PSS SJKT GEMAS
Kereta api merupakan antara perkhidmatan awam
yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Namun
begitu, tahukah adik perkembangan revolusi dan
teknologi kenderaan jenis ini? Mari kita sama-sama
mengenali perihal kereta api dengan lebih dekat.
Kereta api digunakan sejak zaman awal Greek lagi dan
bermula sebagai sejenis pengangkutan bahan bakar
seperti kayu. Kereta api jenis ini dikenali dengan nama
Wagonways dan digunakan secara meluas di Eropah,
terutamanya dalam aktiviti perlombongan pada tahun
1500 hingga 1800. Kuda digunakan untuk menarik
kereta api ini.
Revolusi teknologi kereta api diteruskan pada tahun 1830-
an apabila England berjaya mencipta teknologi lokomotif
yang mencetuskan revolusi secara besar-besaran dalam
ekonomi dunia. Bahan mentah mula dieksport dengan
menggunakan kereta api. Antara bahan yang dieksport
termasuklah pasir, tanah, batu dan arang.
Teknologi lokomotif berkembang pesat dan menjadi salah
satu pengangkutan utama di England. Pada tahun 1850-an
teknologi lokomotif wap diperkenalkan di England.
Landasan kereta api bertambah dan kawasan bawah tanah
digunakan sebagai jalan tambahan untuk stesen kereta api.
Di Kanada pula, teknologi kereta api diperkembang
dengan pembinaan landasan kereta api terpanjang
dunia yang digelar The Grand Trunk Railway of
Canada.
Negara lain seperti India, Iran, Amerika dan Malaysia
turut menggunakan kereta api sebagai pengangkutan
utama pada awal kemunculannya. Stesen kereta api
terawal di Malaysia dibuka di Taiping untuk
pengangkutan bahan mentah pada tahun 1885.
Revolusi awal teknologi kereta api di seluruh dunia
banyak dipengaruhi teknologi dari England. England
masih menjadi pelopor teknologi kereta api dunia,
sehinggalah munculnya teknologi bullet train oleh
Jepun.
Teknologi ini merupakan revolusi termaju dalam
perkhidmatan kereta api dunia. Jepun merupakan
negara pertama yang menggunakan teknologi kereta
api terpantas di dunia. Idea ini tercetus apabila
kebanyakan rakyat Jepun tinggal di kawasan luar
bandar yang jauh dari tempat kerja mereka. Bullet
train mula beroperasi pada tahun 1964 dan juga
dikenali dengan nama panggilan Japan’s Shinkansen
dan Maglev Train. Teknologi kereta api ini merupakan
hasil ciptaan kolaborasi antara Jepun dengan Jerman.
Kereta api ini dapat digerakkan dengan menggunakan
lima teknologi utama iaitu:
Teknologi magnet. Kereta api ini menggunakan
magnet sebagai penarik utama yang membolehkannya
bergerak lebih laju berbanding dengan teknologi
kereta api yang menggunakan minyak dan elektrik.
Teknologi badan langsing dan material tahan lasak
yang dinamai streamlined body. Kereta api ini mampu
bergerak selaju 100 meter sejam kerana badannya
ringan dan mampu menahan tarikan angin sebanyak
mungkin. Bahagian kepalanya berbentuk seperti
muncung kapal terbang untuk menembusi angin
supaya perjalanan lebih cepat.
Teknologi getaran kecil. Getaran yang besar
menyebabkan kereta api mendapat bebanan tinggi
dan melambatkan perjalanan. Teknologi ini
digunakan bagi mamastikan getaran dan gegaran
ketikankereta api berjalan dapat dikurangkan
seminimum mungkin.
Teknologi landasan kecil. Kebanyakan kereta api
menggunakan landasan besar, namun begitu kereta
api jenis ini menggunakan landasan lebih kecil dan
lurus. Hasilnya kereta api dapat berjalan dengan
laebih lancar dan cepat.
Teknologi ATC. Teknologi pemanduan kereta api laju
secara automatik, iaitu kereta api ini dikawal
sepenuhnya di stesen, tanpa pemandu. Operator
kereta api akan menetapkan kelajuan kereta api
mengikut waktu. Sebagai contohnya, kereta api ini
akan berjalan dengan lebih laju pada waktu sesak,
seperti ketika masuk dan balik kerja.
Bullet train tidak pernah mengalami sebarang kemalangan
nyawa sehingga kini kerana sistemnya yang teratur dan
teknologinya yang canggih.
Bullet train juga jarang-jarang mengalami masalah
kelewatan kerana Jepun mengamalkan budaya tepat pada
masanya.
Kereta api lama dan moden dapat digerakkan dengan
menggunakan teknologi wap, minyak diesel, elektrik, dan
terbaharu magnet.
Teknologi magnet mampu menjadikan kereta api ringan
kerana tarikannya membolehkannya terapung ketika
berjalan.
Kereta api monorel direka khas oleh pencipta sebagai
sejenis kereta api yang hanya menggunakan satu
landasan sahaja.
Thomas the Tank Engine merupakan watak terkenal
dunia yang mengambil kereta api jenis lokomotif.
Kereta api dan landasan terawal dibina di Malaysia
digunakan sebagai pengangkutan utama utuk
menghantar bijih timah.
Sekian Terima Kasih
PSS SJKT GEMAS