KATAK DI
BAWAH
TEMPURUNG
Sang Kodok ialah seekor katak yang pendiam. Sang Kodok tidak
suka berkawan dengan katak-katak yang lain.
Sungguhpun begitu, katak-katak lain tetap mahu berkawan
dengan Sang Kodok. Mereka tetap mengajak Sang kodok bermain
bersama-sama.
Mereka melompat-lompat di sekeliling Sang Kodok. Mereka mahu
Sang Kodok bermain dengan mereka.
Tiba-tiba seekor katak telah terlompat di atas badan Sang kodok.
Sang kodok terkejut.
“Maafkan aku,” kata katak itu.
“Baik kamu pergi dari sini. Jangan ganggu aku. Aku tidak mahu
bermain dengan kamu,” marah Sang Kodok.
Katak-katak itu sangat terkejut. Mereka segera berlalu dari situ.
Pada suatu hari, semua katak di situ berkumpul. Mereka mendapat
tahu bahawa Sang Ular berada di tempat mereka.
Jadi, mereka bersetuju untuk berpindah ke tempat lain kerana tidak
mahu menjadi mangsa Sang Ular. Hanya Sang Kodok yang tidak
mahu berpindah dari situ.
Sang Kodok tinggal sendirian. Sang Kodok mencari tempat untuk
bersembunyi. Sang Kodok takut Sang Ular akan datang lalu
menelannya.
Tiba-tiba Sang Kodok ternampak akan tempurung kelapa. Sang
Kodok pun ingin bersembunyi di bawah tempurung kelapa itu agar
tidak ditelan oleh Sang Ular.
Sang Kodok pun terus masuk ke dalam tempurung itu. Sang
Kodok memanjat-manjat dinding tempurung supaya terlungkup.
Akhirnya tempurung itu pun terlungkup.
Tinggallah Sang Kodok di bawah tempurung. Suasana di
dalamnya sangat gelap. Sang Kodok mahu keluar dari tempurung
itu.
Tetapi Sang Kodok takut jika Sang Ular berada di situ. Sang
Kodok berasa kesal kerana bersembunyi di bawah tempurung itu.
Kini, barulah Sang Kodok sedar bahawa Sang Kodok tidak boleh
hidup bersendirian. Sang Kodok ingin berjumpa dengan kawan-
kawannya. Sang Kodok mahu meminta maaf daripada mereka.
‘Sang Kodok! Sang Kodok! Tiba-tiba terdengar namanya
dipanggil dari luar tempurung.
“Aku di dalam tempurung!” jerit Sang Kodok.
“Keluarlah. Sang Ular sudah dibunuh manusia!” kata seekor katak
dengan kuat.
Sang Kodok pun melompat-lompat dari dalam tempurung itu.
Akhirnya tempurung itu terbuka kembali.
‘Aku hendak meminta maaf daripada kamu. Aku sedar akan
kesilapanku. Mulai hari ini aku ingin berkawan dengan kamu. Aku
tidak mahu bersikap seperti dahulu lagi,” kata Sang Kodok dengan
jujur.
Semua katak berasa gembira akan perubahan Sang Kodok.
Mereka tetap menerima Sang Kodok dengan baik. Sang Kodok
berasa sangat gembira.
AKTIVITI NILAM.
Ceritakan semula apa yang telah kamu baca bersama guru dan
rakan-rakan.
Senaraikan perkataan yang sukar kamu faham. Bincangkan
Lakonkan watak yang terdapat dalam cerita yang telah kamu baca.
Beri pendapat kamu, mengapa Sang Kodok berasa
menyesal……………….. (Kemahiran Aras Tinggi)