik dan konsep trigonometri. Guru akan lebih memahami bagaimana menentukan soalan mengikut TP tertentu . Selain itu ,murid lebih aktif dan berminat untuk belajar. Dengan ini murid menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa dalam kelas. 7.3 Kelemahan Mini Projek Terdapat dua faktor utama kelemahan projek yang mesti diberi perhatian dalam pelaksanaan mini projek. Faktor masa merupakan faktor utama yang menjadi kekangan kerana projek ini dilaksanakn sebaik sekolah di buka secara bersemuka iaitu pada 4 April 2021 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ). Murid-murid masih lagi dalam suasana tidak bermotivasi kerana terlalu lama berada di rumah (Covid-19) . Murid belajar bersemuka dalam tempoh 4 minggu , bermula 6 Mei 2021 sekolah ditutup kerana peningkatan kes Covid maka Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR) pun bermula mulai tarikh tersebut. Oleh itu tidak dapat melihat impak dalam peperiksaan, kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun tidak dapat dilaksanakan. Seterusnya masalah kehadiran murid, ibu bapa bimbang tentang keselamatan murid dalam tempoh Covid-19 maka peratus murid tidak hadir agak ramai setiap hari iaitu dalam 10 % . 7.4 Cadangan Penambahbaikan Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan bagi pelaksanaan Mini Projek Trigonometri, iaitu PLC boleh diteruskan untuk tajuk yang lain contoh tangen dalam bulatan dan lokus. Selain itu boleh dilaksanakan semasa PdPR.
46 Jadual 17 : Refleksi Mini Projek OUTPUT KEKUATAN 1. Peningkatan pemahaman guru yang dibimbing dalam penggunaan BBM dan penguasaan konsep dalam Tajuk Trigonometri. 2. Terdapat murid yanng mencapai peningkatan dalam TP. 3. Terdapat juga murid yang kekal pada TP yang sama. 1. PLC sangat membantu guru menguasai teknik dan konsep trigonometri. 2. Guru lebih memahami bagaimana menentukan soalan mengikut TP tertentu. 3. Murid lebih aktif dan berminat untuk belajar. 4. Murid menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa kelas. KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN 1. Kesuntukan masa 2. Masalah kehadiran murid. 1. PLC boleh diteruskan untuk tajuk yang lain contohnya Tangen dalam Bulatan dan Lokus. 2. Boleh dilaksanakan untuk PdPR 7.5 Rumusan Keseluruhan Mini Projek Dapatan kajian menunjukkan bahawa Komuniti Pembelajaran Profesional yang dilaksanakan melalui kaedah Jelajah Pembelajaran, mentor mante, pementoran dan perkongsian amalan terbaik di SMK Keramat Wangsa telah berjaya mendedahkan guru mata pelajaran Matematik kepada suatu dimensi dan pespektif yang baharu dalam konteks perkongsian amalan terbaik aktiviti PdPc di sekolah. Komitmen padu berterusan barisan kepimpinan sekolah meningkatkan budaya kerja berpasukan bagi memastikan hala tuju mini projek berjalan mengikut matlamat dan objektif yang ditetapkan. Anjakan paradigma guru berlaku dalam aspek sikap perkongsian ilmu dalam aktiviti Pdpc dan sedar bahawa aktiviti Pdpc bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi dan mini projek ini telah menjadi medium kepada guru-guru untuk berkongsi dan berbincang tentang aktiviti PdPc masing-masing yang boleh merentas kurikulum. Kesimpulannya Mini Projek Trigonometri dapat mengumpul aktiviti PdPc terbaik dan dijadikan contoh amalan terbaik untuk rujukan . Akhirnya ,ia menjurus kepada peningkatan kualiti PdPc dan profesionalisme guru. Secara tidak langsung telah meningkatkan tahap penguasaan (TP) PBD murid yang dapat diukur dalam tempoh msa empat minggu. Justeru, ,ia boleh dijadikan ujian rintis di sekolah ini yang akan melaksanakan lebih sistematuk pada tahun hadapan dan sebagai model kepada lain-lain panitia. Peningkatan prestasi guru dalam pedagogi akhirnya memberi impak positif dalam kemenjadian
47 LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 4 OPPM Meningkatkan Tahap Penguasaan PBD murid 50% daripa Pencapaian murid dalam Peperiksaan Pertengahan tahun Guru Matematki ( 2 orang guru bukan opsyen ) dalam Stan Pengurus: ROSLIZA BINTI AB HAMID AKADEMIK ( Objektif Projek: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEDAGODI GURU PELAKSANAAN PLC BERFOKUS MELALUI BIMBINGAN DAN PE Tugasan Utama S 1 Pengumpulan dan analisa data suara guru dan suara murid ● 2 PLC berfokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid 3 PLC Kolaboratif 4 PLC Perkongsian Amalan Terbaik 5 PLC Dialog Refleksi dan Pementoran 6 Jelajah Pembelajaran (Learning Walk) 7 Pengumpulan data analisa data 8 Pendokumentasian 9 Modul berfokus 10 Tugas Utama Objektif Kos Ringkasan & Ramalan Januari Februari Mac April PIBG KWKK
da murid terlibat mencapai TP4 dalam Tajuk Trigonometri Meningkatkan dengan kelululusan matematik melebihi 50% Meningkatkan Prestasi nda PANITIA MATEMATIK) Tarikh: MAC 2021 U MATEMATIK BAHARU DAN BUKAN OPSYEN MELALUI EMENTORAN Status/Pencapain Projek Tanggungjawab ● ● ● ● A B C ● ● B A C ● ● B A C ● ● B A C ● ● B A C ● ● C C B A ● ● A B C ● ● ● ● A B C C B A April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember PKP PK HEM GKMP KP KAUNSELOR GURU MENTOR GURU MENTEE PIBG ○ SIAP A Orang pertama yang dipertanggungjawabkan ● BELUM SIAP B Orang kedua yang dipertanggungjawabkan C Orang ketiga yang dipertanggungjawabkan